Anda di halaman 1dari 3

Antara perkara yang selalu ditekankan oleh motivator, kaunselor ke atau orang yang berjaya adalah

fokus kepada solusi. Fokus kepada cara nak selesaikan sesuatu masalah. Tak dinafikan kadang-kadang
kita penat menghadap dengan masalah kita tapi kita sentiasa ada dua piliha. Nak tenggelam dalam
masalah atau berfikir segala cara yang ada kemungkinan membantu kita untuk selesaikan masalah.

Fokus kepada solusi juga membawa maksud, kita letak segala tenaga kita kepada usaha yang boleh
dilakukan untuk memperbaiki sesuatu keadaan. Berbanding dengan kita bercerita kepada semua
orang masalah segala masalah kita. Ya. Kadang-kadang kita perlukan seseorang untuk kita kongsikan
sedikit bebanan kita. Tapi tidak bermakna kita ceritakan semuanya.

Saya ingat lagi apabila Derry Sulaiman, seorang artis yang dah berhijrah. Beliau memberikan
pandangan beliau dalam satu rancangan tv di Indonesia. Pada ketika itu, satu band daripada luar
negara yang mempunyai impak negatif ingin membuat persembahan di Indonesia. Jadi ada beberapa
orang panel yang dipanggil ke rancangan tersebut untuk memberikan pandangan tentang kehadiran
artis tersebut.

Derry Sulaiman mengatakan lebih kurang seperti ini, “ Saya kalau boleh taknak cakap pun berkenaan
perkara ini terutama di khalayak ramai. Lebih baik kita berusaha untuk mengajak umat kepada
masjid. Berbanding kita sibuk berbicara tentang keburukan itu dan ini. Apa usah ayang kita dah buat
untuk mengajak umat ke masjid”

Beliau turut kongsikan kisah di suatu kampung.

“ Suatu hari, ada beberapa orang pelacur telah datang berjumpa dengan tuan imam.”

“Terima kasih tuan imam. Disebabkan imam bisnes kami meningkat” kata pelacur tersebut.

“Terkejut tuan imam itu. Bagaimana dia sebagai imam boleh mempromosikan perkara tersebut. Tapi
bila dia renung, rupanya dia ada bercerita tentang pelacur tersebut ketika menyampaikan ceramah
beliau. Jadinya semua Jemaah yang datang tahu berkenaan pelacur tersebut”

Jadi di sini, tak salah untuk kita berkongsi sedikit masalah kita. Tapi apa yang lebih penting ialah
bagaimana kita nak selesaikan masalah kita.
Sebenarnya terlalu banyak kesan yang berlaku kepada diri kita apabila menghadapi lebihan berat
badan ataupun kita panggil obesiti. Bermula daripada luaran kita terutama anggota kaki kita yang
perlu menampung lebihan berat badan kita. Tahu tak setiap 1kg badan kita berlebihan berat, ianya
akan menyebabkan lutut kita perlu menampung beban sebanyak 4 kg. ini bermaksud jika kita
berlebihan berat 10kg, lutut kita perlu menampung beban tekanan sebanyak 40kg.

Tidak termasuk lagi jika kita memaksa tubuh kita melakukan aktiviti cergas yang kurang sesuai untuk
tubuh badan kita yang berat. Seorang rakan di sekolah berkongsikan kepada saya bila mana bahagian
kaki beliau sakit, perlu menampung pula bebanan tubuh badan, semua anggota akan turut merasai
kesannya. Akhirnya menyebabkan tiada mood mengajar, cepat penat dan senang marah.

Dalaman pula terlalu banyak kebarangkalian yang boleh berlaku bilamana perkara ini tidak diambil
tindakan. Kebarangkalian penyakit melibatkan kardiovaskular, pernafasan, kanser sekurang-
kurangnya 13 jenis dan pelbagai lagi.

Tujuan saya kongsikan maklumat ini adalah untuk memberikan sedikit kesedaran kepada diri saya
terutamanya. Ada yang berbunyi,” alah, kalau dah nak kena, kena juga”. Kalau macam tu tak perlulah
kita pakai topi keledar. Kalau dah nak kemalangan, mati juga. Usaha daripada kita itu satu Rahmat
dari Tuhan supaya kita sebagai hambaNya sentiasa berusaha.

Bukan apa. Banyak sangat perkara yang kita akan terlepas disebabkan belenggu yang kita hadapi ini.
Tidak kira apa jua keadaannya. Bukankan jika kita mempunyai tubuh yang lebih sihat akan lebih
memudahkan kita untuk melaksanakan pelbagai kerja dan tugasan. Berapa banyak aktiviti yang perlu
kita tarik diri disebabkan berat kita tidak mengikut piawaian yang ditetapkan. Jikapun kita mampu,
ditakuti perkara itu akan memudaratkan kita.

Dan yang paling utama ialah, kita akan terlepas begitu banyak memori dan kenangan sebenarnya.
Sahabat saya yang saya kongsikan kisahnya bermula pada titik tolak apabila rakannya meninggal
dunia dan anak beliau masih kecil. Beliau membayangkan diri beliau jika tiada tindakan yang diambil,
keadaan yang sama akan berlaku kepada beliau. Sama seperti saya. Bila mana doktor pun sudah
memberikan lampu merah, suruh buat perubahan, apa lagi yang ditunggukan.

Sebelum ini saya tidak berani untuk panjat tangga besi ini. Bukan tak berani sebab gayat. Saya tak
berani sebab takut tangga ini patah ke, bengkok ke. Dah naya. Jadi banyak keadaan saya tidak dapat
tolong samada di rumah mahupun tempat kerja disebabkan tidak mampu untuk panjat tangga.

Namun sekarang Alhamdulillah. Tempoh hari bila GPK minta tolong buat lubang untuk dinding
sekolah dan saya perlu panjat tanggga, saya yakin saya boleh. Bila dah turun 30kg ini, terlalu banyak
nikmat yang saya peroleh. Dah boleh lipat kaki untuk pakai stokin, naik tangga dah tak mengah.
Orang rumah juga mengatakan saya lebih ringan tulang.

Sekiranya di sekeliling kita, kebanyakan ahli keluarga kita tidak sihat, tidak bermakna kita perlu
mengikut jejak langkah mereka. “Obesity doesn’t run in the family, it just the family doesn’t run.
Kenapa tidak kita jadikan keadaan itu sebagai pemangkin diri kira bahawa “Jika keluarga saya tidak
sihat, saya orang pertama yang akan menjadi sihat daripada keluarga ini”.

Semoga dengan usaha kita ini akan memberikan inspirasi kepada ahli keluarga yang lain untuk
mengubah kehidupan mereka juga.

Program TKO Kemasukan September 2023 telah dibuka. Jika anda ingin menjadi inspirasi kepada ahli
keluarga anda berikan diri anda peluang. Konsultasi adalah percuma. Boleh tekan link di bawah.
Masa ini satu perkara yang sangat berharga dalam kehidupan. Tiada duit, kita boleh kerja cari duit.
Tiada kereta, kita boleh kerja cari duit beli kereta. Tapi, kalau masa kita dah berlalu tiada apa yang
boleh bantu kita untuk dapatkan semula masa kita. Pastinya kita akan ketinggalan jika tiada tindakan
yang diambil.

Sebab itu terlalu penting untuk kita mengurus masa dengan sebaiknya. Satu kemahiran yang sangat
mahal harganya kerana tiada satu nilai mata wang pun dalam dunia ini yang boleh beli masa.
Nyatakan apa sahaja, RM, Dollar, Dinar, Dirham, hatta emas segunung pun tidak boleh membeli
semula masa yang terlepas.

Pernah sekali isteri saya kongsikan pengalaman beliau mengajar dan bagaimana sekolah tersebut
begitu menghargai masa setiap gurunya. Setiap hari sekolah beliau akan mengadakan satu
mesyuarat ringkas untuk membincangkan hal-hal pelajar mahupun akademik. Tempoh yang
digunakan sangat singkat sekitar 15 minit – 20 minit dan dilaksanakan antara sela masa murid rehat.

Tujuan utamanya selain untuk berbincang adalah supaya setiap guru boleh fokus kepada
penyelesaian ataupun perkongsian pendapat antara guru baharu dan guru lama. Jadi di sini tiada
perkara yang luar daripada tajuk akan di sembang. Tiada lagi kata alu-aluan yang tidak memberikan
sebarang makna akan diberikan. Dan yang paling penting tiada lagi masa yang akan dibazirkan
semata-mata untuk mencapai kata sepakat.

Mereka sangat menghargai masa setiap daripada guru mereka. Lebih baik masa yang ada digunakan
untuk berbincang kaedah pengajaran yang lebih bermakna berbanding bercerita yang entah apa-apa.

Namun di sini kita mempunyai satu kelebihan yang diberikan Allah sebagai manusia. Otak kita
sentiasa bersedia untuk belajar sebarang perkara. Pengurusan masa ini pun satu kemahiran yang
boleh kita pelajari. Oleh itu, begitu banyak kelas yang disediakan, podcast yang berada di pasaran,
buku-buku yang menulis berkenaan tentang pengurusan masa ada di toko-toko buku. Kerana ianya
sangat berharga.

Tinggal lagi kita nak buat keputusan samada mempelajarinya, ataupun sekadar menjalani hari-hari
seperti biasa dan mengeluh mengapa tidak cukup masa.

Anda mungkin juga menyukai