Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN ACARA MERENTAS DESA

(LARIAN KAMPUNG BUKIT)

NAMA PROGRAM : LARIAN KAMPONG BUKIT

TARIKH : 23 Jan 2016 (Isnin)

TEMPAT: Laluan Merentas Desa

MASA : 8.30 pagi

OBJEKTIF:

1. Meningkatkan semangat kesukanan dalam kalangan murid


2. Mencungkil bakat baharu dalam bidang sukan
3. Mengeratkan silaturrahim antara waris dan masyarakat sekolah
4. Menjana kecemerlangan murid melalui sukan.

LAPORAN AKTIVITI

Aktiviti merentas desa telah diadakan pada hari Selasa bersamaan 24 Jan 2017. Acara
ini dijalankan mengikut laluan yang telah dipersetujui dan agak mencabar sejauh 3.8km.

Puan Zuraidah Bt Borhan selaku guru besar SKKB telah memepaskan para peserta.
Acara bermula lebih kurang pukul 8.15 pagi . Sebanyak 10 stesen telah ditanda dan
ianya melibatkan 4 checkpoint.

Pihak sekolah turut melibatkan waris dalam aktiviti ini dimana, pasukan rela Kg Bukit
telah turut membantu dalam mengawal lalu lintas dan memastikan keselamatan murid.

Pengelolaan

Pada keseluruhannya pengelolaan acara merentas desa ini adalah baik dan mencapai
objektif. Kejayaan ini diukur berdasarkan kepada faktor-faktor berikut :-

1. Semua guru telah menjalankan tugas mereka sebagaimana yang ditetapkan dengan
berkesan.
2. Pelajar-pelajar telah memberikan kerjasama dari mula hingga akhir acara
3. Acara telah berjalan dengan lancar dari awal hingga akhir.
Disiplin Pelajar

Disiplin pelajar adalah terkawal dan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini
semasa, selepas acara berlangsung. Tiada pelajar-pelajar yang merayau dan berada di
tempat yang tidak sepatutnya.

Penyampaian Hadiah

Telah disempurnakan oleh pn Guru besar iaitu Pn Zuraidah Borhan

Penutup

Acara ini perlu diteruskan setiap tahun kerana ianya memberi peluang kepada murid
untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang sukan.

Disediakan Oleh Disemak dan disahkan oleh

ROZIAH BT HAMID ZURAIDAH BT BORHAN

Setiausaha Sukan, Guru Besar

SK Kg Bukit SK Kg Bukit

Anda mungkin juga menyukai