Anda di halaman 1dari 4

Hireraki Keperluan Maslow

Baiklah hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu kaunseling berkaitan
hireraki keperluan Maslow..
Sebenarnya saya ingin berkongsi TIPS menjawab soalan pengajian Am STPM,
namun buku-buku semua ada di kampung, saya takut jika ada part terlupa ia
akan menjejaskan fakta. Maka saya kongsikan sedikit tips ini supaya ia
membolehkan anda membuat pilihan dalam hidup.

Teori Hireraiki Maslow, bermula dari bawah

Pak Cik Maslow

Konsep ini telah diperkenalkan oleh Abraham Maslow berdasarkan hireraki


keperluan manusia. Hireraki keperluan ini bukanlah sesuatu yang statik
tetapi sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan. Menurut Maslow manusia
sering bermasalah apabila dia melompat pada satu tahap sebelum
waktunya. Pada mulanya, anda baca kata-kata ini mungkin anda rasa ini
ialah teori barat sahaja, tapi saya akan cuba huraikan untuk anda faham apa
yang dikatakan oleh Maslow mengikut pemahaman saya...

Baiklah, lihat pada carta diatas, keperluan paling utama ialah dibahagian
bawah iaitu keperluan asas. Keperluan asas ini paling utama dalam hidup.
Percaya atau tidak kita tidak akan berganjak ke keperluan lain sebelum kita
memenuhi keperluan ini. Antara keperluan ini ialah makan, minum, buang
air, bernafas dan perkara yang wajib ada untuk seseorang terus hidup.
Contoh, jika anda sedang berbual dan rakan anda memuji anda. Tetapi pada
masa yang sama anda ingin 'membuang hajat", adakah anda kan duduk
mendengar pujian? atau terus ke bilik air? Kalau ya jawapannya..mungkin
selepas itu ada masalah nak bersihkan kawasan sekitar..hehe. Agak geli tapi
anda faham bukan?

Baby menangis nak sesuatu

Melangkah keperluan kedua berkaitan keselamatan merangkumi pakaian,


tempat tinggal dan perlindungan. Jika anda ada baby, atau adik masih baby..
Biasanya baby akan menangis bila lapar. Ini menunjukkan pada ketika itu
keperluan utama ialah keperluan asas iaitu makanan. Namun, bila sudah
makan, katakan lah jiran anda dukungnya. Dia menangis.. Itu menunjukkan
rasa keselamatan itu tiada padanya kerana dia tak kenal orang lain selain
ibunya. Bayi sendiri dapat membuktikan keperluan ini ada.

Sweet Couple

Setelah lengkap, barulah kita melangkah ke tahap kasih sayang. Berkasih


sayang ini merangkumi keperluan asas manusia ingin disayangi dan
dipunyai. Jika merujuk pada teori pilihan ia dikenali sebagai salah satu
keperluan utama manusia iaitu love and belonging. Siapa yang tidak ingin
disayangi? tidak ada! Jika ada sekalipun hanya sekadar dibibir. Setiap dari
kita ingin sayang menyayang namun sering kali timbul isu sudah cukup ke

keperluan asas kita? Contoh, situasi pelajar bercinta di sekolah namun


dihalang keluarga kerana duitpun mak bapa bagi. Benar bukan? Tetapi saya
pulangkan pada anda. Jika anda rasakan anda sudah mampu memenuhi
keperluan asas tidak salah untuk anda meneruskan keperluan ini. Tetapi jika
anda belum mampu penuhi keperluan asas adakah ia wajar? Pilihan di
tangan anda. Saya mengangkat teori pilihan sebagai pegangan, percaya
anda lebih tahu apa yang terbaik untuk diri anda. Namun, waspada
kadangkala anda hanya akan sedar pilihan itu tepat atau tidak setelah
mengalami proses dalam kehidupan.

Nak hadiah ke? hehe

Kemudian barulah kita melangkah keperluan penghargaan diri. Siapa kata


kita tidak mahu dihargai? Semua manusia inginkan cuma ego kita yang
memendamkannya. Bila kita sudah di sayangi maka kita ingin dihargai.
Contoh, kita tahu rakan kita sayang akan kita. Kemudian dia memberikan
pula hadiah pada hari lahir kita! Apa perasaan kita pada masa itu? Sudah
pasti rasa amat dihargai. Bagaimana rasa dihargai ini wujud? Cukup mudah
dengan pujian yang ikhlas dan kadang kala dengan ucapan terima kasih
sahaja. Contoh, saya sendiri apabila orang bertanya pendapat, dan saya
lontarkan pendapat saya. Kemudian, orang yang bertanya katakan terima
kasih banyak-banyak.. Bagi saya sudah cukup dan rasa dihargai. Rasa
dihargai ini mudah, iaitu anda rasa kewujudan anda "bermakna". Bagaimana
dengan anda? anda juga pasti sedar ia dalam hidup anda.
Akhir sekali barulah kita ke tahap terakhir iaitu konsep Kesempurnaan
kendiri. Biasanya, kita akan mencapai tahap ini pada usia 40 tahun ke atas.
Ketika ini kita ada kerjaya yang membolehkan kita berbelanja untuk
keperluan asas, dah beli rumah untuk keselamatan kita, dah ada anak isteri
sebagai teman, ada pangkat dalam kerja (gaji stabil) barulah melangkah
mencari kesempurnaan. Biasanya orang "tua" akan berhajat menunaikan
Haji di Makkah. Ini juga boleh dikatakan sebagai kesempurnaan kendiri iaitu
sempurna menunaikan rukun Islam. Benar atau tidak? Insyallah kita semua
akan mengalaminya...

Berdasarkan huraian yang panjang berjela, saya harap anda faham hireraki
keperluan anda. Untuk membuat pilihan terserah pada anda kerana ada
lebih tahu keadaan diri anda. Jika kita bermasalah, cuba semak adakah kita
melangkah salah satu hireraki keperluan? Hidup di tangan anda, dan hidup
tidak memilih juga bermakna, anda telah "memilih" untuk tidak memilih.

Anda mungkin juga menyukai