Anda di halaman 1dari 4

Teks Ucapan Majlis Graduasi Tahun 6

Bismillah…….
Assalamulaikum…..
Dan salam Malaysia Madani…..

Terima kasih diucapkan kepada pengacara majlis,


Yang Dihormati Pn. Norlaila binti Zulkifli, Naib Yang Dipertua PIBG SK Ulu
Beranang,
Yang Dihormati GPK Pentadbiran Puan Siti Zubaidah binti Ahmad Don,
GPK HEM Puan Faridah binti Hamid, GPK KoKurikulum En Khairul Azwar
bin Ab Razak,
Yang Dihormati Puan Noorhayati binti Ahmad, Penyelaras Tahun 6, AJK
Majlis Graduasi Tahun 6, guru-guru, AJK PIBG, para ibu bapa/ waris dan
yang diraikan murid-murid tahun 6 sekalian…..

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat ilahi


diatas limpah kurnia dan izinnya dapat kita bersama-sama meraikan Majlis
Graduasi dan Jamuan Akhir Tahun tahun 6 SKUB pada hari ini.
Pertamanya, saya bagi pihak sekolah dan Jawatankuasa Hari Graduasi
Tahun 6 ingin merakamkan ucapan terima kasih dan mengalu-alukan
kehadiran semua ibu bapa penjaga ke majlis ini bagi sama-sama meraikan
para graduasi anak-anak didik kami. Walaupun majlis ini diadakan secara
dalaman dan kecil-kecilan, namun apa yang saya pasti dan yakini adalah
makna di sebalik majlis ini amat besar kepada anak-anak sekalian.
Tahniah, diucapkan kepada para ibu bapa yang hadir untuk memberi
sokongan moral kepada anak-anak pada pagi ini! Semoga segala khidmat
bakti, pengorbanan dan sokongan yang tuan-tuan dan puan-puan berikan
akan mendapat restu daripada Allah jua..

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Sesungguhnya majlis yang julung kali diadakan pada hari ini diatur
sedemikain rupa sebagai salah satu program sekolah untuk menzahirkan
pengiktirafan kita kepada anak-anak kita yang berjaya menamatkan
persekolahan pada tahun 2023 ini.

Sekalung tahniah saya damparkan kepada guru-guru SKUB yang


telah menjalankan amanah dan tanggungjawab mendidik anak-anak ini.
untuk menjadikan mereka sebagai insan yang seimbang dan dapat
memenuhi kecemerlangan hidup di dunia dan kecemerlangan di akhirat.
Inshaa Allah.

Hari ini merupakan kemuncak kepada usaha yang telah semua guru-
guru lakukan sepanjang tahun 2023. Saya juga yakin bahawa majlis ini
amat sesuai untuk mencetuskan semarak kejayaan buat para murid.
Semoga di tempat ini, di dewan ini, di sekolah ini, dan guru-guru di sekolah
ini menjadi pendorong untuk anak-anak semua menanam tekad
menjejakkan kaki ke menara gading bukan sebagai pelawat tetapi sebagai
penghuni yang memanafaatkannya untuk menimba ilmu demi
kesejahteraan hidup di masa depan.

Murid-murid cikgu sekalian…


Harapan saya agar kalian meneruskan budaya positif, sikap saling
bekerjasama, saling menghormati, berdaya saing yang tinggi,
mementingkan ilmu, saling memahami dan bertolak ansur antara satu
sama lain ke arah mencapai matlamat kecemerlangan bersama.

Gunakanlah peluang yang ada untuk memperkasa diri dengan


kemahiran keinsanan (soft skills) seperti sikap tanggungjawab, menghargai
alam sekitar, mengamalkan nilai-nilai etika, moral dan profesionalisme,
memantapkan sipiritual, mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi,
mempunyai ciri-ciri kepimpinan, mengamalkan kerja sepasukan, berfikiran
kritikal dan menyelesaikan masalah, berkemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, bersaing pada
peringkat global, mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan mahir dalam
pengurusan serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.

Dalam majlis ini, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan


ucapan terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru dalam menjayakan
majlis Hari Graduasi ini. Terima kasih kepada semua guru yang telah
melaksanakan tanggungjawab berat membimbing, mendidik dan
menyediakan para graduan dengan segala kudrat yang ada.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian


Di sini saya mewakili seluruh warga SKUB dengan rasa rendah diri
menyusun jari memohon kemaafan di atas segala kekhilafan yang pernah
dilakukan kepada anak-anak sepanjang mereka belajar di sini. Begitu juga
kepada semua ibubapa jika ada terkasar bahasa tersilap kata, kami
memohon kemaafan..

Pengakhir kalam, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan


dan selamat maju jaya pada masa hadapan.

Dengan ini dengan lafaz Bismillah… saya dengan sukacitanya merasmikan


Majlis Graduasi tahun 6 bagi tahun 2023.

Sekian, terima kasih.


Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai