Anda di halaman 1dari 17

INSTITUT LATIHAN KEPIMPINAN DAN

PERKADERAN DAKWAH ISLAMIYAH (ILHAM)


NEGERI SEMBILAN

TUGASAN : ILH 1104


PENGANTAR PENGAJIAN
AL-QURAN

TAJUK :
PENULISAN AL-QURAN ZAMAN SAIDINA
ABU BAKAR DAN UTHMAN

DISEDIAKAN OLEH :

BIL NAMA NO. KAD PENGENALAN

1 NOORHISYAM BIN ISMAIL 741121036279

2 MOHAMAD NAZIR BIN RAMLAN 771122016867

3 JANIRA AIN BINTI ABU BAKAR 771016146024

4 HJ. ALIAS BIN TIJAD 480124055165

5 HJH. SAODAH BINTI YAHAYA 580419055144

6 LINA BINTI MOHAMED JADI 660523045026

7 LILY YANTI BINTI RAMLI 740403045224

8 NORYUSSIRE BIN YUSOFF 820620035743

9 ROZIELAH BINTI MOHAMAD 740212035998

10 NORFAIZAH BINTI MOHAMAD YUSOF 760413055360

11 ISHAK BIN YAHAYA 580512055069

BERILMU ● BERAKHLAK ● BERJIHAD


KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Muqaddimah 2

2. Definisi Al-Quran 2

3. Nama-nama Al-Quran 6

4. Penurunan Al-Quran 8

5. Al-Quran Zaman Rasulullah SAW 10

6. Pembukuan Al-Quran Zaman Abu Bakar As-Siddiq 11

7. Penulisan Al-Quran Zaman Uthman Ibnu Affan 12

8. Rujukan 16

1
MUQADDIMAH

Allah telah menurunkan Al-Quran kepada manusia sebagai panduan hidup di akhir zaman

hinggalah ke hari kiamat. Al-Quran ini diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. kepada

Rasulullah S.A.W sebagai utusan Allah kepada umat manusia, dalam menyampaikan ajaran dan

hukum-hukum-Nya. Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan tugasnya sebagai penyampai risalah

Allah dengan mengajarkan Al-Quran kepada para sahabat r.a dan mewariskan mereka dengan Al-

Quran itu dalam dada dan amalan mereka.

Para sahabat pula meneruskan tugas ini dengan mengajarkan Al-Quran kepada para tabi’ien

selepas mereka, kemudian mewariskan Al-Quran kepada kita dalam bentuk tulisan untuk menjaga

Al-Quran itu dari terus luput dari dada (hafazan) umat Islam. Walaupun Al-Quran itu telah disusun

dalam bentuk tulisan oleh Saidina Uthman r.a., beliau tidak mengabaikan sunnah penyampaian Al-

Quran yang mestilah diwarisi terus dari mulut ke mulut. Dalam menjaga kesahihan bacaaan Al-

Quran, Mushaf Al-Quran yang ditulis tangan pada permulaan Islam, telah dikirimkan bersama

guru-guru untuk mengajarkan bacaannya ke negeri-negeri umat Islam pada masa itu. Begitulah

berkembangnya penyampaian Al-Quran yang diwarisi dari generasi ke generasi sehinggalah sampai

kepada kita pada hari ini.

DEFINISI AL-QUR’AN

Perkataan “ ‫ “ الق رآن‬dari sudut Bahasa berasal daripada kata “ ‫قَرَأ‬


َ “ yang bererti

“bacaan”. Ia merupakan kata terbitan (masdar). Ini berdasarkan firman Allah (s.w.t.):

2
١٨ ُ‫ فَِإ َذا قَ َرْأنَ ٰـهُ فَٱتَّبِ ْع قُرْ َءانَ ۥه‬١٧ ُ‫ِإ َّن َعلَ ْينَا َج ْم َعهۥُ َوقُرْ َءانَهۥ‬
Surah Al-Qiyamah (75): 17-18

Maksudnya:

“Sesungguhnya Kami berkuasa mengumpulkan al-Qur’an itu (dalam dadamu), dan (menetapkan)

bacaannya (pada lidahmu); (17) Oleh itu, apabila Kami membacakannya (kepadamu, dengan

perantaraan Jibril), maka hendaklah engkau mengikut bacaannya itu (18)”.

Seterusnya, kata terbitan ini telah dijadikan satu nama khas bagi koleksi wahyu Allah atau

Kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w.). Dari sudut Bahasa, terdapat

perbezaan di kalangan ulama-ulama dalam mendefinisikan al-Qur’an:

1. Ada yang mengatakan perkataan al-Qur’an itu berasal daripada kata nama (isim) yang

bukan musytaq (bukan diambil daripada pecahan mana-mana perkataan Arab), malah ia

adalah nama khas bagi Kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w.).

2. Ada juga ulama yang berpendapat bahawa ia adalah kata pecahan daripada kata al-qar’i,

yang bereti mengumpulkan. Ini adalah pendapat al-Jauhari dan lain-lain ulama yang selari

dengan pendapatnya.

Sementara dari sudut istilah, al-Qur’an diberikan definisi sebagai Kalamullah yang

diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w.), yang mana lafaz-lafaznya menjadi mukjizat yang

membuktikan kenabian baginda, mendapat pahala (menjadi ibadat) bagi sesiapa yang membacanya,

yang diriwayatkan secara mutawatir, yang termaktub dalam mushaf, bermula dengan surah al-

Fatihah sehingga akhir surah al-Nas.

3
Ada ulama yang hanya memberikan definisi ringkas terhadap al-Qur’an, iaitu:

Kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w.), yang mendapat pahala ibadah jika

membacanya. Definisi yang lengkap untuk al-Qur’an ialah:

،‫ المكتوب في المصاحف‬،‫ المنزل على النبي صلى هللا عليه وسلم‬،‫القرآن هو الكالم المعجز‬

‫ المتعبد بتالوته‬،‫المنقول إلينا بالتواتر‬

Maksudnya:

“Al-Qur’an adalah kalamullah yang bersifat mukjizat, yang diturunkan kepada Nabi

Muhammad (s.a.w.) yang telah ditulis dalam mushaf-mushaf, yang diriwayatkan

kepada kita secara mutawatir, dan yang membacanya dianggap ibadah”.

Definisi di atas mencakupi kandungan al-Qur’an secara keseluruhannya mahupun

sebahagian kecil daripada al-Qur’an seperti satu surah atau satu ayat sahaja. Seseorang yang

membaca satu ayat daripada al-Qur’an akan dianggap sebagai mambaca al-Qur’an. Hal ini adalah

sebagaimana yang dinyatakan dalam oleh al-Qur’an:

۟ ُ‫صت‬
٢٠٤ َ‫وا لَ َعلَّ ُك ْم تُرْ َح ُمون‬ ۟ ‫ان فَٱ ْستَ ِمع‬
ِ ‫ُوا لَهۥُ َوَأن‬ ُ ‫َوِإ َذا قُ ِرَئ ْٱلقُرْ َء‬

Surah Al-A’raf (7) : 204

Maksudnya:

“Dan apabila al-Qur’an itu dibacakan, maka hendaklah kamu mendengarnya dan

hendaklah kamu diam mudah-mudahan kamu diberikan rahmat”.

4
Definisi di atas juga memberikan pengertian bahawa al-Qur’an adalah Kalamullah atau firman

Allah. Justeru, ia bukan perbicaraan manusia, atau percakapan Nabi Muhammad (s.a.w.) dan bukan

pula rekaan malaikat, termasuk Malaikat Jibril (a.s.). Nabi Muhammad (s.a.w.) hanyalah penerima

wahyu al-Qur;an yang disampaikan melalui Malaikat Jibril (a.s.) Ungkapan dalam definisi bahawa

“al-Qur’an” sebagai kalamullah yang bersifat mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad

(s.a.w.)” memberi pengertian bahawa al-Qur’an merupakan mukjizat Nabi Muhammad (s.a.w.) dan

menjadi bukti kenabian baginda.

Ungkapan yang ada dalam definisi tersebut “yang telah ditulis dalam mushaf-mushaf dana

yang diriwayatkan kepada kita secara mutawatir” memberi pengertian bahawa al-Qur’an adalah

firman Allah yang sudah dibukukan dan dicatat dalam lembaran-lembaran al-Qur’an berdasarkan

perintah Nabi Muhammad (s.a.w.). Lembaran-lembaran ini kemudian dikumpulkan dalam satu

mushaf tersendiri. Riwayat bacaan al-Qur’an dan penulisannya dilakukan secara mutawatir dari

generasi ke generasi hingga sekarang ini.

Ungkapan dalam definisi bahawa “yang membacakannya dianggap ibadah” membawa

maksud bahawa al-Qur’an, sebagaimana erti namanya adalah “bacaan”, sangat dianjurkan untuk

dibaca. Ia bukan sekadar bacaan biasa, akan tetapi bacaan yang bernilai ibadah dan diberikan

pahala. Hal ini berdasarkan hadith Nabi (s.a.w.) dari riwayat Imam al-Tarmizi:

‫من قرأ حرفا من كتاب هللا فله به حسنة والحسنة بعشر أمثالها ال أقول الم حرف ولكن ألف حرف‬

‫والم حرف وميم حرف‬

Maksudnya:

5
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Qur’an maka dia akan memperolehi

kebaikan. Dan satu kebaikan itu akan diganda menjadi sepuluh kebaikan yang setanding

dengannya. Maka aku tidak menyatakan “ ‫ ”الم‬sebagai satu huruf, akan tetapi “alif”

(bernilai) satu huruf, “lam” satu huruf dan “mim” satu huruf”.

NAMA-NAMA AL-QURAN

Al-Qur’an mempunyai pelbagai nama yang indah dan memiliki erti yang baik. Syeikh Abu

al-Ma’ali ibn ‘Abd al-Malik mengatakan bahawa al-Qur’an memiliki 55 nama. Di antara nama-

nama al-Qur’an yang sangat masyhur ialah: al-Qur’an, al-Kitab, al-Kalam, al-Huda, al-Syifa’, al-

Mau’izah, al-Zikr, al-‘Ali, al-Mushaf, al-Nur dan al-Furqan.

Di antara sebab-sebab penamaan al-Qur;an dengan nama-nama tersebut adalah seperti berikut:

1. Al-Qur’an: Al-Qur’an bererti bacaan. Maka ia dianamakan al-Qur’an kerana ia adalah

wahyu yang diturunkan untuk dibaca. Abu ‘Ubaidah berkata: Dinamakan al-Qur’an kerana

ia menghimpunkan beberapa surah. Firman Allah (s.w.t.):

١٧ ُ‫ِإ َّن َعلَ ْينَا َج ْم َعهۥُ َوقُرْ َءانَ ۥه‬

Surah al-Qiyamah (75): 17

Maksudnya:

Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Qur’an itu (dalam

dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu).

Ayat ini bermaksud nahawa Allah (s.w.t.) menghimpunkan al-Qur;an untuk dibaca. Seperti

yang diketahui bahawa al-Quran diturunkan oleh Allah secara berperingkat-peringkat,

6
sedikit demi sedikit. Maka apabila kesemua bahagian al-Qur’an dihimpunkan, maka ianya

dinamakan al-Qur’an.

2. Al-Kitab: Ia lafaz yang berasal dari kata al-Katbi yang bermaksud al-Jam’ (berkumpul). Hal

ini disebabkan oleh kerana al-Qur’an menghimpunkan pelbagai jenis ayat-ayat yang

berkaitan dengan kisah-kisah, hukum-hukum dan pelbagai peristiwa.

3. Al-Mushaf: Al-Mushaf ialah lafaz yang berasal dari kata ashafa yang bererti

menghimpunkan suhuf-suhuf. Al-Suhuf adalah kata jamak daripada al-Sahifah yang bererti

lembaran dari kulit atau kertas yang bertulis. Diriwayatkan bahawa setelah selesai proses

pengumpulan al-Qur’an, Saidina Abu Bakar al-Siddiq (r.a.) telah meminta pandangan

daripada orang ramai tentang nama yang harus diberikan. Akhirnya beliau menamakannya

al-Mushaf.

4. Al-Nur: Ia dinamakan sebagai al-Nur kerana al-Qur’an menjelaskan kebenaran dan

merungkai segala kekaburan dengan penjelasan yang pasti dan dengan suatu bukti yang

nyata berkenaan dengan permasalahan halal, haram dan perkara-perkara ghaib yang tidak

dapat diterokai oleh akal. Nama ini disebut dalam ayat al-Qur’an:

5. Al-Furqan: Ia dinamakan al-Furqan kerana ianya dapat membezakan di antara kebenaran

dan kepalsuan, iman dan kufur dan antara baik dan buruk.

7
PENURUNAN AL-QURAN

Para ulama’ berselisih pendapat mengenai peringkat penurunan al-Qur’an. Kebanyakan

ulama’ antaranya Imam al-Dzarkasyi, Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dan Imam al-Suyuti

mengatakan bahawa al-Qur’an itu diturunkan dalam tiga peringkat, huraiannya seperti berikut:

i. Penurunan pertama iaitu dari sisi Allah ‘Azza Wa Jalla ke Luh Mahfuzh. Firman

Allah (s.w.t.) :

ٍ ۭ ُ‫ح َّمحْ ف‬
٢٢ ‫وظ‬ ٌ ۭ ‫بَلْ هُ َو قُرْ َء‬
ٍ ۢ ْ‫فِى لَو‬٢١ ‫ان َّم ِجي ۭ ٌد‬
Surah al-Buruj (85) : 21-22

Maksudnya:

“Bahkan (yang mereka dustakan itu) ialah al-Qur’an yang mulia yang

tersimpan di Luh Mahfuzh”

Ayat di atas menunjukkan bahawa al-Quran itu tersimpan di Luh Mahfuzh.

Allah (s.w.t.) memerintahkan Qalam menulisnya sebelum mencipta sekalian

makhluk-Nya. Keadaan al-Quran di Luh Mahfuzh tidak diketahui kecuali Allah

(s.w.t.). kita sebagai makhluk-Nya tidak harus dan tidak layak bertanya :

Bagaimana ia berlaku? Macam mana ia terjadi? Bagaimana permulaannya? Dan

sebagainya kerana urusan ini termasuk dalam perkara sam’iyyat yang wajib

diyakini dan diimani oleh setiap manusia.

8
ii. Penurunan kedua secara serentak dari Luh Mahfuzh ke Bait al-‘Izzah di langit

dunia pada bulan Ramadhan di Malam al-Qadr (Lailatul Qadr). Firman Allah

(s.w.t.) :

‫ت ِّمنَ ْٱلهُد َٰى َو ْٱلفُرْ قَا ِن‬


ٍ ۢ ‫اس َوبَيِّنَ ٰـ‬ ُ ‫نز َل فِي ِه ْٱلقُرْ َء‬‫ضانَ ٱلَّ ِذ ٓ ُأ‬
ِ َّ‫ان هُ ۭ ًدى لِّلن‬ ِ ‫ى‬ َ ‫ۚ َش ْه ُر َر َم‬
Surah al-Baqarah (2) : 185

Maksudnya:

“Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Qur’an sebagai

petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk

dan pembeza (antara yang hak dan yang batil)”.

Kata Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhu:

‫أنزل القرآن في ليلة القدر في شهر رمضان إلى سماء الدنيا جملة واحدة‬

“Diturunkan akan al-Quran itu pada Malam al-Qadr dalam bulan Ramadhan

ke langit dunia secara sekali gus”

iii. Penurunan ketiga secara beransur-ansur dari Bait al-‘Izzah ke dada Rasulullah

(s.a.w.) dalam tempoh 23 tahun (22 tahun – 2 bulan – 22 hari). Firman Allah

(s.w.t.) :

َ ‫ان ُج ْملَ ۭةً ٰ َو ِح َد ۭةً ۚ َك ٰ َذلِكَ لِنُثَبِّتَ بِ ِهۦ فَُؤا َد‬


ۖ‫ك‬ ۟ ‫ال ٱلَّ ِذينَ َكفَر‬
ُ ‫ُوا لَوْ اَل نُ ِّز َل َعلَ ْي ِه ْٱلقُرْ َء‬ َ َ‫َوق‬

٣٢ ‫َو َرتَّ ْلنَ ٰـهُ تَرْ تِياًۭل‬

Surah al-Furqan (25) : 32


9
Maksudnya:

“Dan berkatalah orang-orang kafir : Mengapakah al-Quran itu tidak

diturunkan kepadanya (Muhammad) secara serentak. Yang demikian itu

(beransur-ansur) supaya Kami perkuatkan hatimu dengannya dan Kami

membacakannya secara Tartil”.

AL-QURAN ZAMAN RASULULLAH SAW

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah Nabi yang paling mulia kerana Baginda

adalah penghulu bagi seluruh para Nabi. Kemuliaan Baginda dikuatkan lagi dengan penurunan

Kitab Suci al-Quran al-Karim yang merupakan mukjizat teragung sepanjang zaman. Penulisan al-

Quran bermula sejak zaman Rasulullah (s.a.w.). menurut ahli sejarah, sebaik sahaja Rasulullah

(s.a.w.) menerima wahyu, Baginda telah memerintahkan para jurutulisnya supaya mencatatkan

ayat-ayat al-Quran yang diwahyukan kepada Baginda.

Ramai juga di kalangan para sahabat yang menulis ayat al-Quran sama ada untuk dirinya

sendiri atau sebaliknya. Di antara jurutulis (penulis wahyu) Rasulullah (s.a.w.) yang masyhur iaitu

Khulafa’ al-Rasyidin (Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali), Zaid bin Tsabit, Ubai bin Ka’ab, Tsabit

bin Qais, Mu’adz bin Jabal, Amru bin al-‘Ash, Mu’awiyyah bin Abu Sufian, Khalis bin al-Walid,

Abdullah bin Salam, Yazid bin Abu Sufian, Hudzaifah bin al-Yaman, Huwaitib bin Abdul ‘Uzza,

Abban bin Said dan al-Zubir bin al-Awwam. Oleh kerana pada masa itu ketiadaan peralatan

seumpama kertas dan sebagainya, maka para penulis wahyu telah mencatatkannya pada pelepah-

pelepah tamar, batu-batu, kulit-kulit binatang dan sebagainya. Kaum muslimin yang lain menyalin

ayat-ayat al-Quran daripada catatat-catatan tersebut.

10
Kebanyakan daripada sahabat Nabi (s.a.w.) lebih mengutamakan hafazan daripada menulis

kerana sebab-sebab yang tertentu. Di kalangan mereka ada yang telah menghafaz keseluruhan al-

Quran dan ada juga yang menghafaz surah-surah tertentu sahaja. Para sahabat yang hafaz al-Qur’an

daripada kalangan Muhajirin iaitu Abu Bakar al-Shiddiq, Umar bin al-Khattab, Othman bin Affan,

Ali bin Abu Talib, Talhah bin Ubaidillah, Sa’ad bin Abu Waqas, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin

Amru bin al-Ash, Abdullah bin Umar, Abdullah bin al-Zubir, Aisyah binti Abu Bakar, Hafsah binti

Umar dan Ummu Salamah.

Para sahabat yang menghafaz al-Qur’an daripada kalangan Anshar iaitu Ibaidah bin al-

Shamit, Muadz bin Jabal, Mujma’ bin Jariah, Fudhalah bin Ubaidi, Musamah bin Makhlad, Zaid

bin Tsabit, Abu Darda’ dan Anas bin Malik. Kesimpulannya, al-Qur’an itu telah ditulis sepenuhnya

pada zaman Rasulullah (s.a.w.) walaupun dalam keadaam terpisah antara satu sama lain. Al-Qur’an

juga telah dihafaz dan tersimpan di dalam dada para sahabat.

PEMBUKUAN AL-QURAN ZAMAN ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Setelah kewafatan Rasulullah (s.a.w.) maka para sahabat bersepakat melantik Abu Bakat al-

Siddiq sebagai Khalifah. Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah berlaku

banyak peperangan kerana memerangi kaum murtad dan mereka yang enggan membayar zakat.

Dalam satu peperangan yang terkenal dengan peperangan al-Yamamah, ramai daripada kalangan

para huffaz yang terkorban. Ahli sejarah menyatakan sehingga 70 orang para huffaz yang syahid.

Hal ini telah membimbangkan Saiyidina Umar al-Khattab. Beliau telah mencadangkan

kepada Khalifah Abu Bakar al-Shiddiq agar mengumpul al-Qur’an kerana bimbang al-Qur’an itu

akan terhapus dengan sebab kematian para huffaz. Hasil daripada cadangan Umar tersebut maka

Khalifah Abu Bakar al-Shiddiq telah memerintahkan Zaid bin Thabit dengan dibantu oleh beberapa

11
orang sahabat untuk mengumpul al-Qur’an. Mereka menyalin tulisan-tulisan al-Qur’an yang ada

pada zaman Rasulullah (s.a.w.) dan dikumpulkan dalam satu Mushaf (Suhuf). Kerja mulia tersebut

siap sepenuhnya dalam tempoh satu tahun iaitu tahun kedua pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-

Siddiq.

Setelah Khalifah Abu Bakar al-Siddiq wafat, Mushaf tersebut disimpan di rumah Saiyidina

Umar al-Khattab dan setelah beliau wafat, mushaf tersebut disimpan oleh anak perempuannya

Ummul Mu’minin Hafshah. Mushaf Abu Bakar tidak diserahkan kepada Khalifah Othman bin

‘Affan kerana Khalifah Umar al-Khattab tidak menentukan siapa bakal penggantinya tetapi beliau

mencadangkan beberapa nama yang berkelayakan menggantikannya. Di samping itu juga, Ummul

Mu’minin Hafshah memang layak menjaga Mushaf tersebut kerana beliau pandai menulis dan

membaca. Mushaf Abu Bakar kekal dalam jagaan Ummul Mu’minin Hafshah sehinggalah beliau

wafat pada tahun 45 Hijrah. Setelah beliau wafat, Mushaf tersebut telah diserahkan oleh adiknya

Abdullah bin Umar kepada Marwan bin Hakam pemimpin Madinah pada zaman Khalifah

Mu’awiyah bin Abu Sufian atas permintaan pemimpin tersebut. Mushaf tersebut telah dibakar oleh

Marwan kerana beliau bimbang menjadi keraguan pada umat manusia mengenai keadaan Mushaf

tersebut.

PENULISAN AL-QURAN ZAMAN ‘UTHMAN BIN ‘AFFAN

Adapun penyusunan yang dilakukan semula pada masa Khalifah ‘Uthman (r.a.) ialah

setelah beliau menerima kepulangan Huzaifah bin al-Yaman (r.a.) daripada kunjungan ke beberapa

buah daerah dari Syam sehingga Iraq, Azerbaijan, dan Armenia.

Huzaifah (r.a.) berkata kepada ‘Uthman (r.a.):

12
‫ قبل أن يختلفوا في الكتاب اختالف اليهود والنصارى‬،‫ أدرك هذه األمة‬،‫يا أمير المؤمنين‬

“Wahai Amir al-Mu’minin! Selamatkanlah umat ini sebelum mereka berseteru

mengenai kitab suci sebagaimana perseteruan kaum Yahudi dan Kristian.”

Huzaifah (r.a.) mendapati bahawa terdapat sebutan yang berbeza dalam bacaan al-Quran penduduk

di sana kerana dipengaruhi oleh loghat bahasa daerah dalam sebutan huruf mereka. Hal ini sehingga

menzahirkan qiraat yang berbeza, lalu dibimbangi boleh mencetuskan pertelingkahan dalam

kalangan umat Islam yang telah bersatu yang bersaudara.

Maka, Khalifah ‘Uthman (r.a.) mengarahkan supaya diambil naskhah al-Qur’an yang

disimpan oleh Ummu al-Mu’minin Hafshah (r.a.). Hal ini diarahkan oleh ‘Uthman (r.a.) setelah

bermesyuarat dengan para sahabat yang paling kanan. ‘Uthman (r.a.) mengutuskan surat kepada

ummu al-Mu’minin Hafshah (r.a.), katanya :

‫ ثم نردها إليك‬،‫أن أرسلي إلينا بالصحف ننسخها في المصاحف‬

“Hendaklah kamu menyerahkan lembaran-lembaran (al-Qur’an) itu kepada

kami untuk kami salin dalam beberapa mashaf.”

Kemudian, ‘Uthman (r.a.) mengarahkan Zaid bin Tsabit (r.a.) bersama ‘Abdullah bin al-Zubair

(r.a.), Sa’id bin al-‘Asr (r.a.), dan ‘Abd al-Rahman bin al-Harith bin Hisyam (r.a.) supaya menulis

al-Qur’an dengan Bahasa Arab Quraisy. Mereka diarahkan supaya menulis al-Quran mengikut

Bahasa asal yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW yang berbangsa Arab Quraisy dan yang

paling fasih dalam Bahasa Arabnya.

Seterusnya al-Quran disalin kepada beberapa naskah bagi dihantar ke seluruh pelosok

wilayah Islam. Walau bagaimanapun, Riwayat berbagai-bagai qiraat itu tetap dipelihara berasaskan

13
keizinan Rasulullah SAW yang pernah bersabda apabila terdapat pertelingkahan bacaan dalam

kalangan beberapa kabilah Arab yang bukan Quraisy:

“Begitulah al-Quran ini diturunkan dengan tujuh huruf (sebutan Bahasa Arab), maka bacalah

dengan apa-apa sebutan yang mudah kepada kalian”

– Riwayat Bukhari dan Muslim.

Inilah jasa Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan RA yang paling besar dan mulia kerana meninggalkan

pusaka ilmu yang paling bermanfaat kepada seluruh umat hingga akhir zaman.

Al-Quran yang telah ditulis dinamakan sebagai Mushaf. Mengikut pandangan yang masyhur

di kalangan para ulama’antaranya Imam al-Suyuti bahawa kesemuanya ada enam mushaf. Mushaf-

mushaf tersebut telah dihantar ke bandar-bandar utama untuk dijadikan sebagai panduan dan

pedoman bagi Umat Islam, huraian adalah seperti berikut :

1. Satu Mushaf telah dihantar ke Mekah yang diketuai oleh Abdullah bin al-Saib dan dikenali

sebagai Mushaf Makki.

2. Satu Mushaf telah dihantar ke Bashrah yang diketuai oleh ‘Aamir bin Abdul Qais dan

dikenali sebagai Mushaf Bashri.

3. Satu Mushaf telah dihantar ke Kufah yang diketuai oleh Abu Abdul Rahman al-Sulami dan

dikenali sebagai Mushaf Kufi.

14
4. Satu Mushaf telah dihantar ke Syam yang diketuai oleh al-Mughirah bin Syihab dan

dikenali sebagai Mushaf Syami

5. Satu Mushaf telah ditinggalkan di Madinah yang diketuai oleh Zaid bin Thabit dan dikenali

sebagai Mushaf Madani ‘Am atau Mushaf Madani.

6. Satu Mushaf disimpan oleh Khalifah Uthman untuk dirinya dan dikenali sebagai Mushaf

Madani Khas atau Mushaf Imam.

Menurut pandangan Imam Abu Hatim al-Sajistani bahawa selain daripada Mashahif (mushaf-

mushaf) yang tersebut di atas, ada juga Mushaf yang dihantar ke Yaman yang dikenali sebagai

Mushaf Yamani dan Mushaf yang dihantar ke Bahrain yang dikenali sebagai Mushaf Bahraini.

Urusan penulisan al-Quran pada masa Khalifah Uthman bin ‘Affan tersebut telah dipersetujui para

sahabat (12,000 sahabat) yang masih hidup Ketika itu. Saiyidina Ali Karramallahu Wajhah berkata

mengenainya:

“Janganlah kamu mengatakann sesuatu terhadap Uthman melainkan yang baik sahaja.

Sesungguhnya Demi Allah! Segala sesuatu yang dilakukan olehnya terhadap mushaf itu adalah

dengan persetujuan dan kehendak kami semua”.

15
RUJUKAN

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Fiqh Siasah Khulafa’ Al-Rasyidin : Khalifah Uthman RA,

Permata Ummah, 2022.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Fiqh Siasah Khulafa’ Al-Rasyidin : Khalifah Abu Bakar RA,

Permata Ummah, 2022.

Abu Mardhiyah, Tajwid Al-Quran – Qira’at Asyim Jilid 1, Al-Jendeki Ent., 2019.

Majlis Agama Islam Selangor dan Kolej Universiti Islam Selangor, Perbendaharaan Al-Quran,

Selangor, 2008.

Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM), Modul Pengantar

Pengajian Al-Quran, Lajnah Tarbiah dan Dakwah PAS, Kuala Lumpur.

16

Anda mungkin juga menyukai