Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL & PENYERAHAN BAP

SK METHODIST ACS 2019


18 FEBRUARI 2018
BIL AGENDA TEKS

1. Ketibaan
1 para Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat En. Low Chee Leong dan Yang Dipertua
jemputan
. dan PIBG Sekolah, diiringi Guru Besar SK Methodist ACS ke tempat duduk utama.
ibu bapa
Semua hadirin dipersilakan duduk.

2. 2Bacaan Doa Bismillahirahmanirrahimm


. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama mengaminkan,
doa yang akan diketuai oleh al-Fadhil Ustaz Mustakim bin Hashim. Dipersilakan.
***
Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan
doa sebentar tadi.

Assalamualaikum wbt , dan Salam sejahtera


3. 3Ucapan alu- Salam Melaka Berwibawa,
. aluan Pintar, hijau, bersih.
Pengerusi
Majlis Yang Berusaha En. Abdul Rashid bin Ismail,
Guru Besar SK Methodist ACS,

Yang Berbahagia En. Arunasalam Pillay a/l Krishna Pillay,


Pengerusi PIBG SK Methodist ACS,

Yang berhormat En. Low Chee Leong,


Exco Kesihatan & Anti Dadah,
Jabatan Ketua Menteri Melaka.

En. Zulkifli bin Abdul Hamid; Guru Penolong Kanan Pentadbiran


Pn. Rohaizah bt Samah; Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Tn Haji Abd Rahman b. P. Mohamed; Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Para guru yang berdedikasi,
Para ibu bapa, pembantu murid dan
Seterusnya, anak-anak murid yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah Rahmat
dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis Pelantikan
Pemimpin Kecil dan Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan.
Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibu bapa dan murid-murid
ke majlis pada hari ini.
Majlis Pelantikan Pemimpin Kecil ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi
pengiktirafan dan semangat kepada semua pengawas dan ketua kelas SK Methodist
ACS supaya menjalankan tugas yang diamanahkan, dengan penuh dedikasi &
tanggungjawab.
Diharap, dengan menjadi pemimpin di peringkat sekolah, akan tercetuslah permulaan
yang baik kepada murid utk menjadi pemimpin, kepada masyarakat pada masa akan
datang.

4. 4
Ucapan Hadirin yang dihormati,
.
GB Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Abdul Rashid bin
Ismail, guru besar SK Methodist ACS untuk memberi sepatah dua kata. Majlis
mempersilakan.
***
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan guru besar atas ucapan alu-
aluan sebentar tadi.
Pergi ke kota beli selasih,
5. 6
Ucapan Sayang si dara senyum tertawa,
.
Perasmian Kata azimat simpulan kasih,
oleh Sulamkan mesra satukan jiwa.
YB Low Chee
Leong Untuk tidak melengahkan masa, marilah sama-sama kita mendengar, ucapan
perasmian daripada Yang Berhormat, En. Low Chee Leong, Exco Kesihatan & Anti
Dadah, Jabatan Ketua Menteri Melaka. Majlis dengan penuh hormat dan takzim
mempersilakan.
***
Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi ini.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian
YB En. Low Chee Leong untuk menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.
Penyerahan Hadirin sekalian,
6. 7
. Watikah Bagi menyempurnakan majlis Pelantikan Pemimpin Kecil Sekolah, majlis menjemput
Pelantikan YB En. Low Chee Leong, diiringi oleh tuan guru besar dan En. Zulkifli bin Abdul Hamid
untuk ke pentas bagi penyerahan watikah pelantikan.
Dipersilakan.
**
Dijemput, Qairul Armani bin Mohamed, Ketua Pengawas SK Methodist ACS.
Dijemput, Ramana a/l Mathialagan, Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
Dijemput, Darshan a/l Vijendran, Ketua Pengawas SPBT.
Dan yang terakhir, dijemput, Mohd Hezri Shah bin Abdullah, selaku Ketua Kelas 6
Wawasan.
**
Majlis merakamkan ucapan setinggi-tingi penghargaan kepada YB En. Low Chee
Leong atas kesudian beliau menyampaikan watikah pelantikan sebentar tadi.
Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput para pengawas dan ketua kelas untuk
7. 8Ikrar Pemimpin
mengambil tempat bagi bacaan ikrar pemimpin kecil sekolah.
.
Kecil Sekolah
Majlis mempersilakan.
**
Majlis mengucapkan terima kasih kepada, para pemimpin kecil atas bacaan ikrar
sebentar tadi.

8. 9
Penyerahan Hadirin sekalian,
.
Bantuan Awal Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian bantuan Awal Persekolah.
Persekolahan Majlis sekali menjemput YB En. Low Chee Leong diiringi Tuan Guru Besar dan
En. Zulkifli bin Abdul Hamid ke pentas bagi menyempurnakan majlis.
***
Majlis menjemput ibu atau bapa ataupun penjaga bersama-sama murid-murid berikut:
1) Clif Julius a/l Christopher
2) Darshan a/l Vijendran
3) Elvin Tan Sheng Tian
4) Isaac Tan Kian Siong 9) Thinakaran a/l Letchumanan
5) Muhammad Danish Mirza 10) Tinageshwaran a/l Saravanan
6) Muhammad Fitri
7) Muhammad Hezri Shah
8) Ramana a/l Mathialagan
Penjaga kepada :
11) Alhad a/l Ghani 14) Jeri a/l Sarif
12) Apan a/l Yok Ali 15) Azhar a/l Hassan
13) Jemi a/l Alang 16) Sami a/l Atim

Majlis mengucapkan terima kasih kepada YB En. Low Chee Leong atas kesudian
beliau menyampaikan bantuan awal persekolahan sebentar tadi.

9. 1
Cenderahati Hadirin sekalian,
0
. Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput En. Abdul Rashid bin Ismail bagi
penyampaian cenderahati kepada YB En. Low.
Majlis mempersilakan.
**
Majlis merakamkan terima kasih kepada tuan guru besar atas penyampaian
cenderahati sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Penutup Merdu bertingkah alunan suara,
10. 1
7 Kadang tak sedar tersilap kata,
.
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

(adjust masa, Di atas dahan burung bersua,


klu byk masa, Melihat rusa tepi perigi,
baca pantun..) Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada
semua tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa kerja Majlis Pemimpin Pelantikan Kecil SK
Methodist ACS 2019, para ibu bapa dan mereka yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Jamuan ringan Majlis menjemput YB En. Low Chee Leong, YDP En. Arunasalam Pillay, En. Abdul
Rashid bin Ismail dan para Guru Penolong Kanan ke Bilik Gerakan bagi menikmati
sedikit juadah telah yang disediakan.
Parents Majlis menjemput para ibu bapa ke bahagian belakang dewan bagi menerima
penyerahan bantuan awal persekolahan daripada guru kelas masing-masing.
Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum wbt. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai