Anda di halaman 1dari 2

TATACARA PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI JELOK, KAJANG.

SKRIP PENGACARA MAJLIS/PENGAWAS BERTUGAS PERHIMPUNAN

** PENGACARA MAJLIS :
- Dijemput kepada semua guru duduk di kerusi yang disediakan di tapak perhimpunan.
- Murid-murid luruskan barisan
- Tangan angkat, jatuh ( 3 kali), Senang diri, jaga sedia ( 3 kali)
- Sekarang di jemput …. (sebut nama Pengawas bertugas) untuk memimpin bacaan doa.

PENGAWAS BERTUGAS BACAAN DOA:


- Semua murid Islam diminta tadah tangan untuk membaca surah al-Fatihah
(Pegawas bertugas memimpin bacaan doa)

** PENGACARA MAJLIS:
- Terima kasih diucapkan kepada ….(sebut nama pengawas)
- Majlis diminta berdiri tegak untuk nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah
dan lagu ‘Bahasa Jiwa Bangsa’.
- Majlis menjemput …… (sebut nama guru/murid) untuk mengiringi nyanyian semua lagu tersebut.
(Guru Muzik/murid tampil ke hadapan dan mengiringi nyanyian lagu-lagu tersebut.)
- Terima kasih diucapkan kepada …. (sebut nama Guru/murid pengiring lagu)
- Seterusnya, majlis menjemput ….. (sebut nama Pengawas) untuk mengetuai bacaan Ikrar Rukun
Negara dan Ikrar Murid.
(Pengawas bertugas tampil ke hadapan.)

PENGAWAS BERTUGAS MELAFAZ IKRAR:


- Ikrar Rukun Negara ( sebut “AP”)
- Lafazkan Ikrar Rukun Negara “ Maka kami, rakyat Malaysia..
( Setelah selesai, sebut “AP”)
- Ikrar Murid (sebut “AP”), “ Kami murid-murid Sekolah Kebangsaan Sri Jelok …..
- ( Setelah selesai , sebut “AP”)

** PENGACARA MAJLIS :
- Terima kasih diucapkan kepada ….. (sebut nama pengawas)
- Sekarang dijemput ….. (sebut nama pengawas) untuk melafazkan Visi Sekolah dan Misi Sekolah.
(Pengawas bertugas tampil ke hadapan.)

PENGAWAS BERTUGAS MELAFAZ VISI SEKOLAH & MISI SEKOLAH :


- Visi Sekolah . (Lafazkan)
- Misi Sekolah (Lafazkan)

** PENGACARA MAJLIS :
- Terima kasih diucapkan kepada …. (sebut nama pegawas)
- Seterusnya, dijemput …. (sebut nama Ketua Pengawas/Pen. Ketua Pengawas) untuk melafazkan
Ikrar Tahun 6

KETUA PENGAWAS/PEN. KETUA PENGAWAS:


- Ikrar Tahun 6 (sebut “AP”)
- Lafazkan Ikrar Tahun 6 (Selesai, Ikrar Tahun 6 sebut “AP”)
** PENGACARA MAJLIS :

- Terima kasih diucapkan kepada (sebut nama Ketua/Pen. Ketua Pengawas)


- Sekarang, dijemput guru bertugas minggu lepas untuk memberi laporan. Dipersilakan
- (Selesai Laporan Guru Bertugas minggu lepas)
- Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan/Cik …. (sebut nama guru).
- Seterusnya, dijemput guru bertugas minggu ini untuk memberikan ucapan. Dipersilakan
- (Selesai Ucapan Guru Bertugas minggu ini)
- Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan/Cik … (sebut nama guru)

UCAPAN/AKTIVITI TAMBAHAN

* Jika ada aktiviti tambahan seperti Penyampaian hadiah/sijil,


persembahan murid ATAU Ucapan Guru Penolong Kanan, Guru
Penolong Kanan HEM atau Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
PENGACARA MAJLIS:
- Majlis seterusnya mempersilakan …. (sebut nama guru/murid) untuk
menyampaikan ….. (nyatakan acara/aktiviti yang akan
dipersembahkan)
- (Setelah selesai ucapan/aktiviti/acara)
- Terima kasih diucapkan kepada …. (sebut nama guru/murid)

** PENGACARA MAJLIS :
- Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Puan Salmah
Binti Sallleh, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Jelok, untuk memberi ucapan. Dipersilakan.
- (Selesai Ucapan Guru Besar)
- Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Salmah Binti Salleh di
atas ucapan beliau sebentar tadi.

- Perhimpunan rasmi mingguan kita sudah sampai ke penghujungnya. Semua murid diminta berdiri
dengan senyap.
- (Setelah semua murid berdiri)
- Luruskan barisan. Tangan angkat, … jatuh. (3 kali)
- Senang diri, jaga sedia. (3 kali)
- Diminta semua murid Islam membaca surah Al-Asr.
(Pengacara Majlis membaca bersama-sama dengan jelas.)
- Sekarang, Dijemput kepada ( sebut nama pengawas bacaan doa ) untuk memimpin bacaan
selawat.

- Semua Pengawas diminta mengiringi murid ke kelas masing-masing.

- Murid-murid Tahun 4 boleh beredar dengan senyap sekarang.


(Tunggu sehingga semua murid Tahun 4 beredar.)

- Murid-murid Tahun 5 boleh beredar dengan senyap sekarang.


(Tunggu sehingga semua murid Tahun 5 beredar.)

- Murid-murid Tahun 6 boleh beredar dengan senyap sekarang.

Anda mungkin juga menyukai