Anda di halaman 1dari 22

2.

0 Pembentukan Insan Bermoral secara Terpimpin

2.1 Pengenalan

Moral membawa erti akhlak, budi pekerti, kelakuan, tabiat watak dan perangai. Menurut
Kamus Dewan edisi keempat, moral ialah ajaran atau pegangan bukan buruk baik sesuatu
perbuatan (kelakuan, akhlak, kewajipan dan lain-lain); yang berkaitan dengan apa yang
betul atau adil. Insan bermoral juga adalah lahir daripada amalan nilai murni berasaskan
kepada dimensi dan pegangan prinsip moralnya. Kekuatan untuk mengamal dan
mempertahankan prinsip moral yang selari dengan peraturan masyarakat menjadi faktor
utama dalam melahirkan insan bermoral. Ketekalan moral menguatkan pegangan “aku tetap
aku” walau dalam apa keadaan dan di mana seseorang itu berada.

Apakah itu peribadi?

Menurut kamus dewan edisi keempat,sahsiah merupakan perkataan Arab yang


membawa definisi keperibadian atau peribadi. Peribadi pula bererti manusia sebagai diri
sendiri, sifat-sifat (kelakuan, sikap) seseorang individu yang sudah sebati dengan diri sendiri
bagi membentuk watak dirinya sendiri. Maka, kenyataan ini dapat menggambarkan bahawa
seorang individu itu berbeza dengan individu yang lain. Sahsiah juga dapat menjelaskan
sistem tingkah laku seseorang iaitu bolehlah dikatakan bahawa perlakuan atau tingkah laku
itu dapat dilihat sebagai lebih kurang sama dari sehari ke sehari dan telah tertanam sejak
dari kecil dan menjadi rutin. Maka untuk mengubahnya mengambil masa dan memerlukan
pendekatan yang sangat efisien. Ibarat menarik rambut di dalam tepung. Rambutnya tidak
putus dan tepungnya tidak berselerak.

Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah atau peribadi merujuk kepada sistem tingkah laku
individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu
adalah lebihkurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul Majid dan Rahil (1995)
mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi dan perlakuan
manusia. Selain itu,sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu
secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat,
kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai.Allport (dalam Cloninger, 2008) menyatakan sahsiah
atau peribadi adalah organisasi dinamik sistempsikofizikal pada seseorang individu yang
menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus.Sahsiah manusia boleh diperhati,
dikenalpasti dan diperihalkan . Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan
pada diri manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif. Perubahan
yang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilaipositif yang murni.
Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku
dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju.

3.0 Kesabaran

3.1 Pengenalan

Sabar adalah kemampuan untuk bertahan ketika keadaan semakin sulit. Sabar adalah
kepabilitas seseorang untuk menghadapi kesulitan, tantangan, dan kendala dalam hidup
tanpa mengeluh dan pitus asa. Sabar adalah salah satu watak yang sangat penting untuk
membangun kehidupan yang positif. Sayangnya tidak semua orang mampu untuk bersabar.
Banyak diantara kita yang kehilangan kesabaran, contohnya ketika kita sedang
mengembangkan karir, ditimpa musibah, menghadapi kesulitan, menderita sakit, dan
kejadian- kejadian lainnya. Tidak sabar dapat mengakibatkan stres bahkan bias
mengakibatkan kerusakan fisik pada tubuh kita. Tidak sabar juga dapat merusak hubungan
dan kualitas hidup kita. Dalam membentuk peribadi pelajar, kesabaran memainkan peranan
yang sangat penting kerana kesabaran memberi hala tuju untuk sesuatu pencapaian atau
kejayaan para pelajar.

3.2 Kesan kesabaran

Bagai saya sabar berfungsi untuk mengeratkan silaturrahim antara insan. Contohnya
apabila kita berasa marah tentang sesuatu tetapi kita masih cuba bertenang agar tiada
perkara buruk berlaku. Semua orang sudah maklum bahawa marah mempunyai potensi
yang tinggi untuk menyebabkan kejadian buruk yang lain berlaku. Jika kita mengikut
perasaan marah yang meruap-ruap tersebut pastinya pelbagai kata kesat akan kita
hamburkan dan mungkin juga ada antara kita yang tercedera akibat tindakan yang diambil
ketika sedang marah. Namun, Allah telah menganugerahkan sifat sabar dalam diri setiap
umat manusia agar kita gunakan dengan sebaiknya. Selain itu, sikap toleransi juga dapat
dipupuk dengan adanya pengamalan sabar dalam kehidupan. kita ambil contoh yang paling
mudah. Apabila emak menyuruh pergi ke kedai untuk membeli sesuatu sedangkan kita
masih punyai kerja atau urusan yang harus diselesaikan. Ada di antara kita yang pasti
2
menolak atau ada juga yang mengikut kehendak emak tetapi sambil mengomel. Apabila
keadaan ini berlaku, kita perlulah memikirkan apa yang telah dilakukan oleh emak unutk
membesarkan kita. Emak tidak mengomel apabila berpenat lelah melahir dan menyusukan
kita. Emak juga tidak mengabaikan kita apabila kita menangis minta disuapkan nasi atai
ditukarkan lampin. Jadi mengapa kita harus bising-bising apabila disuruh emak melakukan
kerja yang begitu mudah sedangkan selama kita hidup telah banyak urusan yang emaka
terpaksa tangguhkan terlebih dahulu bagi melayan keranah kita. Di sinilah pentingnya sabar.

Seterusnya, sabar juga dapat mendekatkan diri mereka kepada pencipta iaitu Allah SWT
tau tuhan. Cuba kita lihat dalam konteks ibadah. Jika pelajar beragama islam diwajibkan
untuk bersolat lima waktu sehari semalam. Sesetengah orang berfikir bahawa solat amat
membebankan kerana mengganggu urusan mereka seharian. Ada juga yang bersolat
mengikut kemahuan, jika pada waktu tertentu dirasakan seperti ingin bersolat, maka mereka
akan bersolat. Jika tidak, terpaksalah tunggu hingga perasaan untuk bersolat timbul kembali.
Bagi saya, mereka inilah golongan yang tidak mengaplikasikan konsep sabar dalam
beribadah. Jika tidak, pasti ibadah tidak dirasakan sebagai bebanan malahan ia pasti
sentiasa ditunggu-tunggu kehadirannya. Dengan tekun dan sabar dalam beribadah, mereka
akan merperbaik hubungan mereka dengan Allah Taala. Bukankah orang yang tekun
beribadah amat disayangi oleh-Nya? Jika mereka tidak dapat melakukan ibadah sunat
sekalipun cukuplah sekadar mereka menjaga ibadah fardu. Apabila mereka sudah terbiasa
melakukan ibadah, pasti tiasa masalah lagi untuk mereka melakukan ibadah-ibadah sunat
yang lain. Sesungguhya Allah menyukai ibadah yang sedikit tetapi dilakukan dengan
berterusan dan untuk mememastikan agar ibadah mereka sentiasa berterusan dan diterima
Allah, marilah kita sama-sama bersabar dalam beribadah.

Kesan sabar juga dapat dilihat dalam konteks mengurangkan gejala sosial. Pada zaman
ini, pelbagai isu sosial yang timbul akibat kurangnya kesedaran dalam diri manusia. Semua
perkara dilakukan sesuka hati tanpa mengira batasan yang seharusnya tidak dilepasi.
Masalah dadah, pergaulan bebas, rogol dan pencabulan seakan-akan telah menjadi suatu
isu yang sudah sebati dalam masyarakat. Mengapa Allah telah menggariskan panduan
dalam kehidupan kita yang terdapat dalam Al-Quran dan As-Sunnah? Mengapa pemimpin
menggubal undang-undang dalam negara yang diketuainya? Adakah semuanya dilakukan
untuk membebankan manusia? Pastinya tidak. Peraturan dan undang-undang diadakan
untuk memastikan manusia bertindak selayaknya sebagai manusia, tambahan pula sebagai
pelakar mereka telah dianugerahkan dengan akal yang membolehkan mereka membezakan
antara yang hak dan yang batil. Sabar dalam pergaulan contohnya, boleh difahami sebagai
menjaga batas-batas pergaulan tidak kira apa jua jantina bagi membolehkan mereka dapat
mengawal nafsu. Apabila rakan-rakan melakukan perkara yang bertentangan dengan
norma kehidupan,mereka tidaklah cenderung untuk melakukan perkara yang sama jika sifat
sabar ada dalam diri. Fikirkan akibat yang didapati apabila ingin melakukan sesuatu perkara
bukannya seperti kata pepatah 'sudah terjatuh baru nak terngadah'.

Sementara itu, sabar dapat meningkatkan produktiviti diri. Ada orang yang apabila
dilanda ,asalah mudah benar emosinya terganggu dan sekaligus menjejaskan tugasan yang
dilakukan. Segalanya dirasakan tidak kena kerana ketidakupayaan untuk tidak
mencampurkan urusan peribadi dengan tugasan yang sedang dilakukan. Ini adalah masalah
bagi kebanyakan orang terutama para pelajar kerana emosi mereka sentiasa mempengaruhi
tindakan mereka dan akhirnya juga akan mempengaruhi emosi orang lain. Bayangkan jika
mereka datang ke tempat belajar misalnya kolej dengan perasaan marah-marah, pasti rakan
sekelas atau sebaya tidak berani untuk bertegur sapa dengan mereka. Apabila ketua
menegur kesilapan mereka, bertambahlah terasa hati sedangkan semuanya berpunca
daripada diri mereka sendiri. Kerja-kerja yang sepatutnya disiapkan dalam waktu yang
tertentu juga tidak dapat disiapkan kerana masa yang sepatutnya mereka peruntukkan
untuk melakukan tugasnya yang hakiki sebagai pelajar telah digunakan untuk melayan
emosi mereka yang tidak stabil. Pernah suatu masa ketika saya masih bersekolah, jika ada
guru yang pada suatu hari masuk kelas dengan muka yang masam mencuka dan tiba-tiba
'naik angin' dengan kesalahan pelajar yang kecil, pasti ada suara-suara dari meja pelajar
yang lain mengatakan " cikgu ni mesti bergaduh dengan suami die ni, sebab tu la' bad
mood' tak tentu pasal". Sebenarnya pelajar tidak boleh disalahkan apabila mereka membuat
kesimpulan yang sedemikian kerana seperti yang saya katakan sebentar tadi emosi kita
pasti akan mempengaruhi orang lain di sekeliling kita. Sebaliknya, jika mereka dapat
bersabar dengan masalah yang melanda, mereka pasti dapat menggembirakan orang lain
dan prestasi kerja akan meningkat. Seorang pelajar yang bagus akan tetap melakukan
tugasan yang sepatutnya dilakukan kerana ia adalah suatu kewajipan. Apakah markah atau
sesuatu kepujian yang mereka terima terjamin kehalalannya jika mereka tidak belajar
dengan bersungguh-sungguh? Jadi di sini bolehlah saya katakan ada kebenarannya jika
kesabaran dapat meningkatkan produktiviti diri.

4
4.0 Intergriti

Intergriti adalah suatu perkataan yang asing bagi sesetengah orang. Jika orang tidak
faham maknanya maka sudah tentulah penghayatannya juga tidak akan jelas. Integriti
adalah berasal dari bahasa Latin iaitu ‘integritas’ dan ‘integra’ yang bermaksud keseluruhan,
lengkap atau satu Menurut kamus dewan edisi keempat,. Integriti adalah keseimbangan
perhubungan antara apa yang seseorang itu fikirkan atau percaya dan ianya mempunyai
nilai yang baik dengan apa yang ia cakapkan kepada orang lain dan juga apa yang ia
lakukan. Ia bermakna integriti wujud apabila Apa yang difikirkan = Apa yang dicakapkan =
Apa yang dilakukan. Kita boleh menganggapkan sebagai Fikir, Cakap, Buat sebagai suatu
bulatan yang bertindihan. Jika salah satu daripadanya tidak bertindih maka seseorang itu
tidak berintegriti.

4.1 Kesan sikap intergriti

Sikap intergriti penting kepada pelajar itu sendiri. Pelajar yang sentiasa melaksanakan
sikap intergriti pasti akan lebih dihormati dan disanjungi oleh orang lain. Masyarakat
meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pelajar yang bersikap intergriti dan seringkali
mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Individu tersebut pasti jiwanya akan merasa
tenang ,aman dan akan lebih dipercayaai kerana melaksanakan satu tanggungjawab yang
besar dengan melaksanakan segala amanah yang telah dituntut olehnya. Pelajar telah
menunaikan segala amanahnya terutamanya terhadap Allah iaitu menjadi khalifah yang baik
di muka bumi dan kemudian amanah terhadap sesama manusia dengan ikhlas dan
istiqamah. Mereka berusaha untuk menjaga harga diri dan berusaha untuk
mempertingkatkan iman serta menjaga akhlaknya dariapada amalan yang tidak baik.

Kemudian kepentingan sifat intergriti terhadap golongan pelajar. Aturan hidup menjadikan
manusia saling bersandarkan dan memerlukan antara satu sama lain dengan ini
kelangsungan hidup dapat dinikmati dengan lancar. Penerapan sifat intergriti dalam setiap
individu dapat menjamin kesejahteraan hidup antara satu sama lain kerana pelajar saling
berkerjasama mencapai objektif yang tersendiri. Contohnya antara guru dan pelajar yang
mana guru mesti amanah menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada pelajar dan begitu
pula disebaliknya pelajar harus amanah menuntut ilmu serta dalam menyiapkan tugasan
yang diberikan oleh guru dengan seikhlas mungkin.

Bagi seorang pelajar tentunya mempunyai angan-angan untuk mendapatkan sebuah


pekerjaan yang enak tetepi dapat menghasilkan wang banyak. Dengan mempunyai perilaku
yang jujur tentunya akan mempermudah untuk mendapatkan dan lebih-lebih menciptakan
sebuah pekerjaan yang di inginkan. Hal ini dikeranakan seseorang yang mempunyai sikap
jujur maka ia akan mudah mengerti jika diberikan sebuah persoalan-persolan yang
ditugaskannya kepada seseorang tersebut. Kemungkinan besar akan mempermudah
menyelesaikan tugas-tugasnya dan cepat tanggap dengan segala masalah-masalah yang
menghadang.

5.0 Menghormati hak orang lain

Sikap menghormati hak orang lain boleh ditakrifkan sebagai memberi penghargaan
yang baik kepada seseorang dengan penuh kesopanan. Setiap individu diberikan hak dan
kebebasan untuk menjalani kehidupan mereka mengikut peraturan dan undang-undang
yang diperuntukkan.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, sikap saling menghormati dan
toleransi perlu dijadikan amalan. Terdapat tiga perkara utama yang perlu diamalkan oleh

6
anggota masyarakat terutama para pelajar iaitu menghormati perbezaan individu,
menghormati kebolehan dan bakat orang lain serta menghormati pendapat orang lain.

Sebagai anggota masyarakat, pelajar perlu menyedari bahawa setiap individu berbeza
baik dari segi kebolehan, pemikiran, agama dan kepercayaan. Perbezaan ini berpunca
daripada faktor keturunan, latar belakang ekonomi keluarga, baka, persekitaran tempat
tinggal, agama dan didikan yang diperoleh daripada keluarga. Justeru, untuk hidup dalam
kelompok pelajar yang harmoni, perbezaan ini perlu difahami dengan sepenuhnya. Pada
waktu yang sama, mereka tidak sesekali menghina atau mengejek disebabkan perbezaan
seseorang pelajar dari segi pemikiran, kebolehan dan sebagainya.Hal ini demekian kerana,
menghargai orang lain bererti tidak merendahkan derajatnya di depan umum. Perbuatan
menghina atau mengejek orang lain dapat menyakitkan hati dan menyinggung perasaan
mereka..

Bakat dan kebolehan pelajar lain juga perlu dihormati ke arah pengekalan keharmonian
pelajar. Setiap pelajar dilahirkan dengan bakat dan potensi yang berbeza dan memberi
sumbangan berasaskan potensi dan bakat yang mereka miliki dengan cara mereka
tersendiri. Justeru, seseorang pelajar tidak boleh menganggap dirinya sahaja yang mampu
memberi sumbangan dan mengenepikan peranan orang lain.

Setiap pelajar dapat hidup dalam keadaan yang harmoni jika mereka mengamalkan sikap
saling menghormati. Sikap menghormati hak orang lain membolehkan mereka menerima
hakikat bahawa Tuhan mencipta manusia berpuak-puak dan berbeza-beza. Mereka
mungkin tidak memahami cara hidup orang lain yang berbeza dengan cara hidup yang
mereka amalkan, namun melalui amalan sikap toleransi dan menghormati hak orang lain
mereka akan menerima perbezaan tersebut dan memahami cara hidup orang lain. Sikap ini
membuatkan ,mereka lebih empati terhadap kesukaran yang ditempuh oleh orang lain dan
menjadikan mereka lebih fleksibel untuk hidup bersama dalam pelbagai situasi.

6.0 Rendah diri


6.1 Pengenalan

kerendahan hati bukanlah sebuah sikap tubuh yang merendah-rendah. Di dalam banyak
budaya, sikap merendahkan tubuh dianggap sebagai kerendahan hati. Sesungguhnya
kerendahan hati bukanlah sikap tubuh melainkan sikap hati, yang tidak mementingkan diri,
malah mengedepankan kepentingan orang lain. Bukan itu sahaja, Sifat merendah diri ialah
suatu sifat yang mengakui kebenaran dan menerima kebenaran tersebut , tiada rasa
sombong dengan segala yang ada pada dirinya dan merasa rela hati kerana dapat
menerima kebenaran/pandangan tidak kira daripada sesiapa pun. Ianya terhasil daripada
kemanisan iman. Dalam kehidupan pelajar, rendah diri adalah suatu sikap positif yang
sewajarnya ada pada diri seseorang pelajar untuk melahirkan insan beretika tinggi dan
bermoral.

6.2 Kesan sifat rendah diri

Pelajar yang rendah hati biasanya memandang bahawa orang lain sebagai ciptaan Tuhan
memiliki keunikan dan keistimewaan, sehingga mereka senantiasa membuat orang lain
merasa penting. Setiap orang adalah spesial, unik, dan berhak untuk dihargai. Manusia
adalah peribadi yang harus diperlakukan khusus. Manusia adalah makhluk yang sangat
sensitif. Jika apa yang pelajar fikirkan mengenai orang lain berubah, maka sikap dan
tindakan mereka terhadap orang lain juga akan berubah. Hal ini demekian kerana, manusia
sangat sensitif satu sama lain dalam banyak hal, biasanya sangat peka terhadap apa yang
difikirkan oleh satu sama lainnya. Jika hubungan pelajar dengan rakan sebaya mereka tidak
sebagaimana pelajar tersebut harapkan, mereka sepatutnya lihat lebih jauh ke dalam fikiran
mereka apa yang sesungguhnya mereka fikirkan saat ini tentang orang tersebut.

Pada waktu yang sama,seseorang pelajar yang mempunyai sikap rendah diri, mereka akan
rela memaafkan orang lain. Bahkan dalam setiap agama dikatakan bahawa kita harus

8
mengampuni kesalahan sesama kita, kerana Tuhan juga mahu mengampuni dosa-dosa kita.
Sifat ini tidak pelajar temui dalam keseharian mereka. Masih ramai pelajar yang tidak dapat
memaafkan orang lain dan senantiasa hidup dalam dendam dan sakit hati. Dalam edisi
Mandiri yang membahas tentang topik ini, pelajar sepatutnya diingatkan bahawa dengan
tidak rela memaafkan, pelajar membiarkan dirinya dikuasai oleh perasaan dendam dan sakit
hati yang menimbulkan berbagai-bagai penyakit baik fisik mahupun kejiwaan.

Melalui sikap rendah diri para pelajar dapat menjadi lemah lembut (gentle) dan penuh
pengendalian diri (self control). Mereka tidak akan membiarkan emosinya tidak terkendali.
Mereka tidak menunjukkan kemarahan dengan sikap kasar, kata-kata yang tidak baik, atau
melakukan tindakan fisik. Mereka akan menunjukkan kemarahannya dalam rangka mendidik
orang lain. Kemarahan atau kekecewaan yang dirasakan sentiasa dapat mereka kendalikan
sepenuhnya, diacuhkan atau dapat ditahankan.

7.0 Bersyukur

7.1 Pengenalan

Kebersyukuran dalam bahasa Inggeris disebut gratitude. Kata gratitudediambil dari akar
Latin gratia, yang berarti kelembutan, kebaikan hati, atau berterima kasih. Semua kata yang
terbentuk dari akar Latin ini berhubungan dengan kebaikan, kedermawanan, pemberian,
keindahan dari memberi dan menerima, atau mendapatkan sesuatu tanpa tujuan apapun.

Dalam buku ‘pendidikan moral’ yang ditulis oleh Dr.Tam Yeow Kwai telah dinyatakan
bahawa, menurut tucker dalam Fluhler (2010), bersyukur itu berbeda dari menghargai
(appreciation). Saat seseorang mendapatkan sesuatu dari orang lain bisa saja dia
menghargai pemberian itu tanpa merasa bersyukur. Tapi jika dia bersyukur, sudah
dipastikan dia memberi penghargaan terhadap pemberian.

Bukan itu sahaja, Seligman dan Peterson (2004) mendefinisikan gratitude atau syukur
sebagai suatu perasaan terima kasih dan menyenangkan atas respon penerimaan hadiah,
dimana hadiah itu memberikan manfaat dari seseorang atau suatu kejadian yang
memberikan kedamaian.

Menurut Wood (2009), menyatakan kebersyukuran adalah sebagai bentuk ciri peribadi
yang berpikir positif, mempresentasikan hidup menjadi lebih positif.

7.2 Kesan sikap bersyukur

Salah satu manfaat bersyukur ialah pelajar akan mendapat nikmat yang lebih baik dan
bertambah-tambah daripada-Nya. Hal ini kerana, Allah menyukai hamba yang tahu
bersyukur atas segala pemberiannya.

“Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Dan Allah adalah
Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.” (QS. An Nisaa’ : 147)

Contohnya, sebagai seorang pelajar, sudah pasti mereka mengharapkan keputusan yang
cemerlang dalam akedemik. Oleh sebab itu, sekiranya mereka tidak mendapatkan kejayaan
yang diimpikan, mereka haruslah terus menyatakan syukur kepada-Nya kerana segala
kejadian mempunyai hikmahnya tersendiri. Jika pelajar terus berusaha dan bersyukur,
mereka pasti akan menempa kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. Hal ini
kerana, tuhan hanya memberikan sedikit ujian untuk menguji sama ada kita tergolong antara
orang-orang yang redha atas segala yang keadaan.

Bersyukur merupakan satu amalan yang mulia sehinggakan orang yang bersyukur
sentiasa mendapat keredhaan-Nya.Sebagai seorang pelajar, mereka menjalani kehidupan
dengan berbagai-bagai perkara.Contoh situasi yang dapat jelaskan disini ialah apabila
seseorang pelajar tersebut mengalami kegagalan dalam ujian akedemiknya. Pelajar tersebut
pastilah berasa risau dan sedih atas keputusan tersebut. Namun, dia seharusnya bersyukur
kerana ia merupakan dugaan dan ujian untuk dia lebih berjaya pada masa akan datang.
Pelajar tersebut akan lebih meningkatkan fokusnya semasa pembelajaran di dalam kelas
dan semakin rajin mengulang kaji pelajaran untuk memastikan pisang tidak berbuah dua
kali. Atas peringatan dan usaha yang diberikan, pelajar tersebut akan mendapat kejayaan
yang lebih cemerlang berbanding sebelumnya.

10
Bukan itu sahaja, bersyukur mengajar pelajar supaya sentiasa redha dan pasrah atas
segala ketentuan-Nya. Contohnya, apabila seseorang pelajar sudah bergelar seorang guru,
mereka mudah merasai keredhaan walaupun mendapat anak murid yang nakal atau mereka
ditempatkan di kawasan sekolah yang kurang menyenangkan seperti kawasan edalaman.
Dengan bersyukur, segala urusan dipermudahkan dan rezeki akan berlimpah-ruah. Malah,
mereka akan berasa sentiasa dekat dengan pencipta kita iaitu tuhan.

“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan
yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami
berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami
berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada
orang-orang yang bersyukur.” (QS. Ali Imran:145)

Tambahan lagi, seperti yang kita sedia maklum, bersyukur merupakan satu sikap yang
baik dan disukai Allah. Jika pelajar bersyukur,mereka dapat menambahkan pahala mereka
kerana sentiasa meredhai pemberian-Nya. Hadis diatas jelas menunjukkan bahawa Allah
amat menyayangi kita dan menyukai sifat bersyukur.

Kesimpulannya, bersyukur merupakan satu sifat yang terpuji dan amat dusukai oleh Allah
s.w.t. Setiap orang yang bersyukur sama ada semasa mereka senang atau susah akan
memperolehi nikmat yang lebih baik.

8.0 Kesetiaan kepada negara

8.1 Pengenalan

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan dengan


Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan
kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, mengikut sistem
beraja yang diamalkan di setiap negeri dan Yang di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang
tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri adalah lambang
perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud bahawa setiap warganegara hendaklah
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada
raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia
kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sebarang sikap atau pengaruh yang boleh mengalihkan kesetiaan rakyat ke arah negara
lain atau rakyat mengabaikan taat setia kepada negara Malaysia dan Raja adalah
merupakan elemen yang bertentangan sama sekali dengan prinsip Rukun Negara.

8.2 Peranan pelajar dalam menunjukkan kesetiaan kepada negara

Pelajar merupakan aset yang penting bagi suatu negara. Generasi pelajar adalah bibit-bibit
yang harus dikembangkan untuk menjadi generasi yang dapat memajukan agama, nusa dan
bangsa. Oleh itu, seseorang pelajar yang bermoral seharusnya memaikan peranan dalam
memajukan negara dengan menunjukkan kesetiaan kepada negara. Antaranya,

Para pelajar hendaklah mengenali tokoh-tokoh yang memperjuang untuk kemerdekaan


negara dan mereka juga hendaklah didedahkan kepada jasa-jasa serta pengorbanaan
pejuang tanah air kita agar golongan pelajar sedar dan insaf, bak kata pepatah “Tak kenal
maka tidak cinta”.Kalau generasi muda tahu akan pahit maung dan susah payahnya tokoh-
tokoh pada zaman silam memperjuangkan kemerdekaan negara , tentunya mereka tidak
tergamak menghancurkan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi kini dengan tindakan-
tindakan negatif.

Selain itu, pelajar seharusnya melawat tempat-tempat bersejarah. Pemerhatian mereka


kepada kesan-kesan peninggalan sejarah akan melahirkan semangat juang untuk
mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Misalnya, kunjungan ke tempat-tempat
yang bersejarah seperti Bandar Hilir, Melaka akan mengingatkan mereka kepada sejarah
hitam negara ketika dijajah oleh Portugis,Belanda dan Inggeris.

Di samping itu, para pelajar juga perlu didedahkan kepada Jalur Gemilang yang berkibar
megah pada sepanjang masa dan perayaan Hari Kebangsaan setiap tahun itu sepatutnya
dijadikan wadah untuk memperbaharui azam mempertahan kemerdekaan pada masa
depan. Mereka perlu sedar betapa pentingnya erti kemerdekaan terhadap sesebuah negara.

12
Seterusnya,mereka juga perlu didedahkan kepada lagu-lagu patriotik terutama lagu
“Negara ” untuk menyemaikan rasa cinta dan taat kepada negara. Pelajar boleh mengambil
bahagian dalam pertandingan tamsilnya, pertandingan menulis esei bertemakan semangat
patriotic yang dianjurkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia.. Peraduan seperti ini akan
memberi kesempatan kepada golongan pelajar untuk mengumpulkan bahan-bahan sejarah
yang banyak dalam akhbar-akhbar. Pengumpulan bahan-bahan sejarah ini secara tidak
langsung akan mencelikkan mereka kepada sejarah perjuangan generasi silam demi
kemerdekaan negara daripada belenggu penjajah.

Kesimpulannya, sikap kesetiaan kepada negara memainkan peranan yang sangat penting
untuk membentukan peribadi pelajar iaitu menjadikan mereka sebagai insan bermoral.
Apabila mereka mempunyai cinta dan kesetiaan kepada negara, mereka akan mula
mementingkan kebaikan dan kemajuan negara sebaliknya mementingkan diri sendiri.

9.0 Berbudaya cemerlang

9.1 Pengenalan

Makhluk budaya bererti makhluk yang berkemampuan melakukan hal-hal yang


positif, menciptakan kebaikan, kebenaran, keadilan dan bertanggung jawab. Sebagai
makhluk berbudaya, manusia mendayagunakan akal budinya untuk menciptakan
kebahagiaan baik bagi dirinya mahupun bagi masyarakat demi kesempurnaan hidupnya.
Dalam konteks ini, golongan pelajar juga sebagai makhluk budaya dan mereka sepatutnya
berbudaya cemerlang supaya dapat melahirkan ciri-ciri seorang insan bermoral dalam diri
mereka. Berikut adalah ciri- ciri pelajar yang berbangsa cemerlang.

Berilmu

Bah kata cendekiawan, ilmu itu Chaya, yang jahil itu merbahaya. Ilmu adalah entiti penting
dalam kehidupan manusia. Tanpa ilmu, manusia mundur dan terkebelakang berbanding
manusia lain. Persaingan mengejar kemajuan dan kekayaan kini adalah berasaskan ilmu
pengetahuan.

Pelajar positif ialah pelajar yang mempunyai ilmu positif. Pelajar yang memiliki ilmu dan
mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan. Pelajar berilmu adalah pelajar yang memiliki
pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam menghadapi kehidupan dan cabaran. Ilmu
positif juga memberi manfaat dan memandu para pelajar kea rah positif. Pelajar tidak
sesekali mengotorkan minda dan jiwa dengan pengetahuan yang tidak berguna dan
membawa kerugian kepada diri mereka.

Doa

“Doa adalah senjata orang beriman”, begitulah sabda Rasulullah s.a.w. Pelajar perlu berdoa
sentiasa agar diberikan kekuatat jati diri. Jati diri perlu dicari dengan menggunakan kekuatan
ilmu, usaha berdasarkan rasional dan doa. Jati diri amat penting kepda pelajar yang mahu
menjadi pelajar positif. Kekuatan diri adalah penangkis segala keburukan dan kejahatan.
Jati diri perlu ditambah dan diperkuatkan sepanjang masa supaya dapat menambahkan
kekuatan dalaman yang lebih kukuh dan sejati.

Tidak berputus asa

Manusia yang putus asa sebenarnya telah gagal dalam kehidupan. Jika pelajar gagal
dalam pelajaran, pelajar tidak perlu putus asa. Pelajar boleh belajar pelbagai kemahiran
yang selari dengan minat pelajar. Ramai manusia yang Berjaya walaupun tanpa pelajaran
tinggi. Tuan Ramli yang mengasaskan Rmaly Burger Berjaya menjadi jutawan walaupun
hanya berkelulusan SPM. Walau apa pun kegagalan dan kesusahan yang pelajar hadapi,
jangan putus asa. Selagi nafas masih berfungsi dan jantung masih berdenyut, pelajar perlu
mengiatkan lagi usaha mereka.

10.0 Memahami personaliti

Dalam buku ‘Remaja positif’ yang ditulis oleh Saat Sulaiman,ada dinyatakan bahawa
personaliti memberi maksud keperibadian dan perwatakan. Menurut bahasa latin personal
berasal dari perkataan persona atau personalitas. Persona memberi erti topeng yang
merujuk kepada rupa luaran seseorang individu. Namun persona juga memberi beberapa
pengertian seperti ciri-ciri dan kualiti dalaman dan juga luaran seseorang. Personaliti juga
bermaksud seluruh perlakuan individu samada bersifat luaran (jasmaniah) atau
dalaman(rohaniah) yang lahir sepontan iaitu tanpa paksaan dari luaran yang menjadi
kelaziman perlakuan luaran atau tingkah laku luaran pada individu merujuk kepada semua
gerak balas individu yang melihat segala perbuatan anggota fizikal badan.

14
Terdapat beberapa cara untuk mengenali keperibadiaan diri pelajar. Antaranya, sifat-sifat
dan karakter. Setiap orang terutama pelajar pasti membawa berbagai sifat dan karakter
masing-masing. Kalaupun ada kemiripan, tapi setiap pelajar tidak pernah memiliki
kesamaan yang total. Sifat-sifat dan karakter dalam diri seseorang tidak memiliki batasan
baik dan buruk walaupun pada akhirnya tentu saja harus ada penilaian.

Seterusnya, hasrat dan keinginan. Setiap pelajar pasti memiliki hasrat dan keinginan
yang biasanya merupakan refleksi dari sebuah bentuk ideal atau cita-cita yang awalnya
bersumber dari ego. Dalam bentuk yang paling sederhana, ego semua manusia pada
dasarnya adalah hal yang baik kerana secara alamiah bersumber dari naluri untuk
mempertahankan hidup. Hal ini harus difahami dan disadari sehingga mereka bisa benar-
benar menyatu dengan hasrat dan keinginan sendiri walaupun tentu saja mereka harus
menjadikan kondisi lingkungan sebagai rambu-rambu untuk keseimbangan.

Selain itu, adalah kemampuan. Penguasaan terhadap suatu hal yang merupakan ciri khas
seseorang yang dimiliki dan didapat secara alamiah. Hal tersebut harus terus digali dan
dikembangkan serta dipergunakan secara positif demi kebaikan diri sendiri. Kemampuan
memang akan selalu terasa kurang kerana adanya persaingan. Maka dari itu, belajar dan
berlatih merupakan hal-hal pokok yang sangat berperanan dalam usaha meningkatkan
kemampuan diri sendiri.

Ketidakmampuan dan keterbatasan. Selain kemampuan, setiap individu juga diliputi oleh
ketidakmampuan dan keterbatasan. Jika pelajar bermaksud melakukan proses pengenalan
diri, maka mereka harus lebih mengenal ketidakmampuan dan keterbatasan yang mereka
miliki. Tentu saja maksudnya adalah untuk memperbaiki dan mengubahnya sebisa mungkin
sehingga menjadi faktor yang ju dapat diandalkan.

Akhirnya, latar belakang. Latar belakang seseorang biasa dianggap sebagai akar dari
semua perkembangan yang muncul dan ada sekarang. Walaupun pelajar memang tidak
perlu mempermasalahkannya, namun usaha untuk memahami latar belakang diri mereka
itu akan berguna untuk mengetahui siapa dan bagaimana diri mereka yang sesungguhnya.

11.0 Penerimaan

11.1 Pengenalan

Penerimaan diri adalah dimana kita menerima segala kelemahan dan kelebihan kita atau
menerima segala sesuatu yang ada didalam diri kita, menerima segala hal yang telah terjadi
dalam kehidupan dan diri kita. Sehingga sikap kita memandang diri sendiri sebagaimana
adanya dan mempermalukan diri kita secara baik disertai rasa syukur, senang dan bangga
sambil terus mengusahakan kemajuan.

11.2 Ciri-ciri penerimaan diri

Perasaan sederajat. Individu iaitu golongan pelajar merasa dirinya berharga sebagai
manusia yang sederajat dengan orang lain, sehingga individu tidak merasa sebagai orang
yang istimewa atau menyimpang dari orang lain. Pelajar merasa dirinya mempunyai
kelemahan dan kelebihan seperti halnya orang lain.

Seterusnya, percaya kemampuan diri.Pelajar yang mempunyai kemampuan untuk


menghadapi kehidupan. Hal ini tampak dari sikap pelajar yang percaya diri, lebih suka
mengembangkan sikap baiknya dan mengeliminasi keburukannya dari pada ingin menjadi
orang lain, oleh kerana itu pelajar puas menjadi diri sendiri

Selain itu,bertanggung jawab.Pelajar yang berani memikul tanggung jawab terhadap


perilakunya. Sifat ini tampak dari perilaku individu yang mahu menerima kritik dan
menjadikannya sebagai suatu masukan yang berharga untuk mengembangkan diri.

12.0 Meritokrasi

Menurut Dr.Tam Yeow Kwai, meritokrasi bermaksud satu sistem sosial yang menyanjung
tinggi kebolehan dan keupayaan seseorang tanpa mengira pangkat,keturunan, kaum dan
agama.Sistem ini telah lama diaplikasikan dalam sistem pendidikan di negara kita.

16
12.1 Ciri- ciri seorang yang mempunyai meritokrasi

Antaranya, Kemahiran mendengar bukan sahaja penting dalam dunia pembelajaran tetapi
juga penting dalam kehidupan. Golongan pelaajr tidak akan berubah jika tidak mendengar
sesuatu yang baru. Mereka juga tidak ada kelainan dari masyarakat jika mereka tidak
mendengar dan akhirnya tidak berubah. Kemahiran mendengar perlu dijadikan kemahiran
hidup dan amalan seharian. Kerap kita dapat melihat tidak dapat menfaat dari kehadiran
dalam sesuatu majlis, keramaian, ceramah atau seminar jika kita tidak mendengar dan
datang untuk tidur lepas itu makan dan balik. Anak anak yang berjaya akan cuba sedaya
upaya untuk memahami apa yang dipelajari didalam kelas. Ini adalah proses pembelajaran
yang terbaik bermula dari kemahiran mendengar yang baik.

Seterusya, kemahiran menyiasat. Menyiasat ini bermakna pelajar perlu membaca buku,
pergi perpustakaan, melawat sambil belajar, tanya kawan-kawan atau cikgu atau ibubapa
dan melayari internet. Melawat sambil belajar adalah aktiviti yang sangat penting diamalkan.
Semasa lawatan mereka dapat melihat apa yang mereka pelajari didalam kelas. Negeri
Melaka adalah negeri yang kaya dengan sejarah. Apa yang dipelajari dalam fakta sejarah
ada di Negeri Melaka. Melawat Melaka Bermakna Melawat Malaysia. Ini bermakna apa yang
ada di seluruh Malaysia boleh didapati di Melaka.

Selain itu, mempelajari sains dan teknologi lebih membuatkan proses penyiasatan menjadi
sangat penting. Makmal adalah tempat menjalankan kerja penyiasatan yang sangat penting
jika pelajar ingin memahami sains. Memahami sains juga sangat penting dalam zaman
moden ini kerana setaip aspek kehidupan moden berasaskan sains. Ini kerana dari
pengetahuan sains dikembangkan kepada keperluan kehidupan dan kadang-kadang dapat
melahirkan inovasi. Ini yang dinamakan teknologi. Kerja penyelidikan sangat penting untuk
membuktikan teknologi boleh digunakan untuk memudahkan kehidupan.
Rujukan

Noresah Bahrom et al. (Ed). (2015). Kamus Dewan (edisi ke-3).

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr. Tam Yeow kwai. (2006). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Abd Rahim Abd Rashid. (2001). Nilai-Nilai Murni dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:

Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Saat Sulaiman. (2007). Remaja Positif. Kuala Lumpur:

Utusan publications & Distributors sdn. Bhd.

Berbagai ilmu & Literature Psikologi. ( t.t & t.p). Dicapai


pada 20 September 2014, daripada http://www.psychoshare.com/file-
947/psikologi-umum/apa-kata-psikologi-mengenai-bersyukur.html

18
Penerimaan
kesabaran
Memahami
personaliti

Meritokrasi
Berbudaya
cemerlang

Pembentukan
Insan bermoral
secara
Terpimpin

Kesetiaan
kepada
negara
Intergriti

Menghormati
Bersyukur
hak orang lain

Rendah diri
Refleksi

Semasa saya menerima tugasan ini,persoalan utama yang muncul pada minda saya ialah
mampukah saya menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan.Ini disebabkan
pada masa yang sama terdapat juga beberapa kerja kursus yang lain perlu disiapkan dalam
tempoh masa yang sama .Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada
saya.Walau bagaimanapun,saya pun berfikir positif untuk menyahut cabaran ini dengan
melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan.Ini disebabkan saya
memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberi oleh pensyarah tidaklah begitu sukar
kerana tajuk-tajuk tugasan telah diajar oleh En Norizam Md Nor semasa kuliah.

Saya telah mengumpulkan maklumat dan isi penting dengan menggunakan beberapa
sumber-sumber bacaan,cetak dan sebagainya.Saya juga pergi ke perpustakaan untuk
mencari buku-buku yang berkaitan dengan Pendidkan Moral terutama tentang tajuk yang
berkaitan dengan pembentukan peribadi pelajar. Dengan menggunakan internet juga,saya
dapat mempelajari tentang tajuk yang bersesuai dalam proses pembentukan peribadi
seseorang pelajar secara mendalam.Melalui ini,saya dapat mempelajari banyak nilai murni
semasa melaksanakan tugasan ini,saya telah sedar bahawa pentingnya menghargai
masa.Oleh itu,saya mendapat soalan tugasan daripada pensyarah,saya haruslah bertindak
proaktif supaya dapat menjalankan tugasan dengan sempurna.Jika saya dapat merancang
dengan teliti,saya dapat elak daripada melaksanakan tugasan pada saat-saat terakhir.Saya
juga ingin memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah berkualiti dan menepati standart
yang telah ditetapkan.Pada masa yang sama,saya boleh menguruskan masa dengan
baikdan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti mengantuk dalam
kelas kerana menyiapkan kerja sampai larut malam.

Kesimpulannya,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya kerana saya
telah lebih memahami tajuk ini.Saya berasa teruja untuk belajar tajuk-tajuk yang berkaitan
dengan Kesantunan berbahasa masyarat Malaysia

20
1.0 Penghargaan

Pada kesempatan ini,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang telah banyak membantu saya dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya kerja
kursus ini.Ucapan terima kasih ditujukan khas buat keluarga tercinta terutamanya ibu saya,
Vasanthe a/p Palraj dan bapa saya, Murali a/l Muthali yang telah banyak memberi dorongan
serta sokongan sepanjang kajian ini dijalankan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada En Norizam Md Nor, selaku pensyarah Pendidikan


Moral Generik, yang telah banyak memberi panduan serta dorongan dan bimbingan
sepanjang saya menjalankan kerja kursus ini.

Sekalung budi juga buat Kannan a/l Annamalai sahabat yang sudi meluangkan masa
menemani saya sewaktu proses mencari maklumat untyk kerja kursus ini serta tidak lupa
juga sahabat-sahabat saya yang telah banyak memberi kerjasama di dalam pencarian
maklumat ini.Akhir kata , saya ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang telah banyak membantu saya sehingga terhasilnya kerja kursus ini.Hanya
Tuhan yang mampu membalas jasa baik semua.
Senarai Kandungan

BIL TAJUK MUKA SURAT

1. Peta minda I

2. 1.0 Penghargaan 1
1.1 Peta minda
3. 2.0 Pembentukan Insan Bermoral secara Terpimpin 3
2.1 Pengenalan
4. 3.0 Kesabaran 4
3.1 Pengenalan
3.2 Kesan Kesabaran
5. 4.0 Intergriti 7
4.1 Kesan sikap Intergriti
6. 5.0 Menghormati Hak Orang lain 8
7. 6.0 Rendah Diri 10
6.1 Pengenalan
6.2 Kesan sifat Rendah diri
8. 7.0 Bersyukur 11
7.1 Pengenalan
7.2 Kesan sikap Bersyukur
9. 8.0 Kesetiaan Kepda Raja dan Negara 13
8.1 Pengenalan
8.2 Peranan pelajar
10. 9.0 Berbudaya Cemerlang 15
9.1 Pengenalan
11. 10.0 Memahami Personaliti 16
12. 11.0 Penerimaan 18
11.1 Pengenalan
11.2 Ciri-ciri Penerimaan Diri
13. 12.0 Meritokrasi 18
12.1 Ciri-ciri seorang Meritokrasi
14. Refleksi 20
15. Rujukan 21
16. Lampiran 23

22

Anda mungkin juga menyukai