Anda di halaman 1dari 3

Soalan tutorial: Bincangkan definisi Tamadun Islam dan prinsipnya.

Mengapakah
Tamadun Islam berpandukan al-Quran/ as-Sunnah/ akal/ penemuan & ciptaan baru/
penyempurnaan semula.

Definisi Tamadun Islam

 SYED NAQUIB AL-ATTAS- keadaan kehidupan insan yang mencapai


taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya

 AL-SYIRAZI- perbincangan tentang sesuatu kekuasaan, kekebatan, kemakmuran


dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintahan yang menjerus kepada
perbahasan mengenai sejarah keilmuan, peradaban, kemajuan industri dan
pembangunan ekonomi.

 ABU BAKAR HAMZAH- sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama dengan
kehidupan manusia dan perkembangan-perkembangan yang lahir daripadanya sama
ada sesuatu yang berupa niskala atau abstrak, mahupun yang berupa sekala
material.

 TEUKU ISKANDAR- keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh


atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan
pemikiran yakni sosial, budaya, politik dan lain-lain yang tinggi.

Perspektif Tamadun Islam:

a) Ibn Khaldun: tamadun ialah kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan
kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh
mempertingkatkan kualitinya. Ini termasuk keperluan kepada bahan-bahan makanan,
peralatan rumahtangga dansebagainya.

b) Muhammad Rasyid Redha: agama adalah asa tamadun. Ini kerana peningakatan unsur
maknawi (spiritual) akan mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di
dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan
sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya.
Prinsip-prinsip Tamadun Islam:

a.) Memelihara agama: Islam mendidik penganutnya supaya menjaga kesucian agama
dengan tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan agama Islam atau menjatuhkan
aqidah Islam seperti amalan syirik ( menduakan Tuhan), khurafat (kepercayaan tahyul)
dan murtad (keluar dari agama Islam. Penganut Islam juga diwajibkan mempertahankan
negara daripada sebarang bentuk pencerobohan.

b.) Memelihara nyawa: Islam tidak membenarkan orang menyerang jiwa orang lain yang
boleh menyebabkan kematian atau kecederaan. Jika dia diserang, wajib ke atasnya
mempertahankan diri hingga ke akhir hayatnya. Jika dia mati kerana mempertahankan
nyawanya, maka matinya bernilai di sisi Allah, iaitu mati syahid. Pemeliharaan diri setiap
manusia daripada sebarang bahaya sentiasa digalakkan oleh Allah dan sebarang
tindakan yang boleh mencederaan fizikal orang lain turut ditengah.

c.) Memelihara akal: Akal yang sihat ialah anugerah Allah Yang Maha Penyanyang. Dengan
itu, kita wajib menjaganya dengan sebaik mungkin. Islam melarang melakukan sesuatu
atau memakan atau minum sesuatu yang boleh menyebabkan rosak akalnya sama ada
mabuk, gila atau sebagainya. Justeru itu meminum sesuatu yang memabukkan atau
merosakkan akal adalah haram, kerana ia boleh merosakkan akal manusia.

d.) Memelihara maruah dan keturunan: Islam mengajar supaya umatnya menjaga maruah
dengan baik dengan tidak melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan nama baik diri dan
keluarga seperti kelakuan tidak senonoh atau percakapan yang tidak sopan (sumbang).

e.) Memelihara harta: Harta adalah hikmat pemberian Allah kepada makhluknya. Kita
disuruh menjaganya dari kerosakkan dan kehilangan termasuk pembaziran dan perjudian.
Islam tidak membenarkan pencerobohan ke atas harta benda orang lain. Harta kekayaan
yang dikumpul oleh seseorang yang sememangnya digalakkan dalam Islam adalah
dugaan dan percubaan dari Allah SWT. Dugaan dalam erti kata bahawa Allah Swt akan
bertanyakan di akhirat kelak bagaimana harta kekayaan itu dibelanjakan. Andainya cara
diperolehi, barangan yang yang terlibat dan cara dibelanjakan sejajar dengan kehendak
Allah, kekayaan itu membawa kebahagian dunia dan di akhirat.
AL-QURAN SUMBER UTAMA TAMADUN ISLAM

Al-Quran daripada sudut bahasa bermaksud ‘bacaan’ dan perkataan al-Quran berasal
daripada perkataan arab ‘al-qira’ah’. Manakala daripada sudut istilah al-Quran ditakrifkan
sebagai kalam Allah SWT yang bermukjizat yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW
dengan perantaraan malaikat jibrail, ditulis dalam mashaf, diriwayatkan secara mutawatir dan
menjadi ibadat bagi sesiapa yang membacanya.

Al-Quran adalah kalam ALLAH SWT yang melemahkan musuh yang menetangnya.
Ini kerana Al-Quran mengandungi pelbagai kehebatan yang boleh dilihat sama ada daripada
segi bahasa, isi kandungan, ilmu dan sebagainya. Al-Quran diturunkan oleh ALLAH SWT
keapa nabi Muhammad SAW dalam bentuk wahyu melalui perantaraan malaikat Jibrail.

KEISTIMEWAAN AL-QURAN

• Segala isi kandungan Al-Quran bersesuaian dengan semua keadaan, tempat dan masa
berbanding dengan kitab-kitab sebelumnya yang hanya sesuai untuk umat, tempat dan masa
tertentu.

• Ciri-ciri yang terdapat pada Al-Quran unik kerana Al-Quran mempunyai susunan dan gaya
bahasa yang menarik, dapat mempengaruhi pambaca dan orang yang mendengarnya, serta
tidak merasa jemu walaupun dibaca berulang kali.

• Keistimewaan Al-Quran itu sendiri adalah bagi memelihara keucian dan keluhuran syariat
Islam.

AL-SUNNAH DALAM TAMADUN ISLAM

Pengertian;

1) Al-Sunnah~ dari segi bahasa “sirah” yang membawa maksud perjalanan. Dari segi
istilah pula sesuatu yang bersumber kepada Nabi Muhammad berupa perkataan,
perbuatan, taqrir atau sifat daripada akhlaknya bermula daripada baginda diangkat
menjadi rasul sehingga wafat.

2) Al-Hadis~ dari segi bahasa membawa maksud khabar, percakapan atau baharu. Dari
segi istilah pula ialah sesuatu yang bersangkutan dengan Nabi Muhammad samada
perkataan, perbuatan, taqrir, sifat yang berrkaitan denganakhlak sebelum baginda
diangkat menjadi rasul hingga wafatnya.

Fungsi dan peranan sunnah;

 Mentafsir dan menghurai maksud al-Quran.


 Memperkuat dan memperkukuhkan sesuatu yang datang di dalam al-Quran.
 Sumber bagi mengetahui nasikh dan mansukh
 Mewujudkan hukum yang tidak disebut di dalam al-Quran (mengeluarkan hukum-
hukum yang tidak dinasakh oleh al-Quran)

Anda mungkin juga menyukai