Anda di halaman 1dari 18

PENGERTIAN DAN MAKSUD ISLAM 1

Perkataan Islam berasal dari bahasa arab ertinya sejahtera , aman, harmoni dan dirujuk dari
istilah memberi makna menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan
mentauhidkannya dengan penuh kenyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan
meninggalkan larangannya .

Maksud Islam ialah , Agama ciptaan Allah yang lengkap lagi sempurna dengan segala peaturan
dan undang-undang yang merangkumi penyususnan kehidupan manusia , baik yang mengenai
orang perseorangan , kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan sekaligus menghubungkan
manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam sejagat bagi menjamin kesejahteraan ,
keselamatan , kesempurnaan dan kebahgiaan di dunia dan akhirat .

Islam sbagai Ad-Dinn mengajar dan menyuruh umatnya berpandangan jauh dengan
mengambil kira kepentingan dunia dan akhirat secara seimbang dan seiring. Islam memberi
perhatian kepada kepentingan jasmani sama diberi kepada kepentingan rohani, agama dan
kemajuan di dunia dan akhirat.
Pengertian Ad-Dinn2

Perkataan Ad-Dinndalam bahasa arab membawa pengertian kepada agama. Maksudnya suatu
cara hidup atau atau bentuk hidup atau peraturan hidup atau suatu pegangan hidup . Islam ialah
agama dan tidak semua agama itu Islam . Maka jika dua perkataan itu digandingan , ia menjadi
Agama Islam yang memabwa maksud suatu pegangan hidup atau cara hidup yang menjamin
segala keselamatan di dunia dan akhirat . Firman Allah ;Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah
Islam ., Al-Imran ayat 19.

http://azharjin.blogspot.com/
Pengertian Muslim2

Seorang muslim adalah seseorang yang lain selamat daripada kejahatan tangan dan mulutnya.

Apakah yang dimaksudkan seorang muslim itu apabila seseorang lain terselamat dari lidah dan
tangan? Bukankah cukup dengan syahadah saja? bukankah dengan solat sebagai bukti lambang
kita muslim?

Ya.. itu benar..tapi..muslim yang sebenar adalah muslim yang bersifat penyelamat, pelindung,
penjaga.

Kerana seorang yang muslim amat menjaga keislamannya.Ia sentiasa menjaga agama suci islam
daripada dicalari dirinya sendiri bahkan jauh dari mencela, menghina mempermainkan dan jauh
dari batas-batas keislamannya. Islam dalam dirinya itu bersifat menyelamatkan, dan agama itu
juga menyelamatkan dirinya daripada perkara keji dan kemungkaran.

Seringkali kita dengar, solatlah yang membezakan kita dengan agama lain. Dengan solat, kita
patuh dan tunduk pada Allah yang satu, tetap setia pada syariatnya. Dengan itu solat mendidik
hati,jiwa dan disiplin diri. Maka, dengan kekuatan pegangan kita pada islam, kita mengerjakan
solat, lalu terdidiklah segala akhlak diri dengan perlakuan dan perkataan yang baik.

Kerana itulah, kita dapati hadis ini menunjukkan bahawa individu muslim yang sesungguhnya,
adalah individu yang amat menitikberatkan perlakuan diri kepada oranglain. Individu yang amat
menjaga dirinya serta lidahnya daripada menjadi pembunuh, pembunuh jiwa-jiwa yang halus dan
lembut dengan ketajaman lidahnya. Individu yang berhati-hati membawa imej islam. Muslim
yang menjadi pelindung kepada agamanya.Islam.

Oleh itu, Hadis ini sepatutnya menjadi pegangan dan ingatan serta nasihat bagi seluruh individu
muslim dalam membawa agama yang menjadi sanjungan agar agama itu bukan sahaja menjadi
pegangan hidup, malah mendidik dan terus terdidik dengan ilmu yang diajari islam.
http://sofwatuzzihni.blogspot.com/

CIRI-CIRI DAN KEISTIMEWAAN3

Perbincangan tentang ciri-ciri dan keistimewaan Islam dalam tasawwur tidak diperoleh secara
khusus dalam al-Quran, al-Hadith mahupun penulisan para ulama silam. Namun, berdasarkan
pemerhatian dan kajian yang teliti, mendalam serta objektif terhadap ajaran dan isi kandungan
Islam, maka kita dapat simpulkan bahawa Islam mempunyai beberapa ciri dan keistimewaan
unggul yang membezakannya daripada ajaran-ajaran lain. Ciri-ciri dan keistimewaan Islam ini
dapat dapat dirumuskan seperti berikut:
Rabbani (Ketuhanan)

Rabbani atau ketuhanan bermaksud segala hukum, konsep, nilai dan peraturan yang terdapat di
dalam Islam adalah ditetapkan dan diwahyukan oleh Allah s.w.t. Ia bukanlah hasil pemikiran dan
ciptaan manusia. Peranan manusia hanyalah sekadar memahami, memperkembangkan dan
melaksanakannya dalam kehidupan mereka. Manusia, walau setinggi mana pun kedudukannya,
tiada hak untuk campur tangan dalam urusan ketuhanan seperti penentuan hukum haram, halal,
dosa, pahala, nilai baik, buruk, jahat dan sebagainya. Peranan manusia dalam hal ini hanyalah
untuk mengkaji dan mengenal pasti hukum Allah dalam sesuatu perkara. Kemudian, setelah jelas
kepada mereka tentang hukum tersebut maka mereka perlu melaksanakannya dalam kehidupan.

Ciri-ciri rabbani ini dinyatakan oleh Allah s.w.t. pada banyak tempat di dalam al-Quran.
Antaranya, firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah turunkan kepada kamu kitab (al-Quran) dengan kebenaran, maka
taatlah kepada Allah dengan penuh keikhlasan kepada-Nya, ingatlah bahawa agama yang bersih
(benar) itu adalah milik Allah.

(Surah al-Zumar: 2 3)
Al-Thabat wa al-Murunah (Tetap dan anjal)

Thabat bermaksud tetap atau tidak berubah. Dalam konteks ajaran Islam, ada perkara yang telah
tetap dan tidak boleh dipinda dan diubah-ubah dasar, prinsip dan perlaksanaannya. Antara
perkara yang termasuk dalam konsep thabat adalah aspek akidah dan hukum-hakam amaliyyah
yang dinyatakan secara qati (pasti) dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Konsep al-thabat dalam aspek akidah dapat dilihat dari segi kepercayaan terhadap Allah s.w.t.
yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Perkara-perkara berkaitan akidah adalah tetap dan
tidak boleh dipinda atau diubah-ubah. Sementara dalam konteks amaliyyah seperti ibadat solat,
puasa, haji dan zakat telah ditetapkan cara dan waktu perlaksanaan dalam syariat Islam. Begitu
juga beberapa prinsip dalam muamalat seperti pengharaman riba, gharar (unsur-unsur yang tidak
ketentuan), kewajipan saling meredai dalam berakad dan lain-lain. Selain itu, hukum jenayah
yang diwajibkan dalam al-Quran dan al-Hadith seperti hukum hudud dan qisas tidak boleh
diubah-ubah perlaksanaannya. Begitu juga hukum haram bagi perkaraperkara yang dijelaskan
oleh al-Quran dan al-Sunnah seperti khinzir, minum arak, berjudi dan riba. Perkara-perkara ini
ditentukan secara qati dan tidak mungkin berubah sampai bila-bila. Perkara-perkara seperti
inilah yang termasuk dalam konsep al-thabat.

Al-Murunah (anjal) pula bermaksud bahawa selain daripada perkara-perkara pokok dan dasar
yang tidak boleh berubah, terdapat juga perkara-perkara ranting dan cabang yang boleh berubah
mengikut kesesuaian dengan perubahan maslahah manusia sepanjang peredaran zaman. Hal ini
menjadikan agama Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t. sentiasa sesuai dan bersifat senang
dan mudah untuk diamalkan. Islam mementingkan kemudahan dan tidak sesekali menyusahkan
umatnya dalam mengamalkan segala ajarannya. Sebagai contoh, solat adalah wajib dan perlu
dilaksanakan mengikut ketetapan rukun. Walaubagaimanapun, jamak dan qasar dibenarkan
dalam solat sekiranya seseorang itu bermusafir. Ini terbukti bahawa hukum Islam tidak statik,
sebaliknya bersifat anjal dan fleksibel dengan memberi keutamaan kepada keselesaan
penganutnya.

Ciri menjaga kepentingan manusia ini dapat dilihat dengan jelas dalam firman Allah s.w.t. yang
bermaksud:

Allah tidak sesekali memberatkan seseorang itu kecuali dengan kadar upayanya. Baginya
(pahala) bagi kebaikan yang dikerjakannya, dan keatasnya (dosa) bagi kejahatan yang
dikerjakannya. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau seksa kami atas apa yang kami terlalai atau
silap padanya. Ya Tuhan kami, Janganlah Engkau pikulkan pekerjaan yang berat ke atas kami
sebagaimana yang Engkau bebani ke atas mereka yang sebelum daripada kami.

(Surah al-Baqarah: 286)

Waqiyyah (Realistik)
Waqiyyah bermaksud ajaran Islam bersifat praktikal dan realistik iaitu bersesuaian dengan
realiti kehidupan manusia. Ajaran Islam sentiasa seiring dengan kenyataan hidup manusia.
Dalam menetapkan sesuatu hukum atau peraturan, Islam sentiasa mengambil kira realiti semasa,
setempat dan adat yang diamalkan. Umpamanya, jika sesuatu masyarakat telah mengamalkan
sesuatu adat atau budaya tertentu dalam menjalankan aktiviti ekonomi atau perniagaan antara
mereka, dan adat itu pula tidak mendatangkan sebarang keburukan dan tidak bertentangan
dengan prinsip-prinsip Islam, maka ia diiktiraf dan diterima dalam Islam.

Selain itu, dalam memerintahkan ketaatan manusia kepada hukum-hukumnya, Islam tidak
membebankan manusia dengan hukuman yang tidak realistik sehingga manusia tidak mampu
menunaikannya. Misalnya, Islam tidak memerintahkan manusia untuk beribadat sepanjang masa
sehingga mengabaikan kerja-kerja harian untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan diri,
keluarga, masyarakat dan negara. Malah, kerja-kerja harian ini jika dilakukan dengan betul dan
memenuhi syarat-syaratnya, turut dianggap sebagai ibadat dan pelakunya diberi pahala yang
banyak.

Islam merupakan agama yang sangat mementingkan keadilan. Namun begitu, pada masa yang
sama, Islam mengiktiraf bahawa dalam realiti kehidupan manusia di alam ini terdapat perbezaan,
baik dari segi jantina, keupayaan fizikal dan mental, taraf ekonomi dan lain-lain. Dengan itu,
dalam menunaikan keadilan ekonomi umpamanya, Islam tidak menuntut agar harta kekayaan
dibahagikan sama rata antara manusia. Hal ini kerana realitinya, manusia tidak sama dari segi
keupayaan fizikal, mental, kreativiti, kerajinan, tanggungjawab dan lain-lain. Oleh itu, anugerah
dan habuan ekonomi juga berbeza-beza berdasarkan perbezaan setiap individu dari segi usaha
dan kesungguhan, kerajinan, kreativiti, tanggungjawab yang dipikul dan lain-lain.

Dalam hal ini Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Dan Allah melebihkan sesetengah daripada kamu ke atas yang lain (dari segi anugerah) rezeki.

(Surah al-Nahl: 71)

Namun begitu, Islam juga memerintahkan agar manusia yang dianugerahkan dengan kelebihan
rezeki itu tidak melupai golongan yang kurang bernasib baik. Realiti dalam kehidupan manusia
menunjukkan bahawa sentiasa terdapat golongan miskin dan kurang bernasib baik yang perlu
dibantu. Oleh sebab itu, Islam mewajibkan anda berzakat dan memberikan pahala/ganjaran yang
besar kepada mereka yang bersedekah.

Ringkasnya, semua bukti menunjukkan bahawa Islam adalah realistik, malah telah berjaya
diamalkan dengan baik sehingga Islam dapat membina tamadun yang cemerlang serta menjadi
pelopor dalam pelbagai bidang kehidupan.
Tawazun (Keseimbangan)

Tawazun bermaksud ajaran Islam memberikan perhatian yang seimbang kepada semua aspek
kehidupan manusia; dari segi individu dan masyarakat, rohani dan jasmani, kebendaan dan
kerohanian serta dunia dan akhirat.

Islam tidak membenarkan umatnya mementingkan diri sehingga mengabaikan kepentingan


masyarakat dan begitu juga sebaliknya. Islam juga tidak membenarkan umatnya mementingkan
aspek kerohanian semata-mata sehingga mengabaikan aspek jasmani dan kebendaan dan begitu
juga sebaliknya. Umpamanya, seseorang tidak dibenarkan beribadat sepanjang masa sehingga
mengabaikan keperluan menjaga kesihatan tubuh badan atau mencari rezeki yang halal. Begitu
juga sebaliknya, umat Islam tidak dibenarkan mencari rezeki sehingga mengabaikan kepentingan
beribadat kepada Allah. Islam juga tidak membenarkan penganutnya mementingkan aspek
kehidupan dunia sehingga mengabaikan kehidupan akhirat, begitu juga sebaliknya.

Islam memerintahkan agar kesemua aspek hidup manusia mestilah digabungkan dalam satu
gabungan yang seimbang, harmonis dan sepadu supaya kehidupan manusia menjadi sempurna
dan sejahtera.

Kepentingan ciri tawazun ini dapat dilihat dengan jelas dalam firman Allah yang bermaksud:

apabila kamu diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu
mengingati Allah dan tinggalkan jual-beli. Itu lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui.
Apabila solat telah dilakukan maka bertaburanlah kamu di muka bumi, carilah kurniaan Allah
dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.

(Surah al-Jumuah: 9 10)


Ayat di atas dengan jelas memerintahkan umat Islam untuk memberi perhatian yang sewajarnya
kepada kedua-dua aspek kehidupan di dunia dan akhirat.

Syumul (Menyeluruh)

Syumul bermaksud Islam merupakan agama yang sempurna dan menyeluruh serta mencakupi
segala aspek kehidupan setiap manusia.

Allah s.w.t. memiliki segala sifat kesempurnaan dan pengetahuan. Semua aspek kehidupan
manusia dijelaskan dan diberikan panduan oleh Allah s.w.t. dalam wahyu-Nya. Oleh itu, Islam
mempunyai peraturan hidup yang serba lengkap, merangkumi semua aspek kehidupan manusia
dari segi kepercayaan, pemikiran, akhlak, ekonomi, politik, sosial, perundangan, pendidikan,
alam sekitar, kesihatan dan lain-lain. Jika prinsip dan panduan ajaran Islam ini dihayati
sepenuhnya dengan bijaksana, maka ia berupaya menyelesaikan segala masalah yang dihadapi
manusia.

Namun begitu, tidak semua aspek kehidupan manusia ini dijelaskan dengan terperinci dalam al-
Quran dan al-Hadith. Hal ini kerana perjalanan hidup manusia akan berterusan manakala wahyu
al-Quran dan al-Hadith pula terhenti dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. Oleh itu, sebahagian
besar panduan yang berkaitan aspek kehidupan manusia dinyatakan dalam wahyu secara umum
dan prinsipnya sahaja. Perinciannya dibiarkan kepada manusia mengikut kesesuaian masa dan
suasana kehidupan mereka. Inilah yang menjadikan ajaran Islam itu sentiasa sesuai untuk semua
manusia pada semua zaman. Contohnya, pelaburan duit di dalam insurans nyawa dan Amanah
Saham Bumiputera (ASB).

Kesempurnaan ajaran Islam seperti yang terkandung dalam al-Quran dan al-Hadith itu dapat
dilihat dengan jelas dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dan kami turunkan ke atas engkau kitab (al-Quran) sebagai penjelasan bagi semua perkara.
(Surah al-Nahl: 89)

Alamiyyah (Sejagat)

Alamiyyah bermaksud Islam merupakan agama yang universal, tidak terikat dengan masa,
tempat dan ruang. Malah, Islam sesuai untuk semua manusia, setiap bangsa dan tidak terbatas
pada masa-masa tertentu. Aspek alamiyyah merangkumi tiga bidang utama iaitu syariah, akhlak
dan akidah.

Semua manusia tanpa mengira bahasa, warna kulit dan bangsa mempunyai kedudukan yang
sama di sisi Allah s.w.t. Tidak ada bangsa yang lebih mulia daripada bangsa lain kerana faktor
bangsa atau warna kulit atau bahasa semata-mata. Faktor tunggal yang membezakan seseorang
dengan yang lain ialah tahap ketakwaan kepada Allah s.w.t. Semakin bertakwa, maka semakin
tinggilah kedudukan orang tersebut di sisi Allah.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Sesungguhnya yang terlebih mulia daripada kalangan kamu ialah yang paling bertakwa.

(Surah al-Hujurat: 13)

Manifestasi kesejagatan Islam bukan sahaja meliputi sesama manusia, malah merangkumi
makhluk yang lain. Allah s.w.t. bukanlah Tuhan bagi manusia sahaja, malah Allah s.w.t. juga
merupakan Tuhan bagi makhluk yang lain. Oleh itu, ajaran Islam diturunkan bukan sahaja untuk
menjaga kebahagiaan dan kebajikan makhluk manusia sahaja, tetapi juga makhluk yang lain
seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.

Dalam hal ini, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Dan tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai (membawa) rahmat ke
seluruh alam.

(Surah al-Anbiya:107)
Wasatiyyah (Kesederhanaan)

Wasatiyyah ialah elemen yang sangat penting dalam Islam. Islam menolak semua unsur
ekstremisme dalam kehidupan manusia. Sikap melampau bukan sahaja ditegah dalam aspek
kehidupan di dunia seperti pemakanan, mengumpul harta dan sebagainya. Malahan, dalam aspek
keakhiratan seperti beribadat dan berzikir, sekiranya dilakukan secara melampau, juga tidak
dibenarkan.

Islam amat menitikberatkan kesederhanaan dalam semua perkara kerana sifat kesederhanaan ini
sesuai dengan fitrah manusia. Dalam aspek pemakanan umpamanya, Allah s.w.t. menyuruh
manusia makan dan minum dari makanan dan minuman yang baik. Namun pada masa yang sama
juga Allah s.w.t. mengingatkan manusia agar tidak melampaui batas.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

dan makanlah dan minumlah dan (tetapi) jangan kamu melampaui batas kerana Ia (Allah)
tidak suka orang yang melampaui batas.

(Surah al-Araf: 31)

Melampaui batas dalam apa jua aktiviti sekalipun, termasuk dalam pemakanan merupakan
sesuatu yang membahayakan diri manusia. Hal ini termasuk melakukan ibadat. Sikap melampaui
batas dalam beribadat akhirnya akan menyebabkan seseorang berasa susah, tertekan dan
akhirnya menjadi jemu.

Rasulullah s.a.w. mengingatkan umat Islam dalam sabdanya yang bermaksud:


Lakukan amalan ibadat (sunat) sekadar yang kamu mampu, kerana Allah s.w.t. tidak jemu
sehingga kamu sendiri nanti yang akan jemu.

(HR. al-Bukhari)

Namun ini tidak pula bermakna umat Islam mesti bersederhana dalam melaksanakan akidah
Islamiyyah. Ertinya beriman kepada semua rukun iman secara sederhana sahaja dan tidak benar-
benar yakin. Keimanan kepada Allah dan semua rukun iman mestilah dilakukan dengan penuh
yakin tanpa sebarang keraguan. Keimanan yang tidak kukuh dan ragu-ragu tidak diterima oleh
Allah s.w.t.

3
http://pengajianislam.pressbooks.com/
DEFINISI SEKULARISME4

Menurut Kamus Dewan Melayu sekular ialah berkaitan dengan keduniaan, bersifat duniawi dan
tidak berkaitan dengan keagamaan. Sekularisme pula bermaksud fahaman (doktrin, pendirian,
dan sebagainya) yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia. Manakala
isme ialah kepercayaan ,gerakan politik atau keagamaan ,sikap serta perlakuan. (Shopuan Anuar
Ahmad 2003:77)

Sementara itu, dalam Kamus Dewan Inggeris secular bererti duniawi.Secular adalah
berasal daripada kata Latin saeculum yang membawa makna yang menunjukkan kepada masa
dan tempat. Masa atau zaman yang dimaksudkan adalah merujuk kepada masa sekarang atau
masa kini. Manakala tempat pula merujuk kepada dunia atau yang bersifat keduniaan. (Shopuan
Anuar Ahmad 2003:77)
4
http://islamharmonidenganakhlak.blogspot.com/
Perbezaan sekular dan Islam5

Dalam istilah politik, sekularisme adalah suatu gerakan terhadap pengasingan agama dan
kerajaan (sering diistilah pemisahan gereja dan negara). Ini adalah dirujukkan pada
mengurangkan ikatan diantara kerajaan dan sebuah agama negara, seperti menghapuskan
langsung atau mengantikan undang-undang berasaskan kitab suci (seperti Al-Quran dll) dengan
undang-undang sivil.
Sedang, Islam adalah agama yang sempurna (kaffah), mengatur seluruh aspek kehidupan. Mulai
dari yang dipandang kecil seperti memakai sandal dimulai dengan kaki kanan terlebih dahulu
sehingga mengatur segala urusan umum mahupun membina strategi untuk kemaslahatan
(kebaikan) umum.

Islam mengatur segenap perbuatan insan dalam hubungan insan dengan Khaliq-nya,
sebagaimana tercermin dalam aqidah dan ibadah ritual dan spiritual iaitu seperti: tauhid, salat,
zakat, puasa dan lain-lain. Kedua, mengatur hubungan manusia dengan dirinya sendiri yang
diwujudkan berupa akhlak, pakaian, dan makanan. Ketiga, mengatur manusia dengan lingkungan
sosial iaitu dalam hal muamalah dan uqubat seperti buat sistem ekonomi Islam, sistem
pemerintahan Islam, sistem politik Islam, sistem pidana Islam, strategi pendidikan, strategi
pertanian, dan lain sebagainya.

Islam adalah berbeza dengan agama-agama yang lain, sebab Islam tidak sebatas ibadah ritual dan
spiritual belaka, namun juga memasuki ruang untuk kemaslahatan umum. Maka kaum muslim
yang memisahkan agama Islam dengan kehidupan umum (fasluddin \anil-hayah) bererti dia
telah terkena virus sekularisme. Hanya-sanya wajar difahami, bukan suasana politik memasuki
suasana Islam tetapi suasana Islam yang wajar dimasukkan kedalam suasana politik seperti
bukan suasana pasar yang riuh-rendah (fitnah-umpat mengadu-domba, berebut kuasa dll)
dimasukkan kedalam masjid tetapi suasana masjid (zikir, quran, tawaduk, tenang dll)
dimasukkan kedalam suasana pasar.

Dan dakwahlah tongak panjinya buat memasuki ruang kemaslahatan umum bukan politik, politik
hanya berupa suatu alat kecil (seperti pinggan-mangkuk atau periuk yang dibawa dijalan Allah,
hanya digunakan untuk memasak agar mereka yang bersama tidak kelaparan) dalam berdakwah
kepada kebenaran bukan sebaliknya.
http://zar4art.blogspot.com/ 5

Anda mungkin juga menyukai