Anda di halaman 1dari 39

ISU-ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT

DEFINISI HEGEMONI
Istilah hegemoni berasal daripada istilah yunani, hegeisthai (to lead). Konsep hegemoni banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa.

Perkataan hegemoni dalam perkataan Inggeris hegemony membawa maksud pengaruh atau penguasaan. Perkataan hegemoni dalam kamus bermaksud pengaruh atau dominasi ini merangkumi pelbagai sudut seperti politik,ekonomi, sosial,budaya,ketenteraan, pendidikan, pendidikan,perundangan dan sebagainya.

Secara jelas hegemoni sebenarnya bermaksud dominasi oleh satu kelompok terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi diterima sebagai sesuatu yang wajar (common sense).

Dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik dan budaya dari kelompok dominan (kelompok yang berkuasa). Perluasan pengaruh ke atas negara lain telah digunakan oleh Amerika Syarikat sebagai dasar untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan sateliti dalam meluaskan jaringan pengaruhnya.

Penjajahan bentuk baru ini telah bermula selepas bermulanya perang ekonomi, intelektual, diplomatik, budaya dan ideologi. Contoh: Barat terus menuduh kumpulan Islam al-Qaeda yg dipimpin Osama. Amerika telah menggerakkan kuasa ketenteraannya di bumi Asia Barat dengan alasan ingin menghapuskan kumpulan pengganas ini.

Hegemoni barat dalam politik dan sosial adalah untuk mengukuhkan kedudukan, mengetengahkan idea Islam ganas, ekstrim, fanatik, tiada toleransi dan Islamlah yang bertanggungjawab atas segala keganasan dunia hari ini.

PENGENALAN
Dominasi Tamadun Barat sampai ke kemuncaknya, apabila Gerakan Zionis dengan kekuatan ekonomi, media dan politik di Amerika Syarikat dan Eropah mengambil alih hegemoni tersebut dan digantikan dengan Tamadun YahudiZionis yang mencengkam dunia sehingga saat ini.

Tamadun Zionis-Yahudi Abad 21 menderitai krisis kemanusiaan yang parah akibat daripada hegemoni Zionis-Yahudi yang menunggangi Amerika Syarikat untuk meneruskan agenda Zionis mencengkam dunia.

Sebagaimana kaum Aus dan Khazraj diadu domba oleh masyarakat Yahudi di Madinah sebelum kedatangan Islam, begitulah yang sedang berlaku pada masa kini. Mereka kini mengadu domba umat Islam dan Kristian Barat dengan pelbagai cara melalui kekuatan yang ada. Dengan penguasaan media cetak dan elektronik, mereka memastikan agenda pemusuhan diteruskan di samping melemahkan generasi muda dengan budaya hedonistik dan satanik.

Allah berfirman, Sesungguhnya engkau dapati yang paling keras memusuhi orangorang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang yang mempersekutukan Tuhan". (Al-Maidah 5:82) "Dan telah Kami buat keputusan untuk Bani Israel di dalam kitab: Sesungguhnya kamu akan membuat bencana di muka bumi dua kali, dan kamu menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar. (Al-Isra' 17:4)

Media

Sosial

Realiti hegemoni barat dan globalisasi kini

Ekonomi

Politik

MEDIA

Globalisasi yang diperkenalkan oleh Barat menjadikan media komunikasi sebagai alat utama yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Oleh kerana Barat menguasai media komunikasi dunia, segala berita dan maklumat yang disiarkan di seluruh dunia adalah lebih berpihak kepada mereka dan menindas mana-mana negara yang tidak bersekongkol dengan mereka khususnya negara-negara Islam.

Media massa kapitalis di Barat dan sosialis di Timur telah mempengaruhi sepenuhnya media-massa yang ada di dalam masyarakat Islam dan Arab. Program-program yang menyebarkan kejahatan, memberi galakan untuk melakukan jenayah, menimbulkan keraguan terhadap akidah dan menghancurkan akhlak dan nilai-nilai yang murni akan dipilih untuk ditayangkan.

Contoh: Agensi berita antarabangsa terutamanya dari Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa antarabangsa di olah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Amerika Syarikat memperoleh pendapatan melalui perkembangan ini sebanyak 20 bilion ( US dolar ) dan 70% adalah langganan luar Amerika Syarikat iaitu dari negara-negara dunia ketiga.

EKONOMI

Globalisasi ekonomi ialah satu kod undangundang ekonomi seragam yang diamalkan dan digunapakai oleh seluruh masyarakat dunia. Ia membawa kepada penghapusan halangan ekonomi antara sebuah negara dengan negara lain pada kadar yang amat pantas terutamanya dalam tiga aspek utama ekonomi iaitu perdagangan, kewangan dan pelaburan.

Globalisasi berlaku dalam ketiga-tiga aspek ini apabila dasar-dasar kerajaan yang mengawal ekonomi asing daripada mempengaruhi ekonomi tempatan semakin longgar dan ekonomi tempatan terpaksa mengikut rentak ekonomi asing yang akhirnya meminggirkan ekonomi tempatan. Ia berlaku dengan mudah akibat perubahan teknologi di mana wang boleh dipindahkan, mata wang diniagakan dan saham boleh dibeli dengan mudah.

Dalam globalisasi ekonomi, kadar mata wang yang tidak tetap dan pasaran modal terbuka menyebabkan spekulasi mula muncul dan membawa kepada manipulasi mata wang dan saham. Ia kemudiannya membawa kepada peranan tiga buah institusi yang benar-benar menyebarkan globalisasi dan menguasai ekonomi dunia iaitu Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

Pemberian bantuan ekonomi kepada negara-negara bermasalah seperti Indonesia, Mexico dan Korea melalui Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) sebenarnya percubaan Amerika Syarikat dalam meluaskan hegemoninya melalui liberalisasi pasaran (Shahrom TM Sulaiman, 2002: 22).

POLITIK

Globalisasi politik juga telah tersebar luas ke seluruh dunia dengan kehebatan penawaran ilmu dan teknologi komunikasi yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Hari ini, politik antarabangsa didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar (super power) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat.

Sebagai contoh keadaan di Iraq pada hari ini. Amerika Syarikat yang mendominasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersamasama dengan negara Rusia, United Kingdom telah campur tangan dalam politik dalaman Iraq.

Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa sarna ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Kashmir, Iraq dan lain-lain, Amerika Syarikat telah terlibat secara langsung dengan menggambarkan diri mereka sebagai 'polis dunia'.

Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi adalah disebabkan kekuatan ketenteraan dan militarinya. Setelah berakhirnya Perang Dingin dan dengan kejatuhan Soviet Union, Amerika Syarikat telah muncul satusatunya kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi.

SOSIAL

Pada hari ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan pengeksportan budayanya. Berlaku pertukaran dan pernyataan simbol yang mencerminkan kehidupan manusia dari segi gaya hidup, kepercayaan, citarasa, dan lain-lain dari Barat ke dunia luar.

Antara cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio-budaya.

Golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Dalam keghairahan untuk mengejar gaya hidup ala Barat, anak-anak muda ini secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah dengan gaya peniruan secara bulat budaya hidup barat.

Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena ini adalah menerusi kesan-kesan globalisasi budaya di bawah : (1) Budaya Makan : Pelbagai jenis makanan Barat telah dapat dinikmati dan semakin popular di seluruh dunia. Contoh:Spaghetti,pizza,pasta, minuman bergas seperti Coca Cola, Pepsi.

(2) Budaya Fesyen : Anak-anak muda semakin ghairah mengikuti segala perubahan fesyen yang berlaku di Barat. Contoh: Maybeline, Christian Dior, Versace, Bonia, Padini, Levis

(4) Budaya Hidup : Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat serta dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat.

(5) Budaya Muzik dan Hiburan : Muzik jazz, rock, disco dan yang terkini muzik 'black metal' telah mula menguasai dunia. Tempat hiburan Disneyland juga diadakan di luar Amerika.

HAK ASASI MANUSIA


Barat menggunakan kuasa tenteranya untuk menguasai negara yang tidak sehaluan dengannya. Tuduhan demi tuduhan tanpa bukti kukuh berterusan dilemparkan kepada umat Islam yang dikatakan menjadi dalangnya. Semenjak itu, umat Islam terus dihujani dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan yang mencemar agama Islam dan pelbagai propaganda yang melampaui batasan.

Dalam melaksanakan dasar luarnya, Amerika Syarikat sering menggunakan prinsip hak asasi manusia sebagai pendekatannya dan sering menghukum negaranegara lain dengan membatalkan bantuan yang diberikannya dalam usaha mempengaruhi negara-negara berkenaan supaya lebih berperikemanusiaan terhadap rakyatnya sendiri.

Dengan menggunakan kuasa Amerika Syarikat, Zionis-Yahudi menindas umat Islam melalui agenda terorisme di seluruh dunia. Peristiwa-peristiwa letupan dan pengeboman di dunia ini dikaitkan dengan pengganasan Islam tanpa bukti-bukti yang lengkap. Orang Islam sewenang-wenangnya ditangkap tanpa bicara manakala pihak media pula mengipas api kebencian terhadap orang Islam.

Punca sebenar kejadian pengeboman berani mati seperti pembunuhan rakyat Palestin oleh rejim Zionis setiap hari tidak diendahkan. Pengeboman ke atas rakyat Afghanistan dan Iraq oleh tentera Amerika Syarikat dianggap korban yang terpaksa ditanggung atas nama hak asasi dan demokrasi. Tragedi 11 September 2001 mula dikatakan sebagai satu pembohongan besar yang sengaja diadakan bagi menghalalkan tindakan Bush untuk terus menyakiti umat Islam.

KRISIS ALAM SEKITAR


Krisis persekitaran atau lebih dikenali sebagai krisis alam sekitar ialah ancaman kepada alam sekitar disebabkan aktiviti korporat dan krisis alam. Krisis alam sekitar berpunca daripada sistem kapitalisme yang mementingkan aspek kebendaan sehingga meminggirkan persoalan kerohanian, agama, nilai, moral dan etika dalam kerangka dan pandangan alamnya.

Akibat penguasaan dunia oleh kuasa barat, kita sekarang mengguna, mengamalkan dan membudaya suatu sistem yang mempunyai krisis dan permasalahan dengan bumi dan alam. Barat yang bermasalah dengan Tuhan dan memusuhi bumi milik-Nya ingin membebaskan dirinya kononnya daripada belenggu Yang Maha Kuasa.

Akibat penjajahan akhirnya umat Islam dan masyarakat dunia ketiga hidup dalam dunia yang bagi Barat adalah tidak bertuhan. Kuasa barat mahu kita melupakan Tuhan dan membangunkan dunia bagaikan syurga dan melupai pengadilan akhirat. Kita menjadi rakus dan menguasai bumi seadanya.

Maka pembangunan yang dibina dan dikembangkan seolah-olah menguasai segala tanah di bumi dan bukan berharmoni dengan alam. Krisis alam sekitar yang berlaku adalah masalah Barat yang kita warisi melalui proses kesejagatan atau globalisasi. Krisis pembangunan rakus yang berteraskan manusia sebagai tuhan bumi melalui pendidikan sekular inilah yang membawa segala krisis alam sekitar sekarang.

Barat telah menjadikan manusia sebagai tuhan bumi untuk dikuasai, dirampas, dijinakkan dan ditundukkan demi kepentingan nafsu serakahnya. Bumi manusia harus diteroka sepenuhnya sehingga tiada tempat untuk Tuhan. Contoh: pembinaan bangunan tanpa mengambil kira faktor muka bumi,pembuangan sisa toksid ke dalam sungai,penebangan hutan.

RUJUKAN
http://noorhistory.blogspot.com/2010/03/he gemoni-barat-dan-globalisasirealiti.html http://www.scribd.com/doc/35937183/Jihad http://www.jomlayan.com/mybb/reformasialam-sekitar-oleh-barat-t-18455.html

Anda mungkin juga menyukai