Anda di halaman 1dari 21

1.

0 PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM Takrif yang tepat tentang tamadun sama ada dari perspektif barat ataupun Islam sangat sukar untuk ditentukan. Ia berpunca dari kesukaran memilih istilah yang tepat bagi mengungkapkan konsep tamadun. Clive Bell dalam bukunya Civilization and Old Finds menjelaskan bahawa tamadun merupakan satu kriteria masyarakat. Hal ini bererti bahawa tamadun merupakan kata ukur yang dapat menyukat atau menentukan tahap pencapaian sesuatu tamadun. Menurut Ibn Khaldun pula, tamadun merupakan kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan,keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri iaitu popular dengan istilah umran yang bermaksud hadarah. Namun tamadun Islam merupakan tamadun peraturan hidup yang merangkumi aspek rohani serta jasmaniah insan yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah

sebagai pedoman. Oleh yang demikian, syariat Islam telah menggariskan lima prinsip utama yang dikenali sebagai Masaqid al-Syariah yang mesti dihormati dan dipelihara oleh setiap Muslim dalam membanginkan tamadun. Kelima-lima prinsip tersebut ialah memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara maruah dan keturunan, dan yang terakhir ialah memelihara harta. Prinsip tamadun Islam yang pertama iaitu memelihara agama menggambarkan keimanan dan nilai diri seseorang. Demi menjaga kesucian Islam, maka Islam tidak membenarkan penganutnya murtad. Setiap penganut Islam wajib berpegang teguh kepada agama anutannya. Mereka yang meninggalkan Islam pula diberi peluang untuk bertaubat. Namun sekiranya mereka enggan, pemerintah Islam boleh mengenakan hukuman berat ke atas pesalah murtad. Dalam pada masa yang sama, prinsip tamadun Islam yang pertama ini amat sesuai diamalkan kerana Islam menjamin suasana selesa bagi memupuk keharmonian hidup beragama dalam sesebuah masyarakat majmuk, terutamanya di Malaysia yang sememangnya terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum, suku, dan etnik. Tidak ada paksaan pada agama. Telah nyata kebenaran daripada kesesatan. (Surah al-Baqarah ayat 256)

Ayat tersebut atas menjelaskan bahawa dalam soal fahaman dan anutan agama seseorang tidak boleh memaksa seseorang untuk mengikuti fahaman agamanya. Islam memberi kebebasan untuk memilih agama yang diyakini. Orang bukan Islam bebas menganut agama yang mereka yakini dan bebas mengamalkannya. Islam mengiktiraf kemampuan manusia berbanding dengan makhluk lain untuk menggunakan akalnya dengan memberikan kebebasan untuk membeza dan memilih mana satu yang benar dan mana satu yang salah. Islam juga memberi seluas-luasnya ruang kepada kekuatan intelek untuk melakukan penelitian dengan hujah-hujah ilmiah untuk mencapai kebenaran. Ini membuktikan Islam memberi peluang kepada masyarakat pelbagai bangsa dan agama bukan sekadar berinteraksi dalam urusan harian, malah dalam perbincangan tentang keilmuan serta soal kepercayaan dan akidah. Dengan erti kata lain, Islam mengakui wujudnya agama lain namun begitu ini tidak bermakna Islam mengakui kebenaran agama-agama tersebut. Di dalam Islam tidak ada kompromi dalam soal akidah namun dalam soal-soal lain Islam menggalakkan umatnya berinteraksi dengan kelompok-kelompok berlainan agama. Prinsip tamadun Islam yang kedua ialah menjaga nyawa. Hal ini ekoran daripada nyawa adalah pinjaman Allah S.W.T. kepada manusia dan berikutan itulah manusia tidak dibenarkan membunuh diri atau membunuh orang lain secara sengaja mahupun tidak. Pemerintah boleh mengenakan hukuman bunuh terhadap orang yang memunuh orang lain secara tidak sah. Sebagai contoh keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia ialah hasil peranan Islam sebagai unsur terpenting kerana orang Melayu yang majoritinya beragama Islam, mempunyai kekuatan rohani dan intelek yang

membolehkan mereka membina kemahiran berkomunikasi, berinteraksi dengan sesiapa sahaja termasuk orang asing. Budaya yang berlandaskan Islam telah membentuk ciri-ciri kelembutan, mudah bersahabat, empati dan bertimbangrasa serta bertolak ansur. Ini menjamin keamanan dan mengelakkan perbalahan dan peperangan. Keharmonian dan keamanan menjamin nyawa terpelihara. Selain itu, Islam juga bersifat anjal. Islam mewajibkan umatnya berusaha untuk mempertahankan nyawa. Sekiranya sesuatu perkara atau perbuatan itu boleh menyelamatkan nyawa, walau pada awalnya hukumnya haram, tetapi masih boleh

dilakukan. Contohnya dalam bidang perubatan, ubat berbentuk cecair yang digunakan untuk merawat penyakit jantung adalah diambil dari babi yang kita sedia maklum akan hukum haramnya, namun jika ia dapat menyelamatkan nyawa pesakit ia adalah dibenarkan. Ia pastinya bersesuaian dan mudah diterima di kalangan masyarakat majmuk. Prinsip seterusnya ialah memelihara kewarasan otak demi kesejahteraan dan keharmonian hidup seluruh manusiakerana mereka yang boleh memudaratkan dirinya dan diri orang lain. Sehubungan dengan itu, Islam mengharamkan semua perkara dan perbuatan yang boleh merosakkan akal fikiran yang waras seperti penyalahgunaan dadah, meminum arak, dan juga segala jenis makanan dan minuman yang boleh memabukkan serta merosakkan akal fikiran. Menurut Islam, mereka yang melakukan kesalahan ini boleh dikenakan hukuman sebanyak 40 kali sebatan. Perkara-perkara yang menyentuh tentang cara serta makanan dan minuman yang baik untuk kesihatan tubuh badan dan akal fikiran juga diajarkan dalam Islam. Di dalam Al Quran ada dinyatakan tentang kebaikan pengambilan madu lebah sebagai ubat yang paling mujarab untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Menjaga kesihatan menjadi kewajipan umat Islam. Adab makan juga diajarkan di dalam Islam. Contohnya sebelum makan mestilah mencuci tangan supaya kekotoran pada tangan dapat dibersihkan. Islam juga mengesyurkan memegang makanan menggunakan tangan kanan kerana tangan kanan mengandungi kimia yang membantu penghazaman makanan. Makanan yang mudah dihadam menjamin kesihatan tubuh badan seterusnya menyihatkan fikiran dan akal. Tubuh badan yang sihat akan menjamin akal yang sihat ke arah membina negara dan menegakkan agama. Makanan yang dimakan atau minuman yang diminum hendaklah yang halal yang terhasil dari usaha yang halal kerana makanan dan minuman ini akan menjadi darah dan daging serta menjana minda. Makanan atau minuman yang haram akan mengotorkan jiwa dan merosakkan akal. Hendaklah perut itu dipaksa jangan sampai senang kepada kerakusan, sedikit sahaja makan dan itupun yang halal sahaja, menjauhi perkara-perkara syubhat dan dilarang untuk mengikut syahwat sehingga tidak mengenal batas.

(Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi; Intipati Ihya Ulumuddin Pengajaran Bagi Orang-orang Mukmin, halaman 1364 ) Prinsip tamadun yang digariskan dalam syariat Islam yang keempat ialah menjaga maruah dan keturunan manusia. Antara unsur kemuliaan seseorang insan ialah keturunannya. Hal ini ekoran daripada Islam amat menjaga kesucian keturunan manusia supaya taraf manusia tidak jatuh ke taraf haiwan. Demi menjaga kesucian keturunan manusia, Islam bukan sahaja mengharamkan zina, malah mengharamkan sesiapa yang menuduh orang lain berzina tanpa ada sebarang bukti yang jelas dan kukuh. Berdasarkan hukum Islam, pelaku zina boleh dihukum rejam hingga mati atau disebat sebanyak 100 sebatan bergantung kepada status pelaku zina tersebut, sama ada masih bujang atau sudah berkahwin. Malah, penuduh zina boleh dikenakan hukuman sebat sebanyak 80 kali sebatan sekiranya mereka gagal membawa empat orang saksi yang boleh dipercayai keterangan dan kesaksian mereka terhadap perbuatan zina tersebut. Contohnya di Malaysia kini pasangan Islam yang akan berkahwin diwajibkan untuk mengikuti kursus perkahwinan dan mulai tahun hadapan iaitu tahun 2009 mereka perlu menjalani ujian HIV (Warta 12, RTM 1, 23 Desember 2008). Ini adalah untuk memastikan bakal-bakal suami isteri mempunyai ilmu yang secukupnya untuk mengendalikan sebuah keluarga seterusnya melahirkan zuriat yang berakhlak mulia, sihat tubuh badan dan akal serta mampu menegakkan syariat Islam. Prinsip tamadun Islam yang terakhir iaitu melindungi harta benda dan manusia juga merupakan salah satu daripada apa yang digariskan dalam Maqasid al-Syariah. Hal ini kerana Islam sangat menitikberatkan soal menjaga hak-hak individu, termasuklah dalam soal pemilikan harta benda. Islam tidak melarang setiap penganutnya mengumpul harta yang halal, tapi dengan syarat individu tersebut perlulah membayar zakat yang menjadi kewajipan dalam agala Islam. Apabila seseoran itu menunaikan kewajipan berzakat tersebut, maka harta benda mereka tidak boleh dicerobohi oleh sesiapa pun. Pemerintah wajib melindungi hak-hak mereka daripada dirampas atau dicuri. Menurut Islam, mereka yang melakukan jenayah seperti meormpak, mencuri, dan meragut boleh dikenakan hukuman yang bersesuaian dengan

kesalahan yang dilakukan. Sebagai contoh, hukuman bagi kesalahan mencuri adalah potong tangan. Perkara ini ekoran tiada sesiapa pun yang berhak mengambil harta atau barang hak milik seseorang tanpa izin pemiliknya. Malah mereka yang memelihara hartanya akan diberi pahala oleh Allah S.W.T. Di Malaysia yang agama rasminya ialah agama Islam, sistem ekonomi alternatif yang serasi dengan nilai Islam diperkenalkan. Prinsip dan amalan nilai Islam juga diterapkan dalam pentadbiran. Usaha membanteras rasuah juga dijalankan. Program membasmi kemiskinan, mewujudkan keadilan sosial, meningkatkan produktiviti, mewujudkan masyarakat berintegriti, pengukuhan institusi keluarga, penekanan kepada pendidikan dan pencapaian ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi. Semua ini adalah usaha ke arah menjamin pemeliharaan harta benda. Hadis Rasulullah yang bermaksud: Abdullah bin Omar berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, Siapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid. (Diriwayatkan oleh Bukhari )

2.0 PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM DAPAT MENGATASI MASALAH SOSIAL 2.1 Memelihara agama

Islam menjamin suasana selesa bagi memupuk keharmonian hidup beragama dalam sesebuah masyarakat majmuk sepertimana yang ada di negara kita, Malaysia. Masyarakat majmuk sememangnya tidak asing lagi bagi Islam.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak semoga kamu dapat kenal mengenali antara satu sama lain: (Al-Hujurat, ayat 13)

Namun begitu, sebagai ciptaanNya, kita tidak boleh sewenang-wenangnya mereka-reka dan mengubah agama yang sedia ada, terutamanya agama Islam yang sememangnya mempunyai hukum-hakam yang tersendiri. Islam mengakui wujudnya agama lain namun begitu ini tidak bermakna Islam mengakui kebenaran agama-agama tersebut. Di dalam Islam tidak ada kompromi dalam soal akidah namun dalam soal-soal lain Islam menggalakkan umatnya berinteraksi dengan kelompok-kelompok berlainan

agama. Hal ini bukan untuk merosakkan akidah penganut Islam, tetapi untuk mendidik sikap bertoleransi dan tolong menolong antara umat manusia. Perkara yang paling utama ialah Islam mahukan penganutnya menunjukkan contoh teladan yang baik terhadap penganut agama lain bagi menarik minat mereka untuk turut menjadi hamba Allah yang menurut segala perintah dan menjauhi segala laranganNya.

Sebagai contoh, seperti gambar di atas yang menunjukkan 21 orang pengikut ajaran sesat yang dicekup. Mereka telah menghalalkan apa yang haram dalam agama Islam walhal ajaran yang dibawa mereka kononnya masih berpegang kepada agama Islam yang mengikut ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Perkara ini mampu merosakkan akidah seluruh umat manusia, terutamanya yang masih baru dalam meniti usia remaja yang masih tercari-cari pegangan agama.

Apabila prinsip memelihara agama ini diaplikasikan sepenuhnya dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang Muslim, prinsip agama yang dipegang kita selama ini akan sukar digoyah oleh mana-mana ajaran sesat atau agama lain yang tidak pasti mengenai Tuhan mereka sendiri yang direka daripada hasil tangan mereka. Wlaubagaimana pun, kita seharusnya hormat rterhadap ajaran agama lain kerana mereka juga menerapkan nilai-nilai murni dalam ajaran mereka. Namun, ajaran sesat masih dianggap salah kerana kebanyakan ajaran sesat banyak menggunakan dasar ajaran Islam dengan mengolah hukum dan peraturan mereka yang tersendiri. Contohnya ajaran Ayah Pin yang cukup mengejutkan umat Islam ekoran ajaran sesat yang dibawanya hanya mula disedari setelah ramai umat manusia sudah tersesat dan ajarannya juga telah mula meluas hingga ke seluruh negara serta di Indonesia. Sebagai negara yang berteraskan agama Islam, pertubuhan dan persatuan Islam yang terdapat dalam negara kita telah melupus serta menghapuskan ajaran tersebut dan membantu orang ramai yang telah tersesat ke jalan yang betul dengan bertujuan untuk memelihara agama. Begitu juga dengan ajaran sesat yang lain, termasuklah mereka yang mengaku diri mereka sebagai utusan Tuhan mahupun nabi selepas nabi kita iaitu Rasulullah S.A.W.

2.2 Menjaga nyawa

Islam mewajibkan umatnya menjaga keselamatan dan mengharamkan perkara atau perbuatan yang boleh membahayakan nyawa. Membunuh tanpa sebab merupakan dosa besar. Membunuh diri juga merupakan dosa besar dan akan ditimpa azab di akhirat nanti. Perselisihan, perbalahan atau pergaduhan sangat dilarang kerana ia akan merosakkan keharmonian dan mungkin menyebabkan pembunuhan dan kehilangan nyawa. Justeru itu Islam amat menekankan cara hidup yang harmoni.

Sebagai contoh keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia ialah hasil peranan Islam sebagai unsur terpenting kerana orang Melayu yang majoritinya beragama Islam, mempunyai kekuatan rohani dan intelek yang membolehkan mereka membina kemahiran berkomunikasi, berinteraksi dengan sesiapa sahaja termasuk orang asing. Budaya yang berlandaskan Islam telah membentuk ciri-ciri kelembutan, mudah bersahabat, empati dan bertimbangrasa serta bertolak ansur. Ini menjamin keamanan dan mengelakkan perbalahan dan peperangan. Keharmonian dan keamanan menjamin nyawa terpelihara.

Berdasarkan gambar di atas yang jelas menunjukkan pergaduhan antara remaja yang masih dibangku sekolah sememangnya menjadi isu utama media massa kini. Hal

ini berikutan statistik yang dikeluarkan oleh bebrapa pihak, termasuklah pihak polis yang menyatakan bilangan pelajar yang dibuli di luar mahupun di dalam kawasan sekolah semakin meningkat dari sehari ke sehari. Hal ini ekoran daripada sesetengah pelajar yang menganggap diri mereka lebih berkuasa dan layak mendera dan sebagainya terhadap pelajar yang lemah serta kurang upaya.

Selaras dengan prinsip agama Islam yang mementingkan nikmat nyawa, beberapa pihak telah mengembleng tenaga bagi mengelak serta menghapuskan gejala buli yang ada dalam negara kita, di Malaysia. Antaranya ialah menubuhkan persatuan seni mempertahankan diri di sekolah seperti taekwando dan seni silat gayung, silat cekak, silat gayuman, dan sebagainya. Hal ini bagi memudahkan pelajar melindungi diri sendiri serta orang lain daripada sebarang anasir jahat yang berniat untuk membuli terutamanya.

Pelajar yang membuli juga turut dikenalpasti bukan sahaja oleh pihak berkuasa di sekolah, malah juga turut dijejaki oleh pihak polis. Hal ini berikutan kerjasama yang dijalankan oleh pihak sekolah dan polis bagi membanteras isu ini ekoran hal ini bukan sahaja melibatkan nyawa pelajar, malah turut mengganggu prestasi akademik sekaligus keharmonian negara kita. Matlamat negara untuk melahirkan geberasi yang cemerlang, gemilang , dan terbilang untuk tampuk kepimpinan baru kelak juga bakal kecundang kerana pelajar ang bakal meneraju negara suatu hari nanti dalam ketakutan untuk ke sekolah dengan adanya pelajar yang suka membuli dan menganiaya orang lain.

2.2 Memelihara akal

Selain perkara-perkara yang menyentuh tentang cara serta makanan dan minuman yang baik untuk kesihatan tubuh badan dan akal fikiran, mengelak serta menjauhi perkara yang boleh melalai dan memabukkan juga diajarkan dalam Islam. Begitu juga adab melakukan pekerjaaan. Islam mengajar umatnya memulakan langkah dengan kaki kanan kerana pergerakan anggota kanan akan mengaktifkan otak kiri. Otak kiri yang aktif akan melahirkan insan yang cerdik serta kuat ingatan dan akalnya. Melakukan perkara yang merosakkan diri juga adalah dilarang. Contohnya minum arak dan mengambil dadah seperti yang terdapat pada gambar di atas. Perkara tersebut dilarang kerana boleh menyebabkan mabuk dan merosakkan akal yang dikurniakan kepada satu-satunya makhluk ciptaanNya, iaitu kita, manusia sebagai khalifah di muka bumi Allah S.W.T. Mabuk dan akal yang rosak ini menjadikan manusia tidak siuman seterusnya menggalakkan mereka melakukan kemudaratan kepada diri, orang lain serta persekitarannya. Merokok dan menyalahguna dadah adalah dilarang kerana ia merosakkan kesihatan dan membahayakan nyawa. Merokok akan merosakkan paru-paru dan hati

10

perokok serta orang-orang yang terhidu asap rokok. Paru-paru dan hati yang rosak boleh menyebabkan kematian. Penyalahgunaan dadah akan merosakkan seluruh sistem saraf dan boleh menyebabkan kematian. Sewajarnya sebagai negara yang berpegang kepada agama Islam, kita perlu menguatkuasakan undang-undang mengharamkan rokok dan kelab serta syarikat yang mengeksport dan mengimport arak serta dadah dalam negara kita. Begitu juga dengan kelab malam dan tempat perjudian yang seharusnya dilupuskan kerana boleh melalaikan umat manusia walaupun kebanyakan perkara ini mampu menjana ekonomi negara. Namun, sebagai manusia yang dianugerakan akal dan fikiran. Kita sepatutnya menjauhi perkara yang boleh melalaikan dan sebagainya walau terdapat pelbagai hiburan atau perkara yang boleh memabukkan kita. Untuk lebih menjamin kewarasan akal, Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu demi meningkatkan tahap pemikiran. Umat Islam digalakkan menimba ilmu sebanyak-banyaknya walau di manapun supaya dengan ilmu yang dimiliki akal akan terpelihara seterusnya menghindar diri dari melakukan perkara-perkara yang menyalahi norma masyarakat serta ditegah oleh agama. Malah mencari ilmu itu merupakan satu ibadat dan jihad di dalam Islam. Tidak syak lagi hal ini sangat bersesuaian dengan nilai agama lain dan sesuai diamalkan oleh semua orang.

11

2.4 Memelihara maruah dan keturunan

Islam mendidik umatnya untuk sentiasa memelihara maruah dan keturunan. Islam mengharamkan zina demi mengelakkan keturunan yang tidak menentu nasabnya. Ekoran daripada itu jugalah Islam telah mengiktiraf perkahwinan poligami namun ia tidak diwajibkan dan bukan sesuatu yang digalakkan. Poligami dibenarkan adalah demi memelihara maruah dan keturunan zuriat yang bakal dilahirkan. Ini berbeza dengan fahaman lain selain Islam. Contohnya di Barat, poligami tidak dibenarkan tetapi undang-undang

membenarkan lelaki dan perempuan hidup bersekedudukan. Akibatnya lahirlah anakanak luar nikah yang tidak tentu keturunannya serta merebaknya penyakit berjangkit seperti AIDS atau penyakit kelamin yang lain. Seterusnya terbentuklah masyarakat yang rosak akhlaknya dan tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Justeru itu tidak syak lagi prinsip Tamadun Islam sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk. Masyarakat bukan Islam boleh juga melaksanakan peraturan seperti masyarakai Islam negara ini yang mewajibkan pasangan yang bakal berkahwin mengikuti kursus perkahwinan dan menjalani ujian HIV. Ini akan memelihara maruah dan keturunan mereka.

12

Sepertimana gambar di atas, negara kita juga turut terkena tempias pengaruh yang diwa Barat yang membebaskan pergaulan antara pasangan yang berlainan jantina iaitu lelaki dan wanita. Perkara ini lebih berleluasa dalam kalangan masyarakat remaja kita yang masih menuntut di institusi pengajian terutamanya. Apabila isu ini dibangkitkan, maka maisng-masing menuding jari menyalahkan orang lain mengenai remaja kita yang kian hanyut dek arus pemodenan negara. Hal ini sebenarnya berpunca daripada bukan sahaja satu pihak tetapi semua pihak bersalah keran amsingmasing tidak memainkan tanggungjawab yang dipikul sebaiknya, terutamanya sebagai khalifah di muka bumiNya ini. Bukan sahaja ibu bapa dan pihak pengurusan atau pentadbiran sekolah mahupun sesebuah institusi pengajian tinggi yang perlu mencegah perkara ini, malah sebagai masyarakat awam, kita seharusnya mengembleng tenaga mengelakkan isu ini terus menjadi tajuk utama di dada akhbar dan media elektronik. Oleh itu, kita

seharusnya sepakat dalam mengendalikan hal ini melalui kerjasama setiap lapis masyarakat. Rasulullah s.a.w. telah bersabda di dalam sebuah hadith: Barangsiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kekuasaannya), jikalau tidak berkuasa hendaklah mencegah dengan lisannya, jikalau tidak berkuasa juga, hendaklah mencegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman.

13

2.5 Memelihara harta

Setiap individu berhak mencari rezeki masing-masing serta berusaha untuk mendapat, mengumpul dan menggunakan harta benda mereka secara bebas mengikut kemampuan masing-masing selagi tidak melanggar norma masyarakat dan agama. Harta atau kekayaan yang diperoleh dari usaha sendiri dengan cara yang halal berhak dipelihara dan dipertahankan. Tiada sesiapa berhak mengambil tanpa izin pemiliknya. Mereka yang memelihara hartanya akan diberi pahala oleh Allah S.W.T. Menjaga harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan, sebagaimana firman Allah Taala: "Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang

14

mereka usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Al-Maidah: 38)

"Hanya balasan orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh saja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas saja) atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksaan yang amat besar." (Al-Maidah: 33) Keratan akhbar seperti gambar di atas cukup jelas membuktikan peragut dan perompak dalam negara kita semakin liar dan berleluasa. Mereka bukan sahaja mengambil hak milik orang lain, malah turut mencederakan orang demi mendapatkan harta yang bukan hak milik mereka. Perkara ini lebih menyedihkan kerana golongan yang beragama Islam juga turut terlibat dalam aktiviti ini. Namun perkara yang harus dilihat disini bukanlah salah sesiapa tetapi hanya perlu mencari semula punca peragut dan perompak ini kian berani menonjolkan diri walaupun di siang hari. Mungkinkah juga kerana peraturan yang sedia ada di negara kita belum mampu membuatkan mereka gerun dan berhenti aktiviti yang dilakukan. Seperti yang sedia maklum, zaman Rasulullah terdahulu menggunakan kaedah memotong tangan terhadap si pencuri di hadapan khalayak ramai. Hal tersebut bukanlah mahu menakut-nakutkan orang ramai tetapi untuk mereka menjadikan pengajaran agar menjauhi perkara yang dilarang oleh agama itu. Prinsip memelihara harta benda sangat jelas dalam agama Islam sehinggakan akibat dan hukum yang dikenakan kepada pencuri cukup digeruni oleh orang ramai. Mereka yang melakukan jenayah juga tidak berani lagi mengulangi kesilapan diri sendiri ataupun orang lain yang dilihat mereka.

15

16

3.0 REFLEKSI Syukur ke hadrat Yang Esa kerana dengan izinNya dapat menyiapkan tugasan yang diamanahkan dengan jaya, tepat pada waktunya. Seribu langkah bermula dari langkah pertama. Oleh itu saya terlebih dahulu mengkaji secara lebih mendalam prinsip-prinsip tamadun Islam yang digariskan oleh syariat yang dikenali sebagai

Masaqid al-Syariah secara keseluruhannya bagi melicinkan tugasan yang diperolehi. Kajian daripada pembacaan daripada pelbagai sumber menjadi lebih mudah apabila tugasan yang kami perolehi telah kami pelajari semasa waktu pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, masih terdapat pelbagai ilmu baru yang saya dapat sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah mengenai kelima-lima prinsip dalam Islam yang sememangnya perlu diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Hal ini bagi membolehkan kita mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta, sekaligus menjauhkan diri daripada laranganNya. Pada masa yang sama, minat untuk mendalami bidang falsafah ini sedikit sebanyak tersemai dalam diri saya ekoran ilmu baru yang membajai minat yang sedia ada sebelum ini. Perkara ini berikutan banyak ilmu falsafah yang saya perolehi sepangjang menyiapkan tugasan, terutamanya mengenai tamadun Islam. Melalui tugasan ini serta Falsafah Pendidikan, saya dapat melihat perbezaan antara falsafah pendidikan barat dan Islam secara lebih jelas. Malah rasa sayang terhadap agama sendiri dan ingin mendalami ilmu agama lebih terasa apabila pengkajian mengenai tamadun Islam dan tamadun asia dijalankan. Walaubagaimana pun setiap kejayaan itu bermula dengan kegagalan. Melalui proses meyiapkan tugasan, saya turut menganalisis kelemahan dan kekuatan yang ada pada diri saya. Antara kelemahan saya yang saya dapat kenal pasti ialah mengambil mudah sesuatu perkara atau kerja. Hal ini kerana pada awalnya saya beranggapan tugasan ini sangat mudah dan tidak bertanyakan pensyarah mengenai sebarang kesulitan semasa taklimat kerja khusus diberikan. Namun saya mula terkapai-kapai apabila cuba menghuraikan makna soalan tugasan dan terpaksa bertanyakan rakan. Alhamdulillah, hasil muhasabah diri, saya cuba menyiapkan tugasan mengikut

17

kehendak soalan dan tidak berasa jemu untuk berjumpa dengan pensyarah bagi mendapatkan maklum balas serta penambahbaikan dalam hasil kerja saya. Kekuatan atau kelebihan yang ada pada diri saya pula ialah sebagai bekas pemidato sekolah yang sentiasa perlu mengemaskini maklumat semasa serta statistikstatistik yang dikeluarkan oleh sesuatu sumber. Pengalaman saya banyak membantu saya untuk mencari maklumat mengenai tugasan dan sekaligus mengkaji pendapatan statistik mengenai pelajar di sekolah atau isu remaja masa kini. Sifat sabar yang diterapkan sejak kecil lagi oleh kedua-dua ibu bapa saya turut memainkan peranan ekoran saya terpaksa banyak berdikari untuk menyiapkan tugasan . Walaubagaimana pun, saya berpuas hati dengan hasil kerana banyak keringat yang dikerahkan dan saya berusaha sedaya yang mungkin untuk menghasilkan tugasan ini. Akhir kalam, saya berharap, melalui pengalaman menyiapkan tugasan ini, saya mampu melatih diri saya untuk menjadi seorang guru yang berfikiran luas, kreatif, kritis, kritikal dan mampu melahirkan pelajar yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Saya turut berharap agar saya mampu untuk menjadi seorang pendidik yang mampu menjadi role model kepada anak didik saya kelak kerana ada perumpaan yang menyatakan guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

18

19

1) Ahmad Zaki Abd. Latif, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros (2009), Buku Teks Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Oxford Fajar Sdn.Bhd, Selangor Darul Ehsan.

2) Azhar Hj. Mad Aros (2007), Teks Pengajian Tinggi Fajar Bakti Tamadun Islam dan Tamadun Asia Kertas 1 dan 2, Oxford Fajar Sdn.Bhd, Selangor Darul Ehsan.

3) http://pismpmathc5ipgkba.blogspot.com/2010/02/prinsip-prinsip-tamadun-islamsesuai.html

4) http://hjhruhayah.blogspot.com/2008/12/prinsip-prinsip-tamadun-islam-sesuai.html

5) http://tamanilmu.com/downloads/RB_Pengajian_Tamandun_Islam.pdf

6) http://www.scribd.com/doc/4905195/TAMADUN-ISLAM

7) http://www.google.com.my/images?hl=en&source=hp&biw=1366&bih=605&q=perga duhan&gbv=2&aq=f&aqi=&aql=&oq=

8) http://www.google.com.my/images?hl=en&source=hp&biw=1366&bih=605&q=ajaran +sesat&gbv=2&aq=f&aqi=g5g-m1&aql=&oq=

9) http://www.google.com.my/images?hl=en&source=hp&biw=1366&bih=605&q=kes+r agut&gbv=2&aq=f&aqi=g1&aql=&oq=

10) http://www.google.com.my/images?hl=en&biw=1366&bih=605&gbv=2&tbs=isch%3A 1&sa=1&q=maksiat&aq=f&aqi=g10&aql=&oq=

20

21

Anda mungkin juga menyukai