Anda di halaman 1dari 88

PASTIKAN

KEMENANGAN
ISLAM
oleh
Syed Qutb

terjemahan buku:

àè‚Ö]<]„<ØfÏj‰¹]
PASTIKAN KEMENANGAN ISLAM
àè‚Ö]<]„<ØfÏj‰¹]
SYED QUTB

ISI KANDUNGAN

BAB 1: ISLAM SATU SISTEM HIDUP 1


BAB 2: SETIAP AGAMA ADALAH SISTEM HIDUP 8
BAB 3: PERPECAHAN DAN PERTENTANGAN JIWA YANG
AMAT BURUK 20
BAB 4: BERAKHIRNYA PERANAN ORANG PUTIH 41
BAB 5: TANDA BAHAYA 52
BAB 6: PENYELAMAT 70
BAB 7: MASA DEPAN DI TANGAN ISLAM 80
Islam Satu Sistem Hidup

BAB 1: ISLAM SATU SISTEM HIDUP

ISLAM adalah satu sistem hidup yang dapat dipraktikkan dalam setiap aspek kehidupan
manusia merangkumi konsep kepercayaan (i'tiqad). Konsep ini dapat menjelaskan hakikat
kewujudan alam semesta dan dapat menentukan kedudukan manusia dalam alam ini serta
menentukan matlamat hidup insan. la juga merangkumi beberapa cabang sistem dan peraturan
hidup yang dapat diamalkan dengan bersumberkan konsep kepercayaan tersebut dan bersandar
kepadanya. Sistem-sistem ini dapat membentuk satu konsep hidup yang berkesan dalam
kehidupan manusia. Di antara sistem-sistem itu ialah sistem moral, termasuk sumbernya, asas-
asas yang menjadi tunggaknya dan sumber kekuatannya iaitu sistem politik, termasuk bentuk dan
ciri-cirinya, sistem masyarakat, sistem ekonomi, sistem falsafah dan strukturnya, sistem
antarabangsa serta dengan sesuatu yang berkaitan dengannnya.

Berdasarkan kenyataan di atas, kami percaya bahawa agama Islam akan dapat menguasai
masa hadapan sesuai dengan sifatnya sebagai suatu sistem hidup yang merangkumi semua aspek
yang saling berkaitan dan tidak terpisah di antara satu dengan yang lain. Aspek-aspek itu disusun
demikian rupa untuk mencakup seluruh bidang kehidupan manusia yang dapat memenuhi setiap
keperluannya yang hakiki dan melindungi setiap aktivitinya.

Islam—berdasarkan hakikat ini—bukanlah sekadar suatu 'aqidah yang bersifat dalaman


(hati) iaitu kepercayaan di hati sahaja, yang terpisah dari kehidupan manusia dan setiap aktiviti
mereka yang nyata. Sekiranya teori tersebut diamalkan maka agama Islam hanya bersifat dalaman
iaitu kepercayaan di hati sahaja, yang terpisah dari kenyataan hidup manusia.1 Islam juga bukan
sekadar perlakuan ibadah yang praktik seperti sembahyang dan puasa, sebagaimana yang
dipraktikkan oleh orang-orang yang mempercayainya, sama ada dilakukan secara individu atau
berjemaah lalu dijadikan tanda seseorang itu beragama. la juga bukan sekadar jalan untuk menuju
akhirat, bagi menikmati Syurga Firdaus yang bersifat ukhrawi, di samping itu ada pula jalan yang
menuju Syurga Firdaus yang bersifat duniawi, iaitu jalan menuju kenikmatan di dunia, yang
dianggap bukan jalan agama dan bukan sistem dan peraturan agama!

1
Lihat bab berikutnya.

Pastikan Kemenangan Islam 1


Islam Satu Sistem Hidup

Berdasarkan pengertian yang amat jelas, kukuh dan dalam maknanya itu, nyatalah
bahawa sebarang percubaan untuk mengatakan Islam sebagai satu konsep kepercayaan ('aqidah)
yang bersifat rohaniah (hati) yang terpisah dari kenyataan hidup manusia dan hidup yang nyata,
bentuk dan perlaksanaannya yang praktik, tidak akan berjaya.

Begitu juga, tidak akan berjaya sebarang percubaan untuk mengkonsepkan Islam sebagai
satu kepercayaan yang mendorong manusia untuk mendapat kebahagiaan di akhirat dengan
menunaikan ibadah yang nyata sahaja seperti sembahyang dan puasa tanpa merealisasikan
beberapa sistem, syari'at dan dasar Islam yang khusus dan unik dan berbeza dengan yang lain
dalam masyarakat mereka. Ini bukan hakikat Islam. Islam tidak seperti yang dinyatakan dan tidak
mungkin Islam akan sebegitu perlaksanaannya. Mungkin di dunia ini ada orang yang mempunyai
kuasa yang sedikit menganggap hal itu sebagai "agama" untuk dirinya dan mengatakan bahawa
itulah agamanya dan agama pengikut-pengikutnya. Tetapi agama Islam tidak seperti itu. Tidak,
sekali-kali begitu.

Terdapat beberapa usaha yang hebat yang telah dilakukan sejak beberapa kurun untuk
membataskan Islam supaya hanya melibatkan kepercayaan yang bersifat dalaman dan ibadah
yang nyata sahaja. Usaha itu juga cuba menghalang Islam dari dilibatkan dengan sistem hidup
yang praktik, mencegahnya dari dijadikan undang-undang yang menyeluruh dalam segala
kehidupan manusia yang praktikal sesuai dengan tabiat, hakikat dan peranannya.

Sesungguhnya ciri-ciri agama Islam adalah merupakan ciri-ciri yang menyeluruh,


praktikal dan kukuh. Ciri-ciri inilah yang menghampakan konspirasi Kristian sedunia dalam
setiap serangan mereka terhadap umat Islam di negara-negara Islam; seperti ia telah
menghampakan konspirasi Zionis sedunia, sejak zaman berzaman. Maka dari pengalaman
(kehampaan) inilah mereka dapati tidak ada jalan lain, selain daripada mengadakan usaha
bersama secara besar-besaran, untuk membataskan Islam supaya terhad pada kepercayaan
rohaniah dan perlakuan ibadah yang nyata semata-mata, dan ia juga cuba untuk menghalang
Islam dari dilibatkan dalam sistem kehidupan yang praktik dan menghalangnya dari dikuat
kuasakan sebagai undang-undang dalam setiap aspek kehidupan insan. Kesemua percubaan
tersebut adalah merupakan langkah pertama atau tentangan pertama bagi mereka dalam
perjuangan yang akhimya bertujuan untuk memusnahkan Islam sama sekali!

Pastikan Kemenangan Islam 2


Islam Satu Sistem Hidup

Setelah usaha yang begitu besar tersebut mencapai kejayaan yang menentukan nasib
umat Islam yang dicapai melalui usaha pimpinan Kamal Attaturk yang digelar 'Hero' yang telah
menghapuskan sistem khalifah Islam, memisahkan agama dari pentadbiran negara dan
mengisytiharkan Turki sebagai sebuah negara sekular—iaitu negara yang tidak beragama sama
sekali, maka usaha yang lebih besar mereka lancarkan terhadap seluruh umat Islam di negara-
negara Islam yang telah jatuh ke tangan penjajah Barat sebelum pelancaran usaha tersebut.
Usaha-usaha ini dilakukan dengan tujuan untuk menimbulkan keraguan terhadap syari'at Islam
agar ia tidak lagi dijadikan 'sumber tunggal' bagi perundangan, dan menggantikannya dengan
undang-undang Barat, dan untuk membataskan syari'at Islam pada sudut yang sempit dan
tertutup, iaitu sudut yang dinamakan urusan peribadi "Al-Ahwal Asy-Syakhsiah".

Setelah mereka berjaya melaksanakan usaha yang besar dengan kejayaan yang berada di
tangan Kamal Attaturk, mereka mengambil langkah seterusnya sebagai usaha yang terakhir yang
sekarang sedang giat dilancarkan di seluruh negara Islam atau dengan kata-kata yang lebih tepat
negara-negara yang bersifat Islam. Tujuan usaha ini ialah untuk menghapuskan agama Islam
sama sekali dari alam ini, melenyapkannya dari dasar 'aqidah lalu menggantikannya dengan
konsep-konsep lain ciptaan manusia. Dari konsep-konsep ini lahirlah beberapa fahaman dan nilai,
sistem dan peraturan yang mengisi ruang 'aqidah. Lalu dinamakan dengan istilah yang sama iaitu
'aqidah.

Usaha ini diikuti dengan tindakan-tindakan kejam terhadap pelopor-pelopor kebangkitan


Islam di mana sahaja mereka berada di bumi ini. Dalam menjalankan tindakan itu golongan yang
terdiri daripada pelbagai bangsa di Barat dan Timur yang bermusuhan dan tidak mempunyai titik
pertemuan (fahaman) telah bersatu semata-mata kerana takut kepada kebangkitan Islam yang
begitu hampir dan pasti akan berlaku berdasarkan perkembangan suasana yang natural. Hakikat
kewujudan dan kehidupan dan kesedaran umat Islam yang muncul di sana sini.

Tetapi hakikat Islam adalah lebih hebat! Pohon (pendirian) Islam adalah lebih kukuh dan
tunjang (dasar) Islam lebih dalam daripada hakikat pendirian dan dasar kejayaan usaha-usaha
pihak musuh yang mereka lakukan untuk menghapuskan Islam dan tindakan-tindakan kejam. Hal
ini adalah sama seperti apa yang kami tahu bahawa keperluan manusia kepada sistem hidup ini
adalah lebih besar daripada dendam golongan yang anti kepada Islam. Keperluan ini timbul
dengan segera di dalam diri mereka, oleh kerana mereka takut terjerumus ke neraka kehancuran
yang amat dalam. Maka dalam keadaan begini mereka yang insaf akan berteriak sebagai memberi

Pastikan Kemenangan Islam 3


Islam Satu Sistem Hidup

amaran akan bahaya kehancuran itu, dan mencari jalan untuk menyelamat-kan diri, tetapi mereka
tidak akan berjaya melainkan jika mereka mahu kembali kepada Allah S.W.T dan agama-Nya
yang luhur untuk kehidupan.
Di sana sini kedengaran teriakan meminta pertolongan yang lahir dari hati yang hiba,
mendera pada pita suara yang tak bertenaga, menjelma menjadi ratapan dan rayuan mohon
diselamatkan, memohon lahirnya seorang penyelamat yang mempunyai tanda-tanda
(kesanggupan) dan ciri-ciri yang tertentu yang sesuai untuk melakukan tindakan tersebut.
Kesanggupan dan kemampuan ini tidak akan ada pada sesiapa pun melainkan pada agama Islam.

Oleh yang demikian, berdasarkan hakikat sistem yang telah dicetuskan oleh agama Islam,
dan berdasarkan keperluan manusia terhadap sistem ini, kami bina sebuah keyakinan yang tidak
pernah goyah bahawa masa depan adalah untuk agama ini, bahawa Islam mempunyai peranan di
bumi ini dan ia diminta untuk memainkan peranannya sama ada seluruh musuhnya suka atau
tidak bahawa peranannya yang diharap-harapkan itu tidak dapat dilaksanakan oleh 'aqidah yang
lain seperti juga ia tidak dapat dilaksanakan oleh mana-mana sistem yang lain. Begitu juga kami
yakin bahawa seluruh umat manusia tidak berdaya membebaskan diri dari Islam untuk selama-
lamanya.

Sesungguhnya manusia sudah begitu lama tersesat dalam pelbagai percubaan di sana sini
seperti yang berlaku di Timur dan Barat sekarang. Tetapi kami dapat melihat dengan tenang
hingga ke akhir percubaan-percubaan itu dan kami amat mengetahui kesudahannya yang
menghampakan bagai berakhirnya sebuah impian.

Sesungguhnya semua percubaan itu telah berlaku dalam kehampaan dan melalui
percubaan itu juga terdapat lingkaran konsep ciptaan manusia yang bercampur-baur dengan
kejahilan, kekurangan, kelemahan dan hawa nafsu. Pada satu masa manusia ingin membebaskan
diri dari lingkaran kehampaan itu, dengan memulakan satu percubaan baru yang tulen yang
menggunakan kaedah yang sangat berbeza iaitu kaedah sistem ketuhanan yang lahir dari ilmu
(bukan kebodohan), kesempurnaan (bukan kekurangan), kuasa (bukan kelemahan) dan hikmat
(bukan hawa nafsu). Kaedah ini bertujuan untuk membebaskan manusia dari memperhambakan
diri kepada makhluk, kepada memperhambakan diri kepada Allah Yang Esa bukan selain
daripada-Nya.

Pastikan Kemenangan Islam 4


Islam Satu Sistem Hidup

Titik perbezaan di antara sistem Islam dengan sistem-sistem yang lainnya bahawa
menurut sistem hidup Islam manusia hanya mengabdikan diri kepada Allah Yang Esa,
mengesakan-Nya. Dia Maha suci dengan sifat Keilahian (Al-Uluhiyah), Ketuhanan (Ar-
Rububiyah) dan Pelindung (Al-Quwamah) dalam pengertiannya yang luas dan manusia akan
menerima dari Allah S.W.T segala konsep, nilai dan pertimbangan, sistem-sistem dan syari'at dan
undang-undang, bimbingan, akhlaq dan adab. Sebaliknya menurut sistem-sistem lain daripada
Islam, manusia haruslah menyembah pelbagai Tuhan yang berbeza-beza. Mereka berikan pada
Tuhan-tuhan tersebut sifat Pelindung (Qawwamah), yang melindungi hidup mereka selain
daripada Allah S.W.T, ketika mereka menerima berbagai konsep nilai, pertimbangan, sistem,
syari'at, undang-undang, bimbingan, adat dan akhlaq dari manusia yang seperti mereka juga.
Maka mereka jadikan orang-orang itu lantaran mereka menerima konsep-konsep itu dan
sebagainya sebagai tuhan-tuhan lalu mereka anugerahkan kepada orang-orang itu haq-haq
Keilahian (Al-Uluhiyah) Ketuhanan (Ar-Rububiyah) Pelindung (AI-Qawwamah). Sedangkan
orang-orang itu adalah manusia biasa sama seperti mereka, hamba seperti mereka juga adalah
hamba.

Kami namakan sistem-sistem hidup di mana manusia memperhambakan diri kepada


manusia seperti yang dinamakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala iaitu sistem jahiliyah.
Walaupun bentuk, suasana dan zamannya berbeza, namun ia tetap sama iaitu ianya diasaskan
pada dasar-dasar yang sama dengan dasar-dasar sistem hidup pada zaman jahiliyah ketika agama
Islam mula-mula diutuskan untuk menghancurkan sistem tersebut, untuk membebaskan manusia
daripada belenggunya, untuk menegakkan satu fahaman ketuhanan bagi manusia di bumi ini dan
supaya manusia tidak lagi menyembah makhluk tetapi menyembah Allah yang Esa; dengan
pengertian yang luas dan menyeluruh bagi maksud penyembahan atau pengabdian (al-'ibadah),
Ilahi (Al-IIah), Tuhan (Ar-Rab) dan maksud Diin (Ad-Din).2

Agama Islam datang untuk menghapuskan penyembahan manusia dalam segala bentuk
dan menifestasinya, dan untuk mengesahkan penyembahan mereka hanya kerana Allah S.W.T,
seperti pengabdian yang tunggal kerana Allah S.W.T di alam yang amat luas ini.

2
Lihat perbincangan yang penting mendalam dan terperinci dalam Al-Mustahalat Al-Arba’ah fil-Quran,
oleh al-Maududi.

Pastikan Kemenangan Islam 5


Islam Satu Sistem Hidup

"Apakah ada agama yang mereka cari selain dari agama Allah? Sedangkan setiap orang yang di
langit dan di bumi menyerahkan diri kerana Allah secara rela atau terpaksa, dan kepada-Nya
mereka kembali"
(Maksud Ali 'Imran:83)

Sistem hidup yang lahir dari agama Islam berdasarkan huraian di atas bukan satu sistem
yang bersifat sejarah iaitu satu sistem yang terbatas pada satu masa tertentu, begitu juga ia
bukanlah sistem yang bersifat kedaerahan yang hanya digunakan oleh sekumpulan generasi
manusia yang tertentu. Ia juga bukanlah sistem yang bersifatkan penempatan yang dipraktikkan
dalam satu suasana tertentu tetapi ia merupakan suatu sistem yang kukuh yang diredhai Allah
S.W.T untuk dipraktikkan dalam seluruh kehidupan manusia di setiap tempat dan setiap masa.

Sistem ini bertujuan untuk mengekalkan kehidupan ini supaya berlegar di sekitar paksi
yang diredhai Allah, berlegar di sekitarnya untuk selama-lamanya, dan tetap di dalam batas-batas
yang diredhai Allah, tetap di dalamnya untuk selama-lamanya. Sistem ini juga bertujuan untuk
mengekalkan kehidupan ini agar sentiasa dihiasi dengan nilai-nilai yang tinggi sebagai nilai mulia
yang diberikan oleh Allah kepada manusia lantaran mereka menghindari pengabdian diri selain
daripada Allah.

Sistem ini adalah satu hakikat sejagat yang dapat memenuhi keperluan setiap generasi
manusia sebagai undang-undang alam yang tetap yang dipraktikkan semenjak alam diciptakan,
hari ini dan esok, dan yang boleh menyebabkan orang akan terjerumus ke lembah kepedihan,
kehancuran dan larangan sekiranya mereka menyalahi dan menentang undang-undang tersebut.

Manusia . . . sekiranya mereka hidup dengan mempraktikkan seluruh sistem Allah,


mereka adalah orang Muslim, dan sekiranya mereka hidup dengan mempraktikkan mana-mana
sistem yang lain hasil ciptaan manusia, mereka adalah dalam keadaan jahiliyah yang terkeluar
dari agama ini persis jahiliyah pada masa Islam mula-mula didatangkan untuk
menghancurkannya dan mengubahnya dari dasar demi untuk mengubah manusia dari menyembah
sesama manusia kepada menyembah Allah.

Manusia . . . sekiranya mereka hidup dengan mempraktikkan seluruh sistem Allah,


mereka sebenarnya melakukan sesuatu yang bertepatan dengan undang-undang alam, fitrah
kejadian dan fitrah diri mereka sendiri. Tetapi sekiranya mereka hidup dengan mempraktikkan

Pastikan Kemenangan Islam 6


Islam Satu Sistem Hidup

mana-mana sistem ciptaan manusia yang lain, mereka sebenarnya melakukan sesuatu yang
berlawanan dengan undang-undang alam, bertentangan dengan fitrah kejadian dan fitrah diri
mereka sendiri, dengan sifat diri mereka sebagai sebahagian daripada kejadian pertentangan ini
akan mengakibatkan kehancuran, sama ada cepat atau lambat.

Seperti yang kami katakan dengan amat amat yakin bahawa manusia akan kembali
kepada Allah, kembali ke sistem hidup ini. Sesungguhnya masa depan untuk agama ini amat
menyakinkan.

Kami juga yakin bahawa setiap usaha yang telah dilakukan atau yang akan dilakukan
dengan tujuan untuk mencabar kedaulatan agama ini sebagai sistem hidup manusia yang dapat
dipraktikkan dalam setiap lapangan baik yang berbentuk perlakuan atau yang berbentuk perasaan,
akan menemui kekecewaan dan kegagalan. Tanda-tanda kekecewaan dan kegagalan itu telah
tampak kerana pemencilan bukanlah merupakan sifat semulajadi agama Islam, seperti pada
hakikatnya ia bukan merupakan sifat semula jadi mana-mana agama selain Islam.

Pastikan Kemenangan Islam 7


Setiap Agama Adalah Sistem Hidup

BAB 2: SETIAP AGAMA ADALAH SISTEM HIDUP


HIDUP

Terdapat pertalian yang kukuh antara sistem sosial dengan konsep kepercayaan. Malahan ada
sesuatu yang lebih besar daripada pertalian yang kukuh itu. Di sana ada satu cetusan yang hidup
iaitu cetusan sistem sosial dari konsep kepercayaan, jadi sistem sosial dengan segala ciri-cirinya
adalah satu daripada beberapa cetusan konsep kepercayaan, ia tumbuh sebagai tumbuhan yang
hidup lagi natural, dan selepas itu ia memperbaharui diri sepenuhnya berdasarkan tafsiran yang
diberikan oleh konsep kepercayaan terhadap kejadian, kedudukan di alam semesta dan matlamat
kewujudan manusia.

Cetusan ini, yang diikuti oleh proses pembaharuan merupakan sesuatu keadaan yang
wajar bagi setiap perkara, malahan ia merupakan keadaan yang tunggal. Tidak ada sistem sosial
yang boleh berkembang secara natural dan normal, dan seterusnya boleh berdiri teguh, sihat dan
selamat, melainkan ia tercetus dari konsep yang merangkumi hakikat alam, hakikat manusia,
kedudukan manusia di alam dan matlamat kewujudan manusia, kerana matlamat setiap sistem
sosial mesti-lah mempraktikkan matlamat kewujudan manusia. Begitu juga, hak-hak yang
diberikan kepada manusia berdasarkan hakikat kedudukannya di alam, adalah yang melukiskan
garis perjalanannya dan yang menentukan cara-cara yang boleh digunakannya bagi tujuan untuk
mempraktikkan matlamat kewujudan. Hal ini samalah dengan kedudukan hak-hak tersebut yang
menentukan bentuk pertalian yang terjalin antaranya dengan alam semesta dan menentukan
bentuk pertalian yang terjalin antara setiap individu dengan organisasi dan struktur sosialnya
begitulah seterusnya sehingga ke peringkat yang diistilahkan sebagai sistem sosial.

Setiap sistem sosial yang tidak berlandaskan dasar ini adalah merupakan suatu sistem
yang tidak wajar, suatu sistem yang menyeleweng yang tidak berlandaskan tunjang fitrah . . .
Sistem yang seperti ini tidak dapat bertahan lama dan ia tidak dapat diharapkan untuk
mempastikan adanya gerakan manusia yang seirama dengan gerakan alam, malahan ia tidak dapat
diharapkan untuk mempastikan adanya gerakan manusia yang senada dengan fitrah manusia, dan
tidak dapat diharapkan untuk mempastikan adanya gerakan manusia yang sekata dengan
keperluan-keperluan manusia yang hakiki.

Pastikan Kemenangan Islam 8


Setiap Agama Adalah Sistem Hidup

Apabila keseimbangan ini tiada, maka manusia tidak dapat melarikan diri dari
cengkaman kebinasaan dan penderitaan sebagai akibat yang ditimpakan oleh sistem yang tidak
wajar itu, sekalipun sistem itu dapat menawarkan kemewahan kebendaan dan penghasilan,
akibatnya mereka tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menghancurkan sistem itu kerana
ia bertentangan dengan fitrah alam dan fitrah manusia.

Cetusan ini, yang diikuti oleh proses pembaharuan adalah satu bentuk dari beberapa
bentuk pertalian yang ada antara konsep kepercayaan dengan sistem social. Hal ini boleh
diperluaskan hingga merangkumi bukan hanya sistem sosial, tetapi juga sistem kehidupan
seluruhnya, termasuk perasaan peribadi individu, akhlaq, ibadah, perlaksanaan ibadat dan tradisi
mereka, ia juga ia merangkumi seluruh kegiatan manusia di bumi ini.

Kalaulah ada bentuk penjelasan yang lain mengenai persoalan ini iaitu bahawa setiap
agama adalah sistem hidup kerana ia merupakan suatu konsep kepercayaan atau dengan kata-kata
yang lebih tepat kerana ia merangkumi konsep kepercayaan dan merangkumi sistem sosial,
malahan merangkumi sistem yang menentukan setiap kegiatan manusia dalam menempuh
kehidupan di dunia ini, sebagai sistem-sistem yang tercetus darinya. Maka begitulah juga
sebaliknya iaitu bahawa setiap sistem hidup adalah agama. Maka agama segolongan manusia
merupakan suatu sistem yang mengatur kehidupan golongan itu.

Cuma sekiranya sistem yang mengatur kehidupan golongan itu lahir dari hasil ciptaan
Allah iaitu tercetus dari konsep kepercayaan kepada Tuhan maka golongan ini hidup dalam
lingkaran agama Allah. Tetapi sekiranya sistem yang mengatur kehidupan golongan itu lahir dari
hasil ciptaan raja, amir, suku (qabilah) atau rakyat, iaitu tercetus dari aliran fahaman atau konsep
falsafah manusia, maka golongan ini hidup dalam lingkaran agama raja, atau agama amir, atau
agama suku, atau agama rakyat dan bukan dalam lingkaran agama Allah kerana sistem itu tidak
mengikut sistem Allah, yang mula tercetus dari agama Allah, bukan selain daripadanya!3
Para pendokong aliran fahaman, teori dan falsafah sosial tidak keberatan untuk mengakui hakikat
bahawa mereka kesemuanya adalah sebagai konsep kepercayaan (‘aqidah); dan mereka mahu
manusia menggunakannya dalam manjalani kehidupan dan mereka mahu 'aqidah sosial, nasional
atau kebangsaan menggantikan 'aqidah agama.

3
Lihat huraian makna kata ‘Diin’ dalam Kitab Al-Mustalahat Al-Arba’ah oleh Al-Maududi.

Pastikan Kemenangan Islam 9


Setiap Agama Adalah Sistem Hidup

Komunisme bukanlah hanya merupakan satu sistem sosial tetapi ia juga merupakan satu
konsep kepercayaan; satu konsep yang ditegakkan dasar materialisme alam sejagat dan adanya
kontradiksi dalam fahaman materialisme itu. Kontradiksi ini menyebabkan berlakunya
perkembangan dan perubahan. Inilah yang dinamakan dialektika materialisme. Di samping itu
konsep ini juga didasarkan kepada tafsiran ekonomi terhadap sejarah, dengan merujuk kepada
setiap perkembangan dalam kehidupan manusia kepada perkembangan alat pengeluaran.
Seterusnya begitulah. Berdasarkan hakikat ini komunisme bukanlah sekadar satu sistem sosial,
tetapi ia ada satu konsep kepercayaan yang dibina di atas dasar sistem social atau dikatakan
dibina di atasnya sistem social. Namun kini, orang tidak mahu melihat pertalian di antara punca
konsep ini dengan hakikat sistem sosial yang sedang berjalan sekarang lantaran terlalu luas jurang
pemisahnya.

Begitu juga sistem-sistem hidup yang ada, yang diistilahkan oleh para pendokongnya
sebagai konsep kepercayaan ('aqidah), lalu mereka berkata “Dasar kami sosialisme, atau dasar
kami nasionalisme, atau dasar kami dasar kebangsaan”. Kesemua ungkapan ini merupakan
ungkapan yang benar yang menggambar suatu hakikat iaitu bahawa setiap sistem hidup adalah
agama dalam kehidupan ini. Oleh kerana itu orang yang hidup di bawah Iembayung satu sistem,
maka agama mereka ialah sistem itu sendiri. Manakala jika mereka hidup di bawah Iembayung
sistem Allah, bererti mereka hidup dalam agama Allah dan jika mereka hidup di bawah
lembayung sistem yang selainnya, bererti mereka hidup dalam agama selain agama Allah.

Persoalan yang kami bentangkan sudah cukup jelas dan tidak perlu diberi
keterangan-keterangan lanjut.

Berdasarkan hakikat yang sederhana ini jelaslah bahawa agama Allah bukanlah sekadar
kepercayaan yang bersifat dalaman, yang terpisah dari kehidupan manusia yang nyata dalam
setiap kegiatan mereka yang nyata. Ia juga bukanlah sekadar perlakuan ibadah yang nyata (seperti
sembahyang dan puasa), seperti yang dipraktikkan oleh orang-orang yang mempercayainya sama
ada dilakukan secara bersendirian atau berjamaah. Begitu juga ia bukan sekadar urusan peribadi
yang ditentukan oleh syari'at agama ini, sedangkan segala kegiatan kehidupan yang selainnya
ditentukan oleh syari'at yang selainnya yang lahir dari sumber yang lain. Syari'at ini pula
menyusun satu sistem hidup yang lain yang bukan merupakan cetusan dari agama Allah.

Pastikan Kemenangan Islam 10


Setiap Agama Adalah Sistem Hidup

Tidak akan terbayang di hati setiap orang yang memahami erti 'Din', kemungkinan
adanya agama Ilahi yang terpencil di hati manusia, atau hanya terjelma pada perlakuan ibadah
yang nyata sahaja, atau tergambar pada urusan peribadi sahaja, yang tidak merangkumi seluruh
kegiatan hidup manusia seluruhnya dan tidak dijadikan undang-undang atas setiap kegiatan hidup
mereka, dan tidak memandu hidup mereka dalam semua tindakan dan tidak mengarahkan konsep,
pemikiran, perasaan, akhlaq, kegiatan dan perhubungan mereka dalam semua aspek.

Tidak ada agama di sisi Allah yang hanya menyediakan sistem hidup untuk akhirat
sahaja, sebaliknya agama lain yang tidak datang dari Allah diserahkan tanggungjawab untuk
menyediakan sistem hidup untuk di dunia.

Hakikat alam dan manusia akan mentertawakan konsep ini kerana berdasarkan
pembahagian yang dibuat itu jelas bahawa ia telah menentukan peranan Allah S.W.T. hanya
untuk mengatur dan menguruskan satu aspek sahaja dari urusan hidup manusia dengan membuat
pengkhususan dalam bidang itu sahaja. Sedangkan tuhan-tuhan yang selain daripada Allah diberi
peranan untuk mengatur dan menguruskan pelbagai aspek urusan hidup manusia sesuai dengan
pengkhususan masing-masing.

Sesungguhnya seperti yang anda lihat konsep ini akan terus ditertawakan sehingga
orang-orang yang berfikir seperti ini akan mentertawakan diri dan fikiran mereka sendiri serta
memperolok-olokkan kebijaksanaan dan kebodohan mereka. Kalaulah mereka dapat melihat
hakikat ini dari sudut yang benar dan dari sinar hidayah.

Cuma ada perkara lain yang perlu dijelaskan berhubung dengan persoalan ini iaitu
bahawa peribadi manusia adalah satu kesatuan satu hakikatnya dan satu alamnya, satu yang
melaksanakan setiap tanggung jawabnya sebagai satu kesatuan. Perjalanannya tidak akan lurus
dan langkahnya tidak akan seirama melainkan apabila ia ditentukan oleh sistem yang satu yang
asalnya tercetus dari konsep yang satu.

Andainya hati kecil manusia dan perasaannya diatur oleh satu peraturan (syari'at)
sedangkan kenyataan dan kegiatan hidupnya diatur Qleh satu peraturan (syari'at) yang lain, dan
setiap peraturan ini tercetus dari konsep yang berbeza iaitu sesetengahnya dari konsep ciptaan
manusia dan sesetengahnya dari wahyu Ilahi, maka itulah tandanya peribadi orang itu menderita

Pastikan Kemenangan Islam 11


Setiap Agama Adalah Sistem Hidup

kerana dihinggapi penyakit jiwa schizophrenia. Dia menjadi korban pemisahan antara citarasa
hati dan gerak laku amali, seterusnya dia menghidap penyakit gugup dan serba salah.

Sekarang, di negara-negara paling maju, iaitu Eropah dan Amerika, kami dapat
menyaksikan kesan pertentangan antara sisa-sisa rasa keagamaan yang sudah gersang dengan
kenyataan hidup yang praktik, yang ditegakkan di atas konsep dan nilai yang terlepas bebas dari
ikatan rasa keagamaan. Keadaan ini terjadi setelah hubungan antara agama dengan kehidupan
diputuskan sama sekali bagaikan berkerat rotan berpatah arang. Keadaan ini sebenarnya
mempunyai sebab-sebab yang khusus dalam agama Nasrani.4

Agama Allah adalah agama yang menjelaskan hakikat alam ini dengan lengkap dan
sempurna dan menjelaskan hubungannya dengan Penciptaan Yang Maha Agung. la juga
menjelaskan hakikat kedudukan manusia di alam dan menjelaskan matlamat kewujudannya.

Dari sini, agama Allah menentukan batas-batas yang sihat bagi semua jenis perhubungan
yang mempraktikkan matlamat kewujudan manusia. Perhubungan yang praktik ini berlegar di
sekitar kedudukan manusia di alam dan hak-haknya yang wajar yang sesuai dengan
kedudukannya. la juga menentukan cara-cara yang wajar untuk memenuhi matlamat ini, yang
tidak terkeluar dari batas-batas hak dan kedudukan manusia, dan untuk mendapat keredhaan
Pencipta Yang Maha Agung, kebahagiaan di dunia dan di akhirat hanya dengan satu sistem yang
tidak akan terpisah-pisah sama sekali. Sistem yang tunggal ini tidak akan menimpakan penyakit
jiwa kepada diri manusia! Malahan hingga ke akhirnya ia tidak akan bertemu dengan
pertentangan antara sistem ini dengan fitrahnya dan fitrah alam seluruhnya!

Berdasarkan huraian ini jelaslah bahawa agama-agama yang diturunkan oleh Allah,
adalah agama yang memberikan asas konsep kepercayaan kepada manusia, yang menjadikan
dasar pembinaan seluruh sistem hidup nereka yang bersifat rohaniah dan jasmaniah (amali). Ia
diturunkan untuk mengembalikan manusia kepada Tuhan mereka, dan mengembalikan sistem
hidup mereka kepada sistem hidup yang unggul sehingga tercapailah satu keseimbangan dan
kesenadaan antara bisikan hati dan rentak perlakuan, antara citarasa dan kegiatan dan antara
tingkahlaku dan undang-undang semesta.

4
Lihat bab berikut: Pemisahan Yang Mendukacitakan (Berkerat Rotan Berpatah Arang).

Pastikan Kemenangan Islam 12


Setiap Agama Adalah Sistem Hidup

Setiap agama yang diturunkan oleh Allah adalah untuk dipraktikkan di alam nyata dan
untuk diterapkan dalam setiap kegiatan hidup manusia. Ia bukanlah hanya untuk disemadikan
dalam citarasa di lubuk hati manusia dan bukan hanya untuk membersihkan jiwa dalam soal-soal
akhlaq mereka. Ia juga bukanlah hanya merupakan lambang-lambang amalan agama di mihrab
dan di masjid-masjid dan bukanlah sekadar urusan peribadi yang hanya merupakan sebahagian
kecil dari kehidupan manusia:
“Dan kami tidak mengutuskan Rasul melainkan untuk dipatuhi dengan izin Allah”
(Maksud An-Nisa’: ayat 64)

Begitulah juga kitab Taurat yang mengandungi 'aqidah dan syari'at, dan orang-orang
yang menerimanya (Bani Israil) diwajibkan berpegang dan mematuhi hukum-hukumnya dalam
semua urusan kehidupan mereka, bukan untuk menjadikannya sebagai tunjuk ajar dalam
pendidikan sahaja yang tidak menusuk ke lubuk hati, dan ia bukan sekadar simbol-simbol gerak
laku ibadah luaran yang ditunaikannya di rumah-rumah ibadah (haikal).

“Sesungguhnya Kami (Allah) menurunkan Kitab Taurat yang mengandungi hidayah dan cahaya.
Para Nabi yang menyerahkan diri (kepada Allah), pendeta-pendeta dan orang-orang alim,
menjalankan hukuman terhadap orang-orang Yahudi, berpandukan kitab Allah yang telah
diamanahkan kepada mereka dan mereka menjadi saksi terhadap Kitab Allah. Maka janganlah
kamu takut kepada manusia, tetapi takutlah kepada-Ku dan jangan kamu jual ayai-ayat-Ku
dengan harga yang murah. Dan sesiapa yang tidak menjalankan hukuman berpandukan apa
yang telah diturunkan oleh Allah, mereka adalah orang-orang yang kafir. Dan dalam kitab
(Taurat) itu Kami (Allah) telah. mewajibkan mereka menghukum jiwa (dibalas) dengan jiwa,
mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka-
luka itu ada balasannya (qisas), tetapi sesiapa yang mendermakan hak-hak membalasnya, maka
perbuatan itu merupakan penebus dosanya, dan sesiapa yang tidak menjalankan hukuman
berpandukan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka adalah orang-orang yang
zalim.”
(Maksud Al-Maidah: ayat 44-45)

Inilah syari'at Taurat yang disebutkan oleh Al-Quran, sebagai satu contoh daripada
beberapa contoh yang banyak yang terkandung di dalamnya. Berpandukan prinsip inilah Nabi
Musa (a.s.) dan Nabi-nabi Bani Israil mengatur kehidupan mereka yang praktik selama beberapa
kurun.

Pastikan Kemenangan Islam 13


Setiap Agama Adalah Sistem Hidup

Lalu datang pula Al-Masih Nabi Isa a.s membawa agama Nasrani, nabi dan rasul yang
diutuskan oleh Allah kepada Bani Israil sebagai salah seorang daripada abi-nabi mereka. Ia
datang untuk membuktikan kebenaran syari'at Taurat, dengan sedikit pindaan, bagi meringankan
hukum-hukum yang berat yang diwajibkan ke atas mereka. Hukum-hukum itu ialah hukum-
hukum yang bcrsifat pendidikan (uqubat ta'dibiyah) dan tebusan kejahatan (kaffarah), seperti
yang dijelaskan oleh Al-Quran Al-Karim:

“Dan Kami (Allah) haramkan setiap (binatang) yang berkuku kepada orang-orang Yahudi, dan
Kami haramkan lemak lembu dan kambing kepada mereka, melainkan (lemak) yang di bahagian
belakangnya atau di dalam perutnya atau (lemak) yang bercampur dengan tulang. Hukuman ini
Kami kenakan kepada mereka kerana kejahatan mereka dan sesungguhnya Kamilah yang
benar.”
(Maksud Al-An'am, ayat 146)

Syari'at yang maha adil ini juga, ditentukan adalah untuk menjadi sisrem hukum dan
sistem hidup.

“Dan telah Kami (Allah) iringkan (utuskan) Isa bin Maryam sesudah mereka untuk membuktikan
kebenaran Kitab Taurat yang padanya dan Kami beri kepadanya Kitab Injil yang mengandungi
hidayah dan cahaya yang membuktikan kebenaran Kitab Taurat yang ada padanya sebagai
hidayah dan nasihat bagi orang-orang yang bertaqwa. Dan hendaklah orang-orang yang
berpegang kepada kitab Injil menjalankan hukuman berdasarkan hukum yang diturunkan oleh
Allah yang terkandung di dalamnya. Dan sesiapa yang tidak menjalankan hukuman berdasarkan
hukum yang diturunkan oleh Allah, maka mereka adalah orang-orang yang fasiq.”
(Maksud Al-Maida:, ayat 46-47)

Setelah itu Nabi Muhammad s.a.w pula datang membawa agama Islam. la tidak
menghapuskan syari'at-syari'at samawi (langit) yang benar yang telah ada dari semenjak
sebelumnya, malahan ia mengakui kebenaran syari'at-syari'at itu dan menguatkuasakannya serta
melindungi keutuhannya. Hal ini adalah kerana Nabi Muhammad menjadi pembawa Risalah yang
terakhir bagi seluruh umat manusia, sebagai Risalah yang menjelaskan hakikat kedewasaan
manusia yang mengandungi tafsiran yang luas dan menyeluruh. Dialah yang bertanggungjawab
mengatur sistem hidup manusia, menyelamatkan mereka dari alam Jahiliah menuju ke alam

Pastikan Kemenangan Islam 14


Setiap Agama Adalah Sistem Hidup

Rabbaniyah, dan menyerahkan kenyataan hidup mereka kepada syari'at Allah, selaras dengan hati
nu-rani mereka yang bertaqwa kepada Allah.

“Dan Kami (Allah) telah menurunkan kitab suci (A1-Quran) kepada engkau (Muhammad)
dengan sebenarnya, lagi ia mengakui kebenaran kitab yang terdahulu daripadanya, serta
memeliharanya, maka hukumlah mereka menurut peraturan (hukuman) yang diturunkan oleh
Allah dan janganlah engkau turuti kehendak hawa nafsu mereka lalu engkau menyimpang dari
kebenaran yang telah didatangkan kepadamu. Kami jadikan syari'at (peraturan) dan jalan yang
lurus untuk setiap kaum. Kalaulah Allah berkehendak, nescaya dijadikan-Nya kamu satu umat
tetapi Allah hendak menguji iman kamu, berdasarkan peraturan yang diturunkan-Nya kepada
kamu. Oleh kerana itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebajikan. Kamu semua akan kembali
kepada Allah, nanti Allah akan memberitahu kamu tentang perkara yang kamu pertikaikan. Dan
hendaklah engkau menghukum mereka dengan peraturan (hukuman) yang telah diturunkan oleh
Allah dan janganlah kamu turuti hawa nafsu mereka. Berhati-hatilah engkau, supaya jangan
sampai mereka dapat menggelincirkan engkau dari sebahagian peraturan yang telah diturunkan
oleh Allah kepadamu. Maka jika mereka berpaling, ketahuilah, bahawa Allah mengkehendaki
supaya mereka ditimpa seksa lantaran dosa mereka sendiri. Sesungguhnya kebanyakan manusia
adalah fasiq. Apakah hukum-hukum jahiliyah yang mereka mahu? Hukum siapakah yang lebih
baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang berkeyakinan.”
(Maksud Ai-Maidah: ayat 48-50)

Sebelum kemunculan agama-agama yang agung itu, setiap agama yang lahir dari sisi
Allah adalah bertujuan untuk mengembalikan manusia ke pangkuan Allah yang Esa, dan kepada
sistem Allah Yang Esa. Rasul-rasul yang diutuskan dari semenjak Nabi Nuh a.s telah
mempraktikkan satu sistem hidup yang mempunyai beberapa perbezaan pada perincian
syari'atnya, tetapi ia tetap tegak di atas dasar konsep yang sama dan menuju ke matlamat utama
yang sama. Matlamat itu ialah menegah dan menyelamatkan (ikhraj) manusia dari mengabdikan
diri kepada sesama manusia dan menyeru mereka untuk mengabdikan diri kepada Allah, bukan
kepada yang selain-Nya, dan menghapus-kan (ibtal) sifat kellahian (AI-Uluhiyah) sifat ketuhanan
(Ar-Rububiyah) yang palsu dengan mengembalikan kedua-dua sifat itu kepada Allah, bukan
selain-Nya.

Di halaman yang lain, Al-Quran Al-Karim ada menjelaskan hakikat itu, dan
menghuraikan hakikat sistem hidup yang tunggal, yang dapat menyampaikan manusia kepada

Pastikan Kemenangan Islam 15


Setiap Agama Adalah Sistem Hidup

Allah, Allah pencipta alam dan manusia yang mempunyai kekuasaan terhadap kedua-duanya. Al-
Quran juga menghuraikan kedudukan agama Islam sebagai agama yang terakhir dan sebab
kedatangannya sebagai penyelamat dan pelindung seluruh alam; dan menjelaskan garis pemisah
antara penganut agama Islam dengan penganut sistem Jahiliyah.

“Dan sebarang perselisihan (faham) di antara kamu mengenai satu-satu perkara, maka
(kembalikan) hukumnya kepada Allah. Lantaran itu (katakanlah): Allah Tuhanku, kepada-Nya
aku berserah dan kepada-Nya aku kembali. Allah yang menjadikan langit dan bumi dan
menjadikan pasangan kamu dari diri kamu sendiri, (juga menjadikan) pasangan bagi binatang
ternakan (kamu) yang dibiakkan-Nya dengan banyaknya untuk kamu. Tidak ada sesuatu yang
sama dengan-Nya. Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, anak kunci langit dan
bumi adalah hak-Nya, yang dapat melimpahkan rezeki dan menyempitkannya kepada sesiapa
sahaja yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu. Dia
(Allah) telah mensyari'atkan agama bagi kamu sepcrti yang diwajibkan kepada Nabi Nuh (a.s.)
dan yang kami wahyukan kepadamu, seperti yang kami wajibkan kepada Nabi Ibrahim, Musa
dan Isa (a.s.) iaitu hendaklah kamu menegakkan agama dan janganlah kamu berpecah-belah
padanya. Agama yang kamu serukan kepada orang-orang musyrik merupakan sesuatu yang berat
buat mereka. Allah akan memilih orang yang dikehendaki-Nya untuk menerima agama itu dan
Allah akan memberi hidayah kepadanya orang yang kembali kepada-Nya untuk menerima agama
itu. Dan mereka tidak berpecah-belah metainkan kerana sikap dengki-mendengki di antara
mereka, setelah mereka tahu (didatangi ilmu pengetahuan). Kalaulah tidak kerana taqdir
(kalimat) yang terdahulu dari Tuhanmu, hingga ke satu masa yang tertentu nescaya ada di
antara mereka yang akan dihukum (dibinasakan). Sesungguhnya orang-orang yang diwariskan
kitab sesudah mereka adalah dalam keadaan syak dan ragu. Oleh yang demikian, ajaklah dan
bersikap tegaslah engkau seperti yang diperintahkan dan janganlah kamu turuti hawa nafsu
mereka. Katakanlah: Aku beriman dengan kitab yang diturunkan oleh Allah dan aku
diperintahkan untuk melakukan keadilan kepada kamu. Allah Tuhan kamu dan Tuhan kami,
bagi kami amalan kami dan bagi kamu amalan kamu, tidak ada (faedahnya) pertengkaran antara
kami dengan kamu. Allah akan menghimpunkan kita semua dan kepada-Nyalah tempat kita
kembali.”
(Maksud Asy-Syura: ayat 10-15)

Kisah Nabi Syu'aib (a.s) kaumnya yang tinggal di Madyan yang terkandung di dalam Al-
Quran, menjelaskan tentang syari’at hidup yang praktik dan tentangan orang Madyan terhadap

Pastikan Kemenangan Islam 16


Setiap Agama Adalah Sistem Hidup

seruannya, kerana tidak mengetahui hakikat agama (Din) iaitu agama yang menjadi sistem untuk
seluruh kehidupan bukan untuk membelai hati nurani sahaja dan bukan hanya untuk perlakuan
ibadah yang nyata di tempat-tempat ibadat (haikal) sahaja. Keadaan mereka itu samalah dengan
keadaan kaum Jahiliah yang terdapat sekarang.

“Dan kepada orang Madyan Kami (Allah) utuskan saudara mereka Syu'aib. Katanya: Wahai
kaumku sembahlah Allah, kamu tidak mempunyai Tuhan yang lain selain dari-Nya, dan
janganlah kamu kurangkan sukatan dan timbangan sesungguhnya aku melihat kamu dalam
keadaan yang baik, dan akan takut kamu akan ditimpa azab pada hari membinasakan (Qiamat).
Wahai kaumku, sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan janganlah kamu
kurangkan barang-barang orang lain dan janganlah kamu hidup di dunia ini dengan melakukan
kerosakan. Baki (rezeki) yang Allah berikan kepada kamu adalah lebih baik, jika kamu beriman,
dan aku bukanlah penjaga kamu. Mereka berkata: Wahai Syu'aib, apakah sembahyang mu
menyuruh engkau supaya engkau meminta kami meninggalkan apa yang disembah oleh bapa -
bapa kami atau minta kami jangan membelanjakan harta kami mengikut kesukaan kami?
Sesungguhnya engkau adalah orang yang lemah lembut lagi bijak.”
(Maksud Hud: ayat 84-87)

Begitu juga, hakikat ini jelas terkandung dalam kata-kata Nabi Salih a.s kepada kaumnya
seperti yang diceritakan oleh Al-Quran:

“Bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku, dan janganlah kamu patuhi perintah
orang-orang yang melampau, yang terdiri dari orang-orang yang mclakukan kcrosakan di bumi
dan tidak melakukan kcbaikan.”
(Maksud Asy-Syu'ara: ayat 150-152)

Nabi Salih berusaha mengembalikan mereka kepada agama Allah dan sistem hidup yang
diredhai-Nya dan mencegah mereka dari menganut agama dan sistem hidup orang-orang yang
melampau dan melakukan kebinasaan iaitu ia mencegah kaumnya dari melakukan pengabdian
diri kerana manusia dan menyeru mereka melakukan pengabdian diri kerana Allah dalam sistem
hidup mereka.

Pastikan Kemenangan Islam 17


Setiap Agama Adalah Sistem Hidup

Di halaman yang lain di dalam Al-Quran Allah menentukan tugas-tugas para Rasul dan
tugas-tugas semua Kitab Allah, iaitu untuk menentukan hukum antara manusia tentang perkara
yang mereka pertikaikan.

Pembicaraan mengenai tajuk ini berakhir dengan huraian tentang tugas kitab dan tugas
para Rasul, pen-jelasan tentang makna agama Allah, dan tentang persamaannya dengan sistem
hidup yang dikehendaki oleh Allah.
“Manusia adalah merupakan satu umat. Maka Allah mengutuskan para Nabi yang membawa
khabar gembira (mubasysyirin) dan khabar duka (munzirin) dan Allah turunkan kitab dengan
sebenarnya bersama-sama mereka, supaya mereka dapat menjalankan hukuman terhadap
manusia mengenai perkara yang mereka pertikaikan.”
(Maksud Al-Baqarah: ayat 213)

Pembicaraan mengenai tajuk ini berakhir dengan huraian tentang tugas kitab dan tugas
para Rasul, penjelasan tentang makna agama Allah, dan tentang persamaannya dengan sistem
hidup yang dikehendaki oleh Allah.

Dalam pembicaraan yang pendek ini, kami tidak berhajat untuk melanjutkan lagi
penghuraian tentang hakikat agama (Din) dan sifatnya yang merangkumi sistem hidup yang
praktik. Sesungguhnya agama ter-masuk konsep-konsepnya yang khas, fahaman-fahamannya
yang khas, syari'at-syari'atnya yang khas dan matlamatnya yang khas tidak akan mengandungi
erti sama sekali seandainya ia diketepikan dari sistem hidup yang praktik. Sistem hidup manusia
yang asasi mestilah berlandaskan metod konsep kepercayaan, yang mentafsirkan hakikat
hubungan alam dengan Penciptanya, kedudukan manusia di alam, matlamat kewujudan manusia,
dan jenis-jenis hubungan yang dapat mempraktikkan matlamat tersebut. Hubungan itu sama ada
hubungan antara manusia dengan Tuhannya, hubungan antara manusia dengan alam sekitarnya,
hubungan antara manusia dengan segala kehidupannya ataupun hubungan antara manusia dengan
manusia, seperti yang diredhai oleh Allah terhadap hamba-hamba-Nya.

Andainya penjelasan yang menyeluruh dan sem-purna itu tidak datang dari Allah, dan
sekiranya seluruh sistem hidup manusia tidak berlandaskan penjelasan ini, maka ia datang dan
berlandaskan sistem hawa hafsu manusia. Sistem itu adalah sistem jahiliah yang ditentang oleh
setiap agama Allah dengan tujuan untuk membebaskan manusia dari cengkamannya dan
meningkatkan taraf kemanusiaannya ke alam Rabbaniyah.

Pastikan Kemenangan Islam 18


Setiap Agama Adalah Sistem Hidup

Andainya pengabdian manusia bukan kerana Allah yang Esa dengan mematuhi segala
perintah-Nya, maka bererti pengabdian itu adalah untuk manusia. Sesungguhnya agama Allah
dilahirkan adalah untuk membebaskan manusia dari menyembah manusia.

Kami tidak berhasrat untuk membincangkan hakikat yang amat nyata ini dengan lebih
lanjut lagi, kerana agak tidak wajar untuk menjadikannya sebagai bahan perdebatan, kalaulah
tidak kerana kekeliruan yang mendukacitakan yang menyelubungi Eropah, yang menyebabkan
berlakunya 'pemisahan yang mendukacitakan' antara agama dan negara, malahan antara agama
dan kehidupan manusia.

Yang penting, sekarang kami memberikan sedikit perhatian terhadap kekeliruan yang
mendukacitakan itu yang telah dihindarkan oleh Allah dari menimpa sejarah hidup dan agama
kita. Justeru itu terselamatlah kami dari ditimpa kemalangan yang amat mendukacitakan itu.

Pastikan Kemenangan Islam 19


Perpecahan Dan Pertentangan Jiwa Yang Amat Buruk

BAB 3: PERPECAHAN DAN PERTENTANGAN JIWA


YANG AMAT BURUK

Hakikat agama (Diin) tidak terpisah daripada dunia dan hakikat sistem hidup yang berlandaskan
faham ketuhanan tidak hanya terbatas di sekitar citarasa hati, pembersihan diri (moral), perlakuan
ibadah yang nyata, atau terbatas pada satu aspek yang sempit yang diistilahkan sebagai 'Urusan
Peribadi' di dalam satu rentetan aspek-aspek kehidupan manusia yang amat luas.

Hakikat agama (Diin) bukan dikhususkan untuk Allah s.w.t yang terputus dan tersisih
pada aspek yang kecil, atau negatif dalam kehidupan manusia, kemudian aspek-aspek kegiatan
hidup yang positif, praktik dan nyata diserahkan kepadaTuhan-tuhan lain dan tuan-tuan yang
berbeza-beza. Tuhan-tuhan dan tuan-tuan itu mencipta dan menentukan berbagai metod, aliran
fahaman, sistem dan dasar, undang-undang dan bentuk organisasi menurut hawa nafsu mereka
tanpa merujuk kepada Allah!

Hakikat agama (Diin) tidak menyediakan jalan ke akhirat, jalan yang di hujungnya
terletak Syurga Firdaus Akhirat, tanpa melalui jalan di dunia, tanpa melalui jalan amal di bumi
dan membangunkannya, dengan khalifahnya yang diutuskan atau dipilih oleh Allah dan
bersesuaian dengan sistem yang diredhai oleh Allah!∗

Bukanlah hakikat agama (Diin) suatu perencanaan perubahan yang buruk lagi
memalukan, yang boleh ditertawakan orang! Juga, ia bukan sebagai alat-alat permainan yang
mempesona kanak-kanak! la bukanlah kesan-kesan warisan tradisi yang tidak mempunyai
hubungan dengan sistem hidup manusia yang praktik!

Bukanlah hakikat agama (Diin) agama apa sahaja istimewanya agama Allah merupakan
sesuatu yang sia-sia, buruk dan ditertawakan orang. Justeru itu dari manakah datangnya nilai
negatif yang memalukan itu? Bagaimanakah pula boleh berlaku 'pemisahan yang paling buruk di
antara agama dengan kehidupan manusia?'


Al Fisam Al-Nakd—bahasa Arab, Hideous Schizophrenia— bahasa Inggeris.

Pastikan Kemenangan Islam 20


Perpecahan Dan Pertentangan Jiwa Yang Amat Buruk

Perpecahan dan pertentangan yang amat buruk dan menyedihkan itu telah berlaku pada
beberapa waktu. Kesan pahitnya telah dirasai oleh Eropah. Kemudian apabila konsep-konsep
hidup barat, sistem-sistem hidup barat dan dasar-dasar hidup barat meresap ke dalam hati setiap
manusia di Barat dan di Timur, maka ia menularkan kesan pahit itu ke seturuh dunia.

Kini, kehidupan manusia telah terpisah daripada sistem hidup yang diredhai Allah. Oleh
yang demikian manusia terpaksa terus menapak pada jalan hidup yang penuh dengan
kesengsaraan, lalu berhenti di hujungnya dalam kcadaan yang mendukacitakan. Seterusnya
tinggallah mereka di dalam lingkaran penderitaan yang di dalamnya setiap orang akan merasai
kesengsaraan orang lain. Meskipun begitu mereka tidak menemui jalan keluar. Mereka terus
berteriakan di dalam daerah yang terus menyiksa itu.

Di sini bukanlah tempatnya untuk membicarakan kisah sedih manusia yang tinggal di
dalam lingkaran penderitaan itu. Cuma sedikit daripadanya akan dibicarakan di dalam bab yang
akan datang. Kami ingin merujuk kembali kepada perbincangan tentang keadaan yang amat
buruk yang menyebabkan berlakunya perpecahan dan pertentangan jiwa yang amat buruk lagi
amat mendukacitakan.

Agama Yahudi datang untuk menjadi suatu sistem hidup Kaum Bani Israil seperti juga
agama-agama lain yang menjadi suatu sistem hidup untuk kaum atau umat yang didatanginya.
Begitu juga agama Nasrani, selepas agama Yahudi, ia datang untuk menjadi satu sistem yang
memperbaiki kehidupan kaum Bani Israil.

Malangnya, orang-orang Yahudi tidak mahu menerima risalah Nabi Isa a.s dan tidak
mahu menerima keringanan (hukum) yang dibawanya dari sisi Allah, padahal Al-Masih berkata
kepada mereka, seperti yang dijelaskan oleh Al-Quran Al-Karim:

“(Aku) mengakui kebenaran kitab Taurat yang ada padaku, dan (aku datang) untuk
menghalalkan be-berapa perkara yang telah diharamkan (oleh Allah) ke atas kamu, dan aku
datang dengan tanda-tanda (sebagai bukti) daripada Tuhan kamu, maka bertaqwalah kepada
Allah dan taatlah kepadaku”
(Maksud Ali 'Imran: ayat 50)

Pastikan Kemenangan Islam 21


Perpecahan Dan Pertentangan Jiwa Yang Amat Buruk

Selanjutnya, mereka menentang Nabi Isa (AI-Masih) a.s dan menentang seruannya yang
mengajak mereka bertolak-ansur, berdamai, membersihkan jiwa, meringankan (mengurangkan)
beban amalan yang terlalu mementingkan bentuk luaran sahaja, sedangkan tiada sedikitpun rasa
taqwa di hati mereka. Usaha mereka yang terakhir ialah merayu kepada Pontius Pilate yang pada
masa itu menjadi Gabnor Rom di Syria, untuk membunuh Al-Masih a.s dan menyalibnya. Tetapi
Allah mewafatkannya dan mengangkatnya ke sisi-Nya (dengan cara yang tidak kita ketahui
kerana kita tidak menemuinya di dalam nas yang jelas sama ada di dalam AI-Quran atau Sunnah
Nabi s.a.w.)

Walau apapun yang terjadi, namun hubungan di antara orang-orang Yahudi dengan
pengikut-pengikut Nabi Isa a.s menjadi begitu buruk, kerana dari semenjak tragedi itu benih
perasaan dendam terhadap orang-orang Yahudi tertanam di hati orang-orang Kristian, begitu juga
sebaliknya di dalam diri orang-orang Yahudi tertanam benih perasaan benci terhadap orang-orang
Kristian. Kemuncak pertentangan itu ialah pemisahan pengikut-pengikut Al-Masih daripada
orang-orang Yahudi dan pemisahan agama Kristian daripada agama Yahudi, sedangkan pada
hakikatnya agama Kristian datang adalah sebagai memperbaharui (tajdid) agama Yahudi,
membuat sedikit pembetulan terhadap hukum-hukumnya, serta menghidupkan jiwa dan
membersihkan diri (moral) dalaman yang amat jelas di dalam seruan Al-Masih Nabi Isa a.s.

Apabila keretakan dan perpecahan malahan kebencian dan dendam berlaku di antara
pengikut-pengikut Al-Masih a.s dengan orang-orang Yahudi, maka berlakulah pemisahan di
antara Kitab Injil dengan Kitab Taurat dalam perasaan mereka, sekalipun menurut perhitungan
mereka, Kitab Taurat masih merupakan sebahagian daripada Kitab Suci. Selanjutnya berlakulah
pemisahan di antara syari'at mereka dengan syari'at Taurat. Padahal asas-asas syari'at Bani Israil
semuanya terkandung di dalam Taurat. Maka berdasarkan kenyataan tentang pemisahan ini,
agama Kristian bukanlah merupakan satu syari'at yang dapat mengatur suatu sistem hidup
manusia.

Tetapi seandainya konsep kepercayaan yang dibawa oleh Nabi Isa a.s dari Allah masih
utuh seperti asalnya ma ia amatlah berkemampuan untuk memberi penjelasan yang benar tentang
hakikat alam, kedudukan manusia di alam dan matlamat kewujudan manusia. Penjelasan ini boleh
dijadikan asas bagi penyusunan satu sistem sosial. Begitu juga konsep kepercayaan itu andainya
masih utuh seperti asalnya ketika ia diturunkan dari sisi Allah maka amatlah berkemampuan
untuk mengembalikan orang-orang Kristian kepada syari'at yang terkandung di dalam Taurat,

Pastikan Kemenangan Islam 22


Perpecahan Dan Pertentangan Jiwa Yang Amat Buruk

serta beberapa pembaharuan yang dibawa oleh Nabi Isa yang bertujuan untuk meringankan beban
ibadah dan beban hidup.

Malangnya, yang terjadi ialah bahawa pengikut-pengikut Nabi Isa a.s terpaksa hidup di
dalam lembayung penderitaan dan penindasan pada satu tempoh masa yang amat panjang, yang
ditimpakan sama ada oleh orang-orang Yahudi yang ingkar atau orang-orang Rom yang
menyembah berhala, yang telah menguasai pemerintahan terakhir Al-Masih. Suasana sedemikian
telah memaksa orang-orang Hawari (murid-murid Nabi Isa) pengikut dan murid-murid mereka,
bersembunyi, berpindah-randah dan beribadah secara rahsia untuk satu jangka masa yang lama.
Suasana sedemikian juga telah memaksa mereka untuk menyampaikan nas-nas Injil, sejarah Nabi
Isa a.s dan peristiwa-peristiwa yang terjadi pada masa mereka hidup, secara sulit dan sekali lalu
sahaja, kerana dalam suasana yang sedemikian tidak mungkin penyampaian itu dapat dibuat
dengan teliti, sebaris demi sebaris. Suasana sedemikian juga telah menyebabkan riwayat nas-nas
Injil yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Isa a.s dicampur-baurkan dengan beberapa riwayat
hidup dan pekerjaannya. Kandungan riwayat-riwayat itu pula mempunyai perbezaan di antara
satu dengan yang lainnya dan kesemuanya itu dinamakan Kitab-kitab Injil. Sebenarnya, itu
hanyalah merupakan kata-kata murid-murid itu dan penulis riwayat hidup Nabi Isa yang
dilakukan oleh mereka yang di dalamnya mengandungi beberapa ayat yang diambil daripada
kata-kata Al-Masih yang benar. Kitab Injil yang tertua ditulis kira-kira satu generasi selepas Al-
Masih. Para sejarawan agama Kristian berselisih pendapat mengenai kadar masa tersebut iaitu di
antara 40 tahun dengan 64 tahun. Mereka juga berselisih pendapat tentang bahasa yang digunakan
dalam penulisan tersebut kerana hanya terjemahannya sahaja yang dijumpai.

Paulus (seorang penganut agama Berhala Rom yang telah memeluk agama Kristian dan
tidak pernah bertemu dengan Nabi Isa a.s.), telah mendapat peluang baik untuk menyebarkan
agama Kristian di Eropah. Agama itu telah dicampur adukannya dengan beberapa unsur agama
Berhala Rom dan falsafah Greek. Hal ini merupakan satu nasib malang yang menimpa agama
Kristian dari semenjak ia tersebar di Eropah yang lebih buruk lagi daripada percampur-adukan
(Khurafat) yang berlaku pada masa penindasan pertama, iaitu ketika penyampaian ajaran Nabi Isa
dilakukan secara sambil lalu dan sulit, lantaran tidak mungkin dapat dilakukan dengan teliti, baris
demi baris.

Unsur-unsur keberhalaan dan syirik telah meresap ke dalam agama Kristian akibat dari
pengaruh orang-orang munafiq, yang telah memegang jawatan-jawatan penting dan pangkat yang

Pastikan Kemenangan Islam 23


Perpecahan Dan Pertentangan Jiwa Yang Amat Buruk

tinggi di dalam kerajaan Rom. Kedudukan ini mereka peroleh melalui sikap kepura-puraan
mereka memeluk agama Kristian, sedangkan mereka sebenarnya tidak pernah memperdulikan
urusan agama, malahan tidak merasa ikhlas kepada agama walaupun sehari. Begitu juga
Constantine, dia telah menghabiskan usianya dengan melakukan kezaliman dan tindakan-
tindakan liar dan tidak pernah merasa tunduk kepada perintah-perintah agama yang dikeluarkan
oleh gereja, melainkan pada detik-detik akhir hayatnya (tahun 337 M.).

Golongan Kristian, walaupun mereka telah begitu kuat di bawah pemerintahan Emperor
Constantine, namun mereka tidak berupaya untuk menghapuskan unsur-unsur keberhalaan dan
tidak berupaya mencabut akar-umbinya. Segala usaha mereka hanya menjadikan prinsip-prinsip
agama itu bercampur-baur (di antara unsur-unsur keberhalaan dengan unsur-unsur agama), yang
menyebabkan lahirnya satu agama baru. Agama baru ini memperlihatkan unsur agama Kristian
dan unsur agama Berhala dalam keadaan yang sama banyak. Dengan sebab itu nyatalah Islam
berbeza dengan agama Kristian, kerana Islam telah menentang habis-habisan segala bentuk
keberhalaan, dan menyebarkan prinsip-prinsipnya yang murni dengan jelas tanpa sebarang
kekaburan.

Constantine merupakan emperor (maharaja) yang memperhambakan dirinya kepada


dunia dan yang melihat kepercayaan agama sebagai satu perkara yang sama dengan perkara-
perkara lain. Ia berpendapat bahawa agama Kristian dan agama Berhala perlulah disatukan dan
diselenggarakan di antara kedua-duanya, demi kepentingan peribadinya dan demi kepentingan
dua golongan yang saling bertentangan. Tindakannya itu tidak ditentang oleh orang-orang
Kristian yang tulen. Mungkin mereka menganggap agama baru itu akan berkembang dengan
segar apabila ia dicampuradukan dan diubahsuaikan dengan kepercayaan keberhalaan kuno.
Justeru itu agama Kristian akan dapat dibersihkan daripada sebarang kekotoran dan najis keber-
halaan.5

Tetapi selepas peristiwa itu, agama yang baru itu tidak dapat membersihkan dirinya
daripada najis dan kekotoran keberhalaan sedikitpun sebagaimana yang diharap-harapkan oleh
orang-orang Kristian yang masih berpegang pada agama Kristian yang tulen. Maka terus-
meneruslah agama Kristian bercampur-baur dengan cerita-cerita palsu dan konsep-konsep

5
Dipetik daripada Kitab Maza Khasira Al-'Alam bin Kh-tat Al-Muslimin, oleh Syed Abul-Hasan Al-
Nadawi.

Pastikan Kemenangan Islam 24


Perpecahan Dan Pertentangan Jiwa Yang Amat Buruk

keberhalaan, sehinggalah keadaan menjadi bertambah buruk. Dalam keadaan yang sedemikian
agama Kristian dilibatkan pula dengan pergeseran politik dan pertentangan bangsa. Akibatnya
dasar akidah telah diubahsuaikan bagi merealisasikan tujuan-tujuan politik.
Alfred Butler, di dalam bukunya Arab Conquest of Egypt, yang telah diterjemahkan oleh
Ustaz Muhammad Farid Abu Dadid, telah menjelaskan:

Sesungguhnya abad ke-5 dan ke-6 merupakan abad pertentangan yang terus menerus di
antara orang-orang Mesir dengan orang-orang Rom. Pertentangan ini diperhebatkan lagi
oleh perbezaan bangsa dan agama. Walaupun begitu pertentangan agama lebih hebat lagi
daripada pertentangan bangsa, kerana adanya permusuhan di antara pengikut faham Al-
Malikaniyah (Royalists) dengan pengikut fahaman Al-Munufisiyah (Monophysitis), yang
menjadi salah satu sebab utama pertentangan yang berlaku pada masa itu. Puak Al-
Malikaniyah seperti yang dapat difahami daripada namanya ialah puak yang berpegang
kepada fahaman Sunniyah yang diwarisi iaitu kepercayaan bahawa hakikat Isa itu
kembar (sebagai Tuhan dan sebagai manusia). Puak Al-Munufisiyah pula ialah puak
kaum Qibti yang berpegang kepada fahaman Munufisiyah orang Mesir. Mereka
memandang rendah kepercayaan ini (yang dipegang oleh puak Al-Malikaniyah) dan
memburuk-burukkannya, serta memeranginya dengan serangan-serangan yang hebat
yang dilancarkan dengan serangan-serangan yang hebat yang dilancarkan dengan penuh
semangat, sehingga begitu sukar bagi kita untuk menggambarkannya atau untuk
mengenal hakikatnya bagi orang-orang yang berfikir, apatah lagi pada orang-orang yang
beriman dengan kitab Injil.

T.W. Arnold di dalam bukunya The Call of Islam yang diterjemahkan oleh Hasan
Ibrahim dan temannya, menjelaskan tentang perselisihan puak, politik dan bangsa, serta kesannya
yang melahirkan berbagai Bid'ah, tokok-tambah dan ubahsuai yang terdapat di dalam agama
Kristian:

Seratus tahun sebelum kelahiran Islam, Justinian tetah berjaya membina sebuah empayar
Rom sebagai satu kesatuan yang kukuh, tetapi sebaik-baik sahaja ia meninggal dunia
kesatuan empayar itu pecah. Perpecahan itu begitu memerlukan satu usaha bersama yang
kukuh, yang dapat menyatukan wilayah-wilayah dengan kerajaan pusat.

Pastikan Kemenangan Islam 25


Perpecahan Dan Pertentangan Jiwa Yang Amat Buruk

Usaha-usaha yang dijalankan oleh Heraklius untuk menyatukan negeri Syam (Syria)
dengan kerajaan pusat tidak mencapai kejayaan yang diharap-harapkan, sebaliknya
usahanya melalui beberapa cara untuk mencapai maksud itu, telah mengakibatkan
perpecahan yang lebih banyak lagi, dan bukan menghapuskan perpecahan itu, kerana
niatnya yang buruk. Tidak ada yang dapat memupuk perasaan patriotisme selain daripada
sentimen keagamaan. Heraklius cuba membuat tafsiran terhadap akidah dengan tafsiran
yang dapat menolongnya untuk mententeramkan jiwa, dan dapat mendamaikan puak-
puak yang saling bermusuhan dan dapat menyatukan di antara puak-puak yang
menentang agama, di antara pengikut-pengikut gereja ortodoks, dan menyatukan di
antara mereka dengan kerajaan pusat.6

Pada tahun 451M. Majlis Chalcedon telah meluluskan satu deklarasi bahawa Nabi 'Isa a.s
hendaklah diakui mempunyai dua hakikat yang serupa (hakikat ketuhanan dan kemanusiaan),
yang tidak bercampur dan tidak berubah, tidak terbahagi-bahagi dan tidak terpisah-pisah. Tidak
boleh dibezakan di antara keduanya lantaran adanya kesatuan itu. Malahan setiap hakikat itu iaitu
hakikat Nabi Isa a.s sebagai Allah dan manusia mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri, yang
terhimpun di dalam satu oqnum (entity) dan dalam satu jasad. Jadi, bukanlah kedua-duanya
terpisah-pisah atau terbahagi menjadi dua oqnum. Jelasnya, semuanya itu terkumpul di dalam
satu oqnum iaitu Anak, Allah dan Kalimah.

Kenyataan yang dibuat oleh majlis itu ditolak oleh pengikut mazhab Ya'qubiyah. Mereka
mengakui bahawa hakikat kewujudan Nabi Isa hanya satu. Mereka mengatakan bahawa diri Nabi
Isa a.s terdiri daripada beberapa oqnum yang mempunyai sifat ketuhanan (Ilahiyah) dan
kemanusiaan (Basyariyah). Tetapi diri yang mengandungi sifat-sifat itu tidak boleh dianggap dua,
kerana ia merupakan satu diri yang terjadi daripada beberapa oqnum.

Pertentangan pendapat di antara penganut mazhab Ya'qubiyah dengan mazhab Ortodoks


yang berlaku hampir dua abad lamanya, menjadi semakin lebih hebat pada masa Heraklius
berusaha untuk memperbaiki hubungan di antara pihak-pihak yang bertelingkah iaitu dengan

6
Petikan ini membuktikan bahawa segala usaha kerajaan mentafsirkan agama bukanlah kerana agama tetapi
kerana keperluan politik yang disebabkan oleh kelemahan perasaan nasionalisme yang mempertalikan
hubungan di antara negeri-negeri di bawah kerajaan itu. Jadi dia hendak menjadikan agama itu sebagai satu
berhala lain sebagai ganti berhala nasionalisme.

Pastikan Kemenangan Islam 26


Perpecahan Dan Pertentangan Jiwa Yang Amat Buruk

mengemukakan satu fahaman bahawa Nabi Isa mempunyai satu kehendak. Pada masa itu pula
mazhab Ya'qubiyah berkembang dengan pesatnya di Mesir, Syam dan negeri-negeri yang di luar
kekuasaan kerajaan Byzentium. Jadi, pada masa itu ada mazhab yang mengakui kewujudan dua
hakikat, yang sekaligus berpegang pada konsep kesatuan oqnum dalam kehidupan Nabi Isa yang
bersifat basyariyah. Jelasnya, mazhab ini tidak mempercayai adanya dua jenis kehidupan di
dalam satu oqnum. Seorang Isa Al-Masih iaitu Anak Allah telah merealisasikan hakikat insaniyah
dan hakikat Ilahiyah, dengan satu kekuatan Ilahiyah dan insaniyah. Ertinya, yang ada hanya satu
kehendak di dalam kalimah yang berbentuk diri manusia.

Tetapi, sungguh malang, Heraklius menemui nasib yang sama dengan nasib kebanyakan
orang yang bercita-cita untuk meletakkan asas-asas kedamaian dalam kehidupan manusia. Hal ini
disebabkan oleh kerana pertentangan fahaman itu bukan sahaja menjadikan keadaan bertambah
buruk, malahan pertentangan itu telah menyebabkan diri Heraklius sendiri dituduh sebagai orang
yang tidak bertuhan (mulhid), dan mendapat kemarahan daripada kedua-dua pihak yang saling
bertelagah.7

Gejala-gejala kekeliruan yang buruk itu telah menimpa agama Kristian pertama kalinya
pada masa pertumbuhannya, kemudian pada masa ia kuat dipengaruhi oleh fahaman politik yang
diikuti pula oleh pengaruh pergeseran politik, pertentangan bangsa, timbulnya berbagai khurafat
dan penyelewengan di dalam akidah.

Kesemua gejala tersebut telah mewarnai konsep kepercayaan agama Kristian dengan
unsur-unsur yang amat aneh dan asing sekali daripada hakikatnya yang sebenarnya, malahan
amat asing sekali daripada hakikat agama Ilahi seluruhnya. Oleh yang demikian, konsep
kepercayaan agama Kristian yang telah dikhurafatkan terus-menerus, lalu konsepsi itu diputuskan
di dalam perhimpunan-perhimpunan suci yang umum dan yang khusus tidak akan berkemampuan
untuk memberi penjelasan tentang kewujudan dan hakikatnya, hakikat hubungannya dengan
Allah (pencipta-nya), hakikat Allah dan sifat-sifat-Nya dan hakikat kewujudan manusia dan
matlamatnya serta jalan yang dilaluinya. Inilah asas-asas yang mesti ada untuk mempastikan
kewujudan sistem sosial yang lahir daripadanya, yang kemudian sistem sosial itu berdiri teguh di
atasnya.

7
Dari terjemahan dalam bahasa Arab, hal. 52-53.

Pastikan Kemenangan Islam 27


Perpecahan Dan Pertentangan Jiwa Yang Amat Buruk

Kekeliruan ini bukanlah hanya berligar di sekitar persoalan kerosakan konsep


kepercayaan agama Kristian sahaja, malahan ia menjangkau kepada perkara lain dengan kesan
yang lebih buruk lagi.

Selepas itu, pada abad pertama Masihi, Paulus menulis beberapa risalah yang menjadi
bukti adanya campur aduk di antara unsur-unsur agama dengan unsur-unsur falsafah khususnya
falsafah Hulul. Dia berkata: “Al-Masih duduk di kanan Allah, dan berdoa kepada Allah, untuk
orang-orang yang melakukan kebaikan agar kalimah-Nya bertempat di dalam diri mereka, dan dia
memohon pengampunan untuk dirinya, untuk mereka, dan memberi kabar gembira kepada
mereka bahawa mereka akan mencapai ketinggian (kemuliaan) apabila dia telah kembali ke
bumi.” Dan jelaslah dari kata-kata itu, bahawa dia menunggu masa kepulangan Nabi Isa a.s ke
dunia yang telah begitu hampir. Seringkali dia menyebutnya dengan nama Tuhan kita Yasu' (Isa)
Al-Masih sesuai dengan perintah Allah, yang menyelamatkan kita dan Tuhan kita Yasu' Al-
Masih.8

Tetapi bencana yang terbesar terjadi dalam peristiwa yang berlaku selepas itu, yang
ternyata dalam kemenangan agama Kristian; iaitu dengan masuknya Constantine, Empayar Rom
ke dalam agama Kristian, sehingga golongan Kristian dapat menjadi golongan yang berkuasa di
dalam empayar tersebut pada tahun 355 M.

Seorang penulis Amerika, Draper, telah mengambarkan peristiwa itu serta kesannya yang
buruk di dalam bukunya berjudul ‘Pertentangan Di Antara Agama dengan Pengetahuan’:

Pihak gereja mahu menyekat segala bentuk kemewahan ala Rom dan kebuasan nafsu
seperti yang terjadi di dalam kerajaan Rom pada masa sebelum ia menerima agama Kristian.
Keadaan ini dibayangkan oleh J.W. Draper seorang penulis Amerika di dalam bukunya Sciences
and Religion.9

Ketika kerajaan Rom mempunyai kekuatan peperangan yang cukup dan kekuasaan
politik yang luas dan mencapai tamadun yang paling tinggi, ia mengalami kerosakan akhlak,

8
Abbas Mahmud Al-Aqqad, Kitab Allah, hal. 169.

9
J.W. Draper, (ed), History of the Conflict between Religion and Sciences, 1874.

Pastikan Kemenangan Islam 28


Perpecahan Dan Pertentangan Jiwa Yang Amat Buruk

keruntuhan agama dan pendidikan moral ke taraf yang paling rendah. Orang-orang Rom telah
menyalahgunakan kemewahan hidup mereka sehingga mereka menjadi manusia yang begitu
sekular dengan tindak-tanduk yang didorong oleh hawa nafsu. Prinsip hidup mereka ialah bahawa
hidup ini merupakan peluang untuk bersenang-lenang, kesenangan akan meningkatkan manusia
daripada hidup di dalam kenikmatan kepada hidup di dalam kemewahan dan daripada hidup sia-
sia kepada hidup berpoya-poya. Zuhud dan puasa yang mereka lakukan sekali sekala hanyalah
untuk meningkatkan lagi ghairah nafsu makan dan kesederhanaan yang mereka lakukan pula
hanyalah urltuk melanjutkan masa berpoya-poya. Meja makan mereka dihiasi oleh pinggan-
mangkuk yang dibuat daripada emas dan perak yang bertatahkan mutiara, dilengkapi dengan pe-
layan-pelayan yang berpakaian serba indah dan mengghairahkan, dan pelayan-pelayan
perempuan Rom yang memberahikan serta para penyanyi dan penari bogel yang berhias, yang
tidak mempunyai perasaan malu, malahan bersedia untuk mencumbu-rayu mereka. Kemewahan
mereka itu dilengkapi bilik-bilik mandi yang cantik, dewan-dewan hiburan yang besar dan
padang-padang permainan tempat pendekar menunjukkan kehandalan mereka bertarung dengan
manusia atau dengan binatang buas. Pergelutan di antara kedua jaguh atau di antara pendekar itu
dengan binatang buas berlaku terus menerus sehinggalah salah seorang daripadanya tersungkur,
mati berlumuran darah. Para pejuang yang berjaya menggegarkan alam ini berpendapat bahawa
sekiranya ada sesuatu yang patut disembah, maka perkara itu ialah kekuatan, kerana kekuatanlah
yang menyebabkan manusia dapat mengumpulkan kekayaan yang melimpah-ruah dengan titik
peluh dan usaha yang sungguh-sungguh. Andainya ada orang yang berjaya mengalahkan orang
lain di medan pertempuran dengan kekuatan yang ada padanya maka dialah yang boleh
mengeluarkan harta dan menentukan hak milik serta melaksanakan sistem feudal. Sesungguhnya
ketua negara Rom merupakan lambang kekuatan yang hebat. Oleh kerana itu sistem
pemerintahan kerajaan Rom berasal daripada kebesaran raja, yang pada hakikatnya ia dilapisi
oleh tipu helah seperti yang dapat kita saksikan dalam tamadun Yunani pada masa
keruntuhannya.10

Pihak gereja mahu menyekat kebebasan nafsu yang melanda masyarakat dan mahu
menyekat kemerosotan moral yang amat hebat itu.Tetapi dalam usaha untuk mencapai matlamat
itu, ia tidak melalui jalan fitrah, yang lurus dan imbang. Ia tidak berpegang pada hakikat konsep
agama Kristian yang sebenarnya, sebagai konsep yang dapat mewujudkan keadilan di antara

10
Dipetik daripada Kitab Maza Khasira L-'Alam oleh Abul-Hasan Al-Nadawi.

Pastikan Kemenangan Islam 29


Perpecahan Dan Pertentangan Jiwa Yang Amat Buruk

manusia. Ia juga tidak berpegang pada konsep yang dapat memberi pertimbangan yang saksama
di antara berbagai ekstrim, sesuai dengan fungsi fitrah mereka yang hakiki.

Pada masa itu lahir pula satu aliran kepentingan (monastisime) yang kejam, yang
menimpakan aktbat yang lebih buruk terhadap manusia daripada tindakan orang-orang Rom yang
menyembah berhala yang bersifat kebinatangan. Bertapa (ascentisisme) dan menjauhkan diri
daripada segala kenikmatan hidup membujang dan menderita dianggap sebagai cara hidup yang
baik. Ciri-ciri khas manusia dihapuskan. Tenaga dan potensi (baka) yang dijadikan oleh Allah di
dalam diri manusia dengan tujuan untuk menjamin kekekalan keturunan manusia pada satu aspek
dan untuk menjamin kemakmuran dunia dan melaksanakan tanggungjawab khilafah
(kepimpinan) pada aspek yang lain, dihancurkan. Lalu penyelewangan daripada garis fitrah yang
liar itu dijadikan sebagai simbol kesempurnaan, ketaqwaan dan kemuliaan. Ia merupakan suatu
hal yang tidak diizinkan oleh Allah dan tidak boleh dijadikan panduan hidup manusia.

Sebenarnya monastisisme tidak dapat mengatasi masalah kemerosotan dan keruntuhan


yang berlaku, sebaliknya ia telah menimbulkan satu pertarungan di antara kedua pihak yang sama
kejam dan degil. Kedua-dua pihak itu amat jauh daripada dasar keluhuran fitrah dan hakikat
keperluan manusia.

W.Leeky, di dalam bukunya History of European Morals, menggambarkan pertentangan


di antara faham monastisisme dengan kebiadaban yang berlaku di dalam alam Kristian pada masa
itu:

Sikap terlalu memburu kemewahan dan kepuasan hawa nafsu menjadi pertanda
keruntuhan moral masyarakat Kristian yang paling puncak. Pelacuran, persundalan,
tenggelam di dalam kemewahan, tunduk kepada tekanan hawa nafsu, terlalu
mendampingj golongan raja, mengunjungi kelab-kelab orang kaya dan pemimpin negara,
berlumba-lumba memiliki pakaian yang indah, berlian, permata, emas dan perhiasan-
perhiasan lainnya, telah sampai ke puncak keterlaluannya. Seluruh kehidupan sosial pada
masa itu berada di antara puncak monastisisme dan puncak kehancuran moral. Kota-kota
yang menjadi pusat orang-orang yang zuhud, merupakan kota-kota yang paling banyak
pelacuran dan persundalan.11

11
Ibid

Pastikan Kemenangan Islam 30


Perpecahan Dan Pertentangan Jiwa Yang Amat Buruk

Begitulah lemahnya sistm monastisisme yang bersumberkan konsep-konsep gereja dan


majlis-majlis gereja yang menyeleweng daripada dasar konsep agama Kristian yang tulen. Yang
tulen inilah yang sewajarnya menjadi sistem moral dunia Kristian. Monastisisme menjadikan diri
manusia itu kosong, tanpa roh agama, dalam hal ini agama tidak boleh dipersalahkan dan
menanamkan sikap ingin menentangnya dan menentang sistemnya yang tidak bersesuaian dengan
fitrah. Akhimya monastisisme menjadi faktor utama bagi perpecahan dan pertentangan jiwa yang
amat buruk lagi mendukacitakan, pemisahan di antara agama dengan negara.

Bencana yang menggemparkan dunia kependetaan khasnya dan dunia Kristian amnya
berlaku pada masa orang-orang Kristian dapat membongkar hakikat kepalsuan monastisisme.
Mereka menyedari bahawa mereka telah dibohongi oleh gereja dengan berbagai larangan yang
ketat dan dengan ancaman bahawa mereka tidak akan dapat menjejakkan kaki ke syurga andainya
mereka merasai kenikmatan hidup di dunia walau sedikitpun.

Kami katakan: “Bencana yang menggemparkan itu berlaku pada masa orang-orang
Kristian dapat membongkar latar belakang kehidupan peribadi tokoh-tokoh gereja, yang bukan
sahaja penuh dengan kenikmatan dan kemewahan tetapi dipenuhi juga oleh unsur-unsur
keburukan dan kemungkaran yang paling luar biasa, paling buruk dan paling mungkar.

J.W. Draper di dalam bukunya Science dan Religion menjelaskan:

Monastisisme dan sistem agama yang negatif itu amat bertentangan dengan fitrah
manusia. Tinggallah ia di dalam kekerdilan, akibat tekanan beberapa faktor agama baru
yang mempunyai kekuatan jiwa serta dibantu oleh faktor-faktor yang selainnya. la juga
menerima tekanan dari alam semulajadi. Maka daripada tekanan-tekanan ini, meresaplah
unsur-unsur kelemahan dan khurafat ke dalam badan-badan keagamaan, sehingga ia
menjadi seperti badan-badan yang bersifat sekular malahan lebih daripada itu yang
terlibat dalam masalah keruntuhan moral, pelacuran dan persundalan.

Lantaran itu pihak pemerintah melarang perkumpulan keagamaan yang bertujuan untuk
merapatkan perhubungan dan persaudaraan di antara penganut-penganut agama Kristian,
memperingati dan mengenang orang-orang mati syahid dan para wali, dan sekaligus
kepadatan di dalam kegiatan yang melanggar batas-batas moral, pelacuran sebagai satu

Pastikan Kemenangan Islam 31


Perpecahan Dan Pertentangan Jiwa Yang Amat Buruk

kegiatan yang dilindungi dan direstui. Di samping itu mereka menuduh paderi-paderi
telah terlibat melakukan dosa besar dan kegiatan yang mungkar.

Kata pendeta Jerome: “Kemewahan hidup para paderi sama dengan kemewahan yang
dimiliki oleh raja-raja dan orang-orang kaya. Moral orang-orang yang menjadi ‘Pop’
telah runtuh ke tahap yang paling rendah, kerana dipengaruhi oleh sifat haloba dan
cintakan harta kekayaan. Malahan lebih daripada itu, mereka sanggup menjual pangkat
dan kedudukan seperti barang dagangan, yang kadangkala mereka lakukan secara terang-
terangan. Mereka sanggup menyewakan tanah syurga hanya dengan surat-surat
perjanjian, geran-geran dan surat-surat pengampunan.

Mereka membolehkan orang tidak mematuhi undang-undang hanya dengan memberinya


surat keterangan dan memberinya surat izin yang membolehkan orang itu melakukan perkara-
perkara yang dilarang dan dihalang. Surat-surat ini seperti wang kertas dan cap pejabat pos yang
begitu mudah didapati. Mereka menggalakkan rasuah dan pemberian yang tidak ikhlas.
Pembaziran harta menjadi-jadi, sehinggakan Pop Innocent ke-VIII terpaksa menggadaikan
mahkota pop. Pop Leo ke-X pula dikatakan telah menghabiskan seluruh harta benda yang
ditinggalkan oleh Pop sebelumnya. la telah membelanjakan bahagiannya dan pendapatannya,
malahan ia mengambil dan menggunakan wang yang diperuntukkan kepada penggantinya,
terlebih dahulu. Dikatakan juga bahawa seluruh wang pendapatan kerajaan Peranchis tidak dapat
memenuhi kehendak perbelanjaan dan keinginan nafsu para Pop.12

Mengenai surat pengampunan seperti yang disebut oleh Draper, pihak gereja telah
menentukan bahawa hak untuk mengeluarkan surat itu hanyalah dimiliki oleh pihak gereja yang
diputuskan oleh satu sidang Majlis Gereja yang besar. Majlis itu akan bersidang dari semasa ke
semasa, untuk mengubah, menukar, menyelewengkan, mencipta dan menokok tambah akidah
agama Kristian, menurut selera nafsu mereka yang kononnya suci.

Buku sejarah gereja telah merakamkan pengistiharan Majlis Gereja ke-12 seperti berikut:

Majlis ini mengakhiri perhimpunannya dengan menjelaskan persoalan yang berhubung


dengan perkara pengampunan. Majlis mengisytiharkan bahawa Isa Al-Masih telah memberikan

12
Ibid

Pastikan Kemenangan Islam 32


Perpecahan Dan Pertentangan Jiwa Yang Amat Buruk

kuasa memberi pengampunan kepada gereja. Dan gereja telah menggunakan kuasa ini yang
didapati daripada pihak tertinggi dari sejak hari pertama kuasa ini diserahkan.

Perhimpunan yang suci ini memberitahu dan mengarahkan bahawa kuasa memberi
keampunan sebagai tindakan pembersihan untuk kaum Kristian, yang telah ditetapkan oleh kuasa
Majlis, hendaklah dijaga kewibawaannya untuk gereja dan di gereja. Sesiapa yang menganggap
bahawa pengampunan itu tidak praktik atau tidak berfaedah, atau mengingkari kuasa gereja yang
memberikan pengampunan itu, hendaklah dikenakan sekatan dan tindakan yang wajar.

Adalah lebih baik sekiranya kuasa ini dipraktikkan secara sederhana dan hati-hati, sesuai
dengan tradisi yang dipraktikkan sejak dulu lagi dan sesuai dengan apa-apa yang telah ditetapkan
oleh pihak gereja, supaya tidak timbul keadaan mempermudah-mudahkan pendidikan gereja.

Di bawah ini diperturunkan contoh surat pengampunan yang dijual bagai menjual barang
dagangan.

Tuhan kita Isa telah memberi rahmatnya kepadamu (Nama orang yang diberi surat
pengampunan), dan ia telah membebaskan engkau sesuai dengan tuntutan hak-hak
penderitaan yang menyeluruh dan suci yang tetah dialaminya. Sesungguhnya aku dengan
kuasa kerasulan yang ada padaku, aku bebaskan engkau daripada pembalasan, hukum-
hukum dan peraturan-peraturan gereja yang telah diwajibkan ke atasmu dan juga aku
bebaskan engkau daripada segala balasan atas keterlanjuran, kesalahan dan dosa-dosa
yang engkau lakukan bagaimana besar dan cemarnya sekalipun dan daripada segala
kecacatan sekalipun perkara itu menjadi hak bapa-bapa kita yang suci. Pop dan Kerusi
Rasul. Maka pada saat yang baik ini, aku hapuskan segala kekotoran dosa, dan setiap
tanda kecacatan yang telah engkau perolehi untuk dirimu. Aku angkatkan (batalkan)
segala bentuk pembalasan yang sepatutnya engkau terima sebagai cara membersihkan
diri. Dan aku kembalikan engkau sekali lagi menjadi ahli gereja yang dapat mengetahui
rahsia-rahsia gereja. Dan aku himpunkan engkau di dalam kalangan arang-orang yang
suci. Aku kembalikan engkau sekali lagi, kepada kesucian dan kebaikan, seperti
keadaanmu pada waktu dibaptiskan iaitu mandi upacara masuk Kristian, ketika engkau
masih kecil, sehinggalah pada waktu engkau mati, pintu di hadapanmu yang menjadi
tempat masuk orang-orang yang berdosa untuk menuju ke tempat azab dan pembalasan,
akan tertutup, dan pintu yang menuju ke arah syurga yang penuh kenikmatan akan

Pastikan Kemenangan Islam 33


Perpecahan Dan Pertentangan Jiwa Yang Amat Buruk

terbuka. Sekiranya engkau tidak mati hingga bertahun-tahun lamanya, maka nikmat ini
akan kekal dan tidak berubah-ubah, hinggalah sampai saatmu yang terakhir atas nama
Bapa, Anak dan Roh Quds.13

Apabila kita hubungkan surat ini dengan kenyataan-kenyataan yang sebelumnya, maka
bererti kita menghubungkan tindakan pihak gereja mengenakan larangan dan sekatan yang keras
terhadap manusia, dengan memperalatkan agama sedangkan agama tidak bertanggungjawab
terhadap semua itu. Iaitu dengan kemewahan hidup tokoh-tokoh gereja dan kehancuran hidup
mereka, dan dengan kehancuran surat-surat pengampunan. Justeru itu kita dapat mengetahui salah
satu daripada aspek kekeliruan dan kekacauan yang buruk, yang telah membawa perpecahan dan
pertentangan jiwa iaitu pemisahan di antara agama dengan negara di dalam sejarah Eropah yang
begitu buruk dan menyedihkan.

Persoalannya, bukanlah selesai setakat itu sahaja. Pihak gereja telah terlibat dalam
kancah pertentangan yang sengit dan lama dengan pihak maharaja dan raja-raja, bukan atas soal
agama dan moral, tetapi atas soal kuasa dan kedaulatan.

Pertentangan dan pergeseran di antara pihak Pop dengan pihak kerajaan telah bermula
semenjak abad kesebelas. Pertentangan itu menjadi semakin hebat. Pada mulanya pihak Pop
beroleh kemenangan. Ke-menangan ini telah memaksa Henry ke-IV yang mewakili pihak
kerajaan pergi menghadap Pop di rumah gereja Canossa, pada tahun 1077 M. Pop tidak
membenarkan dia masuk melainkan setelah direstui oleh tokoh-tokoh gereja, selepas itu ia
dibenarkan menghadap Pop. Dia masuk dengan berkaki ayam dan berbaju bulu yang kasar,
kemudian bertaubat kepada Pop, lalu Pop mengampunkan kesalahannya. Pertentangan di antara
kedua pihak ini berterusan, hinggalah pihak Pop menjadi lemah.14

Seperti yang tersebut di dalam buku 'Kembang Sulaiman' bahawa pada tahun 1245 M.
Majlis ke-13 telah diadakan di Lyon di dalam daerah Peranchis atas perintah Pop Innocent ke-IV.
Majlis itu diadakan dengan tujuan uniuk menurunkan Frederick, Raja Peranchis daripada tahtanya
dan mengenakan sekatan dan larangan ke atasnya. Tetapi pihak gereja Peranchis telah tidak
bersetuju dan tidak mengakui kewibawaan dan kekuasaan Majlis tersebut.15

13
Al-Syeikh Muhammad Abu Zahrah, Muhadharat fi Al-Nasraniyah.
14
Al-Nadawi, op. cit.
15
Lihat Kitab Muhadharat fi Al-Nasraniyah.

Pastikan Kemenangan Islam 34


Perpecahan Dan Pertentangan Jiwa Yang Amat Buruk

Apabila pihak gereja telah menentukan bahawa hanya gereja yang mempunyai hak untuk
menguasai masyarakat, di samping pertentangannya dengan pihak kerajaan dan raja-raja
mengenai soal kekuasaan, maka ia pun melakukan berbagai eksploitasi yang buruk selaras
dengan masa yang ada padanya. Eksploitasi ini dilakukan dengan mevvajibkan pajak harta yang
membebankan rakyat dan dipungut secara langsung. Keadaan ini telah menyebabkan rakyat hidup
menderita di bawah sistem yang mencengkam ini. Pihak pemerintah (raja-raja) yang merasa tidak
senang terhadap keadaan ini telah menggunakan penindasan itu untuk membangkitkan rasa tidak
senang dan kemarahan rakyat terhadap gereja. Maka untuk mencapai matlamat ini, mereka
menggunakan berbagai cara, iaitu mula-mula mereka mencela dan mengkritik ahli agama,
mendedahkan keburukan dan kekejian mereka, mendedahkan rahsia kehidupan peribadi mereka
yang mereka sembunyikan di sebalik jubah kependetaan dan upacara gereja (kedudukan mereka).

Tindakan itu diikuti oleh tindakan memasukkan berbagai fahaman (dogma atau doktrin)
yang kabur ke dalam aqidah, yang tidak mungkin dapat diketahui, digambarkan atau dipercayai
kebenarannya. Contoh dogma yang kabur itu telah pun kami sebut berdasarkan tulisan S.T.
Arnold berhubung dengan hakikat dan kewujudan Nabi Isa a.s.

Memang ada faktor pemecah yang utama yang menyebabkan berlakunya perpecahan dan
pertentangan jiwa yang berakhir dengan pemisahan di antara agama dengan kehidupan. Faktor
itulah yang menyebabkan berlakunya pemisahan di antara konsep kepercayaan dengan sistem
sosial, malahan ia merupakan satu jenayah yang besar yang telah dilakukan oleh pihak gereja
Barat, terhadap dirinya, terhadap agama Kristian, malahan terhadap seluruh agama di dunia ini
jenayah ini berterusan sehinggalah Allah merestui satu perubahan. Faktor itu ialah gereja
merupakan institusi yang mempunyai hak monopoli untuk memahami dan mentafsirkan 'Kitab
Suci' (Injil). Ia melarang sebarang orang di luar lingkaran pendeta yang cuba untuk memahami
dan mentafsirkannya.

Kemudian tindakan itu diikuti oleh tindakan memasukkan doktrin yang kabur itu ke
dalam upacara peribadatan. Contoh yang nyata ialah doktrin mengenai 'Santapan Malam Tuhan'
(Eucharist-Lord's Supper), sebagai satu doktrin yang bertentangan dengan fahaman Protestan
yang diperjuangkan oleh Martin Luther, Calvin dan Ulrich Zqingli.

Pastikan Kemenangan Islam 35


Perpecahan Dan Pertentangan Jiwa Yang Amat Buruk

Persoalan 'Santapan Malam Tuhan' merupakan satu perkara baru yang tidak terdapat
dalam Kitab Suci mereka, dan tidak ditimbulkan oleh pengikut agama Kristian yang mula-mula
dan tidak pernah ditimbulkan di dalam Majlis Suci yang mula-mula. Kisahnya adalah seperti
bcrikut:

Dalam merayakan majlis Paksa (Easter) iaitu satu majlis jamuan untuk memperingati
kebangkitan Nabi Isa, orang-orang Kristian rnakan roti dan minum arak. Upacara ini
dinamakan ‘Santapan Malam Tuhan’ (Lord's Supper).

Pihak gereja berpendapat bahawa roti itu akan berubah meniadi jasad Nabi Isa dan arak
itu akan berubah menjadi darah Nabi Isa. Sesiapa yang memakan roti dan meminum arak
itu, maka akan berlakulah perubahan tersebut, lalu meresaplah Nabi Isa a.s dengan darah
dan dagingnya ke dalam tubuhnya.

Pihak gereja telah mewajibkan orang-orang Kristian menerima pendapat itu dan melarang
mereka mempersoalkannya. Jika mereka melanggar larangan itu maka bererti mereka
bersedia untuk disingkirkan dari agama dan sedia menerima pelbagai tindakan dan
hukuman.

Pihak gereja masih tidak berpuas hati dengan kemasukan doktrin kabur dan khurafat ke
dalam akidah dan upacara ibadat mereka. Di samping itu mereka masih tidak puas hati terhadap
larangan mempersoalkannya, sumbernya dalam kitab Injil, memahami dan mentafsirkannya yang
dikenakan terhadap orang-orang Kristian. Lalu ia menjalankan tindakan selanjutnya iaitu dengan
mencipta berbagai teori tentang alam semesta dan kehidupan. Justeru itu timbullah berbagai
pendapat dan teori tentang geografi, sejarah dan alam, sebagai pendapat dan teori yang sangat
terkenal pada masa itu. Teori-teori tentang alam, kehidupan manusia penuh dengan kesalahan dan
kekalutan. Tetapi pihak gereja menjadikan teori-teori tersebut sebagai suatu yang 'suci' yang tidak
dipersoalkan, dibetulkan dan diuji, malahan tidak boleh diperkatakan selain daripadanya.

Inilah faktor pemecah dan pemisah yang sebenar. Kerana semuanya merupakan perkara
batil, yang mudah dibuktikan kebatilannya melalui ujian, dan mudah disingkap kepalsuannya.
Faktor ini merupakan perkara yang dapat diteroka oleh akal manusia yang dianugerahkan oleh
Allah, iaitu akal yang dilengkapi kecekapan yang memungkinkan ia dapat membongkar
hakikatnya yang tidak memerlukan sebarang teori-teori tertentu.

Pastikan Kemenangan Islam 36


Perpecahan Dan Pertentangan Jiwa Yang Amat Buruk

Kata-kata Syed Abul Hasan Al-Nadawi mengenai perkara ini, amat baik diingat semula.
Beliau telah menggambarkan kesan faktor ini yang telah memberi kesan kepada 'perpecahan dan
pertentangan jiwa' dengan gambaran yang ringkas dan jelas di dalam kitabnya yang sangat
bermutu, 'Maza Khasira'1-Alam bi Al-Inkhitat Al-Muslimim':

Dan tetapi, kesalahan tokoh-tokoh agama di Eropah, dan jenayahnya yang terbesar yang
mereka lakukan terhadap diri mereka dan agama yang mereka anuti ialah kesalahan dan jenayah
memasukkan pengetahuan manusia, maklumat-maklumat semasa tentang sejarah, geografi dan
alam (sains biasa) ke dalam Kitab Suci Agama. Mungkin ilmu-ilmu itu merupakan puncak
keintelektualan pada masa itu dan sebagai hakikat yang diyakini oleh tokoh-tokoh pada masa itu,
namun begitu ia bukanlah merupakan sesuatu yang paling tinggi yang dapat dicapai oleh
kekuatan ilmu manusia.

Andainya pencapaian yang didapati pada satu masa tertentu dianggap sebagai puncak
tertinggi pencapaian ilmu manusia, maka bererti orang tidak percaya kepada perubahan dan
pertentangan kerana ilmu manusia itu sentiasa meningkat dan berkembang. Jadi, orang yang
membina agamanya di atas dasar pencapaian iimu manusia yang berubah-ubah, bererti ia
membina istana di atas timbunan pasir. Mungkin ia dapat membina istana yang indah, tetapi
tindakannya itu dapat dianggap sebagai satu jenayah ke atas diri dan agamanya. Inilah menjadi
sebab berlakunya pertentangan yang malang di antara agama, yang tertewas, kerana ia telah
dicampuri oleh ilmu manusia, yang terdiri daripada ilmu yang benar dengan yang salah, yang
tulen dengan yang palsu. Akibatnya, agama menderita menerima ketewasan yang dahsyat, di
samping itu tokoh-tokoh agama jatuh pengaruhnya dan tidak berdaya bangkit kembali. Dan yang
lebih buruk dan lebih malang lagi ialah Eropah hidup tanpa agama.

Tokoh-tokoh agama merasa masih tidak berpuas hati dengan tokok-tambah yang
dibuatnya terhadap kitab Injil, malahan mereka mempelajari setiap ilmu geografi, sejarah dan
sains natural, sebagai ilmu yang diperkatakan orang. Tambahan pula ilmu-ilmu itu merupakan
ilmu yang popular di kalangan masyarakat dan yang disebut-sebut oleh setengah-setengah ulama
yang menginterpritasikan dan mentafsirkan kitab Taurat dan Injil. Lalu tokoh-tokoh itu
menyadurkan ilmu ini dengan saduran agama dan mereka katakan bahawa ilmu-ilmu itu adalah
sebahagian daripada ajaran agama dan dasar-dasar agama yang wajib dipercayai, dan wajib
menolak setiap yang bertentangan dengannya.

Pastikan Kemenangan Islam 37


Perpecahan Dan Pertentangan Jiwa Yang Amat Buruk

Sehubungan dengan ini mereka pun mengarang buku dan beberapa karya, lalu mereka
namakan ilmu georafi yang tidak direstui Allah, sebagai 'Geografi Kristian'. Mereka berpegang
teguh kepada kitab ini dan mengkaf irkan sesiapa sahaja yang tidak mempercayainya.

Hal ini terjadi pada masa meledaknya gunung berapi pemikiran di Eropah, yang
menyebabkan ahli-ahli sains natural dan sains tulen memutuskan ikatan rantai dogma keagamaan.
Mereka telah mendedahkan kepalsuan teori-teori ilmu geografi yang terkandung di dalam buku-
buku tersebut, dan mereka mengkritiknya dengan hebat dan terus-terang. Mereka enggan
berpegang padanya dan enggan mempercayainya sebagai sesuatu yang ghaib. Sebaliknya mereka
mendedahkan pendapat-pendapat dan hasil cubaan-cubaan mereka. Tindakan ini telah
meruntuhkan pengaruh gereja sebagai satu kiamat baginya.

Tragedi ini disedari oleh orang-orang yang meme-gang tampuk kekuasaan gereja di
Eropah, lalu mereka bangkit menentang tokoh-tokoh sains dan mengkafirkan mereka, juga
menghalalkan darah dan harta mereka demi untuk kepentingan agama Kristian. Tindakan ini
diekori oleh tindakan mereka menubuhkan Mahkamah Penyiasat yang bertungsi untuk
menghukum seperti yang dikatakan oleh Pop 'orang-orang mulhid dan kafir zindik yang
berkeliaran di bandar-bandar, rumah-rumah, daerah-daerah, hutan-hutan, gua-gua dan kebun-
kebun.. .!' Pihak mahkamah telah berusaha bersungguh-sungguh dengan mengerahkan setiap
tenaga penggeraknya melaksanakan tanggungjawab, sehingga tidak akan ada di bumi Kristian itu
nadi yang berdenyut (orang) yang menentang gereja. la juga mengadakan pasukan perisik di
seluruh negara, yang mengongkong setiap akttviti yang disyaki membawa idea baru, dengan
mendapatkan maklumat daripada mereka yang terlibat.

Sehubungan dengan ini seorang ahli teologi Kristian mengatakan: “Seorang Kristian
tidak mungkin mati kerana mati hidungnya (maksudnya mati dalam keadaan biasa).” Anggaran
orang-orang yang dihukum oleh mahkamah-mahkamah tersebut kira-kira 300,000 orang. Di
antara mereka 32,000 orang dibakar hidup-hidup. Termasuk di kalangan orang yang dibakar itu
ialah seorang ahli ilmu sains natural yang terkenal, Bruno. Pihak gereja marah kepadanya
lantaran pendapat-pendapatnya mengenai alam, yang menurutnya bahawa alam banyak
jumlahnya. Dia dihukum bunuh dengan syarat tidak setitik pun darahnya menitis ke bumi, ertinya
ia mati dibakar hidup-hidup! Begitulah yang terjadi! Seorang lagi ahli ilmu sains natural yang

Pastikan Kemenangan Islam 38


Perpecahan Dan Pertentangan Jiwa Yang Amat Buruk

dihukum bunuh ialah Galileo, kerana ia berpegang pada pendapatnya bahawa bumi berputar di
sekitar matahari.

Kekejaman yang sudah sampai ke puncaknya itu telah menimbulkan rasa berontak di
kalangan intelek yang memperjuangkan pembaharuan, yang kian luntur kesabarannya, lalu
mereka bangkit menentang ahli agama dan tokoh-tokoh gereja dan orang-orang yang melindungi
kepercayaan lama. Tokoh-tokoh intelek itu membenci kcpercayaan, kebudayaan, ilmu, moral dan
adab mereka. Pada mulanya mereka hanya memusuhi agama Kristian, tetapi kemudiannya
mereka memusuhi semua agama. Maka berterusanlah pertentangan di antara tokoh-tokoh sains
dan para intelek dengan tokoh-tokoh agama Kristian jelasnya agama Paulus sebagai pertentangan
di antara sains dan agama sccara mutlak. Golongan revolusioner itu telah memutuskan bahawa
sains dan agama merupakan madu yang tidak boleh diperdamaikan, bahawa akal dan sistem
agama merupakan dua musuh yang tidak boleh disatukan. Sesiapa menerima salah satu daripada
keduanya bererti menolak yang lainnya, sesiapa yang beriman kepada yang satu bererti ia kufur
kepada yang lainnya. Kalau mereka mengenang agama bererti mereka mengenang darah suci
yang mengalir demi mempertahankan kedaulatan sains dan penyelidikan, bererti mereka
mengenang jiwa-jiwa yang tidak berdosa yang menjadi korban kekejaman tokoh-tokoh gereja dan
tali-barutnya. Selanjutnya kalau mereka mengenang agama, terbayanglah di kelopak mata
mereka muka-muka yang masam dan menakutkan orang, jubah-jubah labuh, dan mata yang
melemparkan cahaya kejahatan, dada-dada yang sempit dan otak-otak yang beku dan bebal.
Bayangan ini menjadikan hati mereka begitu jijik, dan bersumpah di dalam diri mereka sendiri
untuk terus membenci orang-orang gereja, dan membenci apa sahaja yang orang-orang gereja
percayai atau yang mereka katakan. Mereka wasiatkan pesanan itu, sehingga menjadi warisan
turun-temurun.

Golongan revolusioner ini tidak mempunyai kesabaran dan ketekunan untuk belajar dan
berfikir, tidak mempunyai hati yang lembut dan tenang, akal dan ijtihad, yang dapat
memperbezakan di antara agama dengan orang-orang yang memperalatkan agama untuk
kepentingan diri mereka yang dapat memisahkan di antara urusan dan tanggungjawab agama
dengan kebekuan. Keterlaluan dan perangai yang buruk yang berpunca daripada tokoh-tokoh
gereja. Kalaulah ada sifat-sifat ini ada pada diri mereka tentu mereka tidak menolak agama begitu
sahaja.Tetapi kerana dendam, peribadi tokoh-tokoh agama yang buruk, terburu-buru dan kurang
matang tidak memungkinkan mereka dapat melihat hakikat agama, seperti gerakan revolusi di
mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

Pastikan Kemenangan Islam 39


Perpecahan Dan Pertentangan Jiwa Yang Amat Buruk

Inilah gambaran ringkas tentang kekeliruan dan kekacauan yang buruk, yang paling
penting. Kekeliruan ini telah menyebabkan berlakunya 'perpecahan dan pertentangan jiwa' yang
sedang dideritai oleh Eropah dan seluruh manusia sebagai tragedi yang amat mendukacitakan
manusia dengan kesan pedihnya dan pahitnya yang mereguk di tekak.

Inilah agama yang telah menimbulkan revolusi di Eropah yang diikuti oleh revolusi
golongan kakak tua dan golongan kera yang terdapat di seluruh dunia yang tidak tahu
membezakan satu agama dengan agama yang lainnya.

Inilah agama yang telah menimbulkan revolusi di Eropah yang telah dirosakkan dasar-
dasar utamanya sejak dulu lagi. Setelah itu ciri-ciri ketuhanan, konsep-konsep samawi, nilai-nilai
dan dasar-dasarnya telah dipalsukan dalam bentuk yang amat buruk.

Mereka adalah tokoh-tokoh agama yang telah melakukan jenayah ke atas diri mereka
sendiri dan ke atas agama dan seluruh manusia yang hidup menderita, di bawah pimpinan Barat
yang tercetus daripada agama yang palsu dan pemimpin agama yang palsu. Syukur Al-
Hamdulillah. Ini semua hanyalah merupakan kekeliruan yang menimpa dunia Barat, dan tidak
menimpa seluruh umat manusia. la hanya menimpa agama tertentu, bukan hakikat agama yang
suci itu dan berlaku di dalam sejarah dalam peringkat masa yang tertentu sahaja. Manusia akan
dapat membebaskan diri daripada pengaruhnya yang amat buruk andainya mereka mahu
membuka mata meneliti hakikat di sebalik asap tebal pertempuran dan pertentangan yang
bersejarah itu. Tetapi cara membebaskan diri selama-lamanya tidak mungkin datang dari
pemikiran Barat, selama-lamanya tidak akan tercetus daripada akal yang dibelenggu oleh rantai
sejarah yang pahit, dan oleh kenangan pahit dari medan pertempuran yang amat menyedihkan. la
juga tidak mungkin datang dari gelombang terkuak dari fikiran dan perasaan, dari sastera dan
seni, dari politik dan ekonomi, dan dari setiap ruang kehidupan yang terbina daripada 'perpecahan
dan pertentangan jiwa, sebagai schizophrenia yang akarnya terjunam begitu dalam di bumi Barat
yang telah hancur.

Pastikan Kemenangan Islam 40


Berakhirnya Peranan Orang Putih

BAB 4: BERAKHIRNYA
BERAKHIRNYA PERANAN ORANG PUTIH

BERTRAND RUSSELL seorang ahli falsafah Inggeris abad kini pernah berkata “Bahawa zaman
kedaulatan orang putih telah berakhir, kerana bukanlah menjadi undang-undang alam untuk
mengekalkan kedaulatan itu buat selama-lamanya. Saya percaya bahawa orang putih tidak akan
menemui hari-hari yang menyenangkan mereka lagi seperti yang pernah dialaminya empat abad
yang silam. Orang Rusialah yang merupakan satu-satunya orang putih yang mendapat
kesempatan untuk menyebarkan pengaruhnya di Benua Asia. Orang Asia amat membenci
penjajahan. Mereka berpendapat bahawa Kremlin tidak mempunyai tujuan-tujuan penjajahan
kerana mereka tidak pernah mengalaminya sedangkan mereka mempunyai pengalaman pahit di
bawah kuasa penjajah Barat dan mereka amat membenci pengalaman itu. Oleh itu saya
berpendapat bahawa orang Barat tidak mempunyai peluang di Asia lagi. Tetapi saya percaya
bahawa India akan hidup dengan rukun damai dengan Dunia Barat, sebaliknya Dunia Arab
begitu juga Mesir dan Pakistan akan memihak ke Blok Komunis.”

Bertrand Russel membuat telahan ini pada tahun 1950. Peristiwa-peristiwa yang terjadi
selepas itu khususnya kejatuhan Cina ke dalam kekuasaan Komunis, membuktikan kebenaran
telahan tersebut. Tetapi, kami berpendapat bahawa telahan itu dangkal, tidak mendalam dan
berpunca dari sebab-sebab yang bersifat materialistik. Hal ini tidaklah menghairankan kami
kerana telahan itu diutarakan oleh seorang pemikir Barat yang terkenal kerana nilai kebebasan
pemikirannya. Ia terpenjara di dalam lingkaran pemikiran, lingkungan, warisan dan tamadun
tertentu yang tidak mengizinkannya untuk berfikir lebih daripada itu, atau untuk keluar melintasi
batas-batas yang telah ditentukan, sehingga ia dapat melihat secara menyeluruh dari sudut yang
lain dan yang baru.

Persoalan yang sebenarnya jauh lebih dalam daripada apa yang dapat dikatakan oleh
Bertrand Russell. Sesungguhnya zaman kedaulatan orang putih telah berakhir, kerana tamadun
yang dibina oleh mereka telah mencapai matlamatnya yang terbatas dan hampir. Tidak ada lagi
konsep-konsep, fahaman-fahaman, dasar-dasar dan nilai-nilai yang dapat diberikannya kepada
umat manusia seluruhnya, yang melayakkan mereka untuk terus menjadi pemimpin umat
manusia, dan yang mengizinkan mereka untuk memimpin umat manusia dengan pembangunan

Pastikan Kemenangan Islam 41


Berakhirnya Peranan Orang Putih

dan kemajuan yang hakiki iaitu pembangunan dan kemajuan unsur-unsur kemanusiaan, nilai-nilai
kemanusiaan, dan kehidupan kemanusiaan.

Tamadun mereka tidak akan membangun lagi atau hampir tidak membangun selepas
kelahiran Magna Carta di Britain. Beberapa prinsip Revolusi Peranchis, dan prinsip-prinsip
kebebasan individu yang diperjuangkan dalam apa yang dikatakan sebagai demokratik 'Percubaan
Amerika'.

Kesemuanya itu, mempunyai nilai-nilai yang terbatas yang sesuai pada masa-masa
tertentu, dan yang boleh diterapkan di dalam hal-hal yang terbatas, pada suasana yang tertentu. la
bukanlah sebagai tiket untuk seluruh umat manusia yang layak untuk kekal lama, lebih daripada
masa hidupnya prinsip-prinsip yang bersifat sementara itu.

Kesemuanya itu tidak ada hubungannya dengan dasar-dasar yang besar. Tidak akan kekal
satu sistem sosial dan tidak akan hidup satu prinsip dan nilai pun, kecuali apabila terpancar
daripadanya dan terbina padanya dasar kepercayaan yang terikat dengan Allah, dan interpretasi
yang menyeluruh tentang alam semesta, kedudukan manusia di alam, dan matalmat kewujudan
manusia. Dari sini dapat difahami bahawa tamadun mereka terikat kepada nilai-nilai yang
terbatas dalam lingkaran masa yang tertentu, kerana yang menjadi dasarnya ialah nilai-nilai yang
terputus daripada dasar yang hakiki dan abadi.

Keadaannya sama seperti 'Pohon Syaitan' yang tidak mempunyai teras di dalam fitrah
manusia, kerana ia tidak lahir daripada dasar yang menjadi punca fitrah manusia.

Oleh kerana tamadun Barat itu tidak tercetus daripada dasar kepercayaan yang terakhir
kepada Allah, dan tidak datang dari sumber yang diredhai Allah, maka tentunya ia berdiri di atas
dasar yang bertentangan dengan fitrah kehidupan dan fitrah manusia. la tidak memperendahkan
dasar utama yang membolehkan ia wujud, tidak memperendahkan cara-cara yang digunakannya
dan jalan-jalan yang dilaluinya, malahan ia tidak memperendahkan bahawa kesemuanya itu
adalah merupakan asas, cara dan jalan yang merupakan keperluan hakiki manusia yang tercetus
daripada tabiat kewujudannya, asal kejadiannya dan hakikat fitrahnya. Tamadun Barat
mengabaikan langsung faktor-faktor terpenting yang telah membentuk manusia itu menjadi
manusia. Faktor-faktor ini bukan sahaja diabaikan tetapi dilemparkan dengan kejam dan kasar.

Pastikan Kemenangan Islam 42


Berakhirnya Peranan Orang Putih

Kesemuanya ini terjadi, kerana adanya kekeliruan yang buruk yang telah menyebabkan
lahir 'pertentangan dan perpecahan yang buruk' sebagai pemutusan dunia daripada agama. Lalu
terbinalah tamadun itu dari sana di atas dasar-dasar yang bertentangan dengan dasar agama iaitu
dasar-dasar pemikiran (realisme). Dan berlalulah tamadun itu dari sana di atas jalan yang
bertentangan dengan hakikat manusia, dan keperluan hakiki umat manusia, dan jalan yang
bertentangan dengan nilai-nilai yang sebenarnya dan sewajarnya yang dapat menentukan dan
membezakan kehidupan manusia.

Bertolak dari itu, manusia menjalani satu tamadun yang penuh dengan penderitaan yang
pahit, sebagai tamadun yang menjadi dasar atau dikatakan sebagai dasar untuk berbakti kepada
manusia, membangun dan menjamin kebahagiaannya seandainya berlaku pertentangan di antara
tamadun dengan manusia, suatu pertentangan yang penuh dengan kepedihan, pengorbanan,
kerugian dan kepahitan, dalam satu jangka masa tertentu, lama atau sekejap, maka pertentangan
ini akan berakhir dengan kejayaan manusia, sebagai kesudahan yang pasti akan terjadi, kerana
manusia itu sebagai pokoknya atau asasnya dan kerana fitrahnya lebih dalam dan lebih abadi
daripada tamadun yang datang dalam kehidupannya.

Apabila ini menjadi kayu ukur keabadian, maka orang Rusia sama sahaja posisinya
dengan orang-orang Inggeris, Amerika, Peranchis, Swiss dan Sweden serta orang-orang kulit
putih yang lain semuanya.

Sesungguhnya tamadun orang putih tidak akan kekal, lebih-lebih lagi tamadun orang
Rusia, yang amat ketara kemundurannya dengan sistem totalitariannya. Sistem ini akan kekal,
tanpa menggunakan kuasa pemerintahan ketenteraan yang kejam, tanpa menumpahkan darah
orang lain, tanpa gerakan pembersihan secara berperingkat-peringkat, tanpa tindakan pembubaran
dan penghapusan dan tindakan maut. Sistem ini tidak akan dapat menghapuskan tamadun Rusia
kerana ia amat bertentangan dengan fitrah manusia, sama ada pada peringkat keseluruhan
(kulliyah) ataupun sesetengah peringkat (juziyyah).

Sesungguhnya fahaman Marxisme dilihat dari sudut teori, memperlihatkan kejahilannya


yang nyata tentang hakikat diri manusia, tabiat dan sejarahnya malahan ia memperlihatkan
kejahilannya yang nyata tentang hakikat alam, kejahilan tentang penafsiran alam semesta dan
kehidupan. Ini adalah kerana fahaman ini membawa pengertian bahawa seluruh kehidupan
manusia berteraskan perut yang kosong dan perjuangan untuk mendapatkan sesuap nasi kerana

Pastikan Kemenangan Islam 43


Berakhirnya Peranan Orang Putih

fahaman ini berpendapat bahawa seluruh gerakan bersejarah tercetus daripada perubahan
teknologi pengeluaran. Fahaman ini mengabaikan faktor manusia sebagai faktor yang terpenting
yang membezakan sejarahnya dengan sejarah haiwan dan ia mengabaikan tugas manusia yang
terpenting di dunia. Tugas itu ialah menjadi tenaga penggerak yang positif yang utama di bumi ini
dan pada setiap peredaran sejarah.

Lalu setelah mengabaikan ini semua, tiba-tiba tamadun Barat cuba membayangkan masa
depan yang terlepas daripada ikatan warisan kemanusiaan, dan mengandaikan bahawa manusia
akan menjadi Malaikat suci. Setiap orang akan menghasilkan sesuatu semaksima yang boleh
berdasarkan kekuatan tenaganya dan mengambil hasil tersebut sekadar keperluannya sahaja.
Kesemuanya berlaku tanpa pengawasan, tanpa pemerintahan, tanpa 'aqidah (kepercayaan
ketuhanan yang luhur), yang akan memberi harapan kepadanya untuk mendapat ganjaran syurga
dan menimbulkan rasa takut terhadap azab neraka. Mengikut fahaman Marxisme, bahawa yang
dapat menyelesaikan masalah manusia dan yang dapat menyempurnakan keperluan manusia
hanyalah revolusi yang fantasi dan aneh, sebagai satu gerakan menghancurkan golongan
bourgeois dan menyerahkan kuasa kepada golongan buruh.

Andainya konsep ilmiah Marxisme tentang masa depan temyata begitu fantasi, maka
tentunya konsep tentang sejarah tidak kurang fantasinya, yang membayangkan suatu kejahilan
ilmiah terhadap hakikat diri manusia, tabiatnya dan sejarahnya.

Apabila kejahilan yang begitu mendalam dan fantasi yang begitu kelam, menjadi asas
konsep Marxisme, maka selama-lamanya kami tidak pernah menanti wujudnya satu dasar yang
praktik dalam kehidupan manusia yang ditegakkan di atas konsep itu, yang dapat diterima oleh
manusia. Malahan konsep itu hanya mencetuskan keinginan-keinginan yang melampaui batas
yang bertujuan untuk menjauhi hakikat fitrah, yang pastinya bertentangan dengan konsep
tersebut.

Oleh kerana itu pada praktiknya Marxisme terpaksa menyimpang dari doktrin sucinya
dengan alasan bahawa Marxisme adalah doktrin yang mengikut proses evolusi, sedangkan pada
hakikatnya tidak ada satu aliran yang penuh dengan teori deterministik iaitu teori-teori statik dan
penilaian yang sewenang-wenang, seperti Marxisme.

Pastikan Kemenangan Islam 44


Berakhirnya Peranan Orang Putih

Sebahagian besar pokok-pokok utama teori ilmiah Marxisme sebenarnya telah hancur
dimamah oleh undang-undang alam (fitrah). Yang tinggal hanyalah negara dan sistem
pemerintahan diktator yang telah dikenal oleh Rusia semenjak zaman pemerintahan Tsar.

Berdasarkan teori yang telah hancur itu, sewajarnya negara yang telah wujud kira
setengah abad itu sedang dalam perjalanan menuju keruntuhan dan kehancurannya. Tetapi apa
yang nyata yang dapat disaksikan oleh setiap orang bahawa negara itu tetap wujud pengaruhnya
semakin meluas dari semasa ke semasa, dan menelan segala-galanya termasuk rakyatnya sendiri.
Keadaan mi merupakan sesuatu yang amat menarik, kerana Marxisme yang pada dasamya
memperjuangkan kewujudan sebuah masyarakat tanpa negara, telah menghasilkan negara sebagai
satu-satunya yang wujud. Tidak ada kweujudan ‘individu’, tidak ada kewujudan ‘bangsa’ dan
tidak ada kewujudan ‘fitrah manusiawi’ di bawah cengkaman sistem itu.

Sebagai satu fahaman, Marxisme hanyalah merupakan satu kejahilan ilmiah yang tiada
taranya. Sistem pemerintahan tentera merupakan sistem yang telah dikenal oleh orang Rusia
sebelum zaman Tsar lagi. la merupakan satu sistem yang dapat ditanggung oleh berbagai bangsa
pada suatu masa tetapi harus diinsafi bahawa manusia yang dapat merasakan kewujudan
‘kemanusiaannya’ tidak akan menahan kesabaran terlalu lama. Mereka yang menderita di bawah
injakan sistem ini akan bangkit menentangnya dalam satu perjuangan yang sengit. Sekali mereka
telah begitu lama hidup di bawah pemerintahan Tsar yang kejam, kemudian mereka menderita
pula di bawah pemerintahan tentera yang ganas, sekalipun Parti Komunis yang sedikit
bilangannya itu dapat menguasai kekayaan negara, sekalipun seluruh sumber rezeki dan
penghidupan dimonopoli oleh kerajaan, sebagai suatu perkara yang melemah semangat orang,
sekalipun diadakan sistem indoktrinasi kanak-kanak sebagai satu institusi khas untuk kanak-
kanak dan kaum belia, sekalipun kerajaan menguasai seluruh media massa dan penerangan,
walaupun seluruh guru dikerahkan mengikut ideologi komunis, sekalipun ada gerakan
pembersihan terhadap setiap yang disyaki tidak tunduk kepada sistem komunis sistem yang lahir
daripada kebenaran dan pertentangan dengan fitrah manusia, pasti akan sampai ke satu tahap
yang menjadikan tindakan yang dilakukannya tidak dapat menjadikan dirinya aman akibat adanya
kebangkitan rakyat. Dengan kata-kata lain ia tidak aman akibat pemberontakan fitrah, yang
mustahil dapat bersabar lebih lama lagi dalam menghadapi sistem pemerintahan yang kejam. Ini
menjadi pertanda kegagalan satu sistem yang hanya berlindung di bawah naungan tentera.

Pastikan Kemenangan Islam 45


Berakhirnya Peranan Orang Putih

Daripada huraian di atas terbuktilah kedangkalan ramalan Bertrand Russell dengan dasar
pemikirannya yang singkat dan sebab-sebab yang meterialistik, iaitu tidak terkeluar daripada
lingkaran pemikiran meterialistik yang terbatas. Ini menggambarkan betapa ia masih terpenjara
dalam tamadun kebendaan dalam semua aspek.

Persoalan ini sebenarnya satu persoalan yang lebih dalam daripada kenyataan ini dan
lebih luas lagi ruang lingkupnya. Ia merupakan persoalan tentang tamadun yang terputus dari
ikatan Allah dan dari landasan hidup yang telah ditentukannya persoalan sistem sosial, kaedah
berfikir dan fahaman yang dicipta oleh manusia, yang tidak tercetus dari satu sumber yang benar.
Akibatnya ia tidak dapat memberi satu tafsiran yang benar tentang hakikat alam dan
hubungannya dengan penciptanya, tentang hakikat manusia dan kedudukannya di alam dan
tentang matlamat kewujudan manusia dan cara yang betul untuk mencapai matlamat tersebut.

Sesungguhnya itulah satu ‘pertentangan dan perpecahan yang buruk’ sebagai satu
pemisah yang total yang menjadi dasar sistem-sistem yang terdapat di negara ‘orang putih’ sama
sahaja sama ada orang Rusia, orang Amerika, orang Inggeris, orang Peranchis, orang Swiss dan
orang Sweden dan setiap orang yang mengikut mereka di Barat atau di Timur.

Dilihat dari sudut asal-usul sistem-sistem ini, ia tidak mempunyai perbezaan nyata. Ia
tidak mempunyai perbezaan sama, pintu-pintu gereja terbuka (ada kebebasan agama) di Amerika
yang berpegang pada dasar kapitalisme atau tertutup pintunya (tidak ada kebebasan agama) di
Rusia yang berpegang pada dasar komunisme, atau gereja-gereja (agama) itu diabaikan di Barat
dan di Timur, sebagai jaminan terhadap kebebasan tidak beragama (ilhad), seperti di Sweden
yang berfahaman sosialisme.

Tidak ada ertinya perbezaan bentuk luaran, selagi sistem sosial, metod pemikiran di
negara-negara berkenaan tidak bersumber daripada konsep kepercayaan kepada Allah, sebagai
satu-satunya konsep yang dapat menjelaskan dengan betul tentang hakikat alam, hubungannya
dengan penciptanya, tentang hakikat manusia dan kedudukannya di dalam satu matlamat
kewujudan manusia. Inilah unsur-unsur asasi tercetus daripadanya metod pemikiran yang betul
yang mempunyai pertalian dengan hakikat fitrah manusia, yang dapat memenuhi keperluan-
keperluan manusia yang hakiki.

Pastikan Kemenangan Islam 46


Berakhirnya Peranan Orang Putih

Inilah sebenarnya persoalan pokok yang mempunyai dasar yang dalam dan menyeluruh,
yang tidak dapat dicapai oleh pemikiran Bertrand Russell dari balik tirai pemikirannya, seperti
kebanyakan pemikiran Barat yang terpenjara di dalam suasana, tamadun, sejarah mereka yang
tragik dengan gereja mereka yang dianiaya dan pertentangan dan perpecahan (pemisahan) yang
menyeluruh yang mewarnai seluruh hidup mereka selama lima abad yang pahit itu.

Selepas itu apa pula?

Selepas itu, kekosongan mereguk jiwa tamadun Barat, meresap keseluruhan aliran dan
sistemnya suatu kekosongan yang menjerat jiwa 'manusia', merendahkan nilai 'manusia', dan
merendahkan ciri-ciri khas 'manusia' sebaliknya 'benda-benda' makin bertambah dan makin mahal
nilainya, mengatasi nilai manusia.

Sesungguhnya kekosongan ini mengancam pembangunan dan kemajuan kehidupan


kemanusiaan dengan kebekuan, malahan mengancamnya dengan kemunduran dan kemerosotan
walaupun pengeluaran kebendaan semakin bertambah, di samping penemuan ilmiah dan
kemajuan perindustrian. Dalam sistem tamadun yang amat berpengaruh itu, manusia sebenarnya
tidak menjaga fitrahnya, tidak memenuhi keperluan-keperluannya yang hakiki.

Sesungguhnya kemilau cahaya tamadun kebendaan itu tidak dapat mengkaburi


pandangan kami daripada melihat hakikat penderitaan yang terus menerus menyelubungi
kehidupan manusia di bawah lembayung tamadun tersebut. Sesungguhnya missile-missile yang
dilancarkan dan satellite-satellite yang dinaikkan ke angkasa raya, tidak dapat melalaikan kami
dari melihat jurang kemanusiaannya.

Manusia adalah makhluk paling mulia di muka bumi ini. Ia adalah makhluk utama di
bumi yang diberi kekuasaan untuk mentadbirkannya. Segala yang terdapat di bumi adalah untuk
kepentingan manusia atau sewajarnya sedemikian. Kemanusiannya merupakan ukuran tertinggi
sebagai neraca naik turunnya nilai diri manusia. Kebahagiaan jiwanya menjadi ukuran terhadap
jenis tamadun yang dihayatinya sama ada bersesuaian dengan kewujudannya atau bertentangan.

Apabila kami melihat manusia menuruni tangga keruntuhan sifat-sifat kemanusiaan dan
konsepnya tentang nilai-nilai kemanusiaan….

Pastikan Kemenangan Islam 47


Berakhirnya Peranan Orang Putih

Apabila kami melihatnya hanya sebagai bahan bakar bagi jentera-jentera, atau sebagai
hamba jentera-jentera, atau sebagai pak turut kepadanya yang hina….

Apabila kami melihatnya seterusnya sebagai orang yang sedang menuruni tangga
kekaburan konsep, kadangkala kekaburan fikiran dan kerendahan akhlak….

Apabila kami melihatnya sedang menerjuni lautan hubungan seks yang lebih hina dari
hubungan seks binatang….

Apabila kami melihat tugasnya yang unggul ialah membuang masa, menyeleweng dan
mundar mandir….

Apabila kami melihatnya sedang mengharungi gelora penderitaan, kebimbangan dan


ketidaktentuan, suatu gelora derita kebimbangan dan ketidaktentuan yang belum pernah di alami
dalam sejarah penderitaan, kelesuan, penyakit-penyakit saraf dan jiwa, keanehan, kebodohan, gila
dan jenayahnya….

Apabila kami melihatnya cuba melarikan diri dari dirinya sendiri, dari berbagai rasa takut
dan serba salah yang dikurniakan oleh tamadun kebendaan, sistem sosial, politik, moral dan
pemikiran yang melingkari hidupnya…

Apabila kami melihatnya bagaikan si buta kehilangan tongkat, tidak tahu arah yang
hendak dituju, yang cuba membunuh kebosanan dan kejemuannya dengan dadah dan minuman
keras atau dengan aliran pemikiran yang menyesatkan, dan fahaman-fahaman putus asa dan duka
nestapa. Sikap pesimis yang buruk dan rasa hampa yang memilukan seperti aliran
exsistentialisme dan aliran pemikiran yang pesimis yang lain-lainnya. Sedangkan kesemuanya
inilah yang telah digunakannya untuk membunuh jiwa, tubuh dan sarafnya….

Apabila kami melihatnya sedang membunuh keturunannya atau menjual anak-anaknya


untuk membeli peti sejuk dan mesin pencuci sebagaimana yang kami dengar dari berita-berita
yang datang dari Eropah yang telah kehilangan tujuan itu….

Apabila kami melihatnya dilingkari oleh semua keadaan yang paling buruk itu maka
tahulah kami bahawa seluruh pengetahuan yang telah dicapainya secara terpisah daripada 'jiwa

Pastikan Kemenangan Islam 48


Berakhirnya Peranan Orang Putih

manusia' yang merupakan berbagai kemudahan untuk kehidupan kebendaan dan kemewahan
hidup di kota sedikitpun tidak dapat mengubah nasib manusia yang sedang menggelongsori
jurang kehancuran, tidak dapat mengubah hakikat penderitaan yang sedang dialami oleh manusia,
tidak dapat mengubah kelesuan yang membaluti kehidupan manusia. Malahan tidak mengubah
kegagalan tamadun Barat yang telah berakhir masanya.

la juga tidak dapat mengubah hakikat keperluan yang amat mendesak terhadap suatu
sistem lain yang lebih tulen, yang asasnya terlepas dari sebarang kecacatan asasi yang dapat
merosakkan kehidupan manusia dan mensia-siakan buah ilmu pengetahuan dan ma'rifat, dan
kemajuan peradaban. la merupakan satu sistem yang memberi kesempatan kepada seluruh
manusia untuk merealisasikan matlamat kewujudan manusia seperti yang dikehendaki oleh
Penciptanya yang Maha Agung dan untuk mempergunakan akal, ilmu dan pengalaman, sesuai
dengan keperluannya yang hakiki dan dengan tuntutan fitrahnya yang asli.

Telah berakhir peranan orang putih. Telah bertukar peranannya, sama ada orang Rusia
atau Amerika, Inggeris atau Peranchis, Swiss atau Sweden. Telah berakhir, kerana 'perpisahan
dan penentangan yang buruk' yang berlaku dalam sejarah Eropah, dalam seluruh doktrin, cara
sistem dan peraturan yang terdapat di Barat. Sesungguhnya pemisahan dan pertentangan ini telah
menentukan berakhirnya peranan orang putih.

Justeru itu, perlulah ada satu dasar konsep kepercayaan untuk seluruh doktrin, cara,
sistem dan peraturan yang menjadi wadah bagi kehidupan manusia.

Perlulah ada satu tafsiran yang benar tentang alam semesta, kedudukan manusia di
dalamnya dan matlamat kewujudan manusia. Tafsiran yang benar dan konsep yang bersesuaian
dengan hakikat seperti apa yang nyata, bukanlah seperti apa yang dilihat oleh manusia melalui
kekuatan fikiran mereka yang singkat, nafsu, cita-cita dan emosi mereka yang berubah-ubah
merupakan satu keperluan daripada beberapa keperluan hidup manusia.

Inilah yang dilupai oleh tamadun orang putih, malahan ia memeranginya dengan sehebat-
hebatnya. DaJam hal ini, baik sistem di Barat ataupun di Timur sama sahaja.

Manusia adalah manusia jua seperti semenjak ia dijadikan. Ia memerlukan satu ‘aqidah’
yang dapat menjaga hatinya, yang terpancar daripadanya berbagai konsepnya dan yang akan

Pastikan Kemenangan Islam 49


Berakhirnya Peranan Orang Putih

memberinya satu tafsiran yang menyeluruh tenrang hidupnya dan tentang alam sekitarnya dan
tentang hubungannya dan hubungan alam dengan Penciptanya Yang Maha Tinggi. Ia
memerlukan satu ‘aqidah’ yang dapat memberikan gambaran kepadanya tentang tujuan yang
lebih besar daripada dirinya, yang lebih menyeluruh daripada generasinya, yang lebih jauh dari
masa kininya, dan yang lebih tinggi daripada kenyataan yang dihadapinya. la memerlukan satu
aqidah yang dapat mempertalikannya dengan Zat yang lebih tinggi, yang dapat mengawasinya
dan menguasainya, yang akan dicintai dan ditakutinya, yang akan ditakuti kemarahannya dan di
pohon keredhaan-Nya. Ia sentiasa menanti pertolongan-Nya untuk mendapatkan kebaikan,
merasa malu untuk menghadapinya dengan keburukan dan mengharapkan balasan-Nya yang adil
dan sempurna yang akan menggantikan apa sahaja yang tidak didapatinya dalam perjuangan
menentang keburukan dalam kehidupan di dunia. Ia menghubungkan seluruh kehidupannya
dengan-Nya, menerima sistem hidup, cara berfikir dan bertindak daripadanya, sebagaimana
diterima daripada-Nya cara-cara beribadah. Lantaran itu seluruh kehidupannya terbentuk dalam
satu ikatan yang tunggal, dan tidak ada sebarang pertentangan.

Untuk sementara waktu manusia sibuk dengan masalah kelaparan tubuhnya, dan dengan
pengeluaran yang berbagai cara dan bentuknya yang berkaitan dengan masalah itu, sibuk dengan
urusan harta benda yang berbagai corak dan rasanya tetapi kelaparan yang sedemikian dan apa
sahaja yang bertalian dengannya tidak dapat merangkumi seluruh kewujudan manusia.
Kenyangnya tidak akan dapat menghapuskan berbagai kelaparan 'manusia'. Andainya kelaparan
yang sedemikian dapat diatasi, maka akan lahir bentuk kelaparan yang lain dalam kehidupan
manusia. Kelaparan yang tidak dapat diatasi oleh makanan, kedahagaan yang tidak dapat diatasi
oleh minuman, kekurangan yang tidak dapat dicukupi oleh pakaian, kegelisahan yang tidak dapat
ditenteramkan oleh segala bentuk kesengan kebendaan, ialah kelaparan, kedahagaan kekurangan
dan kegelisahan dalam bentuk yang lain. Kelaparan, kedahagaan, kekurangan dan kegelisahan
terhadap iman dengan satu kekuatan yang lebih besar daripada manusia, alam yang lebih besar
daripada apa yang dapat dirasakan, dan suatu medan yang lebih luas daripada kehidupan di dunia
ialah kelaparan terhadap kedamaian di antara hati kecil manusia dengan kenyataan hidup yang
dihadapinya, di antara hukum (syari'at) yang menguasai hatinya dengan hukum (syari'at) yang
menguasai hidupnya, di antara cara tingkah laku dirinya dengan cara tingkah-laku alam semesta
di sekitarnya. Itulah kelaparan dan kerinduan kepada Allah yang Esa, daripada-Nya ia menerima
syari'at masyarakatnya sebagai satu penerimaan yang setara.

Pastikan Kemenangan Islam 50


Berakhirnya Peranan Orang Putih

Setiap sistem hidup tidak akan dapat menjamin kebahagiaan hidup manusia, melainkan
apabila ia sanggup menghapuskan berbagai bentuk kelaparan dalam kehidupan diri manusia. Ciri-
ciri inilah yang tidak terdapat di dalam tamadun orang putih.

Dengan sebab itu disebalik berbagai sebab berakhirlah peranan orang putih.

Pastikan Kemenangan Islam 51


Tanda Bahaya

BAB 5: TANDA BAHAYA

KINI kedengaran jeritan yang semakin meninggi, di sana sini, jeritan yang membayangkan 'tanda
bahaya', sebagai memberi amaran betapa buruknya nasib manusia hidup di bawah kongkongan
tamadun kebendaan yang kosong dari roh keimanan dan jiwa kemanusiaan, itulah tamadun orang
putih ada berbagai ragam jeritan. Terkadang terdengar jeritan yang memperingatkan bahawa ada
orang yang sedang menggelongsori jurang kehancuran. Terkadang kedengaran jeritan yang
memperingatkan bahawa ada orang yang menggelongsori jurang Marxisme. Pandangan tentang
cara memperbaiki dan menghadapi bahaya tersebut juga ada bermacam-macam.

Namun semua pandangan itu tidak memberi apa-apa kesan, kerana ia tidak
menyelesaikan masalah dan pokok persoalannya, dan tidak merujuk kepada akar umbi masalah
itu yang telah begitu dalam menjunam dibumi Eropah.

Dari celah-celah jeritan itu dan dari celah-celah pandangan-pandangan itu, jelaslah bagi
kita betapa singkatnya pandangan, betapa butanya warna mentaliti orang Eropah.

Kami dapat melihat orang-orang yang hidup tanpa tujuan ini merengkok di penjara
'intelektualisme saintifik yang palsu' (pseudo-scientific intelletualism). Kaki mereka diikat
dengan rantai. Kalaulah mereka ingin melompat, maka lompatannya yang paling jauh hanyalah di
dalam lingkaran penjara itu juga atau mereka meringkuk di dalam penjara 'realisme' sehingga
mereka tidak berdaya untuk melihat apa-apa yang disebaliknya.

Kenyataan ini membebankan kita, kita pemilik cara hidup Islam mempunyai suatu
tanggungjawab yang serius. Sesungguhnya pembebasan hakiki terhadap manusia yang terancam
kewujudan kemanusiaannya, hanyalah dapat dilakukan dengan menghancurkan penjara itu dan
keluar daripadanya dan melihat situasi seluruhnya dari sudut-sudut yang benar-benar bebas, dan
memberikan satu konsep yang menyeluruh dan lengkap mengenai masalah itu, serta
mengemukakan satu penyelesaian yang tulen yang bersumber daripada satu konsep baru yang
menyeluruh.

Pastikan Kemenangan Islam 52


Tanda Bahaya

Kami tidaklah bertujuan hendak membesar-besarkan cerita. Kami akan mulainya dengan
mengemukakan dua rumusan tentang jeritan yang memberi amaran dan akan kami mulai dengan
mengemukakan pandangan-pandangan yang mengemukakan dari sudut pandangan yang sempit
dan buta warna.

Contoh yang pertama diambil daripada seorang tokoh besar abad kini iaitu Dr. Alexis
Carrel, dan contoh yang kedua diambil daripada seorang ahli politik terpenting bagi generasi ini,
iaitu Mr. John Foster Dulles, bekas Menteri Luar Amerika Syarikat.

Dr. Alexis Carrel menulis sebuah buku berjodol Men The Unknown yang diterjemahkan
ke bahasa Arab dengan judul Al-Insan Zalika'l-Majhul16 (Manusia Makhluk Yang Tidak
Dikenali) setebal 376 halaman.

Kandungan buku ini menjadi bukti penentangannya terhadap tamadun kebendaan yang
ada, kerana tamadun itu membunuh ciri-ciri utama manusia yang terpenting. Di dalam buku itu
penulis memperingatkan manusia dengan lantang tentang bahaya yang sedang mengancam
manusia, kerana pelanggaran yang dilakukan terhadap undang-undang alam, dan orang-orang
yang melakukannya tidak boleh dibiarkan tanpa hukuman. la juga menyatakan betapa jahilnya
'sains' tentang hakikat manusia, bahkan tidak mengerti akan hakikat susunan tubuh badan yang
paling sederhana sekalipun.

Di sini, kami akan mengungkapkan beberapa bahagian daripada bukti pengakuan ini, dan
daripada jeritan tanda bahaya yang terkandung di dalamnya dan daripada beberapa pandangan
yang dikemukakan untuk menghadapi bahaya yang mendatang itu, dalam bentuk yang terpisah-
pisah:

Tujuan buku ini ditulis ialah untuk meletakkan serangkaian data-data yang saintifik
mengenai makhluk-makhluk yang hidup pada masa kini, di bawah penguasaan setiap orang. Kita
sudah menyedari akan betapa lemahnya tamadun kita. Banyak sekali orang yang mahu
melepaskan diri dari ikatan berbagai dogma yang telah dipaksakan ke atas mereka oleh
masyarakat moden. Maka untuk mereka itulah buku ini ditulis. Begitu juga untuk mereka yang
merasakan adanya keberanian yang cukup di dalam diri mereka untuk mengetahui bukan sahaja
tentang pentingnya mengadakan perubahan mental, politik dan social tetapi juga untuk

16
Diterjemahkan oleh As'ad Farid, diterbitkan oleh Maktabah Al-Ma'arif, Beirut.

Pastikan Kemenangan Islam 53


Tanda Bahaya

mengetahui pentingnya menumbangkan tamadun perindustrian itu dan melahirkan satu konsep
yang lain untuk manusia. (Halaman 11-12, Pendahuluan, terjemahannya ke bahasa Arab).

Tamadun zaman kini, mendapati dirinya berada dalam keadaan yang sukar kerana ia
tidak bersesuaian dengan kita. Tamadun itu dibina tanpa mengetahui hakikat kewujudan kita,
kerana ia dilahirkan dari khayalan penemuan ilmiah, hawa nafsu, cita-cita, pendapat dan
kesukaan manusia. Walaupun tamadun itu dibina melalui usaha kita, namun ia tidak sesuai
dengan rangka dan bentuk kita.

Dalam masyarakat yang berorientasikan perindustrian, kesan industri terhadap psikologi


dan mental pekerja tidak diambil peduli, malahan diabaikan oleh kerana perindustrian moden
berdiri di atas dasar 'pengeluaran paling maksima dengan kos yang paling minima' sehingga
dengan ini seseorang atau sekumpulan orang dapat memperolehi kekayaan sebanyak-banyaknya.
Lapangan perindustrian menjadi bertambah luas tanpa memikirkan orang-orang lain menjalankan
mesin-mesin itu, dan tanpa memikirkan kesan pengaruh cara hidup perindustrian yang
dibebankan oleh kilang-kilang terhadap manusia dan keturunannya.

Manusia sewajarnya menjadi ukuran bagi segala-galanya. Tetapi apa yang terjadi adalah
sebaliknya. Manusia menjadi terasing di dalam dunia yang diciptanya sendiri. Ia tidak berdaya
untuk mengatur sendiri, kerana ia tidak mempunyai ilmu yang praktik berhubung dengan
permulaan sendiri. Oleh kerana itu, kemajuan besar yang dicapai oleh sains kebendaan mengatasi
sains kehidupan adalah merupakan salah satu bencana yang menyebabkan seluruh umat manusia
menderita suasana yang dihasilkan oleh pemikiran kita dan ciptaan kita tidak sesuai bukan sahaja
untuk tubuh kita tetapi juga untuk bentuk kita. Kita adalah bangsa yang malang, moral kita
runtuh, mental kita mundur. Golongan-golongan atau bangsa-bangsa yang tamadun
perindustriannya mencapai perkembangan dan kemajuan yang besar, kalau diteliti benar-benar
mereka adalah merupakan golongan atau bangsa yang mulai menjadi lemah, dan akan kembali
kepada kebiadaban dan primitif, dengan lebih cepat daripada golongan dan bangsa yang lain.
Tetapi mereka tidak menginsafi akan hal ini, kerana tidak ada yang melindunginya daripada
suasana permusuhan yang dicipta oleh pengetahuan sains yang melingkari mereka. Pada
hakikatnya peradaban kita, sama seperti peradaban-peradaban yang sebelumnya, yang telah
membentuk suasana tertentu untuk kehidupan dalam bentuk sedemikian rupa sehingga
menjadikan kehidupan itu sendiri sebagai sesuatu yang tidak mungkin. Hal itu adalah kerana

Pastikan Kemenangan Islam 54


Tanda Bahaya

adanya beberapa sebab yang rumit. Kebimbangan dan kesedihan yang mencengkam penduduk
kota-kota moden adalah dilahirkan oleh sistem politik, ekonomi dan sosial mereka.

Kita tidak memperolehi apa-apa manfaat pun daripada pertambahan jumlah ciptaan-
ciptaan di bidang mekanik. Mungkin juga wajar kalau kita tidak mem-berikan perhatian yang
sedemikian besarnya terhadap penemuan dalam bidang fizik, astronomi dan kimia. Pada
hakikatnya, sains tulen tidak membawa kerosakan kepada kita secara mutlak dan secara langsung.
Tetapi kalaulah keindahannya yang luar biasa itu telah menguasai fikiran kita dan fikiran kita di
bawah belenggu benda-benda mati (jamad), maka ia akan merupakan sesuatu yang berbahaya.
Apabila ia terjadi manusia mestilah mengalihkan perhatiannya kepada dirinya sendiri dan kepada
sebab-sebab kelemahan moral dan mental. Apa gunanya menambahkan keselesaan, kemewahan,
keindahan dan pemandangan dan sebab-sebab yang mempersulitkan tamadun kita, kalau
kelemahan kita menghalang kita untuk menggunakan semuanya itu bagi kemanfaatan kita?
Memang benar, tidak wajar bagi kita untuk terus memperindahkan jalan hidup yang akan
membawa kita kepada kemerosotan moral dan membawa kepada kehilangan unsur-unsur utama
pada diri manusia yang paling mulia?

Manusia adalah akibat warisan dan suasana, adat kebiasaan hidup dan pemikiran yang
dipaksakan oleh masyarakat moden ke atasnya…. Kita telah pun menggambarkan bagaimana adat
kebiasaan mempengaruhi perasaan dan pemikirannya. Kita tahu bahawa manusia tidak sanggup
untuk membentuk dirinya sendiri dalam menghadapi suasana yang telah dibentuk oleh 'teknologi',
sebagai suasana yang telah merendahkan kedudukannya. Kita tahu sains dan teknologi tidak
bertanggungjawab ke atas keadaan manusia pada masa kini. Kita sendiri yang bertanggungjawab.
Kita telah tidak dapat membezakan perkara yang dilarang daripada yang tidak dilarang. Kita tidak
melanggar undang-undang alam, dan kerana itu kita telah melakukan satu kesalahan yang besar;
satu kesalahan yang sentiasa menghukum orang yang melakukannya. Beberapa dogma 'agama
saintifik' dan 'moral teknik' telah jatuh di bawah telapak penaklukan kebenaran 'biologi'. Hidup
hanya memberi satu jawapan sahaja ketika diminta izin untuk melanggar segala larangan. Inilah
yang melemahkan orang yang bertanya, tamadun mulai runtuh, kerana sains tentang benda-benda
mati (jamad) meruntuh kita ke satu daerah yang bukan kepunyaan kita. Kita terima semua
pemberiannya, tanpa membezakannya dan tanpa menelitinya terlebih dulu. Manusia menjadi
begitu kerdil, terasing, tidak bermoral, dungu dan tidak berdaya untuk memerintah diri dan
seluruh sistemnya.

Pastikan Kemenangan Islam 55


Tanda Bahaya

Ini akan menjadikan kita lebih sukar lagi untuk membebaskan diri dari kongkongan
doktrin yang telah menguasai otak orang-orang yang bertamadun selama lebih tiga abad.

Andainya tamadun yang saintifik itu menyimpang dari jalan yang telah dilaluinya
semenjak zaman kebangkitan, lalu kembali merenung benda-benda yang tidak bernyawa dengan
cara yang sederhana, maka kejadian-kejadian luar biasa akan segera berlaku.

Pendapatnya itu amat menarik perhatian orang untuk melihat kesan peradaban ini pada
fikiran orang Barat dan pada konsep-konsep yang mereka pegang yang mengabaikan keperluan
hakiki manusia. Peradaban ini telah memenjarakan orang Barat di dalam penjara besi yang
'dipagari oleh tembok-tembok sains dan realiti' dan mereka tidak dapat keluar kerana tidak
berdaya untuk memecahkan tembok-tembok itu. Ertinya, jalan keluar tidak mungkin boleh
didapati dari dalam penjara itu, sebaliknya sebarang usaha untuk membebaskan diri mestilah
dilakukan oleh orang yang di luar penjara itu yang dapat melihat hakikat dari luarnya, bukan dari
dalamnya.

Kemunduran ilmu tentang manusia jika dibandingkan dengan kemajuan ilmu tentang
benda-benda mati bukanlah terjadi secara kebetulan, seperti yang dijelaskan oleh Dr. Varrel,
tetapi ia adalah satu akibat yang natural. Ia merupakan kesimpulan dari pengabaian terhadap nilai
manusia dan peranannya dan akibat dari wujudnya konsep-konsep palsu yang menjadi asas
tamadun masa kini, sebagai tamadun yang terpisah dari konsep-konsep kepercayaan yang benar
yang mengakui kemuliaan manusia, khalifah Allah di muka bumi ini.

Begitu juga, penyakit-penyakit yang disebutnya di dalam sistem perindustrian dan alat-
alat pengeluaran. Sistem ini mengabaikan keutuhan kemanusiaan manusia, mengabaikan sifat-
sifat manusia yang unggul dan mengabaikan keperluan manusia yang hakiki. Jelasnya, sistem
tersebut dapat dirumuskan sebagai sistem ekonomi yang tercetus dari konsep-konsep dan
malahan ia menjadi perantaraaan atau sesuatu yang dapat mewujudkan kesaksamaan di antara
manusia dan kehidupan manusia. Apakah sistem yang digunakan agar manusia sentiasa menjadi
tuan kepada benda, dengan tidak mengabaikannya dan tidak berpegang kepada fahaman ilmu
jiwa Freud, yang menyesatkan orang, atau fahaman kependitaan abad pertengahan yang telah
mensia-siakan hidup manusia?

Pastikan Kemenangan Islam 56


Tanda Bahaya

Apakah kesimpulan yang diambil olehnya setelah menyedari malapetaka yang


mengancam manusia dan apakah saranannya tentang pentingnya meruntuhkan tamadun
perindustrian dan pentingnya melahirkan satu pemikiran baru untuk kemajuan manusia dan
pentingnya untuk menjauhkan diri dari semua aliran pemikiran atau doktrin ciptaan manusia.
Andainya kita teliti apa yang dikatakannya, kita akan mendengar sesuatu yang pelik dan
melihat perkara yang pelik jua.

Kita adalah mangsa ilmu kehidupan (hayat) yang mundur, yang lebih mundur daripada
ilmu benda mati (jamad).

Satu-satunya ubat yang mungkin dapat menghapuskan keburukan yang berleluasa ini
ialah mengenali diri kita dengan lebih dekat lagi. Pengetahuan seperti ini akan membolehkan kita
memahami kesan mekanisme moden yang telah mempengaruhi kehidupan manusia kini seperti
pengaruhnya terhadap perasaan dan tubuh kita. Oleh itu kita akan dapat mempelajari cara-cara
menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar yang mengelilingi kita, dan cara-cara mengubahnya,
kerana tidak ada jalan lain selain daripada mengadakan revolusi terhadapnya. Andainya ilmu ini
adalah ilmu pengetahuan tentang manusia yang dapat memberikan penjelasan tentang hakikat
kewujudan kita, potensi kita dan cara-cara merealisasikan potensi tersebut, maka ilmu itu akan
dapat menjelaskan kelemahan fisiologi kepada kita. Begitu juga ia dapat menerangkan keadaan
moral dan intelek kita yang tenat.

Kita tidak mempunyai jalan lain untuk mengetahui cara-cara untuk melentur kegiatan
tubuh dan jiwa kita, untuk membezakan perkara yang dilarang daripada yang diharuskan dan
untuk mengetahui bahawa kita tidaklah bebas untuk mengubah alam sekitar dan diri menurut
keinginan diri kita sendiri.

Selama kehidupan manusia terus dihancurkan oleh kemajuan masa kini, maka selama
itulah 'ilmu tentang manusia' (Science of man) menjadi ilmu yang amat penting.

Inilah kesimpulan yang diambil oleh seorang ahli fikir yang terkenal, setelah ia
menyedari akan bahaya yang menggerunkan manusia.

Tokoh ini mengakhiri penelitiannya dengan cadangan-cadangan tersebut, dan dengan


pendapatnya tentang cara-cara untuk menyelesaikan masalah iaitu masalah memelihara keutuhan

Pastikan Kemenangan Islam 57


Tanda Bahaya

manusia dan kemanusiaannya, atau mencabut keutuhan itu lalu mengembalikannya kepada
kebiadaban dan kekejaman. Jelasnya, ia berpendapat bahawa satu-satu cara yang mungkin ialah
'memperdalami ilmu tentang manusia'.

Jelasnya pengaruh ilmu psikologi, tidak kurang bahayanya daripada pengaruh ilmu
biologi, fizik dan kimia (yang kesemuanya berlandaskan akal manusia semata-mata). Telah
banyak tragedi yang paling buruk terjadi disebabkan oleh 'Freud' sama seperti banyaknya tragedi
yang disebabkan oleh ahli mekanik. Melihat manusia dari aspek akal sahaja adalah merupakan
satu bahaya, sama seperti melihat mereka berdasarkan alat-alat yang bersifat fizik dan kimia. Kita
terpaksa mempelajari sifat-sifat fizik bagi pembekuan darah dan keseimbangan ionnya dan
kemampuannya menembus protoplasme dan sebagainya. Hal ini sama seperti perlunya kita
mempelajari sesuatu tentang mimpi dan syahwat dan pengaruh psikologi terhadap sembahyang
dan daya ingatan dan sebagainya. Namun begitu, adalah jelas bahawa menukarkan hal-hal yang
bersifat kebendaan dengan yang bersifat kejiwaan tidak akan dapat memperbaiki kesalahan yang
telah dilakukan oleh tamadun kebendaan. Menjauhi kebendaan akan lebih membahayakan
manusia daripada menjauhi akal. Jalan keluar hanya akan dapat ditemui andainya manusia
sanggup menjauhkan diri dari semua aliran pemikiran (Halaman 331-332).

…………Inilah ringkasan jeritan Dr. Alexis Carrel . . . Apakah usul-usul yang


dikemukakan? Apakah jalan penyelesaian yang dikemukakannya untuk menyelamatkan diri dari
masalah ini? Apakah sistem yang dapat digunakan untuk membetulkan kesalahan zaman
kemajuan yang berpegang kepada fahaman kebendaan sedangkan pada waktu yang sama
kebendaan itu sahaja tidak akan menyebabkan berlakunya kesalahan yang lain iaitu akibat
mengabaikannya, mereka memerlukan sesuatu yang bersifat kejiwaan seperti yang diperlukan
oleh tubuh badan. Mereka juga akan menyedari bahawa krisis ekonomi dan belanjawan adalah
disebabkan oleh krisis moral dan intelektual.

Kita tidak akan terus menerima keadaan hidup primitif yang liar di dalam bandar-bandar
besar, tidak akan terus menerima tindakan bar di kilang dan di pejabat; tidak akan terus menerima
pengorbanan keluhuran dan kesucian moral untuk kepentingan ekonomi atau pengorbanan akal
untuk kepentingan harta. Pengorbanan itu pula sebagai pengorbanan yang dipaksakan kepada kita
oleh peradaban moden. Kita mesti menentang segala bentuk ciptaan mekanik yang merosakkan
pertumbuhan serta pembangunan manusia.

Pastikan Kemenangan Islam 58


Tanda Bahaya

Ekonomi dan ahli ekonomi tidak akan lama menjadi punca utama bagi segala-galanya.

Amat jelas bahawa pembebasan manusia dari penjadi hamba fahaman 'kebendaan' akan
membawa perubahan dalam kebanyakan aspek kehidupan kita. Oleh itu, masyarakat moden akan
menentang segala bentuk kemajuan yang lahir daripada konsep kita dengan segala kekuatannya.

Walau bagaimanapun kita harus berwaspada agar kegagalan fahaman kebendaan tidak
akan memberi kesan terhadap hal-hal yang bersifat kejiwaan. Kewaspadaan ini perlu kerana ilmu
teknologi dan penyembahan kebendaan tidak akan memberi apa-apa kejayaan dan manusia sudah
menyedari bahawa mereka sungguh-sungguh telah diperdaya oleh kuasa yang amat berten-
tangan, iaitu kuasa akal, metod-metod yang memang bertentangan dengan konsep kepercayaan
dan akhlaq keagamaan. Gagasan yang mencanangkan agar unsur-unsur akhlaq dimasukkan ke
dalam sistem ekonomi dianggap oleh sistem ini sebagai satu gagasan yang sumbang dan hina.

Begitu juga, bukanlah satu hal yang terjadi secara kebetulan, apabila terdapat orang yang
berpegang dengan fitrah manusia dan hakikatnya dalam menegakkan sistem masyarakat,
ekonomi, politik dan pendidikan, lantaran ilmu mereka hanya sedikit, atau dengan kata-kata yang
lebih tepat lantaran mereka terlalu jahil seperli yang dikatakan oleh Dr. Carrel. Kesemuannya itu
terjadi adalah sebagai akibat yang jelas yang lahir daripada sikap memusuhi setiap yang datang
dari Allah, dan sikap memusuhi setiap yang disarankan oleh ilmu tentang hakikat manusia yang
terangkum di dalam sistem Ilahi. Sikap permusuhan inilah yang menjadi asas tamadun masa kini.
Sikap ini lahir dari pertentangan yang paling buruk di antara gereja dengan sains yang terjadi di
Eropah.

Dengan penjelasan yang ringkas ini, kita dapat memahami bahawa persoalan yang
sebenarnya jauh lebih dalam daripada persoalan yang dibayangkan oleh Dr. Carrel. Penelitiannya
hanya setakat itu, kerana pemikirannya hanya berligar di sekitar tamadun yang mandul yang
mengikat kebebasan keintelektualannya.

Andainya Dr. Carrel merasakan bahaya tamadun perindustrian yang meterialistik yang
mengancam manusia dan hakikatnya, maka Mr. Loster Dallas, bekas Menteri Luar Negeri
Amerika merasakan bahaya Komunisme yang meletakkan sistem sosial di atas dasar-dasar 'aliran
meterialisme' dan 'pentafsiran sejarah ekonomi' yang mengancam Amerika Syarikat dan dunia
Barat.

Pastikan Kemenangan Islam 59


Tanda Bahaya

Mr. Loster Dullas menyuarakan kebimbangannya mengenai bahaya ini di dalam bukunya
'War of Peace' dan menggesa masyarakat Barat menentangnya. Tetapi, malangnya, cadangan-
cadangan yang dikemukakannya adalah bersifat pragmatik yang tidak menyeluruh dan tidak
menyelesaikan masalah dari akar umbinya. Beliau menggesa pihak gereja supaya melakukan
suatu tindakan bagi menghadapi bahaya ini, sedang pihak gereja tidak berdaya untuk melakukan
tindakan tersebut, yang di luar dari kemampuannya. Malahan, pada hakikatnya bukanlah pihak
gereja yang harus melaksanakannya. Ini adalah hakikat yang wujud setelah kehidupan gereja dan
kehidupan masyarakat terjerumus ke dalam trajedi sejarah yang malang sejak beberapa lama.

Di dalam fasal yang berjudul, 'Our Spiritual Needs', beliau menyatakan:

“Ada sesuatu yang salah yang telah terjadi pada bangsa kita. Jika tidak manakan mungkin
kita mengalami keadaan yang buruk dan gejala kejiwaan pada masa kini. Tidak wajar kita
rnengambil sikap defensif atau merasa takut. la merupakan satu perkara baru dalam
sejarah kita.”

Perkara itu bukanlah perkara yang bersifat kebendaan. Kita telah mencapai rekod yang
tinggi sepanjang masa dalam bidang pengeluaran benda-benda. Sebenarnya yang tidak
kita miliki kini ialah 'Kepercayaan yang Benar dan Dinamis'. Tanpa kepercayaan ini,
setiap yang kita miliki hanya merupakan sesuatu yang kerdil. Kekurangan tidak dapat
dipenuhi oleh ahli politik biar bagaimana kuat kuasanya sekalipun, atau oleh ahli
diplomatik biar bagaimana bijaknya sekalipun, atau oleh ahli sains biar bagaimana
banyak penemuannya, atau oleh berbagai bom biar bagaimana kuat daya rosaknya.

Apabila manusia merasa begitu perlu untuk menggantungkan penghidupan kepada


sesuatu yang bersifat kebendaan maka itulah tandanya bahawa akibat yang paling buruk
pasti akan menimpanya.

Negara kita tidak menjadikan nilai semangat yang luhur sebagai asas keutuhannya.
Malahan terdapat unsur-unsur keraguan di dalam akal manusia dan kehancuran jiwa
mereka. Keadaan ini telah menyebabkan bangsa kita terdedah kepada unsur-unsur
permusuhan, seperti yang digemparkan oleh kegiatan-kegiatan pengintip yang telah

Pastikan Kemenangan Islam 60


Tanda Bahaya

didedahkan hingga kini. F.B.I, tidak dapat melindungi kita dari keadaan ini biar
bagaimana cekapnya sekalipun.
Kita telah menghadapi ujian barat yang mungin akan dihadapi juga oleh bangsa-bangsa
lain, iaitu ujian hidup dalam kemewahan.

Jesus telah berkata “Barang-barang yang bersifat kebendaan akan diperolehi oleh mereka
yang bekerja sesuai dengan perintah Tuhan, dan merealisasikan keadilan-Nya (Mattew
6:33).” Tetapi apabila hal itu terjadi, maka mulalah suatu percubaan yang lebih besar,
kerana barang-barang yang bersifat kebendaan itu sebagaimana yang telah diperingatkan
oleh Jesus mungkin sekali menjadi noda yang dapat menghancurkan jiwa manusia.

Begitu juga, kita mempunyai model-model yang terkenal. Orang-orang yang mempunyai
rasa tanggung jawab terhadap sesuatu kewujudan yang lebih tinggi, akan berusaha untuk
merealisasikan kemahuannya, kerana kepercayaan mereka telah mengurniakan kekuatan,
kemahiran dan kebijaksanaan kepada mereka. Mereka bukanlah membina kebahagiaan
untuk hari-hari mereka sahaja, malah untuk masa depan, bukan untuk diri mereka sendiri
tetapi untuk seluruh umat manusia. Masyarakat yang dibina di atas asas-asas ini. kalau
dibantu oleh keadaan, akan mencapai kekayaan dan kemakmuran yang akan dinikmati
oleh orang ramai. Apabila hasil sampingan ini didapati begitu baik sehingga orang-orang
mempercayai bahawa itulah objektif yang ingin dicapainya, maka manusia mula
menjauhkan diri daripada melakukan usaha-usaha pembangunan untuk jangka panjang.
Mereka akan berlumba-lumba untuk mendapatkan barang-barang yang bersifat
kebendaan itu.

Perubahan sikap itu telah menyebabkan lahirnya bahaya yang makin lama makin besar.
Orang-orang Amerika hanya mendapat keamanan dengan satu cara sahaja yang dapat
menjamin keamanan itu iaitu dengan mendapatkan hasil sampingan daripada usaha yang
besar (by-product of great endeavour). Apabila kita cuba membesarkan usaha kita, lalu
kita mencari keamanan sebagai tujuan terakhir, maka kita dapati keamanan itu menjadi
semakin jauh daripada kita. Keadaan itu akan sentiasa sedemikian, biar bagaimanapun
kayanya kita, kerana keamanan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Lima bilion atau
lima puluh bilion tidak cukup. Keamanan dan kedamaian adalah sesuatu yang tidak dapat
dibeli. Emperor-emperor Rom telah cuba membeli keamanan pada saat kejatuhannya,

Pastikan Kemenangan Islam 61


Tanda Bahaya

malangnya usaha itu hanya membuka selera nafsu orang-orang yang berusaha untuk
menghancurkan mereka.

Pada saat-saat pengaruh dan keamanan kita merosot, pengaruh dan keamanan
Komunisme Soviet semakin membesar dan meluas. Pihak Soviet melancarkan gerakan
'Percubaan Dasar Komunisme Soviet', iaitu percubaan orang-orang komunis yang telah
berjaya menarik perhatian bangsa-bangsa dunia, persis yang kita lakukan pada abad ke
XIX dengan 'Percubaan Besar Amerika'.

Kita tahu bahawa konsep-konsep Komunisme palsu dan menyesatkan orang. Kita tahu
Komunis Soviet tidak akan membiarkan orang lain melakukan penilaian yang tidak
memihak kepada apa yang dilaksanakan di tanahair mereka. Kita tahu bahawa orang-
orang yang telah terjerumus ke dalam perangkap ideologi yang palsu dan menyesatkan
orang itu, akan segera mengetahui perbezaan di antara yang salah dengan yang benar.
(la membuat perbandingan di antara perangkap faham komunisme dengan perangkap
sarang labah-labah). Labah-labah menjalin rumah yang jndah berkilau-kilauan di bawah
sinar matahari, dengan tujuan untuk memperdayakan dan memperangkap lalat.
Propaganda Komunis menarik perhatian orang seperti jaringan labah-labah, seandainya
ada bunga yang jatuh ke dalam genggamannya, maka kekuatan jiwa bangsa itu akan
luntur di dalam penindasan. Namun begitu Komunisme sebagai suatu yang diharapkan
dapat diterima oleh masyarakat terbanyak di setiap negara di Asia, di Pulau-pulau Pasifik,
di Amerika Selatan, di Afrika, dan juga di Eropah Barat.

Stalin menegaskan ”Kekuatan dan kejayaan Marxisme, Lenisme tersembunyi di sebalik


hakikat bahawa ia memusatkan kegiatannya yang praktik pada keperluan untuk
membangun kehidupan kebendaan bagi masyarakat.”

Amatlah jelas, kebanyakan negara bukan Komunis termasuk negara-negara Kristian di


Barat memberikan keutamaan kepada 'Pembangunan kehidupan kebendaan untuk
masyarakat' dan menjadikan perkara-perkara yang bersifat rohaniah sebagai perkara
kedua yang dianggap sebagai perkara yang hanya menjadi persoalan diri peribadi
masing-masing.

Pastikan Kemenangan Islam 62


Tanda Bahaya

Keadaan yang sedemikian dijadikan contoh oleh orang-orang Komunis untuk


membuktikan bahawa masyarakat Barat juga terpaksa mengikut dan mempraktikkan
teori-teori materialisme Komunisme. Para pemimpin Barat tidak pun menolak kenyataan
ini dengan sanggahan yang dapat menyakinkan orang lain. Oleh itu kedudukan Komunis
Soviet di dunia menjadi semakin kuat dan luas pengaruh-nya.

Kesulitan yang kita hadapi ialah bahawa kita berpegang kepada satu kepercayaan yang
tidak jelas dan hubungan di antara kepercavaan dengan amalan kita yang tidak jelas.

Kita dapat berbicara dengan lancar dan lantang tentang kebebasan dan kemerdekaan,
tentang hak-hak asasi manusia, tentang kemuliaan dan nilai-nilai kemanusiaan yang
sewajarnya dimiliki oleh individu namun begitu, sebahagian besar daripada pembicaraan
kita itu tercetus dari fahaman 'individualisme' yang menjadi dasar masyarakat pada satu-
satu masa.

Pembicaraan yang sedemikian tidak akan memberi kesan yang bererti bagi orang-orang
yang hidup di dalam suasana yang menolak fahaman tersebut, kerana bagi rnereka
'individualisme' bererti mendekatkan lagi jurang maut.

Begitu juga, kita dapat berbicara dengan lancar dan lantang tentang kemajuan kebendaan
yang telah kita capai, tantang kehebatan hasil pengeluaran negara, tentang jumlah kereta,
radio dan televisyen yang dimiliki oleh bangsa kita. Tetapi gambaran yang keterlaluan
tentang kemajuan kebendaan akan menyebabkan lahirnya pendapat bahawa kita telah
jemu di bidang kerohanian dan ini akan menyebabkan munculnya orang-orang yang
dengki kepada kita, yang lebih cenderung untuk memuja Komunisme lantaran
perjuangannya yang bersifat kolektif untuk membangun kehidupan kebendaan untuk
masyarakat.

Kita tidak akan berdaya menentang Komunisme Soviet dan tidak akan berdaya
menangkis tipu-helah, kekejaman, kekerasan yang dilaksanakan dengan berbagai cara,
selagi kita tidak mempunyai satu kepercayaan, dan mempergunakan pendekatan rohaniah
dalam masyarakat kita yang moden dan kompleks. Pendekatan itu akan dapat
mengalihkan tumpuan masyarakat kepada kerja-kerja yang jauh daripada moden dan
suasana hidup yang hina, yang tidak memungkin pertumbuhan jiwa yang sabar. Sungguh

Pastikan Kemenangan Islam 63


Tanda Bahaya

sedih, kita tidak dapat memperlihatkan keadilan sosial tanpa mempraktikkan atheisme
dan materialisme. Hal ini terjadi oleh adanya kecenderungan masyarakat yang berpegang
pada kebebasan individu untuk menerima atau menolak tanggung jawab sosial terhadap
orang lain.

Implikasi daripada sikap ini ialah ramai di kalangan bangsa kita yang hilang kepercayaan
terhadap masyarakat yang bebas. Begitu juga, sebagai satu umat, kita juga telah hilang
kepercayaan kita terhadap agama dan amalan yang menjadi syi'ar agama, sekalipun kita
masih tetap menjadi orang yang beragama. Kita telah memisahkan agama daripada
amalan agama. Kita tidak percaya bahawa agama itu seiring sejalan dengan suasana
moden. Kalaulah hubungan di antara kepercayaan dengan amalan telah hancur, kita tidak
akan dapat menumbuhkan kekuatan rohani lagi, yang akan dapat kita sebarkan ke seluruh
dunia.

Adalah menjadi kewajipan kita untuk mengubah segala-galanya itu. Kita mampu
malahan wajib untuk menolak teori Marx yangmenyatakan: “Bahawa sesuatu yang
bersifat roh hanyalah sebagai pelengkap. Perhambaan dan penindasan tidak mungkin
menjadi benar, walaupun untuk sementara waktu.” Sewajarnya kita tidak perlu merasa
takut untuk meletakkan kepercayaan kita di depan demi untuk kebebasan manusia dan
kemerdekaan. Kita mesti berpegang pada pandangan agama yang menyatakan: “Tuhan
menjadikan manusia bukan hanya sebagai alat pengeluar benda, kerana ada
matlamatnya yang terakhir selain daripada keamanan tubuh badan sahaja.” Kita wajib
percaya bahawa kita mempunyai tanggung jawab untuk membebaskan manusia daripada
cengkaman keruntuhan moral, akal dan ekonomi yang semakin parah. Tanggung jawab
ini perlu dilaksanakan kerana ia menjadi punca pertumbuhan kemewahan ekonomi
sesebuah masyarakat yang bernaung di bawahnya.

Kita juga perlu memahami dengan jelas bahawa masyarakat yang bebas bukanlah
bermaksud masyarakat yang membiarkan setiap orang berusaha untuk dirinya sahaja,
tetapi masyarakat yang bebas sebenarnya masyarakat yang mempunyai jalinan dan ikatan
persaudaraan yang terpancar dari tasik keimanan atau kepercayaan, yang diperlukan
sebelum adanya ikatan-ikatannya yang lain. Sesungguhnya manusia itu dijadikan supaya
mereka hidup bersaudara di bawah lindungan Tuhan.

Pastikan Kemenangan Islam 64


Tanda Bahaya

Dulles mengakhiri kata-katanya dengan menyata, “tidak ada maknanya pembinaan 'Suara
Amerika' yang lain sebagai suara yang paling tinggi, melainkan kalau kita mempunyai
sesuatu yang lebih menarik perhatian daripada apa yang pernah disuarakan pada masa
lalu.”

Mengadakan risalah ini, sebelum mengadakan hal-hal lain adalah merupakan peranan
tokoh-tokoh agama bangsa kita. Andainya mereka berjaya mewujudkannya, barulah
mereka dapat mengambil bahagian dengan berkesan dalam usaha menentang dan
menghancurkan rancangan dan taktik Komunis Soviet.

Banyak pembawa risalah dan guru-guru berduka-cita kerana pengetahuan sains telah
menambahkan kemampuan manusia untuk melakukan sesuatu yang dapat menyakiti
orang lain hingga ke peringkat yang paling dahsyat. Kita tidak semestinya mengakui
bahaya pengetahuan itu sendiri dan melarikan diri daripadanya.

Kekuatan materialisme yang besar hanya berbahaya dalam zaman yang dibina di atas
fahaman materialisme bukan dalam zaman yang dibina di atas fahaman spiritualisme.
Pengetahuan sains yang baru akan membahayakan zaman kini kerana ia lahir dalam
zaman tokoh-tokoh agama gagal menjelaskan hubungan di antara aqidah dan amal.
Barangkali lebih penting, ibadah jiwa terus berkembang di samping perkembangan
pengetahuan sains. Jelasnya, perkembangan kejiwaan itu tidak menyebabkan
terbantutnya kemajuan sains atau menyebabkannya mundur.

Presiden Wilson, pada beberapa minggu sebelum ia meninggal dunia telah menulis
sebuah artikel yang mendedahkan ancaman prinsip-prinsip revolusi dan tindakan-
tindakan yang dipraktikan oleh Komunis. la mengakhiri artikelnya itu dengan
mengatakan: “Kesimpulan segala masalah itu adalah seperti berikut: Sesungguhnya
kemajuan yang kita capai tidak akan kekal di puncaknya kalau ia hanya diletakkan di atas
dasar materialisme, kecuali jika dasar spiritualisme itu dikembalikan di tempatnya yang
wajar.”

Inilah cabaran yang paling puncak untuk gereja-gereja kita, institusi politik dan para
kapitalis kita, sebagai cabaran untuk setiap individu yang takut kepada Tuhan dan cinta
akan tanah airnya.

Pastikan Kemenangan Islam 65


Tanda Bahaya

Tetapi teriakan yang disuarakan oleh Mr. Dulles seperti juga teriakan yang sebelumnya
yang disuarakan oleh Dr.Carrel tidak mungkin mendapat sambutan atau tindak balas yang
diharap-harapkan. Segala cabaran yang dilemparkan oleh Mr. Dulles di hadapan gereja, institusi
politik, para kapitalis dan setiap orang yang takut kepada Tuhan dan cintakan tanahair tidak
mungkin dapat menyelesaikan masalah.

Sesungguhnya persoalannya lebih dalam daripada itu. Gereja-gereja tidak lagi


mempunyai pengajaran Kristian yang tulen yang dapat memberikan asas-asas kehidupan manusia
yang menyeluruh, semenjak ia dihancurkan oleh Paul buat kali pertamanya, oleh Kostantine buat
kali keduanya dan oleh Dewan-dewan Ekumenik (Ecumenical Councils) iaitu Pertubuhan 122
Gereja-gereja dan para Pop buat kali terakhirnya.

Konsep Kristian yang tinggal sedikit itupun iaitu yang dibicarakan oleh Mr. Dulles tidak
dapat dipertahankan oleh kebudayaan Amerika yang bersifat kebendaan. Kebudayaan ini
diasaskan pada dasar individualisme yang tergambar pada sistem kapitalisme dengan doktrin
riba dan monopoli yang ekstrim.

Saya tidak percaya bahawa Mr. Dulles sendiri, ketika menyarankan teriakan bahaya itu,
telah berfikir untuk mempraktikkan konsep Kristian yang tinggal sedikit itu. Tindakan yang
pertama yang perlu dilaksanakan ialah menghapuskan sistem riba yang menjadi asas yang kuat
bagi kebudayaan kapitalis, dan sebagai faktor yang mana yang menyebabkan kesangsaraan hidup
manusia, dan kehancuran kebudayaan kebendaan. Ia adalah menjadi suatu yang dilarang oleh
agama Kristian seperti juga yang dilarang oleh setiap agama Samawi (yang diturunkan oleh
Allah) dan oleh setiap fitrah yang sejahtera.

Yang dimaksudkan oleh Mr. Dulles hanyalah gambaran yang samar-samar mengenai
agama Kristian yang tidak merangkumi dasar-dasar sistem ekonomi dan pada waktu yang sama ia
ingin mencapai tujuan politik yang lain dengan menolak keburukan Komunisme.

Malahan, kalaupun ia benar-benar mahu melaksanakan konsep agama di dalam


kehidupan seluruhnya, namun masih terdapat jurang yang belum dikambusnya, dan belum ada
jambatan yang dapat menghubungkan di antara ajaran Kristian yang benar dengan kehidupan

Pastikan Kemenangan Islam 66


Tanda Bahaya

yang nyata, sedangkan jurang itulah yang telah digali dan diperdalamkan lagi semenjak lima ratus
tahun dalam satu tempoh perjuangan yang sengit.
Mr. Dulles membebankan orang-orang gereja dan pemimpin kejiwaan dengan bebanan
yang belum pernah mereka pikul dan tidak mungkin dapat diterima oleh mereka (sesuatu yang
mustahil). la meminta mereka mewujudkan satu sistem hidup yang tidak memisahkan agama
daripada amalan agama, padahal pada masa itu mereka hanya mempunyai sisa-sisa agama
Kristian yang telah rapuh dan robek, mereka hanya mempunyai sejarah yang pahit di antara
gereja dengan tokoh-tokohnya, di antara agama dengan penganutnya, di antara hati nurani
manusia dengan akalnya; mereka hanya mempunyai pengalaman pemisahan dan perpecahan yang
buruk (schizophrenia) dalam setiap aspek kehidupan, pemikiran, perasaan mereka atas dasar
memusuhi agama seluruhnya. Saya katakan Mr. Dulles membebankan mereka dengan bebanan
yang belum pernah mereka pikul, kerana ia meminta mereka mencipta satu sistem baru dari sisa-
sisa agama yang telah rapuh, yang diharapkan dapat memperlihatkan kepercayaan dengan
amalan, individu dengan masyarakat, roh dengan benda, kemajuan sains dengan dasar-dasar
kerohanian dengan tujuan untuk menguasai kemajuan yang dapat mempertalikan usaha untuk
membangun kehidupan masyarakat dengan penguasaan ke atas jiwa keimanan sebagai sistem
yang tidak memisahkan agama dengan amalan agama.

Sistem itu ialah sistem yang menolak pandangan bahawa tidak mungkin dapat ditegakkan
keadilan masyarakat tanpa mempraktikkan atheisme dan materialisme, seperti ia menolak
pandangan bahawa kebendaan merupakan faktor utama bagi setiap perkara atau keadaan, atau
perhambaan dan penindasan merupakan cara yang halal untuk menambahkan hasil pengeluaran
kebendaan, atau memusuhi kebebasan fikiran, jiwa dan ekonomi untuk mengekalkan hasil
pengeluaran ini sebagai satu sistem yang tidak memerlukan kemajuan sains atau nama 'agama'
dan tidak mahu menjadikan agama sebagai sendi yang mempertalikan sains dengan pengetahuan.
Akhirnya, yang diperlukan ialah satu sistem yang membolehkan per-kembangan 'ibadah' yang
kemudian menjadi amalan sebagai salah satu daripada aspek ibadah.

Bagaimana mereka akan dapat menemui sistem yang seperti itu daripada sisa-sisa konsep
agama yang telah rapuh, daripada tinggalan sejarah yang pahit, daripada jurang yang tidak
terkambus yang tidak ada titian untuk melintasinya, daripada keadaan agama mereka yang
banyak mengandungi kekeliruan, daripada keadaan hidup manusia dengan sifat umumnya dan
keadaan kebudayaan kebendaan dengan sifat khususnya.

Pastikan Kemenangan Islam 67


Tanda Bahaya

Sesungguhnya orang yang dapat mencipta sistem itu ialah bangsa lain. Agama yang
mengandungi sistem ini dalam bentuknya yang sempurna adalah agama yang selain daripada apa
yang dinamakan sebagai agama oleh bangsa itu sekarang.

Mr. Dulles mahu memperalatkan 'agama' untuk mempertahankan sistem Barat daripada
serangan Komunisme. Namun begitu agama tidak dapat berbuat apa-apa dalam pertempuran yang
kecil itu, iaitu pertempuran di antara satu sistem materialisme dengan beberapa sistem
materialisme yang lainnya. Dalam bentuknya yang kabur itu ia tidak dapat berbuat sebarang
penentangan. Ia tidak dapat mempertahankan manusia, lantaran ia telah dipisahkan daripada
kehidupan manusia, sejauh-jauhnya.

Sesungguhnya 'agama Allah' tidak patut untuk menjadi hamba yang tunduk di hadapan
'tuan-tuannya'. Kalau diperlukan ia akan dipanggil oleh tuan-tuannya dan kalau tidak ia akan
dihalau lalu ia beredar dari hadapan mereka dengan keadaan yang hina, kemudian berdiri di
belakang pintu, di bilik hamba menanti panggilan lagi. Lalu mereka memanggilnya kerana ada
keperluan. Ia datang mendapatkan tuannya dengan keadaan yang hina, dengan tunduk ia berkata,
“Tuan, inilah saya telah datang”. Perlakuan ini sama seperti yang dilakukan oleh mereka terhadap
orang yang mereka namakan 'orang-orang agama'.

Tidak sama sekali! Sesungguhnya agama Allah tidak wajar untuk menjadi hamba.
Agama Allah hanya wajar menjadi tuan yang menjaga hamba-hambanya, yang kuat dan
mengendalikan suasana, yang berkuasa dan yang mulia, yang menjadi hakim bukan yang
dihakimi, yang memimpin bukan yang dipimpin. Agama Allah tidak akan melindungi manusia
dari sebarang bahaya Komunisme atau bukan Komunisme melainkan jika kehidupan manusia
seluruhnya tunduk kepada perintahnya, ia mengendalikan seluruh kehidupan dan menyusun
setiap aspeknya dan mentadbirkannya selaras dengan syari'atnya. Apabila manusia telah
menjadikannya sebagai hakim bagi mengendalikan segala urusan mereka sama ada kecil atau
besar, maka mereka akan menerima keputusan yang diberi olehnya dengan rela, penuh
kepercayaan dan menyerah diri:

Ertinya:

“Tetapi tidak, kami Tuhanmu, mereka belum benar-benar beriman selagi mereka belum
berhakimkan kamu mengenai perkara yang mereka pertikaikan, lalu mereka tidak merasa

Pastikan Kemenangan Islam 68


Tanda Bahaya

keberatan di dalam diri mereka terhadap keputusan yang engkau berikan dan mereka menerima
sepenuhnya.”
(AI-Nisa': ayat 65)

Ketika itulah sahaja ia (agama) dapat memainkan seluruh peranannya dengan sempurna
selaku pemerintah bukan peranan hamba yang menerima perintah.

Ketika itulah sahaja, pertentangan dan perpecahan yang buruk (schizophrenia) akan
berakhir. Schizophrenia yang telah mencetuskan penderitaan yang amat pahit merupakan bahaya
yang amat besar.

Ketika itulah sahaja penyelamat akan tiba, penyelamat yang diseru oleh jeritan dan
pekikan memanggilnya dengan sifat-sifat dan tanda-tandanya. Penyelamat yang dinanti oleh
seluruh manusia ialah Agama Islam.

Pastikan Kemenangan Islam 69


Penyelamat

BAB 6: PENYELAMAT

“Di sana sini kedengaran teriakan meminta pertolongan yang lahir dari hati yang hiba, mendera
pada pita suara yang tidak bertenaga menjelma menjadi ratapan dan rayuan mohon diselamatkan,
memohon lahirnya seorang penyelamat yang mempunyai tanda-tanda (kesanggupan) dan ciri-ciri
yang tertentu yang sesuai untuk melakukan tindakan tersebut. Kesanggupan dan kemampuan ini
tidak akan ada pada sesiapapun melainkan pada agama ini (Islam)!”

Petikan di atas diambil daripada bahagian pertama buku ini. Bahagian yang lalu Tanda
Bahaya' mengandungi penjelasan yang lengkap tentang isi petikan di atas, sama ada dalam
pengakuan Dr. Carrel ataupun Mr. Dulles. Malangnya, kedua-duanya tidak menghalakan
seruannya kepada penyelamat yang sebenarnya yang mempunyai sifat-sifat dan syarat-syarat
penyelamat, sedangkan hanya padanya ada tanda-tanda atau ciri-ciri yang telah disebutkan itu.
Keadaan ini adalah merupakan sesuatu yang telah ditakdirkan Allah.

Dr. Carrel menggesa orang Barat mengadakan satu sistem kehidupan yang lain daripada
'agama Industri' dan 'teknologi'. Ia mahukan satu sistem yang memandang 'manusia sebagai
penilaian bagi setiap perkara' dan tidak menjadikan manusia sebagai 'orang asing di alam yang
diciptanya sendiri. Maka dengan ciri-ciri dan nilai-nilai utama yang diutarakannya, kenyatannya
itu tidak memperlihatkan kebodohannya.

la mahukan suatu sistem 'yang tidak mengabaikan pengaruh kilang sama sekali ke atas
hal-hal yang bersifat fisiologi dan mental para pekerja dalam menyusun kehidupan perindustrian'.
Sistem itu juga tidak merestui prinsip pengeluaran yang paling maksima dengan modal yang
paling minima, yang akan mengakibatkan seseorang atau sekumpulan kecil kaum pemodal 'dapat
memiliki kadar pendapatan yang terlalu tinggi.

la mahu akan satu sistem yang tidak akan menimbulkan suasana 'yang tidak sihat, sama
ada untuk diri kita atau untuk keadaan kita'. Sistem itu diharapkan tidak akan menjadikan kita
'mengalami keruntuhan moral dan mental'. la tidak juga menghalang 'pertumbuhan emosi, rasa
indah dan kesedaran agama' yang boleh mengakibatkan lahimya manusia yang berperibadi
rendah, akal yang sempit dan tidak benar.

Pastikan Kemenangan Islam 70


Penyelamat

la mahukan sesuatu sistem yang tidak menghapuskan nilai peribadi manusia, juga tidak
melupakan keperluan individu untuk hidup bermasyarakat, sehingga kita tidak 'terdidik, hidup
dan bekerja di dalam satu kumpulan yang besar seperti kumpulan kambing'.

la mahukan suatu sistem yang tidak menghilangkan keperibadian lelaki dan keperibadian
perempuan, kerana mengabaikan tidak adanya persamaan di antara lelaki dengan perempuan
merupakan satu hal yang amat berbahaya.

la mahukan suatu sistem yang tidak menjadikan kehidupan manusia diragut oleh
'khayalan Marx, Lenin dan Freud' dan 'syahwat manusia, nafsu, teori dan keinginan mereka'.

la mahukan suatu sistem yang tidak bertentangan dengan undang-undang fitrah dan tidak
berani 'melanggar perkara yang dilarang' dan tidak bertentangan dengan hakikat kewujudan alam
dan kehidupan manusia.

Pada akhirnya ia mahukan suatu sistem yang tidak menjadikan kegagalan 'materialisme'
sebagai alasan untuk beralih kepada 'spiritualisme' yang negatif, seperti yang pernah dialami oleh
Eropah di bawah sistem kependetaan; atau kembali kepada ilmu jiwa Freud yang menyesatkan
manusia.

Tetapi Dr. Carrel mencari sistem yang mempunyai ciri-ciri seperti ini di dalam 'Ilmu
Kemanusiaan' yang mahu diadakan walaupun di dalam kenyataannya ia menerangkan bahawa
kejadian otak manusia itu sendiri adalah lemah untuk mengenali hakikat manusia.

Apakah yang dikehendaki oleh Dr. Dulles juga seperti itu?

la mahukan suatu sistem yang tidak memberikan keutamaan mutlak kepada


pembangunan kehidupan kebendaan dalam masyarakat dan memberikan perhatian yang kedua
kepada soal-soal kerohanian dan tidak menganggap keimanan sebagai soal yang kedua yang
hanya mempunyai kaitan dengan individu.

la mahukan suatu sistem ‘yang mempunyai pendirian yang tegas dan jelas terhadap iman
dan hubungannya dengan kegiatan hidup manusia’.

Pastikan Kemenangan Islam 71


Penyelamat

la mahukan suatu sistem 'yang tidak berdasarkan individualisme yang mutlak seperti
yang pernah dialami oleh Amerika iaitu individualisme yang dalam apa keadaannya sekalipun
bererti mati sebelum waktunya'.

la mahu akan suatu sistem yang dapat melihat kemungkinan tercapainya keadilan sosial
tanpa melaksanakan atheisme dan materialisme, dengan penuh kesedihan dan keinsafan.

la mahukan suatu sistem 'yang tidak memisahkan agama daripada malam agama, dan
tidak mempunyai pendirian bahawa iman tidak seiring jalan dengan zaman moden'.

la mahukan suatu sistem 'yang menolak pendirian bahawa kebendaan adalah menjadi
faktor segala-galanya dan tidak menjadikan hal-hal kerohanian sebagai faktor tempekan sahaja
dan menolak pendirian bahawa perhambaan dan penindasan sebagai sesuatu yang dihalalkan
sekalipun di dalam keadaan yang tertentu, juga menolak pendirian bahawa manusia hanyalah
merupakan alat pengeluaran, malahan menolak pendirian bahawa kemajuan ekonomi bergantung
pada perhitungan kebebasan jiwa dan mental'.

la mahukan suatu sistem yang membenarkan setiap individu di dalam masyarakat yang
berpegang padanya hidup sebagai orang yang bersaudara kerana Allah. Hubungan persaudaraan
adalah tali yang menjalin erat di antara mereka, dan yang menjaga masyarakat mereka dari
gangguan orang-orang yang melampau atau golongan pelampau.

la mahukan suatu sistem yang menjadikan roh keimanan sebagai pengawal ke atas
pengetahuan sains, tetapi sistem itu bukanlah bertujuan untuk menyekat kemajuan ilmu sains
dengan alasan bahawa ia membahayakan kepercayaan terhadap agama.

Akhirnya, Mr. Dulles mahukan suatu sistem yang memperlihatkan adanya hubungan
'aqidah dengan amalan. Di dalam sistem ini, 'ibadah diperkembangkan sehingga ia terjelma dalam
bentuk amalan yang merupakan salah satu daripada bentuknya.

Tetapi Mr. Dulles meminta sistem itu daripada tokoh-tokoh gereja Amerika, daripada
tokoh-tokoh kerohanian di negerinya walaupun ia mengetahui sejarah gereja Barat dan

Pastikan Kemenangan Islam 72


Penyelamat

pemutusan hubungan yang paling buruk di antara gereja dengan masyarakat, yang mewariskan
satu pengalaman yang paling pahit itu.
Tetapi perkara yang perlu dijelaskan ialah bahawa 'Ilmu Kemanusiaan' tidak dapat
menyahut seruan dan kemahuan Dr. Carrel, begitu juga tokoh-tokoh gereja dan tokoh-tokoh
kerohanian gereja tidak dapat menyahut jeritan dan kemahuan Mr. Dulles.

Sesungguhnya sifat dan kemampuan yang diperlukan oleh penyelamat hanya ada pada
'agama ini'. Sistem yang mereka sebut-sebut itu hanya ada pada Islam, sebagai satu sistem yang
merangkumi berbagai sistem, doktrin, teori yang diketahui oleh manusia. Walaupun Dr. Carrel
seorang pakar yang mempunyai pengetahuan yang luas namun ia tidak menghalakan
perhatiannya kepada penyelamat ini (Islam), kerana ia orang putih, ia tetap menghalakan muka ke
arah orang-orang yang berkulit putih. Ia mengarang buku adalah dengan tujuan untuk
menyelamatkan orang putih. Ia memusatkan seluruh perhatiannya kepada orang putih, dengan
tujuan untuk menyelamatkan mereka dari mengalami kejatuhan dan kehancuran.

Islam bukanlah ciptaan orang putih. Oleh itu tokoh antara bangsa itu tidak mungkin akan
menghalakan pandangannya ke arah Islam.

Mr. Dulles juga tidak menghalakan jeritannya kepada penyelamat ini, kerana selain dari
orang putih, ia juga mempunyai perhitungan dengan agama ini. Ia adalah seorang tokoh politik
antarabangsa di dunia moden yang memainkan peranan yang paling besar dalam memerangi
Islam, membuat alat-alat untuk mengintip agama ini di setiap penjuru alam tanpa sebarang
kekecualian dan ia cuba hendak menggantikannya dengan konsep-konsep dan nilai-nilai lain cip-
taan manusia.

Walaupun begitu hanya agama inilah yang sanggup menyahut jeritan itu, kerana ia
mempunyai tanda-tanda dan ciri-ciri yang telah disebut-sebut dan yang mempunyai 'ubat' yang
diperlukan untuk mengubati penyakit manusia kini.

Islam adalah satu sistem hidup yang baru, yang berbeza daripada apa yang telah dikenal
oleh Eropah dan dunia pada waktu berlakunya perpecahan dan pertentangan yang amat buruk
(schizophrenia), sebelumnya dan sesudahnya. Ia adalah suatu sistem yang tulen yang mempunyai
dasar yang kukuh dan bebas, yang menyeluruh dan sempurna. Ia bukan hanya mengubah sistem
hidup dan situasi yang ada pada masa sekarang, kerana ia merupakan satu sistem yang

Pastikan Kemenangan Islam 73


Penyelamat

merangkumi konsep dan kepercayaan seperti keadaannya sebagai sistem yang merangkumi
amalan dan kenyataan. Oleh kerana itu hanya agama inilah yang memenuhi syarat untuk memikul
tugas mengembalikan kehidupan manusia kepada suatu dasar yang baru.

Masyarakat manusia telah tersesat jalan, bukan semenjak menumpukan perhatian kepada
pembangunan ilmu benda-benda mati (jamad) dan meninggalkan ilmu kemanusiaan yang tidak
membangun; bukan pula dari semenjak mereka membiarkan mesin memerintah kehidupan
mereka dan membentuk kehidupan mereka di atas dasar-dasar yang bertentangan dengan hakikat
manusia itu sendiri; dan bukan pula semenjak mereka meninggalkan sistem politik, sosial,
ekonomi dan lain-lainnya di bawah belas kasihan golongan penindas yang menghalakannya
kepada sesuatu yang bertentangan dengan kepentingan dan keperluan manusia yang sebenarnya,
seperti yang telah dikemukakan oleh Dr. Carrel.

Sekali-kali tidak! Semuanya itu adalah tahap-tahap yang terakhir dari sejarah
penyelewengan itu.

Masyarakat telah tersesat jalan, dari semenjak mereka membiarkan suasana kacau-bilau
yang selari dengan masa kebangkitan (Renaissance) dan masa pembangunan perindustrian yang
telah menyelewengkannya dari sistem Allah seluruhnya, bukan hanya konsep gereja sehingga
berlakunya schizophrenia dalam kehidupan masyarakat, sebagai suatu pemutusan hubungan di
antara kepercayaan kepada Allah dengan sistem hidup masyarakat.

Sistem tampalan yang bersifat setengah-setengah iaitu dengan cara memberikan perhatian
kepada ilmu hayat dan ilmu kemanusiaan seperti pendapat Dr. Carrel tidak akan berguna lagi.
Manusia menghalakan kehidupannya dan mengubahnya bukanlah untuk mengetahui sesuatu
tetapi untuk mempercayai sesuatu, bagaimanapun manusia tetap manusia juga.

Pada masa Dr. Carrel menyatakan: “Pentingnya menyingkirkan kebudayaan perindustrian


dan menimbulkan gagasan yang lain untuk kemajuan manusia”, saya menanti-nantinya untuk
melakukan satu tindakan yang benar-benar bererti dan keluar dari penjara besi 'saintifik'.
Malangnya ia tidak sanggup melakukan tindakan yang berat itu dan ia tetap tinggal di dalam
kurungan itu dengan menyuarakan bahaya yang dilihatnya, yang sedang mengancam manusia
yang malang yang sedang menuju kehancuran.

Pastikan Kemenangan Islam 74


Penyelamat

Keadaan manusia yang terancam itu memerlukan tindakan yang berani untuk
mengembalikannya kepada fitrah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ia tidak kembali
kepada fitrah itu dengan prinsip, teori dan kaedah yang dilahirkan oleh kebudayaan yang
mengandungi bahaya dan kebudayaan yang semenjak awal-awal lagi telah dibina di atas prinsip
yang bertentangan dengan dasar-dasar fitrah.

Jadi, mesti ada satu konsep baru yang mutlaq, nyata dan sempurna yang akan mengubah
sistem hidup manusia dan mengembalikannya kepada fitrah; satu konsep yang dapat menegakkan
satu sistem hidup di atas satu dasar lain yang sesuai dengan hakikat manusia yang saling
menyempurnakan dan sesuai dengan hakikat alam semesta, sesuai dengan keadaan yang sebenar
nya. la bukan dilihat dari kacamata berwarna yang dibuat di dalam kilang-kilang kebudayaan
yang bertentangan.

Ilmu pengetahuan kita yang sedikit dan terbatas tentang kewujudan manusia atau
kejahilan kita yang mutlaq tentang kewujudan manusia sebagaimana yang diterangkan oleh tokoh
besar antarabangsa itu, tidak mengizinkan kita sama sekali untuk mengendalikan soal meletakkan
'rencana' yang asasi dalam kehidupan manusia. Kalau hanya setakat ini pengetahuan kita atau
kejahilan kita tentang suatu alat benda yang kecil, tentulah pemiliknya tidak akan membiarkan
kita untuk memperbaikinya, jangankan untuk memasangnya. Tetapi kita dengan kebodohan kita,
telah berani mencipta satu sistem 'untuk manusia' sebagai makhluk yang paling mulia dan paling
berharga di dunia ini. Kita tidak pedulikan akibat yang akan menimpa manusia kerana sistem itu.

Kita merasa sombong, kerana melihat kemampuan otak manusia mencipta sesuatu di
alam benda, dan dapat menghasilkan benda-benda yang dapat menyerupai mu'jizat. Lalu kita
berpegang dengan pendapat bahawa otak yang dapat mencipta kapal terbang dan missile,
memecah atom dan membuat bom hidrogen, dapat mengenal undang-undang alam dan
mempergunakannya dalam penciptaan ini. Kita menganggap tentulah otak itu dapat diserahi tugas
membuat suatu sistem bagi kehidupan manusia, membuat dasar, konsep, kepercayaan, prinsip
akhlaq dan tingkah laku. Padahal kita lupa bahawa pada masa otak itu bekerja di alam benda,
sebenarnya ia bekerja di alam yang dapat diketahuinya kerana ia dilengkapi dengan alat-alat
untuk mengetahui undang-undangnya, tetapi apabila ia bekerja di alam manusia, maka
sesungguhnya alam ini terlalu luas jika dibandingkan dengan otak itu sendiri. Pada dasarnya otak
itu tidak dilengkapi dengan alat-alat untuk mengetahui hakikat yang luas dan runu't itu.

Pastikan Kemenangan Islam 75


Penyelamat

Orang yang menyedari hakikat alam yang luas dan rumit ini ialah seorang tokoh antara
bangsa, dia pula yang meminta kepada 'Ilmu Kemanusiaan' untuk menjelaskan hakikatnya. Ini
merupakan sesuatu yang amat menghairankan kita.

Di sebalik kekeliruan yang besar ini, terdapat kekeliruan yang lebih besar lagi. Ada orang
yang meganggap bahawa mempraktikkan sistem keimanan dalam kehidupan dengan sendirinya
akan memisahkan kehidupan dengan kebendaan, ilmu kebendaan dan kemajuan kebendaan.

Ini merupakan satu kekeliruan yang jelas walaupun besar bahkan satu kekeliruan yang
lucu. Tetapi sayang sekali sumbernya di Barat, dalam sejarah kebudayaannya, seperti yang
berlaku dalam sejarah yang berlaku begitu lama, kerana itu Mr. Dulles terpaksa menghuraikan
dengan panjang lebar di dalam bukunya War and Peace dengan judul Our Spiritual Needs. Di
dalam bahagian yang telah lalu kita telah kutip jeritan dan cabaran yang disuarakannya.

Tetapi dalam sistem Ilahi yang benar, persoalannya bukan seperti itu. Agama bukan
gantian kepada ilmu sains dan kebudayaan, bukan pula musuh sains dan kebudayaan. Agama
adalah dasar bagi sains dan kebudayaan, sumber bagi pertumbuhan sains dan kebudayaan dan
sistem bagi sains dan kebudayaan dalam batas-batas dasar dan sumbernya yang menentukan
setiap urusan kehidupan.

Islam itu sendiri adalah proklamasi yang lengkap bagi kemerdekaan otak manusia dalam
menghadapi alam kebendaan, undang-undang, kekuatan dan poten-sinya. Islam adalah
pemberitahuan umum tentang kebebasan otak untuk bekerja dan mencipta dalam daerah yang
luas, sebagai khalifah yang telah dilantik oleh Allah. Ini adalah salah satu kenyataan yang
terkandung di dalam konsep Islam yang menjelaskan hakikat hubungan makhluk dengan
penciptanya; menjelaskan kedudukan manusia di alam semesta dan batas-batas kekuasaannya.

Oleh kerana itu di bawah naungan Islam telah berkembang satu kebudayaan yang
sempurna dengan segala asas penciptaan yang lengkap yang sesuai pada zamannya, dan dengan
alat dan cara yang dapat diterima bagi setiap perubahan dan pembangunan. Islam mendorong dan
membimbing ke arah pertumbuhan ini, tetapi selalu membatasinya di dalam lingkaran fitrah, yang
tidak bertentangan dengan hakikat dan ciri-ciri utama manusia yang amat berharga dan tidak
menghancurkan atau membantutkannya seperti yang dikemukakan oleh Dr. Carrel tentang
kebudayaan masa kini.

Pastikan Kemenangan Islam 76


Penyelamat

Sesuai dengan hakikat dan sistem yang ada pada Islam, Islam telah mencipta teori
eksperimen saintifik yang telah dipindahkan ke universiti-universiti di Andalus (Sepanyol),
Eropah. Roger Becon dan Francis Becon secara palsu telah dinamakan sebagai 'dua orang bapa
metod eksperimental’ yang telah meletakkan dasar-dasar metodnya. Hakikat penamaan yang
palsu ini telah diakui oleh Privolt Duhring, yang merupakan salah seorang penulis Barat yang
terkenal. 17

Islam menyerahkan penyusunan rangka dasar kehidupan manusia kepada ilmu yang
sempurna dan menyeluruh yang tidak mengandungi unsur-unsur kejahilan, kekurangan, hawa
nafsu dan lain-lain. Islam menyerahkan kepada Allah yang Maha Berkuasa kerana Dia yang
mencipta alam semesta dan segala yang terdapat di dalamnya. Dia mencipta undang-undangnya
dan kekuatannya. Dia mencipta manusia dan memperlengkapkannya dengan berbagai persediaan
yang banyak. Dia sahajalah yang mengetahui hakikat dan kejadian manusia dan hakikat alam
semesta. Dia sahajalah yang dapat meletakkan satu sistem hidup bagi manusia yang mencakupi
kehidupan peribadi dan masyarakat dan kehidupannya di alam semesta. Dilakukannya dengan
ilmu yang mutlaq, yang amat berbeza dengan ilmu kita yang serba jahil. Tetapi pada waktu yang
sama Ia tidak menolak keperluan otak manusia seperti yang pernah dilakukan oleh gereja sebagai
alat yang terpenting itu, yang telah diberikan oleh Allah kepada manusia supaya digunakan dalam
setiap usaha, kerja dan mencipta sesuatu bukan dibekukan atau dinafikan. Hanya otak itu dibatasi
oleh jaringan pengaman agar ia tidak terjerumus ke dalam jerat hawa nafsu dan keruntuhan,
kehilangan tujuan, mundur dan merosot. Allah memberinya sistem yang membolehkannya
mengikuti jalan yang lurus, supaya ia tidak mengikut jalan yang bengkok; memberi hidayah
kepadanya supaya ia tidak tersesat; di samping menjamin kebebasan dan kemampuannya.

Dengan keadaan yang sedemikian manusia tetap menjadi 'tuan benda', dengan jaminan
yang diberikan oleh satu sistem yang telah dicipta oleh Yang telah mencipta manusia dan benda
dan dengan konsep yang menjadikannya merasa mulia, sebagai sesuatu yang telah diberikan oleh
Allah, sebagaimana ia juga merasa menjadi hamba Allah. Dalam waktu yang sama ia menyedari
bahawa dialah khalifah Allah yang memerintah kerajaan yang amat luas.

Semuanya itu membuktikan bahawa Islam merupakan satu-satunya sistem yang


dikehendaki oleh Mr. Dulles, tetapi malangnya ia tidak menghalakan teriakannya ke arah Islam.

17
Lihat penulis, Haia'd-DiR, hti. 70-74.

Pastikan Kemenangan Islam 77


Penyelamat

Islam sahaja yang dapat menyelamatkan manusia daripada menjadi mangsa kebiadaban
kebudayaan industri seperti yang diakui oleh Mr. Carrel dan daripada jaringan perangkap
Komunisme seperti yang dikatakan oleh Mr. Dulles. Kita, orang-orang yang mempunyai sistem
Islam sahaja yang dapat melakukan perubahan yang besar.

Kebudayaan industri yang mengelilingi manusia sekarang, telah menghancurkan hal yang
amat berharga dalam diri manusia dan memerangi nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi, sebaik-
baik sahaja ia memberikan segala kemudahan itu kepada manusia, walaupun mungkin
kemudahan itu merosakkan kewujudan kebendaannya sendiri. lnilah yang dinyatakan oleh tokoh
antarabangsa yang terkenal itu di dalam bukunya yang amat bernilai.

Berdasarkan konsep Islam tentang hakikat alam semesta dan peranan manusia di
dalamnya, dan berdasarkan hakikat sistemnya yang realistik dan eksperimental, Islam tidak
bermaksud untuk menghancurkan kilang-kilang atau menghapuskan kemudahan yang telah
diberikan oleh industri kepada manusia.

Tetapi, pada dasarnya Islam bertujuan untuk merubah pandangan manusia terhadap
kebudayaan dan nilai-nilainya. Islam akan memberikan nilai yang sebenarnya, tanpa berlebih-
lebihan dan tanpa mengurangi, sehingga jiwa manusia yang beriman, yang akan menguasainya
jadi bukan dia yang dikuasai dan menguasai konsep dan perasaan, keadaan dan sistemnya.

Islam akan meletakkan harga diri yang tertinggi dan nilainya yang paling mulia di dalam
diri manusia. Akan diselamatkannya jiwa manusia daripada kehinaan yang telah dipaksakan oleh
Darwin, Karl Marx dan orang-orang yang sama dengan mereka. Ketika itu akan dirasakannya
bahawa dialah tuan yang layak menguasai alat dan kebudayaan.

Kalau jiwa manusia yang beriman telah menjadi yang berkuasa, maka pada waktu itu
manusia dapat menikmati kebebasannya dalam rangka 'aqidahnya yang dapat melakukan
sebarang pemilihan. Kesanggupan untuk memilih adalah suatu yang penting yang tidak dimiliki
oleh jiwa manusia sekarang. la telah menjadi hamba paksa yang dikalahkan, dihina oleh mesin
dan oleh konsep yang timbul dalam peredarannya yang telah bersifat mesin pula.

Kuasa memilih memberi peluang kepada manusia yang beriman untuk menyelamatkan
kebudayaannya daripada dirasuki oleh unsur-unsur perosak dengan menumbuhkan unsur-unsur

Pastikan Kemenangan Islam 78


Penyelamat

yang baik yang sesuai dengan keperluan manusia yang sebenamya. Juga jiwa manusia yang
beriman akan memberikan kesempatan kepadanya untuk membebaskan diri daripada cengkaman
keadaan yang bertentangan dengan kemuliaannya; untuk membebaskannya daripada sistem kerja
yang menafikan nilai-nilai kemanusiaannya. Cara pengeluaran dan sistem kerja bukanlah hukum
yang luhur, tetapi hanya cara untuk melakukan eksploitasi ke atas nilai-nilai kemanusiaan dengan
tujuan untuk meningkatkan kemampuan pengeluaran yang bersifat kebendaan. Kalau sudah
terbukti bahawa manusia lebih mulia daripada benda, maka akan berubahlah cara-cara
pengeluaran dan sistem kerja sehingga menjadi seimbang banyaknya pengeluaran dengan nilai-
nilai kemanusiaan yang mulia.

Dalam keadaan timbulnya konsep dan nilai-nilai yang baru, yang terbit dari sistem hidup
Islam dan penguasaan jiwa manusia yang beriman ke atas kebudayaan industri, alat-alatnya dan
cara-caranya, Ilmu Kemanusiaan yang mempunyai nilai-nilai yang benar dalam dasar rencana
yang menyeluruh akan bertambah dengan banyaknya. Pada waktu itu harapan Mr. Dulles untuk
mengadakan satu sistem seperti yang disebut-sebutnya mungkin akan berjawab menjadi suatu
kenyataan, tetapi malangnya ia tidak memperolehinya. Gereja dan pemimpin rohaninya yang ia
sendiri merupakan salah seorang daripadanya tidak sanggup untuk memenuhi harapan itu.

Untung sekali bahawa kejadian manusia itu sendiri, yang telah dicipta oleh Allah, sejalan
dengan kejadian alam semesta. Fitrah alam semesta sebagaimana juga fitrah manusia,
mengandungi unsur-unsur gerakan, penciptaan, pertumbuhan dan kemajuan. Dari sini fitrah itu
sendiri akan mendapati bahawa sebahagian besar daripada kebudayaan itu sesuai dan sejalan
dengan keperluan hakiki manusia yang semakin bertambah. Fitrah hanya bertentangan dengan
sesuatu yang merosak kewujudan manusia. Inilah yang mesti dibuang dan disingkirkan. Inilah
yang telah dijamin oleh sistem Allah untuk kehidupan manusia.

Agama inilah yang menjadi penyelamat yang dicari oleh Barat tetapi mereka enggan
menerimanya.

Pastikan Kemenangan Islam 79


Masa Depan Di Tangan Islam

BAB 7: MASA DEPAN DI TANGAN ISLAM

APABILA terbukti bahawa hanya Islam yang sanggup menyelamatkan manusia daripada
bahaya yang disebabkan oleh pengaruh kebudayaan materialisme yang amat meluas, maka
Islam sahaja yang dapat memberi manusia suatu sistem yang sesuai dengan kejadian dan
keperluan hakikinya; Islam sahaja yang dapat menyelaraskan langkah-langkah penciptaan
kebendaannya dengan langkah-langkah kemuliaan rohaninya; Islam sahaja yang sanggup
mewujudkan satu sistem yang realistik dalam kehidupan manusia, sehingga dapat diwujudkan
suatu keseragaman yang belum pernah diketahui oleh manusia sebelumnya pada sepanjang
sejarah, selain daripada di bawah naungan Islam itu sendiri.

Apabila semuanya itu telah terbukti, maka jelaslah, betapa besarnya jenayah yang
dilakukan terhadap seluruh manusia oleh mereka yang melakukan kekejaman terhadap tokoh-
tokoh yang memperjuangkan kebangkitan Islam di mana-mana terutamanya Mr. Dulles yang
berteriak, mencari-cari sistem yang seperti ini; mereka yang menggerakkan seluruh
kekuatannya untuk menghancurkan setiap pertanda yang membuktikan kemunculan sistem
Islam, dan mengkaburinya supaya tidak diketahui oleh manusia, yang sedang mengharapkan
kelahiran penyelamat; mereka yang memburuk-burukkan Islam dengan berbagai tipu-daya,
pura-pura dan pembohongan.

Ini adalah satu perbuatan jenayah yang kejam, yang dilakukan terhadap seluruh umat
manusia. Manusia yang malang dan sedang ditimpa bencana, yang disebabkan oleh
kebudayaan yang bertentangan dengan fitrah dan keperluan hakiki manusia, seperti yang
dinyatakan oleh tokoh antarabangsa yang terkenal itu. Mereka diancam oleh kejayaan falsafah
materialisme menguasai kemanusiaan, seperti yang dinyatakan oleh Mr. Dulles. Manusia
yang diseret ke jurang kehancuran, diikat dengan rantai kebudayaan materialisme yang
mempesona. Setiap hari manusia semakin hampir dengan jurang yang menakutkannya. Yang
dapat menolongnya hanyalah agama ini, agama yang sedang diperangi oleh musuh manusia,
di setiap tempat di dunia ini dengan segala macam rencana, konsep dan cara.

Tetapi tindakan memerangi Islam dengan berbagai cara yang melampau itu tidak
akan dapat melunturkan keyakinan kami yang mutlaq bahawa masa depan adalah di tangan
Islam.

Pastikan Kemenangan Islam 80


Masa Depan Di Tangan Islam

Islam telah membuktikan kesanggupannya mempertahankan diri dari sebarang


tindakan ganas yang lebih kejam dan lebih keras pada sepanjang hayatnya, seperti tindakan
kejam yang dilakukan ke atas tokoh-tokoh yang memperjuangkan kebangkitan Islam di setiap
tempat. Islam telah berjuang dengan hanya menggunakan kekuatan dirinya sendiri dan telah
mencapai kejayaan dan kini terus kekal. Islam terus kekal dalam keperibadian masyarakat dan
negara yang pernah dilindunginya, sedangkan Islam pada waktu itu tidak bersenjata sama
sekali.

Islam telah menyelamatkan tanah airnya di Timur dari serangan bangsa Tartar dan
dari serangan-serangan Kaum Salib. Kalaulah Kaum Salib di Timur berjaya seperti
kejayaannya yang dicapai di Sepanyol pada masa dulu atau seperti Kaum Yahudi yang telah
berjaya di Palestin pada masa kini, tentulah tidak ada lagi nasionalisme Arab, tidak ada lagi
bangsa dan negara Arab. Sepanyol pada masa dulu dan Palestin pada masa sekarang kedua-
duanya menjadi saksi bahawa kalaulah Islam telah diusir dari satu negeri tentunya bahasa dan
nasionalisme di sana akan hilang, setelah tunjangnya dibongkar sama sekali.

Kaum Mamluk yang telah menyelamatkan daerah itu dari serangan Tartar bukanlah
bangsa Arab tetapi salah satu suku bangsa Tartar. Namun mereka sanggup bertahan di depan
serangan anak bangsanya sendiri, demi untuk mempertahankan Islam, kerana mereka adalah
Kaum Muslimin. Mereka bertahan dengan mengambil inspirasi dari 'aqidah Islam dan dengan
kepimpinan jiwa Islam yang dipelopori oleh Ibnu Taimiyah, sebagai pemimpin pembinaan
jiwa dan pejuang di baris hadapan.

Salahuddin telah menyelamatkan daerah itu dari kehancuran Arabisme, bangsa Arab
dan bahasa Arab, padahal dia adalah kearaban daerah itu dan bahasanya, pada waktu dia
menyelamatkan keislaman daerah itu dari serangan Kaum Salib. Islam yang ada di dalam hati
nuraninya yang telah memerangi Kaum Salib, seperti Islam yang ada di dalam hati Al-Zahir
Bibrars dan Al-Muzaffar Quts dan Al-Malik Al-Nasir dalam memerangi Kaum Tartar yang
biadab.

Islam telah berjuang di Algeria selama seratus lima puluh tahun. Islam telah
menyebabkan Arabisme terus semerbak di sana. Bahkan pada waktu nilai-nilai mana yang
terlambang dalam bahasa dan kebudayaan telah hancur; pada waktu Peranchis menganggap
bahasa Arab sebagai bahasa asing dan melarang orang menyebarkannya melalui pengajaran;
pada waktu itu hanya Islam yang masih teguh dalam hati setiap penduduknya; lalu mereka
bangkit memerangi bangsa penakluk yang akhirnya mereka beroleh kemenangan. Islam tidak
pernah menundukkan kepalanya kepada mereka, kerana mereka itu Kaum Salib yang menjadi

Pastikan Kemenangan Islam 81


Masa Depan Di Tangan Islam

musuhnya. Dengan ini sahaja, jiwa anti musuh terus membara di Algeria, kemudian
dimarakkan sekali lagi oleh Abdul Hamid bin Badis lalu apinya menjulang sekali lagi. Inilah
hakikat yang hendak dihapuskan oleh golongan pelampau dan penyesat, sebagai hakikat yang
telah diketahui oleh orang Peranchis dan Kaum Salib, kerana mereka adalah Kaum Salib.

Mereka percaya bahawa Islam, dengan semangat yang tinggi dalam menentang
musuh, akan menghalang perjalanan mereka di Algeria. Oleh itu mereka mengisytiharkan
peperangan terhadap Kaum Muslimin, bukan terhadap bangsa Arab dan bukan pula terhadap
orang-orang Algeria.

Dalam revolusi besar Mahdi, Islam telah mempelopori rakyat Sudan untuk bangkit
menentang pendudukan Inggeris di Lembah Nil bahagian Utara, iaitu Mesir dan di bahagian
Selatan, iaitu Sudan. Kalau kita lihat kembali pernyataan-pernyataan Mahdi yang agung itu
dan surat-surat Uthman Daqnah kepada Kitchner, Cromer dan Taufiq kita dapat melihat
ketokohan dan keagungan peribadi seorang pejuang Islam yang tulen.

Islam lelah bertempur di Cyrenaica dan Tripoli dalam menghadapi serangan Itali. Di
pusat-pusat gerakan Sanusi dan markas mereka, timbullah bibit penentangan itu. Dari sanalah
bersumbernya perjuangan Umar Al-Mukhtar yang gigih dan penuh semangat kepahlawanan.

Pemberontakan yang pertama di Moroko adalah terpancar dari jiwa Islam. Zahir Al-
Barbari Barber Law) iaitu undang-undang yang dikeluarkan oleh Peranchis pada tahun 1931
untuk mengembalikan suku-suku Barbar kepada faham animisme di sana dan memisahkan
mereka dari syari'at Islam adalah merupakan cetusan api yang membakar semangat
perjuangan Moroko dalam menentang orang-orang Peranchis.

Islam berjuang tanpa senjata, kerana faktor kekuatannya tersembunyi di sebalik


hakikatnya yang unggul, dalam kesederhanaan, kejelasan dan kelengkapannya, dalam
keserasiannya dengan fitrah manusia dan dalam kesanggupannya memenuhi keperluannya
yang hakiki. Kekuatan itu tersembunyi di sebalik penentangannya terhadap penghambaan diri
terhadap manusia dan memilih penghambaan diri terhadap Allah, Tuhan sekalian hamba.

Kekuatan itu terletak di sebalik dasar tidak menerima pemberian selain daripada
Allah dan menolak sebarang tindakan untuk tunduk kepada sesiapa pun selain kepada-Nya.
Kekuatan itu tersembunyi di sebalik tindakannya melindungi penganut-penganutnya dari
ditimpa oleh sebarang pancaroba dan melindunginya dari sebarang kuasa yang tidak berperi
kemanusiaan. Oleh itu ketewasan rohani tidak akan terjadi, selama Islam masih hidup dengan

Pastikan Kemenangan Islam 82


Masa Depan Di Tangan Islam

subur di dalam hati nurani manusia, walaupun pada beberapa ketika mereka mengalami
kekalahan zahir.

Oleh kerana musuh-musuh Islam menyedari ciri-ciri Islam yang istimewa itu maka
mereka bangun menentangnya dengan beberapa taktik dan teknik kotor seperti penindasan,
tipu helah dan penaklukan.

Oleh kerana itu juga mereka ingin menukarnya dengan nilai-nilai konsep-konsep
yang lain, yang tidak ada hubungannya sama sekali dengan perjuangan yang sengit. Dengan
demikian Zioniisme sedunia, Kaum Salib sedunia dan imperialisme antara bangsa diharapkan
akan merasa lega.

Sesungguhnya ciri-ciri khas islam yang kukuh inilah yang menyebabkan musuh-
musuhnya begitu bernafsu untuk menelan tanah air Islam. Inilah sebenarnya hakikat
perjuangan dan inilah motif mereka yang utama.

Tetapi, meskipun kedapatan keadaan yang sedemikian, namun masa depan tetap di
tangan Islam.

Berdasarkan hakikat sistem hidup Islam dan berdasarkan keperluan manusia kepada
sistem itu, kami bina sebuah keyakinan yang tidak pernah goncang iaitu bahawa masa depan
adalah di tangan agama ini, bahawa ia mempunyai peranan yang perlu dilaksana-kan di bumi
ini sama ada ia disukai oleh musuh-musuhnya atau tidak; bahawa peranan ini tidak dapat
dilakukan oleh kepercayaan atau sistem yang lain; bahawa seluruh manusia tidak boleh
mengabaikannya begitu lama seperti yang kami tegaskan di bahagian permulaan buku ini.

Kami tidak berhajat untuk melanjutkan perbincangan mengenai hakikat ini. Di sini
cukuplah kalau kami mengemukakan satu gambaran kenyataan sejarah Islam yang barangkali
paling sesuai untuk tujuan tersebut.

Pada waktu Suraqah bin Malik memburu Rasulullah s.a.w yang ditemani oleh Abu
Bakar r.a. dalam perjalanan berhijrah ke Madinah yang tidak diketahui oleh orang Quraisy,
setiap kali Suraqah mendekati orang yang diburunya, kudanya tersungkur. la mencuba lagi,
kerana ingin akan hadiah yang amat menarik hari yang ditawarkan oleh orang Quraisy kepada
sesiapa sahaja yang dapat menangkap Rasulullah dan sahabatnya atau memberi kabar
beritanya. Pada waktu Suraqah sudah putus asa dan bcrhasrat untuk kembali, dan ia telah
berjanji hendak merahsiakan perihal kedua-duanya, Rasulullah s.a.w bersabda: (maksud-nya)

Pastikan Kemenangan Islam 83


Masa Depan Di Tangan Islam

“Hai Suraqah! Inginkah engkau memperolehi kalung Raja Parsi?” Nabi berjanji akan
memberinya kalung Syahinsyah Parsi (Raja segala Raja).

Hanya Allah yang mengetahui apa yang terkandung di dalam fikiran Suraqah
mengenai tawaran yang aneh yang dibuat oleh Rasulullah yang hanya ditemani oleh
sahabatnya Abu Bakar yang tidak dapat memberikan apa-apa kepadanya, kerana dia juga
sebagai orang yang berhijrah secara sulit.

Tetapi Rasulullah tahu kebenaran yang dibawanya, sebagaimana ia mengetahui


kebatilan orang-orang Jahiliah pada masa itu. la pasti kebenaran akan dapat mengatasi
kebatilan. Tidak mungkin ada kebenaran dengan bentuknya yang tertentu dan kebatilan
dengan bentuknya yang lain pula, lalu tidak terjadi apa-apa.

Pohon yang tua itu (Jahiliah) telah rosak seluruh akar-umbinya dan tidak dapat
menerima air dan baja. Semua bahagian pokok itu telah rosak, sebagai tanda ia mesti akan
mati. Benih yang baik yang di tangannya (Rasulullah) adalah benih yang wajar untuk ditanam
dan untuk tumbuh. Keyakinannya terhadap hal ini tidak dapat digoncang lagi.

Sekarang kita berada di dalam suasana yang seperti ini, dengan segala suasana yang
mengelilinginya dan dengan segala tanda-tandanya, dengan kejahilannya yang ada di
sekeliling kita. Oleh itu kita tidak boleh pesimis dalam menghadapi keadaan yang pasti akan
terjadi; keadaan yang telah diberi tanda-tandanya oleh segala-galanya yang ada di sekeliling
kita, meskipun banyak kenyataan yang cuba mempesonakan kita.

Keperluan manusia terhadap sistem ini tidak kurang utamanya jika dibandingkan
dengan keperluan mereka pada masa lalu. Pentingnya sistem ini pada masa kini sama dengan
pentingnya pada masa lalu, jika dibandingkan dengan seluruh sistem yang dimiliki oleh
manusia.
Oleh itu kita perlu yakin bahawa apa yang pernah terjadi dalam satu suasana, pasti
akan terjadi dalam suasana yang serupa. Kita tidak perlu bimbang lantaran adanya
perkembangan di sekeliling kita, yang berupa tindakan kejam yang dilakukan ke atas tokoh-
tokoh pejuang kebangkitan Islam di setiap tempat dan lantaran menyedari akan luasnya
daerah yang dikuasai oleh kebudayaan materialisme. Sesungguhnya yang menentukan
kejayaan dalam persoalan ini bukanlah kehebatan yang batil dan bukanlah kekuatan tekanan
yang ditujukan kepada Islam. Yang menentukan dalam persoalan ini adalah kekuatan
kebenaran, dan kesanggupannya untuk bertahan dalam menghadapi berbagai tindakan,
tekanan dan tentangan.

Pastikan Kemenangan Islam 84


Masa Depan Di Tangan Islam

Kita tidaklah bersendirian, kerana kita mempunyai kekuatan fitrah; fitrah alam
semesta dan fitrah manusia. la merupakan simpanan tenaga yang banyak dan besar, lebih
besar daripada setiap kebudayaan yang lahir untuk menentang fitrah. Kalau fitrah telah
berlawanan dengan kebudayaan, maka fitrahlah yang akan menang, sama ada perlawanan itu
lama atau sekejap.

Ada suatu hal yang harus kita perhitungkan. Kita menghadapi perjuangan yang pahit,
sukar dan lama, demi untuk membebaskan fitrah dari runtuhan berbagai kepalsuan yang
menimbusi fitrah itu dan untuk meletakkan fitrah di atas segala-galanya.

Untuk satu perjuangan yang pahit kami perlu membuat persediaan dalam tempoh
yang lama.

Kita perlu meningkatkan diri kita ke peringkat yang setara dengan kemahuan Islam.
Kita perlu meningkatkan ibadah kita semata-mata kerana Allah. Sesungguhnya kita masih
belum mengenal Allah dengan sebenar-benarnya selagi kita tidak menyembahnya dengan
sebenar-benarnya.

Kita perlu meningkatkan kesedaran kita terhadap keadaan sekitar dan meningkatkan
kefahaman kita terhadap berbagai teknik dan taktik masa kini.

Kita perlu meningkatkan pengetahuan kita tentang peradaban dan kebudayaan masa
kini dan mempraktikkan peradaban dan kebudayaan itu dengan tujuan untuk menguji dan
memilih. Kita tidak akan dapat menentukan sesuatu yang patut kita ambil dan sesuatu yang
patut kita tinggalkan, melainkan setelah kita dapat menguasainya dengan pengetahuan dan
pengalaman. Dari pengetahuan dan pengalaman kita akan mempunyai kuasa untuk membuat
pilihan.
Kita perlu meningkatkan pengetahuan kita tentang hakikat kehidupan manusia dan
keperluannya yang hakiki yang sentiasa berubah-ubah. Kita tolak apa yang patut ditolak dari
kebudayaan itu dan kita ambil apa yang patut kita ambil, berdasarkan pengalaman; kita akan
hidup dengan kebudayaan itu, setaraf dengan pengalaman kita.

Ini adalah perjuangan yang pahit, perjuangan yang panjang tetapi merupakan
perjuangan yang jelas perjuangan yang tulen.

Pastikan Kemenangan Islam 85


Masa Depan Di Tangan Islam

Dan Allah bersama-sama kita, Allah berkuasa untuk melaksanakan urusan-Nya, tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

Sadaqallahul-'Azim.

Pastikan Kemenangan Islam 86