Anda di halaman 1dari 6

Definisi Guru:

Definisi professional:

1. 4 ciri Ornstein dan Levine (1993)

2. belajar sepanjang hayat

POINT TO FIGHT:

A. Pengetahuan dan latihan secara berterusan


1. Guru mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang tertentu.
Walaupun seseorang tidak mahir dalam sesuatu bidang, guru diberi peluang
mengikuti kursus dan dibimbing oleh guru panitia. Dan kursus KDC.
2. Sekiranya guru diberi mata pelajaran yang kurang fasih untuk mengajar, guru
kerap dihantar untuk menghadiri kursus, latihan dan bengkel untuk
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mata pelajaran. Hal ini menuruti
profesionalisme yang menekankan pembelajaran dan peningkatan kualiti
sepanjang masa secara berterusan.
3. Guru mempunyai kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu eg.
Pedagogi, kaedah PdP, strategi pembelajaran.

B. Jaminan Kualiti Profesion


4. Kod Etika Keguruan untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli. Dari segi
pemakaian dan tatatertib. Mempunyai imej yang dijaga berpandukan standard.
5. Mempunyai persatuan yang akan memantau kualiti perguruan. Kerjaya lain
seperti tukang masak, penjaja, tukang gunting tidak dipantau dari segi
kemahiran mereka dalam menghasilkan mutu perkhidmatan yang berkualiti.
Tiada orang yang menilai samada rambut digunting dengan cantik, makanan
dimasak dengan enak dan lain-lain. Namun, guru akan dinilai melalui program
pencerapan oleh guru besar atau ketua panitia. Di maktab ada MQA. Nazir
menjamin kualiti dan memantau kualiti PdP. KPI yang dinilai oleh pentadbir
sekolah membantu memelihara kualiti kerja guru dari semasa ke semasa.
C. Status Sosial Guru yang diperbesarkan

6. Kebenaran diberi kepada profesion oleh masyarakat untuk beroperasi. Eg


Hari Guru 16 Mei. Sejak masa yang lampau.
7. Perwatakan guru. Dont judge a book by its cover. Malah, doktor dan
akauntan yang pergi pub bukankah mereka juga merupakan individu yang
professional? Itu adalah cara dan gaya hidup seseorang yang tidak boleh
dipertikaikan. Tahukah rakan pembangkang yang dikasihi ini?!
8. Eg. KPPK (Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia).

Objektif
Menjadikan Kesatuan Sekerja yang cekap dalam memperjuangankan hak guru serta berupaya
memberikan perkhidmatan yang cemerlang
Visi
Ke Arah Kecemerlangan Profesion Pendidikan.
Misi

Merancang dan melaksanakan pelbagai program ke arah melahirkan golongan pendidik yang
inovatif, dinamik dan progresif selaras dengan wawasan untuk meningkatkan martabat profesion
pendidikan.
Melindungi dan memperjuangkan hak-hak golongan pendidik.
Menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat yang berkualiti dan cekap.

9. Teacher Index.
Soalan pembangkang:

1. Adakah peranan guru semakin hilang kewibawaannya / status guru/ maruah


perguruan kerana masyarakat teah mengalihkan pandangan kepada kerjaya yang
diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek?
Dan kerana fitnah-fitnah, kes-kes buli, kes-kes lain. Adakah sebab guru kurang
berprofesional, maka berlakunya kes-kes ibu bapa dan orang ramai tidak
mempercayai guru. Adakah ini membuktikan bahawa guru adalah kerjaya yang tidak
berprosefional walaupun telah diberi latihan yang berlambak, kursus yang
berterusan ataupun lain-lain. Mengikut konsep professional pula menurut Ornstein
dan Levine (1993), salah satu ciri adalah kebenaran diberi kepada profesion oleh
masyarakat untuk beroperasi.

Jwp: jangan kerana nila setitik, rosak susu seberangkah.

2. guru diberi latihan dalam matematik pendidikan rendah, tetapi guru diamanah
untuk mengajar mata pelajaran lain. Jadi guru tidak berprofesional.

Jwp: walaupun guru pelatih mempunyai obsyen masing-masing, tapi apa yang
difokuskan dalam pengajian di maktab adalah cara untuk mengajar, dan cara untuk
mengendalikan kelas, cara mengurus pelajar. Dengan adanya pengetahuan dan
kecekapan dalan pedagogi atau strategi PdP atau penggunaan peta i-think dan lain-
lain, guru dapat mempelajari atau mendalami sesuatu mata pelajaran sebelum
menyampaikannya kepada anak murid mereka. Guru yang berprofesional akan
menyampaikan pengetahuannya kepada murid mengikut kesesuaian dan
pengalaman serta latar belakang murid. Tambahan lagi, guru akan diberi latihan
KDC ataupun dibimbing dan dinilai oleh ketua panitia di sekolah.

3. guru bersandar dibenarkan untuk mengajar di sekolah.

Jwp: Guru bersandar dibenarkan mengajar di sekolah sebagai keperluan tenaga


kerja sementara menunggu guru tetap lapor diri untuk berkhidmat. Prestasi guru
bersandar dipantau oleh pihak pentadbir sekolah bagi menjamin kualiti asas sebagai
seorang guru. Di klinik, farmasi dan firma kewangan juga kelihatan pekerja yang
bekerja sebagai part-time tanpa mempunyai sijil atau kelayakan sebidang. Adalah
tidak adil untuk menuduh guru sebagai bukan profesion dengan beberapa kes
spesifik tertumpu pada beberapa individu sahaja.
Teks Perdana Menteri:

Selamat pagi semua, pendirian pihak kami adalah guru adalah merupakan kerjaya
yang professional. Sebelum kami menghujahkan bukti-bukti yang menunjukkan
bahawa guru adalah kerjaya yang berprofesional, izikan saya menjelaskan definisi
dan konsep guru serta professional terlebih dahulu.

Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik ataupun pengasuh. .


Seorang guru ialah merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran murid-
murid dan guru merupakan orang yang akan memelihara dan melatih murid, menjadi
petunjuk kepada orang lain dan menjaga dan mendidik orang lain.

Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep professional mempunyai 4 ciri penting
iaitu seseorang ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan
dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah
laku ahli-ahli dan kebenaran diberi kepada profesion oleh masyarakat untuk
beroperasi.

Manakala menurut Lieberman pula, sesuatu profesion bertaraf professional ialah


memberi perkhdmatan penting dan mempunyai matlamat yang jelas, menggunakan
keupyaan serta kebolehan intelek semasa menjalankan tugas-tugas profesionalnya,
mendapat latihan yang khusus dalam bidang kemahiran ikhtisas dalam tempoh
masa tertentu, mementingkan mutu serta dedikasi yng tinggi dengan tidak
mementingkan keuntungan wang atau saran semata-mata, pakar dalam bidang
masing-masing serta mempunyai kuasa autonomi dalam tugas dan
tanggungjawabnya, mempunyai organisasi yang berkuasa menentukan kriteria untuk
kemasukan dan mengawal mutu perkhidmatan ahli-ahlinya dan mempunyai etika
perkhidmatan yang perlu dipatuhi oleh setiap ahli dalam profesion itu. (Amir Hassan
Dawi, 2002 dan Suffean Husin, 1996).

Maka, jika dilihat profesion keguruan, selain guru mempunyai pengetahuan yang
khusus dalam bidang pendidikan, seorang guru turut akan diberi latihan selama 5
tahun sebelum berkhidmat di sekolah secara rasmi. Guru turut mempunyai kuasa
autonomi dalam menentukan pendekatan, kaedah dan teknik mengajar dalam bilik
darjah masing-masing mengikut kesesuaian anak-anak muridnya. Tambahan pula,
terdapat organisasi yang berkuasa dalam menentukan kriteria kemasukan guru ke
dalam program keguruan ini dan juga mempunyai perbadanan yang khusus untuk
mengawal mutu perkhidmatan guru dari semasa ke samasa. Kod Etika Keguruan
Malaysia turut ditetapkan oleh KPM untuk dijadikan panduan kepada guru supaya
tidak lari dari landasan serta tidak melakukan tindakan yang tidak wajar. Maka,
dengan kesemua aspek-aspek yang diamalkan oleh guru, guru sememang
merupakan profession yang berprofesional.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut melihat profesion perguruan sebagai


Berdiri sama tingga dan duduk sama rendah dengan profesion yang lain kerana
khidmat golongan pendidik adalah melewati ruang tempat, masa dan ketika.
(Menteri Pendidikan, 2000).

MASCO 2008 iaitu Malaysia Standard Classification of Occupations 2008 yang


dikendalikan oleh Ministry of Human Resources Malaysia turut telah membuat
pengelasan kerjaya guru ke dalam kumpulan professional dan ini bermaksud kerjaya
guru mempunyai taraf yang sama tinggi dan sama rendah dengan kerjaya lain yang
juga professional seperti arkitek, kurutera, doktor, peguam dan sebagainya.

Tuntasnya, kerjaya guru telah mematuhi ciri-ciri konsep professional dan kerjaya
guru turut mengamalkan ciri-ciri kerjaya yang berprofesional seperti yang telah
dijelaskan tadi. Tambahan pula, kerjaya guru juga telah diiktirafkan dan dikelaskan
oleh KPM dan MASCO 2008 dalam kerjaya professional. Maka, pihak kami
berpendirian teguh bahawa kerjaya guru merupakan kerjaya yang berprofesional
dan ia merupakan hakikat yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Anda mungkin juga menyukai