Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH AGAMA HAJI MOHD YATIM

71350 KOTA, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA:
PROGRAM KEROHANIAN ASRAMA
KEM SMART SOLAT

TARIKH:
AHAD
21 MEI 2023 / 1 RABIULAWWAL 1444 H

ANJURAN:
ASRAMA SMA HAJI MOHD YATIM
DENGAN KERJASAMA
UNIT KEMENJADIAN MURID
KERTAS KERJA
PROGRAM KEM SMART SOLAT
SEK. MEN. AGAMA HAJI MOHD YATIM , ULU GADONG

1. PENDAHULUAN

Solat merupakan satu taklifan ke atas semua umat Islam yang mana telah
melafazkan ikrar syahadah dalam diri mereka. Ia merupakan satu ibadah wajib yang
perlu di lakukan dan meninggalkannya merupakan dosa besar. Solat juga merupakan
satu wasilah langsung kita kepada Allah SWT. Tujuan solat adalah untuk memberi
kejayaan kepad orang mukmin tetapi solat tersebut hendaklah dilaksanakan dengan
penuh khusyuk.

Maka dengan ini terwujudlah idea untuk mengadakan Kem Smart Solat di
peringkat sekolah menengah. Kem ini dikhususkan kepada murid yang tinggal di
asrama SMA Haji Mohd Yatim yang bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai
kepentingan solat dan cara perlaksanaannya. Di dalam kem ini menitik beratkan teori
dan amali yang betul bagi melaksanakan solat harian. Ini termasuklah dari segi bacaan,
perbuatan ilmu pengetahuan dan penghayatan.

2. OBJEKTIF

2.1 Pelajar dapat melafaz niat solat berjemaah dengan betul dan lancar khususnya
berkaitan solat fardhu dan solat.
2.2 Pelajar dapat mempelajari cara pelaksanaan solat ganti ( qadha’ solat )
2.3 Pelajar dapat melafazkan bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.
2.4 Pelajar dapat berwuduk dengan sempurna.
2.5 Pelajar dapat melaksanakan solat berjemaah dengan sempurna.
2.6 Pelajar dapat mendisiplinkan diri dengan mengerjakan solat pada awal waktu.
2.7 Pelajar dapat membentuk akhlak dan sahsiah yang mulia.

3. TARIKH,HARI, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 21 MEI 2023


Hari : Ahad
Masa : 8.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Tempat : Surau Darul Aitam , SMA. Haji Mohd Yatim.
4. KUMPULAN SASARAN

Semua murid asrama SMA Haji Mohd Yatim

5. ORGANISASI

Pengerusi : Tn. Mohd Hapizi bin Mohamad Ali (Pengetua)


Timbalan Pengerusi : Pn Hjh Hafazah bt Yusof (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Tuan Hj Zaharin bin Sulaiman (GPK HEM)
Penyelaras : Pn. Norviyah Binti Zainudin
Setiausaha :En. Muhammad Ramadhan Bin Abdullah (Ketua Warden)
Bendahari : Cik Suhaila Binti Matsah
JK Disiplin Pelajar : En. Norfadzli Shah Bin Abdullah
Cik Noor Aqilah Binti Zainal
JK Persiapan Tempat : En. Amir Mursyidi Bin Abdullah
Badan Kepimpinan Pelajar
JK Jamuan : En Muhammad Mursyidul Amin Bin Mohd Wazir
Cik Nur Atikah Binti Mohd Johan

6. TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi : Kehadiran Pelajar.

8.30 pagi – 9.30 pagi : Slot 1 : ‘ TOHAROH ’

9.30 pagi – 10.30 pagi : Slot 2 : ‘ SOLAT ’

10.30 pagi – 10.45 pagi : Rehat

10.45 pagi – 12.30 tengahari : Slot 3 ‘ PRAKTIKAL TOHAROH & SOLAT ’

12.30 tengahari : Majlis Penutup


7. PERBELANJAAN

BIL. PERKARA SUMBER JUMLAH


1. Bayaran Penceramah ( 1 orang x RM400 ) HEM RM 400.00
2. Bayaran Fasilitator ( 3 orang x RM100 ) PIBG RM 300.00
3. Jamuan & Bahan Ceramah DANA SURAU RM 150.00
JUMLAH RM 850.00

8. PENUTUP

Kem Smart Solat ini adalah merupakan lanjutan daripada Program j – QAF di
sekolah rendah. Kem ini perlu dilaksanakan oleh Unit Asrama SMA Haji Mohd Yatim
dengan kerjasama Unit Kemenjadian Murid bagi mencapai maksud sebenar visi , misi
dan moto asrama khususnya berkaitan dengan akhlak dan sahsiah diri yang mulia.
Memelihara solat lima waktu serta mengerjakannya di awal waktu juga amat dititik
beratkan di dalam program ini agar pelajar asrama dapat mengurus masa dengan baik
dalam semua aspek dan perkara berkaitan dengan semua aktiviti dan jadual di asrama.
Program ini juga sedikit sebanyak dapat membantu pelajar menguasai dan
mengaktifkan semula ingatan mengenai pengajaran Pendidikan Agama Islam yang
pernah diajar oleh ustaz dan ustazah dalam kelas.

Disediakan oleh, Dipantau Oleh,

…………………………………………. ………………………………….
(MUHAMMAD RAMADHAN BIN ABDULLAH) (ZAHARIN BIN SULAIMAN)
Setiausaha / Ketua Asrama GPK HEM
SMA Haji Mohd Yatim SMA Haji Mohd Yatim

Diluluskan Oleh

…………………………………………
(MOHD HAPIZI BIN MOHAMAD ALI)
PENGETUA
SMA Haji Mohd Yatim

Anda mungkin juga menyukai