Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN MOYNOD

W.D.T 01, 90109 BELURAN


SANDAKAN-SABAH.

KERTAS KERJA
PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI
PERINGKAT SEKOLAH 2023
1. PENDAHULUAN

Sistem pendidikan di malaysia berdepan dengan pelbagai cabaran bagi memenuhi kehendak
dan aspirasi negara. Kebersihan persekitaran sekolah merupakan salah satu faktor yang dapat
merealisasikan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif perlu dititik beratkan bagi
memastikan sekoalh bersih dan ceria serta selamat. Program gotong royong madiani yang serentak di
seluruh daerah adalah dirancang dan akan dijalankan di setiap sekolah masing-masing. Program
gotong royong “Sekolahku Indah” dilakasanakan dan dirancang di Sk. Moynod, Beluran, untuk
menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi yang ceria, selamat dan bersih. Sehubungan dengan ini,
Unit Hal Ehwal Murid (HEM), dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta agensi luar
telah merancang untuk menganjurkan gotong royong madani di peringkat sekolah seperti mana yang
telah disarankan oleh pihak KPM, JPN, dan PPD. Jawatankuasa 3K ( Unit Keselamatan, Unit Kebersihan
dan Keceriaan) akan berusaha berganding bahu merealisasikan segala perancangan dengan penuh
komitmen.

2. TUJUAN

Kertas cadangan ini bertujuan,

2.1 Memohon pertimbangan dan kelulusan daripada pihak sekolah khususnya Guru Besar Sk.
Moynod, Beluran untuk meluluskan “Program Gotong Royong Madani - Sekolahku Indah”.
2.2 Memohon peruntukan sebanyak RM1200 yang telah diturunkan oleh pihak JPN bagi
memohon kelulusan anggaran perbelanjaan bagi aktiviti program yang dirancang dan akan
dilaksanakan.

3. MATLAMAT

Program Gotong Royong Madani - Sekolahku Indah, adalah untuk membentuk sikap dan
perlakuan yang positif terhadap alam sekitar serta melahirkan warga sekolah yang ceria dan berkualiti
untuk melahirkan murid-murid yang berakhlak mulia, mencapai prestasi akademik yang
membanggakan serta keselamatan yang sentiasa terpelihara. Selain itu menjadikan warga Sk.
Moynod juga akan berbangga dan menyanyangi sekolah dengan ciri-ciri sekolah ceria, selamat, dan
bersih.

4. OBJEKTIF

 Melatih murid-murid berdisiplin dan mencintai kebersihan, keceriaan, dan mengamalkan


gaya hidup selamat
 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai sekolah selamat, bersih dan
ceria.
 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara ibu bapa, guru,
murid, agensi kerajaan, dan NGO serta badan sukarela.
 Meningkatkan keperihatinan dan komitmen warga Sk. Moynod dan masyarakat setempat
terhadap keselamatan, kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan
yang sedia ada di sekolah.
 Mengembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan
aktiviti.

5. TARIKH PROGRAM / AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh : 12/08/2023
Hari : Sabtu
Masa : 7.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Sekolah Kebangsaan Moynod
Sasaran : 1) Guru-guru dan AKP Sk. Moynod
2) PIBG / PIBK
3) Agensi luar
4) Murid
Pakaian : Pakaian Sukan Sekolah / bersesuaian dengan aktiviti gotong-royong

6. JAWATANKUASA INDUK PROGRAM GOTONG ROYONG MADANI - SEKOLAHKU INDAH

Pengerusi : En. Dennis R. Raji ( Guru Besar Sk. Moynod )


Naib Pengerusi : En. Mohd Nooraiman Bin Sulaiman ( GPK Hem )
Puan Zaiton Binti Ahmad Dimiati ( GPK Pentadbiran )
En. Jasri Bin Dulah ( GPK Kokum )
Penyelaras Program : Norfadzielah Atiqa binti Mohd Salim
Setiausaha : Norhafizah binti Othman
Bendahari : En. Abd. Rashid Bin Sahak

Jawatankuasa Pelaksana

Juruacara : Puan Nurhanna Binti Fazlie


Peralatan : En. Khairill Bin Jagah ( K )
Pekerja Pembersihan Sekolah
Makanan / Minuman : Puan Sulpaeda Binti Kadar
Dokumentasi : En. Mohd Syahrin bin Che Zakaria ( gambar / video )
En. Abd. Rashid Bin Sahak ( gambar / Video )
Siaraya : Puan Ivyelia Longinus
7. KAWASAN GOTONG ROYONG

BIL PERKARA AJK PELAKSANA CATATAN


1 Mengecat Puan Mainas Sabillon Tayar hiasan
Puan Dollynah Indang
Pusat Sumber
Puan Nurul Hasanah A. Aziz
Puan Aminah Nasir
2 Penanaman Bunga Puan Nor azirah Abd Azip Kawasan Sekolah
Cik Ainanie Ikhwana Baslie
Cik Masrinah Basri
Puan Junaidah Abd Talib
3 Penanaman Sayuran En. Finley Poulus Ruangan Dewan Terbuka
Puan Michelle May Hanis
Puan Schiarielynn Vivien Patrick

8. TENTATIF PROGRAM ( 12 OGOS 2023 )

7.00 pagi : Pendaftaran


Kehadiran guru, PIBG, PIBK, Pekerja Kebersihan, Pengawal Sekolah, Murid
7.30 pagi : Berkumpul di Dewan Terbuka Sk. Moynod, Beluran
7.40 pagi : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
Ucapan Tuan Guru Besar SK. Moynod
Bacaan doa dan gotong royong
8.00 pagi : Senamrobik / Zumba
8.10 pagi : Sarapan pagi
8.30 pagi : Gotong-royong mengikut kawasan yang telah diagihkan
11.30 pagi : Mengemas dan Menyimpan peralatan
Sesi bergambar
Bersurai

9. BELANJAWAN

a) Implikasi Kewangan

BIL PERKARA JUMLAH CATATAN


1 Dana Gotong-royong MADANI RM1200
Jumlah Besar RM1200
b) Perbelanjaan

BIL PERKARA JUMLAH CATATAN


1 Makan / minum RM 240
2 Cat minyak 5 liter RM 650
5 tin x RM 130
4 Berus 2 kotak RM 100
5 Peralatan dan Bahan Keceriaan RM 210
JUMLAH BESAR RM 1200

10. PENUTUP

Adalah diharapkan Program Gotong-royong MADANI - Sekolahku Indah berjaya dilaksanakan.


Kerjasama semua pihak amat diharapkan agar sekolah menjadi institusi yang dapat melahirkan insan
yang gemilang dalam pelbagai aspek dan menjadikan program ini sebagai satu titik pertemuan antara
sekolah dan komuniti sekitar.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

….………………………………… …………………………………….
( NORFADZIELAH ATIQA BINTI MOHD SALIM ) ( MOHD NOORAIMAN BIN SULAIMAN )
Penyelaras Program Gotong-royong MADANI GPK HEM,
SK. Moynod, Beluran

Ulasan;
Diluluskan

*Diluluskan / Tidak Diluluskan

….……………………………………………………….
( DENNIS R. RAJI )
Guru Besar,
SK. Moynod, Beluran
Rujukan Kami : XBA2149/500-8/1/2/( 1 )
Tarikh :

KERTAS CADANGAN GOTONG ROYONG MADANI

KEPUTUSAN SEKTORPENGURUSAN MURID


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BELURAN
….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Meluluskan Kertas Cadangan Gotong-royong MADANI

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Gotong-royong MADANI

Ulasan:
...................................................................................................…………………
...................................................................................................…………………
...................................................................................................…………………

( )
..........................................…

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai