Anda di halaman 1dari 5

SEMARAK NILAM & KEMPEN GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH

No Teks Catatan
.
1. ALU-ALUAN

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera .

Yang Berusaha Encik Loh Chee Cheong, Guru Besar SK(P) Methodist 1,
Pn Noorwati Binti Ngiman, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Encik M.
Syaiful Firdaus bin Marjuki (Penolong Kanan HEM), Encik Asbullah Bin
Sidek Penolong Kanan Kokurikulum), Barisan Guru , dan rakan-rakan
sekalian.

Dari Raub ingin ke Pontian,


Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.

Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun diatur pembuka bicara. 

2 Dalam suasana ceria penuh harmoni, pada pagi yang indah ini, kita akan
bersama-sama berada dalam satu majlis perasmian SEMARAK NILAM &
KEMPEN GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH, SK(P) Methodist
1, tahun 2023.

3 Untuk pengetahuan hadirin, program Nadi Ilmu Amalan Membaca,


ataupun singkatannya NILAM , merupakan satu program yang
dirancang khusus bertujuan memupuk dan menggalakkan minat
membaca dalam kalangan murid.

Program ini juga diharap menjadi penggerak untuk murid sentiasa


mengunjungi pusat sumber sekolah yang merupakan gedung ilmu
pengetahuan.

4 BACAAN DOA
SEMARAK NILAM & KEMPEN GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH

Hadirin dan hadirat yang dikasihi,

Hendak menyongket emas benangnya,


Hendak menganyam mengkuang daunnya,
Hendakkan majlis berkat jadinya,
Tadahlah tangan mohon doanya.

Majlis akan diteruskan dengan bacaan doa.

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan, Al-Fadhil Ustaz Mohd


Rahim bin Ismail untuk menerajui bacaan doa sebagai permintaan hajat
dan restu, agar majlis kita diberkati hendaknya.

Majlis mempersilakan. 

(Bacaan Doa)

 Amin, Amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga lafaz doa sebentar tadi,


diberkati Allah s.w.t hendaknya.  Terima kasih diucapkan. 

5 UCAPAN GURU BESAR

Hadirin yang dimuliakan,

Negara ini negara sejahtera,


Tamadun terkenal tiada tersisa,
Ucapan pelancaran dengarkan segera,
Bukan sekadar ungkapan biasa.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang


Berusaha, Encik Loh Chee Cheong, Guru Besar SK(P) Methodist 1, untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Program SEMARAK
NILAM & KEMPEN GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH, SK(P)
Methodist 1,tahun 2023.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

6 (Gimik perasmian)
SEMARAK NILAM & KEMPEN GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH

Begitulah tadi gimik perasmian Program SEMARAK NILAM & KEMPEN


GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH, SK(P) Methodist 1,tahun
2023.. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan Guru Besar
di atas kesudian merasmikan majlis sebentar tadi.

7 TAYANGAN VIDEO NILAM

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan tayangan Video NILAM.


Sama-sama kita saksikan.

----Tayangan Video---

Begitulah video menarik yang telah kita sama-sama saksikan tadi.

8 Hadirin yang dihormati,

Majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Encik


Loh Chee Cheong,Guru Besar SK(P) Methodist 1, untuk menyampaikan
cenderahati kepada pemenang pembaca terbanyak bagi bulan Mac
hingga Mei 2023.

Pemenang Tahun 2,
Dijemput ERDINA MALAEKA BINTI MOHD ZAIDI (bacaan sebanyak 17 buah
buku)

Pemenang Tahun 3
Dijemput NUR'AIN AAFIYAH BINTI ZUDI (bacaan sebanyak 37 buah buku)

Pemenang Tahun 4
Dijemput NUR QAISARAH INAS BINTI SHAMRIZAL (bacaan sebanyak 28
buah buku)

Pemenang Tahun 5
Dijemput AQEELA HANNY BINTI AZMIR HAIZAD (bacaan sebanyak 52 buah
buku)

Dan pemenang Tahun 6


Dijemput SHASHA WARNIDAH BINTI SHAHARUDIN (bacaan sebanyak 33
buah buku)

Seterusnya, penyampaian Anugerah Guru Aktif Literasi Maklumat. Untuk


itu, marilah sama-sama kita menonton video ringkas Guru Aktif Literasi
SEMARAK NILAM & KEMPEN GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH

Maklumat.

--Tayangan Video--

Majlis menjemput dan mempersilakan, penerima Anugerah Guru Aktif


Literasi Maklumat, Puan Salina Khairunnisa Bt Hassan untuk menerima
cenderahati. Dipersilakan

Tahniah diucapkan kepada semua penerima cenderahati.

Terima kasih kepada tuan Guru Besar di atas penyampaian cenderahati


kepada semua penerima anugerah sebentar tadi.

9 PERSEMBAHAN MURID

Majlis akan diceriakan lagi dengan persembahan bercerita yang akan


disampaikan oleh Aira Marlya Binti Shamsul Arif dari kelas 4 Kuning
dengan tajuk cerita beliau, Merah dan Putih. Dipersilakan.

Tahniah dan terima kasih atas persembahan cerita yang sangat menarik
itu tadi.

10 NYANYIAN LAGU NILAM

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu NILAM yang akan diterajui oleh
pasukan Koir yang terdiri daripada Pengawas Perpustakaan Sekolah.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas nyanyian yang begitu


bersemangat sebentar tadi.

11 PENUTUP

Begitulah berakhirnya majlis kita pada hari ini. Semoga semua guru dan
murid dapat memberikan komitmen dan sokongan kepada program
NILAM ini. Akhir kata, jadikan budaya membaca sebagai amalan kita.

Saya serahkan kembali majlis kepada guru bertugas.Sekian. Terima


SEMARAK NILAM & KEMPEN GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH

kasih. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai