Anda di halaman 1dari 13

DEFINISI AL-QUR’AN

Perkataan “ ‫ “ القرآن‬dari sudut Bahasa berasal daripada kata “ ‫ “ َق َرَأ‬yang bererti

“bacaan”. Ia merupakan kata terbitan (masdar). Ini berdasarkan firman Allah (s.w.t.):

١٨ ُ‫ فَِإ َذا قَ َرْأنَ ٰـهُ فَٱتَّبِ ْع قُرْ َءانَ ۥه‬١٧ ُ‫ِإ َّن َعلَ ْينَا َج ْم َعهۥُ َوقُرْ َءانَ ۥه‬
Surah Al-Qiyamah (75): 17-18

Maksudnya:

“Sesungguhnya Kami berkuasa mengumpulkan al-Qur’an itu (dalam dadamu), dan

(menetapkan) bacaannya (pada lidahmu); (17) Oleh itu, apabila Kami membacakannya

(kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka hendaklah engkau mengikut bacaannya itu

(18)”.

Seterusnya, kata terbitan ini telah dijadikan satu nama khas bagi koleksi wahyu Allah atau

Kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w.). Dari sudut Bahasa, terdapat

perbezaan di kalangan ulama-ulama dalam mendefinisikan al-Qur’an:

1. Ada yang mengatakan perkataan al-Qur’an itu berasal daripada kata nama (isim) yang

bukan musytaq (bukan diambil daripada pecahan mana-mana perkataan Arab), malah

ia adalah nama khas bagi Kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad

(s.a.w.).

2. Ada juga ulama yang berpendapat bahawa ia adalah kata pecahan daripada kata al-

qar’i, yang bereti mengumpulkan. Ini adalah pendapat al-Jauhari dan lain-lain ulama

yang selari dengan pendapatnya.

Sementara dari sudut istilah, al-Qur’an diberikan definisi sebagai Kalamullah yang

diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w.), yang mana lafaz-lafaznya menjadi mukjizat
yang membuktikan kenabian baginda, mendapat pahala (menjadi ibadat) bagi sesiapa yang

membacanya, yang diriwayatkan secara mutawatir, yang termaktub dalam mushaf, bermula

dengan surah al-Fatihah sehingga akhir surah al-Nas.

Ada ulama yang hanya memberikan definisi ringkas terhadap al-Qur’an, iaitu:

Kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w.), yang mendapat pahala ibadah

jika membacanya. Definisi yang lengkap untuk al-Qur’an ialah:

،‫ المكتوب في المصاحف‬،‫ المنزل على النبي صلى هللا عليه وسلم‬،‫القرآن هو الكالم المعجز‬

‫ المتعبد بتالوته‬،‫المنقول إلينا بالتواتر‬

Maksudnya:

“Al-Qur’an adalah kalamullah yang bersifat mukjizat, yang diturunkan kepada Nabi

Muhammad (s.a.w.) yang telah ditulis dalam mushaf-mushaf, yang diriwayatkan

kepada kita secara mutawatir, dan yang membacanya dianggap ibadah”.

Definisi di atas mencakupi kandungan al-Qur’an secara keseluruhannya mahupun

sebahagian kecil daripada al-Qur’an seperti satu surah atau satu ayat sahaja. Seseorang yang

membaca satu ayat daripada al-Qur’an akan dianggap sebagai mambaca al-Qur’an. Hal ini

adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam oleh al-Qur’an:

‫صتُ ۟ـ‬
٢٠٤ َ‫وا لَ َعلَّ ُك ْم تُرْ َح ُمون‬ ۟ ‫ان فَٱ ْستَ ِمع‬
ِ ‫ُوا لَهۥُ َوَأن‬ ُ ‫َوِإ َذا قُ ِرَئ ْٱلقُرْ َء‬

Surah Al-A’raf (7) : 204

Maksudnya:
“Dan apabila al-Qur’an itu dibacakan, maka hendaklah kamu mendengarnya dan

hendaklah kamu diam mudah-mudahan kamu diberikan rahmat”.

Definisi di atas juga memberikan pengertian bahawa al-Qur’an adalah Kalamullah atau

firman Allah. Justeru, ia bukan perbicaraan manusia, atau percakapan Nabi Muhammad

(s.a.w.) dan bukan pula rekaan malaikat, termasuk Malaikat Jibril (a.s.). Nabi Muhammad

(s.a.w.) hanyalah penerima wahyu al-Qur;an yang disampaikan melalui Malaikat Jibril (a.s.)

Ungkapan dalam definisi bahawa “al-Qur’an” sebagai kalamullah yang bersifat mukjizat

yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w.)” memberi pengertian bahawa al-Qur’an

merupakan mukjizat Nabi Muhammad (s.a.w.) dan menjadi bukti kenabian baginda.

Ungkapan yang ada dalam definisi tersebut “yang telah ditulis dalam mushaf-mushaf

dana yang diriwayatkan kepada kita secara mutawatir” memberi pengertian bahawa al-Qur’an

adalah firman Allah yang sudah dibukukan dan dicatat dalam lembaran-lembaran al-Qur’an

berdasarkan perintah Nabi Muhammad (s.a.w.). Lembaran-lembaran ini kemudian

dikumpulkan dalam satu mushaf tersendiri. Riwayat bacaan al-Qur’an dan penulisannya

dilakukan secara mutawatir dari generasi ke generasi hingga sekarang ini.

Ungkapan dalam definisi bahawa “yang membacakannya dianggap ibadah” membawa

maksud bahawa al-Qur’an, sebagaimana erti namanya adalah “bacaan”, sangat dianjurkan

untuk dibaca. Ia bukan sekadar bacaan biasa, akan tetapi bacaan yang bernilai ibadah dan

diberikan pahala. Hal ini berdasarkan hadith Nabi (s.a.w.) dari riwayat Imam al-Tarmizi:

‫من قرأ حرفا من كتاب هللا فله به حسنة والحسنة بعشر أمثالها ال أقول الم حرف ولكن ألف‬

‫حرف والم حرف وميم حرف‬

Maksudnya:
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Qur’an maka dia akan memperolehi

kebaikan. Dan satu kebaikan itu akan diganda menjadi sepuluh kebaikan yang

setanding dengannya. Maka aku tidak menyatakan “ ‫ ”الم‬sebagai satu huruf, akan

tetapi “alif” (bernilai) satu huruf, “lam” satu huruf dan “mim” satu huruf”.

NAMA-NAMA AL-QURAN

Al-Qur’an mempunyai pelbagai nama yang indah dan memiliki erti yang baik. Syeikh

Abu al-Ma’ali ibn ‘Abd al-Malik mengatakan bahawa al-Qur’an memiliki 55 nama. Di antara

nama-nama al-Qur’an yang sangat masyhur ialah: al-Qur’an, al-Kitab, al-Kalam, al-Huda, al-

Syifa’, al-Mau’izah, al-Zikr, al-‘Ali, al-Mushaf, al-Nur dan al-Furqan.

Di antara sebab-sebab penamaan al-Qur;an dengan nama-nama tersebut adalah seperti

berikut:

1. Al-Qur’an: Al-Qur’an bererti bacaan. Maka ia dianamakan al-Qur’an kerana ia adalah

wahyu yang diturunkan untuk dibaca. Abu ‘Ubaidah berkata: Dinamakan al-Qur’an

kerana ia menghimpunkan beberapa surah. Firman Allah (s.w.t.):

١٧ ُ‫ِإ َّن َعلَ ْينَا َج ْم َعهۥُ َوقُرْ َءانَهۥ‬

Surah al-Qiyamah (75): 17

Maksudnya:

Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Qur’an itu (dalam

dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu).

Ayat ini bermaksud nahawa Allah (s.w.t.) menghimpunkan al-Qur;an untuk dibaca.

Seperti yang diketahui bahawa al-Quran diturunkan oleh Allah secara berperingkat-
peringkat, sedikit demi sedikit. Maka apabila kesemua bahagian al-Qur’an

dihimpunkan, maka ianya dinamakan al-Qur’an.

2. Al-Kitab: Ia lafaz yang berasal dari kata al-Katbi yang bermaksud al-Jam’

(berkumpul). Hal ini disebabkan oleh kerana al-Qur’an menghimpunkan pelbagai

jenis ayat-ayat yang berkaitan dengan kisah-kisah, hukum-hukum dan pelbagai

peristiwa.

3. Al-Mushaf: Al-Mushaf ialah lafaz yang berasal dari kata ashafa yang bererti

menghimpunkan suhuf-suhuf. Al-Suhuf adalah kata jamak daripada al-Sahifah yang

bererti lembaran dari kulit atau kertas yang bertulis. Diriwayatkan bahawa setelah

selesai proses pengumpulan al-Qur’an, Saidina Abu Bakar al-Siddiq (r.a.) telah

meminta pandangan daripada orang ramai tentang nama yang harus diberikan.

Akhirnya beliau menamakannya al-Mushaf.

4. Al-Nur: Ia dinamakan sebagai al-Nur kerana al-Qur’an menjelaskan kebenaran dan

merungkai segala kekaburan dengan penjelasan yang pasti dan dengan suatu bukti

yang nyata berkenaan dengan permasalahan halal, haram dan perkara-perkara ghaib

yang tidak dapat diterokai oleh akal. Nama ini disebut dalam ayat al-Qur’an:

5. Al-Furqan: Ia dinamakan al-Furqan kerana ianya dapat membezakan di antara

kebenaran dan kepalsuan, iman dan kufur dan antara baik dan buruk.
PENURUNAN AL-QURAN

Para ulama’ berselisih pendapat mengenai peringkat penurunan al-Qur’an.

Kebanyakan ulama’ antaranya Imam al-Dzarkasyi, Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dan Imam

al-Suyuti mengatakan bahawa al-Qur’an itu diturunkan dalam tiga peringkat, huraiannya

seperti berikut:

i. Penurunan pertama iaitu dari sisi Allah ‘Azza Wa Jalla ke Luh Mahfuzh.

Firman Allah (s.w.t.) :

ٍ ۭ ُ‫ح َّمحْ ف‬
٢٢ ‫وظ‬ ٌ ۭ ‫بَلْ هُ َو قُرْ َء‬
ٍ ۢ ْ‫فِى لَو‬٢١ ‫ان َّم ِجي ۭ ٌد‬
Surah al-Buruj (85) : 21-22

Maksudnya:

“Bahkan (yang mereka dustakan itu) ialah al-Qur’an yang mulia yang

tersimpan di Luh Mahfuzh”

Ayat di atas menunjukkan bahawa al-Quran itu tersimpan di Luh Mahfuzh.

Allah (s.w.t.) memerintahkan Qalam menulisnya sebelum mencipta

sekalian makhluk-Nya. Keadaan al-Quran di Luh Mahfuzh tidak diketahui

kecuali Allah (s.w.t.). kita sebagai makhluk-Nya tidak harus dan tidak

layak bertanya : Bagaimana ia berlaku? Macam mana ia terjadi?

Bagaimana permulaannya? Dan sebagainya kerana urusan ini termasuk

dalam perkara sam’iyyat yang wajib diyakini dan diimani oleh setiap

manusia.
ii. Penurunan kedua secara serentak dari Luh Mahfuzh ke Bait al-‘Izzah di

langit dunia pada bulan Ramadhan di Malam al-Qadr (Lailatul Qadr).

Firman Allah (s.w.t.) :

‫ت ِّمنَ ْٱلهُد َٰى َو ْٱلفُرْ قَا ِن‬


ٍ ۢ ‫اس َوبَيِّنَ ٰـ‬ ُ ‫نز َل فِي ِه ْٱلقُرْ َء‬‫ضانَ ٱلَّ ِذ ٓ ُأ‬
ِ َّ‫ان هُ ۭ ًدى لِّلن‬ ِ ‫ى‬ َ ‫ۚ َش ْه ُر َر َم‬
Surah al-Baqarah (2) : 185

Maksudnya:

“Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Qur’an sebagai

petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk

dan pembeza (antara yang hak dan yang batil)”.

Kata Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhu:

‫أنزل القرآن في ليلة القدر في شهر رمضان إلى سماء الدنيا جملة واحدة‬

“Diturunkan akan al-Quran itu pada Malam al-Qadr dalam bulan

Ramadhan ke langit dunia secara sekali gus”

iii. Penurunan ketiga secara beransur-ansur dari Bait al-‘Izzah ke dada

Rasulullah (s.a.w.) dalam tempoh 23 tahun (22 tahun – 2 bulan – 22 hari).

Firman Allah (s.w.t.) :

َ ِ‫ان ُج ْملَ ۭةً ٰ َو ِح َد ۭةً ۚ َك ٰ َذل‬


‫ك لِنُثَبِّتَ بِ ِهۦ‬ ۟ ‫ال ٱلَّ ِذينَ َكفَر‬
ُ ‫ُوا لَوْ اَل نُ ِّز َل َعلَ ْي ِه ْٱلقُرْ َء‬ َ َ‫َوق‬

٣٢ ‫فَُؤادَكَ ۖ َو َرتَّ ْلنَ ٰـهُ تَرْ تِياًۭل‬

Surah al-Furqan (25) : 32

Maksudnya:
“Dan berkatalah orang-orang kafir : Mengapakah al-Quran itu tidak

diturunkan kepadanya (Muhammad) secara serentak. Yang demikian

itu (beransur-ansur) supaya Kami perkuatkan hatimu dengannya dan

Kami membacakannya secara Tartil”.

AL-QURAN ZAMAN RASULULLAH SAW

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah Nabi yang paling mulia kerana

Baginda adalah penghulu bagi seluruh para Nabi. Kemuliaan Baginda dikuatkan lagi dengan

penurunan Kitab Suci al-Quran al-Karim yang merupakan mukjizat teragung sepanjang

zaman. Penulisan al-Quran bermula sejak zaman Rasulullah (s.a.w.). menurut ahli sejarah,

sebaik sahaja Rasulullah (s.a.w.) menerima wahyu, Baginda telah memerintahkan para

jurutulisnya supaya mencatatkan ayat-ayat al-Quran yang diwahyukan kepada Baginda.

Ramai juga di kalangan para sahabat yang menulis ayat al-Quran sama ada untuk

dirinya sendiri atau sebaliknya. Di antara jurutulis (penulis wahyu) Rasulullah (s.a.w.) yang

masyhur iaitu Khulafa’ al-Rasyidin (Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali), Zaid bin Tsabit,

Ubai bin Ka’ab, Tsabit bin Qais, Mu’adz bin Jabal, Amru bin al-‘Ash, Mu’awiyyah bin Abu

Sufian, Khalis bin al-Walid, Abdullah bin Salam, Yazid bin Abu Sufian, Hudzaifah bin al-

Yaman, Huwaitib bin Abdul ‘Uzza, Abban bin Said dan al-Zubir bin al-Awwam. Oleh kerana

pada masa itu ketiadaan peralatan seumpama kertas dan sebagainya, maka para penulis

wahyu telah mencatatkannya pada pelepah-pelepah tamar, batu-batu, kulit-kulit binatang dan

sebagainya. Kaum muslimin yang lain menyalin ayat-ayat al-Quran daripada catatat-catatan

tersebut.

Kebanyakan daripada sahabat Nabi (s.a.w.) lebih mengutamakan hafazan daripada

menulis kerana sebab-sebab yang tertentu. Di kalangan mereka ada yang telah menghafaz

keseluruhan al-Quran dan ada juga yang menghafaz surah-surah tertentu sahaja. Para sahabat
yang hafaz al-Qur’an daripada kalangan Muhajirin iaitu Abu Bakar al-Shiddiq, Umar bin al-

Khattab, Othman bin Affan, Ali bin Abu Talib, Talhah bin Ubaidillah, Sa’ad bin Abu Waqas,

Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Amru bin al-Ash, Abdullah bin Umar, Abdullah bin al-

Zubir, Aisyah binti Abu Bakar, Hafsah binti Umar dan Ummu Salamah.

Para sahabat yang menghafaz al-Qur’an daripada kalangan Anshar iaitu Ibaidah bin al-

Shamit, Muadz bin Jabal, Mujma’ bin Jariah, Fudhalah bin Ubaidi, Musamah bin Makhlad,

Zaid bin Tsabit, Abu Darda’ dan Anas bin Malik. Kesimpulannya, al-Qur’an itu telah ditulis

sepenuhnya pada zaman Rasulullah (s.a.w.) walaupun dalam keadaam terpisah antara satu

sama lain. Al-Qur’an juga telah dihafaz dan tersimpan di dalam dada para sahabat.

AL-QURAN ZAMAN ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Setelah kewafatan Rasulullah (s.a.w.) maka para sahabat bersepakat melantik Abu

Bakat al-Siddiq sebagai Khalifah. Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq

telah berlaku banyak peperangan kerana memerangi kaum murtad dan mereka yang enggan

membayar zakat. Dalam satu peperangan yang terkenal dengan peperangan al-Yamamah,

ramai daripada kalangan para huffaz yang terkorban. Ahli sejarah menyatakan sehingga 70

orang para huffaz yang syahid.

Hal ini telah membimbangkan Saiyidina Umar al-Khattab. Beliau telah

mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar al-Shiddiq agar mengumpul al-Qur’an kerana

bimbang al-Qur’an itu akan terhapus dengan sebab kematian para huffaz. Hasil daripada

cadangan Umar tersebut maka Khalifah Abu Bakar al-Shiddiq telah memerintahkan Zaid bin

Thabit dengan dibantu oleh beberapa orang sahabat untuk mengumpul al-Qur’an. Mereka

menyalin tulisan-tulisan al-Qur’an yang ada pada zaman Rasulullah (s.a.w.) dan dikumpulkan
dalam satu Mushaf (Suhuf). Kerja mulia tersebut siap sepenuhnya dalam tempoh satu tahun

iaitu tahun kedua pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.

Setelah Khalifah Abu Bakar al-Siddiq wafat, Mushaf tersebut disimpan di rumah

Saiyidina Umar al-Khattab dan setelah beliau wafat, mushaf tersebut disimpan oleh anak

perempuannya Ummul Mu’minin Hafshah. Mushaf Abu Bakar tidak diserahkan kepada

Khalifah Othman bin ‘Affan kerana Khalifah Umar al-Khattab tidak menentukan siapa bakal

penggantinya tetapi beliau mencadangkan beberapa nama yang berkelayakan

menggantikannya. Di samping itu juga, Ummul Mu’minin Hafshah memang layak menjaga

Mushaf tersebut kerana beliau pandai menulis dan membaca. Mushaf Abu Bakar kekal dalam

jagaan Ummul Mu’minin Hafshah sehinggalah beliau wafat pada tahun 45 Hijrah. Setelah

beliau wafat, Mushaf tersebut telah diserahkan oleh adiknya Abdullah bin Umar kepada

Marwan bin Hakam pemimpin Madinah pada zaman Khalifah Mu’awiyah bin Abu Sufian

atas permintaan pemimpin tersebut. Mushaf tersebut telah dibakar oleh Marwan kerana beliau

bimbang menjadi keraguan pada umat manusia mengenai keadaan Mushaf tersebut.

AL-QURAN ZAMAN ‘UTHMAN BIN ‘AFFAN

Adapun penyusunan yang dilakukan semula pada masa Khalifah ‘Uthman (r.a.) ialah

setelah beliau menerima kepulangan Huzaifah bin al-Yaman (r.a.) daripada kunjungan ke

beberapa buah daerah dari Syam sehingga Iraq, Azerbaijan, dan Armenia.

Huzaifah (r.a.) berkata kepada ‘Uthman (r.a.):

‫ قبل أن يختلفوا في الكتاب اختالف اليهود والنصارى‬،‫ أدرك هذه األمة‬،‫يا أمير المؤمنين‬

“Wahai Amir al-Mu’minin! Selamatkanlah umat ini sebelum mereka berseteru

mengenai kitab suci sebagaimana perseteruan kaum Yahudi dan Kristian.”


Huzaifah (r.a.) mendapati bahawa terdapat sebutan yang berbeza dalam bacaan al-Quran

penduduk di sana kerana dipengaruhi oleh loghat bahasa daerah dalam sebutan huruf mereka.

Hal ini sehingga menzahirkan qiraat yang berbeza, lalu dibimbangi boleh mencetuskan

pertelingkahan dalam kalangan umat Islam yang telah bersatu yang bersaudara.

Maka, Khalifah ‘Uthman (r.a.) mengarahkan supaya diambil naskhah al-Qur’an yang

disimpan oleh Ummu al-Mu’minin Hafshah (r.a.). Hal ini diarahkan oleh ‘Uthman (r.a.)

setelah bermesyuarat dengan para sahabat yang paling kanan. ‘Uthman (r.a.) mengutuskan

surat kepada ummu al-Mu’minin Hafshah (r.a.), katanya :

‫ ثم نردها إليك‬،‫أن أرسلي إلينا بالصحف ننسخها في المصاحف‬

“Hendaklah kamu menyerahkan lembaran-lembaran (al-Qur’an) itu kepada

kami untuk kami salin dalam beberapa mashaf.”

Kemudian, ‘Uthman (r.a.) mengarahkan Zaid bin Tsabit (r.a.) bersama ‘Abdullah bin al-

Zubair (r.a.), Sa’id bin al-‘Asr (r.a.), dan ‘Abd al-Rahman bin al-Harith bin Hisyam (r.a.)

supaya menulis al-Qur’an dengan Bahasa Arab Quraisy. Mereka diarahkan supaya menulis

al-Quran mengikut Bahasa asal yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW yang berbangsa

Arab Quraisy dan yang paling fasih dalam Bahasa Arabnya.

Seterusnya al-Quran disalin kepada beberapa naskah bagi dihantar ke seluruh pelosok

wilayah Islam. Walau bagaimanapun, Riwayat berbagai-bagai qiraat itu tetap dipelihara

berasaskan keizinan Rasulullah SAW yang pernah bersabda apabila terdapat pertelingkahan

bacaan dalam kalangan beberapa kabilah Arab yang bukan Quraisy:

“Begitulah al-Quran ini diturunkan dengan tujuh huruf (sebutan Bahasa Arab), maka

bacalah dengan apa-apa sebutan yang mudah kepada kalian”

– Riwayat Bukhari dan Muslim.


Inilah jasa Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan RA yang paling besar dan mulia kerana

meninggalkan pusaka ilmu yang paling bermanfaat kepada seluruh umat hingga akhir zaman.

Al-Quran yang telah ditulis dinamakan sebagai Mushaf. Mengikut pandangan yang

masyhur di kalangan para ulama’antaranya Imam al-Suyuti bahawa kesemuanya ada enam

mushaf. Mushaf-mushaf tersebut telah dihantar ke bandar-bandar utama untuk dijadikan

sebagai panduan dan pedoman bagi Umat Islam, huraian adalah seperti berikut :

1. Satu Mushaf telah dihantar ke Mekah yang diketuai oleh Abdullah bin al-Saib dan

dikenali sebagai Mushaf Makki.

2. Satu Mushaf telah dihantar ke Bashrah yang diketuai oleh ‘Aamir bin Abdul Qais dan

dikenali sebagai Mushaf Bashri.

3. Satu Mushaf telah dihantar ke Kufah yang diketuai oleh Abu Abdul Rahman al-

Sulami dan dikenali sebagai Mushaf Kufi.

4. Satu Mushaf telah dihantar ke Syam yang diketuai oleh al-Mughirah bin Syihab dan

dikenali sebagai Mushaf Syami

5. Satu Mushaf telah ditinggalkan di Madinah yang diketuai oleh Zaid bin Thabit dan

dikenali sebagai Mushaf Madani ‘Am atau Mushaf Madani.

6. Satu Mushaf disimpan oleh Khalifah Uthman untuk dirinya dan dikenali sebagai

Mushaf Madani Khas atau Mushaf Imam.


Menurut pandangan Imam Abu Hatim al-Sajistani bahawa selain daripada Mashahif (mushaf-

mushaf) yang tersebut di atas, ada juga Mushaf yang dihantar ke Yaman yang dikenali

sebagai Mushaf Yamani dan Mushaf yang dihantar ke Bahrain yang dikenali sebagai Mushaf

Bahraini. Urusan penulisan al-Quran pada masa Khalifah Uthman bin ‘Affan tersebut telah

dipersetujui para sahabat (12,000 sahabat) yang masih hidup Ketika itu. Saiyidina Ali

Karramallahu Wajhah berkata mengenainya:

“Janganlah kamu mengatakann sesuatu terhadap Uthman melainkan yang baik sahaja.

Sesungguhnya Demi Allah! Segala sesuatu yang dilakukan olehnya terhadap mushaf itu

adalah dengan persetujuan dan kehendak kami semua”.

Anda mungkin juga menyukai