Anda di halaman 1dari 15

Pengertian sosial

menurut kamus Dewan, sosial bererti segala yang berkaitan dengan masyarakat. Kamus Dewan menyebut masyarakat sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama (dalam suatu tempat dengan teratur dan cara tertentu).

Matlamat sosial
Bagi membolehkan masyarakat melaksanakan aktiviti mereka masing-masing untuk mencapai atau memenuhi keperluan mereka sama ada dari sudut rohani @ jasmani.

ASAS-ASAS PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM

Segala peraturan & sistem tidak dapat lari dari soal kepercayaan (keimanan). Menjadi dasar kehidupan manusia. Hidup adalah tidak bererti tanpa keimanan.
Orang yang beriman percaya kepada Allah dan terima segala petunjuk serta ajaran Rasullulah. Islam tidak menilai sesuatu berdasarkan keturunan, warna kulit tetapi berasaskan takwa dan iman. Takwa adalah lambang kelebihan dan kemuliaan manusia. Persaudaraan yang diikat dengan asas iman akan terbentuk suatu hubungan yang kukuh di antara umat Islam.

Manusia perlu hidup berperaturan dan mengikut ketetapan yg. telah ditentukan oleh Allah demi kestabilan alam keseluruhannya. Syariat Islam ialah undang-undang Allah yg.diturunkan bagi mengatur setiap urusan manusia seharian. Keupayaan manusia adalah terbatas, perlu syariat & petunjuk Ilahi untuk kesempurnaan hidup. Tujuan syariat yang utama adalah memelihara akal, keturunan, harta benda, agama daripada disalahgunakan. Syariat Islam terkandung dalamnya pelbagai keadilan dan peraturan adalah bertujuan untuk mengikatkan semua manusia dalam satu ikatan Ilahi.

Asas pembentukan masyarakat bertamadun. Membentuk masyarakat yang kuat dan berfungsi serta menwujudkan masyarakat adil, makmur, penyayang. Terbina masyarakat yang benar-benar bersatu tanpa sebarang syak wasangka, hasad dengki, pilih kasih, perbezaan kulit dll. Pembentukan masyarakat adil tanpa kezaliman dan diskriminasi. kedudukan mulia manusia tidak kekal, akan jatuh ke kedudukan hina jika tidak memelihara sifat kamanusiaan dan akhlak.

BERSUMBERKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH


BERASASKAN NILAI KEADILAN BERASASKAN NILAI AKHLAK BERASASKAN NILAI KASIH SAYANG BERASASKAN NILAI KEBEBASAN DAN PERSAMAAN

HAK MILIK TERPELIHARA USTAZ AHAMD KILANI

Bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah


Menjadi sumber rujukan penyusunan masyarakat Islam. Mengandungi segala nilai, dasar, prinsip dan pelbagai peraturan untuk kepentingan hidup manusia sejagat. Peraturan hidup yg. bersendikan wahyu sentiasa terpelihara dan terjamin daripada sebarang bentuk pengaruh hawa nafsu dalam menwujudkan peraturan. Sistem masyarakat yg. berdasarkan petunjuk Ilahi tidak akan terdapat sebarang kecacatan kerana datang dari Allah.

Terjamin keselamatan manusia di akhirat dan dunia. Bagi yg. mengikut nafsu akan sesat dan rugi di dunia dan akhirat.

Berasaskan Keadilan
Syariat Islam diturunkan untuk menegakkan keadilan dan memernagi kezaliman.

Banyak ayat Allah S.W.T dan hadis Nabi menyuruh manusia adil dalam semua perkara dan peringkat.

Dengan wujud keadilan, perasaan tidak puas hati dan hasad dengki dapat dihapuskan.

Keadilan juga ditegakkan atas kebijaksanaan dan kemaslahatan.

Berasaskan Nilai Akhlak


Menwujudkan masyarakat baik, bertamadun, aman dan harmani.

Masyarakat yg. Menghayati nilai-nilai akhlak yg. terpuji biasanya dipuji, disanjung dan dikenali masyarakat bertamadun. Kedatangan Rasulullah S.A.W adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia yg. sudah dipengaruhi oleh nilai-nilai akhlak jahiliyah. Islam menyeru manusia berakhlak supaya menyedari hidup bermasyarakat lebih bererti dan bahagia daripada hidup menyendiri.

Berasaskan Kebebasan dan Persamaan


Manusia dianugerahkan oleh Allah suatu yang istimewa iaitu kebebasan untuk manusia mengatur tingkah lakunya. sesiapa yang membuat pilihan berdasarkan Allah akan dapat ganjaran. Sebaliknya yang ikut nafsu akan dapat nafsu dan dosa. kebebasan tidak boleh melampaui batas akhlak, akidah dan syariat. Kebebasan Islam termasuk kebebasan siyasah, berfikir, memiliki dan sebagainya. Islam melarang umat hidup berpuak kerana dianggap dari jenis & keturunan sama. Persamaan merangkumi aspek akidah, akhlak dan syariat.

Berasaskan Kasih Sayang


Masyarakat Islam ditegakkan di atas dasar kasih sayang (mahabbah) yang berterusan.

Islam menitikberatkan soal kasih sayang antara manusia sebagai tanda seseorang ini benar-benar beriman.
Sifat kasih sayang menjamin keutuhan masyarakat sebaliknya sikap kezaliman, hasad dengki dan sebagainya ditentang hebat kerana dianggap akan memusnahkan masyarakat Islam.

Langkah pertama ialah perkahwinan kerana merupakan satu wasilah mengikatkan kasih sayang antara suami isteri yang menjadi tonggak masyarakat.

TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Memelihara hak Individu

Memelihara kehormatan

Memelihara hak Jiran Memelihara hak Beragama

Memelihara Keadilan

Memelihara hak jiran bentuk hubungan yg. kuat. terbina sifat saling menolong, menghormati. terhindar dari sifat keburukan seperti fitnah, mengumpat, mementingkan diri sendiri dan sebagainya. Memelihara hak beragama tiada paksaan dan bebas pilih agama. rakyat masing-masing mengamalkan peraturan agama dianutinya.. orang bukan Islam bawah pemerintahan Islam dapat menikmati kebebasan beragama.

Memelihara hak individu hak milik harta benda dan kehormatan jiwa. harta dianggap hak milik seseorang dan tidak boleh diceroboh. Islam menghalang umatnya menjadikan harta sebagai matlamat hidup yang utama. Memelihara kehormatan memelihara kehormatan, maruah dan keturunan adalah dasar Islam. manusia yang beriman ialah manusia yang paling mulia di sisi Allah.

Memelihara keadilan
Rasulullah S.A.W ialah orang pertama membentuk perlembagaan bertulis yang dikenali sebagai Syaqifah Madinah. Perlembagaan Madinah memperuntukkan kerajaan pusat untuk menjamin keadilan dan keamanan tanpa hakis kuasa, adat dan keistimewaan golongan tertentu. Rakyat akan dikenakan hukuman mengikut kesalahan yang dilakukan bukan kedudukan, warna kulit atau bangsa.

Anda mungkin juga menyukai