Anda di halaman 1dari 7

SK BUKIT KEPONG 1

Program Pembangunan Sukan Bola Tampar

KERTAS CADANGAN : PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN BOLA


TAMPAR
RASIONAL

Memperkasakan mutu pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah disamping


meningkatkan kualiti dan kuantiti sukan olahraga dan permainan. Selain memberi
ruang dan peluang kepada semua murid untuk menceburkan diri, dapat
mengembangkan bakat kepimpinan murid-murid dan menerapkan nilai-nilai murni di
kalangan masyarakat setempat serta menyemai budaya cintakan sukan.

MATLAMAT

Melalui sukan olahraga dan permainan, semua murid dapat mengambil bahagian dalam
acara-acara yang dipertandingkan. Dapat mencungkil bakat murid-murid serta
melahirkan atlit-atlit yang berdisiplin, berkemahiran, berketrampilan disamping
memastikan perkembangan yang seimbang dan menyeluruh melalui aspek-aspek
intelek, rohani, emosi, jasmani dan akhlak, nilai-nilai murni dan sosial ke arah Matlamat
Pendidikan Negara.

OBJEKTIF

1. Memperkembangkan pertumbuhan intelek, rohani, jasmani dan emosi murid


agar dapat membantu murid menjadi insane yang berdisiplin, berdikari, dan
bernilai murni tinggi.

2. Memberi latihan awal agar dapat menceburkan diri dalam bidang kepimpinan
dan kemasyarakatan.

3. Melahirkan atlit yang berpotensi di dalam acara sukan olahraga di samping


mempunyai latar belakang akademik yang tinggi.

4. Mempertingkatkan kualiti pengurusan sukan olahraga dan permainan.


SK BUKIT KEPONG 2
Program Pembangunan Sukan Bola Tampar

KUMPULAN SASARAN

o Murid-murid tahun 2 Hingga 6

LATAR BELAKANG MURID

o Majoriti murid-murid daripada golongan sederhana

GURU-GURU YANG TERLIBAT

1. GPK Kokurikulum : Pn. Hajah Siti Rohani binti Talib

2. Setiausaha Kokurikukulum : En. Aminuddin Amzar bin Amran

3. Setiausaha Sukan : En. Ahmad Muzakhir bin Yusof

4. Guru-guru Kelab Permainan : Semua guru

ANALISIS SWOT

KEKUATAN 1. Mempunyai murid-murid yang berbakat


2. Guru-guru yang sangat berminat untuk membimbing murid
3. Guru Besar yang menyokong penuh aktiviti sukan dan
permainan
KELEMAHAN 1. Tidak mempunyai guru yang bertauliah dan berkelayakan
dalam melatih sukan dan permainan.
2. Peralatan dan prasarana yang tidak mencukupi

PELUANG 1. Mendapat sokongan daripada PIBG sekolah


2. Sekolah mempunyai guru yang mempunyai pengalaman
menghantar pasukan ke MSSD
ANCAMAN 1. Keadaan padang yang serba kekurangan serta saiz yang
terlalu kecil untuk murid membuat latihan.
2. Kewangan sekolah yang tidak mencukupi untuk
menyediakan segala keperluan pemain
SK BUKIT KEPONG 3
Program Pembangunan Sukan Bola Tampar

STRATEGI PELAKSANAAN

BIL PERKARA

1. Menubuhkan jawatankuasa yang berkaitan serta merancang program untuk


mencungkil bakat murid.

2. Menyediakan takwim serta jadual waktu kegiatan sukan dan permainan.

3. Membincangkan penyediaan kemudahan peralatan untuk segala aktiviti sukan.

4. Menjalankan ujian pemilihan pasukan pemain sekolah :-

5. Mengenal pasti murid yang berpotensi mengikut acara yang bersesuaian


dengan bakat murid tersebut.

6. Murid diberi latihan kemahiran mengikut sukan olahraga dan permainan yang
bersesuaian seperti yang telah dirancang dalam program tahunan.

7. Memberi kesedaran kepada guru dan masyarakat setempat mengenai peranan


mereka dalam program sukan olahraga dan permainan.

8. Menganjurkan dan menggalakkan guru menyertai kursus peningkatan


pengetahuan dan kemahiran.
SK BUKIT KEPONG 4
Program Pembangunan Sukan Bola Tampar

PERALATAN YANG DIPERLUKAN

BIL BARANG KUANTITI HARGA(RM)/UNIT ANGGARAN


HARGA(RM)

1 BOLA 6 85 510
TAMPAR
TARINING

2 RESISTANT 6 20 120
BAND

3 NET 1 150 150

4 BOLA 1 200 200


TAMPAR
GAME

5 KNEE GUARD 12 30 360

1340
SK BUKIT KEPONG 5
Program Pembangunan Sukan Bola Tampar

Cadangan masa Latihan

Bil Hari masa

1 Isnin 7.00 pagi-7.30 pagi

2 Selasa 7.00 pagi – 7.30 pagi

3 Rabu 7.00 pagi – 7.30 pagi

4 Hujung minggu atau hari 8.00 pagi – 10.00 pagi


cuti

*Perlaksaan Latihan adalah tertakluk kepada Kebenaran Tuan Guru Besar serta
kesesuaian masa.
SK BUKIT KEPONG 6
Program Pembangunan Sukan Bola Tampar

Disediakan oleh : Disemak oleh:

……………………………………… …………………………………..
(AMINUDDIN AMZAR BIN AMRAN) (HAJAH SITI ROHANI BINTI TALIB)
S/U KOKURIKULUM SKBK GPK KOKURIKULUM SKBK

Disahkan oleh :

………………………………………….
SK BUKIT KEPONG 7
Program Pembangunan Sukan Bola Tampar

Anda mungkin juga menyukai