Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA SK SUNGAI TANGAP FASA 1/2018

Pendahuluan
Sekolah akan mengadakan Program Gotong Royong Perdana 2018 .Murid bersama-
sama guru akan membersihkan kawasan sekolah serta memulihara taman-taman dan
mempertingkatkan kebersihan serta keceriaan kawasan Sekolah Kebangsaan Sungai
Tangap.

1.0 Objektif
1.1 Merapatkan silaturrahim diantara guru dan murid SK Sungai Tangap.
1.2 Memberi peluang kepada murid –murid bekerjasama dengan guru-guru dengan lebih
optimum.
1.3 Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar lebih
terjamin keselamatan murid-murid sewaktu belajar.

2.0 Kumpulan Sasaran


Semua warga SK Sungai Tangap.

3.0 Rasional Menjayakan Program


3.1 Membantu guru-guru dan kakitangan sekolah menceriakan kawasan sekolah.
3.2 Memberi peluang kepada guru-guru kelas untuk menyediakan suasana yang ceria,
selesa, bersih dan harmoni untuk murid-murid belajar.

4.0 Justifikasi
Guru-guru dapat bekerjasama dengan murid-murid dan pekerja menyediakan suasana
yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke
sekolah demi menimba ilmu baik di waktu pagi dan petang.

5.0 Lokasi Cadangan


Kawasan sekolah SK Sungai Tangap.

6.0 Tarikh Perlaksanaan


12 Mei 2018 (Sabtu)
7.0 Struktur Organisasi
Pengerusi : En. Renang Anak Bilili
Naib Pengerusi : En. Randy Anak Latan
: En. Faqrul Hafiz bin Abu Bakar
: En. Michael Falaco Anak Samat
Setiausaha : En. Idzrul Aizat bin Idris
Bendahari : En. Fauzan bin Hasan Abrar
Ahli Jawatankuasa :
1. En. Jimmy Jonathan Anak Joseph
2. En. Freddy Vacklean Anak Jilin
3. En. Saiful Rizal bin Che Wil
4. En. Mohamad Asyhraf bin Mohd Suri
5. Cik Rosmawati binti Ramli
6. Puan Jessica Anak Gelayan
7. Puan Helina Anak Karim
8. Puan Rajemah Anak Jiram (Pembersih kawasan)
9. En. Jamil Anak Lanyau (Tukang Kebun)

8.0 Tentatif Program :

MASA AKTIVITI
07.20 pagi Berkumpul di Kelas Tahun 5 & 6
08.00 pagi Taklimat Gotong Royong dan pembahagian lokasi
08.30 pagi Gotong Royong bermula
09:50 pagi Rehat
10.20 pagi Membersih dan menceriakan kelas
11.20 pagi Bersurai

9.0 Penutup
Program Gotong Royong Perdana adalah di bawah program 3K(Kebersihan, Keceriaan
& Keselamatan) dan dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan
dari pelbagai pihak terutama daripada murid-murid dan guru-guru SK Sungai Tangap.
Semoga rancangan ini dapat membantu menceriakan sekolah agar mencapai slogan
"Sekolahku, Rumahku".

Anda mungkin juga menyukai