Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN-PEMIMPIN MUDA


SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2) TAHUN 2023

TARIKH:

17 JUN 2023 (SABTU)

ANJURAN:

UNIT HAL EHWAL MURID (HEM)

DENGAN KERJASAMA:

UNIT KOKURIKULUM, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG),

SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)


1.0 PENDAHULUAN

Kursus ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid (HEM)
dengan kerjasama Unit Kurikulum dan Unit Kokurikulum, SMK Putrajaya Presint 9(2).
Kursus ini melibatkan semua pemimpin-pemimpin muda yang terdiri daripada Pengawas
Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas, Penolong
Ketua Kelas serta Pengerusi dan Naib Pengerusi bagi Persatuan Badan Beruniform
(PBB), Kelab dan Persatuan, serta Kelab Sukan dan Permainan yang telah dilantik bagi
sesi persekolahan Tahun 2023. Tujuan utama penganjuran kursus ini ialah untuk
memberi pendedahan cara pengendalian tugas yang pelbagai kepada pemimpin murid
sebagai panduan dan cabaran dalam memikul tugas dan tanggungjawab sebagai
seorang pemimpin di sekolah. Oleh yang demikian, program ini khususnya dirancang
untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan menambah pengalaman setiap
pemimpin murid di sekolah. Pemimpin murid memerlukan bimbingan dan panduan yang
betul agar dapat memantapkan kemahiran terhadap tugas-tugas mereka. Semoga
usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam
menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa dan mengharumkan nama
sekolah. Selain itu, pemimpin murid juga perlu dilatih agar mempunyai sahsiah yang
baik dan terpuji di kalangan guru dan rakan sebaya agar dapat dijadikan contoh dan
model yang berguna di kalangan murid.

2.0 MATLAMAT

Memastikan semua pemimpin murid yang terlibat mempunyai pengetahuan dan


kemahiran mengenai kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan
mempraktikkannya dalam menjalankan tugas seharian.

3.0 OBJEKTIF

i. Peserta mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin.


ii. Peserta dapat mengaplikasikan kemahiran dengan lebih baik dalam membantu
pelajar lain.
iii. Meyakinkan diri sendiri dalam memimpin sesebuah organisasi.
iv. Memupuk nilai- nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri
dengan aktiviti yang pelbagai.

4.0 TARIKH/TEMPAT/ SASARAN

Tarikh : 17 Jun 2023(Sabtu)


Tempat : Dewan Tun Abdul Razak, SMK Putrajaya Presint 9(2)
Sasaran : 350 orang murid

5.0 AHLI JAWATANKUASA


Lampiran A
6.0 ATUR CARA PROGRAM
Lampiran B

7.0 KEWANGAN

SUMBER KEWANGAN

JUMLAH
BIL PERKARA
1. Kutipan peserta (350 orang X RM 10.00) RM 3500.00

2. Sumbangan Luar (Majlis Agama Islam Wilayah RM 4000.00


Persekutuan, MAIWP)

Jumlah RM 7500.00

PERBELANJAAN

1. Makanan dan minuman peserta (350 orang XRM 10.00) RM 3500.00

2. Bayaran konsultan RM 3500.00


3. Bunting RM 100.00
4. Hamper RM 300.00
5. Bahan edaran RM 100.00
Jumlah RM 7500.00

8.0 PENUTUP

Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab
mereka sebagai pemimpin murid di sekolah dan melakukan perubahan ke arah
kecemerlangan di dalam diri dan sekolah. Kursus ini juga akan dapat memupuk
pemimpin murid supaya mengetahui dan membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan
berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri dan sekolah. Sekaligus dapat melahirkan
pemimpin yang berkebolehan dan membentuk barisan kepimpinan murid yang kreatif
dan inovatif. Terima kasih di atas keprihatinan dan sokongan semua pihak dalam
menjayakan Kursus Kepimpinan Murid SMK Putrajaya Presint 9(2) Tahun 2023.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

…………………………… ………………………………… ……………………………

(NUR FATIN AFIQAH BINTI (NORZALIHA BINTI GHAZALI) (ROGAYAH BINTI TALIB)
KAMARUZAMAN) GPK Hal Ehwal Murid Pengetua Cemerlang
Pen. Setiausaha Unit HEM
Lampiran A

SENARAI JAWATANKUASA
KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN-PEMIMPIN MUDA TAHUN 2023
______________________________________________________________________
TARIKH : 17 JUN 2023 (SABTU)
TEMPAT : DEWAN TUN ABDUL RAZAK, SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
MASA : 7.30 PAGI – 1.00 PETANG

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Puan Rogayah binti Talib (Pengetua Cemerlang)


Timb. Pengerusi : Puan Hajah Norzaliha binti Ghazali (GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 1 : Puan Mazira binti Mohd Zain (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Puan Zalina binti Basharuddin (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 3 : Puan Noor Azizah binti Ngah (GPK Pendidikan Khas)
Penyelaras : Cik Nur Fatin Afiqah binti Kamaruzaman
Setiausaha : Puan Rafidah binti Adnan
Bendahari : Puan Nor Azlina binti Robani @ Mohyi

JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA PELAKSANA BIDANG TUGAS


BACAAN DOA 1. Menyediakan teks doa
Pn. Nurwahidah binti Jamal 2. Melatih pengawas untuk membacakan
Pengawas Sekolah doa
JURU ACARA 1. Menyediakan teks bagi pengacaraan
Cik Nur Qurratu’aini binti Mohammad Zin majlis
Pengawas PSS 2. Melatih pengawas PSS untuk
mengacarakan majlis
PERSIAPAN TEMPAT DAN SIARAYA 1. Mengendalikan alat siaraya sepanjang
En. Ahmad Rajaie bin Amerudin majlis berlangsung
En. Mohamad Subri bin Mustaffa 2. Memastikan alatan berada dalam
Pn. Noor Syarliza binti Alias keadaan yang baik dan boleh digunakan.
Pn. Krisnavathi A/p Arumugam
POSTER, TEASER DAN BUNTING 1. Menyediakan teaser mengikut
Pn. Nurafidah binti Khalid kesesuaian program
Pn. Nik Hasmarizan binti Nik Hasan 2. Menyediakan poster untuk hebahan
kepada warga sekolah
3. Menyediakan reka bentuk bunting dan
cetakan bunting
BUKU PROGRAM (ANYFLIP) 1. Menyediakan buku program secara
Pn. Shahidatul Idayu binti Shahizam aplikasi Anyflip
MAKANAN DAN MINUMAN 1. Memastikan makanan dan minuman
Pn. Lahazmani binti Mohammed disediakan tepat pada masanya
Pn. Azlina binti Abdullah 2. Memastikan kebersihan tempat makan
Pn. Norzuraini binti Zulkifli sebelum dan selepas program
3. Memastikan tempat makan serta
peralatan yang digunakan dikemas dan
dikembalikan ke tempat asal selepas
program selesai
DISIPLIN DAN KEBERSIHAN 1. Memastikan disiplin murid terkawal
Pn. Nurwahidah binti Jamal 2. Menyediakan plastik hitam secukupnya
Cik Nur Fatin Afiqah binti Kamaruzaman 3. Memastikan kebersihan dewan terjaga
sebelum dan selepas program
PENDAFTARAN DAN CENDERAMATA 1. Menyediakan senarai nama peserta
Pn. Ajeerah binti Mohd Russlan 2. Menguruskan pendaftaran peserta
Pn. Zalina binti Che Mat Ariffin sebelum program bermula
SIJIL PENCERAMAH DAN PESERTA 1. Menyediakan sijil untuk diberikan kepada
Pn. Azryna binti Abdul fasilitator dan peserta
Pn. Hasmawati binti Yusof @ H.Bosu 2. Menguruskan penyampaian sijil
Pn. Fatehah binti Mohd Ghazali
FOTOGRAFI 1. Mengambil gambar sepanjang program
Pn. Noor Haslina binti Mohamed berlangsung
Pn. Rafidah binti Adnan 2. Menyerahkan gambar program dalam
bentuk ‘google drive’ kepada setiausaha
3. Memuat naik gambar ke dalam telegram
Galeri 9(2)
DOKUMENTASI 1. Menyediakan laporan dokumentasi
dalam masa sekurang-kurangnya 7 hari
Pn. Mahira binti Muhamad selepas program berlangsung
Pn. Nor Suhana binti Khamis
PUBLISITI MEDIA SOSIAL 1. Membuat hebahan dan memuatnaik
Pn. Rumaizah binti Mohamad poster dan teaser program ke laman web
sekolah dan media sosial
(facebook/Instagram)
Lampiran B

ATUR CARA PROGRAM


KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN-PEMIMPIN MUDA TAHUN 2023
MASA AKTIVITI
8.00 – 9.00 pagi Pendaftaran peserta
9.00 – 10.30 pagi SLOT 1 : Ceramah Motivasi Rahsia Super Leader
10.30 – 11.00 pagi Rehat Minum Pagi
11.00 – 1.00 petang SLOT 2 : PROBLEM SOLVING TEST
1.00 – 2.00 petang  Penyampaian sijil
 Bergambar
2.00 petang Bersurai

Anda mungkin juga menyukai