Anda di halaman 1dari 23

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

WAJ 3101

PENGENALAN Penghayatan kepada prinsip Kepercayaan kepada Tuhan wajar dipertingkatkan dalamkalangan rakyat Malaysia. Sekiranya setiap warga Malaysia berpegang teguh kepada prinsip ini, masalah sosial dapat dikurangkan. Masalah-masalah sosial yang berlaku membantutkan usaha pembangunan negara kita. Apakah ertinya bangunan pencakar langit tegak berdiri di sini sana, jika di beberapa sudut bandar terdapat sekumpulan penagih dadah yang khayal dalam dunia mereka sendiri? Apalah ertinya pendapatan per kapita yang setanding dengan negara maju jika di lorong-lorong kecil di tengah kotanya, para pelacur sedang menjual tubuh untuk mencari rezeki? Apalah ertinya pendapatan yang tinggi jika ia dihabiskan di meja judi? Dan apalah ertinya jawatan yang tinggi jika ia digunakan untuk mengambil rasuah demi mengejar kemewahan diri? Semua ini tidak patut berlaku di Malaysia sebuah negara yang warganya berpegang kepada kepercayaan beragama. Oleh itu, penghayatan agama perlu diterapkan agar usaha-usaha menangani masalah sosial dapat dilaksanakan dengan baik.

Menurut Kamus Dewan Edisi baru 1989 halaman 1274, Tamadun bermaksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran(sosial, budaya, politik dll) yang tinggi peradaban; 2. negara dan penduduknya yang telah mencapai kemajuan kebendaan serta

perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dll ) yang tinggi; 3. Budaya, cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban; 4. keadaan pemikiran (budaya dan moral ) yang halus, peradaban. Ringkasnya Tamadun ialah perkembangan kemajuan yang lebih baik termasuk dari segi fizikal dan spiritual. Manakala Tamadun Islam pula ialah perkembangan ke arah yang lebih baik dari segi fizikal dan spiritual yang bersumberkan wahyu iaitu Al Quran dan Al Hadis (al Sunnah) yang ditegakkan oleh orang-orang Islam yang terdiri dari berbagai bangsa dan keturunan. Namun begitu tidak bermakna mereka yang bukan Islam tiada sumbangan terhadap ketamadunan Islam. Mereka turut menyumbang dalam menterjemah buku-buku dari tamadun-tamadun sebelum Islam ke dalam bahasa Arab serta sumbangan lain yang tidak bertentangan dengan prinsipprinsip Islam. Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Baru 1989, halaman 786, masyarakat majmuk bermaksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum ( suku bangsa) atau bangsa.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

WAJ 3101

Masyarakat Majmuk ialah: 1.masyarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan tinggal bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup cara berasingan dan tidak bersatu padu dan mempunyai budaya yang tersendiri. (http:fauzynm.tripod.com/Nasihat/Nasihat144/nasihat144.html 19 December 2008, jam 9.45am)

Islam yang menjadi pegangan dan agama anutan telah membawa perubahan besar kepada cara berfikir umat. Islam membawakan konsep keadilan sejagat, keadilan pemerintahan, tanggungjawab pemimpin, hak rakyat, hak asasi manusia berbanding dengan sebelum kedatangan Islam. Ajaran Islam yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah membolehkan pemikiran dan keilmuan Islam terbina dengan disiplin dan peraturan yang meliputi seluruh aspek kehidupan sehingga membentuk identitinya yang tersendiri.

Wujudnya kekuatan intelektual yang dipelopori oleh ulamak Islam dan digabungkan pula dengan kekuatan dan kecerdasan spiritual yang wujud pada diri mereka menjadi asas terpenting bagi pembinaan sebuah tamadun. Islam diturunkan oleh Penciptanya kepada seluruh manusia. Justeru itu Islam adalah milik manusia di mana sahaja mereka berada. Islam adalah pembawa kesejahteraan kepada seluruh alam. Dasar utamanya ialah untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia.

Sebelum membincangkan bagaimana prinsip Tamadun Islam sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk dengan lebih terperinci terlebih dahulu elok kita mengetahui apakah prinsip-prinsip Tamadun Islam. Terdapat lima prinsip dalam Tamadun Islam yang kesemuanya adalah berasaskan Al Quran dan Al Sunnah. Kelima-lima prinsip tersebut ialah memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara maruah dan keturunan, dan yang terakhir ialah memelihara harta.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

WAJ 3101

Rajah 1 : 5 PRINSIP TAMADUN ISLAM

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

WAJ 3101

1.

MEMELIHARA AGAMA

Prinsip Tamadun Islam yang pertama iaitu memelihara agama amat sesuai diamalkan kerana Islam menjamin suasana selesa bagi memupuk keharmonian hidup beragama dalam sesebuah masyarakat majmuk.

Masyarakat majmuk tidak asing bagi Islam. Firman Allah S.W.T yang berbunyi :

Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak semoga kamu dapat kenal mengenali antara satu sama lain: (Al-Hujurat, ayat 13)

Dan di antara tanda-tandaNya ialah kejadian penciptaan langit dan bumi dan kepelbagaian bahasa dan warna kulit di kalangan kamu, sesungguhnya ia adalah menjadi bukti bagi mereka yang berilmu (Al-Rum, ayat 22)

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

WAJ 3101

Islam juga mengakui kewujudan pelbagai agama selain daripada Islam seperti yang ternyata di dalam Al-Quran :

Dan jika dikehendaki Tuhanmu, tentu beriman semua manusia yang ada di bumi; lantaran itu patutkah engkau (Muhammad) hendak paksa manusia sampai mereka menjadi muminin (beriman) (Surah Yunus, ayat 99)

Dan kalau Allah mahu, nescaya Ia jadikan kamu (semua) satu umat, tetapi ia sesatkan siapa yang ia kehendaki dan Ia pimpin siapa yang Ia kehendaki; dan kamu akan ditanya darihal sesuatu yang kamu telah kerjakan: (Surah al-Nahl, ayat 93)

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

WAJ 3101

Tidak ada paksa dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Baqarah ayat 256)

Ayat-ayat di atas menjelaskan bahawa dalam soal fahaman dan anutan agama seseorang tidak boleh memaksa seseorang untuk mengikuti fahaman agamanya. Islam memberi kebebasan untuk memilih agama yang diyakini. Orang bukan Islam bebas menganut agama yang mereka yakini dan bebas mengamalkannya. Islam mengiktiraf kemampuan manusia berbanding dengan makhluk lain untuk menggunakan akalnya dengan memberikan kebebasan untuk membeza dan memilih mana satu yang benar dan mana satu yang salah. Islam juga memberi seluas-luasnya ruang kepada kekuatan intelek untuk melakukan penelitian dengan hujah-hujah ilmiah untuk mencapai kebenaran. Ini membuktikan Islam memberi peluang kepada masyarakat pelbagai bangsa dan agama bukan sekadar berinteraksi dalam urusan harian, malah dalam perbincangan tentang keilmuan serta soal kepercayaan dan akidah.

Islam menyediakan cara hidup bermasyarakat berbilang kaum dan agama. Prinsip toleransi beragama, kebebasan beragama, sikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain yang berlainan anutan agama adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang wajib dilaksanakan. Sekiranya semua pihak yang berlainan agama ini benar-benar memahami agamanya tentu mereka
Semangat perpaduan antara kaum dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi.

akan mengamalkan ajaran agamanya dengan sebaik-baiknya. Dalam waktu yang sama Islam

menggalakkan dan sentiasa memberi ruang dan kesempatan untuk semua pihak yang berbeza agama ini berinteraksi bagi berbincang tentang fahaman masing-masing yang tidak bertentangan dengan prinsip agama masing-masing supaya lahir suasana yang harmoni

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

WAJ 3101

dan saling hormat-menghormati. Kesimpulannya setiap penganut agama mestilah memahami dengan sebaik-baiknya ajaran agama yang dianutinya dan beramal dengannya.

Ini jelas menunjukkan betapa Tamadun Islam sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk kerana Islam sentiasa menekankan kepentingan mendalami ilmu agama dan mengamalkannya demi menjamin keharmonian masyarakat di samping kesucian agama yang akan tetap terpelihara. Menurut fahaman Buddha : Shidharta Gautama I was not taught to make you as my disciples. Im not interested to make you become my disciples. Im not interested to break a long relationship with your teacher. Im even not interested to change your goals, because everyone wants to escape from suffering. Try what have I found this, and judge by yourself. If its good for you, take it. If not, do not accept.

Aku tidak mengajar untuk menjadikanmu sebagai murid-Ku. Aku tidak tertarik untuk membuatmu menjadi murid-Ku. Aku tidak tertarik untuk memutuskan hubunganmu dengan gurumu yang lama. Aku bahkan tidak tertarik untuk mengubah tujuanmu, karena setiap orang ingin lepas dari penderitaan.

Cubalah apa yang telah Kutemukan ini, dan nilailah oleh dirimu sendiri. Jika itu baik bagimu, terimalah. Jika tidak, janganlah engkau terima.

The Buddha(Digha Nikaya 25; Patika Vagga;Udumbarika-Shanda Sutta)

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

WAJ 3101

Inilah ciri yang perlu difikirkan, juga mengambil kebijakan dari non islam yang ternyata juga nilainya juga masih islami. Beragama Islam dengan kesedaran bahawa memang Islam terbukti benar. Bukannya beragama karena ikut-ikutan semata.Islam mengakui wujudnya agama lain namun begitu ini tidak bermakna Islam mengakui kebenaran agama-agama tersebut. Di dalam Islam tidak ada kompromi dalam soal akidah namun dalam soal-soal lain Islam menggalakkan umatnya berinteraksi dengan kelompok-kelompok berlainan agama.Kebebasan pribadi adalah hak paling asasi bagi manusia, dan kebebasan paling suci adalah kebebasan beragama dan menjalankan agamanya, selama tidak mengganggu hak-hak orang lain.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

WAJ 3101

2.

MEMELIHARA NYAWA

Prinsip seterusnya yang akan kita bincangkan ialah memelihara nyawa. Islam mewajibkan umatnya menjaga keselamatan dan

mengharamkan perkara atau perbuatan yang boleh membahayakan nyawa. Merokok dan menyalahguna dadah adalah dilarang kerana ia merosakkan kesihatan Merokok dan akan

membahayakan

nyawa.

merosakkan paru-paru dan hati perokok serta orang-orang yang terhidu asap rokok. Paru-paru dan hati yang rosak boleh
Kandungan sebatang rokok yang boleh membahayakan kesihatan.

menyebabkan

kematian.

Penyalahgunaan

dadah akan merosakkan seluruh sistem saraf dan boleh menyebabkan kematian. Hukum atau larangan khusus daripada Al-Quran atau Hadis Rasulullah

(S.A.W.) melarang setiap muslim mendekati perbuatan-perbuatan yang keji dan merosakkan diri. Oleh kerana Islam sentiasa memuliakan umatnya dan menganjurkan kerhidupan yang sejahtera, maka larangan-larangan keras telah dimeterikan supaya setiap individu tidak terjebak di dalam kebinasaan.Ini dapat dibayangkan melalui Firman Allah s.a.w dalam surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud:

Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan Surah Al-Baqarah ayat 195

Dadah juga menghancurkan rumahtangga , keluarga yang dinaungi oleh ketua yang menggunakan atau menagih dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan

masalah.Antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan keluarga, bahkan memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli bekalan dadah.Sebagai ketua keluarga, islam menitik beratkan kehidupan anggota keluarga perlu dipelihara sebaikbaiknya.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

WAJ 3101

Firman Allah s.a.w dalam Surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : peliharalah diri dan keluarga kamu daripada api neraka Surah At-Tahrim ayat 6

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang dibawahnya. Riwayat ahmad dan abu Daud.

Mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al Sabiq (bekas Mufti

Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, "Fatwa Al-Syariiyah" (mukasurat 184), bahawa dadah adalah haram

hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh Al Islam Ibn Taimiyah dari Ulamak Bahayanya dadah adalah salah satu tajuk yang diserapkan dalam sukatan kurikulum di Malaysia. Hambali.Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah membuat fatwanya berdasarkan kepada

berapa aspek antaranya, dadah boleh memabukkan dan berbahaya kepada manusia dan seluruhnya, maka dadah termasuklah dalam kategori Hadis:-

Ertinya : "Tiap-tiap yang memabukkan adalah haram" (Hadis Bukhari dan Muslim)

Dan tiap-tiap benda yang memabukkan walau dari apa jenis sekalipun ianya dinamakan juga "khamar".

10

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

WAJ 3101

Membuli dan membunuh tanpa sebab merupakan dosa besar. Membunuh diri juga merupakan dosa besar dan akan ditimpa azab di akhirat nanti. Perselisihan, perbalahan atau pergaduhan sangat dilarang kerana ia akan merosakkan keharmonian dan mungkin menyebabkan pembunuhan dan kehilangan nyawa. Justeru itu Islam amat menekankan cara hidup yang harmoni.

Sebagai contoh keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia ialah hasil peranan Islam sebagai unsur terpenting kerana orang Melayu yang majoritinya beragama Islam, mempunyai kekuatan rohani dan intelek yang membolehkan mereka

membina berinteraksi

kemahiran dengan

berkomunikasi, sesiapa sahaja

termasuk orang asing. Budaya yang berlandaskan Islam telah membentuk ciri-ciri
Perhimpunan Bersih yang dianjurkan oleh sesetengah pihak pada 9 Julai 2011 yang lalu boleh mengakibatkan rusuhan dan perpecahan antara kaum.

kelembutan, empati

mudah dan

bersahabat,

bertimbangrasa serta bertolak ansur. Ini menjamin keamanan dan mengelakkan

perbalahan dan peperangan. Keharmonian dan keamanan menjamin nyawa terpelihara.

Islam

juga

bersifat nyawa.

anjal.

Islam

mewajibkan perkara

umatnya atau

berusaha itu

untuk boleh

mempertahankan

Sekiranya

sesuatu

perbuatan

menyelamatkan nyawa, walau pada awalnya hukumnya haram ia boleh dilakukan. Contohnya dalam bidang perubatan, ubat berbentuk cecair yang digunakan untuk merawat penyakit jantung adalah diambil dari babi yang kita sedia maklum akan hukum haramnya, namun jika ia dapat menyelamatkan nyawa pesakit ia adalah dibenarkan. Ia pastinya bersesuaian dan mudah diterima di kalangan masyarakat majmuk.

11

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

WAJ 3101

Contoh kedua ialah penggunaan alkohol dalam minyak wangi.Alkohol adalah bersih zatnya menurut pendapat sebahagian ulama (Ahmad Syakir, Muhammad Rashid Redo, Muhammad Tohir bin Asyur dan lain2).Oleh kerana yang demikian, dibolehkan

mengeluarkan produk minyak wangi yang Antara produk minyak wangi yang dibenarkan dalam islam. beralkohol dan memakainya. Ini kerana ia termasuk dalam perhiasan dan kesenangan dunia yang dibenarkan oleh Islam.

Firman Allah s.w.t: "Katakanlah wahai Muhammad; siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah dan rezekirezeki yang baik-baik yang mana Allah keluarkan untuk hamba-hambanya.Tidak harus berubat dengan bahan-bahan yang telah diharamkan di setiap keadaan. Wajib berikhtiar untuk mendapat ubat yang halal ketika berubat.

Keharusan untuk berubat dengan benda yang haram hanyalah pada ketika dharurat: iaitu ketika diyakini sipesakit akan binasa atau pun akan binasa salah satu daripada anggota-anggotanya, jika tidak diubati dengan menggunakan benda-benda haram kerana sudah tidak ada ubat-ubat lain.

Berdasarkan pernyataan di atas, dapat disimpulkan pertamanya, setiap perkara yang berhubung dengan kehidupan dan kawalannya adalah wajib seperti memelihara kesihatan,melawan penyakit dan melawan wabak untuk mengawal hidup. Kedua, setiap perkara yang boleh memudaratkan atau merosakkant ubuh badan manusia atau mengancam nyawa kehidupan atau melemahkannya adalah haram seperti mabuk (meminum minuman keras, menghisap dadah), memakan benda yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan tubuh badan dan yang membawa kepada lemah anggota untuk melakukan ibadat kepada Allah s.w.t.

12

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

WAJ 3101

Sabda Rasulullahs.a.w. yang bermaksud: Sesungguhnya terhadap dirikamu, kamu ada mempunyai hak,dan terhadap tubuh kamu, kamu mempunyai hak. Diriwayatkan oleh Bukhari.

Ketiga, setiap perkara yang bermatlamat untuk kehidupan seperti makan dan minum, pakaian dan sebagainya, sebagaimana firman Allahs.w.t. yang bermaksud:

Makan dan minumlah kamu, tetapi jangan melampaui batas . Surah Al-A'raaf: Ayat 31.

Dan keempat, setiap perkara yang boleh mengelakkan daripada kematian adalah wajib dilakukan seperti seseorang yang terlampau lapar atau dahaga yang dikhuatiri akan membawa maut, maka wajiblah ia minum atau makan yang asalnya dilarang atau diharamkan (babi, anjing), kiranya dengan perbuatan itu dapat menghindarkan diri daripada kematian.

13

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

WAJ 3101

3.

MEMELIHARA AKAL

Prinsip ke tiga Tamadun Islam ialah memelihara akal. Dalam konteks ini, Islam sangat mengambil berat tentang pemeliharaan akal fikiran. Pemeliharaan akal fikiran wajib ke atas manusia kerana membawa kesempurnaan akal, dan ini menunjukkan kesempurnaan makhluk manusia daripada makhluk-makhluk lain. Oleh itu, Islam telah menggariskan beberapa panduan agar akal fikiran

manusia berfikiran baik dan terkawal. Dalam Islam, diwajibkan ke atas setiap penganutnya supaya menuntut ilmu

pengetahuan sebanyak mungkin tanpa dibatasi oleh had masa, tempat atau bangsa.

Ini ditegaskan oleh sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad . Diriwayatkan oleh Muslim

Bersesuaian dengan kewajipan menuntut ilmu, tidak terdapat tempat dalam Islam kepada orang-orang yang jahil,seperti yang ditegaskan dalam hadis Rasulullah s.w.t. yang bermaksud:

Manusia itu ada dua golongan; orang pandai dan pelajar, tidak ada kebajikan selain daripada kedua-duanya. Diriwayatkan oleh Muslim

Perkara-perkara yang menyentuh tentang cara serta makanan dan minuman yang baik untuk kesihatan tubuh badan dan akal fikiran juga diajarkan dalam Islam. Di dalam Al Quran ada dinyatakan tentang kebaikan pengambilan madu lebah sebagai ubat yang paling mujarab untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Menjaga kesihatan menjadi kewajipan 14

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

WAJ 3101

umat Islam. Adab makan juga diajarkan di dalam Islam. Contohnya sebelum makan mestilah mencuci tangan supaya kekotoran pada tangan dapat dibersihkan. Islam juga

mengesyurkan memegang makanan menggunakan tangan kanan kerana tangan kanan mengandungi kimia yang membantu penghazaman makanan. Selain itu, makan yang paling sedap ialah makanan yang disulami oleh doa makan.Tujuannya apa yang kita lakukan mestilah kerana Allah Taala.

"Ya Allah, berkatilah rezeki kami dengan apa yang kau telah berikan kepada kami dan jauhi dari seksa neraka. Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani." (Riwayat Ibnu Sunni)

Makanan yang mudah hazam menjamin kesihatan tubuh badan seterusnya menyihatkan fikiran dan akal. Tubuh badan yang sihat akan menjamin akal yang sihat ke arah membina negara dan menegakkan agama.

Makanan yang dimakan atau minuman yang diminum hendaklah yang halal yang terhasil dari usaha yang halal kerana makanan dan minuman ini akan menjadi darah dan daging serta menjana minda. Makanan atau minuman yang haram akan mengotorkan jiwa dan merosakkan akal.

Hendaklah perut itu dipaksa jangan sampai senang kepada kerakusan, sedikit sahaja makan dan itupun yang halal sahaja, menjauhi perkara-perkara syubhat dan dilarang untuk mengikut syahwat sehingga tidak mengenal batas. (Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi; Intipati Ihya Ulumuddin Pengajaran Bagi Orang-orang Mukmin, halaman 1364 ) 15

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

WAJ 3101

Islam juga mengajar adab melakukan pekerjaaan. Islam mengajar umatnya memulakan langkah dengan kaki kanan kerana pergerakan anggota kanan akan mengaktifkan otak kiri. Otak kiri yang aktif akan melahirkan insan yang cerdik serta kuat ingatan dan akalnya. Melakukan perkara yang merosakkan diri juga adalah dilarang. Contohnya minum arak, ia dilarang kerana boleh menyebabkan mabuk dan merosakkan akal. Mabuk dan akal yang rosak ini menjadikan manusia tidak siuman seterusnya menggalakkan mereka melakukan kemudaratan kepada diri, orang lain serta

persekitarannya.Selain itu, kita juga tidak digalakkan membaca bahan yang tidak baik ( yang merosakkan akidah dan akhlak ) , menonton bahan lucah semata-mata untuk mencari keseronokkan. Oleh itu,untuk lebih menjamin kewarasan akal, Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu demi meningkatkan tahap pemikiran. Umat Islam digalakkan menimba ilmu sebanyakbanyaknya walau di manapun supaya dengan ilmu yang dimiliki akal akan terpelihara seterusnya menghindar diri dari melakukan perkara-perkara yang menyalahi norma masyarakat serta ditegah oleh agama. Malah mencari ilmu itu merupakan satu ibadat dan jihad di dalam Islam. Tidak syak lagi ia bersesuaian dengan nilai agama lain dan sesuai diamalkan oleh semua orang. Islam menggalakkan pemikiran yang berbentuk takwa, ketauhidan kepadaAllah s.w.t., fikiran yang terbuka dan lapang serta bersih daripada segala unsur keburukan, kepalsuan, khayalan, keraguan dan was-was. Fikiran negatif ini memungkinkan

pelaksanaan tingkah laku negatif dalamkehidupan manusia yang tidak selaras dengan ajaran Islam. Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. melalui firman-Nya, yang bermaksud:

Perumpamaan-perumpamaan itu Kami adakan untuk manusia, tetapi tidak difahaminya, kamilah orang-orang yang pandai. Surah Al- 'Ankabuut: Ayat 43

16

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

WAJ 3101

4.

MEMELIHARA MARUAH DAN KETURUNAN

Prinsip Tamadun Islam yang ke empat ialah memelihara maruah dan keturunan. Allah s.w.t., Pencipta Yang Maha Berkuasa telah mencipta manusia sebaik-baik makhluk-Nya di dunia, dan kehormatannya telah tetap dengan sifat insan Bani Adam tanpa diambil kira agama, asal keturunan, bahasa dan keadaannya. Kehormatan bagi setiap manusia itu menentukan tiap-tiap

seseorang mendapat hak yang sama terhadap kehormatan diri, kedudukan maruah, habuan dan sebagainya.Maka itu, diturunkan segala peraturan dan hukum yang menyentuh semua manusia tanpa pengecualiannya. Mereka sama-sama dihukum dan sama-sama diberi pengajaran. Allah s.w.t. telah menjelaskan dengan terang fungsi manusia itu dalam firman-Nya yang bermaksud:

Dan sesungguhnyamanusia itu tidak akan dapat, melainkan menuntut apa yang telah Diusahakannya. Surah An-Najm:halaman 31 Ayat 39

Islam mendidik umatnya untuk sentiasa memelihara maruah dan keturunan. Islam mengharamkan zina demi mengelakkan keturunan yang tidak menentu nasabnya. Islam juga mengharamkan zina bagi mengelakkan tersebarnya penyakit berjangkit yang berkaitan hubungan kelamin secara rambang. Contohnya di Malaysia kini pasangan Islam yang akan berkahwin diwajibkan untuk mengikuti kursus perkahwinan dan mulai tahun hadapan iaitu tahun 2009 mereka perlu menjalani ujian HIV (Warta 12, RTM 1, 23 Desember 2008). Ini adalah untuk memastikan bakal-bakal suami isteri mempunyai ilmu yang secukupnya untuk mengendali sebuah keluarga seterusnya melahirkan zuriat yang berakhlak mulia, sihat tubuh badan dan akal serta mampu menegakkan syariat Islam.

17

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

WAJ 3101

Valentine Daybudaya atau keseronokkan?? Punca penyumbang banyaknya bayi yang lahir tanpa ikatan yang sah. Apakah tindakan anda sebagai seorang islam??

Islam telah mengiktiraf perkahwinan poligami namun ia tidak diwajibkan dan bukan sesuatu yang digalakkan. Poligami dibenarkan adalah demi memelihara maruah dan keturunan zuriat yang bakal dilahirkan. Ini berbeza dengan fahaman lain selain Islam. Contohnya di Barat, poligami tidak dibenarkan tetapi

undang-undang membenarkan lelaki dan perempuan hidup bersekedudukan.

Akibatnya lahirlah anak-anak luar nikah yang tidak tentu keturunannya serta merebaknya penyakit berjangkit seperti AIDS atau penyakit kelamin yang lain. Seterusnya terbentuklah masyarakat yang rosak akhlaknya dan tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Justeru itu tidak syak lagi prinsip Tamadun Islam sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk. Masyarakat bukan Islam boleh juga melaksanakan peraturan seperti masyarakat Islam negara ini yang

18

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

WAJ 3101

mewajibkan pasangan yang bakal berkahwin mengikuti kursus perkahwinan dan menjalani ujian HIV. Ini akan memelihara maruah dan keturunan mereka. Hakikatnya,Rasulullah s.w.t. juga ada menerangkan bahawa seluruh umat manusia adalah berasal daripada satu bapa dan satu ibu. Sabda baginda yang bermaksud:

Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kamu satu(tunggal) dan kamu sekalian berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

Kesimpulannya, dengan undang-undang dan peraturan-peraturan ini, manusia dapat menjalinkan roh kerjasama di antara seluruh anggota masyarakat. Setiap orang mempunyai kewajipan masing-masing untuk membina masyarakat dan mempunyai kehormatan sebagai manusia tanpa pengecualian.Jaminan tegas mempertahankan kehormatan ini jelas terkandung di dalam pidato terakhir Rasulullah s.a.w. di Padang Arafah. Sabda baginda bermaksud:

Sesungguhnya, nyawa, harta dan kehormatan kamu adalah suci, seperti kesuciannya hari haji ini. Diriwayatkan oleh Bukhari

Oleh itu penekanan dalam pemeliharaan keturunan wajib diberi perhatian. Untuk itu,terdapat undang-undang dan peraturan-peraturan dalam urusan nikah perkahwinan dengan lengkap, semata-mata untuk menjamin keturunan manusia yang sejati dan benar. Segala larangan terhadap perkara-perkara negatif seperti perzinaan, seks bebas, hubungan di luar tabii (liwat) dan sebagainya adalah untuk memelihara kehormatan dan kemuliaan keturunan manusia daripada sifat-sifat kebinatangan.

19

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

WAJ 3101

5.

MEMELIHARA HARTA.

Prinsip Tamadun Islam yang terakhir ialah memelihara harta. Dalam konteks ini, Islam telah menetapkan dan memberikan garis panduan mengenai hak untuk memiliki harta benda dan kewajipan untuk mempertahankan haknya. Di samping itu, Islam melalui kaedah ilmu faraid telah menggariskan cara untuk menafkahkan harta tersebut secara halal mengikul fitrah manusia sendiri. Dalam usaha memenuhi kehidupan dari aspek pemilikan harta benda,semua orang dituntut mencan haluan hidup dan pencanan rezeki kehidupan adalah terbuka kepada semua orang. Kekayaan di dunia ini tidak ditentukan kepada sesuatu golongan sahaja, malah tiap-tiap orang hendaklah berusaha menurut tenaga kemampuan dan kebolehan masing-masing.Allah s.w.t. meluaskan bidang memiliki harta benda seluas-luasnya kepada makhluk-Nya di dunia tanpa sekatan yang di luar tabii manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Allah yang telah memudahkan bagi kamu akan lautan, supaya kamu holeh berjalan padanya dengan kapal-kapal dengan izin-Nya, dan supaya kamu boleh mencari daripada kekayaannya,dan supaya kamu berterima kasih, dan la telah memudahkan kamu apa-apa yang di langit dan apa-apa yang di bumi semuanya. Surah Al-Jaatsiyah: Ayat 12-13

Setiap individu berhak mencari rezeki masing-masing serta berusaha untuk mendapat, mengumpul dan menggunakan harta benda mereka secara bebas mengikut kemampuan masing-masing selagi tidak melanggar norma masyarakat dan agama. Harta atau kekayaan yang diperoleh dari usaha sendiri dengan cara yang halal berhak dipelihara dan dipertahankan. Tiada sesiapa berhak mengambil tanpa izin pemiliknya. Mereka yang memelihara hartanya akan diberi pahala oleh Allah S.W.T.Walau bagaimanapun, dalam mencari dan mengumpul harta, kita tidak seharusnya meninggalkan yang wajib.yang wajib perlu dilaksanakan demi mencari keberkatan dan keredhaan Allah.

20

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

WAJ 3101

Di Malaysia yang agama rasminya ialah agama Islam, sistem ekonomi alternatif yang serasi dengan nilai Islam

diperkenalkan. Prinsip dan amalan nilai Islam juga diterapkan dalam pentadbiran. Usaha membanteras Program rasuah juga

dijalankan. Rasuah atau riba..??

membasmi

kemiskinan, mewujudkan keadilan sosial, meningkatkan produktiviti, mewujudkan

masyarakat berintegriti, pengukuhan institusi keluarga, penekanan kepada pendidikan dan pencapaian ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi. Semua ini adalah usaha ke arah menjamin pemeliharaan harta benda.

Hadis Rasulullah yang bermaksud: Abdullah bin Omar berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, Siapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid. (Diriwayatkan oleh Bukhari )

Kesimpulannya, Islam mengurniakan pahala yang besar di akhirat kepada pemilik harta untuk mempertahankan hartanya walaupun ke titisan darah terakhir. Ini jelas daripada sebuah hadis Rasulullah saw yang bermaksud:

Abdullah bin Omar berkata, Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, Siapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid. Diriwayatkan oleh Bukhari

Manakala, sesiapa yang bertujuan untuk melucutkan harta tanpa kebenaran seperti pencuri, penyamun dan penipuakan dikenakan seksaan yang berat.

21

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

WAJ 3101

KESIMPULAN. Kesimpulannya, berdasarkan

maksud masyarakat majmuk yang telah dinyatakan di awal perbincangan tadi iaitu masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan

tinggal bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup cara berasingan dan tidak bersatu padu dan mempunyai budaya yang tersendiri,

tentunya ia memerlukan gabungan nilai yang dapat diterima oleh semua pihak bagi menjamin keharmonian dan membentuk masyarakat yang bersatupadu. Keharmonian dan masyarakat yang bersatupadu, sentiasa bekerjasama serta saling memahami antara satu sama lain akan menjamin perkembangan intelektual, politik, kerohanian, sahsiah dan ekonomi sesebuah negara dan masyarakatnya. Justeru itu Tamadun Islam yang berdasarkan lima prinsip utama iaitu memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara maruah dan keturunan serta memelihara harta yang kesemuanya berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah di mana dasar utamanya ialah untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia, adalah sangat sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk. Kesimpulannya Islam mengandungi gabungan nilai-nilai

yang merupakan cara hidup dan bersifat universal sesuai diamalkan oleh semua orang.

Remaja adalah pewaris yand bakal menerajui Negara kita.Bangsa yang bertamadun adalah bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang di sisi Allah dan masyarakat.

22

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

WAJ 3101

Rajah : Kemajuan yang dinikmati bersama hasil dari amalan Prinsip Tamadun Islam dalam kehidupan seharian. 23

Anda mungkin juga menyukai