Anda di halaman 1dari 33

BML 3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

KUMPULAN UPSI 23 (A122 PJJ) NAMA DISEDIAKAN OLEH NO. ID D 20111049600 NO. TELEFON 012-4487138

ROZIAH BT HAMID

NAMA TUTOR E-LEARNING: NIK HASSAN BASRI BIN NIK AB KADIR TARIKH SERAH: 5 MEI 2013

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

KANDUNGAN i. Apakah yang dimaksudkan dengan fonetik dan fonologi bahasa Melayu 1.0 Pengenalan 1.1 Definasi Fonetik 1.2 Definasi Fonologi 1.3 Jenis-jenis fonetik 1.3.1 Fonetik artikulasi 1.3.2 Fonetik auditori 1.3.3 Fonetik akustik ii. Huraikan bunyi vokal dan konsonan bahasa Melayu 2.0 Pengenalan 2.1 Bunyi Vokal 2.1.1 Vokal hadapan 2.1.2 Vokal belakang 2.1.3 Vokal Tengah 2.2 Konsonan bahasa Melayu 2.2.1 Konsonan Asli Bahasa Melayu iii. Bincangkan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu 3.0 Pengenalan 3.1 Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu 3.2 Pola keselarasan vokal 3.2.1Kekecualian Keselarasan Vokal 3.2.3 Enam Prinsip Pengejaan katakata Pinjaman 3.3 Kesimpulan Rujukan

HALAMAN

2 2 3 3 4 7 8

10 10 12 14 15 16 16

27 27 29 29 31 31 32

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

i. Apakah yang dimaksudkan dengan fonetik dan fonologi bahasa Melayu 1.0 Pengenalan Fonetik dan fonologi adalah tergolong di dalam ilmu linguistic. Linguistik adalah bidang mengenai kajian tentang bahasa secara saintifik. Dalam kajian linguistic, morfem dilihat sebagai unit tatabahasa yang paling asas. Unit bahasa tulisan yang paling asas adalah grafem manakala unit bunyi bahasa yang paling asas pula ialah fonem. Untuk mengetahui bunyi-bunyi yang terlibat dalam satu-satu pertuturan, kita perlu mensintesiskan ujaran tersebut. Justeru bidang fonetik dan fonologi sedikit sebanyak mampu membantu dan memberi manafaat kepada ahli-ahli bahasa untuk membuat sentesis terhadap sesuatu ujaran. 1.1 Definasi Fonetik Abdullah Hassan (1993:40) memberikan definisi fonetik sebagai fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya ... Fonetik amnya ialah pengkajian terhadap unsur-unsur dalam bentuk bunyi.Menurut Kamus Dewan (2005:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Menurut Raminah Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat. Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenarankebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985). Menurut Inderawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) dalam buku berjudul Fonetik dan Fonologi menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Menurut ahli linguistik Barat, Kenstowicz dan Kisserberth (1979) the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics. Penyataan yang dinyatakan dapat kita terjemahkan yang bermaksud pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita digunakan semasa bertutur ialah fonetik. W. Bright (1992:194) dalam International Encyclopedia of Linguistics menghuraikan fonetik sebagai the study of the physical characteristics of human speech sounds Dari definasi yang diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa di atas, dapatlah dikatakan secara umumnya bahawa fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi yang dihasilkan oleh manusia. Kajian fonetik bahasa Melayu meliputi bagaimana bunyi-bunyi bahasa Melayu itu dihasilkan atau dituturkan seperti bagaimana bunyi vokal, konsonan dan diftong dihasilkan. Fonetik bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.Dalam bidang fonetik, kita akan dapat mengetahui bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh organ sebutan manusia. Selain dari itu, kita juga akan dapat mengkelasifikasikan bunyi-bunyi bahasa tersebut serta mengetahui perbezaan setiap bunyi yang dikeluarkan oleh

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

manusia. Fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan (articulator), sifat bunyi bahasa (akuistik), dan pendengaran (auditori). 1.2 Definasi Fonologi Fonologi ialah gabungan kata phone dan logic. Kata phone beerti bunyi bahasa sementara kata logic pula membawa maksud ilmu pengetahuan. Menurut kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. (1996:354) Dalam Merriam Websters Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages.Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi se bagai bidang dalam linguistic yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.Kamus oxford Advanced Learners Dictionanry of Current English (1992:671) memberi pengertian fonologi sebagai the study of the systems of speech sounds,especially in a particular language.Dalam Ensyclpedia Amerikana (1994:959) fonologi diberi pengertian sebagai the branch of linguistics or of grammar that deals with speech sound as they enter into the structure of language. Mengikut Adrian Akmajian et al dalam bukunya Linguistik:Pengantar Bahasa dan Komunikasi terjemahan oleh Aishah Mahdi dan Azizah Hussien memberi pengertian tentang fonologi seperti yang berikut: Fonologi ialah subbidang linguistic yang mengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia.Istilah fonologi digunakan dalam dua cara. Dari satu segi, fonologi sesuatu bahasa tertentu dan rumus yang maengawal penyebaran bunyi tersebut. F. Parker (1974:112) memberikan pengertian fonologi sebagai ... suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan. Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:61) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Abdullah Hassan dalam bukunya, Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia (1993:40) menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu. Secara umumnya, fonologi membawa maksud cabang ilmu bahasa yang yang meneliti atau mengkaji bunyi bunyi bahasa yang diucapkan oleh manusia dan fungsi yang dimainkan dalam system bunyi bahasa tersebut, samada bahasa masyarakat yang sudah maju ataupun masyarakat yang masih mundur atau primitif dalam segala bentuk dan aspeknya. Menurut Verhaar , (1995:7), ada dua pendapat tentang fonologi. Pendapat pertama mengatakan fonologi adalah terbahagi kepada dua iaitu fonemik dan fonetik. Pendapat kedua pula mengatakan bahawa fonologi ialah ilmu fonemik sahaja dan merupakan lanjutan daripada ilmu fonetik. Ini bermaksud, fonologi atau fonemik adalah berbeza dengan ilmu fonetik. 1.3 Jenis-jenis fonetik Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012:3) berdasarkan pelbagai definasi dan pengertian daripada beberapa buah kamus, ensiklopedia dan pendapat tentang fonetik, dapatlah dirumuskan bahawa fonetik adalah

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

bidang yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia, iaitu mengkaji bunyi-bunyi bahasa dari cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Fonetik dibahagikan kepada tiga aspek kajian iaitu : i. fonetik artikulasi ii. fonetik auditori iii. fonetik akustik 1.3.1 Fonetik artikulasi Fonetik artikulasi dikenali juga sebagai fonetik fisiologi. Cabang fonetik ini ialah yang mengkaji fungsi alat artikulasi dalam artikulasi bunyi bahasa. (kamus Linguistik, 1997: 75) Dalam ayat yang mudah, fonetik artikulasi mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarkan oleh alat-alat artikulasi. Daerah artikulasi ialah bahagian saluran suara yang tidak bergerak tetapi disentuh oleh organ artikulasi sewaktu berlakunya sesuatu bunyi. Organ artikulasi ialah organ ujaran dalam saluran suara yang terlibat dalam pengeluaran bunyi bahasa. Organ artikulasi terbahagi kepada artikulator aktif dan artikulator pasif. Artikulator aktif Artikulator aktif ialah organ artikulasi yang digunakan bagi menghasilkan bunyi bahasa. Artikulasi aktif tidak bersifat statik kerana boleh bergerak. Antaranya adalah seperti anak tekak (uvula), akar lidah (root of the tongue - hump), belakang lidah (back of the tongue - dorsum), tengah lidah (middle of the tongue - medium), daun lidah (blade of the tongue - laminal), hujung lidah (tip of the tongue - apex), gigi bawah (lower teeth denta), dan bibir bawah (lower lip - labia). Artikulator pasif Artikulator pasif ialah bahagian yang menjadi tempat sentuhan artikulator aktif yang digunakan tatkala menghasilkan sesuatu bunyi bahasa.Organ artikulator pasif pula ialah organ dalam saluran suara yang tidak bergerak seperti gigi atas dan lelangit keras Organ lain adalah seperti gelungan (retroflex), lelangit lembut (soft palate - velum), gusi lelangit keras (alveolar ridge), bibir atas (upper lip - labia), mulut (mouth), rongga mulut (mouth cavity / oral cavity), dan rongga hidung (nose cavity / nasal cavity). Dengan adanya artikulator aktif dan pasif inilah yang menjadikan timbulnya penamaan bunyi-bunyi bahasa seperti bunyi letupan dua bibir bersuara, letupan dua bibir tidak bersuara, geseran lelangit keras bersuara, geseran lelangit keras tidak bersuara dan sebagainya. Organ artikulasi ialah organ yang digunakan bagi menghasilkan bunyi manakala daerah artikulasi ialah kawasan yang menghasilkan sesuatu bunyi. Sebagai contoh, apabila dua bibir terkatup, daerah artikulasinya ialah bibir atas, sedangkan bibir bawah bertindak sebagai artikulator. Dengan itu bunyi yang terhasil dinamakan sebagai bunyi bilabial (bi bermakna dua dan labial bermakna bibir). Bunyi [b], [p], [m] ialah bunyi bilabial. Secara umumnya fonetik artikulasi ialah bidang yang meneliti penghasilan bunyi pertuturan oleh alat pertuturan manusia, iaitu bagaimana seseorang penutur itu menghasilkan bunyi dengan menggunakan alat pertuturan dan cara bunyi itu

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

diklasifikasikan dan dideskripsikan. Pengkaji-pengkaji bidang fonetik melihat peranan organ dan daerah artikulasi yang terlibat semasa melakukan klasifikasi bunyi-bunyi dalam bahasa. Hasil dari pengklasifikasian yang dilakukan ialah The International Phonetic Alphabet (IPA). Setiap bahasa di dalam dunia ini mempunyai jadual klasifikasi bunyi yang berkaitan dengan lafaz yang terdapat dalam bahasa masing-masing.

Alat artikulasi Alat Artikulasi (Artikulator): Alat artikulasi atau artikulator ialah organ yang menghasilkan bunyi bahasa, iaitu alat yang menerbitkan bunyi setelah udara dari paruparu dipam ke organ-organ yang terlibat. Perbuatan ini asalnya adalah untuk keperluan pernafasan, iaitu untuk menyedut oksigen bagi membersihkan darah. Di samping itu, aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Dalam ujaran bunyi bahasa ini tercakup semua organ dalam sistem pernafasan dan organ sebutan. Organorgan ini penting dalam sistem aliran udara yang menyebabkan penghasilan bunyi.

Rajah 1: Alat artikulasi 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. bibir atas bibir bawah gigi atas gigi bawah gusi lelangit keras lelangit lembut anak tekak hujung lidah hadapan lidah 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. tengah lidah belakang lidah akar lidah epiglottis pita suara rongga tekak rongga hidung rongga mulut rahang

Bunyi-bunyi bahasa ialah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Udara keluar dari paru-paru melalui tenggorok, pita suara, rongga tekak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya. Bunyi-bunyi bahasa dihasilkan apabila udara tersekat atau terhalang pada alat artikulasi ini. Halangan pertama yang berlaku pada udara yang keluar dari paru-paru mungkin berlaku pada pita suara. Pita suara ialah dua membran yang anjal/ elastik yang terletak dalam peti suara. Membran itu adalah seperti pita yang melekat pada dinding peti suara dan terentang dari depan ke

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

belakang. Apabila pita suara kendur dan renggang, udara lalu tanpa halangan. Ruang yang renggang itu dipanggil glotis. Apabila pita suara kendur dan renggang, glotis terbuka (Rajah 2.4). Keadaan ini terjadi pada waktu bernafas dan penghasilan sesetengah bunyi seperti /s/ dan /p/, iaitu bunyi tidak bersuara. Apabila pita suara tegang dan rapat, glotis tertutup (Rajah 2.5). Udara tidak dapat keluar, tetapi boleh menghasilkan bunyi letupan glotis /?/. Selain itu, pita suara itu mungkin dirapatkan tetapi tidak berapa tegang sehingga udara boleh melaluinya dan pada waktu itu pita suara bergetar. Bunyi yang terhasil ini dikenali sebagai bunyi bersuara. Jadi, pita suara berfungsi dan menentukan bunyi bersuara atau bunyi tidak bersuara. Selepas udara melalui pita suara, udara bergerak ke rongga tekak. Dari rongga tekak udara boleh keluar melalui rongga tekak (oral) atau rongga hidung (nasal). Manakala lelangit manusia terbahagi dua. Di sebelah depan dinamakanlelangit keras dan di bahagian belakang, dikenali sebagai lelangit lembut. Bahagian hujung lelangit lembut dinamakan anak tekak. Lelangit lembut dan anak tekak boleh digerakgerakkan. Apabila bunyi /a/ dikeluarkan, lelangit lembut dinaikkan hingga kena pada belakang tekak dan dengan itu menutup rongga hidung. Bunyi /a/ dikeluarkan melalui rongga oral. Oleh itu a ialah bunyi oral.Bunyi nasal pula ialah bunyi yang dikeluarkan melalui rongga hidung. Lelangit lembut pada waktu itu diturunkan dan rongga oral ditutup dengan beberapa cara, antaranya dengan merapatkan dua bibir. Fungsi Alat Artikulasi Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Gusi Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan. 1.3.2 Fonetik auditori Menurut Kamus Linguistik , 1997: 76, Fonetik auditori juga dikenali sebagai fonetik pendengaran iaitu cabang fonetik yang mengkaji pendengaran dan persepsi bunyi bahasa, iaitu proses yang terjadi tatkala seseorang menerima bunyi dan bagaimana telinga dan otak bertindak terhadap gelombang bunyi itu didengar sebagai persepsi bahasa. Fonetik auditori juga meneliti penerima bunyi yang berasaskan nada, kelantangan dan kualiti bunyi. Sementara itu, Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012:23) pula berpendapat fonetik auditori ini adalah merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan ke dalam lambang-lambang yang tepat. Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) menjelaskan bahawa fonetik auditori merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyibunyi yang dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan ke dalam lambanglambang yang tepat. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1) berpendapat bahawa fonetik auditori ialah kajian fonetik yang mendeskripsikan cara bagaimana kita memproses dan menginterpretasi bunyi-bunyi yang dihasilkan. Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 83) berpendapat bahawa fonetik auditori ialah bidang kajian berkenaan pendengaran dan proses yang wujud apabila kita menerima bunyi dan bagaimana bunyi itu dirasai. Tegasnya, fonetik auditori melibatkan otak dan telinga. Tambahnya lagi, gelombang

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

bunyi yang sampai ke telinga sebenarnya ialah getaran mekanikal bagi partikel-partikel udara. Manakala bunyi yang boleh didengar dan dirasa itu tentunya mempunyai jurang frekuansi dan kepadatan tertentu. Fonetik auditori ialah berkaitan dengan bagaimana bunyi diterima dan dikenali sebagai tuturan bunyi yang berbeza. Proses yang terlibat dinamakan mendekod dan ianya melibatkan pendengar. Melalui proses ini, penutur menukar maklumat yang hendak disampaikan dalam bentuk kod-kod yang tertentu seperti bunyi, kata dan ayat manakala pendengar pula mentafsirkan maklumat ini dalam otak bagi menjadikannya sebagai sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlangsung. Kajian ini berkaitan dengan kerangka psikologi, iaitu kajian persepsi respons kepada bunyi tuturan seperti yang direfleksikan oleh pendengar. Persepsi pendengar kepada ujaran yang terlafaz melibatkan unsur kelangsingan , kelantangan dan kepanjangan yang secara sendirinya mempunyai makna emosi tertentu. Makna emosi ini dapat dikatakan sebagai satu kod yang ditentukan oleh anggota masyarakat penutur sesuatu bahasa. 1.3.3 Fonetik akustik Menurut Kamus Linguistik, (1997 : 75), fonetik akustik juga dikenali sebagai fonetik fizikal. Ianya adalah berkaitan dengan kajian tentang sifat fizikal bunyi bahasa, seperti frekuansi dan amplitude, yang teralir di antara mulut dengan telinga. Di dalam Modul UPSI BML3043, Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu yang ditulis oleh Prof Dr Abdul Hamid Mahmood dan Suhaina bt Abdullah, (2012: 25) Fonetik akustik ialah bidang yang mengkaji sifat bunyi itu sendiri, iaitu bagaimana gelombang udara dari paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya. Di dalam buku Pengenalan Fonetik dan Fonologi (2006:5), fonetik akustik adalah merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung. Signal bunyi yang dipindahkan ini pula terkandung di dalamnya antara lain parameterparameter seperti frekuensi fundamental (Fo), intensity dan durasi. Parameterparameter ini , iaitu frekuensi fundamental (Fo) diukur dalam unit Hertz (Hz), intensity dalam unit decibel (dB0 dan durasi dalam unit saat (s) mendukung fungsi makna-makna yang tertentu..Dari sudut pendengar,ketiga-tiga parameter ini dipersepsikan masingmasingnya sebagai kelangsingan bunyi, kelantangan suara dan kepanjangan. Kajian ini melibatkan ilmu fizik. Secara ringkasnya kajian bunyi bahasa ini melibatkan analisis gelombang tuturan dan spectrum. Penelitian terhadap ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa yang menggunakan sejenis alat yang dikenali sebagai spektrogram itu melibatkan bunyi nada, kelantangan dan kepanjangan. Dengan menggunakan spektrogram bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia itu dapat ditentukan tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyi pada sesuatu masa. Hasil kajian melalui penggunaan spektrogram mendapati bahawa setiap orang mempunyai nada yang berbeza, lebih-lebih lagi jika dibandingkan antara jantina. Sebagai contoh nada suara seorang perempuan didapati tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyinya jauh lebih tinggi berbanding dengan nada suara seorang lelaki. Hal ini kerana nada suara seorang perempuan mempunyai 240 pusingan

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

bagi setiap saat, sedangkan nada suara seorang lelaki hanya 150 pusingan bagi setiap saat. Malahan, kajian yang dilaksanakan dengan menggunakan spektrogram juga mendapati bahawa bunyi vokal hadapan berbeza dengan bunyi vokal belakang. Bunyi vokal hadapan nadanya lebih tinggi, manakala bunyi vokal belakang nadanya lebih rendah. Contoh bunyi vokal hadapan dalam bahasa Melayu ialah bunyi [i] dan [e], dan bunyi vokal belakang dalam bahasa Melayu ialah bunyi [u] dan [o]. Demikianlah halnya dengan bunyi-bunyi bersuara yang disebabkan getaran pada pita suara berbanding dengan bunyi-bunyi tidak bersuara yang disebabkan oleh tiada getaran pada pita suara didapati nada bunyi-bunyi bersuara lebih tinggi tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyi berbanding dengan bunyi-bunyi tidak bersuara. Hasil kajian melalui penggunaan spektrogram juga mendapati bahawa bunyi konsonan dan suku kata dalam bahasa Melayu mempunyai tahap kelantangan yang berbeza. Hal ini kerana faktor yang mempengaruhi perbezaan itu berpunca daripada tekanan udara dari paru-paru. Maknanya apabila bunyi konsonan atau suku kata itu ditekan, tekanan udara bertambah dan kesanya menghasilkan bunyi yang lebih lantang. Antara contoh tahap kelantangan bunyi konsonan dalam bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh tekanan udara dari paru-paru ialah penghasilan bunyi konsonan [s], [z] dan [] didapati lebih lantang berbanding dengan penghasilan bunyi konsonan [f] dan [v].

Rajah 3: Bentuk gelombang akustik bagi perkataan bahasa Inggeris see /si:/ (Sumber: P. Roach, 2001:40) Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Crystal, D. (1990:5), istilah fonetik akustik ini bermaksud kajian terhadap cirri-ciri fizikal bunyi bahasa yang dihasilkan di antara ruang mulut dan telinga, iaitu antara pertuturan dan pendengaran. Keselutuhan kajian ini melibatkan mesin elektronik, ilmu fizik dan matematik. Ciri-ciri akustik ini penting bagi menentukan bunyi yang dikaji itu tepat dan jelas. Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa Fonetik akustik mengkaji sifat-sifat bunyi yang dilakukan dengan menganalisis bunyi yang dirakam dengan alatalat yang tertentu. Ia merupakan kajian transmisi signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung. Melalui alat-alat yang sensitif, bunyi dapat dianalisis dari segi sifatnya. Teknik ini menganalisis gambar-gambar gelombang bunyi
ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

10

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

yang dirakam. Sifat-sifat bunyi seperti ukuran gelombangnya, kesengauan bunyi, daerah sebutan dan lain-lain mudah dilihat dalam gambar-gambar akustik atauspektogram. ii. Huraikan bunyi vokal dan konsonan bahasa Melayu 2.0 Pengenalan Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara. Secara umum, bunyi bahasa dibahagikan kepada dua golongan; vokal, konsonan dan semi-konsonan (D. Jones, 1958:12). Perbezaan ini didasarkan pada ada tidaknya halangan atau gangguan (proses artikulasi) pada alat artikulasi.Bunyi disebut vokal apabila tiada halangan pada alat artikulasi. Arus udara keluar terus-menerus tanpa sekatan. Halangan untuk bunyi vokal hanya pada pita suara sahaja. Halangan yang hanya terjadi pada pita suara tidak lazim disebut artikulasi (J.W.M. Verhaar, 1977:17) kerana vokal dihasilkan dengan halangan pita suara, maka pita suara bergetar. Pita suara dalam keadaan tertutup, tetapi tidak rapat sekali. Dengan demikian, semua vokal ialah bunyi bersuara. 2.1 Bunyi Vokal Vokal ialah bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan melalui ronga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat didengar lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Vokal dalam bahasa Inggeris terdiri daripada lapan jenis, iaitu [i], [e], [], [a], [u], [o], [] dan []. Vokal juga merupakan bunyi oral tetapi ada yang dinasalkan. Untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral tanpa sekatan dan sifatnya ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Semua vokal dalam Bahasa Melayu bersuara, bermakna pita suara bergetar dan aliran udara keluar tanpa sekatan. Menurut Mohamad Yunus Maris(1964), terdapat lapan buah vokal dalam Bahasa Melayu iaitu empat vokal depan dan tiga vokal belakang dan satu vokal tengah. Ini diterapkan dalam rajah berikut. Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [] dan [a] manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [ ]dan satu vokal tengah, iaitu []. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokalvokal Kardinal. Seperti yang dinyatakan di atas, unyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

11

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap. Kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal itu ialah lidah, sama ada bahagian depan lidah, tengah lidah atau belakang lidah. Sekiranya bahagian depan lidah yang berperanan, maka bunyi vokal yang dihasilkan itu ialah bunyi vokal depan;sekiranya bahagian tengah lidah yang berperanan, maka bunyi vokal yang dihasilkan itu ialah bunyi vokal tengah dan seterusnya jika bahagian belakang lidah yang berperanan dalam penghasilan bunyi itu, maka bunyi vokal tersebut ialah vokal belakang. Kriteria yang menentukan jenis-jenis bunyi vokal itu dapat dirumuskan seperti yang berikut: (i) Bahagian lidah yang berperanan, sama ada bahagian depan, tengah atau belakang lidah. (ii) Ketinggian lidah yang dinaikkan, sama ada tinggi, separuh tinggi, rendah dan separuh rendah. (iii) Keadaan bibir, sama ada bibir dihamparkan atau dibundarkan. (iv) Pembukaan rahang, sama ada luas atau sempit. Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis, iaitu vokal depan [i], [e], [a], vokal tengah [] serta vokal belakang [u] dan [o]

Rajah 4 : Kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya Rajah kedudukan vokal bahasa Melayu di atas menunjukkan kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri merupakan bahagian hadapan lidah dan di bahagian kanan merupakan bahagian belakang lidah dan di bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Garis-garis yang melintang itu pula

12

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

merupakan garis yang menunjukkan ketinggian lidah yang dinaikkan. Bagi membunyikan bunyi vokal [i] dan vokal [u] misalnya, lidah dinaikkan setinggi mungkin sementara bagi membunyikan vokal [a], kedudukan lidah letaknya rendah sekali. 2.1.1 Vokal hadapan Vokal hadapan ialah bunyi [i], [e], [ ] dan [a]. Alat artikulasi yang terlibat dalam menghasilkan bunyi ini ialah lidah dan saiz rongga mulut serta bentuk bibir. Manakala daerah artikulasi yang terlibat ialah lelangit keras. i. Vokal depan sempit [i]

Penghasilan vokal [i] 1. Semasa lafaz bunyi ini, bibir berada dalam keaadaan terhampar. 2. Vokal ini dihasilkan apabila bahagian hujung lidah diletakkan pada titik yang paling tinggi dibahagian hadapan mulut. 3. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. 4. Udara keluar melalui rongga mulut 5. Pita suara digetarkan Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari , geli ii. Vokal depan separuh sempit [e]

Penghasilan Vokal [e] 1. Bibir dihamparkan separuh sempit. 2. Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi. 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut

13

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

5. pita suara digetarkan . Contoh: kole, tauge, bendi, elok, belok iii, Vokal Depan Separuh Luas (Separuh Rendah) []

Penghasilan bunyi vocal [] 1. Berlaku iaitu bibir dihampar separuh luas. 2. Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi. 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. 5. pita suara digetarkan Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek iv. Vokal Depan Luas (Rendah) [a]

Penghasilan vocal [a] Vokal depan luas [a] boleh dihasilkan melalui proses seperti yang berikut: 1. Keadaan Bibir dalam keadaan hampar. 2. Depan lidah diturunkan serendah mungkin. 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung 4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut 5. Pita suara digetarkan. Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat

14

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

2.1.2 Vokal belakang i. Vokal Belakang Sempit / Tinggi [u]

Penghasilan vocal [u] Sewaktu penghasilan vocal belakang, alat artikulasi penting yang berperanan ialah bahagian belakang lidah. Bentuk bibir akan menjadi bundar apabila menghasilkan bunyibunyi vokal belakang. 1. Bibir dibundarkan. 2. Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah lelangit lembut. 3 Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak keluar melalui hidung. 4. udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. 5. pita suara digetarkan Contohnya; ubi, usung, unta, undur buka, bubur, suka, lupa satu, batu, labu, kuku, bayu ii. Vokal Belakang Separuh Sempit / Separuh Tinggi [o]

Penghasilan vocal [o] 1. Bibir dibundarkan. 2. Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut. 3 Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak keluar melalui hidung. 4. udara dari paru-paru keluar kerongga mulut 5.. Pita suara dirapatkan supaya bergetar Contoh : oleh, otak, orang, boleh, toleh, kotak ,solo, koko, pidato

15

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

iii. Vokal Belakang Separuh Luas []

Penghasilan vocal [] 1. Bibir dibundarkan. 2. Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut. 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. 4. udara dari paru-paru keluar ke kerongga mulut. 5. Pita suara digetarkan Contoh (daerah Kelantan) : olok, otok, oren, pokok, sudoh, pecoh, kito, bilo, 2.1.3 Vokal Tengah []

Penghasilan vocal [] 1. Keadaan bibir antara hampar dengan bundar 2.Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras 3. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung 4. Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut 5. Pita suara digetarkan Contoh bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [] seperti pada perkataan berikut: [ma], [mbun], [mpat], [nam]. [pnat], [brat], [rgas], [kmas]. Kesimpulannya, jumlah vocal cardinal ialah lapan jenis, iaitu vocal [i,] [e], [], [a], [], [] , [o] dan [u].Manakala fonem asli dalam bahasa Melayu hanya enam jenis iaitu, vokal [i], [e], [a], [u], [o] dan []. Keseluruhannya, semua vokal bersuara kecuali vocal [ ] yang agak lemah bunyinya dan kurang lantang. Lima lagi vokal yang lain adalah nyaring dan lantang.

16

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

2.2 Konsonan bahasa Melayu Menurut Kamus Linguistik (1997:220, konsonan ialah huruf atau fonem yang mewakili kantoid. Kantoid gan bunyi artikulasi yang secara tradisi dikenali sebagai konsonan. Oleh itu, kantoid adalah bertaraf fonetik sedangkan konsonan adalah bertaraf fonemik. Abdul hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012) pula berpendapat bahawa konsonan ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal. Sekiranya bunyi vocal itu adalah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi dengan udara keluar terus-menerus tanpa sekatan atau gangguan oleh alat artikulasi, maka bunyi konsonan ialah bunyi yang semasa menghasilkannya terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi. Konsonan boleh terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua golongan, iaitu: i. konsonan asli dan ii. konsonan pinjaman Sifat Konsonan bersuara dan tak bersuara Penentuan kepada sifat ini ialah pita suara semasa lafaz bunyi. Sekiranya pita suara bergetar, maka bunyi yang dirujuk akan dikatakan sebagai bersuara, manakala jika sebaliknya berlaku pa da pita suara, bunyi itu dinamakan sebagai tak bersuara 2.2.1 Konsonan Asli Bahasa Melayu Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012) Konsonan Asli bahasa Melayu ialah konsonan yang tersedia ada dalam bahasa Melayu dan telah digunakan oleh penutur bahasa Melayu tanpa perubahan. Konsonan bahasa Melayu berjumlah 19 fonem Daerah Sebutan Cara Sebutan 1 Dua bibir p b m 2 Gusi 3 Gusi Lelangit Keras 4 Lelangit keras 5 Lelangit lembut k g c j ng ny 6 Pita suara ?

Letupan tak bersuara Letupan bersuara Letusan tak bersuara Letusan bersuara Sengau Geseran tak Bersuara Geseran bersuara Getaran Sisian Separuh vokal

t d n S

h r l w y/j : Carta Konsonan Asli Bahasa Melayu

i.

Letupan Dua Bibir Tidak Bersuara [p]

17

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

[p]
Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dihasilkan melalui proses seperti yang berikut: (i) Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara dari paru-paru yang keluar ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak bagi menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dibuka (direnggangkan). (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersekat sepenuhnya pada bibir, kemudian dilepaskan serta-merta. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] Contoh: di awal perkataan [padan], [paku], di tengah perkataan: [dapur],

[dapat]. di akhir perkataan:[dakap], [atap],


ii. Letupan Dua Bibir Bersuara [b]

[b]
Konsonan ini dihasilkan melalui proses seperti yang berikut: (i) Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara yangkeluar dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat sepenuhnya seketika pada bibir mulut, kemudian udara dilepaskan dengan serta-merta. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan dua bibir bersuara [b]

18

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Contoh: di awal perkataan [buru], [balu].di tengah perkataan: [tumbuh],

[sabun],di akhir perkataan [karib], [adab].


iii. Letupan Gusi Tidak Bersuara [t]

[t]
Konsonan letupan gusi tidak bersuara dihasilkan melalui proses seperti yang berikut: (i) Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dibuka (direnggangkan). (iv) Udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut keluar tanpa menggetarkan pita suara, kemudian tersekat pada bahagian gusi.Udara kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara [t]

Contoh : di awal perkataan:[tanam], [tahun], di tengah perkataan: [gtah], [batu], di akhir perkataan [tuntut], [parut],
iv. Letupan Gusi Bersuara [d]

[d] Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, proses yang berikut perlu berlaku: (i) Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan

19

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

(iv) Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat sepenuhnya pada gusi, kemudian udara tersebut dilepaskan dengan sertamerta. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan dua bibir bersuara [d]

Contoh : di awal perkataan:[duduk], [damai],di tengah perkataan:[pada], [gaduh],di akhir perkataan:[abad], [tekad]
v.Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara [k]

[k]

Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dihasilkan melalui proses seperti yang berikut: (i) Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dibuka (direnggangkan). (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersekat pada bahagian lelangit lembut, kemudian dilepaskan dengan serta-merta. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]

Contoh: di awal perkataan: [kawen], [kura-kura], di tengah perkataan: [pukat], [sakat], di akhir perkataan : [ana], [bala?],
vi. Letupan Lelangit Lembut Bersuara [g]

[g] Bagi menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g], proses berikut perlu dilakukan:

20

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

(i) Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paruparu. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat pada bahagian lelangit lembut. Udara tersebut kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g] Contoh: di awal perkataan:[guru], [guni], di tengah perkataan:[laga], [pagar], di

akhir perkataaan:[beg], [dialog],


vii. Hentian Glotis []

[ ] Untuk menghasilkan bunyi hentian glotis, proses berikut turut berlaku: (i) Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Udara dari paru-paru keluar dan tersekat dan terhenti pada bahagian glotis dan tidak dilepaskan. (iv) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan hentian glotis [] yang terdapat dalam bahasa Melayu

Contoh: di awal perkataan:[ibu], [ada], di tengah perkataan: [kadaan], [soal].di akhir perkataan:[ana], [ka],

viii. Letusan Lelangit Keras-Gusi Tidak Bersuara []

21

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

[] Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, proses yang berikut turut berlaku: (i) Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dibuka (direnggangkan). (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersebut tersekat seketika pada bahagian lelangit keras-gusi, kemudian udara tersebut dilepaskan dengan perlahan (bukan dengan cepat atau dengan serta-merta). Walau bagaimanapun, untuk bunyi konsonan [] dalam bahasa Melayu, pelepasan udara adalah lebih cepat sedikit berbanding dengan pelepasan udara untuk bunyi konsonan letusan (afrikat) dalam bahasa Inggeris seperti dalam perkataan church Contoh: di awal perkataan:[ari], [uri], di tengah perkataan: [bani], [kuni]. di akhir perkataan:[ma], [ko]. viv:Letusan Lelangit Keras-Gusi Bersuara []

[]
Bunyi letusan lelangit keras-gusi dihasilkan melalui proses seperti yang berikut: (i) Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara daripada memasuki rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara dan tersekat pada daerah lelangit keras-gusi. Udara dilepaskan perlahan (bukan dilepaskan dengan cepat atau sertamerta). Bagi bunyi kononan [] dalam bahasa Melayu, pelepasan udara adalah lebih cepat daripada pelepasan udara untuk bunyi konsonan j dalam bahasa Inggeris seperti untuk perkataan judge.

22

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Contoh: x. Geseran Gusi Tidak Bersuara [s]

[s] Untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s], proses yang berikut turut berlaku: (i) Daun lidah dinaikkan ke arah gusi untuk membuat sempitan. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak bagi menyekat udara daripada keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dibuka (direnggangkan). (iv) Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah gusi. Pita suara tidak digetarkan. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran gusi tidak bersuara [s]

Contoh :di awal perkataan:[saya], [sdap].di tengah perkataan:[basuh], [dasar], di akhir perkataan [bilis], [bras].
xi. Geseran Glotis Bersuara [h]

[h] Untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran glotis [h], proses yang berikut turut berlaku: (i) Pita suara dibuka (direnggangkan) sedikit untuk membuat sempitan pada glotis. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung. (iii) Udara keluar dengan menggeser melalui sempitan glotis. Pita suara digetarkan. (iv) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan geseran glotis bersuara [h]

23

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Contoh: di awal perkataan:[habis], [higap].di tengah perkataan: [tahap], [peha], di akhir perkataan: [lteh], [lbeh].
xii.Getaran Gusi Bersuara [r]

[r]

Bunyi getaran gusi bersuara [r] dihasilkan dengan cara yang berikut: (i) Hujung lidah dikenakan pada gusi. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah dan pita suara digetarkan. Contoh : di awal perkataan:[rasa], [rusuh].di tengah perkataan :[bras],

[laras], di akhir perkataan:[bsar], [lebar],


xiii. Sisian Gusi Bersuara [l]

[l]

Konsonan sisian gusi bersuara [l] dihasilkan dengan cara: (i) Hujung lidah dikenakan pada bahagian tengah gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tetapi hanya dapat keluar melalui sisian atau tepian. Pita suara digetarkan.

24

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan sisian gusi bersuara [l] Contoh: di awal perkataan:[lara], [lumba], di tengah perkataan:[maklumat],

[blat], di akhir perkataan:[tugal], [bbal],


xiv.Sengau Dua Bibir Bersuara [m]

[m]

Konsonan sengau dua bibir bersuara [m] dihasilkan dengan cara: (i) Bibir bawah dirapatkan pada bibir atas untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan supaya suara dapat memasuki rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru memasuki rongga mulut dan keluar melalui rongga hidung. Bibir mulut dibuka semasa menyebut bunyi [m] dan pita suara digetarkan Contoh: di awal perkataan:[makam], [muram], di tengah perkataan:[timun],

[timur], di akhir perkataan:[dalam], [talam],


xv.Sengau Gusi Bersuara [n]

[n]

Bunyi sengau gusi bersuara [n] dihasilkan dengan cara: (i) Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada bahagian gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau gusi bersuara [n]

25

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Contoh: di awal perkataan:[nabi], [nanti], di tengah perkataan:[knari],

[binasa], di akhir perkataan:[kapan], [lipan]


xiv : Sengau Lelangit Keras-Gusi Bersuara []

[]

Untuk menghasilkan bunyi ini, proses yang berikut turut berlaku: (i) Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka ruang rongga ke hidung supaya udara dari paru-paru dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit keras-gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara [] Contoh : ai (nyanyi), ao? (nyanyok) xv. Sengau Lelangit Lembut Bersuara []

[]

Bunyi konsonan sengau lelangit lembut bersuara [] dihasilkan melalui proses yang berikut:

26

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

(i) Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan kepada lelangit lembut untuk menyekat udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit lembut, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau lelangit lembut bersuara [] Contoh: aa (nganga) xviSeparuh Vokal Dua Bibir Bersuara [w]

[w]

Bunyi separuh vokal dua bibir bersuara [w] ini dihasilkan dengan cara: (i) Bibir dibundarkan. (ii) Belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut tetapi tidak menyentuh lelangit lembut (sama seperti kedudukan lidah untuk membunyikan vokal belakang [u]). (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara. Semasa menghasilkan bunyi vokal [u], lidah dengan pantas berubah ke kedudukan (posisi) untuk menghasilkan vokal tengah []

xvii. Separuh Vokal Lelangit Keras Bersuara [j]

27

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

[j] Bagi menghasilkan bunyi konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j], proses yang berikut turut berlaku: (i) Depan lidah dinaikkan ke arah gusi seperti hendak menghasilkan bunyi vokal [i], kemudian semasa menghasilkan bunyi itu, kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan vokal tengah []. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan pita suara. Semasa menghasilkan bunyi vokal [i], kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan vokal tengah []. Contoh: jakin(yakin) , ja (yang) Soalan iii: Sistem ejaan rumi bahasa Melayu 3.0 Pengenalan Huruf atau aksara Rumi juga disebut sebagai huruf latin. Aksara Latin merupakan system tulisan yang paling meluas digunakan di dunia hari ini. Istilah rumi berasal daripada perkataan Romawi yang digunakan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada empayar Rom pada zaman dahulu. Istilah Rumi yang digunakan adalah bermaksud abjad atau huruf yang digunakan oleh empayar Rom yang merupakan pelopor bagi bahasa Latin. Menurut kamus Dewan Edisi Keempat (2005:378), ejaan ditakrifkan sebagai kaedah atau cara menulis perkataan dengan huruf. Di dalam kamus linguistic (1997:66), ejaan atau spelling ialah pewujudan bunyi pertuturan manusia dengan menggunakan lambang system tulisan. 3.1 Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Sistem ejaan rumi bahasa Melayu bermaksud system ejaan baharu yang dipersetujui bersama oleh Kerajaan Malaysia dan Pemerintah Republik Indonesia serentak pada 16 Ogos 1972. Sistem ini dilaksanakan pada tahun 1972 hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia Malaysia bagi pihak kerajaan Malaysia dan pemerintah Republik Indonesia. Badan yang ditugaskan menyusun pedoman ejaan Rumi di Malaysia ialah Jawatankuasa tetap Bahasa Malaysia yang dilantik oleh Menteri Pendidikan Malaysia , dan jawatankuasa ini diletak di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka (Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, 1987:v)

28

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Sejarah system ejaan Rumi baharu di Malaysia bermula apabila terdapatnya usaha untuk menyelesaikan permasalahan bahasa Melayu selepas merdeka. Melalui kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada tahun 1956, satu system ejaan Rumi Melayu telah dipersetujui bersama yang dinamakan Sistem Ejaan Kongres. Dalam perbahasan ini telah dirumuskan empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf Rumi iaitu: i. Ejaan di Malaysia dan Indonesia hendaklah diaseragamkan ii. Peraturan ejaan hendaklah mudah dengan cara system fonologi diberikan keutamaan dan fonem hendaklah digambarkan dengan satu sahaja. iii. Pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang sama dan seragam iv. Kata-kata daripada bahasa asing hendaklah dieja mengikut hokum dan system fonologi melayu Pada tahun 1959, satu mesyuarat untuk menyeragamkan system ejaan Rumi telah dilaksanakan. Hasilnya, diumumkan Sistem ejaan Malindo, iaitu singkatan kepada Sistem ejaan Malaysia Indonesia. Walaubagaimanapun, system ini tidak dihebahkan kepada masyarakat. Pada tahun 1967, rundingan antara Malaysia dengan Indonesia untuk kali kedua tentang system ejaan Rumi bagi kedua-dua buah Negara telah melahirkan Sistem Ejaan Bersama Malaysia Indonesia yang di sebut ejaan baru. Antara perkara yang dipersetujui adalah seperti berikut: a) penulisan vokal dalam suku kata akhir tertutup (vocal i, e u dan o) Contoh: tilik, cerek, sulit, korek b) Penulisan awalan dan akhiran mempunyai satu cara sahaja, iaitu digandingkan atau ditulis serangkai dengan kata dasar. Contoh: melarikan, berbunga, terjatuh c) Penulisan partikel dan kata sendi nama ditulis berasingan daripada perkataan lain. Contoh: mengapa kah, ke sungai, di belakang Ejaan Baru ini juga telah mengadakan grafem baharu iaitu: c menggantikan ch Contoh: chantik digantikan dengan cantik sy menggantikan sh Contoh: shampoo digantikan syampu Ejaan Baru ini tidak ada pelaksanaannya secara rasmi. Dalam tempoh menunggu perasmiannya, timbul pula Ejaan Cadangan yang telah membuat beberapa perubahan pada Ejaan Baru tadi. Ejaan Cadangan telah mempertahankan penggunaan sh dan c, dan menggandingkan partikel dan kata sendi nama kah, lah, tah, di dan ke dengan perkataan lain.

3.2 Pola keselarasan vocal (i) Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar. (ii) Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.

29

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

(iii)

Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang terlibat dengna sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja.

Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baru bahasa Melayu, iaitu: Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. Suku kata praakhir a a a e (pepet) e (pepet) e (pepet) e (taling) e (taling) e (taling) i i i o o o u u u Suku kata Tertutup a i u a i u a e (taling) o a i u a e (taling) o a i u Akhir Contoh Penggunaan asal alih asuh emas betik belut elak belek elok bilah intip pikul otak oleh obor ulat ulit untuk talak tarik datuk kelam ketil telur dewan gelek belok kilang pilih ribut borang boleh borong bulat kulit buluh halaman parit baruh selam lebih perut perang leceh telor selinap sisih tidur sekolah celoteh kelompok ketupat putih seluruh

3.2.1Kekecualian Keselarasan Vokal Menurut Abdul Hamid Mahmood (1998 : 52), Sistem ejaan Rumi baharu bahasa Melayu yang mula dikuatkuasakan pada 16 Ogos 1972 menetapkan bahawa terdapat 18 pola keselarasan vocal seperti di dalam rajah di atas. Penggunaan sistem baharu itu telah memansuhkan pola lama. Namun begitu, pada masa yang sama, menurut Ismail Dahaman dalam Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu, sistem ejaan Rumi baharu ini masih menggunakan pola lama ini, iaitu a e taling, a o, e pepet e taling, e pepet o, i e taling, i o, u e taling, dan u o bagi perkataan yang diserap daripada bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris, bahasa Eropah yang lain, dan bahasa di Nusantara. Menurut Nik Safiah et al., hal yang demikian terjadi kerana ejaan bagi istilah serapan atau pinjaman dikekalkan bentuk ejaan asalnya seboleh mungkin. Asmah Haji Omar (2004 :34) juga menyatakan bahawa, kekecualian keselarasan vokal berlaku pada kata-kata asing, khususnya bahasa-bahasa di Nusantara (Jawa) dan bahasa Inggeris. Prinsip kekecualian vokal sama dengan prinsip keselarasan huruf vokal. Pola-pola kekecualian yang dimaksudkan adalah seperti berikut: Bil Pola Contoh Bahasa Nusantara Contoh Bahasa Inggeris Vokal

30

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18.

a-e taling a-o e pepet e taling e pepet o i-e taling i-o u-e taling u-o a-e pepet e taling e taling-u e pepet e pepet i-e pepet o-i o-u u-e pepet e taling e pepet o-e pepet

Aneh, kaget, pamer Calon, lapor, perabot gembleng Bendok, jempol imlek Ijon, pilon Tulen, ulet Bunglon, lelucon pakem

Kabaret, panel Atom, faktor Gabenor, interkom simentiket Diftong, transistor Subjek, dokumen Kupon, konduktor teater Hipotesis, objektif Petroleum, spektrum Artikel, filem Fosil, hipokrit Bonus, forum skuter meter Oktober

Demdem, pepet iseng

lumer

Rajah : Menunjukkan pola-pola kekecualian keselarasan vokal Sumber:http://74.125.153.132/search? q=cache:8SZjzbNBEvUJ:staff.iiu.edu.my/mascitah/sistemejaan.doc+kekecualian+d alam+bahasa+melayu&cd=2&hl=en&ct=clnk&gl=my Penyerapan bahasa Nusantara, iaitu bahasa Indonesia terlalu banyak dan telah berlaku sekian lama sehinggakan pengguna bahasa tidak menyedari bahawa sejumlah besarnya berasal daripada daerah tersebut. Walau bagaimanapun, Sistem Ejaan Rumi Baharu telah menetapkan bahawa bahasa tersebut ialah bahasa asing dan sistemnya sama seperti sistem pengejaan bahasa pinjaman yang lain. Contoh bahasa Indonesia yang telah lama terserap dalam bahasa Melayu ialah perabot, calon, pamer, aneh dan awet. adegan, lulur, lumayan, prihatin, pinggir, gamelan, calon, cerdas, wali, waras, lakon, lapor, keruan, lolos, matang, lumayan, perabot, peria, ningsun, lontong, lempengDalam prinsip keselarasan vokal, vokal a dengan vokal o tidak selaras, begitu juga vokal a dengan vokal e taling, namun hal ini dikecualikan bagi ejaan kata pinjaman. Berdasarkan Sistem Ejaan Rumi Baharu, beberapa prinsip pengejaan bahasa asing digunakan. Perkataan yang diambil daripada bahasa Inggeris dieja dengan mengutamakan bentuk visual asalnya tetapi diucapkan mengikut sebutan bahasa Melayu misalnya, psychoanalysis dieja psikoanalisis, arthritis dieja arthritis, glamour dieja glamor. Perkataan Inggeris yang mempunyai gabungan dua huruf konsonan yang sama dieja dengan menggugurkan satu huruf, misalnya nugget dieja nuget dalam bahasa Melayu, begitu juga session, dieja sesi. Selain itu, perkataan Inggeris yang bermula dengan auto, aero, tele, dia misalnya, masih dikekalkan unsur depanannya dalam bahasa Melayu, misalnya autokratik, aerodinamik, telefoto, dialog. Penyesuaian

31

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

huruf bagi gabungan huruf vokal juga dilakukan, misalnya mee dieja mi, saloon dieja salun. 3.2.3 ENAM PRINSIP PENGEJAAN KATA-KATA PINJAMAN PRINSIP 1:Mengutamakan bentuk visual atau hurufiah tetapi diucapkan menurut sebutan bahasa Melayu Contoh: 1. Psychology = psikologi 2. Technique = teknik PRINSIP 2:Mengekalkan gugus konsonan yang ada pada bahasa Inggeris Contoh: 1. Clinic = klinik 2. drama = drama PRINSIP 3: Mengekalkan penulisan unsure-unsur depanan Bahasa Inggeris Contoh: 1. au = audio 2. dia = dialek PRINSIP 4 : Mengekalkan pengejaan huruf g yang diucapkan/j/ dalam bahasa Inggeris tetapi diucapkan mengikut sebutan bahasa Melayu Contoh: 1. Agenda = agenda 2. Tragedy = tragedi PRINSIP 5 : Mengekalkan bunyi /j/ bagi huruf g yang diucapkan /j/ dalam bahasa Inggeris Contoh: 1. agent = ejen 2. college = kolej PRINSIP 6 : Kata ambilan daripada bahasa Arab dieja menurut system ejaan rumi dan diucapkan menurut kaedah seburan melayu. Contoh: 1. dzat = zat 2. mithal = misal 3.3 Kesimpulan Sistem ejaan Rumi Baharu telah Berjaya menyeragamkan ejaan bahasa Melayu dan mengangkat martabatnya sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi. Sistem ejaan ini lebih teratur , terutama dari segi keselarasan huruf vocal, aturan pengejaan bagi kata pinjaman daripada bahasa asing dan pengejaan istilah khusus telah dinyatakan dengan jelas

RUJUKAN: Abdul Hamid Mahmood (1995). Ejaan bahasa Melayu terkini. Masa Enterprise Abdul Hamid Mahmood (2002) Guru dan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: City Reprographic Services Abdul Hamid Mahmod dan Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd

32

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Abdul Hamid Mahmood et al.(2012) . Fonologi Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn Bhd. Abdullah Hassan (1993). Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:Fajar Bakti Sdn Bhd Alias Mohd Yatim (1992) . Fonetik dan fonologi suatu tinjauan. Kulim: Penerbit Sarlis Prof. Emeritus Dr Abdullah Hassan (2006). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

33

ROZIAH HAMID D20111049600 UPSI23

Anda mungkin juga menyukai