Anda di halaman 1dari 8

KOLEJ SASTERA DAN SAINS

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KOD KURSUS
KURSUS
PRA SYARAT

1.0

:
:
:

SADN 1043
HUBUNGAN ETNIK
TIADA

SINOPSIS

Kursus ini akan membincangkan tentang konsep-konsep asas budaya dan hubungan etnik
yang wujud di Malaysia. Para pelajar juga akan didedahkan dengan konsep hubungan etnik
menurut perspektif agama. Melalui pembelajaran kursus ini, hasrat kerajaan untuk
mewujudkan masyarakat Malaysia menurut acuan Malaysia diharapkan akan mencapai
matlamatnya. Selain itu, kursus ini juga diharapkan mampu memberi kefahaman kepada
pelajar mengenai elemen global dan setempat dalam hubungan budaya dan etnik di peringkat
Malaysia.
2.0

OBJEKTIF KURSUS
Pada akhir kursus ini pelajar akan dapat:

3.0

2.1

Memahami konsep pluraliti budaya masyarakat dan kumpulan etnik.

2.2

Menjelaskan berkenaan permuafakatan sosial di Malaysia dan asas-asas


keharmonian hubungan etnik.

2.3

Menghuraikan asas-asas hubungan etnik dalam konteks agama.

PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini dikendalikan secara pembelajaran kendiri. Pelajar diberikan modul kursus sebagai
rujukan utama. Modul itu disertakan dengan beberapa soalan sebagai latihan. Pelajar juga
dikehendaki mendaftar di Massive Open Learning Course (MOOC Kesepaduan Sosial) dan
menjalankan aktiviti pembelajaran di situ. Di samping itu, pelajar dinasihat mendapatkan
bahan-bahan rujukan tambahan dan maklumat media massa bagi mengasah pemahaman.
Untuk itu, lima sesi perjumpaan antara pensyarah dengan pelajar ditetapkan, termasuklah
peperiksaan akhir. Pertemuan ini lebih kepada sesi perkuliahan dan perbincangan. Maka
pelajar dikehendaki membaca dan meneliti kandungan modul sebelum menghadiri setiap sesi
bagi memungkinkan pembelajaran yang lebih berkesan dilakukan.

4.0

PENILAIAN KURSUS
Penilaian akan dilakukan berdasarkan:
Tugasan individu
Peperiksaan pertengahan semester
Peperiksaan Akhir
Jumlah

:
:

30%
30%
40%
100%

Kesemua komponen ini akan diterangkan dengan lebih mendalam pada bahagian yang
seterusnya.
5.0

TUGASAN INDIVIDU

Pelajar akan diberikan satu tugasan individu yang membawa 30% markah. Tugasan ini perlu
dihantar dalam pertemuan KETIGA.
6.0

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

Peperiksaan pertengahan semester akan dijalankan dalam pertemuan ketiga.


Masa
diperuntukan ialah 1 1/2 jam. Soalan berupa gabungan soalan objektif dan soalan struktur.
Markah yang diperuntukan ialah 30%.
7.0

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Peperiksaan akhir akan diadakan pada pertemuan kelima (5). Tarikh, masa dan tempat yang
tepat akan dimaklumkan kelak. Peperiksaan ini adalah komprehensif iaitu merangkumi
keseluruhan modul. Masa yang diperuntukkan adalah 2 jam. Markah yang diperuntukan
ialah 40%.
8.0

RUJUKAN

Rujukan utama yang dicadangkan:


Shamsul Amri Baharuddin (Ed.). (2012). Modul Hubungan Etnik. Bangi: Institut Kajian
Etnik (KITA).
Ismail Yusoff et.al. (2012), Hubungan Etnik. Kuala Lumpur : Pearson (M) Sdn. Bhd.
A. Aziz Deraman. (2001). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Faaland J., Parkinson J., & Rais Saniman. (2003). Growth and ethnic inequality: Malaysias
new economic policy. (2nd ed.). Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Hashim Hj Musa. (2004). Pemerkasaan tamadun Melayu Malaysia: Menghadapi globalisasi
Barat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
2

Nazaruddin Hj. Mat Jali, et.al (2003). Malaysian studies, nationhood and citizenship.
Petaling Jaya: Pearson & Prentice Hall.
Rujukan sampingan yang dicadangkan:
Syed Hussien Ali (Ed).(1984): Kaum, kelas dan pembangunan di Malaysia, Persatuan Sains
Sosial Malaysia: Kuala Lumpur
Syed Mohamad Naquib Al-Attas. (1971). Islam dan sejarah kebudayaan Melayu. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wan Hashim Wan Teh. (1983). Race relations in Malaysia, Kuala: Lumpur: Heineman
Educational Books (Asia) Ltd.

9.0
BIL
1.

2.

KANDUNGAN KURSUS
TAJUK
KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
1.1 Manusia.
1.2 Ras.
1.3 Etnik
1.4 Masyarakat
1.5 Kebudayaan
1.6 Perubahan Budaya dan Hubungan Etnik

JAM

4
Pertemua
n
Pertama

KONSEP MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA


2.1 Apakah Masyarakat Majmuk?.
2.2 Ciri-ciri Masyarakat Majmuk?
2.3 Adakah Masyarakat Majmuk Punca Konflik?
2.4 Sejarah Masyarakat Plural Di Malaysia
2.5 Bentuk Masyarakat Plural Di Malaysia.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK


3.1 Makna dan kedudukan perlembagaan.
3.2 Islam dan Perlembagaan.
3.3 Keperluan Perlembagaan.
3.4 Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan.
3.5 Kandungan Perlembagaan Persekutuan
3.6 Unsur-unsur Tradisi Perlembagaan Persekutuan
3.7 Pindaan Perlembagaan Persekutuan

4
Pertemua
n
Kedua

4.

PEMBANGUNAN EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK


4.1 Konsep Pembangunan dan Modenisasi
4.2 Komponen Ekonomi: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian
4.3 Komponen Politik: Matlamat, Kaedah, Ukuran
Pencapaian.
4.4 Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik.
4.5 Sektor Perindustrian dan Pembentukan Negara Maju.

5.

PEMBANGUNAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK


5.1 Perkembangan Parti-parti Politik Menjelang Kemerdekaan
5.2 Parti Perikatan
5.3 Rusuhan Etnik.
5.4 Sejarah Politik di Sabah dan Sarawak.
5.5 Pendidikan untuk menyatukan pelbagai etnik
5.6 Rakyat Malaysia Baharu.
5.7 Ke Arah Pembentukan Bangsa Malaysia

6,

Serahan
Tugasan
Pertama

Pertemua
n Ketiga

CABARAN-CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA


6.1 Teori Hubungan Etnik.
6.2 Cabaran Hubungan Etnik.
6.3 Cabaran sosial
6.4 Cabaran politik
6.5 Cabaran ekonomi
6.6 Cabaran globalisasi

7.

8.

ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK


7.1 Hubungan etnik zaman awal Islam
7.2 Prinsip Islam dalam Hubungan Etnik
MASYARAKAT BERINTEGRASI DI MALAYSIA: ANTARA
CABARAN DAN HARAPAN
8.1 Mengapa perlunya masyarakat berintegrasi?
8.2 Takrif perpaduan dan integrasi
8.3 Kaedah pembentukan masyarakat berintegrasi di Malaysia
8.4 Pengalaman Malaysia membentuk masyarakat berintegrasi

Peperiksaan Akhir Semester

8.

JUMLAH

4
Pertemua
n
Keempat
Serahan
Tugasan
Kedua
Pertemua
n
Kelima
16
4

10.0

TUGASAN INDIVIDU

Setiap pelajar dikehendaki memilih salah satu daripada soalan berikut:


Bi
l
1
2

6
7

1
0
1
1
1
2
1
3

Tajuk
Bincangkan faktor-faktor sejarah yang mendorong kepada
pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia
Bincangkan perbezaan di antara etnik-etnik di Malaysia dari segi
agama dan bagaimanakah perbezaan ini menimbulkan konflik antara
etnik.
Bincangkan perbezaan di antara etnik-etnik di Malaysia dari segi
bahasa dan bagaimanakah perbezaan ini menimbulkan konflik
antara etnik.
Bincangkan perbezaan di antara etnik-etnik di Malaysia dari segi
adat resam dan bagaimanakah perbezaan ini menimbulkan konflik
antara etnik.
Bincangkan perbezaan di antara etnik dari segi makanan dan
pakaian dan bagaimanakah ia dapat mewujudkan perpaduan di
antara etnik
Bagaimanakah Perlembagaan Persekutuan dapat mewujudkan
perpaduan di dalam negara kita.
Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan di Malaysia
merupakan satu instrumen perpaduan antara etnik di Malaysia.
Bahaskan kenyataan ini.
Masalah jurang pencapaian ekonomi masyarakat bumiputera Melayu
dan bukan Bumiputera Melayu dilihat telah membawa kepada
tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Bahaskan kenyataan
tersebut.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) penting kepada pembentukan
masyarakat lebih seimbang serta memupuk perpaduan di kalangan
kaum. Bincangkan kenyataan ini.
Nyatakan pandangan Islam tentang masyarakat majmuk dan
bincangkan bagaimana ia dapat diaplikasikan di Malaysia
Rukun Negara berperanan memperkasakan perpaduan masyarakat
berbilang kaum demi memastikan agenda Negara tidak terbengkalai.
Bincangkan.
Antara cabaran besar yang dihadapi dalam proses mengukuhkan
perpaduan kaum ialah membina rakyat Malaysia yang mempunyai
personaliti unggul. Bincangkan
Huraikan maksud prejudis dan stereotaip. Berdasarkan kepada
pengalaman di Malaysia, bagaimanakah menimbulkan masalah
5

1
4
1
5
1
6
1
7
1
8
1
9
2
0

dalam hubungan etnik


Perpaduan dapat dipupuk melalui pendidikan. Bincangkan
kenyataan ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan Konsep 1Malaysia dan apakah
cabaran yang dihadapi oleh kerajaan dalam melaksanakan dasar ini.
Toleransi agama dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan
etnik di Malaysia. Bincangkan bagaimana ia dilaksanakan dalam
kalangan di Malaysia
Huraikan objektif dan kejayaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
dalam membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang harmonis dan
bersatu padu.
Penubuhan sekolah jenis kebangsaan boleh menganggu usaha
mewujudkan perpaduan di Malaysia. Bincangkan kenyataan ini.
Sejauh manakah proses asimilasi budaya berlaku di Malaysia dan
bagaimanakah proses ini dapat mewujudkan perpaduan dalam
kalangan etnik
Nyatakan amalan-amalan etnosentrik yang wujud di Malaysia dan
bagaimanakah ia menjejaskan perpaduan antara etnik.

PANDUAN TUGASAN INDIVIDU:


1.
2.

Kulit luar: mengandungi kod kursus, nama kursus, tajuk tugasan,


nama pensyarah, nama penuh dan no. matrik (ikutan urutan).
Kertas kerja mengandungi
i) Isi Kandungan
ii) Pengenalan
iii) Huraian Isi berdasarkan sub topik
iv) Penutup

3.

Kaitkan fokus dan sokong penghujahan dengan sumber rujukan berautoriti.

4.

Elakkan plagiarisme khasnya amalan copy and paste dari internet. Minimumkan
rujukan internet

5.

Kemukakan rujukan dalam perenggan dengan sistem APA

6.

Nyatakan sumber rujukan dengan jelas baik berupa buku (Nama Pengarang.
Tahun Terbitan. Tajuk Bahan. Edisi/Cetakan. Tempat Terbit. Penerbit), artikel,
vcd, dvd dan sebagainya. Minimum 3 buah rujukan akademik perlu dikemukakan
sebagai
sokongan kepada ulasan/pendapat anda

7.

Jumlah helaian antara 20-25 dengan font Times New Roman, bersaiz 12 dengan
double spacing di atas kertas A4. Jilidkan tugasan anda dengan kemas.
6

8.

Hantar tugasan anda pada pertemuan ketiga

9.

Contoh Cover:

The Eminent Management University

SADN 1043
HUBUNGAN ETNIK

PJJ UUM

TAJUK:

DISEDIAKAN UNTUK:

DISEDIAKAN OLEH :

TARIKH HANTAR :

Anda mungkin juga menyukai