Anda di halaman 1dari 28

PEMARKAHAN 1. ESEI ILMIAH (a) 2.

FORUM JUMLAH

BML 3043: FONETIK & FONOLOGI BAHASA MELAYU

Bincangkan perkara berikut dengan jelas dan sertakan contoh-contoh yang sesuai : a) Fonetik dan fonologi Bahasa Melayu b) Bunyi Vokal dan Konsonan Bahasa Melayu c) Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu

DISEDIAKAN OLEH NAMA MAZLINA BINTI ISMAIL NO. ID D20102040853 NO. TELEFON 012 2244484

NAMA TUTOR E-LEARNING : EN NIK HASSAN BASRI B NIK AB KADIR

TARIKH SERAH

19 NOVEMBER 2012

ISI KANDUNGAN 1.0 Definisi fonetik 2.0 Jenis-Jenis Fonetik 2.1 Fonetik Akustik 2.2 Fonetik Artikulasi 2.3 Fonetik Auditori 3.0 Bunyi Vokal Bahasa Melayu 3.1 Maksud Vokal 3.2 Cara Menghasilkan Vokal 3.2.1 3.2.2 3.2.3 3.2.4 3.2.5 3.2.6 3.2.7 3.2.8 Vokal [ i ] Depan sempit Vokal [ e ] Depan separuh sempit Vokal [] - depan separuh luas Vokal [a] - vokal depan luas Vokal [u] - belakang sempit Vokal [o] - belakang separuh sempit Vokal [ ]belakang separuh luas Vokal Tengah [ ]

MUKA SURAT 3 4 4

5 5 5 6 7 7 8 8 9 9 10 10 11 11 12 12 13 13 14 14 15 15 16 16 17 17 18 18 19 19 20

4.0 Maksud Konsonan 4.1 Konsonan letupan dua bibir bersuara [ b ]. 4.2 Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]. 4.3 Konsonan letupan gigi-gusi bersuara [ d ]. 4.4 Konsonan letupan gigi-gusi tidak bersuara [ t ]. 4.5 Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [ g ]. 4.6 Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [ k ] 4.7 Konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j ]. 4.8 Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara []. 4.9 Konsonan getaran gigi-gusi bersuara [ r ]. 4.10 4.11 4.12 4.13 4.14 4.15 4.16 4.17 4.18 Konsonan sengauan dua bibir bersuara [m]. Konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [n]. Konsonan sengauan lelangit keras bersuara [n]. Konsonan sengauan lelangit lembut bersuara []. Konsonan pinjaman geseran bibir-gusi bersuara [v]. Konsonan pinjaman geseran bibir-gusi bersuara [v]. Konsonan pinjaman geseran gigi-gusi bersuara [z]. Konsonan pinjaman geseran lelangit lembut tak bersuara[ x ]. Konsonan geseran gigi-gusi tak bersuara [s]. 1

4.19 4.20 4.21 4.22

Konsonan geseran glotis tak bersuara [h]. Konsonan sisian gigi-gusi bersuara [ l ]. Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w]. Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [y].

20 21 21 22 22 24 26 27

5.0 Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu 5.2 Sistem Kelarasan Vokal 6.0 Penutup 7.0 Bibliografi

1.0 DEFINISI Menurut Kamus Dewan ( 1996 : 354 ) menyatakan bahawa fonetik ialah ilmu bahasa ( linguistik ) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala menurut Raminah Haji Sabran (1984) pula menyatakan dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa Melayu Untuk Pelatih Maktab Perguruan, fonetik ialah kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat. Harimurti Kridalaksana pula mendefiniskan fonetik sebagai ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Abdullah Hassan dalam bukunya Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia pula memberi definisi fonetik sebagai mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya. Fonetikamnya ialah pengkajian terhadap unsurunsur bahasa dalam bentuk bunyi. Inderawati Zahid dan Mardian Shah Omar dalam bukunya Fonetik dan Fonologi pula mendefinisikan fonetik sebagai kajian mengenai bunyibunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad dalam bukunya iaitu buku Bahasa Melayu STPM dalam menyatakan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberikan lambang kepada bunyi tersebut. Nor Hashimah Jalaluddin pula berpendapat bahawa fonetik ialah ilmu yang mengkaji bagaimana bunyi bahasa dihasilkan. Beliau juga mengatakan ilmu fonetik memperlihatkan bagaimana organ manusia sperti paru-paru, larings, farings, rongga mulut dan hidung turut membantu menghasilkan bunyi bahasa. Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah Mendefinisikan fonetik sebagai kajian bunyi-bunyi bahasa yang dititrkan oleh manusia iaitu mengkaji bunyi bahasa daripada segi cara pengeluarannya, daerah pengeluaran dan alatalat pengucapan yang terlibat dalammenghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Nik Hassan Basri Bik Ab Kadir dakam bukunya Fonologi Bahasa Melayu pula menyatakan bahawa fonetik ialah ilmu yang mengkaji segala bunyi bahasa dan memberikan lambang-lambang atau simbol-simbol fonetik yang ditulis dalam kurungan [ ]. Ahli linguistik Barat seperti Kenstowics dan Kisserberth ( 1979 ) mengatakan bahawa The Study of thesounds human beings employ whwn speaking a language is phonetics yang bermaksud pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita gunakan semasa bertutur ialah fonetik. Mengikut Kamus The World Bookof Dictonary menyatakan fonetik sebagai the science dealing with sound made in speech and the art of pronunciation... concerned with the production of these speech sounds by the articulating organs of the speaker, the sounds waves in which they result and the auditory effect they produce on the hearer.

2.0 JENIS- JENIS FONETIK Dalam bidang fonologi, fonetik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu organ pertuturan, sifat bahasa atau akuistik dan pendengaran atau auditori. 2.1 FONETIK AKUSTIK Fonetik akustik dikenali juga sebagai fonetik fizikal. Fonetik akustik merupakan kajian tentang sifat fizikal bunyi bahasa seperti frenkuansi dan amplitud, yang teralir di antara mulut dengan telinga ( Kamus linguistik, 1997:75 ) Fonetik akustik juga boleh ditafsirkan sebagai mengkaji sifat bunyi itu sendiri iaitu bagaimana gelombang udara daripada paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gangguan yang dilakukan oleh alat artikulasi. Menurut Couper Kuhlen ( 1986 :116 ) menyatakan perihal bunyi itu bukanlah apa yang diucapkan tetapi adalah bagaimana bunyi itu diucapkan. Semua perkataan yang dilafazkan oleh penutur mempunyai objektif komunikasi yang tertentu dan makna bagi setiap perkataan yang dituturkan oleh penutur hanya difahami oleh pendengar yang mengalami atau berada pada situasi tersebut. Dengan itu jelas menunjukkan maksud perihal bagaimana bunyi diucapkan. 2.2 FONETIK ARTIKULASI Fonetik artikulasi juga dikenali sebagai fonetik fisiologi. Fonetik ini merupakan cabang fonetik yang mengkaji fungsi alat artikulasi dalam artikulasi bunyi bahasa ( Kamus Linguistik, 1997:75). Ini bermakna fonetik artikulasi mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat artikulasi.Fonetik artikulasi juga merujuk kepada kajian yang mendiskripsikan cara-cara produksi sesuatu bunyi. Penghasilan bunyi bahasa melibatkan daerah dan organ artikulasi. Daerah artikulasi adalah bahagian saluran suara yang tidak dapat bergerak tetapi boleh disentuh oleh organ artikulasi semasa melafazkan bunyi. Daerah artikulasi dibahagikan kepada dua bahagian iaitu artikulasi aktif dan artikulasi pasif. Artikulasi aktifmerupakan organ saluran suara yang boleh bergerak. Antara alat-alat artikulasi aktif ialah bibir, lelangit lembut dan gigi bawah. Artikulasi pasif pula tidak dapat bergerak dalam saluran suara. Antara alat artikulasi pasif ialah gigi atas dan lelangit keras. Bunyi bahasa dihasilkan melalui daerah dan organ yang berbeza-beza

2.3 FONETIK AUDITORI Fonetik auditori yang dikenali juga sebagai fonetik pendengaran merupakan cabang fonetik yang mengkaji pendengaran dan persepsi bunyi bahasa ( Kamus Linguistik, 1997:76 ). Nik Hassan Basri dalam bukunya Fonologi Bahasa Melayu menyatakan fonetik auditori merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyi yang dohasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan ke dalam lambang-lambang yang tepat. Fonetik auditori ini juga dapat ditafsirkan sebagai kajian terhadap bunyi bahasa yang diterima pendengar. Bunyi yang didengar membawa makna yang berbeza mengikut fahaman dan tafsiran pendengar. Proses pengekodan berlaku melibatkan unsur-unsur isyarat atau signal akustik iaitu kelangsingan, kelantangan dan kepanjangan yang membawa makna emosi. Makna setiap emosi dapat ditentukan dengan melakukan ujian persepsi terhadap penutur.

3.0 BUNYI VOKAL DAN KONSONAN BAHASA MELAYU 3.1 MAKSUD VOKAL Profesor Dr Abdul Hamid Mahmood (1998 :31) menyatakan vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal juga mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan dan maksud bunyi vokal dapat didengar dengan jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Danel Jones pula dalam bukunya yang bertajuk Outline of English Phonetics mengatakan bahawa vokal adalah bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan tanpa mengalami sebarang gangguan, sekatan atau himpitan yang boleh menimbulkan bunyi-bunyi geseran manakala Charles F Hockett dalam bukunya yang berjudul A Course In Morden Linguistic mendefinisikan vokal sebagai bunyi-bunyi bahasa yang tidak dicirikan oleh sebarang gangguan pada arus udara. Sementara itu, Harimurthi Kirdalaksana (1983:177) pula mendefinisikan vokal sebagai bunyi suara yang dihasilkan dengan getaran pita suara dan tanpa penyempitan dalam saluran suara di atas glotis. Kamus Dewan (1998:1341) pula memberi makna vokal sebagai vokal tulen, huruf hidup atau huruf saksi. Berdasarkan definisi di atas vokal boleh dirumuskan sebagai bunyi-bunyi bersuara yang terhasil apabila udara daripada paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Mengikut Mohamad Yunus Maris (1964) terdapat lapan buah vokal dalam bahasa

Melayu iaitu dibahagikan kepada empat vokal depan iaitu .[i],[e],[ ] dan [a];tiga vokal belakang ,[u],[o] dan[] dan satu vokal tengah iaitu [ ]. Bunyi vokal ialah bunyi bahasa yang bersuara yang terhasil apabila udara daripada paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Penghasilan bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri iaitu keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah sama ada depan lidah atau belakang lidah, keadaan turun naik lidah, lelangit lembut sama ada dinaikkan atau diturunkan dan udara dari paru-paru yang keluar daripada rongga mulut. Dan keadaan glotis. 3.2 CARA MENGHASILKAN BUNYI VOKAL . Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik AbKadir (2012) mengatakan kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal ialah lidah sama ada bahagian depan,tengah atau belakang lidah. Sekiranya bahagian depan lidah berperanan maka, bunyi vokal yang dihasilkan ialah vokal depan. Begitu juga jika lidah tengah yang berperanan maka vokal yang dihasilkan ialah vokal tengah dan jika lidahl belakang yang berperanan vokal tersebut dikatakan sebagai vokal belakang. Tinggi

Rendah Rajah : Kedudukan Vokal Bahasa Melayu

3.2.1 Vokal [ i ] Depan sempit Vokal ini dikenali sebagai vokal depan sempit. Dalam menghasilkan vokal depan sempit hujung lidah diletakkan paling tinggi di hadapan mulut. Walaupun hujung lidah berada di hadapan mulut namun ia tidak menyekat arus udara daripada paru-paru. Bagi membunyikan vokal ini bibir perlu dihamparkan manakala glotis pula perlu dirapatkan. Lelangit lembut dinaiikan, udara ditekan keluar daripada paru-paru pada pita suara bergetar. Contoh perkataan bagi vokal depan sempit ialah Tidur, Ikan,Pahit

Rajah 2 : Penghasilan vokal [ i ]

3.2.2 Vokal [ e ] Depan separuh sempit. Bagi menghasilkan bunyi vokal depan separuh sempit bibir dihamparkan separuh sempit. Hujung lidah diturunkan kira-kira 1/3 daripada kedudukannya semasa menghasilkan vokal depan sempit. Lidah tidak menghalang arus udara daripada paru-paru.Lelangit lembut dinaikkan dan udara ditekan keluar daripada paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh perkataan vokal separuh sempit ialah ekor, selesa,mereka.

Rajah 3 : Vokal hadapan separuh sempit

3.2.3 Vokal [] - depan separuh luas Bagi menghasikan vokal depan separuh sempit ini hujung lidah diturunkan kira-kira 1/3 daripada kedudukan depan separuh sempit (e). Lidah tidak menyekat arus udara dari paruparu. Bibir perlu dihamparkadan, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Vokal ini selalunya berada dalam bahasa dialek. Contoh perkataan bagi vokal ini ialah [] bagi perkataan [elo?]

Rajah 4 : Vokal hadapan separuh luas

3.2.4 Vokal [a] - vokal depan luas Bagi menghasilkan bunyi vokal depan luas ,hadapan lidah diturunkan dalam rongga mulut dan udara daripada paru-paru bergerak tanpa sekatan. Bibir dihamparkan dan glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar .Contoh perkataan ialah atur, dia, pagi, usang,

Rajah 5 : Vokal hadapan luas

3.2.5 Vokal [u] - belakang sempit Bagi menghasilkan bunyi vocal belakang sempit, bibir perlu dibundarkan, belakang lidah dinaikkan kea rah lelangit lembut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung.pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar daripada paru-paru menggetarkan pita suara ke rongga mulut. Contoh perkataan yang dihasilkan oleh vokal belakang sempit ialah Ular, haru, Gunting, tikus, Beruang, beliung.

Rajah 6 : Vokal belakang sempit

3.2.6 Vokal [o] - belakang separuh sempit Bagi menghasilkan bunyi vokal belakang separuh sempit, belakang lidah diturunkan kira-kira satu pertiga daripada kedudukan semasa menghasilkan bunyi vokal belakang sempit [o], dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan .Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan: Oleh, pidato, Boleh, kuno, Celoteh,

Rajah 7 : Vokal belakang separuh sempit

3.2.7 Vokal [ ]belakang separuh luas Untuk menghasilkannya,belakang lidah diturunkan dua pertiga daripadakedudukannya semasa menghasilkan vokal [u],dan lidah tidak menyekat arus udaradari paru-paru. Bibir dibundarkan/bulat , glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar . Seperti vokal [], vokal [ ] hadir dalam dialekdialek misalnya [ ] untuk [oleh]

Rajah 8 : Vokal belakang separuh luas

3.2.8 Vokal Tengah [ ] Dalam menghasilkan vokal tengah ini, bahagian tengah lidah mestilah dinaikkan ke bahagian pertemuan antara lelangit keras dan lelangit lembut. Kemudian lelangit lembut dan anak tekak mestilah dinaikkan bagi menutup bahagian rongga nasal. Pita suara perlu dirapatkan apabila udara disalurkan melaluinya menjadikan pita suara bergetar. Bunyi // akan terhasil. Vokal tengah hanya terdapat di bahagian awalan dan di pertengahan perkataaan sahaja. Sebagai contoh Awalan - [mak], [mas] Pertengahan-[blah] [clah].

Rajah 9 : Vokal Tengah [ ]

10

4.0 MAKSUD KONSONAN Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir ( 2012 ) mengatakan bahawa konsonan ialah bunyi bahasa selain bunyi vokal. Jika bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi dengan suara keluar terus menerus tanpa sekatan atau gangguan oleh alat artikulasi maka bunyi kosonan ialah bunyi yang semasa menghasilkannya terdapat gangguan atau halangan alat artikulasi. Konsonan bersuara ialah konsonan yang semasa penghasilannya pita suara digetarkan oleh arus udara yang keluar daripada paru-paru. Konsonan tidak bersuara pula ialah konsonan yang dihasilkan tanpa mengalami getaran pita suara oleh arus udara. Kosonan dalam bahasa melayu terdiri daripada dua golongan iaitu asli dan pinjaman.

4.1 Konsonan letupan dua bibir bersuara [ b ]. Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, tersekat di bahagian belakang rapatan dua bibir itu. Sekatan udara itu dilepaskan,dengan serta-merta dengan menggetarkan pita suara. Sebagai contoh [batu] [lumba] [kelab] [balu] [labu] [maktab

Rajah 10 : Konsonan letupan dua bibir bersuara [ b ].

11

4.2 Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]. Bagi menghasilkan bunyi konsonan ini dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, tersekat di bahagian belakang rapatan dua bibir itu. Sekatan udara itu dilepaskan,dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Contoh perkataan ialah [palu] , [sampah], [pedang] , [sepah].

Rajah 11 : Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p].

4.3 Konsonan letupan gigi-gusi bersuara [ d ]. Bagi menghasilkan bunyi konsonan [d] hujung lidah diketemukan, mencapai ke gigi dan lelangit lembut dinaikkan kemudian dirapat ke belakang rongga tekak. Manakala udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut serta dibiarkan di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigi-gusi itu. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta sambil menggetarkan pita suara. Sebagai contoh [datuk] [sedut] [salad] [diari] [saderi] [nomad]

Rajah 12 : Konsonan letupan gigi-gusi bersuara [ d ].

12

4.4 Konsonan letupan gigi-gusi tidak bersuara [ t ]. Bagi menghasilkan konsonan [t] hujung lidah diketemukan, mencapai ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan, rapat ke belakang rongga tekak manakala udara daripada paruparu disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigi-gusi itu. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Contoh [tebu] [satu] [selat] [tabur] [ketum] [pelat].

Rajah 13 : Konsonan letupan gigi-gusi tidak bersuara [ t ].

4.5 Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [ g ]. Bagi menghasilkan konsonan [g] lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga teka kemudian bahagian belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut supaya udara daripada paru-paru tersekat pada bahagian belakang lidah berdekatan dengan lelangit lembut tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta dengan menggetarkan pita suara. Contoh perkataan [gajah] [megah] [beg] [gelap] [sergah] [jag].

Rajah 14 : Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [ g ].

13

4.6 Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [ k ] Bagi menghasilkan lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, bahagian belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut supaya udara daripada paru-paru tersekat pada bahagian belakang lidah berdekatan dengan lelangit lembut .Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Contoh perkataan [kalau] [bekal] [selak] [kari] [cekal] [elak].

Rajah 15 : Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [ k ]

4.7 Konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j ]. Bagi menghasilkan bunyi konsonan letusan lelangit keras bersuara ini depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, udara daripada paru-paru melalui bahagian rongga mulut dan dibiarkan tersekat di bahagian belakang pertemuan diantara depan lidah dan lelangit keras tersebut. Sekatan udara dilepaskan dengan serta-merta dengan

menggetarkan pita suara. Contoh perkataan bagi konsonan letusan lelangit keras bersuara ialah [jambu] [laju] [kolaj].

Rajah 16 : Konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j ] 14

4.8 Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara []. Bagi menghasilkan bunyi konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, udara daripada paru-paru melalui bahagian rongga mulut dan dibiarkan tersekat di bahagian belakang pertemuan antara depan lidah dan lelangit keras tersebut. Sekatan udara dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Contoh perkataan konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara adalah [atan] [bea] [ma] [uba] [kaa].

Rajah 17 : Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [].

4.9 Konsonan getaran gigi-gusi bersuara [ r ]. Bagi menghasilkan bunyi konsonan getaran gigi-gigi bersuara [r] bahagian hujung lidah dinaikkan ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak.Udara yang keluar daripada paru-paru melalui rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah ke gigi-gusi. Pita suara digetarkan.Contoh perkataannya adalah [rotan] [kerap] [pakar] [rancang] [perap] [cakar].

Rajah 18 : Konsonan getaran gigi-gusi bersuara [ r ].

15

4.10 Konsonan sengauan dua bibir bersuara [m]. Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut dalamkeadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang ronggatekak. Kemudian, udara yang dikeluarkan daripada paru-parudisalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Contoh perkataan daripada konsonan [m] adalah [mantan] [semak] [selam] [maki] [amal] [suram].

Rajah 19 : konsonan sengauan dua bibir bersuara [m].

4.11 Konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [n]. Bagi menghasilkan konsonan sengauan gi-gigi bersuara [n] bahagian hujung lidah dirapatkan ke bahagian gig-gusi.Kemudian, lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan melalui paruparu disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh: [naga] [benam] [ikan] [niaga] [enam] [lokan]

Rajah 20 : Konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [n].

16

4.12 Konsonan sengauan lelangit keras bersuara [n]. Bagi menghasilkan bunyi konsonan ini bahagian depan lidah dirapatkan ke lelangit keras. Kemudian,lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat kebahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan melalui paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Contoh perkataannya adalah [nawa] [senap] [nasi] [guna].

Rajah 21 : Konsonan sengauan lelangit keras bersuara [n].

4.13 Konsonan sengauan lelangit lembut bersuara []. Bagi menghasilkan bunyi konsonan sengauan lelangit lembut bersuara bahagian belakang lidah dinaikkan rapat ke lelangit lembut.Kemudian, lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan melalui paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Contoh perkataan [ilu] [basal] [sena] [aa] [seal][ rena].

Rajah 22 : konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [].

17

4.14 Konsonan pinjaman geseran bibir tak bersuara [f]. Bagi menghasilkan bunyi konsonan pinjaman geseran bibir tak bersuara [ f ] bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas untuk membuat sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke bahagian belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paruparu disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atast ersebut tanpa menggetarkan pita suara Contoh perkataannya adalah [feri] [safari] [mualaf] [fasa] [kafir] [alaf].

Rajah 23 : Konsonan pinjaman geseran bibir tak bersuara [f].

4.15 Konsonan pinjaman geseran bibir-gusi bersuara [v]. Bagi menghasilkan konsonan pinjaman geseran bibir-gusi bersuara ini bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke bahagian belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paruparu disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas tersebut sambil menggetarkan pita suara. Contoh perkataan yang terhasil daripada konsonan ini adalah [van] [larva] [violin] [kanvas].

Rajah 24 : Konsonan pinjaman geseran bibir-gusi bersuara [v].

18

4.16 Konsonan pinjaman geseran gigi-gusi bersuara [z]. Bagi menghasilkan bunyi konsonan geseran gigi-gusi bersuara, daun lidah didekatkan di daerah gigi-gusi supaya dapat membuat sempitan udara keluar, sambil lelangit lembut dinaikkan rapat kebahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paruparu dibiarkan, bergeser di daerah gigi-gusi yang membuat sempitan dengan daun lidah tersebut, sambil pita suara digetarkan. Contoh perkataan daripada konsonan ini adalah [zikir] [nazak] [lafaz] [zaman] [azimat] [hafaz].

Rajah 25 : Konsonan pinjaman geseran gigi-gusi bersuara [z].

4.17 Konsonan pinjaman geseran lelangit lembut tak bersuara[ x ]. Bagi menghasilkan konsonan pinjaman geseran lelangit lembut tak bersuara, belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat satu sempitan. Lelangit lembut sendiri dinaikkan ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru dibiarkan, bergeser pada sempitan di daerah lelangit lembut dengan bahagian belakang lidah tersebut, sambil pita suara tidakdi getarkan. Contoh perkataan bagi konsonan ini adalah [xianat] [maxluk] [tarix] [xamis] [axbar] [marix].

Rajah 25 : Konsonan pinjaman geseran lelangit lembut tak bersuara[ x ].

19

4.18 Konsonan geseran gigi-gusi tak bersuara [s]. Bagi menghasilkan bunyi konsonan geseran gigi-gusi tak bersuara, daun lidah didekatkan ke bahagian gigi-gusi supaya dapat membuat sempitan udara keluar. Kemudian, lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang disalurkan keluar dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah gigi-gusi yang membuat sempitan dengan daun lidah itu. Pitasuara pula tidak digetarkan. Conoth perkataan daripada konsonan ini ialah [sama] [nasi] [kipas] [silap] [asap] [tulus].

Rajah 26 : Konsonan geseran gigi-gusi tak bersuara [s].

4.19 Konsonan geseran glotis tak bersuara [h]. Bagi menghasilkan bunyi konsonan geseran glotis tak bersuara, lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara direnggangkan luas dan udara keluar dari paru-paru dengan bebas melalui glotis yang terbuka itu seperti keadaan biasa ketika bernafas. Contoh perkataannya adalah [hantu] [mahir] [sirih] [haram] [dahan].

Rajah 27 : Konsonan geseran glotis tak bersuara [h].

20

4.20 Konsonan sisian gigi-gusi bersuara [ l ]. Bagi menghasilkan bunyi konsonan sisian gigi-gusi bersuara, hujung lidah dikenakan ke bahagian tengah gigi-gusi. Kemudian,lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru disalurkan melalui rongga mulut,tetapi hanya dapat keluar melalui tepian lidah serta pita suara digetarkan. Contoh [lapar] [balik] [cekal] [lima] [bila] [puku]. l

Rajah 28 : Konsonan sisian gigi-gusi bersuara [ l ].

4.21 Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w]. Bagi menghasilkan bunyi konsonan separuh vokal dua bibir bersuara ini, bahagian bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut. Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara digetarkan dan lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah. Sebagai contoh perkataan bagi vokal ini adalah [wakil] [bawal] [straw] [wilayah].

Rajah 29 : Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w].

21

4.22 Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [y]. Bagi menghasilkan konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara, bahagian depan lidah diangkat agak tinggi ke arah lelangit keras dengan bibir dihamparkan. Lelangit lembut itu sendiri terangkat kebahagian belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah. Sebagai contoh perkataan yang keluar daripada konsonan ini ialah [yuran] [sayu] [yakni] [bayar].

Rajah 30 : Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [y].

5.0 SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU Bahasa Melayu telah mengalami tiga zaman perubahan yang melibatkan pengaruh bahasa asing iaitu Sanskrit, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Pelbagai perubahan dan penyesuaian terutamanya pada peringkat perbendaharaan kata telah berlaku. Bagi memperbaiki sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu YAB Tun Abduk Razak b Hussein telah mengisytiharkan pelaksanaan Ejaan Baharu Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972 bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Pada majlis itu juga Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu Etuan Haji Sujak bin Rahman telah menyampaikan dokumen-dokumen usaha bersama antara Indonesia dan Malaysia kepada YAB Tun Abdul Razak. Antara kandungan dokumen tersebut adalah persetujuan bersama mengenai kerjasama dalam bidang pendidikan Malaysia Indonesia yang ditandatangani di Jakarta pada 22 Jun 1972. Dokumen itu juga mengandungi laporan Persidangan ejaan bersama Malaysia - Indonesia yang ditandatangani pada 22 Jun 1972 di Jakarta. Sistem ejaan baharu ini merupakan permulaan yang baik bagi memulakan usaha untuk menyelaraskan istilah-istilah Bahasa Malaysia. Kebanyakan istilah yang ada pada ketika itu ditulis dan dieja mengikut sistem lama yang tidak standard. Sistem ejaan yang

22

baharu seharusnya mampu menyelesaikan masalah ketidakseragaman ejaan dan istilahistilah. Ejaan Rumi mula diperkenalkan oleh pihak Inggeris pada abad ke-19. Ejaan Rumi pada ketika itu disusun berdasarkan kepada kaedah transliterasi daripada ejaan jawi. Sistem ejaan Rumi ini digunakan bagi urusan rasmi Kerajaan Malaya. Terdapat dua jenis tulisan bagi Bahasa Melayu iaitu Tulisan Jawi dan Tulisan Rumi . Tulisan jawi berasaskan huruf bahasa Arab dan tulisan Rumi berasaskan huruf Roman. Ejaan Rumi yang terkenal sebelum penggunaan sistem ejaan baru 1972 ialah sistem Ejaan Rumi Zaaba. Sistem ejaan ini juga dihasilkan daripada SITC. Sistem ini disusun dan diperkemas dan terdapat dalam beberapa buah buku pedoman Bahasa Melayu terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC seperti Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1, Pelita Bahasa Melayu dan sebagainya yang dikarang oleh Zaaba. Penggunaan pelbagai sistem ejaan Rumi di Tanah Melayu dan Singapura telah menunjukkan terdapat kekurangan dalam sistem ejaan Zaaba. Kekurangan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati pengguna terhadap sistem ini. Hasil daripada rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan di Singapura pada tahun 1956 maka lahirlah Sistem Ejaan Kongres. Perubahan ejaan bukan sahaj berlaku di Singapura tetapi juga berlaku di Indonesia. Perbezaan ejaan yang wujud di Indonesia adalah menurut ejaan Belanda manakala di Malaysia mengikut cara Inggeris. Perbezaan ejaan yang wujud telah mendapat perhatian ahli-ahli bahasa kedua-dua negara untuk mengkaji dan menyemak semula sistem ejaan yang digunakan ( Ahmad Hafiz Wahy : 2005 ) yang secara tidak langsung membantu proses penyatuan dan penyamaan sistem ejaan di kedua-dua negara dapat dilakukan. Beberapa usaha dijalankan oleh ahli-ahli bahasa berdasarkan kepada rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga dan telah menampakkan hasilnya apabila mendapat perhatian daripada pihak kerajaan pada tahun 1957. Sebuah Jawatankuasa Ejaan telah dibentuk untuk menimbang ketetapan yang dimbil oleh Kongres berkenaan dengan ejaan Rumi dan penyatuannya dengan ejaan bahasa Indonesia. Masalah ejaan melangkah ke peringkat antarabangsa apabila satu perjanjian persahabatan antara Persekutuan Tanah Melayu dan Republik Indonesia tercapai pada 17 april 1959. Seterusnya rundingan telah diadakan di Jakarta antara Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu dengan Panitia Pelaksanaan Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia. Hasil daripada rundingan itu lahirlah pula Ejaan Malindo. Perkembangan selanjutnya tidak dapat diteruskan kerana pergolakan politik namun pada tahun 1966 rundingan kali kedua telah diadakan untik mengkaji dan memperbaiki sistem Ejaan Malindo. 23

Satu Kenyataan Bersama telah ditandatangani pada 23 Mei 1972 oleh Menteri Pelajaran Malaysia Tun Hussein Onn dan Perdana Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia Bapak Mahsuri. Kenyataan Bersama tersebut mengandungi persetujuan bagi melaksanakan asas yang telah dipersetujui oleh kedua-dua negara berkaitan Ejaan baru dan Ejaan yang Disempurnakan. Hasil daripada semua kegiatan pemurnian sistem ejaan Rumi maka lahirlah Ejaan Rumi Bersama ( ERB ) pada tahun 16 Ogos 1972 yang telah digunapakai sehingga hari ini. 1) Abjad sistem Ejaan yang Disempurnakan Huruf Aa Bb Cc Dd Ee Ff Hh Ii Bunyi a be ce de e ef ge i Huruf Jj Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq Bunyi je ka el em en o pe ki Huruf Rr SS Tt Uu Vv Ww Xx Yy Bunyi er es te u fe we eks ye Huruf Zz Bunyi zet

2. Vokal a e i o u asah emak ikan orang ubat

5.2 SISTEM KELARASAN VOKAL Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua huruf yang membentuk dua suku kata pada kata dasar,iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.Prinsip keselarasan vokal ini berlaku dengan syarat kelarasan adalah antara dua huruf vokal pada kata dasar, kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup dan kata yang megandungi lebih daripada dua suku kata yang terlibat dalam sistem keselarasan vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja. Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal iaitu :

24

Suku Kata Praakhir a a a e pepet e pepet e pepet e taling e taling e taling i i i O O O U U U

Suku kata Tertutup -a -i -u -a -i -u -a -e taling -o -a -i -u -a -e taling -o -a -i -u

Contoh Perkataan asah,balak,halaman alih,balik,sumbangsih asuh,datuk,lembayung emas,kelam,tembeling lebih,betik,sembelih telur,tempuh,temenggung elak,dewan,belerang leceh,gelek,selekeh esok,telor,selekoh ingat,kilang,selinap intip,sisih,belimbing riuh,tidur,tembeliung otak,boring,selekoh oleh,boleh,celoteh obor,borong,kelompok ubat,tumpang,ketupat usik,kuih,gerusih untuk,tunduk,tengkujuh

Kekecualian kelarasan vokal berlaku pada kata-kata asing khususnya bahasa-bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris. Prinsip vokal sama dengan prinsip keselarasan huruf

vokal. Pola-pola kecualian yang dimaksudkan adalah seperti berikut. Pola vokal a-e taling Contoh Bahasa Nusantara Aneh Contoh Bahasa Inggeris kabaret

25

a-o E pepet e taling E pepet o i e- taling i-o u-e taling u-o a-e pepet e taling-i e taling u e pepet e pepet i-e pepet o-i o-u u-e pepet

Calon Gembleng Bendok Imlek Ijon tulen lelucon Pakem

Atom

Gebenor Simen Diftong Subjek Kupon Teater Hipotetis Petroleum

Demdem Iseng Artikel Fosil Bonus lumer Skuter

6.0 PENUTUP Selain mengkaji bunyi bahasa fonetik juga melibatkan proses gelombang bunyi dan pemprosesan bunyi. Dalam mengkaji dan memahami fonetik sebagai asas bunyi secara tidak langsung membantu kita memahami bahasa dengan lebih mendalam dan berkesan lagi. Secara umumnya bunyi-bunyi bahasa terhasil dengan aksi yang berbeza pada bahagian organ yang boleh bergerak. Dalam aksi ini organ artikulasi memainkan peranan penting dalam penghasilan bunyi. Pelaksanaan sistem ejaan rumi Bahasa Malaysia secara dasarnya dapat menyatukan bidang kebudayaan, sosial dan ekonomi antara negara-negara Malaysia dan Indonesia. Dengan termetrinya perjanjian Ejaan Rumi Bersama ( ERB ) pada tahun 16 Ogos 1972 menjadikan sistem ejaan baru sebagai alat percantuman kembali sendi kebudayaan Melayu yang selama ini terpisah akibat penjajahan.

26

7.0 BIBLIOGRAFI Abdul Aziz Abdul Rahman (2001).Kursus Lengkap Sarjana STPM Bahasa Melayu Kertas 1 & 2 . Subang Jaya: Pustaka Sarjana Sdn Bhd Abdul Hamid Mahmood (1998).Menguasai ejaan baharu bahasa Melayu.KualaLumpur : Bintang Baru Sdn. Bhd Ahmad Hamid Mahmood, Nurfarah Lo Abdullah ( 2007 ) Linguistik Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Aslita Sdn Bhd Ismail Hamid (1987). Perkembangan Bahasa Melayu Dalam Sejarah . Kuala Lumpur:: Dewan Bahasa dan Pustaka Nik Hassan Basri Bik Abd Kadir (2012) Fonologi Melayu.Kuala Lumpur : Aslita Sdn Bhd.

Laman Sesawang http://id.scribd.com/doc/7729996/30/Vokal-Tengah-%C9%99 http://id.scribd.com/doc/36928288/CONTOH-PERKATAAN-PINJAMAN http://id.scribd.com/doc/13284673/Sejarah-dan-Ejaan-Bahasa-Melayu http://amirgassi.blogspot.com/2010/09/sistem-keselarasan-vokal.html

27

Anda mungkin juga menyukai