KEPONG BARU
JALAN API-API 4
KEPONG,KL
D O K U M E N TA
SIKEJOHAN
AN
BALAPAN DAN PADANG
TARI KH : 23 APRIL 2018
MASA: 8 .00 PAG I
TE MPAT: PADANG SK KEPONG BARU
D I SE D I AKAN O L E H :
KHAIRIAL ANUAR ABU BAKAR
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
L A P O R A N KEJOHANAN
Pada hari Sabtu, yang lepas SK Kepong Baru telah mengadakan Kejohanan Balapan dan
Padang di Padang SK Kepong Baru. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG iaitu
En.Adi b Abdullah. Sebanyak 4 jenis acara trek peringkat akhir iaitu 50m,100m ,4x50m dan
4x100m, ,sukaneka dan tarik tali telah dipertandingkan dan setiap acara dipecahkan kepada beberapa
kategori mengikut tahun. Acara sukantara dan acara akhir padang telah diadakan pada hari-hari
sebelumnya di padang sekolah.
Peserta berkumpul dan bersedia untuk perbarisan seawal jam 7.30 pagi di padang Ketibaan
tetamu khas disambut dengan sungguh meriah dan diiringi oleh paluan kompang dan bunga
manggar. Pada pukul 8.00 pagi pagi acara perbarisan lintas hormat rumah sukan
Bendahara,Panglima,Temenggung dan Syahbandar telah diadakan. Semua pasukan rumah sukan
sungguh bersemangat pada hari tersebut. Semua peserta perbarisan berkumpul di tengah padang
mengikut pasukan masing-masing untuk bacaan ikrar sukan. Seterusnya bacaan doa yang
dipimpin oleh Cikgu Mohd.Musa b Samsuddin.
Seterusnya ucapan alu - aluan oleh En. Mohd.Razif b Mohd .Tahir, Guru Besar SK Kepong
Baru.Ucapan perasmian disampaikan oleh YDP PIBG iaitu En.Adi b Abdullah Para tetamu
kehormat kemudianya dihidangkan jamuan di tempat khas.
Pada jam 8.30 pagi acara sukaneka tahap 1 dimulakan untuk tahun 1,2 dan 3. meter .Pada
jam 9.00 pagi acara 100 meter akhir dimulakan untuk semua kategori. Acara 100 meter
merupakan acara yang paling mendapat tumpuan dan pemenang tempat pertama bagi setiap
kategori akan dinobatkan sebagai Raja Pecut. Pada jam 9.30 pagi hadirin dihiburkan dengan
persembahan senamrobik sebelum acara 50 meter tahap 1 diadakan. Sukan diteruskan lagi dengan
acara 4x100 meter akhir untuk semua katogori dan diikuti acara 4x50 m padajam 10.30 pagi.
Saingan antara peserta amat sengit hingga ke garisan penamat.Acara kemuncak ialah acara tarik
tali akhir terbuka.Ibu bapa memberi sokongan yang padu untuk anak-anak mereka yang terlibat.
Acara pegawai juga diadakan bagi memeriahkan suasana sementara menunggu keputusan
rasmi kejohanan. Acara yang terbuka kepada semua guru dan ibu-bapa ini memerlukan mereka
berlari sejauh 10 meter dan meniup belon yang disediakan.
2
Hadiah -hadiah kepada para pemenang telah disampaikan secara bergilir-gilir oleh para pentadbir sekolah,YDP
PIBG dan juga AJK-AJK PIBG.Kejohanan tamat kira-kira pukul 12.00 tengah hari.Pihak sekolah mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya kepada AJK SUKAN, AJK PIBG,DBKL dan semua ibu bapa
yang hadir.Semoga kejohanan pada tahun 2018 akan lebih meriah.
………………………….
Setiausaha Sukan,
SK Kepong Baru,
Kuala Lumpur.
3
K E P U T U S A N R A S M I KESELURUHAN K E J O H A N A N
OLAHRAGAWAN/ OLAHRAGAWATI
UCAPAN PERASMIAN
BENDAHARA
TEMENGGUNG
LAKSAMANA
SYAHNBANDAR
MohdRafis,
3S1