Anda di halaman 1dari 31

Bincangkan definisi Tamadun Islam dan PrinsipPrinsipnya Mengapakah sumber Tamadun Islam berpandukan kepada al-Quran dan as-sunnah,akal,penemuan

n penciptaan baru dan penyempurnaan semula

SOALAN 1

PENGENALAN
Pembinaan tamadun Islam bermula selepas lahirnya Rasulullah SAW beserta turunnya wahyu daripada Allah SWT di Gua Hira di kaki bukit an-Nur pada 17 Ramadhan 610 Masihi. Tamadun Islam dibahagikan tiga peringkat iaitu peringkat awal di Mekah, peringkat pertengahan, dan peringkat akhir. Nabi Muhammad SAW mengajak masyarakat Arab kembali kepada nilai akhlak dan kemanusiaan yang murni.

Syed Nuqib mendefinisikan tamadun sebagai keadaan kehidupan manusia yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi sesebuah masyarakat Al-Shirazi berkata bahawa tamadun Islam adalah berkisar tentang kekuasaan, kehebatan, kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintahan

Abu Bakar Hamzah; sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama kehidupan manusia

Teuku Iskandar; keadaan masyarakat yang dicirikan oleh taraf kemajuaan kebendaan serta perkembangan pemikiran.

Perkataan tamadun berasal darpada perkataan Arab iaitu madana yang bermaksud kehalusan budi dan kesopanan tingkah laku. Daripada perkataan madana, terbit pula perkataan madinah yang bermaksud Bandar dan juga madani iaitu orang yang berkelakuan seperti orang Bandar yang bersifat halus dalam berbudi bahasa dan beradap sopan dalam tingkah laku.

Memelihara nyawa

Memelihara akal
Memelihara keturunan

Memelihara harta benda


Memelihara hak dan kebebesan

Memelihara nyawa dan hak-hak untuk hidup


Tamadun Islam meletakkan nyawa sebagai dasar yang paling utama. Allah SWT telah menggubal perundangan paling terperinci dalam jaminan keselamatan terhadap nyawa.

Contohnya dalam ayat Al-Maidah ayat 32 firman Allah SWT yang bermaksud : Bahawa sesiapa yang membunuh seseorang bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri, maka bererti orang itu telah membunuh manusia seluruhnya.

Memelihara akal fikiran


Akal adalah anugerah paling sempurna daripada Allah yang sangat berharga. Dengan akal manusia menjadi makhluk Allah yang paling mulia dan sempurna. Oleh itu, Allah SWT telah mewajibkan setiap manusia menjaga akal fikirannya dengan baik. Contohnya dengan menuntut ilmu dan mengharamkan manusia merosakkan akal fikirannya, seperti meminum minuman yang memabukkan dan mengambil dadah.

Firman Allah SWT : Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertilik nasib adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu dapat memperolehi keuntungan.

Memelihara Keturunan ( Maruah )


Tamadun Islam memelihara kesucian keturunan manusia. Kerana hasil yang baik hanya akan terbina dari benih yang baik. Oleh itu, Allah SWT telah mengharamkan semua perbuatan yang merosakkan keturunan manusia seperti zina, homoseksual dan lesbian. Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan hina serta seburuk-buruk jalan yang buruk.

Memelihara harta benda


Kekayaan dan kemewahan adalah idaman setiap manusia dan Islam mengiktirafkan keinginan tersebut. Oleh itu, tamadun Islam meletakkan pemeliharaan harta benda sebagai dasar penting di dalamnya. Dalam hal ini, Al-Quran menjelaskan, lelaki dan perempuan yang mencuri wajib dipotong kedua-dua belah tangan sebagai balasan kesalahannya dan sebagai seksa daripada Allah.

Abdullah bin Umar berkata : Saya telah mendengar Rasullullah SAW bersabda bahawa sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid. ( Riwayat Bukhari )

Memelihara hak dan kebebasan.


Maksud kebebasan manusia ialah tiada pengabdian kepada seseorang atau sesuatu melainkan hanya kepada Allah SWT. Oleh itu, setiap orang mestilah diberikan kebebasan daripada segala unsur kezaliman yang merupakan kongkongan kebendaan dan nafsu yang jahat. Setiap manusia perlu diberi kebebasanuntuk berfikir, kebebasan memberi pandangan, kebebasan bergerak, bersuara dan lain-lain.

SOALAN 2

Beberapa sumber perlulah digunakan bagi mendalami lagi pemahaman mengenai Tamadun Islam.

Ia juga penting bagi mengelakan berlakunya sebarang ajaran sesat dalam agama. Bagi tamadun Islam terdapat dua sumber yang penting iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi.

Al-Quran
Sumber asas yang terpenting dalam kewujudan Tamadun Islam. Merupakan ibu segala kitab malah menjadi petunjuk yang amat berguna bagi manusia. Mukjizat yang paling istimewa berbanding mukjizat lain yang diturunkan oleh Allah swt.

Al-Quran telah diturunkan dengan pengertian serta lafaznya. Kesahihan Al-Quran tidak terusik sehingga ke saat ini. Allah sendiri telah memberi jaminan bahawa kesahihan Al-Quran akan terpelihara dan segala usaha untuk menyelewengannya akan menemui kegagalan.

Kandungan Al-Quran
Membicarakan mengenai persoalan ibadat. Menyeru umat manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Menyeru umat manusia membangunkan isi alam bagi kebaikan bersama. Menghormati hak orang lain. Menghormati hak orang bukan muslim.

Contoh Firman Allah SWT

wahai manusia sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu pelbagai bangsa dan suku-suku supaya kamu berkenalkenalan, sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang lebih bertaqwa

Sunnah/Hadis
Merupakan sumber kedua yang membolehkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai Tamadun Islam. Dari sudut pandangan Islam sumber ini boleh diterima sebagai sumber yang benar dan autoritatif.

Bertindak sebagai penafsir dan pengulas yang paling sahih.

As Sunnah sebagai sumber tamadun


Bahasa- bererti jalan, iaitu sama ada baik ataupun buruk. Istilah -ahli ahli Hadith menyamakan perkataan alHadith dengan as-Sunnah : Apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW sama da perkataan, perbuatan, persetujuan ataupun sifat sifat kejadian, akhlak sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi rasul.

Mengikut Ulama Usul a-Fiqh, as-Sunnah ialah segala yang datang daripada Nabi s.a.w. selain dari alQuran, sama ada perkataan, perbuatan ataupun keakuran baginda yang boleh di jadikan dalil kepada hukum syarak. Adakalanya istilah Sunnah disandarkan kepada perbuatan atau amalan para sahabat baginda SAW berdasarkan kepada sabda Rasullullah SAW yang menggalakkan umat Islam mengikut sunnah para sahabat r.a. Sunnah mengikut pengertian ulama Usul al-Fiqh telah di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu Sunnah Qawliyyah, Sunnah Fiilyyah, dan Sunnah Taqririyyah

MATLAMAT TAMADUN ISLAM

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN TUHAN HUBUNGAN MANUSIA DENGAN MANUSIA

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN TUHAN

Berdasarkan Rukun Iman

Tuhan sebagai pencipta

Tuhan yang wajib disembah

Aqidah

Syariah

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN MANUSIA

Menjaga tingkah laku

Menjaga maruah orang lain

Menghormati hak orang lain

Sentiasa bersikap Mulia terhadap orang lain

Akhlak

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM

Menghormati Pengguna Sumber Alam yang Lain

Menjaga alam

Menghormati setiap benda hidup/alam

RUANGAN MENYOAL

~SEKIAN TERIMA KASIH~

Anda mungkin juga menyukai