Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN

DE LA SALLE

KERTAS KERJA
KEM BESTARI SOLAT

TAHUN 2022

TARIKH :
25 JUN 2022
bersamaan 26 Zulkaedah 1443 Hijrah

HARI :
SABTU

TEMPAT :
SURAU SK. DE LA SALLE

TEMA :
“SOLAT SEMPURNA AKHLAK TERJAGA”

ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

1
KERTAS KERJA

KEM BESTARI SOLAT


TAHUN 2022

SK. DE LA SALLE

1. PENDAHULUAN

Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang


muslim yang sejati.Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan
oleh setiap muslim.
Maka, di atas inisiatif ini, pihak Panitia Pendidikan Islam merancang untuk
menganjurkan Kem Bestari Solat kerana kini negara berada di fasa endemik atau
pemulihan covid-19.Secara khususnya,program ini dilaksanakan untuk memastikan
setiap murid Muslim Tahun 1 hingga tahun 6 dapat mengambil wuduk dan
menunaikan solat dengan sempurna.
Di samping itu, melalui program ini juga diharap dapat membentuk akhlak yang
mulia dan peribadi yang cemerlang di kalangan murid.

2. MATLAMAT

Program Kem Bestari Solat Norma Baharu ini dilaksanakan bagi memastikan
semua murid tahun 1 hingga 6 mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah
solat dalam kehidupan seharian dengan sempurna dari segi bacaan, rukun, ilmu
pengetahuan dan penghayatan solat.

3. OBJEKTIF

1) Menguasai cara-cara berwuduk serta bacaannya dengan betul dan sempurna.


2) Menguasai bacaan dan perbuatan di dalam solat dengan betul,tertib dan sempurna.
3) Murid dapat menghayati ajaran Islam yang sebenar walau berada di mana
sekalipun.

4. TEMA

‘SOLAT SEMPURNA AKHLAK TERJAGA’

2
5. PENYERTAAN / KUMPULAN SASARAN

Semua murid Islam Sk. De La Salle

BIL. TAHUN / KELAS JUMLAH

1. TAHUN 1 32

2. TAHUN 2 31

3. TAHUN 3 32

4. TAHUN 4 32

5. TAHUN 5 28

6. TAHUN 6 22

7. PPKI 10

JUMLAH KESELURUHAN 187

6. ANGGARAN PERBELANJAAN
6.1 Sumber

Bil Perkara Jumlah

1 Peruntukan Kem Bestari Solat RM822.80

6.2 Perbelanjaan
BIL. PERKARA KUANTITI HARGA/UNIT JUMLAH

1. SARAPAN PAGI 187 2.90 542.3

2. FOTOSTAT 187 2.00 374.00

JUMLAH SEMUA 916.30

7. JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat : Puan Usha a/p Murugiah

3
(Guru Besar SK De La Salle)
Pengerusi : Puan Zalmah bt Yaakob
(Penolong Kanan Pentadbiran)
NaibPengerusi I : Encik Zainal Abidin bin Hassan
(Penolong Kanan Hal EhwalMurid)
NaibPengerusi II : Encik Saipullah bin hj Mahfud
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Penyelaras : Puan Intan Rabizah bt Noor Buddy
(Penolong Kanan Petang)
Setiausaha : Muhamad Faiez bin Hamidi
Bendahari : Puan Maslamah bt haji Ahmad Razali
Ajk : Puan Siti Aishah bt Ahmad Siuti
Puan Hawa Bt Yahya
Encik Nurrahimi bin Ibrahim

8. TENTATIF / MODUL
7.30: Berhimpun di depan pejabat
Nasyid Asmaul Husna & selawat
Taklimat kem bestari solat
8.00 Murid beredar ke kelas
8.00 PDPC dan amali perlakuan solat
9.00 Rehat
9.30 LDK 1
11.30 LDK 2
12.00 Bersurai

9. PENUTUP

Kem Bestari Solat adalah sebahagian daripada program j-QAF yang wajib
dilaksanakan.Diharapkan perlaksanaan Kem Bestari Solat ini memberi kesan positif
kepada murid dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab
untuk melaksanakan perkara fardhu ain dalam kehidupan seharian mereka.Akhirnya,
semoga segala gerak kerja yang dilaksanakan mendapat keredhaan dan keberkatan
Allah S.W.T.

,
Disediakan oleh Disemak oleh,

4
………………………. ……………………………
(MOHAMAD FAIEZ BIN KHAMIDI@ HAMIDI) (MASLAMAH BT HJ AHMAD
Setiausaha Kem Bestari RAZALI)
Solat Ketua Panitia Pendidikan

Disahkan oleh,
…………………………..
(USHA A/P MURUGIAH)
Guru Besar
SK De La Salle
Kampar
Perak

Anda mungkin juga menyukai