Anda di halaman 1dari 21

Siri-Siri Motivasi Golden Minds Consultants

Pakar Motivasi : Dr. Raja Shamri

“3 TIPS UTAMA UNTUK PELAJAR “

I-Paper EDISI INTERNET 2008

Sila Layari : www.goldenminds.net


BAGAIMANA MENGATASI SIFAT MALAS; The
different between WINNERS and LOSERS!
Assalaamualaikum...

Menjawab pertanyaan Syarafi dari teknik Kuantan dalam shoutbox di blog saya
hari ni tentang isu macam mana nak atasi rasa malas tu sebenarnya bukan
sedikit yang alami benda ni. Bukan juga di Malaysia malah diseluruh dunia..
bukan juga pelajar malah juga orang yang dah bekerja, bos mahupun kuli, si alim
mahupun si jahil, si baik mahupun si jahat, isteri atau suami, malah orang tua
atau budak2 juga alami benda ni. Namun ulamak banyak membincangkan
tentang antara cara2 untuk mengatasi rasa malas ini. Kajian oleh pakar psikologi
juga banyak tentang isu malas ni.

Kesimpulannya malas ni adalah penyakit jiwa atau penyakit hati yang berkait
rapat dengan beberapa faktor merangkumi genetik, biologi dan kesihatan, faktor
pemakanan, sistem hidup dan pendidikan, persekitaran, cuaca dan suhu dan
macam2 lagi. Kajian yang saya sendiri buat bersama pakar UM pada tahun 2003
menunjukkan sifat malas ini sendiri berkait rapat juga dengan amalan kerohanian
dan keimanan serta takwa kepada Allah. Untuk mengatasi rasa malas ini
pertamanya kita kena paham tidak semua rasa malas itu tidak bagus. Kadang2
kita sendiri tetiba jadi malas untuk lakukan sesuatu.

Rasa malas itu kadang2 juga pertolongan dari Allah untuk mengelakkan kita dari
melakukan sesuatu yang boleh membawa bencana kepada diri. Namun malas
yang berpanjangan dalam hal-hal kebaikan adalah sesuatu yang tidak diinginkan
kerana itulah bezanya antara the winners and the losers. Untuk mula mengatasi
malas dalam kes yang sebegini saya ambil beberapa tips dari tulisan para
ulamak, hasil kajian saya dan juga melalui pembacaaan yang saya lakukan
sendiri.

1. Ambil Wudhuk

Wudhuk atau air sembahyang didapati antara cara berkesan untuk


menghilangkan rasa malas. Kajian juga menunjukkan orang yang selalu lekat air
sembahyang akan lebih sihat serta gembira iaitu menggambarkan kesimbangan
psikologi (psychological balance) dan juga biologi. Namun dalam keadaan dunia
hari ni yang begitu bebas sosialnya serta makanan yang pelbagai resipe adalah
sukar untuk kita menjaga air sembahyang ni. Tapi ianya tidak mustahil.

Dalam kajian saya dulu kami mendapati sebilangan besar pelajar fakulti
pengajian islam UM yang jaga wudhuk memperolehi keputusan peperiksaan
yang begitu cemerlang serta juga aktif dalam kerja2 kebajikan mencerminkan
kurangnya sifat malas dalam diri mereka untuk berbuat sesuatu kebaikan.
Wudhuk atau sembahyang memberikan seseorang individu itu satu kesegaran.
Malah dikatakan juga malas berpunca dari mandi junub yang tidak sah. Ramai
yang sering tidak mengambil kisah soal mandi junub ini malah mungkin ada yang
tidak mandi langsung. Mandi wajib atau mandi junub ini menjadikan seseorang
individu itu suci seterusnya membolehkan sepenuhnya kerahmatan dan hidayah
Allah mendampingi kita. Sewaktu nabi di israk mikrajpun antara perempuan yang
dilihat disiksa adalah prempuan yang keluar rumah dalam keadaan tidak suci.

2. Muzik dan bunyian

Cara seterusnya sedikit memberikan kontroversi terutama bagi mereka yang


tidak bersetuju dengan penggunaan muzik dan bunyian untuk mengatasi rasa
malas. Namun mengikut kajian, muzik mampu mengubah mood. Drama swasta
atau movie kalau takde background sound rasanya tidaklah sebest yang kita
tengok. Cerita jangan pandang belakang tidaklah se takut yang kita tengok kalau
takde background muzik. So, pemilihan muzik yang tepat, contohnya lagu2 yang
memberangsangkan kita, lagu2 yang kita suka, boleh memberikan kita satu
anjakan untuk mengatasi rasa malas ini. Ada yang suka muzik2 tanpa lirik
seperti richard clyderman, kitaro, enigma dsbg. Saya sendiri pada waktu2
tertentu menggunakan muzik2 ini untuk memberikan anjakan dalam mood kerja.
Walau apapun di dapati kesan dari bantuan bunyi ini samada muzik, ayat quran,
radio atau sebagainya mampu membantu rasa malas.

Sejauh mana ianya dapat membantu terpulang kepada kita sendiri untuk melihat
kesannya. Ada yang terleka dengan muzik dan bunyian ini bukannya membantu
mengatasi malas tetapi jadi lagi malas. Maka muzik atau bunyian tersebut
pastinya tidak relevan... kena cari bunyian, atau muzik lain. Mungkin bukan
muzik tetapi bunyi suara orang berceramah berupa kaset atau CD yang
dipasang setiap kali rasa malas. Ada juga yang perlukan video tentang
kemiskinan di Iraq, kekejaman di Palestine dan Ambon untuk dijadikan cara
mengatasi rasa malas. Apa2pun terpulanglah kepada anda semua ya... Saya
tengah siapkan podcasting untuk dimuatkan di website saya untuk mereka yang
memerlukan. Anda boleh download ke ipod bila dah siap nanti... boleh tengok
kerana insyaAllah dia boleh inspires kita semua...

3. Solat

Solat adalah antara perkara yang sering kita lupa dalam membincangkan
permasalahan kita seharian. Dalam seharian kehidupan kita... macam2 masalah
kita hadapi tetapi cara penyelesaiannya seringkali bukan solat yang jadi pilihan
utama. Solat adalah merupakan penyelesai segala masalah. Dalam solat itulah
kita sujud memohon pertolongan Allah. Kita merendahkan diri, kita memohon
ampun dan kita redha... kita berserah dan pasrah... kita memohon petunjuk ...
kita mengadu.. kita menangis ... merayu kepada yang PENCIPTA. Disitulah
penyelesaian yang utama termasuk dalam mengatasi rasa malas. Masalahnya
nak solatpun malas ... huhuhu... macam mana ni..? heheeheh...

Kita kenalah ajar benda ni. Asal malas je terus ambil wudhuk dan solat.. asal ada
masalah je terus ambil wuhuk dan solat... lepas tu baru fikir what to do next ...
insyaAllah... dengan mengadu dan memohon dari Allah maka petunjuk akan
datang... rasa malas atau apa sahaja masalah dapat diselesaikan. Untuk
membolehkan kita solat dan tidak malas .. ianya berkait rapat dengan banyak
faktor antaranya di ceritakan seterusnya dalam langkah yang berikut.

4. Pastikan anda dikelilingi orang yang positif

Bila anda dikelilingi orang yang positif, orang yang suka solat dan sebagainya
maka anda juga pasti akan jadi positif dan seperti mereka juga. Bila anda jauh
dari orang2 yang begini maka jiwa anda akan jadi kosong dari roh hidayah dan
kekuatan spiritual yang genuine. Sebab itulah anda jadi malas nak belajar, nak
kerja dan malas nak buat apa saje benda baik. Perhatikan... benda tak baik rajin
pulak nak buat .. kerana apa? Kerana anda jauh dari kebaikan. So... bentuklah
satu persekitaran agar anda sentiasa dekat dengan orang2 yang positif seperti
orang yg cintakan ilmu, orang yang cakap benda elok2 (lidah mereka bukannya
selalu mencarut), orang yang jaga solat, orang yang baik dengan parents dsbg.

Bila anda rapatkan diri dengan mereka maka roh hidayah itu akan juga kena
tempias pada anda dan anda juga akan jadi rajin seperti mereka. Daya tahan diri
anda melawan nafsu jahat, melawan sifat malas dan apa saje sifat negative akan
jadi lebih kuat seterusnya tanpa anda sedar anda telahpun menjadi seorang
insan yang hebat... anda telah berjaya mengatasi rasa malas anda !! Saya masih
ingat sewaktu belajar di Universiti dulu, sewaktu group assignment tiada
sesiapapun yang hendak ambil saya masuk jadi group assignment member
mereka. Maklumlah, saya ni pakai long sleeve everyday ber tali leher everyday
jugak. Apa lagi... kena kutuklaa habis2san dengan classmate.

Dalam kelas pulak saya selalu duduk depan ... Apa lagi saya jadi mangsa
kutukan ramai classmates. Saya pakai long sleeve bertali leher sebab
memudahkan urusan saya untuk keluar masuk pejabat HEP dan juga bilik naib
chanselor. Sebagai pemimpin pelajar urusan di pejabat pentadbiran memang
banyak. Saya pulak berkaki palsu so sukar untuk berjalan ulang alik ke bilik
asrama tukar baju untuk ke bangunan pentadbiran. Maka akhirnya jadi satu
kebiasaan saya berpakaian dan behave macam tu kat kelas dan menjadikan
ramai classmate tak nak kawan sebab mereka lihat saya seperti bukan dari
group mereka.

Saya dicop barua HEP dsbg. Namun dalam ramai2 yang mengutuk ada juga
yang masih nak berkawan dengan saya walaupun mereka juga tak mampu nak
tarik saya jadi group members assignment kami sebab ada ahli lain yang
menentang. It's ok... (Thanks to Zaki Zaidee Laiden, Shahir Ahmad dll.) Bila tiba
time presentation, semua group diberi masa 30 minit. Setiap group ada 6 orang
so 5 minit sorang. Bila tiba giliran saya, oleh kerana saya sorang je takde group
maka saya present sorang je lah... sepatutnya 30 minit je saya present sorang..
entah kenapa ramai sangat yang nak kenakan saya mereka tanya macam2
soalan nak kenakan saya. I am well prepared ... :)

Maka presentation 30 minit jadi 1 jam lebih... Infact, I manage to get A+ for that
subject and 4.00 flat for that semester... Apa yang saya nak bagi tahu ialah
bagaimana kekuatan mental yang saya perolehi itu datang... bagaimana saya
mampu mengatasi rasa malas disaat saya down sebab orang buat macam2 kat
saya... sebenarnya ialah kerana saya selalu didampingi oleh orang2 yang positif.
Ketua pusat islam .. Ustaz Ridzwan kalau tak silap yang juga adalah setiausaha
ABIM Malaysia masa tu adalah mentor saya .. sampaikan makan malam,
sarapan pagipun selalu dengan dia... En. Saiun Sabtu sekarang ni pegawai khas
timbalan Naib Chanselor juga naik motor dengan saya hampir setiap hari masa
kat universiti.... Abang Hamid.. despatch kat fakulti .. orang miskin ada anak
ramai tetapi dekat dengan Tuhan.. sentiasa jaga solat... adalah tempat saya
mengadu bila ada masalah... orang2 yang positif ini adalah sumber bagaimana
seseorang individu itu boleh mengatasi rasa malas mereka ...

Sekarang bila dah bekerja saya dikelilingi oleh ramai orang2 yang hebat2. Saya
call mereka ataupun jumpa mereka walaupun saya penat setiap kali saya ke KL
atau lalu di kawasan mereka. Saya singgah umah mereka, dekati keluarga
mereka, saya berkawan dengan hati yan tulus ikhlas dengan mereka...Ianya
sekadar memberikan kita motivasi, membentuk minda yang positif, rasa bangga
dengan kejayaan orang lain dan berusaha memajukan diri, rasa kurangnya
usaha kita jauhnya kita dengan Tuhan, rasa tak bersedianya kita nak mati, rasa
perlunya kita sambung dan sambung belajar.. kita akhirnya TAK JADI MALAS.
SENTIASA RAJIN...

Thanks to Latfy (The IT Genius - bespoke technologies)


Thanks to Che Din (Petronas Engineer Paka)
Thanks to Judin (Petronas Engineer Paka)
Thanks to Azhar Satar (HOD Enviromental Petronas Engineer Melaka)
Thanks to Padil (Non Destructive Testing Specialist)
Thanks to Mat bie / Hamzavi (Jutawan MAAKL JB)T
Thanks to Mat Jue (Jutawan IT Crystal Timur KB)

Thanks to my Father (Vision Scientist acting Rubber Tapper specialist)


Thanks to my mom (Domectic Engineer and Informal Education Specialist)
Thanks to..Thanks to...Many more .. tak tertulis banyak sangat...
Thanks to everybody yang selalu inspires me to achieve more .. to demolish
SIFAT MALAS!!
PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Assalaamualaikum...
Pagi tadi bangun awal terus bersiap untuk ke dewan Sekolah Menengah Teknik
Manjung. Program SMK Manjung buat di dewan SMT Manjung. Ini dah tahun ke
3 bersama mereka. Alhamdulillah dapat tahu tahun lepas SMK Manjung punya
result exam bagus sangat. SPM ada 2 orang dapat 10A tak pernah berlaku
sebelum ni. Tahniah untuk adik2 abang semua. Semoga semuanya terus jadi
hebat...
Lepas program petang tadi terus bertolak ke jeti Lumut nak ke Pangkor.
Perjalanan lebih kurang 45 minit. Sampai Pangkor terus ke Coral Bay Hotel. Stay
kat sana. Sekarang kat Coral bay ... malam ni nak share sikit tentang beberapa
tips lagi bagi menghadapi peperiksaan.

MENGATASI PELBAGAI SOALAN DAN KEBIMBANGAN

Saya tidak tahu dimana patut bermula.

Jangan panik. Senaraikan semua perkara yang perlu anda lakukan. Agih-
agihkan tugasan anda kepada bahagian yang lebih kecil dan mudah
dilaksanakan. Tentukan keutamaan tugasan, yang utama didahulukan. Rancang
masa untuk menyelesaikan setiap tugasan ini sebaik-baiknya. Jangan sesekali
ponteng kelas ketika hampir dengan peperiksaan. Anda mungkin tertinggal
ulangkaji dan tip-tip penting yang dibincangkan oleh guru atau pensyarah.
Gunakan masa-masa rehat yang ada untuk mengimbas kembali apa yang telah
dipelajari. Berikan masa bukan sahaja untuk belajar tetapi juga untuk merancang
strategi pembelajaran anda. Jangan terburu-buru, mulakan belajar anda dengan
topik yang senang dahulu. Mulakan 30 minit – 1 jam dahulu. Semakin lama,
terutamanya apabila semakin hampir dengan peperiksaan, tingkatkan waktu
belajar anda.

Terlalu banyak untuk dibaca sedangkan peperiksaan semakin hampir.

Buat tinjauan. Berikan masa untuk anda membuat tinjauan keseluruhan topik.
Kenalpasti topik-topik penting. Fahami konsep-konsep penting. Pastikan topik
yang anda maih belum faham. Mulakan belajar topik yang penting-penting
dahulu. Mana-mana topik yang kurang penting, dan tidak sempat diulangkaji
sepenuhnya, fokus hanya kepada fakta-fakta utama. Tetapi ingat, tinjauan hanya
boleh membantu sekiranya anda benar-benar sudah tidak punya masa. Kalau
anda masih sempat membacanya, maka bacalah dengan terperinci.

Subjek ini cukup membosankan. Anda rasa jemu dan mengantuk apabila
membacanya.
Belajar secara aktif bukannya pasif. Gunakan kaedah membaca yang berkesan.
Dapatkan soalan-soalan berkaitan dengan topik yang dipelajari sebelum
memulakan ulangkaji. Pelbagaikan aktiviti ketika belajar. Selang-selikan diantara
aktiviti membaca dengan menulis nota, melakar peta minda (atau peta konsep),
menghafal, menggaris kata kunci dan menjawab soalan-soalan. Libatkan diri
anda sebanyak mungkin dengan apa yang sedang dibaca. Tukarkan apa yang
dibaca kepada gambaran minda. Belajar bersama rakan yang lebih arif tentang
subjek tersebut dan bincangkan.

Anda baca dan anda faham, tetapi anda tidak mampu mengingatinya.

Cuba kaitkan apa yang sedang anda pelajari dengan apa yang telah aanda
ketahui. Gunakan beberapa pendekatan untuk mengingat seperti:

Hafal kata kunci, bukannya hafal ayat.


Gunakan Teknik Ceraian.
Gunakan Teknik Mnemonik.
Tuliskan fakta-fakta penting pada kad dan bawanya bersama anda kemana
sahaja. Kerapkan buat imbasan terhadap kad- kad ini.

Anda rasa anda faham apa yang dibaca. Anda rasa anda telah mengingatinya.

Jangan cepat merasa puas hati dengan apa yang anda usahakan. Uji ingatan
dan pengetahuan anda. Jawab soalan-soalan dari buku atau dari peperiksaan
tahun-tahun sebelumnya. Bina soalan-soalan berdasarkan tujuh soalan asas
iaitu Apa? Siapa? Bila? Dimana? Berapa? Kenapa? Bagaimana? Misalnya,
kalau anda sedang membaca sejarah Melaka diserang Portugis, tanyakan
soalan-soalan seperti:

Bila Melaka diserang?


Kenapa Melaka diserang?
Siapa yang menyerang?
Bagaimana Melaka diserang?

Terlalu banyak untuk dihafal dan diingat.

Penyusunan maklumat. Maklumat dan fakta-fakta dapat dikeluarkan dengan


lebih baik sekiranya ia dibaca, dihafal dan disimpan dalam bentuk yang
sistematik. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh anda guna untuk
menyusun maklumat atau fakta ini, antaranya ialah:
1. Tuliskan rangka setiap bab yang dibaca atau ringkasan tentangnya.
Perhatikan perkaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam
tajuk tersebut.
2.
Cuba kumpulkan maklumat kepada beberapa kategori berdasarkan persamaan
yang ada.
3.
Cuba bahagikan kepada hieraki (sekiranya ini boleh dilakukan).
4.
Pemetaan maklumat. Cuba lakarkan peta konsep bagi menyusun bahan-bahan
yang ada perkaitan. Misalnya kalau anda sedang membaca sejarah tentang
perang dunia kedua, anda mungkin boleh buatkan satu carta tentang semua
negara yang terlibat. Kemudian senarai isu penting atau peristiwa penting
disebelah carta tersebut. Anda mungkin kaitkan kembali isu/perkara penting ini
dengan negara-negara tersebut berdasarkan kepentingan dan kesan ke atas
mereka

Tadi anda masih ingat tetapi kenapa kini anda lupa?

Sering buat imbasan. Kajian menunjukkan bahawa sebagai manusia normal


anda akan lupa 80% apa yang telah dibaca hanya dalam masa 24 jam. Oleh itu
anda perlu merancang satu strategi agar anda mampu mengatasi kelemahan ini.

Pastikan setiap apa yang anda baca telah diringkaskan. Jadikan fakta seringkas
mungkin dengan syarat apabila anda melihat fakta tersebut anda mampu
menceritakan semula apa yang mahu disampaikan olehnya. Ada ketikanya fakta
yang panjang sekalipun mampu anda ringkaskan menjadi dua atau tiga patah
perkataan. Selepas 24 jam, cuba lihat nota ringkas anda ini. Cuba ceritakan
semula apa yang anda fahami. Sekiranya anda mampu menceritakannya,
bermakna anda sudah mampu memanggil semula maklumat tersebut. Sekiranya
tidak, semak semula sekali imbas teks asal. Berikan masa menjawab soalan-
soalan berkaitan dengannya bagi mengukuhkan lagi ingatan anda. Semak
semula apa yang dibaca dari semasa ke semasa. Dengan cara ini anda tidak
perlu bersusah payah membaca teks asal kembali sewaktu hampir dengan
peperiksaan.

Anda suka belajar disaat-saat akhir.

Ramai pelajar yang berpendapat lebih baik belajar disaat-saat akhir, sebab kalau
belajar awal pun nanti lupa juga. Pendapat di atas adalah tidak benar. Anda
perlu belajar seawal mungkin bagi mengenal pasti kelemahan dalam sesuatu
bab. Dengan belajar awal juga anda punya banyak masa untuk bertanya pada
guru dan rakan-rakan. Salah satu rahsia belajar ialah kekerapan. Lagi kerap
sesuatu bahan itu diulangbaca maka lagi besar potensi untuk anda memahami
dan mengingatinya. Oleh itu, mulakan langkah anda sekarang. Mulakan sedikit
dahulu. Mulakan dengan yang mudah-mudah dahulu dan apabila minat dan
semangat mula berputik, barulah lakukan dengan lebih bersungguh-sungguh.

BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN

Ramai pelajar yang rajin belajar tetapi tidak memperolehi keputusan yang
setimpal dengan usaha mereka. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka tidak
belajar dengan pendekatan untuk cemerlang dalam peperiksaan. Mereka tidak
merancang jadual belajar dan masa mereka dengan betul. Artikel ini akan
membincangkan apa yang perlu anda lakukan mulai sekarang
hinggalah ke dewan peperiksaan bagi memastikan anda lakuka yang terbaik.

Bersedia untuk belajar

Peperiksaan semakin hampir. Anda perlu melakukan persediaan bagi


memastikan anda mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lenih tinggi
sama ada di kolej ataupun universiti.

Sekiranya anda memang telah belajar dari awal, pastinya tidak banyak yang
perlu dirisaukan. Tetapi bagaimana pula sekiranya anda baru mahu bersungguh-
sungguh mengulangkaji. Lebih-lebih lagi sekiranya anda bakal menduduki SPM.
Kepada pelajar SPM saya nasihatkan agar memberikan tumpuan kepada
matapelajaran penting. Iaitu matapelajaran yang membawa anda ke menara
gading. Matapelajaran ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan
dua matapelajaran elektif (Fizik, Kimia, Biologi, Prinsip Akaun, Ekonomi, Sains
Tambahan, Matematik Tambahan, Kejuruteraan). Sekiranya anda mendapat
markah yang baik dalam kelompok mata pelajaran ini maka peluang anda untuk
ke universiti adalah cerah.

Namun begitu, sekiranya anda mampu, hendaklah anda dapatkan markah yang
terbaik bagi semua mata pelajaran. Sebab persaingan ke universiti kini semakin
sengit. Mereka yang berjaya biasanya memiliki pencapaian yang baik dalam
semua mata pelajaran.

Buatkan jadual belajar untuk peperiksaan

Jangan panik. Itu adalah pesan saya yang paling utama. Walaupun anda
rasakan banyak yang perlu difahami dan diingati, jangan sekali-kali anda panik.
Sekiranya anda panik, anda akan mengundang lebih banyak masalah
berbanding penyelesaian. Tidak ada masalah tanya penyelesaian.
Mula menyemak semua buku-buku yang ada termasuk nota sekolah, buku teks,
buku rujukan, soalan-soalan ramalan dan soalan-soalan tahun lepas. Pastikan
semuanya lengkap dan dalam keadaan baik.

Langkah pertama kenal pasti bab-bab yang susah dan belum anda kuasai untuk
semua mata pelajaran. Senaraikan bab-bab ini. Senaraikan juga bab-bab yang
telah anda kuasai dengan baik.

Langkah kedua buatkan analisa soalan-soalan sejak 5 tahun yang lepas. Lihat
bab-bab yang sering keluar soalan darinya. Bab-bab ini merupakan bab-bab
penting yang tidak boleh tidak mesti anda kuasai dengan baik.

Buatkan jadual perancangan belajar anda. Agihkan tajuk-tajuk dari sekarang


hinggalah seminggu sebelum peperiksaan. Jangan diganggu minggu terakhir
sebelum peperiksaan sebab minggu terakhir ini adalah untuk anda lakukan
semakan terakhir nanti. Mana-mana bab yang penting, mulakan ulangkajinya
dahulu. Lagi awal anda mengulangkaji bab-bab ini lagi cepat anda
mengenalpasti dan seterusnya mengatasi setiap masalah. Sekiranya anda
terpaksa menghabiskan 4 bab seminggu maka habiskanlah. Anda mungkin
terpaksa belajar 5 - 8 jam sehari untuk mengulangkaji semua matapelajaran.
Oleh itu anda perlu berkorban demi masa depan. Anda mungkin belajar 1 jam di
waktu pagi, 2 jam pada tengahari, 1 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu
malam. Ini menjadikan masa belajar anda 7 jam sehari.

Mengingati Tajuk

Ramai pelajar tidak menyedari hakikat penting ini. Kalau anda mampu
mengingati apa tajuk-tajuk yang terkandung dalam sesuatu matapelajaran maka
anda mempunyai gambaran yang jelas tentang apa yang anda pelajari.

Buatkan Nota

Anda hanya perlu mempelajari sekali sahaja setiap tajuk. Pastikan dengan usaha
yang sekali ini anda mampu memahaminya. Ramai pelajar yang mengulang
baca sesuatu tajuk beberapa kali dan kemudiannya lupa. Cara belajar begini
bukan sahaja menjemukan malah merugikan masa anda, sedangkan
peperiksaan semakin hampir.

Setelah anda memahami apa yang dibaca, buatkanlah nota-nota ringkas. Yang
terbaik ialah anda ringkaskannya mengikut apa yang anda fahami. Bandingkan
nota anda dengan teks asal bagi memastikan fahaman anda betul dan tidak ada
fakta penting yang tertinggal.
Ringkaskan setiap fakta menjadi lebih pendek bagi memudahkan anda
mengingatinya. Kenalpasti kata kunci dalam setiap fakta. Buatkan senarai kata
kunci dan hafal. Lakarkan peta minda atau peta konsep berdasarkan tajuk-tajuk
dan kata kunci yang ada. Pastikan apabila anda mengingati kata kunci, maka
anda mampu mengingati keseluruhan fakta yang berkaitan dengannya.

Latih diri anda untuk peperiksaan

Anda perlu melatih diri anda untuk peperiksaan. Tanpa latihan anda tidak
mungkin dapat memberikan hasil yang terbaik. Minda anda juga seperti otot-otot
fizikal anda yang lain. Ia perlu dilatih secara intensif bagi mencapai sesuatu
hajat. Mereka yang mahu cemerlang dalam 'bowling' perlu melakukan latihan
berterusan bagi meningkatkan kemahiran ber'bowling'. Begitu juga dengan
peperiksaan. Anda perlu melatih diri anda bagi tujuan cemerlang dalam
peperiksaan.
Syarat-syarat latihan peperiksaan ialah:

1.Latih mengeluarkan maklumat dengan banyak, cepat dan tepat.


2.Latih dalam tempoh masa yang tertentu.
3.Anggapkan setiap latihan seperti peperiksaan sebenar.
4.Latih menjawab mengikut strategi menjawab soalan yang
berkesan.

1. Latih mengeluarkan maklumat

Maklumat yang dibaca mestilah mampu dikeluarkan semula. Oleh itu anda perlu
sentiasa melatih diri anda untuk mengeluarkan maklumat yang telah dipelajari.
Perbanyakkan latihan-latihan seperti:

Menjawab soalan-soalan;
Menceritakan semula apa yang telah dipelajari;
Melakarkan kembali dalam bentuk peta konsep / minda;
Mengadakan perbincangan dengan rakan;
Menyediakan kad imbasan kecil.
Menggambarcarakan apa yang telah dipelajari.
Sekiranya anda pelajar SPM atau STPM, cuba hasilkan model jawapan soalan
esei berdasarkan soalan-soalan yang ada. Cuba pecahkan fakta-fakta penting
dalam bentuk peta minda/konsep. Ini memudahkan anda mengingati isi-isinya
dalam peperiksaan sebenar kelak.

2. Hadkan masa menjawab

Pastikan anda menjawab dalam had masa yang ditetapkan. Peperiksaan bukan
sahaja memerlukan anda mengetahui banyak fakta, tetapi anda perlu
mengeluarkan fakta-fakta yang berkaitan dalam masa yang telah ditetapkan.
Oleh itu anda perlu pantas dan kepantasan hanya boleh dibina melalui latihan
yang berterusan.

Oleh itu anda perlu kerap menjalankan latihan ujian. Iaitu menjawab soalan-
soalan dalam had masa seperti dalam peperiksaan.

3. Anggap seperti peperiksaan sebenar

Pastikan anda bebas dari gangguan, tidak melengahkan masa, tumpuan yang
tinggi dan rasakan seolah-olah tekanan peperiksaan yang sebenar. Elakkan dari
meniru sepanjang menjalani latihan ujian. Gunakan strategi menjawab soalan
(lihat di bawah). Ingat masa berjalan, oleh itu jangan sekali-kali biarkan fikiran
anda melayang. Sekiranya soalan itu susah, maka berikanlah jawapan yang
terbaik. Anda perlu belajar mengenali gerak hati anda sebab anda
memerlukannya dalam peperiksaan yang sebenar nanti.

4. Strategi menjawab soalan

Untuk mendapatkan markah yang tinggi dan mengelak dari berlakunya kecuaian,
anda memerlukan strategi menjawab soalan yang berkesan.

Langkah-langkah berikut dapat membantu:

1.Baca arahan terlebih dahulu.


2.Baca arahan terlebih dahulu.
3.Kenal pasti dan garis kata kunci kepada soalan.
4.Jawab soalan mengikut turutan berikut:

Jawab soalan BONUS - Iaitu soalan yang anda pasti jawapannya betul. Ia
mungkin soalan yang telah anda ramal, atau yang pernah anda latih
sebelumnya.

Jawab soalan yang senang - Iaitu soalan yang mampu anda jawab hanya
dengan satu kali cubaan.

Jawab soalan-soalan yang susah - iaitu soalan yang memerlukan masa yang
panjang atau soalan yang anda memang tidak tahu jawapannya.

Semak - Pastikan semua soalan dijawab; Untuk soalan objektif, pastikan


tandanya betul.

Ulang jawab - Kalau masih ada masa, ulang jawab soalan bonus dan senang.
Ingat! soalan inilah yang anda pasti lakukan kecuaian oleh itu semak dengan
tujuan mencari kesilapan tersebut. Bukannya menyemak dengan tujuan
berpuashati dengan jawapan. Langkah terakhir barulah ulang jawab soalan-
soalan susah. Itu pun sekiranya masa masih mengizinkan.

Mencari sebab (post-mortem)

Anda perlu menkaji kelemahan diri anda setiap kali selesai menjawab soalan-
soalan. Setelah anda selesai membuat latiha ujian. Semak setiap jawapan yang
dibuat. Sekiranya jawapan anda salah maka lakukan 'post-mortem', iaitu proses
mencari sebab. Setiap kesilapan ada sebab-sebabnya dan ini merupakan
masalah utama yang perlu anda atasi. Antara sebab-sebab kesalahan berlaku
ialah:
Tidak tahu (tidak baca) - Ini bermakna persediaan diri anda kurang. Maka
berikan masa membaca tajuk-tajuk tersebut.

Tidak faham - Anda baca tetapi tidak faham. Tanyakan padaguru atau rakan.
Lupa - Ini disebabkan anda kurang mengulangi apa yang telah dipelajari.
Cuai - Pastikan anda mengikuti langkah-langkah dalam Strategi Menjawab
Soalan di atas.
Keliru - Tanyakan pada guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan anda.
Minta penjelasan dari guru sebelum hari peperiksaan agar kesilapan yang sama
tidak diulangi.

Jangan buang masa

Dalam suasana peperiksaan semakin hampir anda perlu gunakan setiap masa
yang terluang untuk mengulangkaji. Sekirannya masa yang terluang tidak sesuai
untuk anda membaca dan menghafal, maka gunakan masa tersebut untuk anda
melatih mengeluarkan maklumat. Ceritakan apa yang telah anda pelajari kepada
diri anda sendiri. Lakarkan apa yang anda ketahui pada sehelai kertas. Aktiviti
sebegini mengukuhkan lagi ingatan anda dan memudahkan pengaliran keluar
maklumat ketika dalam peperiksaan kelak.

Bagi mengelakkan rasa jemu belajar, pelbagaikan aktiviti dalam satu-satu sessi
mengulangkaji.
TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN
PENDAHULUAN

Peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM memerlukan


persedian lebih daripada sekadar membaca semata-mata.Tanpa persediaan
yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal
dengan usahanya. Anda tidak perlu takut dengan peperiksaan. Sebab sama ada
anda bersedia atau tidak, masa untuk berhadapan dengannya tetap akan tiba.
Oleh itu lebih baik anda fokuskan kepada persediaan anda untuk berjuang.
Untuk cemerlang dalam peperiksaan pelajar perlu bersedia dari segala aspek,
bukan setakat membaca dan mengulangkaji semata-mata. Persediaan yang rapi
memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka.

Artikel yang ditulis ini tidak mengajar subjek-subjek yang tertentu. Pelajar perlu
merujuk kepada guru kelas masing-masing tentang keTEPATan dalam
menjawab setiap soalan. Artikel di Laman-MAP ini bertujuan untuk memberikan
gambaran yang jelas tentang persediaan-persedian seperti fizikal, mental, emosi
dan ruhani. Harapan saya, ia akan membolehkan pelajar melangkah ke dewan
peperiksaan dengan mengatakan ........

"AKU BOLEH BERJAYA". Melangkah dengan fikiran yang positif.

1. PERSEDIAAN FIZIKAL

KESIHATAN

Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika
membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan
kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan.
Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa
bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan
ini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perkara yang
berikut:

Tidur yang cukup.

Tidur yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan
anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga
tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur
yang optimum ini dari sekarang.

Jaga pemakanan.
Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik
yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan
sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat),
rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan
kemudaratan). Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan
makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menghitamkan dan
menggelapkan hati mereka.

Riadah.

Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain


hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji
pelajaran. Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali
seminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh.
Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan
sebagainya. Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yanganda minati ini setelah
tamat peperiksaan penting nanti.

KESELAMATAN

Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari
aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan. Elakkan diri dari
sebarang kecederaan. Anda past tidak mahu mengambil peperiksaan sewaktu
berad dalam wad di hospital. Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang,
tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada
pelbagai kemungkinan. Dalam musimmenjelangnya peperiksaan, lebihkan masa
anda untuk berada dirumah.

2.PERSEDIAAN MENTAL

Pelbagai Gambaran Negatif

Kerapkali masalah yang dihadapi oleh pelajar apabila hampir dengan


peperiksaan ialah takutkan kegagalan. Walau pun anda telah berusaha
bersungguh-sungguh namun perasaan takutkan kegagalan ini sering
mengganggu fikiran. Antara keadaan yang menekan diri pelajar ialah:

a) Menyerah kalah sebelum berjuang

Ini disebabkan kerana mereka rasakan yang mereka tidak punya harapan lagi.
Mereka rasakan buat apa belajar kalau dah tahu hasilnya nanti ialah kegagalan.
Mereka percaya yang mereka akan gagal dalam peperiksaan berdasarkan
kepada keputusan peperiksaan atau ujian-ujian sebelum ini. Mereka cuba
membaca teta dengan keyakinan bahawa tidak mungkin mereka mampu
memahami dan mengingati setiap fakta yang dibaca.

b) Merasa belum bersedia

Keadaan yang kedua pula berlaku kepada mereka yang sememangnya belajar.
Mereka rasakan yang diri belum cukup bersedia. Mereka sentiasa fikirkan apa
akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan terjadi kalau apa yang
dibaca kelak lupa? Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan yang kurang
berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik? Semua ini bermain
difikiran.

c) Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi

Tidak ada ibu bapa yang tidak mengharapkan kejayaan anak-anak. Ada
ketikanya pula ibu bapa berulangkali menyatakan harapan mereka kepada anak-
anak tanpa memikirkan kemampuan sebenar diri anak. Harapan yang terlalu
tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakan
mengganggu fikiran mereka. Kepada ibu bapa, saya sarankan agar dorong
anak-anak berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan
masing-masing. Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang anda mahukan ialah
anak-anak melakukan yang terbaik dan sungguh-sungguh. Anda redha walau
apa sekalipun keputusannya kelak. Ini akan mengurangkan tekanan atas diri
anak-anak.

c) Berfikiran Positif

Bagi mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah berfikiran
positif. Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa
pula hasil yang anda harapkan. Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang
bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang kalau-kalau anda tidak menggunakan
sisa-sisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya.

Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai


rintangan dan halangan. Ini akan melemahkan semangat anda. Ia juga
membuatkan anda meragu kebolehan diri anda.

Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti:

"Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung".

"Something is better than nothing"


Lakukan "Latihan Minda" setiap hari.

"If you can't see it, you can't have it".


Kata-kata di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu
maka gambaran kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran.
Sebelum anda mampu mendapat 8A dalam PMR, maka 8A itu mesti terlebih
dahulu ada dalam pemikiran. Ia ibarat menghasilkan sebuah lukisan, anda tidak
akan melakar sesuatu yang anda tidak gambarkan. Lakaran anda berasaskan
kepada apa yang anda nampak dalam mata minda. Begitulah juga dengan
kehidupan ini. Anda tidak akan menhasilkan sesuatu yang anda tidak
gambarkan. Oleh itu, gambarkanlah kejayaan dan anda pasti akan terdorong
untuk merealisasikan apa yang digambarkan itu. Makin jelas gambaran yang
ada, makin tinggilah kesungguhan anda untuk merealisasikannya.

Untuk membantu anda menggambar dengan baik, anda perlu membuat latihan
minda seperti dibawah.

1.Duduk dikerusi anda dengan selesa. Tangan diletakkan diatas peha. Badan
tidak bersandar. Tenangkan fikiran dan kendurkan setiap otot, sendi, uratsaraf
dan pejamkan mata anda.

2.Tarik nafas beberapa kali dalam-dalam. Tarik melalui hidung dan hembuskan
melalui mulut. Ketika nafas ditarik, gambarkan yang anda menyedut keyakinan
diri. Ketika nafas dibuang, gambarkan yang anda membuang segala ketakutan
dan kebimbangan.

3.Saya percaya anda pernah capai kejayaan sebelum ini, sama ada kecil atau
besar. Saya mahu anda kembali kepada peristiwa kejayaan itu. Kejayaan itu
mungkin berkaitan dengan pelajaran, sukan, debat dan sebagainya. Pilih satu
yang paling bermakna kepada anda. Dimana iaberlaku? Apa yang berlaku? Apa
yang anda dapat lihat? Suara apa yang anda dengar? Kalau ada tepukat, dengar
tepukan gemuruh ketika itu. Kalau ada puji-pujian dengarkan duara siapa yang
memuji itu. Gambarkannya secara jelas mengikut kemampuan anda. Dengar
suara yang ada dengan jelas. Rasakan apa perasaan anda ketika itu. Rasakan
keseronokan anda pernah dipuji. Rasakan kebanggaan anda sebagai orang
yang berjaya ketika itu. Hadirkan perasaan itu kembali.

4.Apabila perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit kedua-dua
peha anda dengan tangan. Biar terasa sedikit sakit. Buka mata anda, dan pejam
kembali. Ulang langkah 2 - 4 beberapa kali.

5.Kini pejamkan mata, gambarkan anda melangkah masuk ke dewan


peperiksaan. Gambarkan anda duduk dikerusi dan diatas meja tersedia kertas
soalan. Rasakan ketenangan dalam dewan. Gambarkan kini anda membelek-
belek kertas soalan dan anda dapati semua apa yang anda baca keluar.
Rasakan kegembiraan itu. Gambarkan bagaimana anda menjawab setiap soalan
satu persatu dengan penuh keyakinan. Ide keluar mencurah-curah. Gambarkan
8A dalam PMR (Gred 1 untuk SPM). Ketika ini sekali lagi cubit kedua-dua peha
anda seperti yang telah anda lakukan dalam langkah 4 tadi.
6.Buka mata anda, ulangi langkah 5 beberapa kali.

7.Buatkan latihan minda ini 10 - 15 minit setiap hari. Sekiranya anda lakukan
latihan ini sungguh-sungguh setiap hari, anda dapat mengawal perasaan takut
anda ketika berada didewan peperiksaan dengan menarik nafas dan mencubit
kedua-dua peha.

Kejayaan latihan minda di atas banyak bergantung kepada kesungguhan anda


melatih diri, kekerapan latihan dan tumpuan anda.

3) PERSEDIAAN EMOSI

Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelak diri dari


sebarang bentuk gangguan emosi. Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan:

Pertengkaran dengan rakan-rakan;

Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;

Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat peperiksaan;


Bersikap terlalu yakin - "overconfident";
Berprasangka buruk terhadap orang lain;

Ramai pelajar bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu yang berlaku


terhadap mereka. Tindakbalas spontan ini menjadi tabiat semulajadi mereka.
Apa perasaan anda kalau raka membohongi anda? Anda mungkin serta-merta
menjadi marah. Apa berlaku kalau rakan memulau dan mengejek anda? Anda
mungkin rasa tersinggung dan kecil hati. Kalaulah begini tindakbalas spontan
anda, apa akan berlaku dengan persediaan peperiksaan anda? Anda pasti tidak
mampu memberikan tumpuan untuk mengulangkaji. Ada ketikanya luka dihati
berkekalan berhari-hari.

Kenapa tidak selepas ini kawal emosi anda. Jangan izinkan sesiapa melukai hati
anda. Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka boleh berbohong dan
sebagainya. Mereka ada suara, biarkanlah mereka. Anda cuma pekakkan
telinga. Banyakkan bersikap sabar. Teruskan sahaja kerja anda. Kekalkan
matlamat peperiksaan anda. Apabila anda berjaya satu hari nanti, rakan-rakan
akan mula menghormati anda.

Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau


paradigma andalah yang mencetuskan emosi. Kita boleh melihat setiap perkara
yang berlaku terhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau negatif. Mulai
hari ini ambillah dari sudut yang positif. Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah
ujian Allah dan ada hikmah sekiranya anda bersabar. Dengan cara ini anda
mampu membenteng emosi anda.

4) PERSEDIAAN ROHANI

Selain dari persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu.
Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu melakukan
usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah lah yang menentukannya.
Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu disaat-saat menghadapi peperiksaan,
oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini.

Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:

1.Sentiasa bermunajat kepada Allah. Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah
campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan.
Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.

2.Minta restu kedua ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anakny sangat makbul. Jadi
mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda.

3.Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Hati yang banyak berzikir akan
memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila anda sering membaca
al-quran. Alla telah berfirman dalam surah ar-Ra'ad, ayat 36, yang
mafhumnya "Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah
semua hati".

4.Jauhi maksiat. Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar. Mereka
yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga
tidak diberkati Allah.

5.Banyakkan berdoa. Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.


TAMAT

DISUSUN OLEH : mohd asrol – Golden Minds Solutions

Anda mungkin juga menyukai