Anda di halaman 1dari 11

6.

0 SYARIAH ISLAM

6.1 MAQASID SYARIAH

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Maqasid Syariah?

Perkataan Maqasid dari sudut bahasa merupakan jamak kepada


perkataan maqsad yang diambil dari kata kerja (‫ )قصد‬yang membawa maksud; pegangan,
punca, sasaran, kelurusan, keadilan dan kesederhanaan. Dengan lain perkataan, istilah ini
merujuk kepada maksud ‘objektif’ yang membawa erti berasaskan kenyataan atau fakta
sebenar.

Manakala Syariah berasal daripada perkataan syara’a ( ‫ )شرع‬yang bermaksud sumber air
yang tidak pernah putus dan terus mengalir, memulai sesuatu pekerjaan dan menjelaskan,
menerangkan serta menunjukkan jalan.

Dari segi istilah, ia merangkumi keseluruhan apa yang diturunkan oleh Allah SWT
kepada umat manusia melalui Rasul-Nya nabi Muhammad ‫ﷺ‬.

Secara umum maqasid syariah seperti yang diterangkan oleh ulama usul fiqh ianya
merupakan makna dan tujuan yang dikehendaki syara’ dalam mensyariatkan sesuatu
hukum bagi menjamin kemaslahatan umat manusia.

Maqasid syariah juga mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam mengukur dan
mempertimbangkan sesuatu perkara demi menjamin kemaslahatan dan menolak
keburukan. Pertimbangan yang menjadi kayu pengukur ini semestinya berlandaskan nilai-
nilai al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi asas bagi memastikan ianya berada di dalam
kerangka syariat.

2. Pembahagian Maqasid Syariah

MAQASID SYARIAH

Al-Daruriyat Al-Hajiyat Al-Tahsiniyat


(keperluan asas) (keperluan tambahan) (keperluan pelengkap)

89
I- Al-Daruriyat
Al-daruriyat merupakan objektif yang mana kehidupan agama dan keduniaan manusia
tertegak dengannya, Jika sekiranya ia tidak ada nescaya hidup manusia di dunia ini akan
menghadapi kesukaran baik di dunia mahupun akhirat.

Al-daruriyat yang asasi ini ada lima iaitu memelihara agama, memelihara nyawa,
memelihara akal, memelihara keturunan dan memelihara harta benda. Setiap urusan agama
dibina atas perkara-perkara ini dan hanya memeliharanya sahajalah maka segala urusan
individu dan masyarakat akan berjalan dengan baik.

5 Perkara Asas Al-Daruriyat

Para ulama’ Islam telah membuat ketetapan, wujudnya tertib antara lima jenis keutamaan
tersebut, iaitu kepentingan agama diletak pada kedudukan tertinggi dan lebih utama dari
kepentingan nyawa, sementara kepentingan nyawa mestilah diutamakan dari kepentingan
akal, kepentingan akal mestilah diutamakan dari kepentingan keturunan dan kepentingan
keturunan pula diutamakan dari kepentingan harta.

Sebagai contoh, Allah telah mewajibkan pelaksanaan rukun Islam yang lima. Untuk
menjaga agama, Islam telah mewajibkan jihad dan mengenakan siksa ke atas mereka yang
murtad. Oleh yang demikian, terpeliharalah konsep beragama dan umat Islam dari kerosakan.

Bagi memelihara kesinambungan generasi dan kewujudan keturunan yang baik maka
Islam mensyariatkan perkahwinan. Bagi memelihara nyawa manusia pula, maka Allah
mewajibkan untuk memakan atau meminum sesuatu yang asalnya haram dalam keadaan
yang memudharatkan nyawa, bagi menjamin keselamatan nyawa tersebut. Demikian pula

90
halnya dalam situasi pembunuhan, Allah telah mewajibkan hukuman qisas atau diat atau
kaffarat terhadap pembunuh.

II- Al-Hajiyat
Al-hajiyat ialah kepentingan yang diperlukan oleh manusia bagi memberi kemudahan
kepada mereka dan menghilangkan kesempitan yang membawa kepada kesulitan dan
kesukaran dengan ketiadaannya. Manakala ketiadaannya pula tidaklah sehingga membawa
kepincangan dalam hidup manusia sebagaimana ketiadaan al-daruriyat, tetapi ia akan
membawa kepada kesukaran dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, disyariatkan
beberapa kemudahan (rukhsah) seperti solat qasar dan jama’ bagi orang yang musafir,
diharuskan tidak berpuasa Ramadan bagi orang yang sakit atau musafir, menunaikan solat
dalam keadaan duduk bagi orang yang tidak mampu berdiri, menyapu khuf sebagai ganti
basuh kaki ketika berwudhu’, bermusafir dan lain-lain lagi.

III- Al-Tahsiniyat
Al-tahsiniyat merupakan kepentingan yang menghendaki seseorang berpegang dengan
akhlak-akhlak yang baik dan budi pekerti yang mulia. Ketiadaan al-Tahsiniyat tidaklah
membawa kepada kesukaran hidup manusia sebagaimana ketiadaan al-daruriyat dan al-
hajiyat, tetapi ia membawa kepada kehidupan yang tidak elok pada pandangan orang-orang
yang berakal.

Contohnya, Islam mensyariatkan bersuci dan menutup aurat di dalam solat, memakai
bau-bauan semasa berada di dalam masjid dan di tempat perhimpunan orang ramai dan
sebagainya. Dalam urusan muamalat, Islam mengharamkan sebarang urusan jual beli yang
mendatangkan mudharat seperti dadah, najis, bangkai dan sebagainya yang
berkaitan. Demikian juga halnya, Islam megharamkan jual-beli atas jual-beli orang lain dan
juga pinangan atas pinangan orang lain.

Dalam adat pula, Islam mengajar adab-adab makan dan minum, mengharamkan
memakan makanan yang keji dan memudharatkan, sebagaimana Islam melarang melampaui
batas dalam makan minum dan berpakaian dan sebagainya.

3. Apakah implikasi jika tidak memahami Maqasid Syariah?


Implikasi tidak memahami Maqasid Syariah adalah seperti berikut:
i- Akan berlaku kesalahan dalam mendahulukan maqasid yang sepatutnya
dikemudiankan dan begitulah sebaliknya;

91
ii- Kesilapan dalam menentukan hukum, apabila menjadikan maqasid syariah sebagai
sumber rujukan utama;
iii- Hilang kesempurnaan serta hikmah dalam syariat Islam.

Kesimpulan maksud Maqasid Syariah:

Maqasid bermaksud tujuan.


Syariah bermaksud peraturan Allah SWT. Allah SWT yang maha adil menetapkan
sesuatu peraturan adalah semata-mata untuk kebaikan manusia.

Secara ringkasnya maqasid Syariah adalah untuk:


1. Menjaga agama.
Syariat dibuat untuk memelihara pegangan agama umat Islam daripada perkara-
perkara yang bertentangan dengan Islam. Adanya larangan mempersendakan agama dan
perbuatan-perbuatan yang menghina agama. Bagi orang bukan Islam pula adanya
peraturan melarang daripada memaksa orang bukan Islam masuk Islam. Tujuannya
adalah untuk menjaga kesucian islam juga kerana memaksa orang bukan Islam masuk
Islam hanya membanyakkan golongan munafik.

2. Menjaga jiwa.
Memelihara jiwa pula berkaitan dengan memelihara kehidupan manusia.Menolak apa
yang menghilangkan nyawa iaitu pembunuhan dan apa yang membawa bahaya terhadap
jiwa. Juga berkait dengan pelaksanaan perkara-perkara yang dapat meningkatkan
kesihatan manusia dan melindungi daripada penyakit, jangkitan dan sebagainya. Bahkan
dalam islam, pemeliharaan jiwa juga berkaitan dengan memelihara pelbagai kehidupan
seperti haiwan, tumbuhan dan alam sekitar.

3. Menjaga akal.
Dalam memelihara akal pula, adanya larangan terhadap pengambilan bahan yang
menghilangkan kewarasan akal seperti minum arak. Memelihara akal juga adalah tujuan
bagi perintah menuntut ilmu, kemahiran dan larangan bertaqlid buta. Islam menggalakkan
umat Islam mencari bukti-bukti dan dalil-dalil akal dalam setiap persoalan.

4. Menjaga harta.
Isu pemeliharaan harta berkaitan dengan hukuman-hukuman yang diwajibkan oleh
Syariah dalam jenayah curi, penipuan, monopoli dan penggelapan wang. Juga memelihara

92
hak-hak pemilikan termasuk pemilikan harta intelek, pemeliharaan ekonomi daripada
keruntuhan, pengangguran, inflasi dan lain-lain.

5. Menjaga keturunan.
Dalam Syariah, hal ini tidak berkaitan denagn memelihara keturunan anak-anak
kepada ayah semata-mata iaitu larangan zina. Bahkan, isu ini ditambah dengan perintah
pemeliharaan kanak-kanak dan keluarga, seperti perintah suami mencari nafkah untuk
keluarga dan kewajipan memberi pendidikan kepada anak-anak.

6. Menjaga maruah.
Pemeliharaan daripada qazaf, cercaan, celaan, tuduhan yang tidak benar ataupun
pengintipan. Agar kemuliaan manusia dan hak-hak asasi manusia terpelihara. Hak-hak
asasi di sini adalah hak asasi yang disepakati oleh seluruh manusia seperti hak kehidupan,
kebebasan memilih, perlindungan daripada seksaan, kebebasan memberi pandangan,
keadilan perundangan dan sebagainya.

6.2 Kepentingan Syariah Dalam Kehidupan

1. Untuk mendidik manusia.


Hakikatnya kehidupan manusia tidak terlepas dari ujian dan dugaan sebagaimana
dalam firman Allah dalam surah Surah Al-Ankabut ayat 2-3:
َ ُ َ ‫َ َ َ َّ ُ َ ُ ر َ ُ ٓ ْ َ َ ُ ُ ٓ ْ َ َ َّ َ ُ ر َ ُ ر‬
َ ‫ َولَ َق رد َف َت َّنا َّٱَّل‬٢ ‫ون‬
‫ِين مِن َق ربلِهمۖۡر‬
ِ ‫أحسِب ٱنلاس أن يۡتكوا أن يقولوا ءامنا وهم َل يفتن‬

َ ‫َ َ َ ر َ َ َّ َّ ُ َّ َ َ َ ُ ْ َ َ َ ر َ َ َّ ر‬
َ ‫ك َٰ ِذب‬
٣ ‫ني‬ِ ‫فليعلمن ٱَّلل ٱَّلِين صدقوا وَلعلمن ٱل‬

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah
beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji
orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-
orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”.

Setiap ujian dan dugaan yang menimpa manusia adalah datang daripada Allah dan
tujuannya adalah untuk mendidik manusia agar lebih kuat dan menjadi insan yang
lebih bertakwa. Syariat diturunkan bagi mendidik manusia menghadapi segala ujian
dan cubaan tersebut. Syariah menanamkan keimanan dan nilai-nilai amanah dan
kebenaran dalam jiwa seseorang itu. Sebahagaian dari program pendidikan dalam
Islam ialah melalui ibadah. Amalan ibadah yang disyariatkan oleh Allah ini memainkan

93
peranan mendidik manusia supaya menjadi ahli masyarakat yang berguna dan
memberi manfaat kepada yang lain. Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-
Baqarah ayat 110 yang mensyariatkan hambanya agar menunaikan solat didalam Al-
quran:
َّ َ ُ ُ َ ‫ر َ ر‬
َ َّ ‫ٱَّلل ِ إ َّن‬ ُ ُ َ ْ ُ َ ُ َ َ َ َٰ َ َّ ْ ُ َ َ َ َٰ َ َّ ْ ُ َ َ
‫ٱَّلل ب ِ َما‬ ِِۗ ‫َتدوه عِند‬
ِ ٖ ‫ۡي‬ ‫خ‬ ‫ِن‬
‫م‬ ‫م‬ ‫ك‬ ‫س‬
ِ ‫نف‬ ‫وأقِيموا ٱلصلوة وءاتوا ٱلزكوة َۚ وما تقدِموا ِِل‬

َ ُ َ
١١٠ ٞ‫ت رع َملون بَ ِصۡي‬

“Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu
usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahala nya pada sisi Allah.
Sesungguhnya Alah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan”.
Firman Allah SWT lagi dalam surah Al-Baqarah ayat 153:
َ َّ ‫ٱلصلَ َٰوة ِ إ َّن‬
َٰ َّ ‫ٱَّلل َم َع‬
َ ‫ٱلصۡب‬ َّ ‫ينوا ْ ب‬
َّ ‫ٱلص رۡب َو‬ ‫ِين َء َام ُنوا ْ ر‬
ُ ‫ٱس َتع‬ َ َّ َ ُّ َ َٰٓ َ
١٥٣ ‫ين‬ ِِ ِ ِۚ ِ ِ ِ ‫ٱَّل‬ ‫يأيها‬

“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu,
sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”.

Firman Allah SWT lagi dalam surah Al-Ankabut ayat 45:


َ ُ َ ‫َّ َّ َ َٰ َ َ ر َ َٰ َ ر َ ر َ ٓ َ ر ُ َ َ َ ر ُ َّ َ ر َ ُ َ َّ ُ َ ر َ ُ َ َ ر‬
٤٥ ‫… إِن ٱلصلوة تنَه ع ِن ٱلفحشاءِ وٱلمنك ِرِۗ وَّلِكر ٱَّلل ِ أكۡب ِۗ وٱَّلل يعلم ما تصنعون‬

“Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu


mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar”.

2. Syariah sebagai perisian Problem Solving (Penyelesaian Masalah) dalam


kehidupan.
Syariat Islam merupakan satu peraturan yang bersifat universal dan global
(Syumuliyyah). la merangkumi seluruh bidang keperluan manusia yang meliputi aspek
hubungan antara manusia dengan tuhan, hubungan sesama manusia dan alam
sekitar.
Syariah memelihara lima tunjang yang menjadi pokok dan asas utama dalam
memelihara keamanan dan kesejahteraan seluruh umat manusia iaitu menjaga
agama, nyawa, akal, maruah dan harta. Lima perkara tersebut dipanggil sebagai
maqasid Syariah. Setiap permasalahan yang melibatkan kelima perkara ini akan
diselesaikan berdasarkan syariat Islam dengan menjadikan wahyu Illahi, hadis dan
sunnah sebagai sumber rujukan utama.

94
Syariat Islam digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu perkara itu wajib,
harus, sunat, makruh atau pun haram dilakukan. Tujuannya adalah untuk
menjernihkan kekeliruan yang melibatkan bab-bab agama agar setiap perkara yang
dilakukan mendapat keredhaan Allah dan demi kemaslahatan manusia.

Penghayatan yang kedua ini juga amat berkaitan dengan perhubungan masyarakat
terutamanya dalam hubungan menjaga hak asasi manusia dan tidak mencerobohinya.
Jika berlaku pencerobohan maka hukuman tertentu menantinya. Hukuman yang
ditetapkan oleh syarak bukan semata-mata bertujuan untuk menghukum si
penjenayah tetapi membendung masyarakat daripada melakukan jenayah tersebut.
Bagi mencapai matlamat inilah disyariatkan agar melaksanakan undang-undang
jenayah Islam seperti hudud, qisas dan takzir. Sebagaimana firman Allah dalam Al-
quran dalam Surah al-Baqarah ayat 229:
َ ُ َٰ َّ ُ ُ َ َٰٓ َ ْ ُ َ َّ َ ُ ُ َّ َ َ َ َ َ َ ُ َ ‫ر َ ُ ُ ُ َّ َ َ َ ر‬
٢٢٩ ‫…… ت ِلك حدود ٱَّلل ِ فَل تعتدوها َۚ ومن يتعد حدود ٱَّللِ فأولئِك هم ٱلظل ِمون‬..

“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya,
dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang
yang zalim”.

Garis panduan yang telah ditetapkan dalam syariat Islam adalah untuk membawa
kepada kebaikan sebanyak yang mampu kepada manusia dan bukannya
kemudharatan, membuka jalan ke arah yang lebih jernih agar manusia tidak terus
berada dalam kejahilan.

Info istilah undang-undang jenayah Islam:

Hudud - _________________________________________________________

Qisas - _________________________________________________________

Takzir - _________________________________________________________

Diat - _________________________________________________________

3. Sebagai Penegak Keadilan


Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hadid ayat 25:

95
‫َ َ َ ر َ َ َ ُ ُ ر َ َ َ ر َ َ َ ُ َ َّ ُ ر ر َ َ َ ر‬ َ ‫ََ ر‬ َ‫ََ ر َ ر‬
‫نزنلَا‬ ِ َٰ‫لقد أ رر َسلنا ُر ُسلنا بِٱۡلَيِن‬
ِۖ ِ ‫ت وأنزنلا معهم ٱلكِتَٰب وٱل ِمزيان َِلقوم ٱنلاس بِٱلقِس‬
‫ط وأ‬

َّ َّ
َ‫ٱَّلل‬ ‫ر‬ َ ‫َ َ ر َ َ َّ ُ َ َ ُ ُ ُ َ ُ ُ َ ُ ر‬ َّ ُ َٰ َ َ َ ٞ َ ٞ ‫َر‬ َ‫ر‬
َ ‫ٱۡلد‬
‫ب إِن‬
ِۚ ِ ‫اس و َِلعلم ٱَّلل من ينُصهۥ ورسلهۥ بِٱلغي‬ِ ‫ِيد فِيهِ بأس شدِيد ومنفِع ل ِلن‬

ٞ ‫قَو ٌّي َعز‬


٢٥ ‫يز‬ ِ ِ
“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa
bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan bersama-sama
mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia
dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya
mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia.
(Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan
faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata
pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk)
menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya,
padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha
Kuat, lagi Maha Kuasa”.

Berdasarkan daripada ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa Islam adalah agama
yang adil dan seimbang. Tidak terlalu memberatkan malah memudahkan.
Sepertimana dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Hajj yang bermaksud: “Dia
sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan”.

4. Syariat Islam adalah untuk memperjelaskan lagi segala garis panduan yang
telah termaktub didalam kitab suci Al-quran.
Tujuannya adalah bagi memudahkan ummat manusia untuk memahami dengan lebih
mendalam mengenai hukum-hukum syara’ berdasarkan dalil dan hujah yang terdapat
didalam Al-quran, hadis dan sunnah Rasullullah ‫ ﷺ‬Keadilan dalam Islam adalah
bermaksud mengambil hak dari orang zalim dan meletakkannya kepada orang yang
dizalimi dan tertindas. Hal ini dijelaskan sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah
Al-Ma'idah ayat 8:
َّ ‫ٱعدِلُوا ْ ُه َو أ َ رق َر ُب ل‬
َٰ ‫ِلت رق َو‬
٨ .. ۡۖ‫ى‬
‫ُ َ ر َ َ َٰٓ َ َّ َ ر ُ ْ ر‬ َ ُ ‫َ َر‬
‫… َوَل َي ِر َم َّنك رم ش َنَٔٔان قو ٍم لَع أَل تعدِل َۚوا‬

“Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu
kepada tidak berlaku adil (kepada sesiapajua) kerana sikap adil itu lebih hampir
kepada taqwa”.

96
Al-Quran mewajibkan setiap manusia berlaku adil di dalam segala urusannya,
terutama daripada kalangan pemerintah yang berkuasa. Hal ini dijelaskan Allah SWT
dalam surah An-Nisa ayat 58:
‫َ َر ُ ْ ر‬ َ َ َ
َ ‫ك رم ُتم بَ ر‬
٥٨…..‫اس أن َتك ُموا بِٱل َع رد ِل ِۚ إ‬
ِ َّ‫ني ٱنل‬ ‫……ِإَوذا ح‬

“Jika kamu menghukum manusia hendaklah kamu menghukum seadil-adilnya”.

Keadilan syariah dapat dilihat dengan wujudnya kesamarataan di dalam mentaklifkan


segala fardu ain. Setiap manusia diwajibkan melaksanakan syariat Allah dan
meninggalkan segala laranganNya tanpa ada kekecualian kepada individu-individu
tertentu. Keadilan akan menghasilkan pelaksanaan segala perintah Allah SWT dan
meninggalkan segala laranganNya. Sedangkan kezaliman pula ialah meninggalkan
segala suruhanNya dan mengerjakan segala larangan Allah SWT.

6.3 Khilafiyah.

Khilafiyah di sini bermaksud perbezaan pendapat di antara ulama ahli Feqah dalam
menetapkan hukum-hukum syara’.

Perbezaan pendapat itu bukan sahaja berlaku antara mazhab-mazhab, tetapi berlaku
juga dalam satu mazhab yang sama. Orang awam merasa pelik dengan perbezaan ini sebab
mereka mempercayai agama itu satu, syara’ (perundangan) itu satu, kebenaran itu satu, iaitu
wahyu Ilahi. Jadi, bagaimana wujud banyak pendapat dan kenapa tidak disatukan mazhab itu
menjadi satu pendapat sahaja yang membolehkan orang Islam mengamalkan perkara yang
sama tanpa ada beza sedikit pun. Ada orang menyangka bahawa perbezaan antara mazhab
adalah merupakan perbezaan yang mencanggahi syara’ atau akidah sama seperti perbezaan
yang berlaku dalam Kristian antara Orthodoks, Katholik dan Protestan. Sesungguhnya
perbezaan antara mazhab-mazhab dalam Islam TIDAK sedemikian. Ini adalah sangkaan
yang sangat salah.

Sesungguhnya perbezaan pendapat antara mazhab dalam Islam adalah rahmat dan
memberi kemudahan kepada ummah. Ia merupakan kekayaan perundangan Islam yang
merupakan sesuatu yang menjadi kebanggaan. Ini kerana perbezaan itu hanya berlaku dalam
perkara-perkara cabang dan perkara-perkara ijtihad, bukan pada perkara-perkara dasar atau
I’tikad. Dalam sejarah Islam, kita tidak pernah mendengar adanya perbezaan mazhab fiqh

97
yang menyebabkan berlakunya pergaduhan atau pertikaian hingga terjadinya permusuhan
yang merosakkan perpaduan mereka ketika menghadapi musuh. Sedangkan perbezaan
aqidah memisahkan antara penganutnya dan menghancurkan perpaduannya.

Punca timbulnya perbezaan pendapat ialah kerana adanya tingkat perbezaan fikiran
dan akal manusia dalam memahami nas, cara memetik hukum, keupayaan mengetahui
rahsia-rahsia perundangan dan alasan-alasan hukum syara’. Namun tidak menafikan bahawa
sumber perundangan utama semua mazhab tetap sama. Perbezaan itu kerana kelemahan
manusia, namun harus diikuti dengan salah satu daripada pendapat yang berbeza itu untuk
mengelakkan kerumitan manusia selepas terputusnya wahyu. Dan perbezaan hanya berlaku
pada perkara yang diambil dari dalil-dalil yang zanni (tidak objektif- boleh dibuat berbagai
tafsiran).

Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang hakim berijtihad dan


ijtihadnya itu betul, maka dia memperolehi dua pahala, tetapi jika ijtihadnya salah, maka dia
memperolehi satu pahala”. (Hadis muttafaqun alaih)

Adapun perkara-perkara yang diambil dari dalil yang qati’e (objektif, tiada tafsiran
lain), dan diambil daripada Al Quran dan hadis-hadis mutawatir serta hadis-hadis yang
masyhur, maka ahli fiqh tidak berbeza pendapat.

Punca-punca khilafiyah dalam memahami hukum berdasarkan dalil yang zanni:

1. Kerana lafaz yang mujmal (tidak detail) atau berkongsi makna seperti:
i- Lafaz yang boleh membawa maksud sebenar atau perumpamaan.
ii- Lafaz yang boleh membawa maksud mutlak (tiada batas) dan muqayyad (ada batas).
iii- Lafaz yang boleh membawa maksud umum dan maksud khusus.

2. Bentuk periwayatan yang berbeza.


Bentuk periwayatan hadis berbeza kerana beberapa sebab antaranya:
i- Hadis sampai kepada seorang daripada periwayat tetapi tidak sampai kepada orang
lain
ii- Hadis sampai kepada seorang secara sahih tetapi sampai kepada orang lain dengan
jalan dhaif.
iii- Sampai kepada seseotang melalui perawi yang dikatakan dhaif pada sesetengah
orang tetapi tidak dhaif pada sesetengah yang lain pula.

98
3. Perbezaan pada penerimaan sumber- sumber syariat tambahan.
Iaitu istihsan, masalih al mursalah, qaul sahabah, istishab addharai’, al bara’ah al asliyyah
dan lain-lain. Imam empat mazhab berbeza dalam penggunaan sumber-sumber syariat
tambahan ini.

4. Ijtihad dengan qiyas.


Ini merupakan sebab utama perbezaan pendapat berlaku. Dalam qiyas ada asal, syarat
dan tujuan. Tidak pernah berlaku kata sepakat dalam tiga perkara ini kerana akal manusia
memang mempunyai cara pemikiran yang berbeza. Maka berlakulah perbezaan pendapat di
antara mazhab atau disebut sebagai khilafiyah.

Cara menghadapi khilafiyyah:


1. Merujuk kepada maqasid shari’ah (tujuan syara’)
2. Diharuskan atau diwajibkan beramal dengan salah satu daripada pendapat-pendapat itu.
Jangan mencampur adukkan amalan berbagai mazhab. Kita hidup di negara yang
mengamalkan mazhab Shafie, maka kita konsistenlah beramal dengan mazhab shafie.
3. Semua pendapat adalah dihormati, tidak boleh mencela mana satupun daripada
pendapat itu.
4. Memahami bahawa setiap mujtahid tidak menamakan pendapat-pendapat itu sebagai
hukum Allah, tetapi menamakan sebagai pendapat atau ijtihad kerana mereka berhati-
hati, tidak sombong atau meremehkan pendapat orang lain.

99

Anda mungkin juga menyukai