Anda di halaman 1dari 8

NO.

RUJ: 700-6/1/2 ( )

KERTAS CADANGAN
PROGRAM GOTONG ROYONG MADANI
( KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA )
SK PAGAR MUSEH
SESI AKADEMIK 2023/2024

Guru Besar
SK Pagar Museh
Karangan, Kedah

1. TAJUK KERTAS CADANGAN

PROGRAM GOTONG ROYONG MADANI.


“SEKOLAH KONDUSIF PENGERAK MINDA MADANI”

2. PENGENALAN

Program gotong royong Madani merupakan suatu inisiatif kerajaan melalui Kementerian
Pendidikan Malaysia ke arah melahirkan persekitaran sekolah yang lebih sihat, ceria dan
kondusif. Ia melibatkan keseluruhan warga pendidik, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),
komuniti setempat dan sebagainya. Kolaborasi di antara pihak yang terlibat akan dapat
meningkatkan permuafakatan, kerjasama dan semangat berpasukan antara satu sama lain.

Program yang julung- julung kali diadakan ini diharapkan agar dapat mencantikkkan
persekitaran sekolah, bilik darjah, kantin dan sebagainya. Persekitaran sekolah yang
kondusif dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar dalam suasana yang
lebih selesa. Aktiviti ini juga dapat membantu pihak kerajaan dalam menyediakan prasarana
pendidikan yang terbaik kepada para pelajar.

Justeru itu, kami warga pendidik, PIBG, komuniti setempat amat menyokong penuh dan
menyambut baik program seumpama ini yang akan memberi impak yang baik kepada semua
pihak khasnya para pelajar di sekolah. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan
lagi pada masa akan datang demi kebaikan dan kesejahteraan warga sekolah
keseluruhannya.

.
3. OBJEKTIF

Fokus utama Program Gotong Royong Madani ini adalah bagi menyediakan suasana
pembelajaran yang kondusif, ceria dan selesa kepada semua murid di SK Pagar Museh dari
1
segi keceriaan, keselamatan dan kebersihan persekitaran kawasan sekolah. Antara objektif
utama projek ini adalah:

3.1 Memastikan keadaan kerusi dan meja murid lebih selamat, baik dan selesa. Semua
meja akan dibalut dengan tikar getah, membolehkan murid menulis dengan lebih
selesa.

3.2 Suasana sekolah yang lebih cantik dan ceria dengan penggunaan cat pelbagai warna
pada setiap pintu kelas dan pasu-pasu bunga sekitar kawasan sekolah.

3.3 Kemudahan televisyen dan multi media yang lebih baik di kantin supaya murid dapat
memanfaatkan masa terluang mereka dengan menonton, membaca, membuat
persembahan dan sebagainya.

3.4 Mewujudkan Pondok Ilmu di ruang menunggu murid bagi tujuan melebar luaskan inti
pati program NILAM di sekolah.

3.5 Memastikan perabot dan barangan di bilik-bilik khas selamat dan tersusun.

4. KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahap 2, Semua guru dan staf, Pekerja Swasta, Pekerja Kantin dan
PIBG

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

5.1 Tarikh/Hari : 23 September 2023/Sabtu


5.2 Masa : 8:00 pagi hingga 12:30 tengah hari
8:00 – 8:15 pagi : Pendaftaran peserta
8:15 – 8:30 pagi :Taklimat oleh penyelaras program
8:30 – 10:30 pagi : Aktiviti Bermula
10:30 – 11:00 pagi : REHAT
11:00 – 12:30 tengah hari : Aktiviti Disambung
12:30 tengah hari : Bersurai

5.3 Tempoh Pelaksanaan : 4 jam


5.4 Tempat : SK Pagar Museh
5.5 Jumlah Peserta : 300 orang ( anggaran )

2
6. JAWATANKUASA KERJA

Penasihat : Pn Meriam binti Mustafa


Pengerusi : Pn Nora Azura bt Yahia
Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Kokurikulum
Penyelaras : En Mohd Khairul Anwar bin Md Yusob
Setiausaha : Pn Roziyahtul Haliyah binti Ismail
Bendahari : Pn Sarojah a/p Krishnan

AJK : En Asri bin Abdul Rahman ( Mengecat pintu dan tiang )


: Pn Azidah binti Abdul Aziz ( Pondok Ilmu )
: En Mohd Ridzuan Bin Mohamad Zulkipli ( Pelupusan Al-Quran )
: En Ahmad Anuar bin Kamaruddin ( Mengecat pasu )
: Pn Sabariah binti Long ( Keceriaan Kantin )
: En Hamdan bin Mohd ( Teknikal )
: En Ahmad Jafri bin Umat ( Baik pulih kabinet )

AJK Kerja Program dan Pembahagian tugas sepenuhnya sila Rujuk Lampiran 1

7. IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Sumber Kewangan


7.1.1 Peruntukan Gotong Royong Madani
7.1.2 Sumbangan PIBG

7.2 Anggaran Perbelanjaan :

Bil Perkara Jumlah ( RM )


1 Cat dan Alatan 1000.000
2 Bahan Pencuci 100.00
3 Simen/pasir/bata 200.00
4 Makan dan minum 700.00
Jumlah Keseluruhan 2000.00

3
8. ULASAN JPN/PPD
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
__________________________________________________
______________________________________________________________

9. PENUTUP

Program Gotong Royong Madani yang julung- julung kali diadakan ini, diharapkan mendapat
sambutan yang menggalakkan dan mencapai matlamatnya. Ia merupakan suatu program
yang amat baik dan wajar diteruskan pada masa akan datang. Jumlah peruntukan yang
diterima akan digunakan dengan sebaik mungkin untuk manfaat murid- murid.

Semangat kesukarelawan yang dizahirkan nanti, diharapkan akan dapat membantu


pihak sekolah dalam menyediakan kemudahan/ prasarana pendidikan yang terbaik kepada
semua murid. Di samping itu, segala kelemahan dan kekurangan yang mungkin berlaku,
akan ditambah baik dan diperbaiki dari masa ke semasa.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

Nama: Puan Roziyahtol Haliyah binti Ismail Nama:

Jawatan: Setiausaha Program Jawatan:

Tarikh: Tarikh:

4
NO.RUJ: 700-6/1/2 ( )

KERTAS CADANGAN
PROGRAM GOTONG ROYONG MADANI
( KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA )
SK PAGAR MUSEH
SESI AKADEMIK 2023/2024
____________________________________________________________________

KEPUTUSAN GURU BESAR

Meluluskan Kertas Cadangan Program Gotong Royong Madani

atau

Tidak Meluluskan Kertas Cadangan Program Gotong Royong Madani

ULASAN:
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
__________________________________________________

(MERIAM BINTI MUSTAFA)


Guru Besar
SK Pagar Museh

Tarikh:

5
LAMPIRAN 1

PROGRAM GOTONG ROYONG MADANI 2023


AHLI JAWATANKUASA KERJA
BIL TUGASAN NAMA DESKRIPSI TUGAS
1 Mengecat Pintu dan Asri bin Abdul Rahman – YDP PIBG(K) - Menyenaraikan
tiang keperluan kerja-kerja
-Tahun 1 Razali bin Mat Isa mengecat dan
-Tahun 2 Md. Zani bin Abdul Rahman serahkan kepada
-Tahun 3 Mohamad bin Arshad penyelaras program.
-Tahun 4 Mohamad Hafiz bin Kamaruddin - Mengecat pintu kelas
-Tahun 5 Ahmad Sobberi bin Mohamad Ridzuan dan tiang di laluan

-Tahun 6 Ahmad Tarmizi bin Mohd Radzi gajah menyusur

-Bilik PSS Riduan bin Halit - Mengecat pintu bilik-

-Bilik RBT Riduan bin Zulkipli bilik khas

-Makmal ICT Azha bin Ahmad


-Makmal Sains Abdul Wahab bin Osman
-Bilik Lantera Khairul bin Ahmad
Semua murid lelaki tahun 4
2 Keceriaan Pondok Azidah binti Abdul Aziz ( K ) - menyediakan
Ilmu bahan/sebarang
-pondok tempat Nadia binti Yahya sumber yang sesuai
muird menunggu Atikah binti Ismail untuk diletakkan
Norshuhada binti Yusof dalam pondok.
Nuur Issla binti Jamaluddin - Menyediakan
Nurhidayah binti Mohd Zohir dekorasi yang sesuai

Sarojah a/p Krishnan


Zarina binti Mohamad Roozi
Semua murid perempuan tahun 4

6
3 Baik pulih tempat Mohd Ridzuan bin Mohamad Zulkipli ( K) - Memindahkan ke
lupus Al-Quran Mohd Hairi bin Shamsuddin tempat baru.
Ahmad Kamal bin Zulkifli - Memastikan tempat
Mohd Hairul Anuar bin Rozali baru selamat dan
Mohd Fazil bin Nayan terjaga.
Semua murid lelaki tahun 6
4 Mengecat pasu Ahmad Anuar bin Kamaruddin ( K ) - Menyenaraikan
bunga Mohd Nizar bin Abu Bakar keperluan dan serah
Abdul Razak bin Abu Bakar kepada penyelaras
Rashedah binti Md Darisah program.
Azmahani binti Mokhtar - Mengecat pasu-pasu
Zarina binti Harun bungan yang ada
Nafizah binti Osman sekitar kawasan
Semua murid lelaki tahun 5 sekolah
5 Keceriaan Kantin Sabariah binti Long ( K ) - Susun atur meja
Semua Pekerja kantin kantin
Rofiza binti Md Isa - Keceriaan tempat
Nur Liyana binti Zulkifli makan guru
Mashitoh binti Ramli - Menyediakan label
Semua murid perempuan tahun 5 yang sesuai
6 Baik pulih kabinet Ahmad Jafri bin Umat ( K ) - Membersihkan ruang
dan perabot Semua pekerja kebersihan kabinet sinki dalam
Mohd Fazil bin Nayan Bilik Kesihatan.
Para Waris - Kerja-kerja baik pulih
kabinet rosak diganti
dengan bata dan
simen
7. Teknikal dan PA Hamdan bin Mohd ( K ) - Kerja naik taraf sistem
sistem Shahrizan Ahmad Shukri bin Osman multi media di kantin.
Mohd Nazri bin Yaacob - Memastikan
Mohd Firdaus bin Razali kedudukan televisyen
dan seluruh sistem
dalam keadaan
selamat dan sesuai.

7
8 Makan minum Zaihanififi binti Abu Bakar ( K ) - Menyedia dan
peserta Nurul Hidayah binti Harun menguruskan bahan
Roziyahtol Haliyah binti Ismail keperluan menu.
Nur Fatimah binti Azizi - Menentukan tempat
Siti Aminah binti Abdullah memasak yang
Salsiah binti Che Mat sesuai.
Hidayah binti Hassan - Memastikan

Semua murid perempuan tahun 6 kebersihan dan


keselamatan ketika
kerja memasak
dilakukan.
- Membantu urusan
menghidang makanan
dan minuman.

Anda mungkin juga menyukai