Anda di halaman 1dari 23

ASPEK POLITIK

Pemimpin-pemimpin Meiji telah menghapuskn sistem kelas yang terdiri dari golongan samurai, petani, petukang dan saudagar pada tahun 1871. Golongan samurai telah menikmati taraf sosial yang tinggi semasa era atau zaman Tokugawa telah terjejas oleh penghapusan hiraki sosial tersebut. Dalam bulan september 1871, golongan samurai telah kehilangan hak menggunakan pedang terhadap kelas-kelas yang lebih rendah.

Pada bulan Mac 1876, Kerajaan telah mengharamkan pemakaian pedang oleh samurai. Golongan samurai juga telah kehilangan hak tradisional mereka sebagai pahlawan. Dalam bulan Disember 1872, kerajaan telah memperkenalkan sistem tentera kerahan moden yang terdiri dari Helmin atau rakyat biasa. Pada tahun yang berikutnya, gaji yang diberi kepada samurai telah ditukar dari bentuk beras kepada wang tunai.

Golongan samurai juga telah diberi elaun tahunan dalam bentuk wang tunai. Pada bulan Ogos 1876, Kerajaan telah mengumumkan bahawa sistem pemberian elaun tahunan akan digantikan dengan sistem pembayaran sekali gus yang akan dibayar dalam bentuk bon-bon kerajaan. Dibawah sistem ini, Kerajaan mengumumkan bahawa bon-bon ini akan matang dalam masa 14 tahun dan bahawa kadar faedah tahunan sebanyak 7% akan diberi kepada samurai. Langkah-langkah ini telah menghapuskan keistimewaan kelas golongan samurai dan menurunkan taraf mereka sebagai rakyat biasa Maharaja.

Dalam bidang undang-undang, pemimpinpemimpin Meiji telah membuat pembaharuan. Sistem undang-undang yang moden dianggap sebagai syarat mutlak yang penting untuk mengkaji semula perjanjian-perjanjian tidak adil dan berat sebelah yang telah ditandatangani di antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat dalam tahun 1850-an dan 1860-an. Sistem undang-undang yang moden juga perlu bagi perkembangan industri kapitalisme di negara tersebut.

Pada tahun 1873, seorang peguam Perancis, Gustave Roissonade de Fontarabe telah dilantik sebagai penasihat kepada Kementerian Keadilan di Jepun. Beliau ditugaskan menggubal satu undangundang jenayah moden yang telah dikuatkuasakan dalam tahun 1882. Satu undang-undang sivil dan perdagangan turut digubal dan kedua-dua enakmen ini diluluskan dalam tahun 1898 hingga tahun 1899.

ASPEK AGAMA

Merupakan alat yang meningkatkan semangat nasionalisma pada zaman pemerintahan Meiji. Ideologi baru Kokutai Ideologi ini berhubung kait dengan kerohanian masyarakat Jepun dan sebahagian daripadanya memberikan kesetiaan dan ketaatan yang sepenuhnya kepada Maharaja Jepun yang di anggap suci.

Diperkenalkan konsep Shinto Negara. Shinto negara adalah berasal daripada agama Shintonisme, sebuah agama purba Jepun. Shinto dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu :a)Shinto Istana DiRaja (Koshitsu Shinto) b) Shinto tempat-tempat suci (Jinja Shinto) c)Shinto Mazhab (Kyoha Shinto) d)Shinto Rakyat (Minkan Shinto)

Setelah konsep Shinto Negara diperkenalkan, Shinto Istana DiRaja dan Shinto Tempat-tempat Suci telah disatukan dengan menyerap ajaranajaran Konfusianisme (Kung Fu Tze). Agama Buddha telah diasingkan daripada agama Shinto. Sewaktu penghapusan agama Buddha, kesemua harta-harta institusi Buddha telah diambil dan kitab-kitab suci telah dibakar dan dihanyutkan ke sungai-sungai. Patungpatung Buddha juga tidak terkecuali.

Pada zaman Tokugawa, agama Kristian telah diharamkan. Tetapi, pada zaman Meiji, agama Kristian telah diterima masuk semula. Ianya telah berkembang di Jepun dengan pembinaan pusat-pusat keagamaan di Nagasaki (Khatolik Roman), Yokohama (Presbyterian) dan Hakodate (Ortodoks Greek) pada tahun 1870an.

Mubaligh-mubaligh Kristian yang berhijrah ke Jepun juga membuka sekolah-sekolah agama Kristian dan menerbitkan risalah-risalah agama Kristian. Tetapi, tidak semua rakyat dapat menerima kemasukan semula agama Kristian. Dengan itu, muncul pula beberapa persatuan yang berfahaman nasionalis seperti Nippon sin (The Japanese) dan Persatuan Cara Agung, Agama Kebangsaan Jepun (Nippon Kokkyo Daido-sha).

Persatuan-persatuan ini beranggapan bahawa agama Kristian akan menghapuskan ciri-ciri kebudayaan Jepun. Matlamat persatuan-persatuan ini adalah untuk meyanjung dan mengangkat martabat tradisi serta warisan negara dengan mengenepikan pengaruh kebudayaan Barat. Walaupun begitu, Jepun kini telah mempunyai 130 buah gereja di seluruh kepulauan Jepun.

ASPEK PENDIDIKAN

Dalam bidang pendidikan, beratus-ratus penuntut Jepun telah dihantar ke luar negeri untuk mempelajari sains dan pentadbiran serta teknik perindustrian Barat. Kerajaan juga telah mengkaji sebilangan besar pakar-pakar, golongan profesional, pakar teknologi Barat dan lain-lain untuk mengajar berbagai-bagai kemahiran kepada rakyat Jepun di dalam negeri. Pada tahun 1871, sebuah Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan dan langkah-langkah telah diambil untuk mewujudkan sistem pelajaran yang seragam di negara tersebut.

Pada tahun 1872, kerajaan telah mengumumkan bahawa negara Jepun akan dibahagikan kepada 8 kawasan pelajaran dan pendidikan. Setiap kawasan ini akan mempunyai sebuah universiti, 32 sekolah menengah dan 210 sekolah rendah. Semua kanak yang berusia 6 tahun ke atas akan menerima pendidikan dan pelajaran wajib selama 16 tahun menjelang tahun 1880, terdapat hampir 28000 buah sekolah rendah dengan lebih dari 2 juta murid-murid.

Dalam tahun 1886, Mori Arinori yang menjadi Menteri Pelajaran dari tahun 1885 hingga 1889 telah membuat perubahan selanjutnya kepada sistem persekolahan. Beliau telah memulakan satu sistem yang mengandungi sekolah-sekolah rendah, diwajibkan selama 8 tahun sementara sekolah menengah menawarkan kursus selama 4 tahun. Sekolah-sekolah tinggi terutama sekolah-sekolah teknikal peringkat tinggi telah ditubuhkan meliputi bidang-bidang seperti perubatan, sains, ketenteraan, pelayaran, pertanian, perdagangan, perikanan dan lain-lain.

Pusat tertinggi sistem pendidikan dan pelajaran di Jepun ialah Universiti Diraja Tokyo yang telah ditubuhkan pada tahun 1886. Menjelang tahun 1910, beberapa buah Universiti Diraja telah ditubuhkan di Sapporo, Sendai, Kyoto dan Fukuoka. Selain daripada sistem pelajaran negara, terdapat banyak sekolah-sekolah, maktab-maktab dan universiti-universiti persendirian ditubuhkan. 2 daripada universiti persendirian yang terkemuka ialah Universiti Keio yang diasaskan oleh Fukuzawa Yukechi dalam tahun 1858 dan Universiti Waseda yang diasaskan oleh Okuma dalam tahun 1882.

Kementerian Pelajaran mengawal rapi semua aspek pendidikan dan pelajaran termasuk latihan guru-guru, penyeliaan sekolah-sekolah dan kurikulum. Sekolah-sekolah dan institusi-institusi persendirian juga tertakluk kepada kawalan rapi ini. Sistem pelajaran bukan sahaja memberi latihan praktikal yang berorientasikan Barat tetapi juga memberi penekanan ke atas pendidikan moral dan semangat nasionalisme yang berpusat suasana diraja.

Anda mungkin juga menyukai