Anda di halaman 1dari 69

Waj 3101:Tamadun islam dam asia(titas) Tajuk 3: Interaksi antara pelbagai tamadun (Melayu, Cina, India dan Jepun)

Isi Kandungan
1. Pengenalan tentang interaksi antara pelbagai tamadun 2. Nilai-nilai universal antara tamadun 3. Persamaan dan perbezaan antara tamadun 4. Contoh-contoh interaksi dalam sejarah(bahasa, kesenian dan kesusasteraan)

Pengenalan

Membawa maksud hubungan, pertemuan,komunikasi


Antara

Individu & individu Individu & masyarakat Masyarakat &masyarakat

Setiap tamadun mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang menyebabkan berlakunya interaksi di antara tamadun-tamadun. Tamadun-tamadun ini tentunya mempunyai pencapaian dan keunikan yang berbeza antara satu sama lain.

Interaksi budaya yang berlaku iaitu bermula dengan proses pembudayaan yang menggabungkan masyarakat berbilang etnik sebelum membentuk interaksi tamadun.
Proses interaksi ini membawa kepada perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan

Terdapat pelbagai cara dan sebab berlakunya interaksi tamadun.Interaksi ini kemudiannya akan melahirkan kesan positif atau negatif kepada tamadun-tamadun yang terlibat. Namun, interaksi antara tamadun sebenarnya dapat memperkayakan tamadun daripada berbagai-bagai aspek dan mengelakkan tamadun itu menjadi jumud yakni kaku dan kolot.

Perdagangan memainkan peranan yang penting dalam proses interaksi antara tamadun.

Apakah itu nilainilai universal?

Ketuhanan dan kerohanian

Menghargai alam sekitar

Menekankan kepada aspek kemanusiaan

Nilai-nilai universal antara tamadun

Kepimpinan yang berteraskan kebijaksanaan dan keadilan


Beretika dalam aspek kehidupan

Mementingkan institusi kekeluargaan

Melayu( Islam)
Tamadun bertunjang dan berpaksikan kepada konsep tauhid. Ini bermaksud bahawa agama merupakan intipati dalam kehidupan bertamadun. Sumber dalam tamadun- sumber naqli (wahyu) menjadi sumber asas manakala sumber aqli(akal) merupakan sumber sekunder yang mana ketetapannya mestilah tidak bercanggah dengan sumber asas. Aspek kerohanian amat dipentingkan. Kerohanian(spiritual) dan kebendaan(material) mestilah seimbang dan bersepadu. Matlamat utamanys ialah mencapai keredhaan Allah, manakala material berfungsi sebagai wasilat/alat penghubung dalam mencapai matlamat utama tersebut.

Cina
Percaya kepada konsep ketuhanan Terdapat banyak agama yang dianuti dalam masyarakat Cina seperti penyembahan nenek moyang, Konfusius, Taoisme dan Buddhisme. Kesemua agama ini menekankan konsep ketuhanan( kecuali Buddhisme ). Konsep tian yang bermaksud langit iaitu merujuk kepada dewa yang terpenting. Dalam Dinasti Chou, tian merujuk kepada makhluk unggul di langit yang mengatur perjalanan hidup dan nasib seseorang, menentukan keamanan dan kesejahteraan serta memberi balasan baik dan buruk. Kepercayaan terhadap konsep ini, mendorong masyarakat mereka mengawal tingkahlaku bagi mengelakkan dari balasan dari tian.

India
Hindu- menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian. Percaya kepada konsep trimurti- Bharma(Tuhan Pencipta),Vishnu(Tuhan Pemelihara) dan Siva(Tuhan Pemusnah). Namun begitu kuasa agung bagi mereka adalah Brahma yang bersifat sat kit ananda. Buddha tidak menekankan konsep ketuhanan kerana ia lahir keran tidak puashati terhadap sistem kasta. Andai ditekankan mereka takut akan mucul golongan Brahmin sebagai perantara Tuhan. Justeru itu ia hanya menekankan konsep kerohanian. Kedua-dua agama ini- percaya kepada konsep karma dan kelahiran semula, di mana seseorang akan hidup semula mengikut balasan perlakuan mereka.

Konsep trimurti

Jepun
Pada mulanya hanya menyembah alam sekeliling, tetapi barangkali dipengaruh oleh China, unsur menyembah nenek moyang dimasukkan. Dengan tidak bernama pada mulanya, akhirnya cara penyembahan ini diberi nama Shinto. Erti Shinto ialah kehendak-kehendak tuhan Apa sahaja yang mengkagumkan dipanggil kami, suatu perkataan yang jika diterjemahkan bermakna tuhan tetapi pada dasarnya bermakna di atas dan lebih tinggi atau mulia. Konsep kedewaan Shinto yang mudah ini hendaklah diingati dalam usaha memehami bagaimana di zaman moden orang Jepun menganggap maharaja-maharaja yang masih hidup dan kesemua perwira Jepun yeng telah terkorban kerana negara sebagai dewa-dewa.

Shinto

Menekankan aspek kemanusiaan


Selain dari perlunya hubungan yang baik dengan Allah, masyarakat Islam juga perlu berbuat baik sesama manusia. Islam menetapkan agar sentiasa menjaga akhlak antara sesama manusia yang merangkumi akhlak dengan ibubapa, guru, kawan ,jiran, sesama Islam dan bukan Islam, malah akhlak terhadap musuh Islam juga perlu dijaga. Juga terikat dengan hak dan tanggungjawab sesama manusia.

Melayu(Islam)

Menekankan aspek kemanusiaan


Konfusius-menekankan konsep ren/jen iaitu kasih sayang dan juga sifat perikemanusiaan. Ia merangkumi kasih sayang terhadap diri sendiri dan juga kepada orang lain. Dengan nilai ini manusia didorong untuk melakukan kebaikan, baik hati dan pemurah sehingga wujud keharmonian masyarkat. Moisme- percaya kepada cinta sejagat(universal love) tanpa mengendahkan hubungan keluarga dan kedudukan. Manusia harus mencintai orang lain seperti meyayangi diri sendiri untuk mengelakkan perselisihan dan jenayah.

Cina

Konfusius

Moisme

Menekankan aspek kemanusiaan


Pentingkan aspek kemanusiaan Kepercayaan kepada konsep karma dan kelahiran semula- mendorong mereka berbuat baik sesama manusia. Konsep Ahimsa- tidak boleh membunuh sesuatu yang bernyawa walaupun binatang untuk mengisi perut- melahirkan konsep kasih sayang sesama manusia

India

Menekankan aspek kemanusiaan


On: satu kewajipan sosial dan psikologi apabila menerima bantuan drpd orang lain. Golongan berkedudukan tinggi akan menjaga kebajikan orang bawahan, orang bawahan berasa terhutang budi.

Jepun

Melayu (Islam)
Pentingkan institusi perkahwinan, berkahwin ikut sunnah nabi kerana ia akan meramaikan generasi Islam Perlu membina keluarga yang sakinah kerana di situ lahirlah individu yang berjati diri mukmin sebenar sebagia generasi pembina tamadun. Terdapat syariat- munakahat dalam mengatur undangundang, hak dan tanggungjawab di dalam institusi keluarga. Tanggungjawab anak mentaati kedua ibu bapa diletakkan selepas taatkan Allah dan rasul.

Cina
Masyarakat tradisional Cina mementingkan konsep kekeluargaan. Mereka menekankan konsep wu lun atau lima hubungan yang merupakan lima hubungan asas manusia bagi membentuk kestabilan masyarakat dan kesejahteraan negara. Antara 3 bentuk hubungan yang berkaitan dengan institusi kekeluargaan iaitu: 1)Antara suami dan isteri 2)Antara bapa dan anak(keluarga dan anak-anak) 3)Antara adik-beradik Konsep ketaatan anak ini atau hsiao amat dipentingkan dalam masyarakat Cina. Ia merujuk kepada tanggungjawab anak kepada ibu bapa antaranya mengikut perintah ibu bapa.

Wu Lun (Lima Hubungan)

India
Unit penting dalam tamadun Matlamat- bentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian di samping menjadi penerus zuriat keturunan. Ikatan kasih sayang penting dalam keluarga Orang yang berumahtangga dianggap sebagai teras masyarakat kerana golongan ini bertanggungjawab melindungi serta menyara golongan manusia lain.

Jepun
Giri: Kewajipan moral (tingkah lakuyg betul utk memperlicinkanhubungan sosial. Pekerja majikan,suami isteri, abang adik dan lain-lain lagi. Ninjo: perikemanusiaan (cinta,simpati, ihsan, persahabatan antaraibu bapa, ana-anak, adik beradik,sahabat handai dan lain-lain lagi

Melayu

Syariat diturunkan Allah sebagai panduan dan mengatur kehidupan agar harmoni. Ianya mengatur hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia. Akhlak-sistem nilai yang menjamin kehidupan yang beretika. Rasulullah diutus sebagai model akhlak yang terbaik kepada manusia.

Cina

Amat menekankan konsep moral dan etika yang perlu dipatuhi masyarakat. Konfusius- menekankan konsep li atau peraturan akhlak dan peraturan kehidupan iaitu: Peraturan perhubungan manusia dengan tuhan Peraturan perhubungan manusia dengan manusia Peraturan perhubungan politik Konfusius menekankan konsep zhong yong iaitu kesederhanaan.

India

Pentingkan etika yang mereka gelar sebagai dharma iaitu peraturan moral bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh seseorang. Masyarakat perlu mematuhi etika yang ditetapkan agar kehidupan barunya lebih baik dan mendapat matlamat dalam mencapai mokhsa

Jepun

Bu-shi-do: kaedah hulubalang atau kesatriaan, ia menekankan kepada kesetiaan mutlak, pengorbanandiri, keadilan, perasaan malu, adab yang halus dan terpuji, kesucian, kesopanan, berjimat cermat,semangat pewira, kehormatan, kasih sayang dan lain-lain lagi yang dianggap positif.

Melayu( Islam)

Sistem dan corak pemerintahan islam seperti asas dalam berpolitik konsep tauhid, risalah dan khalifah. Prinsip politik Islamkeadilan, persamaan, syura, akaunbiliti Sumber dalam politikkitabullah dan sunnah

Cina

Raja-raja Chou mengaitkan diri mereka dengan konsep anak syurga dan mandat dari syurga(raja wakil tuhan di bumi) Menekankan konsep wu lunpihak pemerintah perlu bertanggungjawab ke atas bawahannya manakala golongan rakyat perlu mematuhi perintah pemerintah. Konfucius menegaskan bahawa politik merupakan pengurusan tentang kebenaran dan perlu memerintah berdasarkan akhlak. Menekankan pemerintahan berdasarkan zheng ming

India

Pentingkan pemimpin yang adil dan bertanggungjawab sebagaimana termaktu dalam dharma yang dinamakan rajadharma Rajadharma-meliputi tugas dan tanggungjawab yang diwajibkan bagi seorang pemerintah dalam melindungi undang-undang sosial. Tugas utama raja ialah memerintah demi kebahagiaan rakyat.

Jepun

Golongan pemimpin harus menjaga tingkahlaku dan menjadi contoh yang baik kepada rakyat Pegawai-pegawai pemerintah harus melaksanakan tanggungjawab dengan adil dan saksama Pemerintah harus mendahulukan kepentingan awam daripada kepentingan peribadi

Melayu (Islam) Anugerah Allah yang diamanahkan kepada manusia untuk dieksplotasi sebaik mungkin Alam- tanda kekuasaan Allah Hubungan dengan alam perlu dijaga di samping hubungan dengan Allah untuk mendapat syurga.

Cina Menegaskan perlunya menjaga dengan alam sekitar menganggap bintang di langit sebagai nenek moyang mereka yang menjadi shen/dewa di langit selepas meninggal dunia.

India
Hargai alam malah menganggap ada kuasa dalamnya. Alam sekeliling ada dewa seperti Indra(Tuhan Cuaca), Surya (Tuhan Matahari)Varuna (Tuhan Langit) dan sebagainya Konsep ahisma-mengajar mereka sayangkan binatang hingga hargai naywa mereka Konsep totemismepenyembahan kepada lembu

Jepun
Mempercayai alam sekeliling dikuasai oleh dewa dan mereka juga memuja mereka. Contohnya: Amaterasu(Dewa Matahari), Fujin( Dewa Angin), Raijin(Dewa Kilat)

Dewa alam sekeliling(India)

Indra(Tuhan Cuaca)

Surya(Tuhan Matahari)

Varuna(Tuhan Langit)

Dewa Alam Sekeliling(Jepun)

Amaterasu (Dewa Matahari)

Fujin(Dewa Angin)

Raijin(Dewa Kilat)

Persamaan dan perbezaan antara tamadun

Teologi(agama)

Etika

Politik dan kerajaan

Institusi agama

1. Teologi (agama)
Persamaan
i. Semua agama menekankan konsep ketuhanan. Contohnya : agama Islam, Kristian dan Hindusisme percaya konsep monoteisme. ii. Semua agama mempunyai doktrin dan amalan tertentu. iii. Kristian dan Islam beberapa aspek-aspek tertentu sama seperti konsep syurga, hari pembalasan dll. iv. Beberapa aspek konsep buddhisme dan hinduisme sama seperti kelahiran semula dan karma.
i.

Perbezaan
Manifestasi ketuhanan yang berbeza konsep monoteisme Islam, Kristian, Hindu berbeza Beberapa aspek tertentu. Contohnya,perbezaan antara Hindu dengan Buddhisme,seperti konsep reinkarnasi atau perjelmaan semula. Manifestasi konsep kenabian,amalan ibadah dan konsep hari pembalasan berbeza.

ii.

iii.

ekonomi

pendidikan

keluarga

2.Etika
kesihatan

komuniti

Alam sekitar

Pendidikan
Persamaan
Pendidikan sebagai pembentukan peribadi(Character building),tugas pengembangan sesuatu ilmu yang mulia. Kesedaran ini menjadi satu inner being diberi kepentingan dalam konsep pendidikan Islam,Kristian,Hindu,buddha dan lain-lain. Transformasi dalaman perlu didahulukan.

Perbezaan
Cara transformasi dan elemen yang diutamakan. Contoh : Islam- tauhid peranan penting dalam transformasi manusia. Hindu dan Buddha transformasi sifat dicapai melalui proses mencari diri sendiri(self discovery)

Ekonomi
Persamaan
Kegiatan ekonomi traditional berlaku dalam konteks moral semesta (universal moral) Wujud konsep hak-hak kehidupan.

Perbezaan

Buddhisme wujud hak-hak kehidupan yang termaktub dalam salah satu "eight fold path". Dalam ajaran Islam wujud Halal dan Haram yang mempunyai kaitan dengan akhlak.

Keluarga
Keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat dihayati oleh tamadun tradisional.

Tamadun Cina

Ajaran Confucius tekankan hubungan kasih sayang yang mewujudkan kententeraman dan harmoni dalam masyarakat. 3 dari konsep wu lun (lima hubungan) ialah hubungan yang penting dalam keluarga iaitu hubugan bapa-anak,abang-adik dan suami isteri. Kesetiaan anak kepada bapa = rakyat terhadap maharaja. Amalan menyembah nenek moyang dilahir dari konsep ini.

Tamadun Melayu

Hubungan anak dengan ibu bapa berasaskan hak dan tanggungjawab. Masing-masing mempunyai hak dan tanggungajawab yang digariskan dalam Islam. Keredhaan ibu bapa dikunci keredhaan Allah. Kriteria memilih pasangan ditetapkan untuk keharmonian keluarga.

Tamadun India

Keluarga juga unit penting Pembinaan keluarga bermatlamat mambuat sistem sokongan fizikal dan rohani disamping penerusan zuriat. Ikatan kasih sayang amat penting.

Komuniti

Komuniti atau masyarakat unit penting. Identity individu (pemikiran,pandangan semesta,sikap, perilaku dll) kait rapat dengan komuniti. Identity individu cerminnya komuniti. Lazimnya dibentuk oleh sistem agama dan kepercayaan, nilai moral dan juga bersumberkan agama dan adat resam.

Tamadun Melayu
Wujud hubungan berdasarkan ikatan kerabatan, agama dan kemanusian (termasuk bukan Islam ) Konsep ummah melampaui batasan bangsa, warna kulit atau geografi. Kasih sayang dan bertolak ansur ditekankan untuk wujudkan persaudaraan dan perpaduan. Peranan dan fungsi wanita diletakkan sesuai dengan fitrah dan sifat semulajadi wanita, berbeza dengan pandangan barat yang meletakkan ia sama dengan taraf lelaki. Turut mengiktiraf kedudukan dan hak wanita seperti pemilikan harta dan pencarian ilmu. Berbeza dengan tamdun India Awal amalkan suti. Prinsip egalitarian tidak menerima wujud perhambaan. Tiada perbezaan kecuali takwa.

Tamadun Cina
Dipengaruhi sistem kekekluargaan Cina berasaskan kuasa lelaki dan bapa. Sistem kekeluargaan berasaskan hubungan darah. Sistem kelas ditentukan oleh tahap kemahiran dan pendidikan.

Tamadun India
Peraturan lebih ketat,asaskan sistem kasta yang rigid yang diwarisi dari nenek moyang. Sistem kasta pengaruhi bidang ekonomi, politik dan sosial perundangan. Hubungan sesama anggota dalam komuniti ditekankan oleh konsep Dharma.

Alam Sekitar

Anugerah tuhan Manusia sebagai penjaga

Kesihatan
Kesihatan dipengaruhi alam sekitar. Segala yang wujud saling berhubungan.
Mengubati penyakit memulihkan proses keseimbangan.

C. Politik dan Kerajaan

Falsafah tamadun tradisional tekankan morality atau akhlak sebagai asas kerajaan.

Tamadun Melayu

Politik dan agama tidak boleh dipisahkan. Prinsip pemerintahan keadilan, wasatiyyah ,syurga dan lain-lain.

Tamadun Cina

Ajaran Confucius beri panduan dalam hubungan antara pemerintah dan rakyat. Raja perlu baik moralnya. Tidak anjur menentang raja yang tidak bermoral tetapi akan ditarik oleh Tian ( Maha Agung) melalui pelbagai bala bencana seperti banjir ,perang dan lain-lain.

D. Institusi agama
Wujud institusi keagamaan Berperanaan dalam masyarakat sebagai pusat agama,sosial,ekonomi,politik dan pendidikan. Contoh: i. Tamadun islam masjid = pusat ibadah, ekonomi, pentadbiran, ilmu dan social. ii. Tamadun Cina dan India kuil,pringkat awal turut berfungsi pusat

pendidikan ilmu keagamaan Golongan Brahmin, terpelajar dan


berperanan sebarkan ilmu. Bagi kuil Buddha hal sama berlaku, samisami yang fasih bahasa Pali dan Sanskrit sembar rakayat memahami

ajaran Buddha.

Interaksi antara tamadun dalam sejarah


Interaksi antara tamadun Melayu dengan Tamadun India
Interaksi antara tamadun Melayu dengan Tamadun Cina Interaksi antara tamadun Cina dengan Tamadun India

Interaksi antara tamadun inadengan Tamadun Jepun

Interaksi antara tamadun Melayu dengan Tamadun India


i. Bahasa Dalam bidang bahasa Melayu kemasukan konsep dan idea yang baru yang didukung oleh istilah dan perkataan baru dari budaya India diserap masuk menjadi unsure pinjaman. Sejumlah besar kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan Tamil.

Contohnya:
a. Pinjaman bahasa Sanskrit Dari segi fonologi, aspirasi /h/ dalam Sanskrit digugurkan atau dipindahkan tempat:
Bhumi Bhasa bumi bahasa

Vokal /a/ dalam suku kata pertama diganti dengan e pepet :


Nagaram Danda negara denda

Vokal e pepet disisipkan di tempat gugus konsonan.


Putrah Cakram putera cakera

b. Pinjaman bahasa Tamil Ciri-ciri penyesesuaian juga berlaku ke atas pinjaman bahasa tamil iaitu konsonan retrofleks, ciri kepanjangan vokal dan penggandaan konsonan dihilangkan, Contohnya :
Kappal kapal

ii. Kesenian
Senitari Seni binaan seperti masjid India, semua kubah ke atas merujuk kepada tuhan yang Esa.

iii. Kesusasteraan
Wayang kulit Cerita hikayat seri rama, pendawa Lima

Interaksi antara tamadun Melayu dan tamadun Cina


i. Bahasa Pengaruh tamadun Cina ke dalam tamadun melayu dapat dilihat melalui serapan beberapa istilah dan perkataan Cina ke dalam bahasa Melayu . Contohnya :
1. Makanan dan buahbuahan 2. Pakaian dan barang dagangan 3. Permainan Mesua,cincau,kueh,tauhu Candu,kaci,angklong Congkak,mahjong

Sambungan
Budaya dan Kesenian Kemunculan komuniti Baba dan Nyonya terutama sekali di Melaka dan Cina peranakan di Kelantan suatu interaksi yang ketara dalam masyarakat Melayu. Satu ragam atau dialek bahasa Melayu telah muncul menjadi bahasa pertuturan mereka yang dikenali sebagai Melayu Baba walaupun mereka sendiri mengenalinya sebagai bahasa Melayu sahaja. Dialek Melayu Baba ini diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar dalam perdagangan di kalangan pelbagai kaum dan bangsa bandar-bandar utama di Alam Melayu seperti Melaka, Pulau Pinang, Singapura dan Jakarta.

Kata pinjaman dari bahasa Cina telah banyak terserap dalam bahasa
Melayu terutamanya dari dialek Hokkien iaitu berkaitan dengan adat, kekeluargaan dan agama orang Cina.

ii. Kesenian Seni bina Cina dalam pembinaan masjid seperti masjid Tanjung Kling(Melaka)- seperti pagoda. Seni kaligrafi lukisan cat minyak dan lain-lain

Interaksi antara tamadun Cina dan tamadun India


Bahasa Ilmu fonetik Cina guna pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit dipelajari melalui ajaran Buddhisme. Keseniaan alat muzik Cina yang berasal dari India : pipa dan konghou Kesusasteraan Kitab Buddha juga membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusteraan Cina seperti perbendaharaan kata, tema, gaya den genre.

Interaksi antara tamadun Cina dan tamadun Jepun


Bahasa
Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun. (HIragama Kalakana) Kompilasi Kojiki (rekod purba Jepun) telah menunjukkan gabungan antara tulisan China dan tulisan Jepun. Struktur pembinaan Bandar. Contohnya : Bandar Nara telah dibina mengikut corak dan plan pembinaan Bandar Changan iaitu bandar pemerintahan dalam Dinasti Sui. Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun

Kesenian

Kesusasteraan

Upacara seperti upacara meminum teh dan seni taman. Kemasukan tamadun cina,Konfusianisme,taoisme,dan Buddhisme memerlukan sistem tulisan (hiragama Kalakana).

BIBILOGRAFI
1. Topik 3 : Interaksi antara pelbagai tamadun http://titas-haba.blogspot.com/2008/12/topik-3-interaksi-pelbagaitamadun.html 2. Bab 2: Interaksi antara pelbagai tamadun http://www.dapat.net/MYMALAYSIA/Bab%202%20Interaksi%20Antara%20Tama dun.pdf 3. Nota PISMP : Tamadun Islam dan Tamadun Asia http://notapismp.blogspot.com/2009/04/tamadun-islam-dan tamadunasia.html 4. Interaksi antara pelbagai tamadun (melayu, China dan India) http://611mte.mycikgu.net/Semester%201/Nota%20Portal/WAJ3101 20%5BG1%5D%20Tamadun%20Islam%20dan%20Tamadun%20Asia%20 (TITAS)/resources/341.html 5. E-kuliah : Interaksi antara pelbagai tamadun http://bmm222.blogspot.com/2008/10/bab-2-interaksi-antarapelbagai.html 6. Sazelin Arif, Ahmad Ridzman Mohd Noor ,Nooraini Sulaiman, Mahadi Abu Hassan dan Ali Hafizar Mohamad Rawi,tahun 2007 , Tamadun Islam dan Tamadun Asia , the McGraw Hill Companies

ekian, erima asih

Anda mungkin juga menyukai