Anda di halaman 1dari 4

WAJ 3101: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Kepentingan wujudnya interaksi positif dan negatif antara pelbagai tamadun.


Sejak dari dulu hinggalah sekarang, setiap tamadun di dunia saling berinteraksi. Interaksi antara tamadun merupakan hubungan, pertemuan, komunikasi antara individu, kelompok, masyarakat dam negara. Melalui interaksi, tamadun-tamadun ini belajar serta mendalami ilmu pengetahuan, bahasa dan kebudayaan antara satu sama lain. Tamadun Islam, Tamadun India, Tamadun China, Tamadun Eropah, dan Tamadun Melayu yang saling berinteraksi antara satu sama lain berinteraksi antara satu sama lain. Interaksi-interaksi yang wujud di antara tamadun memperlihatkan kesan-kesan positif dan negatif. Interaksi Tamadun China dan Tamadun Islam telah dijalin melalui aktiviti perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi sering pergi ke China untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Kesannya, perkahwinan campur telah berlaku antara pedagang-pedagang ini dengan penduduk tempatan. Hasil daripada interaksi ini, agama Islam telah tersebar luas di negara China. Ini merupakan salah satu interasi positif antara tamadun. Selain itu, interaksi positif juga boleh diperlihatkan antara Tamadun China dan Tamadun India. Dari segi kepercayaan, agama Buddha telah berjaya disebarkan ke negara China melalui interaksi ini. Pemindahan teknologi dan perkongsian ilmu dalam pelbagai bidang telah berlaku. Antaranya termasuklah kemahiran membuat gula daripada tebu dengan menggunakan teknik dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China. Dalam bidang hisab pula, India turut memperkembang bidang astronomi di negara China melalui ahli-ahli astronominya. Tamadun Islam juga berinteraksi dengan Tamadun Melayu. Antara kesan positif yang paling ketara termasuklah penyebaran agama Islam di kepulauan Melayu serta terbentuknya kerajaan-kerajaan Islam tempatan seperti kerajaan Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, mataram dan lain-lain lagi.

famchiewgiekppgsn1611

Tamadun Islam telah mengubah sudut pandangan hidup orang-orang Melayu. Tulisan Jawi telah diperkenalkan kan kemudiannya berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di kepulauan Melayu. Kepentingan interaksi antara dua tamadun ini turut dapat dilihat dalam segi kesusasteraan, perundangan, kesenian, kebendaan seperti makanan, serta istilah-istilah bahasa Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu. Interaksi antara Tamadun China dan Tamadun Melayu juga penting kerana memberikan banyak kesan-kesan positif. Pengaruh Tamadun China ke Tamadun Melayu begitu ketara sehingga berlakunya serapan banyak istilah dan perkataan China ke dalam Bahasa Melayu seperti cincau, kueh, tauhu, kekwa, angpau, cacing, apek, kongsi, dan banyak lagi. Komuniti Baba dan Nyonya juga merupakan salah satu hasil interaksi antara tamadun ini. Interaksi antara dua tamadun ini berlaku melalui dua cara, iaitu sama ada secara aman atau secara konflik peperangan. Dalam kemahiran pula, Tamadun China telah membawa masuk banyak kemahiran seperti membuat tembikar serta pertukangan logam ke Tamadun Melayu. Interaksi antara tamadun India dan Tamadun Melayu juga tidak harus diketepikan dalam konteks membincangkan kepentingan daripada interaksi keduadua tamadun ini. Pengaruh India ke atas kebudayaan dan masyarakat Melayu boleh dikesan dalam bahasa dan kesusasteraan, institusi pemerintahan, dan istiadat RajaRaja Melayu serta adat resam dan hiburan. Dalam bahasa, banyak istilah dan perkataan India telah diadaptasikan kepada bahasa Melayu seperti bumi, beza, bahasa, harta budi harga dan banyak lagi. kerajaan Melayu turut mengamalkan konsep Devaraja sebelum masuknya Tamadun Islam. Pengaruh India juga dapat dilihat dari segi adat resam seperti dalam hal-hal kehamilan dan kelahiran serta upacara perminangan dan perkahwinan orang Melayu. Interaksi-interaksi antara tamadun membawa begitu banyak kesan dan kepentingan kepada kita dan masyarakat kini. Di Malaysia, interaksi-interaksi antara pelbagai tamadun telah mempengaruhi banyak aspek kehidupan penduduk tempatan seperti pertambahan bahasa dan kosa kata Melayu, budaya Cina Peranakan, kesenian, Dasar Pendidikan Negara, Dasar Integrasi Nasional dan sebagainya. Bahasa Melayu juga digunakan sebagai bahasa kebangsaan untuk menyatupadukan rakyat.

famchiewgiekppgsn1611

Walau bagaimanapun, terdapat juga interaksi yang membawa kesan-kesan yang negatif. Sebagai contoh, interaksi antara Tamadun Eropah/ Barat dengan Taadun Islam telah menyebabkan pembunuhan orang Yahudi secara besar-besaran pada kurun ke-9 hingga18 Masihi dan tercetusnya Insiden 911. Interaksi antara Tamadun Eropah dengan Tamadun Melayu dan juga pelbagai tamadun di Malaysia juga membawa kesan-kesan yang negatif. dari segi ekonomi, interaksi antara tamadun Melayu dan Tamadun Eropah telah menyebabkan terdapatnya jurang perbezaan ekonomi antara kaum. Jurang ini berlaku kerana sikap penjajah yang berat sebelah dan tidak mengambil berat aspek kebajikan dan masalah rakyat tempatan. Dari segi sosial pula, campur tangan barat telah menyebabkan sesetengah golongan terlampau kaya dan sesetengah golongan pula sangat miskin. Ini secara tidak langsung menyebabkan pencapaian yang tidak seimbang baik dalam aspek ekonomi, politik ataupun sosial, khususnya pendidikan. Tuntasnya, interaksi antara pelbagai tamadun telah membawa banyak kesan terhadap dunia, sama ada dari segi positif ataupun negatif. Interaksi-interaksi ini penting supaya sesebuah tamadun akan dapat lebih berkembang dan bertambah maju pada masa hadapan.

Rumusan/ Ringkasan: Sekian lama interaksi antara pelbagai tamadun wujud dan melibatkan kesemua aspek seperti perkongsian ilmu, teknologi, pemikiran, agama, institusi, dan keinsanan. Terdapat kesan-kesan positif dan negatif di sebalik interaksi ini. Interaksi antara tamadun-tamadun ini lahir kerana kewujudan semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara tamadun. Walaupun apa bentuk interaksi yang berlaku, setiap tamadun mestikah menyerap dan menerima unsur-unsur baru daripada tamadun asing untuk memajukan diri mereka. Proses penyedutan unsurunsur luar yang telah diasimilasikan dan diadaptasikan dengan kebijaksanaan pemimpin tempatan telah menjadi pemangkin bagi sesebuah tamadun melangkah maju ke tahap yang lebih tinggi.

famchiewgiekppgsn1611

Bibliografi: Arif, S., Noor, A. R. M., Sulaiman, N., Hassan, M. A. & Rawi, A. H. M. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selangor: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Buider, T. (1 Disember 2010). Kepentingan wujudnya interaksi positif dan negatif antara pelbagai tamadun. Dimuat turun pada 18 Januari 2011 dari http://treebuilder.blogspot.com/2010/12/kepentingan-wujudnya-interaksipositif.html Siri Teks Pengajian Tinggi Tamadun Islam dan Tamadun Melayu. (2006). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

famchiewgiekppgsn1611

Anda mungkin juga menyukai