Anda di halaman 1dari 5

TITAS ISL M2

Konsep Maqashid Syariah


Semua masyarakat manusia mempunyai peraturan hidup atau undang-undang yang
tersendiri. Di dalam Islam ia dinamakan Syariah yang menggariskan peraturan
hidup individu dan kolektif.
Secara etimologi bererti ;
jalan ke tempat pengairan atau jalan yang bersih yang selalu dilalui atau
tempat lalu air di sungai.
Di dalam al- Quran terdapat beberapa ayat yang menyebut perkataan Syariah.
Surah al-Maidah ayat 48 yang bermaksud untuk setiap umat di antara
kamu, kami beri kamu aturan (Syariah/jalan yang terang.)
Surah al- Jhaziyah ayat 18 yang bermaksudKemudian kami jadikan kamu
dalam suatu aturan. (Syariah) tentang urusan (Din), maka ikutlah (Syariah)
itu..
Matlamat Perlaksanaan Syariah
Matlamat utama perlaksanaan Syariah adalah untuk mengatur hidup
manusia atas asas maruf dan mengenepikan mungkar
Dua kaedah yang digunakan dalam menggubal undang-undang Syariah
(i) Mengutamakan maslahat umum
(ii) Perkara yang membawa kesenangan dan kemudahan kepada manusia.
Lima Prinsip Utama yang Dipelihara oleh Syariah
Memelihara Agama
- Pegangan agama menggambarkan keimanan dan nilai diri seseorang.
- Demi menjaga kesucian, tidak membenarkan penganutnya murtad, yakni keluar
daripada agama Islam.
- Mereka yang meninggalkan Islam diberi peluang bertaubat, jika tidak hukuman
berat akan dijatuhkan oleh pemerintah Islam
TITAS ISL M2
Menjaga Nyawa
- Nyawa ialah pinjaman Allah SWT kepada manusia.
- Tidak boleh membunuh diri atau membunuh orang secara tidak sah.
- Mereka yang membunuh akan dijatuhkan hukuman mati.
Memelihara Kewarasan Akal
- Penting untu kesejahteraan dan keharmonian hidup
- Islam mengharamkan semua perbuatan yang merosakkan akal fikiran yang
waras.
- Mereka yang melakukan kesalahan ini akan dikenakan 40 kali sebatan.
Menjaga Maruah dan Keturunan Manusia
- Islam amat manjaga kesucian keturunan manusia supaya taraf manusia tidak
jatuh ke taraf haiwan.
- Mengharamkan perbuataan zina dan orang yang menuduh orang lain berzina
dengan tiada bukti yang kukuh.
- Pelaku zina akan direjam sampai mati atau disebat sebanyak 100
sebatan.dengan menentukan pesalah itu sama ada bujang atau berkahwin.
- Penuduh zina akan dikenakan sebatan 80 kali sekiranya mereka gagal mencari
4 orang saksi.
Melindungi Harta Benda Manusia
- Menitikberatkan soal menjaga hak-hak individu termasuklah dalam soal
pemilikan harata benda.
- Islam tidak melarang penganutnya mengumpul harta benda tetapi mereka
haruslah berzakat.
- Pemerintah wajip menlindungi hak-hak mereka daripada dirampas atau dicuri.
- Sesiapa yang mencuri akan dipotong tangan.

Pembahagian dan Klasifikasi Maqashid Syariah
Para ulama berbeda-beda dalam mengklasifikasikan maqashid/tujuan
dari syariah secara umum, akan tetapi intinya tetap sama.

1. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah
TITAS ISL M2
Basis syariah adalah hikmah dan kemaslahatan manusia di dunia dan
akhirat.
Kemaslahatan ini terletak pada keadilan sempurna, rahmat, kesejahteraan,
dan hikmah.

2. Ibnu Asyur
Menyebutkan bahawa secara umum tujuan dari syariah adalah: menjaga
aturan hidup, mewujudkan kemaslahatan, menolak bahaya, menegakkan
persamaan/kesetaraan antara manusia, menjaga kemuliaan syariah,
menguatkan dan memberikan ketenangan bagi umat manusia.

3. Allal al-Fasy
Menyebutkan tujuan syariah adalah: memakmurkan bumi, menjaga aturan
hidup, menegakkan keadilan dan keistiqamahan, selalu mewujudkan
kemaslahatan baik bagi akal, pekerjaan, dan sesama manusia di bumi,
memberikan dan mengatur kemanfaatan bagi orang banyak.

4. Abu Zahrah (1958)
Bertujuan untuk tahdzib al-fard (pendidikan bagi individu), iqamah al-
adl (menegakkan keadilan), dan maslahah (kemaslahatan).
Pembahagian maqasid syariah
Maqasid syariah secara umumnya terbahagi kepada tiga bahagian.
1. dharuriyyat.
Perkara-perkara (keperluan asasi) yang mesti dipenuhi oleh setiap individu
bagi mendirikan kemaslahatan agama dan dunia.
Jika tiada maslahah ini, kemaslahatan dunia tidak akan bergerak dengan
lancar dan akan hilang nikmat dan keselamatan di akhirat kelak.
Contohnya, seorang individu perlu mempunyai harta untuk meneruskan
kehidupan.
TITAS ISL M2
Justeru, Allah SWT menurunkan syariat yang berkaitan dengan persoalan
memiliki harta, menggunakan dan membelanjakannya.
Terdapat lima perkara penting yang terkandung di bawah kemaslahatan ini
iaitu memelihara agama, memelihara diri/jiwa, memelihara keturunan,
memelihara akal dan memelihara harta.
2. hajiyyat
Kemaslahatan yang bersifat keperluan dan hajat manusia
Tujuan: menghilangkan kesulitan dan kesempitan yang boleh membawa
kepada kesusahan hidup.
Contohnya, Rasulullah SAW melarang dari menjual sesuatu yang tidak
jelas (gharar) seperti ikan di lautan dan burung di udara.
Ini bertujuan menjamin kepentingan pembeli bagi mendapatkan haknya
setelah membayar kepada penjual.
3. tahsiniyyat
Kemaslahatan dari aspek adat dan kesempurnaan akhlak.
Jika hilang kemaslahatan tersebut, maka ia akan menyebabkan kehidupan
menjadi buruk pada pandangan akal.
Sebagai contoh, seorang individu yang telah mempunyai kereta dibenarkan
untuk memiliki sebuah lagi kereta sekiranya mempunyai keperluan dan
kemampuan.
Pembahagian ini sengaja dijelaskan dan dipaparkan oleh para ulama untuk
membantu umat Islam dalam menentukan prioriti dan keutamaan dalam
melakukan ketaatan dalam hidup mereka.
Keistimewaan Maqashid al-syariah
I -Lengkap kerana mengatur kehidupan manusia dari yang paling kecil hingga
perkara paling besar
II -Bersepadu kerana mempunyai prinsip-prinsip perundangan yang mengatur
urusan keduniaan dan keagamaa tanpa melalui batas di antara satu sama lain .
TITAS ISL M2
III -Universal kerana tidak tertakluk kepada kaum,iklim atau daerah geografi.
IV -Tetap kerana tidak boleh menerima perubahan hingga hari kiamat.
Sumber Syariah
AL QURAN
Mukjizat yang diturunkan oleh Allah S.W.T melalui Jibrail (a.s)
Terdapat 330 ayat al-Quran daripada 6666 ayat yang menyentuh tentang
perundangan.
140 ayat menyentuh hal ibadah dan thaharah (bersuci secara fizikal dan
spiritual)
70 ayat menyentuh hukum kekeluargaan
70 ayat menyentuh muamalat (urusan jual beli)
30 ayat menyentuh hukum jenayah
20 ayat menyentuh hal kehakiman
SUNNAH
Ia melengkap al-Quran dengan tiga cara iaitu:
- Ia menegaskan hukum yang telah terdapat dalam al-Quran
- Ia menjelaskan apa yang tidak diperincikan dalam al-Quran
- Ia menetapkan sesuatu hukum yang tidak terdapat dalam al-Quran tetapi
hukum ini bertepatan dengan prinsip umum dalam al-Quran.
Rujukan:
http://abuutsmanmuhammad.wordpress.com/2012/01/23/konsep-maqashid-syariah/
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0203&pub=Utusan_Malaysi
a&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm#ixzz2rUYca2My

Anda mungkin juga menyukai