Anda di halaman 1dari 8

Bengkel Penghasilan Pasu Daripada Bahan Terbuang Untuk Projek Urban

Garden

1.0 Tujuan

Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon kelulusan daripada pihak Institut Pendidikan
Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM) untuk melaksanakan Bengkel Penghasilan Pasu
Daripada Bahan Terbuang Untuk Projek Urban Garden, di Prasekolah Sri Melewar, Institut
Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM) kerjasama dengan ibu bapa murid
prasekolah.

2.0 Pengenalan

 Kitar semula
 Manfaat menggunakan bahan terbuang
 Memenuhi kehendak kursus
 Menggalakkan penglibatan ibu bapa

Program perkongsian ilmu dan mengadakan kolaboratif dengan guru pemulihan khas inovatif
yang mengendalikan Makmal Saringan dan Ujian Diagnostik Pemulihan Khas di SK Nitar 1
Johor ini melibatkan pelajar Program Ijazah Sarjana Perguruan Malaysia (PISMP), khasnya
Unit Pendidikan Pemulihan dan turut serta Unit Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dan
Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak Semester 5 tahun 2 2018, kerjasama dengan Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) Seremban. Pelaksanaan program ini berupaya memberi
pengetahuan yang lebih mendalam dan pengalaman sebenar menghasil dan mengaplikasikan
bahan bantu mengajar yang sesuai untuk menangani masalah membaca dan menulis murid
pemulihan khas, kepada pelajar PISMP major kususnya Pendidikan Pemulihan dan pelajar
Unit Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dan Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak
Semester 5 tahun 2 2018 yang sedang mengikuti Praktikum Fasa 1, kod kursus PRKA3072
semester ini. Usaha ini amat berkesan bagi memberikan pendedahan sebanyak mungkin ilmu
berkaitan aktiviti membaca dan menulis dalam Program Pemulihan Khas kepada pelajar yang
akan mengaplikasikannya ketika di dalam kelas dan program ini juga boleh mengangkat
kecemerlangan pelajar Institut Pendidikan Guru ke arah melahirkan guru cemerlang. Selain
dapat menjalin hubungan baik di antara Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
(IPGKRM) dan pihak sekolah, program ini amat bersesuaian dilaksanakan kepada para
pelajar supaya lebih menghayati tugas seorang guru pemulihan khas khususnya, guru

1
pendidikan khas masalah pembelajaran dan guru pendidikan awal kanak-kanak, seterusnya
memupuk nilai dan jati diri yang utuh sebelum melangkah ke alam pekerjaan kelak.
Sehubungan dengan itu, saya selaku pensyarah daripada Unit Pendidikan Pemulihan Jabatan
Ilmu Pendidikan , IPGKRM mengambil inisiatif untuk mengadakan Kursus Pemantapan
Pedagogi Bersama Guru Inovatif Pemulihan Khas SK Nitar 1 Johor agar para pelajar
mendapat pelbagai pengalaman bermakna sepanjang berada di IPGKRM ini. Seperti mana
yang dikatakan oleh Confucius lebih 2400 tahun dahulu, apa yang saya dengar, saya lupa, apa
yang saya lihat, saya ingat dan apa yang saya buat saya faham, kerana itu melihat sendiri
bagaimana guru menghasilkan bahan membaca dan menulis untuk murid pemulihan khas
akan memberikan impak yang amat positif kepada pelajar.

3.0 Rasional

Rasional mengadakan Bengkel Penghasilan Pasu Daripada Bahan Terbuang Untuk Projek
Urban Garden ini berdasarkan beberapa perkara iaitu :

3.1 Selaras dengan kehendak Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) kursus


PAKK3293 Guru, Keluarga Dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak
kanak yang ditawarkan untuk pelajar PISMP Unit Pendidikan Awal Kanak
kanak Semester 8 Tahun 2019.

3.2 Menepati kehendak Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang


menggalakkan kolaboratif antara guru dan ibu bapa murid prasekolah bagi
meningkatkan hubungan interpersonal, pertukaran idea dan perkongsian
maklumat semasa bengkel tersebut.

3.3 Melatih pelajar untuk melaksanakan serta menganjurkan program


kolaboratif dengan ibu bapa secara sistematik dan teratur.

4.0 Objektif

Objektif mengadakan Bengkel Penghasilan Pasu Daripada Bahan Terbuang Untuk Projek
Urban Garden ini adalah untuk :

4.1 Memupuk serta menanam jati diri dalam kalangan pelajar sebelum memasuki
alam pekerjaan.

4.2 Memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang situasi


penggunaan bahan terbuang untuk menghasilkan sesuatu bahan yang dapat
digunakan semula.

4.3 Menambah pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar untuk


menguruskan dan melaksanakan aktiviti kolaborasi bersama ibu bapa.

2
4.4 Mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa murid prasekolah
serta dapat membina ukhuwah dan toleransi antara dua pihak.

5.0 Nama Aktiviti

Bengkel Penghasilan Pasu Daripada Bahan Terbuang Untuk Projek Urban Garden

6.0 Cadangan Tarikh : 16 Februari 2019

7.0 Masa : 8.00 pg hingga 1.00 ptg

8.0 Anjuran

Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP) IPG Kampus Raja
Melewar

9.0 Tempat

Prasekolah Sri Melewar, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM)

10.0 Bilangan Peserta

Pensyarah:
 Pensyarah
- Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak- 2 orang

 Pelajar PISMP:
PAKK Ambilan Jun 2015 – 15 orang
PAKK Ambilan Jun 2016 – 21 orang

 Guru dan Pembantu Pengurusan Murid, Prasekolah Sri Melewar

 Ibu bapa murid Prasekolah Sri Melewar

11.0 Jawatankuasa Program


(Rujuk Lampiran 1)

12.0 Tentatif Program


(Rujuk Lampiran 2)

13.0 Anggaran Perbelanjaan


(Rujuk Lampiran 3)

14.0 Senarai Nama Peserta


(Rujuk Lampiran 4)

15.0 Penutup

3
Selaras dengan peribahasa "muafakat membawa berkat", kolaboratif di antara guru
prasekolah, guru pelatih dan ibu bapa murid Prasekolah Sri Melewar ini adalah salah satu
usaha untuk memberi pengalaman baharu kepada para pelajar PISMP menimba ilmu dalam
melaksanakan aktiviti yang melibatkan kerjasama antara ibu bapa. Program seperti ini juga
berupaya untuk membuka minda pelajar supaya bersedia menghadapi dunia pendidikan yang
mencabar pada hari ini. Selain itu, pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh
daripada program ini untuk diaplikasikan dalam dunia pekerjaan sebenar kelak. Diharapkan
usaha murni ini mendapat sokongan padu daripada pihak pengurusan IPGKRM.

Disediakan oleh,

(NOR’AIN BINTI AJAMAIN)


Setiausaha Bengkel Penghasilan Pasu
Daripada Bahan Terbuang
Untuk Projek Urban Garden.

4
Lampiran 1
Ahli Jawatankuasa

Penaung Dr Nizam bin Abd Latib


(Pengarah IPG Kampus Raja Melewar)
Penasihat Pn Hajah Ramlah binti Alias
(Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan)
Penyelaras Program Pn Hajah Zaharilah binti Hj Abdul Kadir
(Pensyarah Pendidikan Pemulihan)
Koordinator 1 Badrul Amin bin Abd Razak (PKP1)
Koordinator 2 Saw Seng Tiong (PKP2)
Setiausaha Lai Kit Yee (PKP2)
Nur Ain binti Mohd Zain (PKP1)
Bendahari Yii Siew Hung (PKP2)
Pavitra a/p Muruga (PKP1)
Buku Program /Atur cara Lim Kai Sin (PKP2)
Tan Ean Wuei (PKP2)
Shobna a/p Seggaran (PKP1)
Protokol Teoh Xue Rou (PKP2)
Kajapati a/l Mutty (PKP1)
Nur Najihah binti Sahari (PKP1)
Peralatan/Bahan Tan Shin Jie (PKP2)
Wendy Tang Hung Chuong (PKP2)
Nur Uswatul Hasanah binti Zulkeply (PKP1)
Sijil Rengeswari A/P Parameswaran (PKP1)
Nanthini a/p Nadarajan (PKP1)
Valnessa Geina Anak Bundek (PKP1)
Laporan Sandra Kong Jia Xin (PKP2)
Dineswari a/p Palanisamy (PKP1)
Nur Hazwani binti Mat Sauberi (PKP1)
Kebajikan/Keselamatan Ling Shao Yieng (PKP2)
Meena Jothiy a/p Somunaidu (PKP1)
Saranya a/p Murgan (PKP1)
Jurufoto Sally Cho Xin Huan (PKP2)
Elora Ann Inja anak Ram Juta (PKP1)
Nurul Syahidah binti Mahmud (PKP1)
Jamuan Goh Xiao Yuan (PKP2)
Siti Nor Hamizah binti Hasbullah (PKP1)
Vinitha a/p Kumaran (PKP1)
Pengumpulan Bahan Chong Jia Ying (PKP2)
Cheu Ching Fung (PKP2)
Mohammad Haziq bin Sapawi (PKP1)
Penyelaras: Pn Hjh Zaharilah binti Hj Abdul Kadir
Pensyarah Opsyen:
Pn Hjh Ramlah binti Alias
Pn Hjh Noor Azzam binti Abdul Rahim
Pn Roslimah binti Saat
Cik Hjh Norhayaty binti Ismail
Dr Nirwana binti Mohd Rashid
Pn Habsah binti Yusof
Pn Umi Kalsom binti Takriff
Pn Rahayu binti Ismail
Dr Sailajah Nair Sukumaran

5
Lampiran 2

Tentatif Program

HARI / MASA AKTIVITI


TARIKH
7.30 pagi - Peserta kursus mendaftar
8.00 pagi - Slot Pertama
Pemantapan Pedagogi Guru
9.00 pagi - Tunjuk cara membina bahan bantu mengajar
bercirikan inovasi
21/7/2018
(Sabtu) 10.00 pagi - Rehat
- Kudapan
10.30 pagi - Slot Kedua
Bengkel membina bahan bantu mengajar
12.00 tgh - Pembentangan/Refleksi
12.30 ptg - Majlis Penutup & Penyampaian Sijil
- Bergambar
- Bersurai

Lampiran 3
6
Anggaran Perbelanjaan

Anggaran perbelanjaan bagi 103 orang pelajar PISMP selaku peserta kursus adalah seperti
yang berikut:

Jumlah
Bil. Perkara Butiran Catatan
(RM)
Makan untuk RM3.50 (seorang pelajar) X RM360.50 Peruntukan IPGKRM
1. pelajar 103 orang pelajar

2. Makan Di bawah tanggungan


penceramah & sendiri
Pensyarah

3. Bahan & Di bawah tanggungan


peralatan peserta sendiri
kursus

Anggaran kos untuk seorang peserta RM 3.50

Lampiran 4
Senarai Nama Peserta PISMP Unit PKP1
7
BIL NAMA NO.KP

1.

Anda mungkin juga menyukai