Anda di halaman 1dari 2

Kenapa perlunya perenggan dalam sesuatu esei?

Kamus Dewan edisi ketiga mendefinisikan perenggan sebagai bahagian daripada muka atau bab dalam buku (rencana dll) yang terdiri daripada beberapa baris. Perenggan digunakan oleh penulis untuk menyampaikan gagasan ideanya secara lebih tersusun dan mewujudkan komunikasi antara penulis dengan pembaca. Selain perenggan, konvensi ini turut dikenal sebagai paragraf dan alinea. Mustakim (1994:112) pula mendefinisikan perenggan sebagai suatu bentuk pengungkapan gagasan yang terjalin dalam rangkaian beberapa kalimat. Smalley dan Ruetten (1990:3) mentakrifkan perenggan sebagai gugusan ayat yang memperkembangkan satu idea utama. Perenggan sangat penting kerana ianya dapat memudahkan penulis menyampaikan idea-idea secara sistematik. Selain itu, perenggan dapat memberikan panduan kepada penulis untuk menghasilkan perenggan-perenggan yang lain. Penulis dapat mengawal penyampaian isi karangan secara tersusun satu demi satu sehingga selesai. Hal ini dapat mengelakkan penulis mengulang-ulang isi atau buah fikiran yang sama. Bagi pembaca, perenggan yang baik akan memudahkan mereka mengikuti ideaidea penulis untuk memahaminya. Di samping itu, perenggan akan memungkinkan penulis mengeksploitasikan minat pembaca untuk meneruskan bacaan mereka. Lazimnya, dalam sesebuah penulisan yang bercorak ilmiah atau akademik, perenggan dapat digolongkan kepada tiga bahagian utama, iaitu perenggan pendahuluan, perenggan badan atau isi, dan perenggan penutup. Perenggan pendahuluan Tiga fungsi utamanya ialah -menarik minat pembaca, -menyatakan maklumat latar penulisan secara ringkas, - mengemukakan tesis penulisan (sudut pandangan khusus tentang tajuk yang menjadi pegangan penulis). Terdapat 7 jenis Pendahuluan a. Pendahuluan jenis definisi. b. Pendahuluan jenis pendapat. c. Pendahuluan jenis situasi/suasana. d. Pendahuluan jenis persoalan. d. Pendahuluan jenis peribahasa. e. Pendahuluan jenis puisi. f. Pendahuluan jenis sejarah. Perenggan badan atau isi Perenggan ini adalah wadah pengembangan idea utama. Setiap perenggan pada bahagian ini akan mengutarakan satu topik atau judul atau ringkasnya satu isi sahaja. Ayat ini dikenal sebagai ayat judul, manakala ayat-ayat lain yang menyokongnya dikenal sebagai ayat sokongan atau ayat huraian. Tegasnya, bahagian perenggan badan ini akan memiliki dua struktur, iaitu bahagian judul yang mengandungi ayat judul dan bahagian pewajaran

yang mengandungi ayat sokongan. Pola binaan perenggan yang mengemukakan ayat judul pada permulaan perenggan dinamakan deduktif dan sekiranya ayat judul terletak pada akhir perenggan, kita namakan teknik induktif. Perenggan penutup Perenggan ini berfungsi untuk menamatkan penulisan tersebut. Dalam perenggan ini penulis akan membuat rumusan, kesimpulan, atau konklusi yang merangkumi keseluruhan idea penulisan yang dibincangkan. Perenggan penutup sangat penting untuk memberikan isyarat kepada pembaca bahawa penulisan tersebut akan berakhir. Pada bahagian ini, antara kaedah yang dapat digunakan ialah menyimpulkan penyata tesis yang awal, menyatakan penyata tesis dengan cara yang lain, membuat anekdot (kisah pendek) berkaitan dengan tesis, dan membuat rumusan. Memberikan pandangan atau ulasan penulis merupakan salah satu strategi menulis bahagian penutup. Rujukan : PELITA BAHASA (OKTOBER 2004) Dewan Bahasa dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai