Anda di halaman 1dari 3

SK SUNGAI MACHANG (NBA 4002)

71750 LENGGENG NEGERI SEMBILAN


Tel/Fax: 06 - 7585422

PROGRAM PASCA UPSR 2018

PENDAHULUAN

Setiap tahun Unit UPSR yang dianggotai Guru Penyelaras Tahun 6, Barisan GPK, Guru Kelas Tahun
6, Guru Bimbingan kaunseling serta Guru-guru Tahun 6,Sekolah Kebangsaan Sungai Machang akan
merancang pelbagai aktiviti untuk murid-murid selepas UPSR. Aktiviti-aktiviti yang dirancang saban
tahun adalah untuk mengisi masa murid-murid selepas UPSR. Setiap aktiviti yang dirancang menjurus
kepada kesesuaian dan kemampuan murid. Antara aktiviti yang sering kali dilaksanakan ialah aktiviti
permainan dan pertandingan, aktiviti khidmat social dan pendedahan kemahiran hidup. Selain itu, ada
juga aktiviti yang berbentuk keagamaan serta kerohanian sesuai dengan usia murid yang meningkat
remaja.

RASIONAL

Melahirkan insan yang seimbang dengan kecemerlangan dan berjaya mencapai hasrat untuk
kesejahteraan apabila berada di alam sekolah menengah. Justeru itu, keperibadian mulia perlu dibina
dan diterap seawadan mungkin agar sikap berketrampilan dan beradab sopan yang ada pada diri
murid dapat diobjektifkan mengikut kehendak pemimpin dan negara.

PROGRAM SELEPAS UPSR 2018

Diharap dapat menghasil pelajar yang berilmu, beramal dan berakhlak sebelum melangkah ke sekolah
menengah.

OBJEKTIF
1. Memastikan program yang dilaksanakan memberi manfaat terbaik kepada murid.
2. Menyumbang kesedaran kepada Ibu Bapa/Penjaga bahawa program yang dirangka oleh pihak sekolah
perlu mendapat sokongan dan kerjasama yang menyeluruh.
3. Memberi pengalaman dan menanamkan sikap kerjasama serta saling membantu antara satu sama
lain dalam apa jua aktiviti yang dilakukan.
4. Membentuk keyakinan diri dan rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, rakan dan
masyarakat.
5. Membantu murid mejana daya pemikiran kreatif dan kritis kearah positif.
6. Menyedarkan murid-murid bahawa mereka adalah generasi akan datang dan mereka perlu bersedia
mengikut peredaran zaman serta tidak lari dari landas- landas agama serta kehendak negara.
8. Mengisi masa selepas peperiksaan UPSR dengan aktiviti-aktiviti yang menarik.
9. Menyemai benih sayangkan sekolah dan semangat ingin terus belajar.
TEMPOH MASA
Sepanjang bulan Oktober dan November.

SASARAN
i) Murid-murid Tahun 6 2018
ii) Warga Sekolah Kebangsaan Sungai Machang

CARTA ORGANISASI PROGRAM SELEPAS UPSR TAHUN ENAM 2017

PENGERUSI
En. Mohd Aniza bin Mohd Yunus (Guru Besar)
NAIB PENGERUSI 1
Pn Siti Zubaidah binti Ahmad Don ( PK Pentadbiran)
NAIB PENGERUSI 2
Pn Malini a/p Vesuvanathan (PK HEM)
Pn Faridah binti Hamid (PK KOKO)
PENYELARAS PROGRAM
En, Mohd Azman bin Kamari
SETIAUSAHA
Pn Noorhayati binti Ahmad(Guru Bimbingan dan Kaunseling)
BENDAHARI
Pn. Suriya binti Mohamad Said
AJK
En. Rosli Khan bin Illadad Khan
En. Khairul Nizam bin Mustafa
En. Noorulazaman bin Zakaria
Pn. Norhazan bin Malek
Pn. Noor Aslina binti Ludin

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM LEPAS UPSR 2017


Pertandingan FUTSAL
Hadiah tempat pertama RM 25.00
Hadiah tempat Kedua RM 20.00
Hadiah tempat ketiga RM 15.00
Jumlah RM 60.00
Pertandingan BOLA TAMPAR
Hadiah tempat pertama RM 25.00
Hadiah tempat Kedua RM 20.00
Hadiah tempat ketiga RM 15.00
Jumlah RM 60.00

Aktiviti memasak
Bahan untuk Memasak RM 250.00

Aktiviti Keceriaan Sekolah


Bahan untuk keceriaan

Saguhati Penceramah
Program Awal Remaja RM 50.00
MAKAN DAN MINUM PENCERAMAH PROGRAM TAHUN 6 RM 50.00

Jumlah keseluruhan RM 470.00


SUMBER KEWANGAN
Unit Peningkatan UPSR 2017

PENUTUP

Segala perancangan tentang aktiviti-aktiviti ini dapat dijalankan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Diharap semua murid dapat melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang akan diadakan kelak. Kerjasama
daripada semua pihak terutama pihak pentadbir amatlah diharapkan agar perjalanan setiap aktiviti ini
dapat berjalan lancar dan tersusun.

Disediakan oleh,

__________________________________________
(ROSMAWATI BT ABDUL GHANI)
Guru Bimbingan dan Kaunseling

Sekolah Kebangsaan Pokok Sena

Anda mungkin juga menyukai