Anda di halaman 1dari 3

 

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SK LABUAN


HAJI

Bismillahirrahmanirrahim Yang Berusaha, /
Guru Besar SK Labuan Haji./ Encik Mohammad Ghazali Mohd Yunus/
Yang turut berusaha,/
Guru Penolong Kanan Kokurikulum Ustaz Nunhati bin Malizaman /
Guru Penolong Kanan Pentadbiran Encik Mohd Aznam b Hj Angoh,/
Barisan Guru-guru dan AKP,/
Para Ibu Bapa,/ serta/ murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam SK Labuan Haji Sepakat, Kami Hebat./

Marilah bersama-sama kita berdiri bagi menyanyikan lagu negaraku, /lagu Sabah Maju Jaya,
serta/ lagu sekolah.

…..Nyanyian lagu….

Para hadirin dipersilakan duduk

___________________________________________________________________________
____

Enak sungguh air halia

Begitu juga air kelapa

Beriadah bersukan amalan mulia

Badan sihat tentu bertenaga

Alhamdulillah/ izinkan saya memanjatkan /setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi /kerana


dengan limpah dan izinnya/ dapat kita dipertemukan dan berkumpul pada hari ini.

Untuk pengetahuan semua para hadirin,/ hari sukan negara telah diisytiharkan pada hari
sabtu/ minggu kedua /bulan oktober bagi setiap tahun.

Bagi tahun ini, hari sukan negara jatuh pada hari ini bersamaan dengan 8 Oktober 2022

Sambutan hari sukan negara ini merupakan/ satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan
/dimana ianya adalah/ satu langkah pro aktif dalam proses transformasi negara kearah
‘Negara Bersukan’.

Oleh itu, sekolah kita juga tidak ketinggalan / untuk menyambut Hari Sukan Negara. Pada
pagi tadi pelbagai aktiviti telah kita laksanakan seperti senamrobik, / perlawanan bola
tampar / dan juga bola beracun.
Burung merpati ditanjung keramat

Tidak bergerak terkena jerat

Bersama kita memohon rahmat

Moga majlis mendapat berkat

Tanpa membuang masa lagi, bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis menjemput Tn
Ustaz Nunhati bin Malizaman untuk membacakan doa. Dipersilakan

…….Bacaan Doa…….

Amin.. Amin.. Ya Rabbal Alamin….

Terima Kasih Tn Ustaz Nunhati atas bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya, majlis dengan takzimnya menjemput Guru Besar SK Labuan Haji En


Mohammad Gazali Mohd Yunus untuk memberikan ucapan.

---------------ucapan GB---------------

Terima kasih Tn Guru Besar diatas ucapan sebentar tadi.

Kini tiba lah kita ke acara kemuncak pada hari ini iaitu acara penyampaian hadiah.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Tn Guru Besar diiringi oleh

para pentadbir untuk menyempurnakan penyampaian hadiah.

Kita mulakan dengan penyampaian hadiah bagi Pemainan Bola Tampar

Tempat Ke-3 jatuh kepada …………………………

Diminta wakil untuk menerima hadiah.

Seterusnya Naib Johan jatuh kepada ………………………….

Dan Johan Bola Tampar Hari Sukan Negara Peringkat SK Labuan Haji jatuh
kepada…………………….
Seterusnya penyampaian hadiah bagi permainan Bola Beracun yang disertai oleh murid-
murid dan guru perempuan.

Tempat Ke 5 Jatuh kepada

Tempat ke 4 … ke 3 , naib johan, johan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn Guru Besar dan para pentadbir diatas
penyampaian hadiah sebentar tadi.

Tahniah juga diucapkan buat semua yang berjaya dalam permainan yang telah
dipertandingkan.

Dengan berakhirnya sesi penyampaian hadiah sebentar tadi maka berakhirlah Majlis
Penutupan Hari Sukan Negara Peringkat SK Labuan Haji bagi Tahun 2022.

Majlis bersurai

Anda mungkin juga menyukai