Anda di halaman 1dari 6

TITAS ISL M12

Isu-isu semasa tentang Tamadun Barat


Hegemoni
1. Hegemoni ialah satu konsep yang datang dari pemikiran Barat yang bermaksud
ketua atau pemimpin.
2. Dalam Kamus Dewan, istilah ini bermaksud pengaruh atau dominasi sesebuah
negara atas negara lain atau satu bentuk cengkaman atau dominasi sesuatu
pihak ke atas pihak lain yang lebih lemah dari segi ekonomi, sosial dan politik.
3. Antara peristiwa dan warisan yang mempengaruhi kehidupan masyarakat Eropah
ialah:
- Warisan tamudun Yunani dan Rom
- Kemunculan Gereja Katholik Rom
- Peperangan Salib
4. Negara-negara Eropah sentiasa berubah-uabh sama ada berpecah atau
bergabung dan mereka suka bersaing dan berbangga dengan pencapaian
masing-masing.
5. Perpecahan dan kemunculan negara-negara baharu adalah berpunca daripada
kejatuhan kuasa kerajaan USSR (United Soviet Socialist Republic).
6. Penggabungan negara-negara Eropah masih terus berjalan melalui punubuhan
EU (European Union).
7. Hegemoni dapat mengawal dan menguasai manusia kerana manusia suka hidup
dalam kumpulan dan suka mengikut perlakuan orang di sekelilingnya. Mereka
kurang gemar membuat keputusan baru. Mereka juga gemar membuat sesuatu
yang mudah daripada sesuatu yang susah. Manusia juga lebih selesa berada
dalam sistem yang sedia ada berbanding dengan menukar sistem baharu.
8. Hegemoni Barat di negara kita bermula dari sejarah pembentukan Malaysia.
Oleh itu , sebahagian besar sistem pentadbiran berkaitan dengan ekonomi,
sosial, politik, pendidikan dan lain-lainmasih mengekalkan pengaruh dari barat.
Pengaruh tersebut merupakan hegemoni Barat kepada negara jajahannya.

Hegemoni Barat
1. Hegemoni Barat bermaksud penguasaan beberapa negara negara Eropah
termasuk Amerika Syarikat dan Kanada terhadap negara-negara Asia, Afrika,
Amerika Selatan dan negara-negara kecil yang lain di seluruh dunia.
2. Ia bertujuan untuk mengaut sebanyak mungkin sumber asli dan sumber tenaga
manusia melalui maklamat Gold, Gospel and Grory.
TITAS ISL M12
3. Antara tiga polisi yang diamalkan oleh Barat ke atas bukan Barat:
Usaha Barat mengekalkan keunggulan militari melalui dasar dan perjanjian
senjata nuklear, biologikal dan kimia yang berat sebelah.
Usaha mempromosikan hak asasi manusia dan demokrasi ala-Barat.
Menjaga integriti negara bangsa Barat dengan menyekat kebanjiran imigran ke
Barat
4. Jeffrey F.Bennet (Exclusion as National Security Policy, dalam Jurnal Parameters
1994) telah merumuskan ciri-ciri dominasi Tamadun barat ke atas dunia sejagat
seperti berikut:
Barat memiliki sistem perbankan antarabangsa dunia (IMF, World Bank & bank-
bank gergasi multinasional).
Barat mengawal mata wang utama dunia (US dollar sebagai pengukur nilai
mata wang antarabangsa).
Barat ialah pasar dan pelanggan barangan utamadunia.
Barat membekalkan kebanyakan barangan siap dunia.Barat mendominasi
pasaran modal antarabangsa.
Barat mendominasi kepimpinan moral dunia.
Barat berupaya melakukan campur tangan ketenteraan ke atas mana-mana
negara bangsa.
Barat mengawal laluan maritim antarabangsa dunia.
Barat melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan teknikal (R&D)
terkemuka di dunia.
Barat terkehadapan dalam sistem pendidikan sains dan teknologi dunia.
Barat mendominasi akses ke ruang angkasa dunia.
Barat mendominasi industri aero angkasa dunia.
Barat mendominasi industri, sistem dan kandungan media komunikasi dan
hiburan dunia.
Barat mendominasi industri senjata teknologi tinggi di dunia.
TITAS ISL M12
Barat mendominasi sistem operasi dan perisian komputer seluruh dunia.

Globalisasi Barat
1. Globalisasi : Satu proses menjadikan DUNIA TANPA SEMPADAN (global village).
2. Sebagai satu agenda bentuk baru penjajahan Barat untuk menguasai negara
lain/dunia, sebab itu globalisasi pada satu tahap dapat digelar dengan
westernization bertujuan memalingkan mentality manusia (berkiblatkan Barat)
atau mengubah mentality ke arah mengagungkan Barat.
3. Kenichi Ohmea: Globalisasi menjadikan dunia tanpa sempadan yang bertujuan
mengubah dunia menjadi satu unit sahaja. Proses ini dipermudahkan dengan
wujudnya kemajuan dalam bidang teknologi (komunikasi dan perhubungan
canggih).

Hegemoni terhadap Politik
1. Konflik dunia yang berlaku hari ini banyak bergantung kepada konflik politik
global. Pembersihan etnik, perang saudara yang terus menerus dan
perlanggaran hak asasi manusia adalah mainan pengaruh politik kuasa-kuasa
besar dunia.
2. Kekuasaan Barat berada pada puncak yang luar biasa dalam hubungannya
dengan peradaban lain. Barat mendominasi lembaga-lembaga politik &
keamanan internasional. Masalah-masalah politik & keamanan global secara
efektifnya dikuasai oleh Amerika, Britain dan Perancis.
3. Barat menganggap mereka bertanggungjawab mentamadunkan dunia & berjaya
mendominasi dunia dengan kepelbagaian faktor seperti kecanggihan senjata.
Contoh : Tindakan Amerika secara sendirian membelakang keputusan dunia
(PBB), sebagai polis dunia boleh campur tangan dalam mana-mana negara lain.
4. Keputusan PBB yang mencerminkan kepentingan Barat dikemukakan sebagai
cerminan dari keinginan masyarakat dunia.
5. Politik sekular Barat telah berkembang tanpa dibatasi atas nama negara moden.
Idea-idea masyarakat dunia telah dijajah yang akhirnya berlaku kolonialisme
dalam bentuk baru.


TITAS ISL M12
Hegemoni terhadap Ekonomi
1. Penguasaan ekonomi oleh negara-negara kapitalis Barat membentuk struktur
ekonomi dan politik antarabangsa yang telah membawa fungsi yang lebih penting
daripada struktur ekonomi dan politik kebangsaan.
2. Dasar liberalisasi ekonomi iaitu menggalakkan kemasukan modal asing tanpa
batas merupakan dasar monopoli MNC (Multimedia Cooperation) untuk menekan
negara-negara membangun. Kuasakuasa kapitalis berlumba-lumba
meningkatkan hasil pengeluaran dengan menekan negara-negara kecil. Ini akan
mengukuhkan cengkaman ekonomi negara pusat kapitalis yang akan
membentuk kuasa imperialisme bentuk baru.
3. Syarikat-syarikat multinasional Barat menguasai perdagangan antarabangsa
dengan mendominasi penggunaan sumber asli, perkembangan sains & teknologi,
perindustrian dan lain-lain.
4. Sistem kewangan antarabangsa dikawal oleh syarikat-syarikat kewangan gergasi,
bank-bank, pedagang mata wang dan speculator antarabangsa Barat yang
disokong oleh International Monetary Fund (IMF), Bank Dunia dan World Trade
Organisation (WTO). Peraturan IMF & Bank Dunia memberikan ruang yang luas
kepada Amerika menguasai ekonomi dunia.

Hegemoni terhadap Sosial dan Budaya
1. Kerancakan globalisasi akhir-akhir ini telah menyebabkan falsafah sosial Barat
telah berkembang pesat di kalangan masyarakat dunia.
2. Falsafah kebendaan ini mengajar kehidupan yang mengosongkan perkiraan dan
pertimbangan daripada kehidupan beragama. Kemajuan yang dianjurkan adalah
kemajuan material.
3. Manusia moden ternyata kehilangan aspek kawalan moral dan terjebak dalam
apa yang diistilahkan oleh Betrand Rusell sebagai keburukan cinta kepada
kebendaan.
4. John Naisbit dan Patricia Aburdence dalam Megatrends 2000 mengatakan
bahawa telah berlaku kesamaan gaya hidup masyarakat dunia dalam abad ke 21
apabila diperhatikan kepada globalisasi 3F (Food, Fashion & Fun).
Unsur-unsur budaya Barat menembusi pasaran dunia
Globalisasi 3 F :
TITAS ISL M12
Fun : Budaya melalaikan seperti seks bebas, seks rambang, budaya nyanyian,
perfileman, tarian spt.rock / rap, artis-artis dunia hiburan menjadi idola.
Fashion : Fesyen dedah & menjolokkan mata, kepelbagaian rekaan yang dikatakan
cara moden, pakaian berjenama yang mahal.
Food : Iklan-iklan makanan ringan, segera & tidak berkhasiat Makanan dari Barat
banyak mempengaruhi minda masyarakat dunia seperti KFC, Pepsi, Coca-cola.

Hegemoni Terhadap Media
1. Kecanggihan teknologi komunikasi telah menyebabkan penyebaran berita
antarabangsa didominasi oleh Barat. Agensi berita Barat mempunyai pengaruh
yang besar dan mereka bebas untuk mengolah sesuatu berita dan maklumat
tentang sesuatu peristiwa.
2. Media Barat berperanan sebagai mahkamah antarabangsa yang menjatuhkan
hukuman walaupun tiada bukti kukuh - hanya berdasarkan kepada tuduhan.
Boleh menyebabkan peperangan, perselisihan faham dan menjejaskan ekonomi.
3. Pihak Barat juga menggunakan media mereka untuk melemparkan pelbagai
tuduhan palsu pada negara-negara Islam bertujuan untuk
mengekalkan,menjamin dan memenuhi segala kepentingan mereka. Contoh
agensi berita Barat seperti CNN berperanan memburukkan Islam dengan berita :
Islam adalah radikal & fanatik, Orang-orang Islam sebagai pengganas &
pelampau agama & antarabangsa.


Hak Asasi Manusia

. Pemikiran tentang hak-hak asasi manusia bermula akibat daripada
penindasan masyarakat Eropah dari segi ekonomi, politik dan agama oleh
golongan diraja dan gereja Khatolik Rom pada suatu masa dahulu.
Terdapat tiga hak asasi manusia yang penting ialah kehidupan, kebebasan
dan mengejar kebahagiaan.

Hak yang pertama: kehidupan,
membawa maksud bahawa setiap manusia berhak untuk hidup dan
hak ini tidak boleh diambil daripadanya.
TITAS ISL M12
Kemunculan hak asasi ini mungkin daripada masalah penindasan yang
berlaku di Eropah pada satu masa dahulu di mana pihak raja dan
Gereja mempunyai hak untuk membunuh sesiapa sahaja mengikut
kehendak mereka tanpa sebarang pembicaraan.

Hak yang kedua: kebebasan,
Setiap manusia bebas untuk melakukan apa sahaja asalkan dia tidak
menghalang hak asasi mana-mana orang lain.

Hak yang ketiga: mengejar kebahagiaan ,
Merupakan kebebasan untuk mengumpul harta. Masyarakat Barat
pada waktu dahulu tidak bersetuju dengan kuasa Raja dan kerajaan
mereka yang boleh mengenakan sebarang cukai terhadap mereka
tanpa mendapat persetujuan mereka terlebih dahulu.

Anda mungkin juga menyukai