Anda di halaman 1dari 38

Isu-Isu Kontemporari

Tamadun Islam dan Barat


1.2 Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
Menghuraikan takrif hegemoni, globalisasi dan Barat
Menganalisis dan menghuraikan isu-isu kontemporari
Tamadun islam dan Barat
Menggariskan kesan perkembangan isu-isu kontemporari
kepada masyarakat dan Negara
1.4 Pengenalan

1.4 Pengenalan
Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh masyarakat
dunia pada hari ini berpunca daripada proses globalisasi
yang melanda seluruh dunia. Globalisasi adalah satu
arus perubahan yang berlaku akibat proses interaksi
yang berlaku antara negara-negara di dunia ini. Pada
masa yang sama globalisasi membuatkan pengaruh,
idea, barangan dan nilai-nilai baru dari luar masuk ke
dalam masyarakat tempatan dengan kadar yang cepat
dan dengan pengubahsuaian yang amat sedikit. Apabila
perkara-perkara baharu ini boleh mempengaruhi (atau
diterima) , ia berkemungkinan mengubah budaya dan
nilai-nilai masyarakat tempatan.
Perubahan yang berlaku akibat arus globalisasi
menimbulkan banyak masalah, terutama sekali
apabila perubahan tersebut bertentangan
dengan nilai-nilai budaya Timur. Perubahan
nilai-nilai budaya secara tidak terkawal boleh
membawa keruntuhan kepada sesuatu
kebudayaan oleh sebab perubahan yang terlalu
cepat dan tidak Kebanyakan masalah yang
dihadapi oleh masyarakat dunia pada hari ini
berpunca daripada proses globalisasi yang
melanda seluruh dunia.
"DUNIA TANPA SEMPADAN"
Globalisasi adalah satu arus perubahan yang
berlaku akibat proses interaksi yang berlaku
antara negara-negara di dunia ini. Pada masa
yang sama globalisasi membuatkan pengaruh,
idea, barangan dan nilai-nilai baru dari luar
masuk ke dalam masyarakat tempatan dengan
kadar yang cepat dan dengan pengubahsuaian
yang amat sedikit. Apabila perkara-perkara
baharu ini boleh mempengaruhi (atau diterima) ,
ia berkemungkinan mengubah budaya dan nilai-
nilai masyarakat tempatan.

Perubahan yang berlaku akibat arus
globalisasi menimbulkan banyak masalah,
terutama sekali apabila perubahan
tersebut bertentangan dengan nilai-nilai
budaya Timur. Perubahan nilai-nilai
budaya secara tidak terkawal boleh
membawa keruntuhan kepada sesuatu
kebudayaan oleh sebab perubahan yang
terlalu cepat dan tidak


terkawal akan mengakibatkan sebahagian
daripada ahli dalam sesuatu budaya
ketinggalan. Perubahan-perubahan akibat
globalisasi ini mengambil perhatian ramai
apabila didapati bahawa sebahagian besar
daripada perubahan ini berkaitan dengan
budaya dan hegemoni Barat. Kita tidak dapat
menafikan bahawa sebahagian besar daripada
perubahan yang terdapat pada hari ini adalah
hasil usaha kebudayaan Barat.
1.5 Hegemoni Barat dan Globalisasi
Sebelum kita meneruskan perbincangan
tentang hegemoni Barat dan globalisasi ,
kita perlu mempunyai pemahaman yang
jelas tentang apa yang dimaksudkan
dengan konsep-konsep hegemoni , Barat
dan globalisasi terlebih dahulu.
Maksud Hegemoni

Hegemoni ialah satu konsep yang datangnya
daripada pemikiran Barat. Konsep itu merujuk
kepada penguasaan menyeluruh
(domination) ataupun kepimpinan satu
Negara ataupun kumpulan dan sebagainya
ke atas Negara atau kumpulan yang lain.
Apabila kita mengambil kira takrif hegemoni
seperti yang difahamkan oleh masyarakat Barat,
kita perlu memahami bahawa hegemoni adalah
penguasaan sesuatu kumpulan manusia ke atas
suatu kumpulan manusia yang lain
Maksud Globalisasi

Istilah global dan globalisasi merujuk kepada idea
tentang dunia tanpa sempadan seolah-olahnya ia
menjadi satu walaupun penduduk berada pada tempat
yang berlainan atau jauh. Menurut Anthony Giddens,
globalisasi boleh didefinisikan sebagai hubungan sosial
serata dunia secara intensif yang mana tindakan pihak
tempatan ditentukan oleh peristiwa yang berlaku
berbatu-batu jauhnya dan juga perkara disebaliknya
(Giddens,A.2000). Menurut Martin Albrow pula,
Globalisasi sebagai proses penduduk dunia
diperbadankan di bawah satu masyarakat dunia,
masyarakat global
Maksud Barat

Selalunya kita menganggap Barat sebagai
masyarakat Barat dan tamadun Barat .
Kita perlu faham bahawa tanggapan ini
amat dipermudah. Masyarakat Barat terdiri
daripada pelbagai kumpulan manusia
yang menetap pada mulanya di Eropah
dan selepas itu berhijrah ke merata-rata
tempat di dunia ini. Pada umumnya ,
masyarakat
Barat terdiri daripada kumpulan manusia
yang tinggal dalam entiti politik yang
sekarang ini kita kenali sebagai Negara-
negara Eropah.
Isu-Isu Kontemporari
Media

Media massa memainkan peranan yang penting dalam
penyebaran maklumat dan informasi khususnya dalam
konteks pembangunan tamadun sesebuah
bangsa.Kesan revolusi teknologi maklumat dan
komunikasi memberi kesan yang besar terhadap cara
hidup masyarakat dunia. Pihak Barat telah berjaya
mendominasi penyebaran maklumat dan berita
antarabangsa melalui kemajuan dan perkembangan
teknologi mereka. Agensi berita Barat mempunyai
pengaruh yang besar dan mereka bebas untuk
mengolah sesuatu berita dan maklumat tentang sesuatu
peristiwa mengikut kaca mata mereka.
Pihak Barat juga menggunakan media mereka
untuk melemparkan pelbagai tuduhan palsu
pada negara-negara Islam bertujuan untuk
mengekalkan,menjamin dan memenuhi segala
kepentingan mereka. Pertubuhan-pertubuhan
Islam yang aktif dalam bidang dakwah juga
menjadi mangsa media Barat. Mereka sering
dikaitkan dengan kegiatan terorisme dan
subversif yang menggugat keamanan
dunia.Oleh sebab itu,kegiatan mereka
diharamkan seperti,Tabligh,Toliban,Mujahidin
dan Ikhwa-nul Muslimin.

Ekonomi

Sistem ekonomi Marx, sistem ekonomi sosialis dan
sistem ekonomi komunis semuanya hasil pemikiran
bijak pandai Barat yang menolak sistem ekonomi
kapitalis ataupun pasaran bebas . Sistem ekonomi
pasaran bebas juga berasal daripada pemikiran Barat.
Terdapat banyak sistem ekonomi yang bukannya hasil
ciptaan masyarakat Barat. Sungguhpun demikian ,
semua daripada sistem ekonomi yang lain ini telah
pupus akibat penggunaan sistem ekonomi pasaran
bebas ciptaan Barat yang telah berjaya dilaksanakan
di seluruh dunia.
Sistem ekonomi pasaran bebas pada
mulanya merupakan satu usaha oleh
masyarakat Eropah untuk mengubah
sistem ekonomi feudal yang terdapat di
Eropah pada awal zaman kebangkitan
semula (atau renaissance). Sistem
ekonomi feudal hancur apabila
diperkenalkan sistem ekonomi pasaran
bebas.

sambungan
Apa kesan terhadap alam ini?
Politik

Perkembangan politik oleh Barat telah lama
berlaku,bermula dengan penjajahan negara-negara
kecil dan yang baru membangun. Ini memberi impak
secara langsung dalam politik,struktur ekonomi dan
nilai sosio-budaya negara-negara terbabit. Pada akhir
penjajahan mereka menggunakan pendekatan baru
untuk terus mendominasi politik dunia melalui
pendekatan globalisasi. Bagi negara Islam
pula,kebanyakkannya telah mendapat kemerdekaan
daripada mana-mana pengaruh.Sungguhpun
begitu,pengaruh dan dominasi barat tidak
hilang,contohnya dalam konteks kebebasan dan hak
untuk membuat keputusan terutama dalam hal politik
dan keselamatan antarabangsa.
Terdapat banyak isu-isu yang berkaitan antara
tamadun Barat dan tamadun Islam yang
menunjukkan ketidakadilan yang berlaku antara
dua tamadun ini,bagaimana umat Islam ditindak
dan sebagainya. Selain itu,juga terdapat
pengaruh barat dalam badan dunia seperti PBB.
Melalui pengaruh barat dalam badan dunia ini
kita dapat mengetahui banyak negara Islam
yang teraniaya dan dikenakan pelbagai tindakan
seperti sekatan ekonomi,perang,pencabulan hak
asasi serta penguasaan mereka dalam hal
politik negara-negara Islam

Sosial

Apabila kita membincangkan sosial dalam konteks
kursus ini , kita lebih melihat kepada sosial sebagai
satu konsep yang diketengahkan dalam bidang
pengajian sosiologi. Pada asalnya sosial adalah satu
perkataan yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris ,
iaitu social. Terdapat dua makna umum bagi
penggunaan biasa perkataan sosial dalam bahasa
Inggeris ; social atau socialable Dalam kebudayaan
dan masyarakat Inggeris, socialable membawa
maksud seseorang yang cuba membuat baik dan
membuat kawan dengan sesiapa sahaja, orang
tersebut dianggap sebagai baik dalam masyakatan
Inggeris
Hak Asasi Manusia

Hak asasi manusia seperti yang difahami dan
dimaksudkan pada hari ini datangnya daripada
warisan sejarah dan kebudayaan masyarakat Eropah.
Pemikiran tentang hak-hak asasi manusia bermula
akibat daripada penindasan masyarakat Eropah dari
segi ekonomi, politik dan agama oleh golongan diraja
dan gereja Khatolik Rom pada suatu masa dahulu.
Perlu difahami bahawa mengikut pemikiran
masyarakat Amerika Syarikat (yang juga diikuti oleh
sebahagian daripada masyarakat Barat) , tiga hak
asasi manusia yang penting ialah kehidupan,
kebebasan dan mengejar kebahagiaan. Hak-hak ini
begitu penting dari sudut pandangan mereka dan
merupakan hak yang dianugerahkan kepada mereka
oleh tuhan.
Hak yang pertama: kehidupan, membawa
maksud bahawa setiap manusia berhak untuk
hidup dan hak ini tidak boleh diambil
daripadanya.Kemunculan hak asasi ini
mungkin daripada masalah penindasan yang
berlaku di Eropah pada satu masa dahulu di
mana pihak raja dan Gereja mempunyai hak
untuk membunuh sesiapa sahaja mengikut
kehendak mereka tanpa sebarang
pembicaraan
Hak yang kedua: kebebasan,bermakna setiap
manusia bebas untuk melakukan apa sahaja
asalkan dia tidak menghalang hak asasi mana-
mana orang lain
Hak yang ketiga: mengejar kebahagiaan ,
sebenarnya adalah kebebasan untuk
mengumpul harta. Masyarakat Barat pada waktu
dahulu tidak bersetuju dengan kuasa Raja dan
kerajaan mereka yang boleh mengenakan
sebarang cukai terhadap mereka tanpa
mendapat persetujuan mereka terlebih dahulu.

Ketiga-tiga hak asasi yang dibincangkan lebih
menjurus kepada hak individu . Ini berkait rapat
dengan pemikiran masyarakat Barat terhadap
kepentingan individu. Kepentingan ini menjadi
penting hasil daripada penolakan masyarakat
Barat terhadap pemikiran kepentingan kumpulan
lebih penting daripada kepentingan individu
yang diamalkan oleh masyarakat Eropah pada
zaman pertengahan Eropah
Perbuatan ini mempunyai nilai yang agak
berbeza dalam masyarakat Melayu yang
menganggap orang yang sosial selalunya
melampaui batasan-batasan kebudayaan
dan oleh yang demikian , orang tersebut
dikatakan tidak baik.



Krisis Alam Sekitar

Krisis alam sekitar yang dihadapi oleh
masyarakat dunia pada waktu kini ada
kaitannya dengan dua pemikiran barat
yang penting, penguasaan manusia
terhadap dunia dan alam sekitar ( humans
dominance over nature) dan manusia
yang terbaik akan terus kekal (survival of
the fittest)
Kedua-dua pemikiran ini muncul daripada satu
tafsiran masyarakat Barat terhadap kitab Injil
berkenaan manusia dan peranannya di dunia
ini. Keadaan yang kita hadapi pada hari ini
adalah berpunca daripada keengganan
sebahagian daripada masyarakat Barat untuk
mengurangkan kegiatan ekonomi mereka ke
atas bumi yang membinasakan alam sekitar
atas dasar mereka berhak melakukannya
Pemikiran kedua masyarakat Barat yang
mempengaruhi krisis alam sekitar adalah
pemikiran mereka terhadap survival of the fittest.
Mengikut pandangan ini,kita tidak sepatutnya
cuba menghalang sesuatu yang sepatutnya
ditentukan oleh alam semula jadi. Kejayaan
manusia mengatasi alam semula jadi akan
membentuk sebuah alam yang lebih sempurna
untuk kehidupan manusia
Alam semula jadi yang tidak mampu menandingi
pencapaian manusia dianggap tidak cukup kuat dan
tidak perlu diselamatkan.
Kedua-dua pemikiran Barat terhadap dunia semula jadi
dan alam sekitar merupakan sebahagiaan daripada satu
pemikiran asas yang menonjolkan manusia sebagai
makhluk yang dipilih oleh tuhan untuk menguasai dunia
ini. Alam persekitaran dan makhluk-makhluk lain yang
mendiaminya tidak penting bagi masyarakat Barat.

Persepsi Jihad
Jihad adalah satu konsep agama Islam yang
murni. Ia merupakan satu cara bagaimana
agama Islam mampu dipertahankan daripada
kemusnahan akibat serangan daripada musuh.
Malangnya , jihad kurang difahami oleh
masyarakat Barat.Mereka menganggap bahawa
jihad sebagai perbuatan pengganas yang cuba
mendapatkan sesuatu yang bertentangan
dengan undang-undang. Masyarakat Barat
menekankan nilai menjaga kehidupan anggota
masyarakatnya daripada terkorban.
Masyarakat Barat juga tidak menerima pemikiran agama
Islam yang bersifat dogmatic (iaitu percaya kepada
sesuatu dan mengikuti kepercayaan itu tanpa
menyoalkan kebenarannya). Kesanggupan berjihad
merupakan satu kesanggupan yang berdasarkan
kepercayaan tanpa bukti nyata. Masyarat Barat kini lebih
senang menerima falsafah sains di mana mereka hanya
percaya kepada perkara-perkara yang boleh dibuktikan
secara nyata. Kesanggupan berjihad dilihat oleh
masyarakat Barat sebagai sesuatu yang tidak boleh
dibuktikan kebenaran dan oleh yang demikian tidak
benar.


Masyarakat Barat menganggap jihad
sebagai perbuatan orang fanatik.
Masyarakat umum di Barat menolak
pemikiran bahawa jihad adalah satu cara
penyelesaian yang bertamadun (civilized)
bagi mereka cara yang terbaik untuk
menyelesaikan sesuatu masalah adalah
melalui proses pendamaian diplomasi.

Etika Dalam sains

Etika dalam penyelidikan sains berkaitan rapat
dengan pemikiran Barat terhadap sains dan
peranannya untuk menolong manusia
memahami dunia di sekeliling mereka. Etika
dalam sains berasaskan kepada satu falsafaah
teras , iaitu kaedah kajian sistematik yang
menggunakan sukatan mutlak. Falsafah ini
menganggap bahawa semua perkara mampu
dikaji oleh manusia menggunakan sukatan
mutlak.


Untuk membolehkan pengetahuan sains terus
berkembang , etika dalam penyelidikan sains
tertumpu kepada kaedah-kaedah dalam sesuatu
kajian tersebut. Semua kajian perlu dijalankan di
dalam keadaan yang terkawal. Seorang
pengkaji mempunyai satu idea bagaimana
sesuatu perkara itu berlaku dan membuat kajian
untuk membuktikan sama ada idea tersebut (
dikenali dengan nama hipotisis) benar atau tidak

Etika dalam penyelidikan sains bertujuan
untuk memastikan kajian-kajian tersebut
berjalan tanpa gangguan yang boleh
memudaratkan kesahihan hasil
penyelidikan itu. Etika dalam penyelidikan
sains bertujuan untuk memastikan kajian-
kajian tersebut berjalan tanpa gangguan
yang boleh memudaratkan kesahihan
hasil penyelidikan itu.


Kesan Perkembangan Kontemporari
Kepada Masyarakat dan Negara
Masalah terbesar yang dihadapi oleh
Malaysia ataupun mana-mana Negara lain
di dunia ini akibat proses globalisasi
adalah perkembangan kontemporari yang
secara langsung dan tidak langsung
memasukkan nilai-nilai masyarakat Barat
ke dalam sistem nilai masyarakat
tempatan.
Kita perlu faham bahawa tidak semua nilai
maasyarakat Barat elok untuk kita,
dikhuatiri adalah kemasukan sebahagian
daripada nilai masyarakat Barat yang
mungkin tidak sesuai untuk masyarakat
tempatan.

Semua nilai yang terdapat di dalam sesuatu kebudayaan itu merupakan satu sistem yang
memberitahu manusia bagaimana untuk berinteraksi di dunia ini. Nilai-nilai ini boleh berubah-ubah
mengikut peralihan zaman. Setiap kumpulan ( dan kebudayaannya) yang wujud pada hari ini
adalah hasil daripada penurunan (atau warisan) sistem nilai daripada generasi yang sebelumnya
kepada generasi yang seterusnya dan telah mengalami proses perubahan sedikit demi sedikit
untuk terus mengekalkan kesesuaiannya dalam kehidupan kita pada hari ini.

Proses globalisasi yang berlaku pada hari ini mendedahkan kita kepada bermacam-macam nilai
dalam masa yang begitu singkat. Ini adalah kerana maklumat dan idea-idea baru bergerak
hamper tanpa halangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain yang membolehkan kita
berhadapan dengan maklumat dan idea baru yang tidak ditapis ataupun diubahsuai dengan nilai-
nilai kebudayaan tempatan. Keadaan globalisasi pada hari ini memaksa kita melakukan
perubahan dengan cepat untuk mengekalkan kesesuaian ( relevancy) sistem nilai (kebudayaan)
kita dengan dunia luar. Perkara ini membuatkan kita menyerap nilai-nilai yang berkemungkinan
tidak sesuai dan bertentangan dengan sistem nilai yang sedia ada.

Masalah yang perlu tetapi sukar untuk dihadapi adalah mengubah sistem nilai yang sedia ada
supaya ia sentiasa relevan dengan keadaan dunia sekarang dan pada waktu yang sama
memastikan semua anggota dalam masyarakat dapat mengikuti perubahan-perubahan yang
berlaku. Inilah masalah yang dihadapi bukan hanya oleh masyarakat Malaysia, tetapi juga oleh
semua masyarakat di dunia ini.


KESIMPULAN
Kebangkitan tamadun Barat selepas
kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol telah
membuka era baru kepada dasar
penguasaan Barat terhadap negara lain
terutamanya negara Islam. Kebangkitan
yang diiringi dengan pelbagai kemajuan
ketenteraan, ekonomi dan kewangan telah
menjadikan Barat sebuah kuasa yang
menggunakan kuasanya untuk
kepentingan diri sendiri. Barat yang
diketuai oleh Amerika Syarikat
menjalankan pelbagai dasar luar yang
kononnya untuk menegakkan keadilan
namun semuanya ternyata hanya retorika
mereka sahaja.
Bagi mereka, sesiapa sahaja yang tidak
menyokong mereka akan dikenakan
pelbagai tindakan antaranya: sekatan
bekalan makanan, perubatan, ekonomi
dan lainlain. Inilah yang dialami oleh
negara-negara Islam yang cuba mencari
keadilan sebenar yang diperkatakan oleh
Barat. Negara-negara miskin dunia tidak
ketinggalan ditindas
"melalui bantuan Tabung Mata Wang
Dunia namun sebenarnya di sebalik
bantuan itu, negara tersebut terus
ditindas.
Inilah senario semasa yang dialami oleh
dunia lebih-Iebih lagi selepas berakhirnya
Perang Dingin di mana kuasa Amerika
Syarikat semakin melampaui batasan.
Lebih-Iebih lagi apabila globalisasi yang
mereka cipta dan war-warkan telah mula
meresap dalam setiap inci kehidupan
manusia di dunia hari ini.

Anda mungkin juga menyukai