Anda di halaman 1dari 19

1.0.PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah S.W.

T, Tuhan Semesta Alam yang menguasai hari pembalasan,selawat dan salam keatas semulia-mulia utusan, Nabi Muhammad S.A.W hamba Allah danutusan-Nya dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya. Juga orang-orang yang mengikut mereka sehinggalah Hari Pembalasan. Semoga pemeliharaan Allah S.W.T diberikan kepada orang-orang yang berpegang teguh terhadap islam dan memberkati kami yang sentiasa mencari ilmu Allah S.W.T .Bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan berakah dan keizinan-Nya, kami dapat menyiapkan kerja kursus, Falsafah Perundangan Islam dalam tajuk Sains, Tekonologi dan Kejuruteraan berperanan dalam memelihara akal manusia. Kami gembira dan berlapang dada setelah berhempas-pulas bagi menjayakan kerja kursus ini.Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah yang kami sanjungi iaitu Ustazah Rohani binti Abu Bakar. Kami amat menghargai bantuan beliau yang memberi kami input berkenaan kerja kursus kerana kami masih setahun jagung dalam pembabitan kerja kursus ini. Akhirnya dengan bantuan beliau kami dapat menyiapkan dengan jayanya.Selain itu jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan famili yang kami sayangi yang sentiasa memberikan kami sokongan dari belakang dan menyediakan pelbagai kemudahan seperti pembiayaan kos kerja kursus kami ini. Hal ini menyuntik semangat kami dalam melangsungkan dan merealisasikan kerja kursus ini mahupun pembelajaran kami untuk berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran ilmu Allah S.W.T.Akhirnya, kami berharap usaha yang kami lakukan dalam menyiapkan kerja kursus ini dapat meningkatkan keimanan kami terhadap Allah S.W.T dan agama-Nya dan menjadi insan yang dapat membantu orang lain dalam merealisasikan impian mereka selagi kami termampu.

2.0.PENGENALAN

Ditinjau dari sudut bahasa syariah bermakna jalan menuju sumber air. Sedangkan makna istilahnya, syariah adalah penerapan seluruh aspek kehidupan sesuai ajaran Islam, yang mengandungi masalah ibadah dan sebagainya yang dinisbahkan pada al-Quran dan sunnah rasulullah s.a.w. Mahmut Syaltut yang mendefinisikan syariah sebagai jalan atau sistem kehidupan yang dibuat oleh Allah bagi manusia dalam hubungan dengan Allah s.w.t, sesama muslim, sesama manusia, kehidupan dan alam semesta. Oleh itu pengertian syariah ialah meliputi seluruh hal dan perkara yang berkaitan dengan ajaran Islam itu sendiri.

Syariah menurut metodologi ilmu Islam bererti apa sahaja yang ditetapkan oleh Allah s.w.t untuk para hambanya baik tentang akidah, ibadat, akhlak, muamalat dan apa sahaja tata hidup di dunia ini. Namun begitu apabila disebut akidah dan syariah, kebiasaannya syariah akan lebih dimengertikan sebagai hal-hal yang melibatkan perundangan atau tata cara hidup manusia di dunia.

Tujuan-tujuan syariat Islam atau maqasid syarie ialah rahsia-rahsia yang diletakkan oleh Allah di dalam setiap ketentuan hukumnya. Pada pandangan al-Syatibi, Allah mencipta syariat dengan tujuan untuk merealisasikan maqasidnya untuk sekalian manusia iaitu untuk memberikan kebaikan (maslahah) kepada mereka dan mengelakkan kerosakan atau keburukan (mafsadah) daripada menimpa mereka (Syatibi. 1996). Dan diantara nas-nas al-Quran yang mengatakan tujuan diturunkan syariat ialah di dalam surah huud ayat 88: Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) kebaikan selama aku masih mampu.

3.0. JENIS-JENIS KEMASLAHATAN

Syariat Islam sebagaimana syariat-syariat yang lainnya adalah bertujuan untuk menjaga dan memelihara lima benda ataupun dikenali sebagai kulliyat al-khams atau al-dharuriyat al-khams. Lima perkara tersebut ialah memelihara agama, jiwa, keturunan, akal dan harta. Ini kerana kelima-lima perkara ini amat penting bagi menjamin umat Islam sentiasa terpelihara, dapat melaksanakan syariat Allah dengan sempurna dan dapat menahan daripada serangan musuhmusuh Islam. Manakala cara untuk memelihara lima kepentingan ini dapat dibahagikan kepada tiga tingkatan, yang mana setiap tingkatan mempunyai keutamaan masing-masing. Dan tingkatan-tingkatan ini dikenali dikalangan ulama dengan istilah al-dharuriyat, al-hajiyat dan altahsiniyat.

Al-dharuriyat bermaksud segala sesuatu yang tidak dapat ditinggalkan dalam kehidupan keagamaan dan keduniaan manusia. Dalam erti kata lain, jika ia tidak ada maka kehidupan manusia di dunia ini akan menjadi rosak dan tidak teratur. Contohnya untuk memelihara keadilan dan keamanan manusia, maka telah di syariatkan hukuman hudud. Al-hajiyat pula bermaksud sesuatu yang diperlukan oleh manusia dalam menghindari kesempitan dan menolak kesulitan. Yang mana jika ia tidak ada maka manusia akan mengalami kesulitan dan kesempitan, akan tetapi ia tidak sampai merosakkan kehidupan. Contohnya diberi rukhsah kepada orang yang sakit dan bermusafir untuk berbuka puasa di bulan ramadhan. Al-tahsiniyat bermaksud hal-hal yang menjadi tuntutan dari martabat diri dan akhlak yang mulia untuk mendapat kehidupan yang baik. boleh dikatakan bahawa perkara tahsiniyat ini ialah perkara pelengkap untuk mempunyai kehidupan yang lebih selesa. Contohnya telah disyariatkan prinsip mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan kebaikan-kebaikan yang disunatkan berupa sedekah dan amalanamalan baik yang lainnya (Syeikh Muhammad Tohir Bin Asyur. 1998).

Ketiga-tiga bahagian ini mempunyai martabatnya masing-masing. Di dalam satu-satu masalah, perkara al-dharuriyat akan menjadi keutamaan daripada perkara al-hajiyat. Dan jika terdapat pertembungan diantara perkara al-hajiyat dan al-tahsiniyat, maka perkara al-hajiyat lebih utama dan al-tahsiniyat tidak sekali-kali akan mendahului al-hajiyat.

4.0.MAQASID AL-SHARIAH

Adakah anda biasa dengar istilah ini? Jika belum biasa perhatikan perbincangan di bawah ini Perkataan maqasid berasal daripada qasad dan maqsad yang bererti tujuan atau maksud. Syari`ah ialah perundangan Islam. Kedua perkataan itu digabungkan bermaksud tujuan perudangan Islam atau sebahagian penulis menamakannya dengan Falsafah Tashri atau Falsafah Perundangan Islam. Jadi, tajuk ini membincangkan mengenai mengapa diturunkan undang-undang Islam seperti yang kita ketahui sekarang.

Mengikut Haron Din (2000) tujuan Allah menurunkan undang-undang syariat ialah untuk menjaga lima perkara, iaitu:

1. Agama 2. Jiwa 3. Akal fikiran 4. Harta benda 5. Keturunan Huraian

Menjaga agama bermakna menjaga agama seseorang muslim itu supaya tidak jatuh, atau menjadi murtad. Menjaga agama juga bermaksud mengaja kesucian dan ketinggian agama Islam sebagai agama Allah, iaitu Tuhan yang menciptakan seluruh alam. Dengan demikian maka terdapat undang-undang syariat yang melarang orang Islam murtad. Sekiranya murtad ia akan dinsihat supaya bertaubat dan kembali balik kepada Islam dalam masa 20 hari. Sekiranya masih

engkar juga maka ia dihukum bunuh (Mastika Hadith, jld. 1). Ini adalah untuk mejaga kesucian agama, kerana yang keluar daripada Islam ia menghina Islam, lantaran itu ia dihukum bunuh. Perundangan Islam juga mencegah penganutnya mengamalkan amalan syirik, kerana syarik boleh merosakkan aqidah seseorang. Orang yang rosak aqidah jika ia mati dalam keadaan demikian ia akan kekal di dalam neraka, sedangkan ia adalah ahli syurga kerana ia seorang muslim. Jadi, undang-undang Islam hendak menyelamatkan setiap muslim daripada neraka. Demikianlah indahnya perundangan Islam. Menjaga Jiwa bermaksud menjaga diri seseorang daripada hilang jiwanya atau mati disebabkan oleh kezaliman manusia. Dengan sebab itu turun undang-undang melarang membunuh orang atau membunuh diri dengan apa cara sekalipun. Orang yang membunuh orang, sama ada secara terang atau sulit dikira bersalah, dan kesalahan itu hukumannya ialah dibunuh balas (hukum Qisas). Jadi, hukum Qisas itu ialah untuk memelihara jiwa manusia. Menjaga Akal fikiran bermaksud menjaga kesihatan akal dengan menjauhi perkara-perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi mabuk atau gila. Kerana mabuk itu menjatuhkan martabat manusia lebih rendah daripada binatang, sebab ia tidak boleh berfikir dengan waras. Malah ia akan membahayakan dan membawa kerosakan kepada orang lain khasnya jika ia memandu semasa sedang mabuk. Akal fikiran adalah anugerah Allah yang paling berharga kepada manusia. Dengan demikian Islam melarang kita merosakkanya. Larangan tersebut adalah untuk memelihara akal yang sihat daripada tercemar dan memelihara keselamatan umum serta harta benda. Harta benda ialah semua yang kita miliki. Harta benda adalah satu pemberian Allah kepada hambaNya setelah ia berusaha untuk mendapatkannya. Mencuri, menyamun, menipu, monopoli dan sebagainya adalah satu kerosakan kerana memindahkan milik seseorang kepada orang lain dengan secara zalim. Perbuatan itu juga menyebabkan masyarakat tidak aman, dengan sebab itu maka Islam mengharamkan perbuatan tersebut. Inilah falsafah di sebalik pengharamannya. Keturunan. Manusia yang sempurna akalnya menginginkan keturunan yang baik dan sihat. Islam pula menganjurkan supaya menjaga keturunan dan melarang merosakkannya. Perbuatan zina, rogol, homoseks adalah di antara amalan-amalan yang boleh merosakkan keturunan Dengan sebab itu Islam mengharamkan semua amalan tersebut.

4.0.1.PEMBAHAGIAN MAQASID

Daripada keterangan di atas boleh dibuat kesimpulan bahawa Maqasid Shariyah boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu: 1. Maqasid Ammah 2. Maqasid Khassah

Maqsih Ammah ialah tujuannya untuk masyarakat umum. Contohnya larangan daripada mencuri, arak dan zina ialah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman umum. Yakni seluruh manusia atau ahli masyarkat mendapat manfaatnya dan terjauh daripada kerugian dan kerosakan. Maqasid Khassah ialah kebaikannya untuk perseorangan. Contohnya orang tidak minum arak terselamat akalnya daripada rosak. Orang yang tidak meminang atas pinangan orang lain atau tunang orang, terselamat dirinya daripada cemohan orang. Selain daripada larangan, suruhan yang positif juga mempunyai tujuan atau hikmahnya yang tertentu yang dikatakanMaqasid al-Shariah. Contohnya solat. Solat Jamaah dapat mengukuhkan persahabatan, malah solat itu sendiri bertujuan untuk mengingati Allah dan mendekatkan diri kepadaNya Seperti firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya Aku-lah Allah, tiada tuhan melainkan Aku. Maka beribadatlah kepadaKu dan dirikan solat untuk mengingati Aku. Surah Taha 14.

Falsafah daripada menigati Allah ialah untuk mendapat ketenangan. Firman Allah:

Maksudnya: Ingatlah bahawa dengan mengingatkan Allah akan menenteramkan jiwa. Surah al-Rad 28

Orang Islam diajar bahawa untuk mendapat ketenangan hendaklah mengingati Allah, iaitu dengan cara beribadat kepadanya, khasnya dengan mendirikan solat. Ketenangan tidak akan dapat dengan mengunjungi pusat-pusat hiburan, minum arak, mengambil dadah atau berpoyapoya. Dengan mendekatkan diri kepada Allah sahajalah yang akan dapat menenteram dan menenangkan jiwa kita. Selain daripada itu, Allah menjamin bahawa orang yang menunaikan solat dengan sempurna akan terhindar daripada melakukan perkara mungkar dan keji. Ini jelas daripada firman Allah:

Bermaksud: Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah (pelakunya) daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar. Surah al-Ankabut 45.

Demikianlah dengan ibadat-ibadat lain seperti zakat, haji, umarh, aqiqah, qurban dan lain-lain atau larangan-larangan Allah seperti menzalimi, memfitnah, membunuh, menuduh dan sebagainya, semuanya mempunyai hikmah-hikmahnya yang tertentu yang dipanggil Maqasi alShariyah.

4.1.MASLAHAT DHARURIYAH Perkara al-Daruriy merupakan perkara asasi atau keperluan utama untuk memenuhi sertamelaksanakan kemaslahatan dunia dan agama. Al-Imam Asy-Syatibi menerangkan maqasiddharuriyah ialah maqasid yang asas bagi mencapai matlamat hidup manusia di dunia dan diakhirat. Erti kata lain, ianya ialah maslahat yang mana kehidupan manusia bergantungkepadan ya baik kehidupan duniawi mahupun kehidupan beragama. Maslahat ini harus adadan wujud. Jika hilang atau rosak maslahat ini, maka akan terganggu keteraruran hidup setiapindividu, serta menyebabkan tersebarnya kemusnahan dan kerosakan. Maslahat dharuriyahterbagi menjadi lima jenis iaitu penjagaan atas agama, jiwa, akal, harta, keturunan yang manamasing-masing mempunyai sebab pensyariatan tersendiri. Antaranya :

4.1.1.PENJAGAAN ATAS AGAMA (HIFDZ AD-DIN) Islam memandang agama sebagai maslahat pokok manusia, maka penjagaannya adalahsebuah ke harusan. Maka di dalam Islam juga disyariatkan berjihad ketika agama muladiperangi. Demikian pula Islam memandang mereka yang murtad, tidak menjaga agamanya,adalah seorang yang halal darahnya, dan diancam dengan keabadian di neraka. Firman AllahSWT dalam surah alMumtahanah ayat 9 yang berbunyi : 9. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang Yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapaYang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim.

4.1.2.PENJAGAAN ATAS JIWA ( HIFDZ AN-NAS ) Islam memuliakan nyawa seorang manusia, menganggap bahwa menghilangkan nyawa seseorang adalah kejahatan besar, yang sama dengan menghilangkan seluruh nyawa manusia.Islam juga menjaga jiwa seseorang dengan memberikan ancaman hukuman qisas bagise orang yang menghilangkan nyawa seseorang. Islam juga melarang seseorang daripada tidak menghargai nyawanya sendiri. Firman Allah SWT dalam surah anNisa ayat 29 yang berbunyi : 29. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali Dengan jalan perniagaan Yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamuberbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.

4.1.3.PENJAGAAN ATAS AKAL ( HIFDZ AL-AQL ) Islam memuliakan akal manusia, meminta mereka mengoptimalkan penggunaannya untuk kemaslahatan manusia. Islam melarang daripada melakukan aktiviti yang merosak danmen ghilangkan akal seperti, minum khamr. Lebih dari itu Islam juga memberikan hukumankepada setiap orang yang berkaitan dalam setiap aktiviti produksi, distribusi dan jugako nsumsi khamr. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 90 yang berbunyi : 90. Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaanberhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda : " Terlaknat sepuluh orang dalam khamr : yang memerasnya, yang meminta diperaskan, yang membawanya, yang dibawakan kepadanya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang mendapat harganya, yang membeli dan yang membelikan baginya (HR Ibnu Majah danTirmidzi)

4.1.4.PENJAGAAN ATAS KEHORMATAN DAN KETURUNAN ( HIFZUL AL-IRDWA AN-NASAB ) Islam tegas memuliakan kehormatan dan garis keturunan. Maka syariat Islam jelas-jelas telahmelarang mendekati zina. Bagi para pelaku zina diancam hukuman yang berat, kerana ianya merosakkan kehormatan seseorang. Lebih khusus pezina yang sudah berkahwin,diancamhukuman mati (rejam) kerana merosakkan kehormatan rumah tanggasekaligu smencampuradukkan nasab. Firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 2 yang berbunyi : perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belaskasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamuberiman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman.

4.1.5.PENJAGAAN ATAS HARTA ( HIFZUL MAL ) Islam mengakui milik seseorang individu atas hartanya dan menghargainya. Maka islammelarang memperolehi harta dari yang lainnya kecuali dengan cara dan kaedah yang sah, baik, dan saling meredhai. Islam juga tidak ragu-ragu untuk menjatuhkan hukuman potongtangan bagi mereka yang mencuri dalam jumlah besar. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 38 yang berbunyi : 38. Dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telahusahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

5.0. MAKNA AL-HAJIYAT

Makna al-hajiyat menurut Syeikh Muhammad Tohir ialah apa yang diperlukan oleh manusia untuk mendapat kebaikannya dan mengatur semua perkara kepada keadaan yang lebih baik (Syeikh Muhammad Tohir. 1998). Yang mana jika tidak dijaga perkara ini, ia akan menjejaskan aturan kehidupan akan tetapi ianya cuma merangkumi perkara yang kurang penting yang tidak sampai ke tahap al-dharuriyat. Telah berkata Syartibi al-hajiyat ialah apa yang berkehendakkan dari segi kesenangan dan mengangkat kesulitan. Jika ia tidak dijaga, maka ia akan menyebabkan kesulitan dan kesempitan akan tetapi ia tidak sampai kepada kerosakan yang teruk kepada maslahah umum (Syeikh Muhammad Tohir. 1998). Iaitu masalah yang tidak sampai ke tahap terdesak, tanpanya tidak menjejaskan lima perkara yang wajib dijaga tadi. Sementara Imam Syatibi menyatakan sekiranya tidak dilaksanakan maslahah ini akan menyebabkan sedikit bebanan dan kepayahan namun tidak membawa kepada kerosakan kepada lima perkara tersebut.

Syarak amat menekankan penjagaan terhadap maslahah ini terutamanya dalam ibadat, muamalat dan jenayah. Kehidupan manusia tidak sempurna dan stabil sekiranya hilang maslahah ini yang akhirnya akan menyebabkan mereka terpaksa hidup dalam keadaan kesempitan. Umpamanya dalam masalah sewaan pada asalnya tidak harus kerana mengambil manfaat pada benda yang tiada,akan tetapi kerana hajat manusia maka dibolehkan dan sebagaimana kata Imam Sayuti alHajah jika secara umumnya seperti dharurah. Begitu juga dalam masalah mudharabah pada asalnya juga tidak diharuskan kerana keuntungan tersebut majhul akan tetapi sebagai rukhsah untuk keperluan manusia juga dibenarkan. Hal ini dinyatakan oleh Ibn Rusyd: Sesungguhnya rukhsah pada dharurah adalah untuk memberi rezki (kurniaan) kepada manusia.

6.0. PEMBAHAGIAN AL-HAJIYAT

Di sini kami akan membahagikan al-hajiyat kepada beberapa bahagian mengikut beberapa aspek;

1) Dari segi muamalat

Islam menuntut usaha pengembangan harta dan memeliharanya agar tidak musnah kerana harta itu adalah salah satu kekuatan bagi umat Islam. Di samping itu disyariatkan juga beberapa transaksi yang mencakupi pengaturan yang tidak ada seperti transaksi pesanan, sewa-menyewa, pengairan dan seumpamanya. Di dalam sewa menyewa misalnya, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah al-Qashash ayat 26 hingga 27: Salah seorang dari kedua wanita itu berkata:

"Wahai bapaku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya"(26). Berkatalah dia (Syu'aib): "Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, atas dasar bahwa kamu bekerja denganku lapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun, maka itu adalah (suatu kebaikan) dari kamu, maka aku tidak hendak memberati kamu dan kamu jika dikehendaki oleh Allah akan mendapatiku termasuk orang- orang yang baik"(27).

Manakala transaksi-transaksi yang lain seperti jual beli seperti rukun dan syarat jualan, maka semuanya telah diatur oleh Islam atas dasar keadilan dan kerelaan (Muhamad Hj. Md. Daud, Ahmad Kamaruddin Hj. Hamzah. 2001).

2) Dari segi hal yang berkaitan dengan agama atau ibadat

Dalam hal yang berkaitan dengan agama dan ibadat pula telah disyariatkan berbagai keringanan seperti dibenarkan mengucapkan kata yang menunjukkan kekafiran ketika dalam keadaan terpaksa sekali. Selain itu, dibolehkan berbuka bagi orang yang sakit dan dalam perjalanan di

bulan ramadhan. Allah s.w.t berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 184: Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (bolehlah ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.

Ayat di atas menunjukkan keharusan berbuka puasa di bulan ramadhan bagi mereka yang tidak mampu. Ini bagi mengangkat kemudharatan dan memberikan keringanan kepada umat Islam. Antara perkara lain ialah mengurangkan jumlah rakaat ketika bermusafir. Gugurnya kewajipan bersolat bagi wanita yang didatangi haid dan nifas. Mengusap dua sepatu (mashu al-khuff) diwaktu terdesak ketika berada di dalam perjalanan.

3) Dari segi jiwa atau adat istiadat manusia

Dalam hal ini, telah dibolehkan berburu dan menikmati kelazatan makanan. Contohnya di dalam masalah buruan, Allah s.w.t berfirman di dalam surah al-Maidah ayat 2: dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, maka bolehlah berburu...

Ayat di atas membolehkan manusia memburu binatang untuk dimakan (Wahbah al-Zuhaili. 2002). Ini kerana ia adalah kehendak manusia untuk menikmati daging haiwan. Dan dibolehkan berburu menggunakan binatang buruan bagi memudahkan lagi manusia. Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada Adiy Bin Hatim yang bermaksud: Jika engkau menghantar atau melepaskan anjing kamu dan kamu dan kamu mengucapkan nama Allah, lalu anjing itu menangkap dan membunuh buruannya,engkau makanlah, tetapi jika ia sendiri memakan tangkapannya maka janganlah engkau memakannya kerana ia menangkap untuknya sendiri.

4) Dari segi pemeliharaan keturunan

Dari segi pemeliaraan keturunan, syariat telah menetapkan beberapa syarat bagi akad perkawinan seperti adanya dua saksi yang adil dan pemberian mahar bagi memelihara masyarakat daripada berbagai-bagai penyakit yang timbul akibat daripada penzinaan. Selain itu, dibolehkan pula cerai di saat dharurat supaya perkahwinan tetap merupakan jalan untuk memelihara diri, kasih sayang, sikap tolong menolong dan sebagai pusat kedamaian dan ketenteraman.

7.0. KEPENTINGAN AL-HAJIYAT

1) Al-hajiyat boleh dikatakan sebagai pelengkap kepada al-dharurat kerana tanpanya manusia akan hidup di dalam kesusahan dan kesempitan. Ia juga seakan-akan al-dharurat, Cuma yang berbeza ialah tahap kerosakan yang dihadapi oleh al-hajiyat lebih ringan berbanding al-dharurat.

2) al-Hajiyat ini boleh juga dikatakan sebagai salah satu sifat umum pada syariat Islam. Ini kerana syariat Islam pada asal serta kaedahnya merupakan asas umum dari segi zaman dan tempat. Datangnya syariat Islam itu adalah bersesuaian dengan setiap zaman. Ini kerana ianya bersifat syumul dan selari dengan fitrah manusia. Syariat Islam tidak diturunkan mengikut zaman atau masa-masa tertentu sahaja.

3) Islam sebagai agama fitrah, maka pensyariatannya juga adalah bersesuaian dengan fitrah manusia. Segala apa yang diturunkan kepada umat manusia bukanlah untuk menyusahkan, mengongkong apatah lagi menzalimi, bahkan ia adalah untuk menjaga dan memelihara dengan kadar yang sepatutnya demi kebahagiaan manusia (Munir Hamid al-Bayati. 1994).

4) al-Hajiyat sebagai jalan untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhaan Allah. Dengan adanya al-hajiyat maka ia akan memudahkan manusia beribadah kepada Allah. Oleh itu semakin banyaklah ibadah yang mampu dilakukan oleh manusia dan semakin dekatlah manusia itu dengan keredhaan Allah.

PEMELIHARAAN AKAL ()

PENDAHULUAN

Akal merupakan satu nikmat pemberian oleh Allah kepada manusia. Dengan akal, manusia dapat berfikir tentang Allah dan hikmah penciptaan alam semesta. Lantas membezakan mana kaca mana permata, yang mana hak dan mana batil serta dapat menjalani kehidupan dengan lebih teratur dan harmoni. Manakala tanpa akal fikiran, manusia tidak bisa dibezakan dengan haiwan bahkan keadaan orang yang tidak menggunakan akal fikiran mengikut haluan syara lebih teruk dan hina daripada haiwan ternakan! Namun begitu, akal manusia bersifat terbatas, dan keterbatasan itu tidak menjadikan umat Islam sebagai pemakmur dunia yang lemah. Bahkan menyebabkan manusia sangat bergantung kepada burhan, atau dalil dan petunjuk daripada Allah melalui al-Quran dan juga al-sunnah seterusnya terus berada di jalan yang benar. Mana mungkin kita fikirkan bagaimana langit itu diciptakan tanpa tiang, sedangkan Allah Maha Kuasa Lagi Maha Kuat untuk menjadikan segala sesuatu. Setiap umat Islam wajib mensyukuri nikmat Allah ini dan memeliharanya sebaik mungkin supaya umat Islam menjadi umat yang cerdik, bijaksana dan berdaya upaya yang tinggi.

Cara Memelihara Akal

1) Dari Segi Wujud Akal manusia telah sedia ada wujud sejak mula diciptakan. Maksud memelihara akal dari segi wujud ini adalah bagaimana cara manusia untuk sentiasa menghidupkan akal, dan menyuburkannya supaya tidak lumpuh dan beku.

a) Kewajipan menuntut ilmu Setiap umat Islam diwajibkan menuntut ilmu Allah tidak kira ilmu dalam bidang apa sekalipun. Ini kerana asas dan sumber kepada setiap ilmu adalah daripada Allah, dan wajib bagi kita untuk menyandarkan semua yang telah dipelajari kepada-Nya dengan matlamat untuk mencapai keredhaan Allah di samping membantu manusia lain. Hadith Nabi dari riwayat yang sahih : yang bermaksud: menuntut ilmu itu merupakan satu kefardhuan atas setiap muslim (sama ada lelaki atau perempuan.) Orang yang berilmu dan memanfaatkan ilmu pada jalan yang benar, serta membantu manusia berdasarkan ilmu yang diperolehi akan dikurniakan nikmat dan ganjaran yang besar dan berterusan daripada Pemilik Segala Ilmu. Dalam al-Quran juga banyak menyebut tentang orang yang berilmu () , orang yang berakal () , orang yang bertadabbur () , orang yang berfikir ( ) dan semuanya berkaitan dengan akal manusia supaya digunakan untuk berfikir berdasarkan ilmu. Sesungguhnya, amatlah berbeza bagi orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui sepertimana yang Allah firmankan dalam al-Quran. Lantas, ia mengelakkan akal dari beku dan kaku bahkan dapat menghasilkan minda muslim yang produktif!

b) Menyubur dan meningkatkan ilmu pengetahuan Kepentingan menghidupkan akal dengan ilmu telah dibuktikan dengan beberapa ayat alQuran yang menyatakan bahawa orang berilmu akan diberi kebaikan kepada si penuntut ilmu. Hadith Nabi Muhammad s.a.w berbunyi : yang bermaksud "sesiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, nescaya Allah menjadikannya faqih pada agamanya." Ini juga merupakan satu bentuk jaminan bahawa sesiapa yang menuntut ilmu dan faqih terhadap apa yang dipelajari, maka akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat dengan izin Allah. Akal yang sihat dan waras akan sentiasa haus dengan ilmu yang pastinya tidak akan habis. Jika kehidupan tidak dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, maka umat Islam akan terpedaya dengan kehendak dan tuntutan dunia dan seterusnya merugi dan mensia.

2) Dari Segi 'Adami Bagaimana cara kita mensyukuri dan memelihara akal daripada rosak dan tidak berguna?

a) Tidak meminum arak, dadah dan seumpamanya. Arak diharamkan dalam Islam kerana ia membawa seribu satu kemudharatan kepada manusia. Bermula dengan khayal, kemudian tidak tahu apa yang diucap, bertelingkah, bergaduh, bunuh membunuh, berzina dan menghina Islam! Semuanya dalam keadaan yang tidak terkawal. Allah berfirman dalam Surah al-Maidah ayat 90 :

Bermaksud : Hai orang-orang beriman! Sesungguhnya meminum arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib, adalah termasuk dalam perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh kejayaan.

Jika difahami, orang yang menjauhi perkara-perkara ini akan mendapat keuntungan dan kejayaan di sisi Allah. Sebaliknya, orang yang meminum arak dan berjudi sudah tentu akan gagal dan akan menanggung kemelesetan dalam hidupnya di dunia.

b) Tidak memikirkan perkara-perkara yang lagha dan maksiat. Orang yang selalu memikirkan dan berkhayal tentang sesuatu perkara yang buruk (maksiat) boleh menyebabkan matinya akal. Tidak kuat ingatan, sukar untuk menghafal sesuatu dan sering gagal dalam kehidupan antara beberapa kesan jika seseorang yang lalai terus dibuai mimpinya. Ilmu itu adalah nur, dan nur tidak akan masuk ke dalam hati orang yang bermaksiat. Justeru, akal akan mati, iman akan terkubur.

7. RUJUKAN

al-Quran

Muhammad Hj. Md daud, Ahmad Kamaruddin Hj. Hamzah. Fiqh Muamalat Dan Jenayah. 2001. Pusat Pengajian Jarak Jauh, UKM.

Munir Hamid al-Bayati. al-Nuzumu al-Islamiyyah. 1994. Dar al-Basyir.

Syatibi. al-Muwafaqat Fi Usul al-Syariah. jil: 2. 1996. Dar al-Ma'rifah, Beirut. Syeikh Muhammad Tohir Bin Asyur. Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah. 1998. alBashair. Wahbah Zuhaili. Nazariyyah al-Dharurah al-Syariyyah. 1997. Muassasah al-Risalah.

Wahbah Zuhaili. terj. Syed Ahmad Syed Hussain. Fiqh Dan Perundangan Islam. Jil. 3. 2002. Dewan Bahasa Dan Pustaka. http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/01/falsafah-perundangan-islam-konsep-al.html http://www.scribd.com/doc/58680714/Falsafah-Perundangan-Islam-Konsep-Asas-SyariatIslam-dan-Konsep-Maslahah http://kaptnizam.wordpress.com/nota-pengajian-islam-iptipta/ http://dar-diyalna.blogspot.com/2012/06/pemeliharaan-akal.html

Anda mungkin juga menyukai