Anda di halaman 1dari 53

PANEL MODUL AKIDAH

INSTITUT LATIHAN PILIHANRAYA PAS(ILPAS)

AQIDAH PERJUANGAN
&
BAHAYA PENGARUH IDEOLOGI BARAT
PENGERTIAN ISLAM DAN
KEDUDUKAN AKIDAH
Perkataan “Islam” diambil dari perkataan Arab “Aslama, Yuslimu,
Islamman, bererti : selamat sejahtera, menyerah diri kepada Allah.

Manakala dari segi istilah;

a) Penyerahan diri kepada Allah dengan sepenuh ikhlas dan setulus hati
tanpa syarat.
b) Islam adalah ad- Din. Ia adalah satu sistem hidup yang menyeluruh,
lengkap dan sempurna untuk seluruh manusia.
• . Allah Taala berfirman;

• ‫إَّلل إإْل إس ََلم‬


‫إ َّن إ ِّ دل َين دعندَ َّ د‬
ِ ِ
Maksudnya; “Sesungguhnya agama yang diredhai(sebagai satu cara
hidup) di sisi Allah adalah agama Islam. (Surah Ali Imran; 19)

• Ayat lain Allah Ta’ala berfirman lagi;

• ‫اِس َين‬
‫َو َمن ي َ إبتَغ د غَ إ َْي إإْل إس ََل دم ددينًا فَلَن ي إق َب َل دم إنه َوه َو دِف إإلآ دخ َر دة دم َن إلإ َخ د د‬
ِ
Maksudnya; “Sesiapa yang mencari agama (satu cara hidup) selain
daripada agama Islam sebagai satu cara hidupnya, maka sekali-kali
tidak akan diterima daripadanya dan dia di akhirat (nanti) tergolong
dari golong orang yang rugi”. (Surah Ali Imran;85)
Komponen ISLAM
SYARIAT :. Iaitu satu sistem yang mengatur hidup
AQIDAH: yang melibatkan manusia. Ia adalah petaruran atau sistem
bidang kepercayaan hati, kehidupan yang melibat hukum hakam yang
. menjelaskan hubugan manusia dengan Allah,
yang juga dipenggil IMAN hubungan manusia sesama manusia dan
hubungan dengan alam semesta.

AQIDAH SYARIAT

AKHLAK
Akhlak. Ia adalah perkara yang
berkaitan dengan budi pekerti, tingkah
laku dan akhlak yang melibatkan tutur
kata atau percakapan, perbuatan dan
hal-hal hati atau sifat-sifat dalaman
manusia.
PENGERTIAN AKIDAH

• Dari segi bahasa

• Diambil dari perkataa; “ ‘Aqada, Ya’qidu, ‘Aqidatan, bermaksud;


“satu simpulan atau satu ikatan yang kuat, teguh,

• Manakala akidah dari segi istilah;

• Ialah kepercayaan atau keimanan yang kuat dan teguh - seperti


simpulan tali - kepada semua rukun Iman, rukun Islam, juga kepada
semua ajaran Islam yang meliputi semua ajaran al-Quran dan sunnah
Rasulullah S.A.W.
TUNTUTAN AKIDAH.
1. Tasdiq dan membenar apa yang datang dari Allah dan
Rasul-Nya.

2. Ta`at kepada Allah dan Rasul-Nya dengan melaksanakan


segala perintah dan meningalkan segala yang dilarang.

3. Menyeru seluruh insan kepada agama Allah dan Melakukan


amar ma`ruf dan Nahi Munkar.

4. Menegakkan Syariat Allah di muka bumi(Menubuh Negara


Islam)
AKIDAH PERJUANGAN PAS
DAN PERANAN AHLI DALAM PERJUANGANNYA

PAS adalah sebuah parti politik Islam yang berjuang untuk menegak dan melaksanakan
syariat Islam yang bersumberkan ajaran:

1. Al-Quran,

2. Sunnah Rasululllah S.A.W,

3. Ijmak ‘Ulamak

4. Qiyas.

Perjuangan ini adalah rentetan perjuangan yang dilalui oleh para nabi dan rasul sejak
dari dulu sehingga kepada Rasul terakhir Muhammad S.A.W. Ia disusuli secara terus
menerus oleh para sahabat, tabi’in dan para ulamak selepasnya dari generasi ke
generasi sehingga ke hari ini dan seterusnya akan berpanjangan sehingga hari kiamat.
PERLEMBAGAAN
PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)
MUQADDIMAH

BAHAWA dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan,


demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah
dan kebaktian kepada sesama manusia, yang
dijadikan bagi menegakkan ALAMRU BIL MA‟RUF
WAN NAHYU „ANIL MUNKAR dalam kehidupan
bermasyarakat dan bernegara, maka inilah
diisytiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan
“PARTI ISLAM SE-MALAYSIA”
BAB YANG KEDUA
DASAR DAN SERUAN

FASAL 3. Dasar
Dasar PAS ialah ISLAM

FASAL 4. Seruan
Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR
BAB YANG KETIGA
TUJUAN, USAHA, HUKUM DAN KEKUASAAN

FASAL 5. Tujuan PAS ialah:

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini


sebuah masyarakat dan pemerintahan yang
terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam
dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

(2) Mempertahan kesucian Islam serta


kemerdekaan dan kedaulatan negara.
KESIMPULAN

1. Akidah adalah penting bagi pejuang Islam. Ia adalah dinamik dan


mesti dibuktikan dengan amal.

2. Di antara tuntutan akidah ialah bernegara secara Islam bagi


melahirkan “Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur”.juga bagi
mendapat reda Allah, kearah melaksakan hukum Islam.

3. Pelaksanaan tuntutan itu mestilah dilihat sebagai pelaksanaan sunnah


Rasul, sunnah para sahabat dan para ulama sepanjang zaman.
GERAK KERJA PILIHAN RAYA
ADALAH JIHAD DAN PENGORBANAN

• Kita umat Islam di mana-mana sahaja berada, dituntut oleh Allah dan Rusul-Nya
supaya melaksanakan semua ajaran Islam. Untuk itu kita perlu ada kuasa dan ada
negara bagi membolehkan melaksana semua ajaran Islam tersebut.

• Di Malaysia Parti Islam Se-malaysia PAS mempelopori tugas yang mulia ini.
Perjuangan PAS, ialah perjuangan bagi menegakkan ajaran Islam yang syumul,
lengkap dan sempurna, berlandaskan al-Quran, Sunnah, Ijmak Ulamak dan Qiyas
yang terang lagi nyata. Kita pendokong jamaah Islam melalui PAS mengikut
perjuangan Nabi, para sahabat dan para ulamak dahulu dan sekarang.
• Ajaran Islam yang diambil daripada Allah dan Rasulullah S.A.W.
yang syumul, meliputi semua bidang kehidupan manusia termasuk
bidang Politik perlu ditegapkan dan dilaksanakan.

• Di Malaysia untuk melaksanakan ajaran Islam terebut, tidak boleh


dilakukan tanpa ada kuasa politik. Dengan itu perjuangan bagi
mendapat kuasa untuk membolehkan melaksana ajaran Islam
tersebut adalah wajib. Menubuh negara Islam untuk laksanakan
keseluruhan ajaran Islam itu adalah wajib.
firman Allah ;

‫ون دِب َّ دَّلل َوإلإ َي إو دم إإلآ دخ در‬


َ ‫نُت ت إؤ دمن‬ ‫َش ٍء فَردُّوه إ ََل َّ د‬
‫إَّلل َو َّإلرس د‬
‫ول ِإن ك إ‬ ‫إ‬ َ ‫فَان تَنَ َاز إع إُت دِف‬
ِ ِ
• Maksudnya ; “Jika kamu berbantah-bantah(berselisihan) dalam sesatu
perkara, hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-
Quran) dan kepada (sunnah) Rasulullah jika kamu benar-benar
beriman kepada Allah dan hari akhirat” . (Surah An-Nisa’; 59).
Sirah Rasulullah

• Sewaktu di Madinah Rasulullah telah menubuh negara Islam dan


melaksana keseluruhan ajaran Islam, bahkan baginda sendiri telah
mejalankan hukuman hudud kepada penjenayah termasuk melakukan
hukuman rejam ke atas penzina.

• Di zaman Khulafa’ al-Rasyidin dan kerajaan selepasnya juga telah


menubuh negara Islam dan melaksanakan segala ajaran Islam
samaada dalam bidang ibadat, muamalat, munakahat, jinayah (hudud),
hubungan diplomasi antarabangsa dan seterusnya.
Kaedah fekah ada menyebut;

‫ما ْل يُت إلوإجب إْل به فهو وإجب‬


• Ertinya ; ”Apa yang tidak sempurna sesuatu yang wajib kecuali dengannya (dengan
benda yang lain), maka benda lain itu adalah wajib”

Ini bermaksud bahawa semua ajaran Islam termasuk hukum-hakamnya


tidak dapat dilaksana melainkan mesti ada kuasa. Maka mendapatkan
kuasa bagi melaksanakan Islam adalah wajib sama seperti wajibnya
menubuhkan negara seperti yang diperjuangkan oleh PAS.
KESIMPULAN:
1. Gerak kerja perjuangan dan jihad PAS adalah melalui jalan yang dibenarkan oleh
kerajaan dan undang-undang Malaysia, iaitu dengan memasuki pilihanraya. Atau
dengan kata-kata lain melalui muwajahah silmiyyah. Cara ini adalah dianggap
syar`iyy (dibenar oleh syarak).
2. Sebarang bentuk kempin pilihanraya adalah berlandaskan prinsip demokrasi,
memberi penjelasan dasar yang dibawa di samping menjawab tuduhan-tuduhan
musuh dengan mengemukan hujah sama hujah, bukan dengan melimparkan
fitnah.
3. Gerak kerja pilihan raya dan sebarang usaha mengenainya adalah satu uasaha
dakwah dan dikira satu jihad kepada jalan Allah bagi menegapkan agamaNya.
BAHAYA PENGARUH
IDEOLOGI BARAT
DALAM KEHIDUPAN
PANEL MODUL AKIDAH
INSTITUT LATIHAN PILIHANRAYA PAS

DEWAN ULAMA PAS PUSAT


PENDAHULUAN

•Apakah yang dimaksudkan


1 dengan Ideologi Barat ?

•Sejarah Kemunculan
2 Ideologi Barat
• Pengaruhnya kepada dunia Islam
3

• Ancaman bahaya ideologi barat


4 kepada umat Islam di Malaysia

• Langkah penyelesaian menghadapi


5 serangan ideologi barat
IDEOLOGI ?
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga,
Ideologi adalah“fahaman(ajaran) yang dipakai
atau dicita-citakan untuk dasar pemerintahan
dan lain-lain tujuan”.

IDEOLOGI:
Merupakan sistem kepercayaan yang
menjadi asas kepada tingkah laku
seseorang.Pada lazimnya ia merujuk kepada
set kepercayaan yang menggerakkan suatu
pergerakkan politik dan sosial.
IDEOLOGI BARAT ?

Gagasan idea ahli pemikir barat yang


membentuk pemikiran manusia
terhadap sesuatu konsep dan dipegang
oleh sebahagian manusia
Sejarah Kemunculan ideologi barat

• Semenjak Zaman Revolusi Eropah iaitu Zaman Renaissance pada


kurun ke-16 lalu, sehingga ke Zaman Pencerahan atau Kesedaran
(Enlightenment) pada kurun ke-17 dan ke-18 agama telah
diperlihatkan sebagai suatu entiti yang bercanggah dengan hujah
berkonsepkan materialistik.
• Hal ini adalah disebabkan oleh adat ketika Zaman Pertengahan
yang merupakan "Zaman Kepercayaan" dikuasai hampir
sepenuhnya oleh “kumpulan gereja” yang telah menyelewengkan
dan memanipulasi agama Kristian.
• Oleh itu, Zaman Pertengahan telah diperlihatkan sebagai
bercanggah dengan hujah materialistik dan bercanggah dengan
Konsep Kesedaran yang telah membawa kepada kemunduran di
eropah
• Konflik pertembungan berterusan antara kumpulan gereja dan
pendokong aliran kesedaran /kebangkitan Enlightenment
materialistik telah membawa kepada kemuncak perselisihan dan
perpecahan di dalam agama Kristian. Tahun 1789-1799
menyaksikan berlakunya Revolusi Perancis sebagai tanda
penolakan keras terhadap institusi gereja. Akibatnya
terbentuklah sebuah kerajaan yang tidak berteraskan agama
dan hanya berkonsepkan asas nasionalisme.

• Kesannya, muncullah pelbagai ideologi baru yang menganggap


agama sebagai penghalang kemodenan.
IDEOLOGI UTAMA BARAT

SEKULARISME KOMUNISME SOSIALISME

LIBERALISME PRAGMATISME PLURALISME

ATHEISME
Sekularisme: Perjuangan memisahkan nilai-nilai keagamaan
daripada sosial- kemanusiaan, politik, pendidikan, ekonomi,
kekeluargaan, sosial, hiburan dan lain- lain.

Komunisme: Memperjuangkan politik berkerajaan yang


mempunyai pemilikan bersama atas faktor pengeluaran dan
pemilikan harta serta aset rakyat dan bebas menggunakan harta
rakyat.

Sosialisme: Memberi kebebasan mutlak kepada rakyat dalam sosio-
kemasyarakatan untuk memenuhi keperluan individu mereka
dengan perkongsian sama-rata melalui pemilikan harta negara.

Liberalisme: Memperjuangkan kebebasan individu sebagai nilai


tertinggi dalam kehidupan, tanpa sebarang keterikatan, bahkan
mengatasi konsep keagamaan. Ia juga menekankan hak sama-rata
atau kesamarataan peluang antara setiap manusia tanpa mengira
jantina atau latar belakag keagamaan.
Pragmatisme: Menekankan kebenaran sesuatu perkara
berasaskan kepada ukuran manfaat, keberhasilan,
kepenggunaan yang bersifat zahir dan mampu diukur melalui
pancaindera. Maka segala perkara berunsur metafizik (perkara
yang berada di sebalik alam zahir) yang berada di sebalik
keupayaan pancaindera atau ukuran zahir adalah
keraguan yang palsu dan perlu ditolak.

Pluralisme agama: Memperjuangkan kebebasan beragama


dan memperjuangkan bahawa kesemua agama adalah sama.
Atheisme: menafikan kewujudan Tuhan yang disembah
oleh golongan majoriti dalam sesebuah masyarakat.
Dengan perkembangan "kebebasan minda" (freethought)
dan kritikan terhadap agama.
FAHAMAN SEKULERISME DAN LIBERALISME YANG MENYERANG NEGARA UMMAT ISLAM

Sekularisme
• boleh difahami sebagai ideologi yang bertujuan
menolak agama. Dakyahnya menumpu kepada
membangunkan kehidupan manusia di atas
penguasaan akal semata-mata, di samping bertujuan
menjaga kemaslahatan yang jauh daripada batasan
keagamaan. Dalam konteks politik, Sekularisme adalah
suatu bentuk pemerintahan yang tidak berteraskan
agama.
pemikiran sekularisme yang tersebar di kalangan
ummat islam

1.Tidak mempercayai kewujudan dan kekuasaan Allah SWT.

2.Kehidupan dibina di atas asas akal dan eksperimental semata-mata.

3.Membina pemisah di antara alam kerohanian dan materialistik. Nilai kerohania

bagi mereka adalah sesuatu yang negatif.

4.Mendakwa Islam hanyalah berkisar tentang syiar keagamaan dan kerohanian sahaja, tanpa wujud sebarang

kaitan dengan hal ehwal keduniaan yang lain.

5.Mendakwa Islam tidak membawa kemajuan bahkan menyeru kepada kemunduran.

6.Menyeru supaya masyarakat mengambil sistem, metode dan undang-undang yang tidak berteraskan agama.

7.Mendidik masyarakat dengan didikan tidak berteraskan agama.


Gerakan liberalisme

• Gerakan ini sebenarnya adalah pengaruh

daripada falsafah liberalisme yang

berkembang di negara Barat yang telah

masuk ke dalam seluruh bidang kehidupan

seperti liberalisme ekonomi, liberalisme

budaya, liberalisme politik dan liberalisme


FAHAMAN ISLAM LIBERAL DI MALAYSIA

1. Membuka pintu ijtihad tanpa batasan kepada semua dimensi syariat Islam.

2. Mengutamakan semangat etika kebebasan keagamaan terhadap pemahaman


al- Quran dan al-Sunnah. Tidak memadai hanya sekadar penafsiran literal sebuah teks.

3. Mempercayai konsep kebenaran yang bersifat relatif, terbuka dan plural.

4. Memihak kepada minoriti dan tertindas, berikutan ketetapan syariat Islam yang dilihat
bercanggah dengan pemahaman logik akal.

5. Meyakini kebebasan beragama tanpa batasan atau had sempadan.

6. Memisahkan autoriti duniawi dan ukhrawi (autoriti keagamaan dan politik).


Bahayanya Golongan
Berfikiran Islam Liberal
• kerana tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang

yang menolak agama, tetapi berselindung di sebalik

slogan :
• gagasan mengkaji semula agama,

• mentafsir semula al-Quran,

• menilai semula syariat dan hukum- hukum fikah.

• Mereka berusaha menolak bentuk tafsiran yang dianggap lama

dan kolot mengenai agama termasuk hal yang telah menjadi

ijmak ulama, termasuk tafsiran daripada Rasulullah dan sahabat

serta ulama mujtahid (Muhd. Najib, et.al, (2007).


PERTUBUHAN PENYEBAR LIBERAL
DI MALAYSIA

• Sisters In Islam (SIS)Menuntut


persamaan hak antara wanita
dan lelaki (feminisme) dalam
pelbagai aspek keagamaan. SIS
SIS terkenal sebagai kumpulan yang
menentang amalan poligami
secara keseluruhannya dan
pernah melancarkan kempen
monogami secara terbuka
• Suruhanjaya Antara Agama atau
IFC Interfaith Commission

• Pertubuhan Pertolongan Wanita


WAO atau Women’s Aid Organisation

AWAM • All Women’s Action Society

• The Joint Action Group for


JAG Gender Equality
ANCAMAN IDEOLOGI BARAT
DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
• VIEW OF LIFE WITHOUT GOD CENTRIC
1 • Sudut pandangan kehidupan tanpa paksi ketuhanan

• PEMBEBASAN DARI WAHYU DAN AGAMA


2
• KEBEBASAN BERPOLITIK
3
• KEBEBASAN BERSOSIAL
4
• KEBEBASAN NON-MUSLIM DALAM NEGARA
ISLAM
5

• PENAFIAN KONSEP KEIMANAN


6

• PERJUANGAN KEHENDAK BERASASKAN


NALURI MAKNUSIA SECARA TOTAL(ATAS
7 NAMA HAK ASASI MAKNUSIA)
PROPAGANDA LIBERALISASI ‘ISLAM’
DI MALAYSIA

ISLAM SOSIALIS ISLAM


LIBERAL ISLAM PROGRESIF

ISLAM ISLAM ISLAM


MADANI TANWIRI HADHARI

RAHMATAN LIL ALAMIN


LANGKAH PENYELESAIAN HADAPI
IDEOLOGI BARAT

• KEWAJIPAN MENCEGAH
1 KEMUNGKARAN DAN KEBATILAN

• MENINGKATKAN PENGUASAAN
2 ILMU ISLAM
• MENANAM KEYAKINAN TERHADAP
3 SUMBER-SUMBER SYARIAT ISLAM

• PATUH PERLEMBAGAAN PARTI


4

• KEYAKINAN TERHADAP ISLAM


5 SEBAGI AL-DIN DAN PENYELESAIAN
KESIMPULAN
• ISLAM MEMIMPIN KEBEBASAN BERTAMADUN
1 DENGAN NILAI KEMANUSIAAN

• BATASAN DAN LARANGAN ISLAM DARI ALLAH


2 SWT ADALAH DEMI KESEJAHTERAAN MANUSIA

• ISLAM CARA HIDUP DAN PENYELESAIAN


3 TERBAIK UNTUK MANUSIA

• ISLAM MEMBEBASKAN MANUSIA DARIPADA


4 PERHAMBAAN KEPADA MAKHLUK
PENGASAS-PENGASAS
UTAMA IDEOLOGI
BARAT
Arnold J. Toynbee
(1889-1975)
Pengasas Istilah
Post-Modernism (1934-1939)
Karl Marx (1818-1883)
(Marxisme – Komunisme –
Sosialisme – Materialisme)
George Jacob Holyoake
(13 April 1817 – 22 Januari 1906)
Pengasas Istilah sekularisme
(1851)
Gabriel Honore Marcel
(1889 – 1973)
Pengasas Istilah
Existentialisme (1945)
Soren Aabye Kierkegaard
(1813-1855)
The Father Of Existentialism
Charles Sanders Peirce
(1839-1914)
The Father Of Pragmatism
John Locke (1632-1704)
The Father Of Modern
Liberalism
William Kingdon Clifford
(1845-1879)
Penganjur Himpunan Freethought &
Congress Of Liberal Thinkers (1878)
Asaf Ali Asghar Fyzee
Pengasas Istilah
Islam Liberal (1950)
KRONOLOGI PROPAGANDA
FREE THOUGHT SEKULARISME

PRAGMATISME
DARWINISME
LIBERALISME
KOMUNISME
MATERIALISME
WESTERNISASI
GLOBALISASI
ISLAM LIBERAL SOSIALISME
EXISTENTIALISME
INDIVIDUALISME
HUMAN RIGHTS
PLURALISME HEDONISME
RADIKALISME
ATHIESME

Anda mungkin juga menyukai