Anda di halaman 1dari 11

RIWAYAT HIDUP SIDDHARTHA GAUTAMA BUDHA

PISMP TESL 1.4

KELAHIRAN SIDDHARTHA
Pada akhir abad ketujuh S.M (tahun 623 S.M.), Siddhartha Gautama dilahirkan di bandar Kapilavastu/Kapilavathu. Siddhartha Gautama merupakan putera kepada Raja Suddhodana dan Permaisuri Maha Maya. Raja Suddhodana dari keturunan suku kaum Sakyas, dari keluarga kesastrian dan memerintah Sakyas dekat negeri Nepal. Manakala Permaisuri Maha Maya pula adalah puteri kepada Raja Anjana yang memerintah kaum Koliya di bandar Devadaha.

PENDIDIKAN
Putera Siddhartha belajar di bawah didikan seorang guru yang bijak dan berkebolehan, Sirva Mitra. Kepandaian Siddhartha dalam pelajarannya sangat mengagumkan semua orang termasuk guru, raja dan permaisuri. Penerimaan pelajarannya sangat cepat dan baik. Beliau tidak menghadapi apa-apa kesulitan untuk mempelajari apa saja yang diajar. Kepandaian dan kecergasannya dalam bidang pelajaran tidak dapat ditandingi sehingga guru Sarva Mitra sendiri mengakui bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa kelebihan lagi untuk mengajar Siddhartha.

Siddhartha juga disenangi oleh semua orang kerana perwatakan dan perangai yang mulia dan disayangi orang. Walaupun baginda seorang putera raja dan bakal menaiki takhta kerajaan, baginda tidak sombong sebaliknya dia sangat menghormati gurunya dan rakanrakan sebayanya, bersopan-santun, ramah, berbudi pekerti, penyayang dan lemah-lembut kepada semua makhluk.

Seperti anak-anak bangsawan yang lain, Siddhartha juga diberi didikan dalam bidang sukan, bermain senjata, mengendalikan kereta peperangan dan melatihnya sebagai Kesatrian Perkasa. Siddhartha mempunyai kebolehan yang tidak ada tolak bandingannya dalam bidang menunggang kuda, gajah, bergusti, bermain pedang, panah, lembing, tombak dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Siddhartha yang bersifat penyayang kepada semua makhluk tidak berapa suka akan permainan kasar dan memainkan senjata kerana baginda menganggapkan permainan-permainan itu boleh mencederakan orang lain dan menyebabkan penderitaan.

SUMBANGAN
Buddha Dan Sistem Kasta Buddha menentang sistem kasta yang wujud pada zamanNya kerana bagi pendapatNya, sistem kasta inilah yang menghalang perkembangan manusia. Dalam pendapatNya, Buddha berkata; "By birth is not one an outcast, By birth is not one a Brahman, By deeds is one an outcast, By deeds is one a Brahman. Dengan berkesan Buddha membasmikan sistem kasta yang wujud/diamalkan oleh masyarakat setempatNya. Kasta atau warna kulit seseorang tidak menjadi ukuran kepada seseorang untuk menjadi penganut Agama Buddha atau menjadi Sami. Semua orang layak/bebas untuk menjadi sami, tanpa mengira warna kulit atau kasta, mereka menerima layanan, keistimewaan dan kedudukan pangkat sami yang sama. Buddha juga orang yang pertama menghapuskan sistem perhambaan dalam dunia.

Buddha Dan Kaum Wanita Buddha menaikkan kedudukan taraf kaum wanita dan menyedarkan mereka akan kepentingan kaum wanita dalam masyarakat. Buddha tidak memandang rendah atau hina terhadap kaum wanita tetapi menganggapkan kaum wanita itu pada semulajadinya lemah. Bagi Buddha, jantina bukan faktor penghalang bagi seseorang untuk mencapai kesucian. Buddha dianggapkan sebagai kaum-ibu. Sebagai seorang ibu, wanita diletakkan di kedudukan yang terhormat dalam Ajaran Agama Buddha. Sebagai seorang isteri pula, wanita/isteri dianggapkan sebagai sahabat karib suami. Buddha menyamakan taraf kaum wanita dengan kaum lelaki, ini terbukti di mana Buddha juga mengadakan Order untuk Bhikkuni dan melantik dua orang Ketua Penganut-penganut wanita iaitu Arahant Khema dan Uppalavanna. Sebelum Buddha, wanita tidak dianggap penting. Setelah adanya order untuk Bhikkuni, taraf wanita dinaikkan dan wanita diletakkan pada satu taraf yang sama tidak kira kastanya

Bertolak Ansur Kepada Binatang Buddha yang penyayang dan bertolak ansur bukan sahaja terhadap manusia tetapi juga kepada binatang. Buddha mengharamkan pengorbanan binatang oleh manusia dan menggalakkan penganutpenganut agama Buddha mengembangkan Cintakasih (loving-kindness) mereka kepada binatangbinatang. Oleh sebab nyawa sesuatu makhluk sangat berharga, manusia tidak ada kuasa/hak untuk memusnahkan nyawa/hidup binatang-binatang walaupun untuk mengisi perutnya.

"Lead a righteous life, and not one that is corrupt. The righteous live happily both in this world and in the next." "Behold, O disciples, I exhaust you, Subject to change are all component things, Strive on with dilligence. 543 S.M. Vesak

RUJUKAN
http://dhammabm.tripod.com/rhb/rhb.htm#_Toc438826509

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai