Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2022/1443H


SEKOLAH KEBANGSAAN SRI RANTAU PANJANG ( 2 ),
RANTAU PANJANG, KELANTAN

1.0 PENDAHULUAN

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang
berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk
mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran
pahala dari Allah, serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam bulan Ramadhan.

Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial
mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba
melalui Program Ihya’ Ramadhan 1443H ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuh
alam kedewasaan kelak.

Adalah amat diharapkan supaya program ini dapat berjalan lancar dan dapat membantu
perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta mencapai objektif-objektif yang di rancang.

2.0 MATLAMAT

Tujuan Program Ihya’ Ramadhan 1443H ini dijalankan adalah untuk:

2.1 Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras
dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.2 Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan murid yang
berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.

2.3 Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental

setiap peserta.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melatih murid agar lebih positif dan mempunyai keyakinan diri.

3.2 Melahirkan murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka
menyertai aktiviti dalam kumpulan.

3.3 Untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.

3.4 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri
sendiri.

3.5 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap
situasi.

3.6 Murid-murid dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.

4.0 BUTIRAN PROGRAM

Program ini akan diadakan pada ketentuan berikut :

Tarikh : Sepanjang Bulan Ramadhan 1443H

Hari : Hari Ahad hingga Khamis

Masa : 8.00 pagi – 12.10 tengahari

Tempat : Dewan SKSRP2


5.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini melibatkan semua murid Tahun 1,2,3,4,5,6 dan Pra Sekolah. Tidak ketinggalan guru
dan kakitangan sekolah.

6.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

Di antara aktiviti yang akan diadakan ialah :

Bil Aktiviti Sasaran

6.1 Pelancaran Ihya’ Ramadhan Warga SKSRP2

6.2 Tadarus Al-Quran dan Solat Zohor

Memperdengarkan Al-Quran/Zikir/Nasyid
6.3
( Halwa Ramadhan )

6.4 Tazkirah Ramadhan


6.5 Risalah Ramadhan / Syawal

6.6 Kutipan Derma / Galakan Bersedekah

6.7 Majlis Bacaan Yassin

6.8 Solat Dhuha

6.9 Kuiz Ramadhan /teka silangkata


Tahap 2
6.10 Pertandingan Menghafaz Juz Amma

6.11 Pertandingan Menghafaz Ayat Lazim


Tahap 1
6.12 Pertandingan Mewarna Kad Hari Raya

6.13 Bakul dan Kudapan Ramadhan Semua Murid

6.14 Pertandingan Mewarna Kad Hari Raya Prasekolah

6.15 Di Ambang Aidil Fitri 1443 H Warga SKSRP2

*Tertakluk kepada perubahan

7.0 KEWANGAN

7.1. Anggaran Peruntukan

Lampiran 1

7.2 Anggaran Perbelanjaan

Lampiran 2

8.0 JAWATAN KUASA PELAKSANA

Lampiran 3
9.0 PENUTUP

Majlis ini diharap dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid dalam menghayati
dan mengamalkan segala amalan yang wajib dilaksanakan dengan sempurna dan disertai dengan
amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah seterusnya untuk mencari
keredhaanNya di dunia dan di akhirat. Insyaallah.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………….. …………………………………
(PN.SAFWATI BT CHE NOH)
Setiausaha Panitia Pendidikan Islam, (PN.KASMAWATI BINTI ABDUL KARIM)
SK.Sri Rantau Panjang (2) Penolong Kanan Pentadbiran,
SK.Sri Rantau Panjang (2).

Disahkan oleh:

…………………………………

(EN.HISHAM BIN OTHMAN)


Guru Besar,
SK.Sri Rantau Panjang (2).
Lampiran 1

ANGGARAN PERUNTUKAN
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1443H / 2022M

BIL BUTIRAN JUMLAH

1. Peruntukan Kegiatan Pendidikan Islam RM 500.00

JUMLAH RM 500.00
Lampiran 2

ANGGARAN PERBELANJAAN
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1443H / 2022M

Bil Butiran Jumlah

1. Hadiah Teka silangkata RM 5.00 X 20 orang RM 100.00

2. Hadiah Pertandingan Mewarna RM 10.00 X 20 orang RM 200.00

3. Hadiah Khatam Al-Quran (Tadarus) RM 10.00 x 20 orang RM 200.00

JUMLAH RM 500.00
Lampiran 3

JAWATANKUASA
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1443H / 2022M

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En. Hisham bin Othman

Guru Besar

Timbalan Pengerusi : En. Mohd Sauki bin Mamat

GPK Kokurikulum

Naib Pengerusi I : Pn. Kasmawati bt Abdul Karim

GPK Pentadbiran

Naib Pengerusi II : En. Wan Mohamed Azani bin Wan Sulaiman

GPK Hal Ehwal Murid

Setiausaha : Pn. Safwati bt Che Noh

Bendahari : Pn. Wan Nor Amalina bt Wan Hamat

Penyelaras : En. Mohd Asmariza bin Che Mahmood


JAWATANKUASA PELAKSANA

Persiapan Tempat Bacaan doa


En.Eddie Fadlie bin Sulaiman Ustaz Mohd Asmariza bin Che Mahmood
Pn.Rahida bt Abdullah Ustaz Mohd Zuwairi bin Shafie
Semua Pekerja

Dokumentasi/JuruFoto
Ustaz Mohd Zuwairi bin Shafie
Kawalan Keselamatan Murid
En. Mohd Faizul bin Mat Jidin
Pn. Farah Fatihanim binti Mohd Ramli
Pn.Siti hashimah bt Abd Hamid Siaraya
En. Mohmad Rosli bin Mat

Pertandingan Teka Silangkata


Pn.Saptuyah bt Jemi Pengacara Majlis
En.Mohd Rashidan bin Ahmad En. Muhammad Faizal bin Jaafar

Buku Program
Hadiah /Bakul/Kudapan Pn. Safwati bt Che Noh
Pn.Norizah bt Md Jusoh
Pn.Norsazawati bt Abd Rahman
Pn. Wan Nor Amalina binti Wan Hamat Pertandingan Mewarna
Cik Zaharah bt Awang Pn. Noraini binti Mat Noor
Pn. Siti Rogayah binti Sulong En. Muhammad Faizal bin Jaafar
Pn. Siti Rogayah binti Sulong

Derma/Sumbangan Pertandingan Hafazan


Pihak Pentadbir Pn. Wan Nor Amalina binti Wan Hamat
Pn. Safwati binti Che Noh

Risalah Ramadhan
Ustaz Mohd Asmariza bin Che Mahmood Tadarus / Tazkirah Ramadhan
Ustaz Mohd Asmariza bin Che Mahmood
Ustaz Mohd Zuwairi bin Shafie

Anda mungkin juga menyukai