Anda di halaman 1dari 20

MPU3052

Tamadun Islam
dan Tamadun Asia
TUGASAN 3.1: TOKOH TAMADUN CHINA
PENSYARAH : EN. MOHD RADZI BIN LEBAI MAT
AHLI KUMPULAN : LIM JIA SHIN
TANG CHEE WEI
KHOR CHEN CHING

PISMP SAINS SEM 2 TAHUN 1 AMBILAN JUN 2017


Tokoh Tamadun China
孔 老
夫 子

Kong Fu Tze Lao Tze


KONG FU TZE Asal Usul
• Dilahirkan pada 551 s.m di Zhou
(sekarang wilayah Shandong) yang
terletaknya di negeri Lu pada zaman
Chunqiu China.
• Berketurunan bangsawan tetapi tidak
berkaya raya terutamanya selepas
ayahandanya wafat.
• Ayahandanya merupakan komander
negeri Lu dan meninggal dunia sewaktu
Confucius berumur 3 tahun.
• Beliau menerima pendidikan dalam
bidang muzik, penulisan dan ritual.
• Confucius berkahwin dengan Chikuan pada umur 19 tahun
dan mempunyai seorang anak lelaki dan dua orang anak
perempuan.
• Semasa muda, Confucius sanggup mengambil pelbagai kerja
seperti gembala, kerani dan penyimpanan kira-kira untuk
menyara hidup keluarga.
• Pada tahun 527 s.m (selepas ibunya meninggal dunia) beliau
mula menjadi seorang guru
dan mengembara untuk
mengajar murid.
• Kemashyuran serta sifat-sifat
murninya luas disebar di
seluruh negeri Lu.
• Pada zaman akhiran Dinasti Zhou (1027-256 s.m), zaman
menjadi kacau-bilau dan kurang bermoral.
• Confucius pun mendidik orang ramai mengikut prinsip-
prinsip dan ajaran pendeta dahulu dalam kelasnya.
• Ajaran dan teorinya sebar luas ke seluruh China oleh anak
muridnya dan dimanfaatkan oleh orang ramai.
• Pada usia 52 tahun, Confucius dilantik sebagai majistret
Chungtu dan seterusnya menjadi menteri jenayah negeri
Lu.
• Dalam pentadbirannya, reformasi baru dan keadilan
didirikan, kes-kes jenayah hampir dihapuskan.
• Confucius meninggalkan kawasan pentadbirannya pada
tahun 496 s.m untuk mengembara seluruh China selama
13 tahun.
• Semasa berumur 69 tahun, beliau kembali ke Lu dan wafat
pada usia 72 tahun (479 s.m).
• Walaupun Confucius telah meninggal dunia, tetapi ajaran
dan falsafah beliau masih diamalkan sehingga terbinanya
tokong-tokong di seluruh China.
Pengasas aliran Semasa berusia 70 Selepas kematiannya,
konfusianisme (satu tahun, dia dikatakan ajaran dan falsafah
aliran falsafah dan mempunyai lebih yang dikembangkan
pegangan yang kini 3,000 orang murid. oleh confucius
telah dianggap setaraf dikumpul dalam
dengan agama) sebuah buku yang
Selepas meletakkan jawatan, berjudul ‘analects’
beliau telah mengisi masa
dengan mengajar mengenai
Berketurunan ilmu falsafah dan hal-hal Semasa hayatnya,
bangsawan yang berkaitan dengan beliau sempat
kehidupan. menulis beberapa
buah buku
• ‘Spring and Autumn
Seterusnya, beliau Annals’(mengenai sejarah
Lahir pada tahun 551 negeri Lu dari tahun 771
menjawat jawatan
s.m dan meninggal s.m hingga 579 s.m)
menteri kehakiman
dunia pada tahun 479
s.m

Ketika masih
muda,beliau telah
menjawat beberapa
Merupakan anak jawatan kecil dalam
yatim sejak kecil lagi kerajaan negeri Lu
(kini terletak di Kong Fu Tze
wilayah Shandong)
Sumbangan
• Ajaran Confucius dimuatkan dalam kitab Lun KONG FU TZE
Yu (Analects) yang disusun oleh anak-anak
muridnya.
• Kitab Analects banyak mengandungi order
sosio-politik yang normatif, perlakuan-
perlakuan yang baik, ritual, perayaan dan etika.
• Antara etika Confucianisme adalah
berpaksikan kepada Tian @ Dao, iaitu konsep
terhadap keluarga, social propriety dan
solidariti.
• Falsafah Confucius mendidik manusia melalui
saluran pendidikan menghasilkan manusia yang
sempurna yang dipanggil Junzi (budiman).
• Junzi merupakan seorang yang memiliki sepenuhnya hikmah
ren (berperikemanusiaan), li (kesusilaan) dan xiao (ketaatan
kepada ibu bapa).
• Dalam kitab Lun Yu (Analects), Kung Fu Tze telah
memberikan beberapa cara untuk menjadi Junzi :
a) tidak merasa resah, pilu atau takut
b) bekerja dengan tegas dan bersungguh-sungguh, tidak
membuat kesalahan, melayani orang dengan bahasa yang
baik dan teliti sesuai dengan adat
c) membantu orang lain untuk
menjayakan perkara baik dan
tidak membantu orang lain
untuk menjayakan perkara
jahat
• Sifat Junzi ialah seseorang yang hidup aman damai, tidak
sombong dan tidak menghina orang lain.
• Wang Gungwu (1997) menyatakan Confucianisme berbeza
dengan agama lain, ia menumpukan kepada dunia, sosial,
keluarga dan moral.
• Confucianisme tidak menekan kepada kehidupan spriritual
dan kehidupan selepas mati.
• Prof. Y. King (1997): Confucianisme menfokuskan kepada
hubungan organik antara individu dan masyarakat yang
dilihat sebagai saling bertautan dan tidak dapat dipisahkan.
• Segala sesuatu hendaklah bertindak mengikut nama
(zhengming) atau kedudukan masing-masing.
• Tanggungjawab dan peranan haruslah diasaskan kepada nilai
kebaikan (yi) dan nilai kemanusiaan yang berpaksikan kepada
kasih sayang (ren).
• Confucianisme menekankan lima bentuk hubungan atau
wulun, iaitu : antara
a) pemerintah dengan rakyat
b) ayah dengan anak
c) abang dengan adik
d) sahabat dengan sahabat, dan
e) suami dengan isteri
• Bagi Confucianisme, dari keluarga akan berkembang menjadi
masyarakat, seterusnya negara dan dunia.
• Kesemua konsep etika ini dikembangkan diasaskan kepada
ren atau kemanusiaan.
• Pemikiran etika Confucianisme dapat digali melalui kitab-
kitab seperti : kitab madah, muzik, adat, kitab tentang
perubahan dan lain-lain.
Pengaruh Confucianisme Di Negara China
1. Pemerintahan
• Pengaruhnya dapat dilihat pada zaman pemerintahan
Dinasti Han.
• Ahli-ahli falsafah Confucius mula menduduki kedudukan
yang istimewa dalam susun lapis masyarakat China.
• Peperiksaan diadakan di sekolah Confucian untuk jawatan
pegawai kerajaan.
• Pada zaman pemerintahan Dinanti Ming pula, maharaja
Ming telah memulihkan pengkaji tentang klasik Confucian.
• Terdapat juga penubuhan kolej, universiti dan sistem
peperiksaan awam.
2. Dasar Pendidikan
• Pada zaman Confucius, terdapat sekolah-sekolah
di kawasan perkampungan kecil, kampung dan
negeri-negeri feudal didirikan.
• Confucianisme juga mempengaruhi kesusteraan
China.
• Buku-buku klasik dihasilkan seperti Book of
History, Book of Rites, Book of Changes, Spring
and Antumn Annals dan Book of Music yang telah
hilang.
Asal Usul
• Dilahirkan pada 570 SM zaman
LAO TZE
pemerintahan Dinasti Zhou di Luoyang
yang merupakan ibu negeri Cina pada
zaman itu
• Dilihat sebagai seorang yang sangat
tinggi ilmunya hingga ada sebahagian ahli
sejarawan yang mengganggap Laozi
adalah jelmaan beberapa orang tokoh
sejawaran yang hebat pada zamannya itu
• Mempunyai beberapa orang murid yang
sangat setia kepada ajaran yang dibawa
olehnya
• Lao Tze telah dilantik sebagai perpustakawan di arkib
Dinasti Chou.
• Beliau menggunakan peluang keemasan ini untuk banyak
membaca sehingga berpengetahuan luas.
• Lao Tze telah meletak jawatannya ketika keruntuhan
Dinasti Chou.
• Beliau dikatakan menunggang kerbaunya meninggalkan
bandar untuk menetap di luar bandar.
• Beliau menentang keras terhadap keganasan.
• Bagi Taoisme, masyarakat yang diinginkan ialah masyarakat
yang mudah dan primitif berbanding masyarakat yang rumit
kerana ia dikatakan membawa masalah.
Sumbangan
LAO TZE
• Taoisme adalah berasaskan ajaran Lao
Tze.
• Ajarannya terkandung dalam buku Tao Te
Ching atau Book of Taoist Virtue.
• Penulisan Tao Te Ching merupakan
sumbangan terbesar beliau kepada
masyarakat Cina.
• Kitab tersebut kekal diguna
pakai sehingga hari ini oleh
segelintir masyarakat Cina.
• Menurut ajaran Taoisme, setiap
tindakan ditentukan oleh
Tao (jalan).
• Tao (jalan) : adalah suatu cara atau jalan untuk mencapai
keharmonian dan merujuk kepada jalan yang memimpin
manusia ke arah yang baik.
• Tauisme menekankan kepada kehidupan secara
bermasyarakat tetapi harmoni tanpa sengketa dan
peperangan.
• Manusia tidak dapat bertindak
terhadap apa-apa yang
ditetapkan oleh nasib.
• Setiap yang berlaku
merupakan suatu ketetapan.
• Setiap pengikut ajaran tauisme
lebih gemar membiarkan
sesuatu yang berlaku tanpa
mengambil sebarang tindakan
• Ajaran taoisme lebih mementingkan keharmonian alam.
• Lao Tze menyetujui bahawa manusia boleh mengubah
sesuatu ke arah kebaikan dengan menggunakan konsep Yin-
Yang dalam Taoisme.
• Taoisme menegaskan bahawa kerajaan yang paling berkesan
adalah kerajaan yang paling sedikit memerintah dengan
undang-undang dan peraturan yang sedikit serta mudah
difahami oleh rakyat.
• Penekanan kepada alam telah menggalakkan pengikut
Taoisme menerokai sains dan teknologi.
Kesimpulan
• Confucius merupakan seorang guru bernilai
perikemanusiaan yang telah merancang untuk
mengembangkan satu tanggapan manusia seperti
membentuk masyarakat yang sempurna yang bebas daripada
pengaruh kuasa-kuasa ghaib.
• Confucianisme telah berkembang bukan sebagai satu agama,
tetapi sebagai satu falsafah perikemanusiaan yang menjadi
asas dan tulang belakang budaya bangsa China.
• Falsafah Taoisme menegaskan konsep keperluan menjaga
keharmonian di antara manusia dengan alam dan
masyarakat.
• Ajaran Taoisme pada permulaan adalah berbentuk falsafah,
akhirnya telah berubah sedikit demi sedikit dan menjadi
satu agama.
Rujukan
Adi Alhadi. Tokoh Ternama Dunia (Jilid 3) .(2002).
Selangor : Edusystem Sdn. Bhd.
Azhari Hj Mad. Aros. Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
(2004). Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Ali Mohamad. Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
(2001). Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
http://en.wikipedia.org/wiki/Confucius
http://www.chebucto.ns.ca/Philosophy/Taichi/lao.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Laozi

Anda mungkin juga menyukai