Anda di halaman 1dari 5

1.

PENGENALAN
Ahli jawatankuasa Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa
Disiplin dan Jawatankuasa SUMUR sekolah merancang untuk mengadakan satu program iaitu
Program Amalan Baik SSDM 2022/2023 dimana ianya melibatkan warga SK Haji Salleh
Masri. Masalah disiplin akan bermula apabila murid-murid tidak dapat menguasai sahsiah
diri, bidang akademik dan disiplin mereka dengan baik. Justeru itu, mereka akan cuba
mencari jalan keluar yang mudah dengan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan
pihak sekolah supaya mereka boleh dikenali oleh rakan-rakan yang lain.

2. RASIONAL

Setiap sekolah mengimpikan suasana aman damai dan sifar salah laku di sekolah, di
samping murid yang mempunyai semangat cintakan sekolah yang tinggi. Hasrat ini boleh
dicapai sekiranya murid-murid ini dapat dipupuk dengan sikap dan contoh teladan yang baik
contohnya dengan cara memberi salam dengan betul dan jawab salam dengan betul. Apabila
sahsiah diri murid dipertingkatkan maka masalah disiplin di sekolah dapat dikurangkan demi
membentuk kemenjadian murid-murid SK Haji Salleh Masri.

3. MATLAMAT

Melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan berdaya saing serta jati diri yang tinggi,
bersahsiah dan berperibadi mulia. Di samping itu, murid juga dapat mengetahui betapa
pentingnya keperibadian yang tinggi dan disiplin diri di dalam kehidupan mereka. Program ini
juga bermatlamat untuk mencari seorang tokoh SUMUR yang mempunyai pakej lengkap iaitu
cemerlang daripada segi akademik, sahsiah dan disiplin.

4. OBJEKTIF

1. Sentiasa menyantuni guru dan rakan-rakan sepanjang masa dan tempat.

2. Menunjukkan tanda hormat kepada orang lain.

3. Tanamkan sikap berlumba melakukan kebaikan.

4. Memupuk kesedaran tentang diri, menghargai diri sendiri serta menghormati hak
orang lain.

5. Memberi peluang kepada murid-murid yang mempunyai masalah disiplin di sekolah


untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri.
6. Membimbing murid meningkatkan jati diri dan sikap sayangkan sekolah serta
membentuk kemenjadian murid.

7. Memberi kesedaran kepada murid tentang pentingnya disiplin untuk kejayaan dalam
hidup.

8. Memotivasikan diri murid SK Haji Salleh Masri supaya menuntut ilmu degnan lebih
teratur dan dapat menanam nilai cintakan ilmu pengetahuan.

5. BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : April 2022 – Januari 2023


Tempat : SK Haji Salleh Masri

6. KUMPULAN SASARAN

Semua murid dan guru SK Haji Salleh Masri

7. STRATEGI PELAKSANAAN

7.1 Perbincangan dengan pentadbir

7.2 Membuat kertas kerja

7.3 Membentuk AJK Program

7.4 Mengadakan mesyuarat dan taklimat bersama Jawatankuasa Kerja

7.5 Pelancaran program ( April 2022 )

7.6 Analisis data SSDM oleh penyelaras (Setiap hujung bulan bermula April-
November).

7.7 Majlis penyampaian hadiah kepada Tokoh SUMUR 2022/2023 pada bulan
Januari 2023.

7.8 Penyampaian hadiah dan cenderahati kepada:

i) 2 orang murid terbanyak dicatat amalan baik di dalam SSDM


(Tahap 1 dan Tahap 2) setiap bulan (April-November).
iii) Seorang murid yang akan dinobatkan sebagai tokoh SUMUR
pada Januari 2023.

8. PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH


SEUNIT
1. Streamer 1 RM 38.00 RM 38.00
Pembekal :
Mijwad Printing Sdn. Bhd
2. Hadiah bulanan murid (Plak) 16 RM 12.60 RM 201.60
Pembekal :
(2 orang murid x 8 bulan)
Mijwad Printing Sdn. Bhd
3. Hadiah Tokoh SUMUR 1 RM 52.00 RM 52.00
(Trofi)
Pembekal :
Mijwad Printing Sdn. Bhd
Jumlah Keseluruhan RM 291.60

9. SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH


1. PCG Bimbingan dan Kaunseling RM 291.60
Baki Peruntukan : RM 1854.61

10. JAWATANKUASA KERJA

PROGRAM AMALAN BAIK SSDM 2022/2023

Jawatankuasa Induk

PENGERUSI : En. Mat Shaari bin Abu Hassan ( Guru Besar )


TIMBALAN PENGERUSI : Pn. Wahidah binti Mustafa ( GPK HEM )
NAIB PENGERUSI 1 : En. Muhamad Nasir bin Ghazali (GPK Pentadbiran)
2 : Datin Wira Zanariah binti Ibrahim ( GPK KOKU )
PENYELARAS PROGRAM 1 : Pn. Nurhaslina binti Mohd Kamar (GBK)
PENYELARAS PROGRAM 2 : En. Muhammad Syuhaimi bin Salim (Ketua Guru Disiplin)
SETIAUSAHA : Pn. Zuraini binti Shafii

JAWATANKUASA KERJA
AJK GURU JUSTIFIKASI TUGAS
BROSUR Pn. Zuraini binti Shafii ( K ) - Menyediakan brosur
En. Mohd Wahiuddin bin Sepian dan mengagihkannya
kepada semua guru .

PENGURUSAN En. Ab Malek bin Che Musa (K) - Menempah Streamer.


PELANCARAN En. Mohamad Razlan bin Razak - Menggantung
PROGRAM Pn. Hafiza binti Hamzah Streamer
- Gimik Pelancaran

DOKUMENTASI Pn. Nurhaslina binti Mohd Kamar - Menyediakan


Pn. Che Fazidah binti Che Fadzin dokumentasi yang
lengkap dalam masa 2
minggu selepas
program dijalankan.

HADIAH Pn. Nor Salina binti Md Saad -


Pn. Wan Salmah binti Wan Saidin

11. PENUTUP

Kerjasama dan komitmen semua pihak diperlukan dalam menjayakan program ini agar
tercapai objektif yang disasarkan demi kebaikan murid dan sekolah. Semoga dengan
pelaksanaan program ini sedikit sebanyak akan memberi kesan serta kesedaran terhadap diri
murid-murid dalam erti kata lain menghargai diri sendiri demi keluarga, agama, bangsa dan
negara.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(NURHASLINA BINTI MOHD KAMAR) (WAHIDAH BINTI MUSTAFA)


Penyelaras Program Amalan Baik 2022/2023 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK
SK Haji Salleh Masri Haji Salleh Masri

Disahkan oleh :
(MAT SHAARI BIN ABU HASSAN)
Guru Besar
SK Haji Salleh Masri

Anda mungkin juga menyukai