Anda di halaman 1dari 4

Kertas Kerja Program Pengurusan Jenazah 2022/2023

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH


SRIIT AL-GHAZALI

1. PENDAHULUAN

Pengurusan Jenazah merupakan tuntutan fardhu kifayah terhadap setiap muslim


kepada muslim yang lain. Memahami konsep dan amali dalam menguruskan jenazah
memerlukan ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu. Kursus Pengurusan Jenazah ini
merupakan program yang dirancang oleh Penyelaras Tahun 5 dan 6 bagi memenuhi
aktiviti –aktiviti akhir tahun selepas UPKK dan PSRA yang julung kali diadakan di SRIIT
Al-Ghazali . Usaha ini juga diharapkan dapat membantu para pelajar memahami cara
pengurusan jenazah sebagai salah satu tanggungjawab sebagai muslim. Program ini
juga sebagai satu cara untuk menambah kefahaman dan panduan kearah melahirkan
masyarakat yang mendalami ilmu agama dan dapat melaksanakan tuntutan agama
dalam kehidupan mereka.

2. OBJEKTIF

1. Mendedahkan kepada semua pelajar tentang kepentingan mengetahui cara


pengurusan jenazah
2. Memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menjalani kehidupan seharian.
3. Membiasakan para pelajar dengan aktiviti bersifat praktikal supaya lebih
mendapat pemahaman yang mendalam dalam pengurusan jenazah.

1
Kertas Kerja Program Pengurusan Jenazah 2022/2023

3. RASIONAL

Tujuan diadakan kursus Pengurusan Jenazah ini adalah sebagai salah satu alternatif
yang baik untuk mendedahkan para pelajar bagaimana pengurusan jenazah yang
betul .

4. BUTIRAN TENTANG PERJALANAN MAJLIS

TARIKH : 9 FEBRUARI 2023 ( KHAMIS )

TEMPAT : SURAU AL-IKHLAS , BSP

MASA : 9.00 pagi – 12.30 tengah hari

PENCERAMAH : USTAZ MASCIDY


USTAZAH HAYATI

5. SASARAN
Semua murid Tahun 6 dan Tahun 5.

7. ATURCARA PROGRAM

9.00 pagi - Bergerak ke Surau Al-Ikhlas


9.15 pagi - Kata-kata aluan dan pengenalan.
9.30 pagi - Ceramah oleh Ustaz Mascidy bin Abdullah Apandi
10.00 pagi - Amali Mandi dan Kafankan.
12.30 tghri - Majlis bersurai
12.30 tghri - Jemput makan di sekolah

8. SENARAI AHLI JAWATANKUASA


2
Kertas Kerja Program Pengurusan Jenazah 2022/2023

PENASIHAT : Ustaz Mohd.Faiz Bin Md. Yasin.

KETUA PENYELARAS : Ustazah Nurul Syahida

GURU TAHUN 5 DAN 6 : Cikgu Nurul Hidayah

Ustaz Amirul Hafidzi

Puan Nur ‘Afifah

Ustaz ZiqruFathurrahman

Ustazah Nai’latunnadrah

9. SUMBER KEWANGAN : WANG INFAQ DAN SEKOLAH

10. PERBELANJAAN

CENDERAHATI
Saguhati Penceramah = RM 300.00
(RM 150.00 USTAZ + RM 150.00 USTAZAH)
Kit Pengurusan Jenazah = RM 175.00
Saguhati Infaq Surau = RM 75

JUMLAH RM 550.00

3
Kertas Kerja Program Pengurusan Jenazah 2022/2023

11. PENUTUP

Kursus ini merupakan kursus yang penting untuk para pelajar kerana ia merupakan
satu amali yang sangat praktikal dan penting sebagai persediaan kepada mereka . Di
samping itu diharapkan program ini akan mampu memberi ilmu yang dapat dimanafaat
sepanjang hayat oleh murid-muird Tahun 5 dan 6, SRIIT Al-Ghazali . Semoga program
ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Disediakan oleh ,

........................................................
( Puan Nurul Hidayah Binti Ahmad Shahbudin)
Guru Tauhid/ Feqah Tahun 5 dan 6

Disemak oleh,

............................................
( Puan Nurul Syahida Binti Ariffin )
Guru Penyelaras Tahun 6

Disahkan oleh ,

..............................................................
( Ustaz Mohd. Faiz bin Md Yasin )
Guru Besar,

Anda mungkin juga menyukai