Anda di halaman 1dari 8

Kertas Kerja

Gotong Royong Perdana


Pencegahan HFMD
Peringkat Sekolah

11 Ogos 2018

Anjuran:

SK KELAPA SAWIT NO. 5, SUBIS

Dengan Kerjasama
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK KELAPA SAWIT NO 5, SUBIS
1.0 PENDAHULUAN
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan
sekolah melalui 3K(Keselamatan, Kesihatan, Kebersihan). Persekitaran sekolah yang bersih dan
ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan dan efektif. Kesihatan murid juga merupakan aspek penting dan menjadi
tanggungjawab utama pihak sekolah untuk sentiasa memastikan kesihatan murid sentiasa terjaga.
Baru- baru ini, negara dikejutkan dengan penyakit HFMD yang terjadi ke atas kanak-kanak
khasnya dan telah menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk terus memastikan kebersihan
sekolah sentiasa terjaga.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan,


Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong
Perdana bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat tersebut. Aktiviti ini diharapkan dapat
memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga
kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan
pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Aktiviti yang dirangka ini lebih memfokuskan terhadap pencegahan HFMD. Aktiviti
yang dilaksanakan meliputi seluruh kawasan sekolah dari aspek pembersihan kawasan longkang,
kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah dan kelas serta bilik guru.
Begitu juga kawasan-kawasan sekitar bangunan sekolah.

Adalah menjadi harapan agar para pelajar, ibu bapa, guru serta warga SKKSN5 akan
memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat
3K.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah.
2.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi memastikan pencegahan HFMD dapat
dilaksanakan jayanya.
2.3 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah
disediakan.
2.4 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan
aktiviti.

3.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh cadangan : 11 Ogos 2018 (Sabtu)


Tempat : Kawasan sekitar SKKSN5
Masa : 8.00 pagi – 11.30 pagi
Pakaian : Pakaian sukan

4.0 CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS

4.1 Pembersihan Longkang

 Tugas membersihkan longkang ini dilakukan adalah untuk melancarkan aliran air
yang melalui kawasan tersebut agar tidak tersumbat. Selain itu untuk membuang
sisa-sisa sampah dari kawasan pembinaan bangunan baharu sekolah seperti bekas
kayu-kayu kecil.

4.2 Koridor bangunan

 Bagi yang membersihkan di kawasan ini, mereka akan membersihkan sampah di


sekitar koridor bangunan sekolah termasuk kawasan kelas murid-murid.
4.3 Makmal Sekolah

 Pembersihan meliputi seluruh kawasan makmal sama ada di bahagian luar


mahupun bahagian dalam makmal. Bahgaian dalam makmal akan dibersihkan
secara menyeluruh bermula dari penyusunan semula kerusi dan meja makmmal
serta pembersihan bilik penyimpanan.

4.4 Bilik Guru

 Kawasan pembersihan meliputi bahagian dalam bilik guru. Antara yang


dititikberatkan ialah menyusun rak-rak bahagian hadapan, membersihkan tingkap,
mengemop lantai menyusun fail-fail berkaitan. Kawasan pembersihan ini turut
meliputi bilik-bilik pentadbiran.

4.4 Kelas

 Setiap kelas akan diagihkan mengikut guru-guru dan wakil dari ibu bapa
disamping akan dibantu oleh beberapa kumpulan pelajar dari setiap kelas untuk
membersih dan menceriakan setiap kawasan yang telah ditetapkan.

4.5 Surau/ Kawasan RMT

 Agihan tugas akan diketuai oleh PPM asrama dan turut dibantu oleh beberapa
orang wakil ibu bapa. Kawasan pembersihan meliputi seluruh kawasan surau dan
bilik RMT.

5.0 JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN

MENGIKUT AGIHAN KAWASAN


KETUA DAN KUMPULAN YANG
BIL. KAWASAN
TERLIBAT

Longkang 1. Wakil guru.

1. 1.Dibahagian sekitar sekolah, 2. Wakil PIBG.


makmal dan surau
3. Beberapa orang murid.

1. Wakil guru.

2. Kawasan Koridor 2. Wakil PIBG

3. Beberapa orang murid.

1. Wakil guru
Makmal Sekolah & Bilik
3. 2. Wakil PIBG
Guru
3. Beberapa orang murid.

1. Setiap guru kelas masing-masing.

5. Kelas 2. Wakil PIBG

3. Murid-murid setiap kelas.

1. PPM asrama
6. Surau / Kawasan RMT
2. Wakil PIBG

Agihan Tugas mengikut kelas

Bil Kawasan/Kelas Ketua dan Kumpulan Terlibat

1. Tahun 1 1. Cik Rosemarie Fernandez


2. Wakil Ibu Bapa
3. 5 orang murid
2. Tahun 2 1. Cik Viviana Mihen
2. Wakil Ibu Bapa
3. 5 orang murid

3. Tahun 3 1. Puan Afiqah


2. Wakil Ibu Bapa
3. 5 orang murid
4. 1. Encik Abang Izzat Bin Abg Abd Rahman
Tahun 4 2. Wakil Ibu Bapa
3. 5 orang murid
5. 1. Encik Muhammad Hafiz Bin Hassan
Tahun 5 2. Wakil Ibu Bapa
3. 5 orang murid
6. 1. Cik Jessica Bongsam
Tahun 6 2. Wakil Ibu Bapa
3. 5 orang murid

6.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
Ketibaan Guru-guru, Ibu bapa/Penjaga ke
8.00 pagi
sekolah
8.15 pagi Taklimat berkenaan HFMD dan agihan tugas

8.30 pagi Gotong–royong bermula

12.00 petang Makan tengahari dan majlis bersurai

7.0 JAWATANKUASA AKTIVITI

Penaung : Puan Jennifer Aini Ak Giri


Penasihat : En. Sawing Anak Kedit
Pengerusi : En. Steward Anak Rayong
Penyelaras : En. Darwan Bin Nasir

Juruacara Majlis : Cik Lina Anak Bajan

Makanan : Puan Bibi Sabariah Bt Narawi


Nortipah Binti Bujang
Mariam Bt Morhidi
Beti Binti Singan
Suraya Binti Ebi

Peralatan : En. Muhammad Hafiz Bin Hassan


En. Abang Izzat Bin Abg Abd Rahman

PA System : En. Darwan Bin Nasir

Dokumentasi : Helman Anak Radin

AJK : Guru

Guru : 16

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………. ………………………………
(Darwan Bin Nasir) (Steward Anak Rayong)
Setiausaha 3K, Penolong Kanan HEM,
SK Kelapa Sawit No. 5, Subis. SK Kelapa Sawit No.5, Subis.

Disahkan oleh,

………………………………
(Sawing Anak Kedit)
Guru Besar,
SK Kelapa Sawit No. 5, Subis.

Anda mungkin juga menyukai